Rabu, 4 Disember 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


PENYAPU SIAL

Posted: 04 Dec 2013 01:04 PM PST

Ketua Wanita LEMBU Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) memulakan Perhimpunan Agung Umno 2013 dengan suara yang amat lantang terhadap kepimpinan parti apabila membayangkan Umno bakal "tutup" tanpa penglibatan sayap pergerakan Wanita LEMBU  parti itu.

Shahrizat dalam ucapan dasar di hadapan 983 perwakilan sayap Wanita itu berkata, tanpa penglibatan Wanita LEMBU Umno juga, banyak cawangan dan bahagian Umno akan tutup kerana tidak mempunyai keanggotaan yang mencukupi.

"Kalau tiada kami (Wanita LEMBU ) takut tutup bahagian dan cawangan. Program tak cukup (orang)," katanya ketika berucap di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, tanpa undi daripada Wanita LEMBU  Umno, anggota Majlis Tertinggi parti Melayu akan sukar mengecap kemenangan dalam pemilihan parti lalu.

"Saya nak maklumkan kepada wakil MT. Kalau Wanita tidak bagi semua ni jangan haraplah. Berkeliaran mereka.

"Mereka yang menang itu cik puan semua tu yang undi. Kalau tiada sokongan kami jangan haraplah," katanya lagi disambut sorakan perwakilan Wanita.

Beliau turut menuntut supaya kepimpinan Umno memberikan kedudukan setara terhadap sayap Wanita, dan tidak seharusnya mereka bersaing dengan sayap Pemuda dan Puteri Umno.

"Saya sebagai ketua tak mahu bersaing dengan Puteri. Malu saya rasa. Tiap-tiap kali nak dibandingkan dengan Puteri.

"Saya sayang Puteri, dia anak kita, bukan madu, dengarlah tu. Puteri anak kita, bukan madu kita. dia anak kita, kita sayang," katanya.

"Sama dengan Pemuda. Bapak dah kat atas, dia letak kita terkontang-kanting kat situ," katanya.

"Kalau tiada wanita saya tak tahu apa akan jadi kepada Umno," katanya.

Shahrizat turut menggesa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan peluang kepada Wanita Umno untuk mengisi kekosongan dalam jawatan peringkat pembuat dasar dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Kalau nak lantik wanita dalam GLC mereka kata tiada yang layak dan sebagainya. Jangan nak kata tiada Wanita Umno dan BN yang layak duduk dalam GLC," kata penasihat hal ehwal wanita kepada Perdana Menteri itu lagi.

"Ingat kami ni koman sangat ke. Kalau nak buat kerja lain mai carik kami. Nak letak di sana (GLC) cari orang lain. Mana boleh. No!," katanya.

Shahrizat turut memberi jaminan untuk mempertahankan Wanita Umno daripada diperlekehkan sama ada daripada dalam Umno atau pihak luar.

"Saya tidak rela Wanita Umno diperlekehkan sesiapa, sama ada dalam parti atau pun di luar.

"Di dalam parti, pemimpin bapa di bahagian, faham-faham. Tak payah nak catur untuk kami. Kami tahu siapa kami nak pilih. Wanita ada akal sendiri," katanya mengecam tindakan beberapa pemimpin di peringkat bahagian yang mengganggu urusan Wanita LEMBU  Umno.

Katanya, sindrom ketua bahagian cuba campur tangan dalam pemilihan Wanita Umno turut berlaku.

"Jangan campur tangan. Kita tak masuk campur dalam urusan mereka. Saya dapat macam-macam berita," katanya.

Shahrizat turut menyeru kepimpinan pusat untuk melantik wakil Wanita Umno bagi jawatan Biro Politik Perhubungan Umno.

"Mentang-mentang saya senyum-senyum, jangan ingat saya tak tahu. Saya tahu mana ketua wanita diperalatkan ketua bahagian.

"Forget it. Jangan buat perkara seperti ini. Jangan uji kesabaran wanita. Kita tak nak token. Lantik seorang sini dah ada wakil wanita. Dalam perhubungan semua orang jantan saja? Wanita tak boleh ke?"

"Entah-entah rekod kita lagi bagus daripada mereka. Lama mana saya nak menyengeh, bagilah satu kepada wanita," katanya.

Perhimpunan Agung Umno bermula semalam dengan ucapan perasmian tiga sayap, Wanita, Pemuda dan Puteri malam tadi oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perhimpunan hari ini membabitkan mesyuarat agung tiga sayap berkenaan dengan didahului ucapan dasar ketiga-tiga pemimpin sayap.

penyapu sial

mooo lah....betul tu mak lembu...banyak berita lembu yang kamu dapat....banyak yang nak kena bersuap...duit lembu kan masih ada lagi...belikan kondo sorang satu....kah kah kah

Addin

Posted: 04 Dec 2013 11:11 AM PST

Banjir di Pahang kini dilaporkan semakin buruk apabila lebih 9,000 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sehingga 8 malam Selasa.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga kini 9,030 mangsa yang melibatkan 2,095 keluarga dipindahkan di lima daerah.

"Sebanyak 69 pusat pemindahan beroperasi di daerah Maran, Pekan, Rompin, Kuantan dan Jerantut.

"Kuantan mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 3,672 orang membabitkan 916 keluarga di 33 pusat pemindahan. "Di Rompin pula 859 keluarga dengan 3,249 mangsa ditempatkan di 13 pusat pemindahan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Di Pekan, 932 mangsa dipindahkan ke 13 pusat pemindahan manakala di Maran, 1,124 mangsa banjir ditempatkan di sembilan pusat pemindahan.

"Jerantut pula merupakan daerah terbaharu yang mengalami banjir yang mana satu pusat pemindahan dibuka membabitkan 62 mangsa daripada 12 keluarga," kata jurucakap itu.

Katanya laluan yang ditutup bagi kenderaan ringan, Km28 Kuantan-Sungai Lembing, Km36 Jalan Gambang-Kuantan, Km16 Jalan Nenasi-Pekan, Km145 Jalan Jerangau-Jabor, Km72 Jalan Kuantan-Segamat dan Km10 Jalan Kuantan-Pekan.

Katanya, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat banjir.

Di JERANTUT, Ketua Polis daerah itu Supt Azid Ismail berkata lebih 10,000 penduduk di kawasan rendah sepanjang Sungai Tembeling dan Sungai Pahang dinasihati supaya bersedia untuk berpindah berikutan paras air di kedua-dua sungai semakin naik.

Azid berkata hujan yang tidak berhenti-henti sejak tiga hari lepas memang dijangka menyebabkan banjir di kawasan rendah terutama di Hulu Tembeling dan kawasan tebing sungai.

"Penduduk dinasihatkan supaya tidak turun ke Sungai Tembeling atau Sungai Pahang ketika air naik sebaliknya berpindah segera jika berlaku banjir bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini," katanya.

Pengusaha bot penambang dan 50 pengusaha bot pelancong di Taman Negara juga dinasihatkan supaya menghentikan sementara perkhidmatan mereka.

"Pengusaha bot perlu mengutamakan keselamatan penumpang," katanya.

Di JOHOR BAHARU, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan petang ini meningkat kepada 5,659 orang berbanding 4,765 orang pagi ini.

Setakat 3 petang, Segamat mencatatkan mangsa banjir tertinggi yang dipindahkan iaitu 1,116 orang, mangsa banjir di Kluang juga meningkat iaitu 187 orang manakala di Kota Tinggi meningkat kepada 74 orang.

Portal MKN menyatakan Muar menjadi daerah terbaharu yang memindahkan mangsa banjir iaitu 35 orang manakala jumlah mangsa di Mersing kekal 4,247 orang.

Sebanyak 42 pusat perpindahan dibuka berbanding 27 pusat pada sebelah pagi iaitu 18 di Mersing (kekal), 18 di Segamat (meningkat 12), tiga di Kluang (meningkat satu), dua di Kota Tinggi (meningkat satu) dan sebuah pusat dibuka di Muar.

Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca hujan sekejap-sekejap di satu dua tempat di Mersing dan Segamat manakala ribut petir di satu dua tempat di Kluang dan Kota Tinggi hari ini.

Di KUALA TERENGGANU, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 905 orang berbanding 452 orang pagi ini apabila Dungun dan Hulu Terengganu pula dilanda banjir petang ini.

Portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan setakat 4 petang ini Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu dilanda banjir dengan Kemaman mencatat peningkatan mangsa yang dipindahkan.

Di Kemaman 761 orang daripada 195 keluarga dipindahkan ke 24 pusat pemindahan berbanding pada sebelah pagi hanya 13 pusat dibuka dengan 452 mangsa banjir.

Di Hulu Terengganu, 94 mangsa daripada 18 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sejak 2 petang manakala di Dungun, 50 orang daripada 12 keluarga dipindahkan sejak 12 tengah hari.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan bacaan pada 4 petang menunjukkan paras air di Pasir Raja dan Kuala Jengai di Dungun melebihi paras bahaya masing-masing setinggi 37.84m dan 23.21m.

Sungai Kuala Berang, di Kampung Menerong di Hulu Terengganu juga melebihi paras bahaya iaitu setinggi 25.13m (bahaya 24.5m) manakala Sungai Kemaman pula, Sungai Cerol di Banho dan Jambatan Air Putih berada dalam kedudukan bahaya iaitu masing-masing setinggi 19.78m dan 15.06m.

Gambar-gambar banjir di Pahang..


Tiada ulasan:

Pengikut