Ahad, 26 Januari 2014

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 26 Jan 2014 03:21 PM PST

[FMT] SEREMBAN: Tokoh muda PKR, Rafizi Ramli mendakwa dedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Menteri Kewangan selama lapan tahun dari 1991 hingga 1998 hanya menggunakan RM3 bilion duit Petronas setiap tahun untuk perbelanjaan kerajaan.

"Datuk Seri Anwar menjadi Menteri Kewangan sebelum dia kena dipecat pada tahun 1998, tiap-tiap tahun Anwar hanya ambil duit Petronas RM3 blion sahaja untuk perbelanjaan kerajaan.

"Tetapi bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (dalam tempoh menjadi Perdana Menteri) menggunakan RM237 billion dari duit Petronas (perbelanjaan kerajaan).

"Sepanjang Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri sejak 2009, tiap-tiap tahun kerajaan Barisan Nasional ambil RM70 billion setahun dari duit Petronas (perbelanjaan kerajaan)," jelas Rafizi yang juga ahli parliman Pandan.

Beliau yang juga Pengarah Strategi PKR berkata jika kerajaan kata tidak ada wang itu tidak betul kerana pendapatan negara lebih dari mencukupi.

"Minyak itu hasil rakyat, milik rakyat. Kamu boleh ambil untuk kamu bermewah dengan macam-macam projek kamu buat. Tapi untuk bagi 20sen, 30 sen satu liter (minyak) kepada rakyat, kamu berkira besar.

"Sebab itu kalau dia (kerajaan) kata tak ada wang, itu tidak betul, kerana jumlah wang yang dikutip daripada cukai rakyat cukup tinggi, jumlah wang yang diperah dari Petronas cukup tinggi.

"Soal kewangan pendapatan (negara) tidak cukup itu tidak betul," katanya di hadapan lebih 500 orang diceramah penerangan mengenai cukai barangan dan perkhidmatan kerajaan anjuran Pakatan Rakyat Negeri Sembilan di Seremban malam tadi.

Bajet 4B

Dalam ceramah yang bertajuk 'GST mencekik rakyat' itu, Bekas Pengurus Bank Negara dan Pakar Ekonomi, Dr Rosli Yaakop pula menyifatkan bajet kerajaan umumnya adalah Bajet 4B.

"Saya panggil bajet kerajaan sebagai Bajet 4B sebab boros, bazir, bocor dan berhutang.

"Perbelanjaan lebih kurang RM264 bilion tetapi pendapatan negara sekitar RM224 bilion. Maka defisit setiap tahun ialah RM40 bilion.

"Dah 16 tahun negara alami defisit. Dah 16 tahun belanja lebih dari hasil. Dia (kerajaan) beritahu kita hutang negara ketika ini RM500 bilion.

Itu pun dah besar.

"Yang sebenarnya hutang negara dianggarkan dah mencecah RM600 bilion.

"Yang GLC (syarikat berkaitan kerajaan) pinjam, yang kerajaan tanggung jaminan dia, tak terkira dalam hutang negara.

"Saya jangka pada tahun 2020, hutang negara mungkin akan mencecah RM1 trilion," kata Dr Rosli.

Dua jabatan digaji tapi fungsi sama

Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong (DAP) pula mempertikaikan bagaimana kerajaan boros dengan menggajikan dua jabatan kerajaan untuk membuat kerja yang sama.

"Malam ini kita ada kawan-kawan dari cawangan khas (Polis DiRaja Malaysia). Kalau ada ceramah memang ada cawangan khas. Cawangan khas ini biasalah, kawan baik kita. Tetapi ada satu lagi jabatan yang membuat kerja yang sama iaitu Jasa (Jabatan Hal Ehwal Khas).

"Kenapa kerajaan membayar gaji kepada dua jabatan sedangkan dua pasukan ini membuat kerja yang sama, iaitu menyalurkan infomasi tentang aktiviti Pakatan Rakyat kepada kerajaan.

"Di Negeri Sembilan contohnya ada 36 kawasan Dewan Undangan Negeri dan ada 36 pegawai Jasa. Saya lebih rela menaikkan gaji kawan-kawan cawangan dan polis daripada menggunakan dua jabatan yang membuat kerja yang sama," ujar Teo.

Turut hadir dan berceramah ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani. - Zefry Dahalan/25/1/14

Addin

Posted: 26 Jan 2014 11:08 AM PST

Datuk A Kadir Jasin menyifatkan pemimpin yang mempersendakan kesulitan rakyat dalam berdepan dengan kenaikan harga barang sebagai "cetek akal".

Tanpa menamakan individu tertentu secara spesifik, bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press itu menegaskan, isu kenaikan harga adalah suatu yang serius dan sesuatu realiti dihadapi rakyat bawahan ketika ini.

"Kenaikan harga adalah suatu yang sangat serius, sesiapa yang mempersendakannya adalah cetek akal.

"Kenyataan sesetengah pemimpin tentang kenaikan harga, sesiapa yang mempersendakannya adalah berfikiran cetek," kata Kadir kepada The Malaysian Insider bagi mengulas isu kenaikan harga barang yang menjadi keluhan rakyat.

Isu kenaikan harga barang tidak terbendung susulan pengurangan subsidi oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pengumuman kenaikkan tarif elektrik berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima kritikan keras daripada rakyat dan pemimpin parti sendiri ekoran keputusan tidak popular itu yang dilakukan secara drastik.

Program Rasionalisasi Subsidi yang dilakukan pentadbiran Najib didakwa meningkatkan kos sara hidup dengan peningkatan kos bahan api, kenaikan tarif elektrik, dan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan berkuatkuasa pada April 2015.

Secara tidak langsung mengakui tekanan yang dihadapi kerajaan, Najib selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Jumaat mengumumkan peruntukan RM20 juta bertujuan menstabilkan harga barang di pasaran.

"Adakah jumlah peruntukan 20 juta itu memadai untuk menstabilkan kenaikan harga barang yang begitu meluas?

"Saya ingat satu hari rakyat Malaysia membelanjakan berbilion untuk beli minyak, beli makanan, bayar bil elektrik dan bayar tol. Jadi, adakah 20 juta itu memadai?" soal Kadir mengulas tentang peruntukan yang diumumkan Najib itu.

Kadir turut menggesa kerajaan supaya bertegas dalam isu kenaikan harga barang dengan mengenakan hukuman lebih berat.

"Tak cukup dengan menyeret peniaga ke mahkamah kerana proses ini mengambil masa yang agak panjang.

"Lebih berkesan jika perniagaan mereka ditutup ataupun disita jika mereka didapati membuat keuntungan berlebihan dan menyorok barang," katanya.

Dalam pada itu wartawan veteran itu juga mahu kerajaan sedia ada mementingkan hak rakyat dan bukannya bersikap seperti kerajaan sepenuh masa dalam menangani isu-isu yang dibangkitkan.

"Malah saya berasa Umno wajib bercakap bagi pihak rakyat dan jangan hanya bercakap seolah-olah Umno adalah kerajaan sepenuh masa.

"Umno bermula daripada rakyat, maka Umno wajib ambil berat tentang hak rakyat," katanya.

Kadar inflasi di Malaysia melonjak daripada 2.9% pada November kepada 3.2% pada Disember 2013, berpunca daripada pengurangan subsidi dan dijangka meningkat pada tahun 2014.

Kadar tersebut adalah yang tertinggi sejak November 2011, purata peningkatan setiap tahun inflasi naik daripada 1.9% pada November kepada 2.1% pada Disember.

Kenaikan harga bahan api, tarif elektrik, air dan gula, antara lain mewujudkan kesan domino yang menyebabkan harga barang-barang lain turut meningkat.

Putrajaya juga sebelum ini mengumumkan beberapa langkah pengurangan penjimatan susulan kritikan tidak berjimat ketika rakyat dibebani dengan kenaikan harga barang.

Di antaranya adalah mengurangkan elaun hiburan dan perjalanan menteri serta pegawai kanan kerajaan selain membekukan pengubahsuaian pejabat. ~tmi

Tiada ulasan:

Pengikut