Isnin, 24 Mac 2014

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 24 Mar 2014 03:25 PM PDT

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM : Kemenangan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang membuktikan rakyat Selangor yakin dengan prinsip pentadbiran telus, bertanggungjawab dan integriti yang diamalkan Pakatan Rakyat (PR) di negeri itu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata PR juga berjaya meningkatkan undi popular di Kajang kepada 60 peratus pada PRK kali ini berbanding 58 peratus pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu.

Katanya, walaupun penurunan peratus keluar mengundi berkurang kepada 72.1 peratus berbanding 88.4 peratus pada PRU-13, namun ia dianggap perkara biasa dalam sebarang PRK.

Abdul Khalid

Bagaimanapun, Abdul Khalid berkata, ia tidak bermakna kemenangan itu tiadak mempunyai impak signifikan kepada rakyat dan Selangor.

"Kemenangan ini lebih manis apabila PR berjaya meningkatkan sokongan di kalangan pengundi Melayu, bahkan bukan sahaja mengurangkan majoriti kekalahan di beberapa daerah mengundi seperti Sungai Kantan dan Batu 10 Cheras tetapi turut berjaya menawan dua kubu kuat Umno iaitu Sungai Sekamat dan Taman Delima.

"Lebih bermakna apabila tinjauan awal mendapati saluran mengundi anak muda hampir disapu bersih PR pada PRK kali ini," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Abdul Khalid berkata, walaupun keputusan Kajang tidak mengubah struktur dan mekanisme pentadbiran, namun mandat yang diberikan penduduk kawasan berkenaan akan menjadi pemangkin kepada PR untuk terus bekerja lebih gigih demi kebajikan rakyat.
 DSC_6723 
Katanya, kemenangan itu seakan memberi restu kepada kerajaan Selangor untuk terus komited dengan agenda reformasi dalam pentadbiran serta segala aspek sosioekonomi dan politik yang didokong PR.

"Selaku Pengarah Pilihanraya N25 Kajang, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada setiap petugas pilihan raya daripada semua parti komponen PR yang bertungkus-lumus bagi memastikan proses demokrasi ini berjalan lancar dan seterusnya kemenangan yang sememangnya wajar berpihak kepada kita," katanya.-NFN-

Oleh : NAZLI IBRAHIM

KAJANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang yang baru, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah mengadakan perjumpaan dengan beberapa pihak bagi menyelesaikan masalah utama penduduk kawasan berkenaan seperti terkandung dalam Manifesto Kajang.

Dr Wan Azizah berkata, perjumpaan itu diadakan sejak beberapa hari lalu membabitkan beberapa pihak termasuk yang bertanggungjawab dalam isu tertentu.

"Memang saya ada buat perjumpaan dan merangka pelan seperti dalam manifesto Pakatan Rakyat (PR) untuk Kajang.

Untitled

"Kita berbincang bagaimana untuk memberbaiki semua yang kita rancang untuk Kajang," katanya pada sidang media selepas diumumkan menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Hassan Nawawi di Pusat Pengiraan Undi di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), di sini, malam tadi.

Manifesto Kajang yang dilancarkan sehari selepas penamaan calon meletakkan empat teras utama yang bakal dilaksanakan jika PR menang dalam PRK Kajang.

DSC_6964Empat teras itu adalah membanteras jenayah dan meningkatkan keselamatan, menangani masalah kesesakan lalu lintas, pembangunan dan penyelenggaraan perbandaran serta pembangunan anak muda dan usahawan kecil.

Terdahulu, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata, Dr Wan Azizah walaupun belum bergelar ADUN ketika itu tetapi sudah berjaya menyelesaikan isu pungutan sampah di beberapa lokasi sekitar Kajang.-NFN-

DUNIACACAMARBA

Posted: 24 Mar 2014 03:20 PM PDT

Pesawat MH066 Dilencongkan ke HK 

[MK] Satu penerbangan Malaysia Airlines ( MAS) pesawat Airbus A330-300 yang dijadualkan ke Incheon, Korea Selatan, terpaksa dilencongkan dan mendarat di Hong Kong hari ini kerana "generator pesawat tidak beroperasi ". 

Dalam satu kenyataan, MAS mengesahkan perkara itu, dan menjelaskan bahawa ia melibatkan generator yang membekalkan kuasa elektrik kepada pesawat. 

"Bagaimanapun, kuasa elektrik terus dibekalkan oleh unit kuasa elektrik tambahan, " kenyataan itu dipetik. 

Penerbangan MH066 berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 11.37 malam, semalam dan dijadual tiba di Incheon pada 06:50 pagi ini. 

Menurut kenyataan tersebut, MAS memindahkan seramai 271 penumpang dalam penerbangan berkenaan ke penerbangan yang diusahakan syarikat lain. 

"Penerbangan pulang, MH067 dari Incheon ke Kuala Lumpur, dibatalkan, dan penumpang telah dipindahkan (ke) syarikat penerbangan lain serta penerbangan MAS berikutnya ke Kuala Lumpur." 

Semalam dilaporkan kapal terbang MAS telah melanggar itik kira-kira 10.45 malam, Jumaat lepas ketika mendarat di lapangan terbang Kathmandu di Nepal. 

Bagaimanapun, pesawat itu hanya mengalami kerosakan kecil. 

MAS juga masih belum menemui pesawat penerbangan MH370 yang hilang tidak lama selepas berlepas dari Kuala Lumpur, dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac lalu. 

Operasi mencari dan menyelamat besar-besaran yang dijalankan masih belum berjaya mengesan pesawat tersebut. -24/3/14

Pesawat MAS MH114 Dirempuh Sekumpulan Itik 

[Bernama] NEW DELHI - INDIA. Sebuah pesawat MAS yang membawa 180 penumpang dan anak kapal terselamat daripada mengalami bencana apabila sekumpulan itik merempuh cermin hadapannya ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) pada Jumaat malam. 

Portal berita Nepal kantipuronline.com. pada Sabtu memetik pihak berkuasa lapangan terbang sebagai berkata kejadian pada pukul 10.45 malam itu menyebabkan hujung Landasan 02 dipenuhi serpihan kaca. 

Tiada laporan mengenai kecederaan yang dialami mereka yang menaiki pesawat MH-144 dari Kuala Lumpur ke Kathmandu itu. 

Petugas kokpit pesawat itu bagaimanpun dikatakan tidak segera memaklumkan kejadian tersebut kepada Pengawal Trafik Udara (ATC). 

Kapten pesawat berkenaan bagaimanapun mengesahkan ia "disyaki melanggar unggas", selepas anak kapal Jet Airways melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa lapangan terbang, kata laporan itu. 

Juruterbang MAS terbabit dipercayai mungkin dikenakan tindakan kerana tidak segera melaporkan kejadian tersebut. 

"Kejadian itu terdedah selepas seorang juruterbang Jet Airways, yang mendaratkan pesawatnya beberapa minit selepas pesawat MAS, memaklumkan kepada kami beliau ternampak serpihan kaca berselerak di landasan," kata seorang pegawai ATC yang enggan dikenali. 

Para pegawai TIA yang membuat pemeriksaan menjumpai sekurang-kurangnya 10 bangkai itik serta kepingan kaca di landasan. Serpihan kaca itu kemudian dibuang dan lapangan terbang tersebut kembali beroperasi 30 minit kemudian. 

Para pegawai menjumpai dua lagi bangkai itik ketika melakukan pemeriksaan rutin pada pagi Sabtu. 

"Ini kali pertama kami melihat begitu banyak itik di kawasan lapangan terbang ini," kata seorang pegawai yang mengesyaki unggas itu mungkin itik penghijrah. 

MAS membatalkan penerbangannya ke Kuala Lumpur yang dijadualkan pada pukul 11 malam Jumaat. 

Semua penumpang yang menempah penerbangan itu ditempatkan di hotel Soaltee, Annapurna dan Hyatt Regency. Pesawat berkenaan berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 3:30 petang Sabtu setelah dibaiki. 

Sementara itu, pegawai ATC berkata pengurus besar TIA telah dimaklumkan tentang kejadian tersebut dan beliau mengesyorkan tindakan dikenakan terhadap juruterbang MAS terbabit kerana tidak membuat laporan segera tentang kejadian itu. 

"Juruterbang berkenaan sepatutnya memaklumkan kejadian itu dengan segera kepada pihak berkuasa lapangan terbang bagi mengelak kejadian tidak diingini," kata pegawai itu. 

Lebih 75 kejadian pesawat berlanggar dengan unggas ketika berlepas atau mendarat berlaku di TIA sejak 1990. 

Tiga daripadanya mengakibatkan kerosakan besar terhadap pesawat. Walaupun sebuah pesawat Airbus A300 Thai Airways dan sebuah pesawat Dc-10 Biman Bangladesh terselamat daripada nahas pada 1996 dan 2010, 19 orang maut apabila pesawat Dornier Sita Air terhempas pada September 2012. 

Sementara itu, di KUALA LUMPUR, MAS hari ini mengesahkan penerbangan MH114nya dari Kuala Lumpur ke Kathmandu pada 21 Mac lepas telah dilanggar oleh sekumpulan unggas semasa menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan. 

Pengurus Perhubungan Media MAS Khairunnisak Dzun Nurin dalam satu kenyataan di sini berkata sebaik sahaja mendarat pesawat itu telah diperiksa oleh jurutera bertugas. 

Beliau berkata penutup lensa lampu mendarat pesawat itu yang pecah dan bukannya cermin hadapan seperti dilaporkan. 

"Pesawat itu tidak dibenarkan terbang pada malam itu dan penutup lensa yang pecah itu telah diganti," katanya. -23/3/14

Tiada ulasan:

Pengikut