Pakatan Rakyat |
Posted: 10 Mar 2014 03:43 PM PDT SHAH ALAM : Ahli Parlimen DAP Seremban, Anthony Loke Siew Fook melontarkan amaran bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang nanti akan menjadi 'Mahkamah Rakyat' yang bakal menjanjikan kejatuhan UMNO-BN. Beliau berkata, tindakan memenjarakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan saja tidak adil malah merupakan kesilapan besar yang akan memakan diri mereka sendiri dan PRK Kajang akan menjadj saksinya. "Jika mereka berasa ini adalah jalan paling terbaik mematikan ikatan utuh Pakatan Rakyat dan 'Langkah Kajang', mereka silap besar kerana sejarah telah membuktikan sebaliknya. "Kajang akan menjadi Mahkamah Rakyat, tempat dimana tumbangnya UMNO-BN, " katanya ketika menyampaikan ucapan setiausaha dalam Konvensyen PR kali ke-5 di Setia Alam Convention Centre, hari ini. Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan itu menyatakan contoh terbaik bagaimana tindakan mengheret Anwar ke penjara merupakan kesilapan besar boleh dilihat pada 1998, dimana ia telah mengerakkan gelombang reformasi. "Pada 1998, saat kali pertama Anwar difitnah dan dihumban ke dalam penjara, peristiwa itu bukan sekadar membawa gelombang reformasi. Hikmah darinya yang paling terkesan ialah penyatuan parti pembangkang. "Siapa sangka DAP dan PAS boleh duduk dalam satu meja, membentuk Barisan Alternatif (BA), seterusnya bersama PKR bergabung secara rasmi sebagai PR pada 1 April 2008 dan membawa Tsunami Politik Mac tahun sama. "Saya juga berani katakan bahawa PR sekarang adalah melangkaui Anwar, hasil dari sumbangan beliau membawa pemuafakatan ini sebagai sebuah institusi politik Malaysia. Selagi lagi, UMNO-BN anda sudah silap," tegasnya. Dalam pada itu, beliau turut mengambil kesempatan memohon hadirin mendoakan keselamatan 227 penumpang, dua daripadanya bayi dan 12 anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH 370 yang dilaporkan tidak dapat dikesan berada dalam keadaan selamat. – Roketkini.com SHAH ALAM: Ketua Wanita DAP Selangor, Hannah Yeoh menggesa semua ahli parti komponen Pakatan Rakyat agar tidak mengikut rentak politik Umno BN yang berteraskan sentimen perkauman. "Isu kaum adalah isu Umno-BN, bukan Pakatan. Jangan sesekali ikut rentak mereka. Walaupun mereka suka laga-lagakan parti Pakatan, dan bangkitkan sentimen kaum di kalangan rakyat, "Kita mesti terus berjuang untuk golongan majoriti dan juga minoriti," katanya dalam sesi pidato 'Pakatan Membela Rakyat' di Konvensyen Pakatan Rakyat kelima hari ini. Sebaliknya, beliau meminta agar ahli terus membina dan mengukuhkan jambatan persahabatan dan kerjasama antara parti. "Saya gesa agar ahli, terutama peringkat akar umbi agar terus bersahabat erat. Janganlah kita harapkan pimpinan tertinggi sahaja," katanya sambil mengambil contoh persahabatan antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu. Mereka berdua memang dikenali sebagai sahabat baik yang bermula ketika sama-sama ditahan ketika Operasi Lalang pada 1987. Beliau juga memuji usaha Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mujahid Yusuf Rawa yang gigih membina hubungan baik, terutama dengan penganut Kristian, di saat sentimen kaum dan agama semakin kuat dimainkan. "Saya terharu ketika baca kenyataannya, bahawa rakyat harus menghargai kepelbagaian yang ada. Terima kasih Mujahid, kerana menghulurkan tangan persahabatan," katanya lagi. Najib, fikir sekali lagi cubaan penjarakan Anwar Dalam pada itu, Speaker DUN Selangor itu juga mengingatkan Datuk Seri Najib Razak agar menimbang kembali rancangan kerajaannya memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Berbeza pada 1998 di mana Umno BN hanya hilang sokongan Melayu, katanya, kali ini seluruh rakyat Malaysia akan menolak mereka. "Saya tanya bekas staf saya tentang berita semalam. Jawabnya, ketika 1998 Anwar lebih dilihat sebagai pemimpin Melayu. Namun, kini Anwar adalah pemimpin seluruh rakyat Malaysia. "Jadi saya nak ingatkan Najib – fikir sekali lagi tentangan langkah untuk penjarakan Anwar ini," katanya lagi. – Roketkini.com | |
Posted: 10 Mar 2014 03:33 PM PDT Posted by Admin Direktori Blog | | 3:33 PTG Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info sumber :- Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
|
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan