Rabu, 26 Mac 2014

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kami anggap pusingan ‘U’ MH370 arahan menara kawalan

Posted: 26 Mar 2014 02:57 AM PDT



Macamana rakyat tak buat pelbagai spekulasi, Timbalan Menteri Pertahanan sendiri keluar kenyataan radar TUDM kesan MH370 berpatah balik, tetapi TUDM tidak buat apa-apa tindakan kerana beranggapan MH370 berpatah balik atas arahan menara kawalan. Kemudian keesokan hari bila sah MH370 terputus hubungan dan hilang dari radar kenapa masih dibuat operasi mencari dan menyelamat di Laut Cina Selatan selama seminggu?   

Kami anggap pusingan 'U' MH370 arahan menara kawalan, Timbalan Menteri Pertahanan beritahu Parlimen
March 26, 2014

Pihak tentera tidak mengambil tindakan apabila melihat pesawat yang tidak dikenali di radar tentera kerana menganggap pusat kawalan trafik Subang yang mengarahkan pesawat itu membuat pusingan 'U', kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri kepada Parlimen hari ini.

"Ia memang dikesan di radar kami, tetapi pusingan U itu dibuat oleh pesawat yang tidak merbahaya dan kami fikir boleh jadi ia adalah arahan menara kawalan. Pesawat yang tidak merbahaya memang melalui melalui ruang udara negara pada 8 Mac."

Tiada ulasan:

Pengikut