Jumaat, 7 Februari 2014

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 07 Feb 2014 03:16 PM PST

Oleh : Naeem Raffi

SHAH ALAM : Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) komited memastikan pusat pelancongan di wilayah itu berada dalam keadaan terbaik bagi menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara.

AzhariSetiausahanya, Azahari Sairin, berkata MDKS telah menjalankan beberapa projek pembangunan, penambahbaikan dan pengubahsuaian di beberapa pusat pelancongan sepanjang tahun 2011 sehingga pertengahan 2013.

"Suatu yang merugikan buat MDKS sekiranya kelebihan yang ada di Kuala Selangor ini gagal diselengara dan di pertingkat.

"Jadi menerusi, dana yang diperoleh dari Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (MARRIS) dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, MDKS dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan itu," katanya.

Sementara itu, kawasan puncak Bukit Melawati yang terhad dan bercerun membataskan usaha mendirikan struktur binaan seperti tandas awam.

kuala-selangor-bukit-melawati2

Azahari berkata, selain kawasan berbukit, faktor menjaga keaslian kesan tinggalan sejarah antara punca tandas awam terpaksa dibina di Laman Budaya.

"Pada awal pembinaan, pihak MDKS juga mencadangkan lokasi tandas di puncak bukit tersebut bagi kemudahan pengunjung.

"Walaubagaimana pun, setelah kajian semula dilakukan, MDKS mendapati kawasan tersebut tidak sesuai memandangkan baki kawasan yang ada terhad," jelasnya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab rungutan pengunjung berhubung kedudukan tandas awam jauh dan tidak mesra pengguna kerana tiada penunjuk arah.

bukit-melawati-main-board"MDKS sentiasa terbuka dan mengalu-alukan pendapat orang ramai dalam memastikan pusat pelancongan di wilayah ini berada dalam keadaan terbaik dengan kemudahan yang mesra pengunjung.

"MDKS akan menambah bilangan papan tanda tunjuk arah yang mencukupi untuk kemudahan pengunjung," katanya.-EZY

NABI Muhammad S.A.W mendidik umatnya supaya menyantuni wanita. Antara hadis baginda yang termasyhur, mafhumnya; yang terbaik daripada kalangan kami adalah yang melakukan yang terbaik untuk wanitanya.

Justeru Islam, sebagai agama keamanan dan mendidik akhlak, jelas sekali melarang lelaki daripada bertindak kasar terhadap wanita.

Lelaki yang mengasari wanita, bahkan yang mengancam untuk menggunakan kekasaran ke atas wanita adalah lelaki yang bacul. Ini semua orang tahu. Sesiapa pun yang mengasari perempuan pastinya akan dilihat seolah-olah syaitan bertopengkan manusia. Tidak kira apa alasan sekalipun, perempuan tidak wajar dikasari. Baik dengan tutur kata atau kerja buat serta perlakuan fizikal.

Tuhan mencipta perempuan supaya disantuni. Bukan untuk dikasari, diherdik atau dicaci maki. Tanpa perlu dipertimbangkan apa jua latar belakang keturunan, agama, pendidikan, perempuan tetap perempuan. Dia mungkin isteri seseorang atau adik, kakak dan ibu kepada seseorang.

Maka perempuan tidak boleh dikasari. Ini asas yang jelas nyata. Tidak ada lelaki yang waras akalnya suka melihat titis air mata wanita. Lelaki yang sentiasa dahaga dan giat memakan air mata wanita itu ialah lelaki yang dayus, pengecut dan punya kebarangkalian besar tidak mempunyai organ kejantanan yang mencukupi.

Justeru ketika dikhabarkan bahawa ada segerombolan lelaki beriya-iya mahu mengasari seorang wanita, saya jadi hairan. Tambah hairan kerana gerombolan lelaki ini (kalau iya pun boleh dipanggil lelaki) tidak bertindak mahu mengasari wanita ini secara sendiri. Malah ia mahu memberi upah pula kepada lelaki lain untuk mengasari wanita yang satu ini.

Saya cuma ada dua persoalan untuk gerombolan manusia ini. Pertama, adakah mereka ini semuanya biasa menempeleng isteri atau anak perempuan masing-masing dan merasakan pekerjaan mengasari wanita itu seakan-akan satu hobi? Soalan kedua, adakah kegemaran mereka mengasari isteri dan wanita dalam keluarga mereka itu turut disumberluarkan kepada pihak ketiga dengan diberikan imbuhan bayaran tunai?

Ya ini soal sekumpulan lelaki pertengahan usia yang berkumpul ramai-ramai menawarkan wang kepada sesiapa yang boleh pergi menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim dan merakamkan video perlakuannya.

Adakah diri sendiri tidak punya bilangan testis yang mencukupi untuk melakukan kekasaran terhadap wanita terbabit, sehingga terpaksa mengupah pihak lain pula? Sudahlah mahu diupah, jumlahnya juga tidak seberapa. Setakat RM500, BR1M jauh lebih tinggi jumlahnya. Lalu tergesa-gesalah dinaikkan jumlah imbuhan itu menjadi RM1,200.

RM1,200 untuk berlaku kasar terhadap seorang wanita. Lelaki malang manalah yang akan sanggup buat kerja terkutuk ini? Kerja mengasari seorang wanita demi habuan wang ringgit. Ini tidak banyak beza dengan pekerja seks yang sanggup buat apa sahaja asalkan kena dengan bayarannya. Malah sama sahaja seperti kaki pukul ala cumi dan ciki yang diberi upah 'mengajar' mana-mana perampas kekasih orang.

Apakah umat ini sudah begitu terdesak dan bankrap maruah dan harga diri sehingga sanggup mahu menjadi pecacai untuk mengasari seorang perempuan demi RM1,200.

Islam tidak mengajar perlakuan sebegini. Jadi janganlah menggunakan nama agama untuk memberi justifikasi kepada kebaculan kamu. Tambah menghina Islam ialah selepas menawarkan imbuhan wang untuk mengasari wanita, kumpulan melaungkan takbir. Eh, agama apa yang ajar kamu mengasari wanita dan melaungkan nama Tuhan ni?

Seandainya Rasulullah masih ada, pastilah kamu ditempelengnya terlebih dahulu.

Apa yang Islamiknya tentang menawarkan wang supaya seseorang mengasari wanita? Ada dalilkah yang menghalalkan perbuatan sebegini?

Apa asas yang melahirkan kemarahan yang begitu membuta tuli sampai buat kain rentang pun tak periksa ejaan. Eja 'cauvinis' pun salah, malah saya syak gerombolan pakcik ini yang begitu bersemangat melumur darah ayam ke kain rentang dengan gambar pemimpin DAP tidak tahu pun apa makna perkataan cauvinis.

Yang dia tahu, 'DAP cauvinis Cina'. Tidak ia sedar bahawa dia itu cauvinis Melayu.
Ya cauvinis itu ertinya: Kepercayaan yang patriotik, berlebihan, dan membuta tuli dalam keunggulan dan keberanian nasional. Atau dalam bahasa Inggerisnya: Chauvinism, in its original meaning, is an exaggerated patriotism and a belligerent belief in national superiority and glory.
Nah sekarang siapa cauvinis?

Bagaimanapun kita seharusnya ucap terima kasih kepada mereka ini. Pekerjaan yang diperbuat oleh gerombolan ini memudahkan lagi usaha untuk menambahkan rasa benci dan meluat terhadap politik perkauman yang menjadi tunjang United Malays National Organisation. Ya, parti UMNO pastinya akan menjauh daripada segala kegilaan ini.

UMNO, sepertimana gerombolan lelaki pertengahan usia tadi memang kerjanya sub-contracting dan menyumberluar perkara yang ia tidak berani lakukan sendiri.

Tetapi malang bagi parti pemerintah ini, dunia sudah kian maju dan ini sudah masuk bulan kedua tahun 2014. Tahun 1969 itu sudah begitu jauh dan tidak lagi menjadi suatu faktor ketakutan malah sekadar memori yang mahu dilupakan. Jadi rakyat akan pastinya boleh menilai kekalutan yang melanda negara ini, siapa yang punya angkara.

Jadi terima kasihlah, mudah kerja Pakatan Rakyat nak menang pada Pilihan Raya Kecil Kajang nanti. Buatlah lagi selalu. Mudah-mudahan impian ke arah negara aman makmur dan bangsa yang berpadu itu boleh pakat dikuburkan bersama-sama sambil menyambut 2020 nanti. – Roketkini.com

KUALA LUMPUR: DAP mengecam keras tindakan melampau puak pro-UMNO yang menggalak tindakan jenayah kekerasan terhadap wanita apabila menawarkan ganjaran RM1,200 kepada mereka yang menampar Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok Suh Sim.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, selain itu mereka menggesa orang bukan Melayu yang tidak mahir berbahasa Melayu supaya diusir keluar dari negara ini.

Beliau menganggap keberanian puak pro-UMNO mencetuskan provokasi jenayah adalah kerana amalan double-standard dan mempolitikkan pihak polis dan pejabat pendakwaan sehingga membenarkan kumpulan itu terlepas bebas tanpa sebarang tindakan sedangkan pihak pembangkang terus dimangsakan dengan kesalahan yang tidak mereka lakukan.

Beliau berkata, pihak polis mesti bertanggungjawab penuh di atas kegagalan menghindarkan ketegangan kaum, keganasan serta memastikan keselamatan Teresa Kok.

"DAP sangat bimbang akan keselamatan Teresa dan akan mengambil pelbagai langkah perlu dengan izin beliau untuk memastikan keselamatannya terpelihara.

"Bagaimanapun, tiada langkah keselamatan yang benar-benar berkesan apabila berdepan dengan puak perkauman dan fanatik yang akan melakukan apa sahaja untuk mendapat duit," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

"Kumpulan pro-UMNO terbabit menyembelih empat ekor ayam dan melumurkan darahnya ke kain rentang yang memaparkan wajah pemimpin DAP, Lim Kit Siang, Teresa Kok dan saya sendiri Eng serta ADUN PKR Lee Khai Loon. Meskipun tindakan sedemikian serta aksi membakar patung pemimpin Pakatan Rakyat sudah boleh dianggap biasa, puak pro-UMNO ini mengambil langkah baru ke arah keganasan dan kebencian dengan menawarkan upah RM1,200 kepada sesiapa yang sanggup menampar wajah Teresa Kok dan merakamkan aksi itu," katanya.

GUan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, jelas sekali penyokong UMNO itu begitu berhajat membangkitkan kebencian dan ketegangan kaum demi menutup rasuah BN, kegagalan menguruskan ekonomi serta kenaikan harga gula, petrol, tarif elektrik TNB serta kadar premium insuran.

Cadangan menaikkan kadar tol yang sepatutnya dilaksanakan tahun ini juga ditangguhkan ke tahun depan demi menyenangkan hati pengundi Kajang pada Pilihan Raya Kecil pada 23 Mac ini.

"Langkah berdiam diri pihak polis menyebabkan kumpulan lelaki pro-UMNO ini untuk terus memalukan hatta di peringkat antarabangsa menghina kesucian Islam dan orang Melayu, serta semua lelaki di dalam negara Malaysia yang kita cintai ini.

"Tidak ada agama atau keturunan malah tidak ada lelaki sejati yang akan membiarkan tindakan mengasari seorang wanita.

"Sebagai seorang warganegara, saya memandang jijik tindakan penyokong UMNO ini, yang hanya menguatkan komitmen dan keyakinan saya bahawa UMNO dan BN mesti dihumban pada Pilihan Raya Umum akan datang," tambahnya.

Katanya, sebagai seorang lelaki, beliau amat malu apabila seorang lelaki lain begitu bangga dan tanpa segan silu menyeru supaya seorang wanita ditempeleng demi upah wang ringgit.

Beliau berkata, lelaki sejati tidak akan memukul perempuan, dan keganasan seharusnya tidak dibabitkan dalam wacana umum dan lapangan politik.

"Seandainya gagal, demokrasi turut gagal dan Malaysia akan jatuh merudum ke arah pemerintahan bercorak diktator dan membentuk masyarakat yang tidak bertamadun.

"Bagi menunjukkan betapa marahnya DAP terhadap tindakan melampau penyokong UMNO ini,
wakil rakyat DAP akan membuat laporan polis di seluruh negara. Meskipun DAP tidak mengharapkan sebarang tindakan oleh pihak polis, sebaliknya DAP mahu membangkitkan kesedaran awam untuk mengecam ketegangan kaum yang cuba dibangkitkan penyokong UMNO serta melindungi Teresa Kok daripada menjadi mangsa keganasan," katanya.-Roketkini.com

KUALA LUMPUR: Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hari ini berdiri teguh dan menyatakan sokongan penuh serta mengecam keras tindakan sekumpulan NGO yang berhimpun dan menyerang Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok Suh Sim.

Ahli Parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh berkata, tindakan kumpulan NGO yang mencetuskan kebencian kaum dengan pelbagai tohmahan dan fitnah terhadap Teresa, nyata memalukan Islam sendiri.

"Tindakan mereka itu jelas memalukan agama Islam.

"Islam tidak mengajar umatnya melakukan perkara sebegini. Islam mengajar kepada kebaikan, keamanan, toleransi dan menghormati sesama manusia," katanya ketika ditemui mengiringi Teresa di Balai Polis Tun HS Lee.

Tegasnya, polis juga harus mengambil tindakan segera dan bukannya diam membisu seolah-olah memberi ruang kepada NGO itu untuk terus bergiat aktif menyebar kebencian.

"Apa yang dilakukan adalah satu kesalahan jenayah kerana mereka menawarkan ganjaran kepada individu yang sanggup menampar teresa.

"Polis perlu bertindak secepat mungkin, berdiam diri tidak menyelesaikan masalah," ujarnya.

Ahli Parlimen PAS Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud juga menyokong dan menegaskan bantahan itu adalah tidak matang dan bercanggah dengan akhlak seseorang yang beragama Islam.

"Islam adalah agama kesejahteraan, jadi mereka yang membuat cercaan, tohmahan, fitnah dan provokasi terhadap Teresa serta pemimpin PR dianggap tidak layak menggelarkan diri mereka pembela Islam.

"Tindakan mereka itu di luar batasan undang-undang dan seolah-olah memperlekeh dan mencabar maruah pihak berkuasa.

"Saya juga kesal dan membantah terhadap apa saja aktiviti yang boleh menyebabkan perpecahan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini," tegasnya. -Roketkini.com

Biaqpila

Posted: 07 Feb 2014 03:16 PM PST


Soalan seks untuk murid sekolah?

SEREMBAN - Soalan berunsur seks dalam borang soal selidik yang diedarkan kepada murid sekolah rendah di Nilai mendorong dua wakil rakyat membuat aduan sekali gus menuntut tindakan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, semalam.

Adun Nilai, J Arul Kumar yang hadir bersama Adun Senawang, P Gunasekaran, mempersoalkan apa relevannya soalan berkaitan keguguran kandungan, kaedah mencegah kehamilan, penukaran jantina, masturbasi, bertukar-tukar pasangan dan hubungan seks luar tabii ditanya kepada murid sekolah rendah.

"Soalan seperti ini tidak sepatutnya ditanya kepada murid sekolah rendah," kata Arul Kumar.

Beliau turut menunjukkan borang soal selidik itu yang antara soalannya ialah 'Saya mempunyai keinginan seks terhadap (a) kaum (jantina) sejenis (b) keinginan untuk menjadi berlainan jantina'.

Satu lagi soalan, 'saya pernah melakukan perkara-perkara berikut (a) membaca/ menonton bahan-bahan lucah (b) melancap/ masturbasi (merangsang diri sendiri secara seksual).

Sinar Harian difahamkan, borang soal selidik itu diedarkan di sekolah-sekolah di negeri ini.

Menurutnya, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu Jumaat lalu oleh ibu bapa murid tahun empat yang bimbang persoalan yang dibangkitkan dalam soal selidik itu mencemarkan pemikiran anak mereka.

"Setelah diteliti, kita dapati soalan pada halaman tiga itu memang tidak sepatutnya diajukan kepada murid sekolah rendah. Kita pun hairan bagaimana pihak berkenaan boleh terfikir untuk menyoal selidik budak sekolah rendah dengan soalan seperti itu.

"Cuba bayangkan, apa yang kanak-kanak ini faham tentang keguguran kandungan, kaedah pencegahan kehamilan, penukaran jantina, masturbasi, bertukar-tukar pasangan dan hubungan seks luar tabii," katanya.

Arul Kumar berkata, tidak timbul masalah jika soalan itu diajukan kepada golongan remaja, khususnya pelajar sekolah menengah memandangkan topik dibangkitkan bersesuaian dengan mereka untuk tujuan kesedaran.

"Ibu bapa itu sendiri kata kepada saya, mereka serba salah apabila anak-anak yang masih kecil ini balik bertanya kepada mereka soalan-soalan yang mereka sendiri tak boleh nak jawab. Pada saya, perkara seperti ini boleh dedahkan anak-anak kepada perkara yang mereka tak sepatutnya tahu lagi pada peringkat usia itu," katanya.

Sehubungan itu, Arul Kumar minta Jabatan Pendidikan negeri mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan insiden sama tidak berulang.

"Kita harap Jabatan Pendidikan negeri memandang serius perkara ini kerana mengikut maklumat diterima, dipercayai kaji selidik berkenaan bukan saja diedarkan di sekolah terbabit, malah di semua jenis sekolah rendah di negeri ini sejak tahun lalu.

"Bagaimanapun, kita terpaksa menanti sehingga hari ini (semalam) untuk bertindak selepas mendapat bukti mencukupi," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Kalsom Khalid ketika dihubungi Sinar Harian berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kaji selidik berkenaan dibuat klinik kesihatan berdekatan tanpa pengetahuan dan kebenaran Jabatan Pendidikan negeri.

"Setakat ini, kita tak pasti berapa banyak yang sudah diedarkan dan sekolah mana terlibat.

"Buat permulaan kita minta pengurusan sekolah yang menerima borang kaji selidik ini supaya menghentikan pengedarannya," katanya.

Kalsom berkata, pihaknya akan membuat siasatan lebih lanjut sebelum sebarang tindakan diambil. -SH

Tinjauan seks: Kementerian tunggu penjelasan JPN





Kementerian Pelajaran menunggu maklumat daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPN) berhubung dakwaan tinjauan kecenderungan seks yang dilakukan ke atas murid sekolah rendah kebangsaan di Nilai.

Menteri Pelajaran II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata setakat ini pihak kementerian juga belum dapat memastikan jika insiden yang didakwa itu benar-benar berlaku.

"Kita belum dapat maklumat lagi daripada pihak negeri berkenaan perkara ini. Kita kena lihat apa yang sebenarnya berlaku.

"Sistem dan cara kita ada (untuk menangani perkara ini) termasuklah prosedur dia," katanya pada sidang media merasmikan pelancaran buku teks digital Kementerian Pendidikan yang meliputi 313 jenis buku teks di Petaling Jaya pagi ini.

Semalam dua wakil rakyat DAP memfailkan rungutan mereka dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan berhubung satu tinjauan berkaitan kecenderungan seks yang didakwa berlaku di satu sekolah rendah di Nilai.

ADUN Nilai J Arulkumar dan ADUN Senawang P Gunasekaran berkata mereka dimaklumkan perkara itu oleh seorang ibu bapa pelajar berusia 10 tahun minggu lepas.

Antara soalan yang ditanya adalah sama ada pelajar pernah melakukan onani atau menonton bahan lucah dan sama ada mereka mempunyai kawan istimewa atau kekasih.

Pelajar juga didakwa turut ditanya jika mereka mempunyai minat terhadap sesama jantina atau berhasrat untuk menukar jantina mereka.

Selain itu mereka juga didakwa ditanya jika mereka ada bertukar-tukar pasangan, melakukan seks sejenis, melakukan seks di luar tabie atau mengamalkan perancangan keluarga. -mk







greenboc



Tiada ulasan:

Pengikut