Sabtu, 11 Januari 2014

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 11 Jan 2014 03:26 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:26 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


NAHAS PESAWAT CESSNA: 3 ORANG DITEMUI SELAMAT

Posted: 10 Jan 2014 08:08 PM PST

Operasi menyelamat mangsa pesawat Cesna yang dilaporkan hilang Jumaat petang. Pesawat terbabit telah dijumpai di sekitar Empangan Batu, Selayang kira -kira 5 pagi tadi. -Foto Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat.

KUALA LUMPUR - Tiga individu yang menaiki pesawat Cessna 172 yang terhempas berhampiran Empangan Batu, Ulu Yam setelah dilapor hilang Jumaat petang ditemui selamat kira-kira 5 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah yang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi hari ini berkata ketiga-tiga mangsa itu ditemui dengan bantuan masyarakat Orang Asli di kawasan itu.

Beliau berkata dua orang cedera parah manakala seorang lagi cedera ringan dan kesemua mereka dihantar ke Hospital Selayang pada pukul 7.45 pagi untuk rawatan.

"Maklumat penuh mengenai mereka belum kami peroleh," katanya.

Pesawat itu dilapor terputus hubungan dengan menara kawalan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) ketika di kawasan Batu Caves kira-kira 5.15 petang semalam.

Bagaimanapun juruterbang pesawat itu dari Kelab Penerbangan Diraja Selangor (KPDS) yang hanya dikenali sebagai Kapten Saiful dilapor berjaya menghubungi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk memaklumkan lokasi, sebelum terputus panggilan dipercayai kehabisan bateri telefon. - Bernama

SH

DIALOG RAKYAT

Posted: 11 Jan 2014 03:14 PM PST

GEORGE TOWN,: Pelaburan di Pulau Pinang meningkat 100 peratus dalam tempoh lima tahun iaitu RM36.1 bilion antara 2008 hingga 2012 berbanding tempoh yang sama antara 2003 dan 2007 hanya mencatat RM18.7 bilion.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, tempoh lima tahun adalah ukuran yang lebih tepat dan selaras bagi prestasi pelaburan daripada sekadar merujuk prestasi setahun atau sebulan.
Beliau berkata, Pulau Pinang berada pada kedudukan teratas dalam carta pelaburan dalam tempoh antara 2010 dan Ogos 2013.

"Saya tidak akan mengulas kenaikan harga petrol tetapi berdasarkan beberapa laporan akhbar menyatakan pelaburan di Pulau Pinang dalam keadaan kritikal, jelas bertujuan mengalihkan perhatian daripada kenaikan harga gula, petrol, tarif elektrik dan tol oleh kerajaan Persekutuan BN.

"Hal ini berbeza dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak mengenakan apa-apa peningkatan dalam tarif air, cukai tanah dan taksiran pada 2014," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Guan Eng berkata, bagi rekod, beliau ingin merujuk kepada satu jawapan bertulis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Ahli Parlimen DAP Kuching, Chong Chien Jen di Parlimen pada September tahun lalu.

"Bagi tempoh 2010 hingga Ogos 2013, sejumlah 3,023 projek perkilangan dengan pelaburan berjumlah RM174.3 bilion diluluskan. Daripada jumlah itu, sebanyak RM102.9 bilion (59 peratus) adalah pelaburan asing, manakala RM71.3 bilion (41 peratus) adalah pelaburan tempatan.

"Dalam tempoh yang sama, lima negeri mencatat jumlah pelaburan asing tertinggi adalah seperti berikut:

• Pulau Pinang (RM19.7 bilion daripada 186 projek perkilangan).
• Johor (RM16.7 bilion daripada 374 projek perkilangan).
• Sarawak (RM15.6 bilion daripada 54 projek perkilangan).
• Selangor (RM15 bilion daripada 439 projek perkilangan).
• Kedah (RM8 bilion daripada 79 projek perkilangan).

Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2013 pula, sejumlah 463 projek perkilangan dengan pelaburan berjumlah RM29.9 bilion telah diluluskan. Daripada jumlah itu, RM18.8 bilion (62.9 peratus) adalah pelaburan asing, manakala RM11.1 bilion (37.1 peratus) pelaburan tempatan.

Dalam tempoh itu, lima negeri mencatat jumlah pelaburan asing tertinggi iaitu:

• Johor (RM6.6 bilion daripada 63 projek perkilangan).
• Sarawak (RM4.2 bilion daripada 10 projek perkilangan).
• Melaka (RM2.7 bilion daripada 10 projek perkilangan).
• Selangor (RM1.1 bilion daripada 58 projek perkilangan).
• Pulau Pinang (RM1 bilion daripada 28 projek perkilangan)."-Roketkini.com

Tiada ulasan:

Pengikut