Selasa, 11 Februari 2014

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 11 Feb 2014 03:12 PM PST

Iklan Dilihat Permainkan Kenyataan Kangkung Ditarik Semula

Posted: 10 Feb 2014 11:14 PM PST

Iklan 'tak diluluskan' McDonald's ditarik semula

[MK] McDonald's Malaysia menarik semula iklan yang dilihat mempermainkan kenyataan kontroversi 'kangkung' oleh perdana menteri.

Rangkaian makanan segera popular itu memberitahu Malaysiakini yang iklan tersebut sebenarnya "tidak diluluskan" dan terlepas daripada saringan rasmi.

"McDonald's Malaysia ingin menjelaskan bahawa visual yang dihasilkan itu terlepas ke restoran-restoran kami akibat kesilapan komunikasi.

"Semua bahan ini telah ditanggalkan," kata rangkaian restoran itu dalam kenyataan mereka.

Bahan iklan itu yang mula dikesan di meja-meja restoran McDonald's di sekitar Lembah Klang adalah sebahagian daripada kempen pemasaran McSavers.

Ia berbunyi seperti berikut:

"Harga sayur tidak turun tapi harga burger tetap turun"

Ia ditanggalkan beberapa hari kemudiannya.

Ayat dalam kempen itu dilihat merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Najib Abdul Razak yang mendakwa harga kangkung sudah berkurangan.

Kenyataa itu yang dibuat Najib bagi menggambarkan bagaimana turun naik harga barang berlaku kerana faktor luaran dan bukannya dasar kerajaan, diperlekehkan oleh orang ramai. 11/2/14

Kanak-kanak 10 Tahun Jadi Janda Paling Muda di Iraq

Posted: 10 Feb 2014 08:24 PM PST

[HM] Baghdad: Mahkamah di sini semalam membenarkan permohonan cerai seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang dipaksa berkahwin dengan lelaki tua oleh bapanya.

Media tempatan semalam melaporkan, kes berkenaan menjadikan kanak-kanak terbabit janda termuda di Iraq. 

Gadis itu membuat laporan terhadap bapanya kepada mahkamah di Nasiriyyah selepas dia dipaksa berkahwin walaupun masih bawah umur. 

"Dia turut mengadu kepada mahkamah semalam berkenaan seorang ustaz yang bersubahat dengan bapanya untuk mengahwinkannya.

"Mahkamah memutuskan untuk meluluskan permohonan cerai kanak-kanak itu," lapor media tempatan, semalam.

Menurut sumber, setakat ini masih tidak diketahui sama ada bapanya dan ustaz terbabit dijatuhkan hukuman atau tidak tetapi mengikut undang-undang Iraq, mereka yang melangsungkan perkahwinan tanpa memaklumkan kepada mahkamah boleh dipenjara sekurang-kurangnya enam bulan. -Agensi /11/2/14

Anwar Akan Ambil Alih Jawatan Presiden PKR?

Posted: 10 Feb 2014 07:43 PM PST

[TMI] Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mengesahkan akan bertanding jawatan presiden PKR dalam pemilihan parti itu pada Mei, sekaligus mengesahkan spekulasi selama ini.

Anwar memberikan bayangan dengan jelas beliau akan bertanding jawatan itu bagi menggantikan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang mahu berehat dan memberikan lebih tumpuan kepada cucunya berbanding politik.

"Dia mahu memberikan masa yang lebih kepada cucunya dan juga menjaga datuk," kata Anwar dalam satu wawancara bersama portal The Ant Daily.

Ketika ditanya oleh wartawan, "Apakah anda mengharapkan, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah menjadi perdana menteri?", Anwar menjawab, biarlah anaknya itu melalui semua proses ke arah itu.

"Mengapa bebankan dia dengan semua khabar angin yang menyebabkan dia terkejut di peringkat awal," kata Anwar yang dipercayai merujuk kepada berita mengenai Nurul Izzah memfailkan tuntutan fasakh terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir di Mahkamah Syariah.

Khabar angin Anwar akan mengambil alih jawatan presiden PKR mula bertiup sejak pertengahan tahun lalu, apabila Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mula mempertikaikan beliau dan keluarganya yang menguasai PKR.

Anwar merupakan ketua umum PKR, manakala isteri beliau Dr Wan Azizah adalah presiden, manakala anaknya Nurul Izzah pula adalah naib presiden. – 10 Februari, 2014.

Yayasan Keamanan Sasakawa Minta Maaf daripada Anwar Ibrahim

Posted: 10 Feb 2014 07:34 PM PST

[MK] Yayasan Keamanan Sasakawa (SPF) meminta maaf kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilarang daripada memasuki Jepun pada bulan lepas sewaktu ke sana untuk berucap pada satu majlis.

Pengerusi SPF, Jiro Hanyu, yang memanjangkan satu jemputan baru kepada Anwar hari ini berkata, beliau akan melakukan sedaya yang terboleh untuk memastikan Anwar dapat memasuki Jepun pada kali ini.

Anwar dijangka mengambil bahagian dalam forum "Demokrasi dalam dunia Islam" pada hujung bulan ini.

"Saya sebagai tuan rumah bertanggungjawab agar tetamu berasa selesa dan saya sangat-sangat bertanggungjawab ke atas malu yang ditanggung... Anwar," kata Jiro selepas pertemuan tertutup dengan Anwar di Damansara pagi ini.

Anwar menerima jemputan itu dan menyatakan yang beliau "memaafkan" Jepun di atas insiden itu.

Pegawai imigresen di Lapangan Terbang Narita enggan membenarkan Anwar masuk ke negara itu pada 19 Januari kerana kesalahan beliau yang terdahulu. - 10/2/14

Rakyat Sudan Terlepas Hukuman Gantung Bunuh Anak Teman Wanita

Posted: 10 Feb 2014 07:24 PM PST

[Bernama] PUTRAJAYA – Seorang rakyat Sudan terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan hari ini mengetepikan hukuman mati yang dijatuhi Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana membunuh anak perempuan teman wanitanya, empat tahun lepas.

Selepas Presiden Mahkamah Rayuan mengumumkan keputusan itu, anggota keluarga bekas pelajar kolej Mohannad Taha Ismail dan rakan-rakannya, yang berada di mahkamah, menitiskan air mata dan kelihatan memeluk satu sama lain.

Di luar mahkamah, kesemua mereka mengucapkan "Alhamdulillah" dan sesetengah daripada mereka menangis.

Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan terakhir Mohannad Taha terhadap sabit kesalahan dan hukuman mati yang dijatuhi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 30 September 2011.

Ketika membuat keputusan sebulat suara, Hakim Md Raus berkata selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak, mahkamah berpendapat bahawa berdasarkan bukti yang dikemukakan, mahkamah mendapati bahawa adalah tidak selamat untuk mengekalkan hukuman itu ke atas perayu (Mohannad Taha).

"Oleh itu, rayuan dibenarkan, mahkamah mengetepikan sabit kesalahan dan hukuman mati ke atas perayu," kata Hakim Md Raus yang mempengerusikan panel hakim lima anggota terdiri daripada Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Hasan Lah, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.

Pada 15 Oktober 2012, Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati yang dijatuhi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam ke atas Mohannad Taha selepas mendapatinya bersalah membunuh Aaliyah Ayman Hussin Abdullah, 3 tahun.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Kondominium Venice Hill di Cheras antara 7.30 malam dan 8.30 malam pada 12 Oktober 2009.

Terdahulu, peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Mohannad Taha berhujah bahawa tiada bukti jelas menunjukkan bahawa anak guamnya telah menyebabkan pendarahan parah pada bahagian kranium mangsa kerana tiada siapapun dalam rumah nampak Mohannad Taha menggoncang mangsa.

Beliau berhujah bahawa keterangan emak mangsa tidak boleh diterima kerana kenyataannya kepada polis didapati bercanggah dengan keterangannya kepada mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya berhujah bahawa satu kesimpulan seharusnya dibuat ke atas perayu memandangkan dia tinggal bersama mangsa dan ibunya selama tiga bulan di rumah itu. – 10/2/14

PMO Sahkan P.Waytha Moorthy LETAK JAWATAN

Posted: 10 Feb 2014 07:22 PM PST

[TS] PUTRAJAYA – Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Isnin mengesahkan Pengerusi Hindraf, P. Waytha Moorthy meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sumber daripada PMO berkata, surat perletakan jawatan itu diterima pada pukul 5 petang Isnin.

Hindraf, menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh setiausahanya, P. Ramesh pada Sabtu bahawa kegagalan Kerajaan untuk menepati janji di bawah memorandum persefahaman yang ditandatangani sebelum pilihan raya umum 5 Mei lalu, sebagai punca perletakan Waytha Moorthy. – 10/2/14

Pendakwa Sweden Dakwa Pasangan Pukul, Dera Anak Mereka Sejak 2010

Posted: 10 Feb 2014 07:19 PM PST

[AA] KUALA LUMPUR – Pasangan Malaysia di Sweden, Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal didakwa di mahkamah di Sweden hari ini, atas tuduhan memukul dan mendera keempat-empat anak mereka dalam beberapa insiden sepanjang tiga tahun sejak September 2010 sehingga Disember tahun lalu.

Pendakwaraya mengemukakan kertas pertuduhan setebal 11 muka surat itu yang bagaimanapun tidak menyebut punca atau sebab kenapa keempat-empat kanak-kanak itu, Aisyah Azizul Raheem, 14, Ammar (12), Adam (11) dan Arif (7) dipukul dan didera.

Perbicaraan kes berkenaan mungkin ditetapkan pada 18 Februari dan dijangka berlangsung selama 14 hari.

Pertuduhan antara lain mendakwa Azizul dan Shalwati memukul sehingga meninggalkan kesan fizikal dan mengakibatkan kesakitan dengan mengunakan objek seperti rotan, tali pinggang dan tangan serta turut dicubit dan dipulas telinga.

Dokumen tersebut turut menyenaraikan beberapa individu yang terlibat dalam soal siasat bagi kes tersebut termasuk kaunselor dan guru-guru sekolah kanak-kanak terbabit dan petugas kebajikan.

Undang-undang Sweden menetapkan tindakan memukul anak adalah salah disisi undang-undang.

Laporan terdahulu memetik peguam pasangan itu Kristopher Stahre memaklumkan, Azizul dan Shalwati akan mencabar pertuduhan tersebut.

Sebelum ini pihak pendakwaan menghantar permohonan bertulis kepada mahkamah untuk mendakwa pasangan berkenaan sekitar 6 petang waktu Malaysia pada Isnin. – 10/2/14

Biaqpila

Posted: 11 Feb 2014 03:04 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:04 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


KEPUTUSAN PIALA FA 11/2/14

Posted: 11 Feb 2014 06:58 AM PST

FUHH!!! WANITA TOKYO MOGOK SEKS

Posted: 10 Feb 2014 10:31 PM PST

Tokyo: Sekumpulan wanita melancarkan mogok seks terhadap lelaki yang mengundi gabenor baru bandar raya ini yang memenangi pilihan raya kelmarin.

Kumpulan itu bertindak demikian selepas Yoichi Masuzoe mendakwa wanita tidak layak memegang jawatan kerajaan kerana tidak boleh membuat keputusan kritikal ketika haid memandangkan mereka tidak normal ketika itu.
Kempen di Twitter itu yang menggesa 'wanita bersatu untuk tidak melakukan seks dengan lelaki yang mengundi untuk Masuzoe' memperoleh 3,000 pengikut sejak dilancarkan minggu lalu.

Bagaimanapun, bekas menteri kesihatan yang disokong parti pemerintahan berkenaan memenangi pilihan raya gabenor, menewaskan dua calon yang berjanji untuk mengakhiri kuasa nuklear.

MASUZOE

Pengasas kumpulan itu yang tidak dikenali berkata dalam profil mereka: "Kami sudah berusaha untuk menghalang Masuzoe yang mengeluarkan kenyataan menghina wanita, daripada dipilih. Kami tidak akan melakukan seks dengan lelaki yang mengundinya."

Dalam wawancara 1989, Masuzoe berkata, wanita menjengkelkan apabila datang haid.

"Wanita tidak stabil ketika datang bulan. Kita tidak boleh mengharapkan mereka membuat keputusan kritikal ketika itu," katanya dalam satu kenyataan.

Laman web kedua yang turut dilancarkan Rabu lalu oleh sekumpulan wanita yang cuba untuk menghalangnya daripada menjadi Gabenor Tokyo menarik 75,000 pengikut, lapor media.- Agensi

HM

JANDA DIROGOL KETIKA KE KEBUN GETAH

Posted: 10 Feb 2014 08:34 PM PST

BERA - Seorang ibu tunggal yang menolak cinta jiran sekampungnya hidup dalam keadaan trauma selepas dirogol lelaki itu semasa dalam perjalanan ke kebun getah di Kampung Menteri, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Supritendan Zakaria Yusof berkata, dalam kejadian pada kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa dalam perjalanan ke kebun getahnya yang terletak kira-kira 700 meter daripada rumahnya dengan menaiki motosikal.
Menurutnya, wanita itu terpaksa memberhentikan motosikalnya selepas mendapati titi kecil di parit dekat kebun itu dialihkan.
"Tetapi, sebaik sahaja mangsa turun daripada motosikal, suspek telah memeluk belakang mangsa dan mengikat kaki, tangan dan mulut serta menutup muka mangsa sebelum bertindak merogol mangsa.

"Suspek kemudiannya meletakkan senjata tajam di leher mangsa dan mengugut untuk membunuh mangsa sekiranya mangsa bertindak melawan," katanya kepada Sinar Harian.

Zakaria berkata, mangsa hanya berjaya membuka ikatan dan menyelamatkan diri selepas hampir satu jam suspek melarikan diri.
Katanya, mangsa dibawa oleh ahli keluarga untuk membuat laporan di balai polis berhampiran.
Dipercayai, suspek yang beberapa cuba memikat mangsa sebelum ini bertindak ganas selepas cintanya ditolak mangsa.
"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak kurang lima tahun dan sebatan atau kedua-duanya sekali.
"Kita sudah menahan suspek semalam (kelmarin) di Jalan Mengkarak ketika cuba melarikan diri dan suspek ditahan reman selama enam hari mulai hari ini (semalam) sebelum dijangka didakwa Jumaat ini," kata beliau.-SH

Tiada ulasan:

Pengikut