Selasa, 7 Januari 2014

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Tahniah ! Oghang Nismilan pula terajui Harakah. Hobin Jang Hobin !

Posted: 07 Jan 2014 06:44 AM PST


Hard Rock Cafe cuma hidang teh tarik, hiburan nasyid dan pelayan bertudung?

Posted: 07 Jan 2014 12:36 AM PST




Ini fatwa mana pula ni yang mengatakan Hard Rock Cafe boleh dibuka jika tidak langgar syariat Islam?

Hard Rock Cafe selain di Putrajaya ada arak dan hiburan mengghairahkan

Posted: 06 Jan 2014 10:16 PM PST



Adakah ini bermakna Hard Rock Cafe di Kuala Lumpur, Port Dickson, Melaka, Kota Kinabalu dan Pulau Pinang ada menghidangkan arak serta hiburan melampau dan mengghairahkan?

Hard Rock Cafe boleh dibuka di Putrajaya, asalkan tiada arak dan hiburan melampau
7 Jan 2014

PUTRAJAYA - Hard Rock Cafe boleh membuka cawangannya di sini dengan syarat tidak boleh menjual arak dan mengadakan hiburan melampau serta mengghairahkan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya tiada masalah untuk meluluskan pembukaan kafe tersebut sekiranya ia hanya mahu menjual barangan cenderamata dan membuka hotel mengikut garis panduan yang ditetapkan Perbadanan Putrajaya (PPj).

HARD ROCK CAFE DI PORT DICKSON
14 Dis 2005

SEREMBAN: Pantai di sepanjang pusat peranginan di negeri ini kekal hak awam dan bukannya diberikan kepada pengusaha hotel, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini.

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai pembangunan Resort dan Hotel Hard Rock Cafe di Port Dickson yang sudah diluluskan dengan sedikit rombakan pelan pembangunannya bagi menjaga kepentingan awam di kawasan pantai.

Julai lepas, kerajaan negeri meluluskan pembinaan Hard Rock Cafe, Hotel & Resort Port Dickson dianggarkan bernilai RM175 juta yang dijangka beroperasi awal 2007.

Kerajaan juga meluluskan pelan pembinaan bangunan hotel itu di tapak Si Rusa Inn di Batu 7, di sini di atas tanah seluas 6.8 hektar.



http://www.hardrock.com/locations.aspx

Dibelasah di hadapan pejabat Umno selepas mesyuarat

Posted: 06 Jan 2014 07:47 PM PST




7 Januari 2014

KUALA TERENGGANU - Seorang tukang kebun di sebuah agensi kerajaan negeri tidak menyangka tindakannya 'bersuara' di dalam mesyuarat sebuah parti politik yang dihadiri membawa padah apabila teruk dibelasah oleh sekumpulan lelaki.

Kejadian berlaku di hadapan Pejabat Penyelaras Umno Dun Jerteh, Gong Kemuntong, Jerteh, Besut, kira-kira jam 1.50 petang, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, sebelum kejadian, mangsa, 47, dikatakan telah menghadiri mesyuarat kecil yang dianjurkan sebuah parti politik di lokasi berhampiran.

"Bagaimanapun difahamkan semasa mesyuarat tersebut, telah berlaku pertengkaran mulut disebabkan ada yang tidak berpuas hati berhubung beberapa perkara berbangkit yang dibincangkan dan berlarutan sehingga tamat mesyuarat, katanya kepada pemberita, semalam.
Manoharan berkata, mangsa yang dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Tok Raja, Jerteh, Besut, selepas mesyuarat tersebut telah disekat oleh beberapa lelaki yang menaiki MERCEDES di lokasi kejadian.

"Mangsa dibelasah teruk dipercayai dengan objek tumpul dan akibat kejadian, dia mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kota Bharu, Kelantan.

Datuk daif, miskin bayar guna syiling yuran sekolah cucu

Posted: 06 Jan 2014 07:26 PM PST




Sumber dari Informasi.my : Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00 yang tidak cukup untuk membayar yuran sekolah. Guru-guru ' topup' untuk pelajar tersebut. Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini.

Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00. Berapalah sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini.

KELUARGA INI, SUDAH MEMOHON BEBERAPA KALI BANTUAN ZAKAT, NAMUN KERANA KERENAH BIROKRASI , BANTUAN TIDAK DISALURKAN KEPADA MEREKA.

Mungkin inilah sepatutnya tugas wakil rakyat atau pemimpin masyarakat. Mencari mereka yang terpinggir ini. Selalunya golongan ini, tidak akan meminta – minta untuk menagih simpati ramai.

Kisah anak ini, mungkin ada juga di tempat lain. Cuma kita sahaja yang belum mencarinya. Saya juga ditunjukkan gambar anak-anak ini. Comel-comel dan gembira sahaja rupanya.

Gambar ini disebar bukan untuk menagih simpati. Gurunya yang sebar di kalangan rakan-rakan kami sahaja kerana sudah tidak tertahan lagi melihat kepayahan hidup yang anak ini bakal tempuhi.

Cerita ini bukan rekaan. Berlaku di sebuah sekolah rendah agama di Kuala Lumpur pada Januari 2014. Alhamdulillah, masih ada yang berhati mulia untuk membantu.

Butiran secara ringkas.
Nama Sek: Sek Agama Integrasi Ar-Rahmaniah, Taman Dagang, Ampang
Nama Cikgu: Ustazah Khadijah Bt. Alang Abu Shuker
Nama Pelajar: 1. Nurkhatijah bt. Abdullah, 2. Norsyafiqah bt. Abdul Rahim,
No. HP Ustazah: 017-3078400

Sumber: Zaleha Mustapha

Tiada ulasan:

Pengikut