Ahad, 9 Februari 2014

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 09 Feb 2014 03:32 PM PST


Kini sudah ternyata bahawa sistem pendidikan Malaysia berada dalam keadaan krisis ekoran keputusan kajian Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2012 yang dikeluarkan pada awal Disember lepas.

Laporan PISA merupakan sebuah kajian yang dijalankan tiga tahun sekali oleh badan antarabangsa Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) yang melibatkan 510,000 murid berusia 15 tahun dari 65 buah negara dari seluruh dunia.

Dalam edisi terkini, Malaysia mendapat tempat ke-55 secara keseluruhan, lantas meletakkan Malaysia dalam kelompok 20 peratus tercorot daripada 65 buah negara yang dikaji. Lebih teruk lagi, prestasi murid kita adalah lebih rendah berbanding dengan negara jiran seperti Singapura (ke-2), Vietnam (ke-17) dan juga Thailand (ke-53).

Walaupun murid Malaysia mencatatkan peningkatan dalam Matematik berbanding kajian 2009, namun peningkatan skor hanya sedikit, daripada 404 kepada 421, dan masih jauh di bawah paras 494, iaitu skor purata bagi negara-negara OECD.

Sementara itu, Vietnam yang jauh ketinggalan dari segi pembangunan fizikal dan ekonomi, berjaya mencapai skor purata 511 dalam Matematik, sekaligus membuktikan bahawa reformasi pendidikan yang dilaksanakan di negara itu beberapa tahun yang lalu telah berjaya mengasah kebolehan kognitif murid mereka sehingga setanding dengan negara-negara maju seperti Jerman dan Australia.

Pelajar Vietnam juga menunjukkan keputusan cemerlang dalam Bacaan (508) dan Sains (528), yang masing-masing melebihi purata negara OECD, iaitu 496 dan 501. Malangnya, hal yang sama tidak ditunjukkan oleh murid kita. Misalnya, skor Bacaan kita mencatatkan keputusan yang memalukan – 398 (Thailand mencatatkan 441) – iaitu lebih rendah daripada keputusan kita pada tahun 2009 apabila kita mencapai 414. Hal ini juga sama bagi Sains, di mana murid Malaysia hanya mencatat 420, sekali lagi menunjukkan penurunan berbanding tiga tahun lalu.

Lebih mendukacitakan lagi, prestasi murid kita yang lemah ini bukanlah sesuatu yang terpencil, tetapi sebenarnya sebahagian daripada corak penurunan yang jelas dilihat dalam kajian-kajian lain seperti Trend in International Maths and Science Study (TIMSS) yang dilakukan empat tahun sekali.

Belanja melebih, prestasi mengurang

Keputusan murid negara kita dalam kajian-kajian antarabangsa seperti PISA dan TIMSS tidaklah terlalu mencolok mata sekiranya tidak dilihat bersama jumlah besar yang dilaburkan dalam sektor pendidikan sejak kebelakangan ini.

Dalam belanjawan terbaru Persekutuan, RM54 billion atau 21 peratus daripada jumlah perbelanjaan negara telah diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan (MOE) bagi tahun 2014, iaitu peruntukan kementerian yang paling besar. Malah, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah mengakui bahawa perbelanjaan pendidikan awam di negara kita dari segi peratusan KDNK adalah lebih dua kali ganda purata negara-negara ASEAN, serta melebihi negara-negara OECD dan "Harimau-harimau Asia" seperti Korea, Hong Kong, Jepun dan Singapura.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa pelaburan yang besar dalam pendidikan tidak semestinya diterjemahkan kepada hasil yang lebih baik. Misalnya, keputusan peperiksaan UPSR yang diumumkan baru-baru ini menunjukkan penurunan prestasi dalam kertas Bahasa Inggeris meskipun MOE menghabiskan RM270 juta untuk melantik tiga firma perunding selama tempoh tiga tahun yang lalu untuk menyediakan mentor asing Bahasa Inggeris bagi meningkatkan kualiti pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kebangsaan.

Maka, persoalannya bukan apakah kita cukup berbelanja, tetapi apakah perbelanjaan kita itu berbaloi dengan harga.

Pada tahun-tahun akan datang, kerajaan akan melabur berbilion-bilion ringgit dalam pelbagai projek besar seperti 1BestariNet, yang melibatkan pemasangan jalur lebar berkelajuan tinggi di semua 10,000 sekolah di seluruh negara, penubuhan sistem Pelantar Pembelajaran Maya (Virtual Learning Environment) untuk membawa murid kita ke zaman siber, serta projek "1 Murid 1 Peranti" yang akan membekalkan kesemua murid kita dengan peralatan komputer.

Sama ada pelaburan infrastruktur yang mewah ini dapat meningkatkan prestasi murid kita masih menjadi tanda tanya. Namun yang pasti, jika sejarah lampau boleh dijadikan sebagai petunjuk, kita boleh yakin bahawa lebih banyak dana awam akan dibazirkan manakala masa depan anak-anak kita dikorbankan.

Apabila yang terbaik tidak cukup baik

Sebagai cubaan menyedapkan hati, ada pihak telah mencadangkan bahawa walaupun skor purata murid Malaysia tidak cemerlang, masih ada golongan tertentu yang mencapai keputusan yang baik. Sebagai contoh, Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof pernah dipetik sebagai berkata bahawa terdapat segelintir sekolah dan murid kita yang mampu bersaing dengan yang terbaik di dunia.

Oleh itu, masalah yang dihadapi negara kita boleh dianggap sebagai masalah jurang antara bandar dan luar bandar, di mana sekolah-sekolah bandar yang lebih lengkap prasarananya, dengan guru yang lebih cekap dan persekitaran pembelajaran yang lebih sesuai untuk menelaah pembelajaran, mampu menghasilkan keputusan yang lebih baik. Walaupun ini adalah satu kesimpulan yang agak nyata, namun adakah murid yang paling berkemampuan ini benar-benar berdaya saing?

Menurut analisis keputusan PISA oleh portal berita antarabangsa The Huffington Post, apabila skor Matematik dibandingkan dengan latar belakang sosio-ekonomi murid tersebut, adalah didapati bahawa, secara umum, andaian ini adalah benar: lebih kaya murid, lebih baik keputusan.

Hal ini tampaknya benar di Malaysia, di mana keputusan menunjukkan jurang yang ketara antara prestasi 10 peratus murid terkaya dengan baki murid yang lain. Ini tidak mengejutkan kerana murid dari latar belakang sosio-ekonomi atasan dapat menikmati kemudahan sekolah yang lebih moden, guru yang lebih berkualiti, kelas tambahan dan sebagainya. Mereka juga berkemungkinan besar berpendidikan swasta atau mendaftar di sekolah berasrama elit.

Namun, ukuran sebenar dilihat dalam perbandingan dengan negara-negara lain. Daripada analisis, didapati bahwa skor purata bagi 10 peratus murid yang terkaya di Malaysia sebenarnya lebih rendah daripada skor purata murid termiskin dari berbagai negara Asia seperti Singapura, Hong Kong, Korea dan Macau (lihat Rajah 1).

 2014_OECDScores_bm
Rajah 1: Pencapaian Matematik PISA 2012
Sumber: The Huffington Post (terj.)

Lebih mengejutkan lagi, didapati bahawa 10 peratus murid terkaya Malaysia hanya berupaya untuk melebihi sedikit prestasi 20 peratus murid termiskin Vietnam, iaitu sebuah negara yang mempunyai KDNK per kapita enam kali lebih rendah berbanding kita.

Dalam erti kata lain, kemerosotan murid negara kita bukan sahaja berlaku dalam kalangan murid kebanyakan, bahkan murid dari keluarga berpendapatan tertinggi yang mempunyai segala kemewahan dan kemampuan juga masih jauh ketinggalan berbanding rakan-rakan serantau mereka yang berasal dari keluarga-keluarga yang termiskin.

Masa depan yang suram

Prestasi lemah pelajar Malaysia, khususnya dalam Matematik, amat membimbangkan memandangkan penguasaan dalam mata pelajaran ini dianggap oleh OECD sebagai kunci kepada masa depan yang positif, kerana ia mempengaruhi keupayaan remaja untuk mengambil bahagian dalam pengajian tinggi di samping mencapai pendapatan yang diingini. Tambahan pula, Kajian Kemahiran Dewasa oleh OECD juga menunjukkan bahawa "kemahiran matematik yang lemah akan menghalang ketercapaian masyarakat kepada gaji yang lebih tinggi serta pekerjaan yang lebih memuaskan."

Hal ini bermaksud Malaysia sedang menghadapi krisis yang membimbangkan dalam pendidikan dan sekiranya tidak ditangani, maka ia akan membawa kepada kesan jangka panjang yang negatif ke atas pembangunan ekonomi.

Dalam dunia yang global dan penuh cabaran ini, kegagalan untuk bersaing akan melumpuhkan harapan Malaysia untuk menjadi ekonomi berpengetahuan tinggi, serta menakdirkan negara kita untuk terus terjerat dalam perangkap pendapatan sederhana buat selama-lamanya. – Roketkini.com

Biaqpila

Posted: 09 Feb 2014 03:23 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:23 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


PENGGUNA LAMAN SOSIAL JUGA TAWAR GANJARAN AJAR ZAHID

Posted: 09 Feb 2014 08:32 AM PST

Kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa tawaran wang tunai untuk 'menampar' seorang ahli parlimen DAP bukan "satu ancaman", menyebabkan laman media sosial kecoh dengan tawaran mereka sendiri.

Tidak seperti sekumpulan NGO Islam yang menawarkan RM 1,200 untuk menampar Teresa Kok, pengguna laman sosial itu juga membuat tawaran kepada mereka yang berani untuk menyedarkan Zahid.

Tawaran dari pelbagai individu itu bermula serendah 5 sen dan setinggi RM 1,500 dan beberapa pengguna mencadangkan majlis kutipan derma bagi tujuan itu.

'Twit' dalam bahasa Melayu dan Inggeris mengenai hal itu memenuhi laman tersebut sehingga lewat malam semalam sehingga ada yang menawarkan seikat kangkung bagi tujuan sama.

Beberapa pengguna, seperti personaliti media Asha Gill mencadangkan supaya menggabungkannya dengan kempen derma, manakala kebanyakan yang lain rasa jengkel dengan menganggap kenyataan Zahid tidak logik.

MK

Tiada ulasan:

Pengikut