Isnin, 20 Januari 2014

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 20 Jan 2014 03:12 PM PST

Harga Kereta Turun Hingga 30% Menjelang 2018

Dasar Automotif Nasional (DAN) 2014 yang diumumkan hari ini dijangka turut membabitkan penurunan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus bagi harga kereta yang dipasang dalam negara (CKD) menjelang 2018.

Bagi membolehkan harga lebih kompetitif, kerajaan dijangka menyediakan insentif bagi menggalakkan syarikat automotif pembukaan kilang pemasangan di negara ini, lapor Berita Harianhari ini.

Laporan itu menyebut, semakan semula DAN menggariskan pelbagai langkah serta insentif menjadikan industri automotif negara lebih berdaya saing, menggalakkan pelaburan lebih besar dan merangsang pembangunan teknologi baru.

Dasar itu bertujuan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam industri automotif secara berterusan, menaikkan standard keselamatan dan menjadikan harga kereta lebih mampu untuk dibeli.

"Fokus utama NAP 2014 adalah menangani isu berkaitan pengguna, peserta automotif serta masalah umum dalam industri itu.

" Dari segi industri, antara isu utama ialah penggunaan teknologi yang masih rendah dalam kalangan vendor, eksport rendah, permit import (AP) dan pekerja asing kurang mahir.

" Dari segi pengguna pula, kita tahu keluhan mereka adalah mengenai harga yang tinggi. Antara isu umum pula berkaitan standard bahan api yang rendah, faktor keselamatan serta kesan alam sekitar," kata seorang peserta industri seperti yang dilaporkan.

Dalam laporan yang sama menyebut beberapa pengeluar yang memasang kereta dalam negara sudah mengurangkan harga secara berperingkat seperi Honda Jazz dikurangan hingga 17 peratus, Nissan Sentra (13%), Proton Saga (12%) dan Proton Alza (12%).

P/s: Sebelum PRU13, mereka berdegar-degar mengataklan akan menurunkan harga kereta. Selepas PRU13, ada laporan mengatakan harga kereta tidak akan turun dan selepas melihat rungutan dan desakan rakyat, maka timbul pula kenyataan bahawa harga kereta akan turun menjelang tahun 2018 - tahun PRU14 mungkin diadakan.

Pada tahun itu, SEMUAnya akan TURUN!!! Pada masa itu, Melayu seperti biasa mudah lupa.

DCM tidak pernah lupa. Anda?

Kerabu Bersuara ®

Posted: 20 Jan 2014 03:09 PM PST

Kata-kata yang bisa keluar dalam polimik politik, dan kita mendengar setiap hari dan masa. Ia disebabkan perbezaan politik dan pandangan terhadap sesuatu isu serius. Tetapi sesiapa yang mempunyai sedikit pemikiran dan nilai kehidupan, apabila berlaku keadaan yang panas seperti hari ini ia tidak akan dapat diselesaikan dengan kata-kata permusuhan. Malah ia akan menambah kekeruhan dan selalunya tidak akan timbul penyelesaian selagi tidak tiba seorang atau kumpulan yang lebih matang dan menyelesaikan isu secara tenang dengan jiwa yang sejuk.

Api yang panas akan hanya boleh disejukkan dengan air dan siapa yang membawa air itulah yang akan membawa kesejukan. Isu yang kita hadapi sekarang ini bukan boleh dselesaikan dengan pimpinan politik. Ia perlu lebih jauh dari politik. Ia perlu diselesaikan dengan tidak membawa sentimen politik masing-masing. Manusia yang boleh membawa ketenangan ini adalah dari orang yang berpengalaman dan telah masak dalam permainan dan sepak terajang politik yang kini tidak membuat sebarang isu yang memanaskan keadaan.

BN sesungguhnya dalam keadaan yang paling tenat dalam sejarah, Segala perbuatannya tidak secocok dengan kehendak zaman dan waktunya dan semua tindakan menyelesaikan sebarang masalah dilakukan tanpa berfikir dan semua tahu segala tindakan penyelesaiannya itu tidak akan berjaya. Apabila harga barangan naik oleh kerana keputusan kerajaan untuk memindahkan kos itu kepada pengguna, Muhyiddin terus mengumumkan penubuhan jawatankuasa menangani kenaikan harga barang secara mendadak itu.

Negara telah menghadapi banyak masalah dan kita mendengar setiap masalah akan di mulakan dengan penubuhan jawatankuasa bagi menyelesaikannya. Jika kita kira semua jawatankuasa bertindak untuk penyelesaian masalah yang timbul selama ini, kita sudah tidak dapat mengiranya lagi. Jika benar semua jawatankuasa itu berjaya, masakan kita menghadapi masalah sehingga ke tahap ini?

Masalahnya pemimpin kerajaan memilih untuk membebankan semua kenaikan harga itu kepada rakyat yang mana kebanyakan mereka adalah dari gulungan yang berpendapatan kurang dari RM1500 sebulan. Kerajaan walaupun telah ke hulu-ke hilir menjanjikan kenaikan pendapatan ketahap USD15,000 setahun tetapi yang terjadi ialah kenaikan harga barangan dan pendapatan tetap seperti biasa.

Saya rasa saya sendiri belumlah pekak lagi. Kita mendengar janji kerajaan hendak menaikan pendapatan rakyat tetapi yang kita lihat ialah kenaikan harga barangan yang begitu mendadak berlaku. Semua perancangan kerajaan yang begitu banyak, semuanya mengakibatkan hasil yang terbalik. Hendak naikkan pendapatan akhirnya harga yang naik, pendapatan tidak juga naik. Kita jika dibenarkan bertaruh ingin juga hendak bertaruh yang pendapatan per kapita yang diunjurkan akan naik sehingga USD15,000 setahun tidak akan tercapai.

Isu yang diperbesarkan sudah sampai ke tahap mengarut kerana pemimpin besar pun memberikan reaksi' kangkung' terhadap isu yang sangat tinggi nilai lawak dan jenakanya. Jika banyak negara maju dan membangun kita mendengar berita kemasukan pelabur asing yang tinggi, kita di Malaysia hanya bercakap dan berpolimik tentang isu kangkung. Dengungan janji-janji Najib untuk menempatkan negara ini di kalangan negara maju masih kedengaran tetapi ia tidak menampakkan tanda-tanda akan tercapai, sebaliknya kita melihat tanda-tanda kegagalan sahaja.

Tetapi kita juga diberikan fahaman yang segala yang buruk itu ada hikmahnya. Saya ingin memperturunkan hikmah-hikmah yang mengikut pandangan beberapa orang yang berjumpa dan berbincang dengan saya diatas apa yang berlaku kepada BN dan UMNO itu. Hikmah (blessing) yang kita nampak jelas jika rakyat yang serius untuk menentukan hala tuju negara kita. kelemahan UMNO dan isu-isu besar terhadap UMNO dan BN itu membuatkan parti-parti yang membangkang merasa begitu yakin akan dapat menguasai kerajaan pusat.

Hasil dari keyakinan yang tidak dapat dibendung itu maka terlihat oleh kita bagaimana rakusnya mereka yang mahu mengambil kuasa itu sehinggakan kita mendengar gertakan kepada banyak pihak dalam kerajaan yang mereka akan diambil tindakan sesudah pembangkang menewaskan parti-parti kerajaan. Malahan kita telah mendengar ketakburan yang tinggi dikalangan pemimpin yang merasakan keyakinan yang tinggi itu.

Sehari dua ini kita semua mendengar sedikit kata-kata yang boleh ditakrifkan sebagai tentangan terhadap Najib dalam kerajaan itu sendiri. Mukhriz Mahathir sudah mula membayangkan yang jika Najib terus tidak mendengar kehendak rakyat yang mahu beliau berhenti, BN akan kalah dalam pilihanraya yang akan datang. Jika ia datang dari seorang Menteri Besar walaupun ia diucapkan dengan lemah lembut tetapi ia membawa makna yang sangat menebal. Pastinya itu merupakan manifestasi sebenar didalam jiwa pemimpin-pemimpi UMNO itu sendiri.

Kata-kata ini bukan sahaja datang dari seorang MB seperti Mukhriz, ia juga datang dari pemimpin UMNO sendiri secara senyap-senyap. Mereka meluahkan perasaan diantara satu dengan lain dan saya sendiri berpeluang untuk mendengar rungutan mereka itu. Mereka tidak tahu kenapa Najib begitu bebal dan tidak mahu bertindak dan berkorban untuk negara. Jika benar beliau inginkan sebuah negara yang baik politiknya beliau perlu melakukan sesuatu dan ia tidak lain dari bersara dan menyerahkan kepada keadaan untuk menentukan siapa yang layak membetulkan keadaaan sekarang ini.

Menggosok bahu dan belakang atau berkata manis dengan semua pihak sambil mengangguk ke hulu ke hilir tidak akan dapat menyelesaikan masalah negara yang beliau mengetuainya. Kemampuan Najib sudah terbukti tidak kemana. Beliau perlu mempunyai jiwa yang besar dan mengundurkan diri beliau dari menanggung tanggungjawab yang tidak dapat diselesaikannya itu.

Malahan tindakan beliau meletakkan jawatan itu akan membuatkan rakyat menghormati beliau kerana beliau akan dianggap sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan tidak mahu melihat negara dan rakyat menjadi kacau-bilau. Penyelesaian terhadap masalah yang negara hadapi sekarang ini tidak boleh ditunggu sehingga pilihanraya yang akan datang. Ia perlu diadakan dan dilakukan sekarang kerana sementara menunggu pilihanraya yang akan datang, negara akan menjadi lebih buruk lagi keadaannya dan takut ia tidak boleh diubati lagi.

Jika benar Najib mahu menunaikan janjinya untuk mendahulukan rakyat maka kehendak rakyat sekarang ialah untuk beliau berundur dari memegang jawatan PM itu. Dahulukan lah kehendak rakyat seperti dalam slogan binaan beliau itu.

Malahan semua permain politik besar negara perlu tidak lagi terlibat dalam penentuan siapa pengganti dan sebagainya. Dr Mahathir, Anwar, Najib, Muhyiddin dan pemimpin kanan UMNO perlu berundur dari memainkan peranan dalam politik negara, kerana sumber permasalahan yang ada pada hari ini adalah daripada mereka.

Let's do away with all quarrelling and sticky leaders to see the needed change. That goes the same with the oppositions.

Aspan Alias

Tiada ulasan:

Pengikut