Jumaat, 20 Disember 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 20 Dec 2013 03:35 PM PST

BUKIT MERTAJAM, – Perdana Menteri Najib Tun Razak disifatkan sebagai 'tidak tahan panas' susulan tindakan Kementerian Dalam Negeri menggantung penerbitan akhbar mingguan, The Heat.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika bercakap kepada media hari ini memetik pepatah Inggeris, "if you can't stand the heat, get out of the kitchen" (kalau tidak tahan panas, keluarlah dari dapur); demikian lapor The Malaysian Insider.

the heat

Beliau begitu terkejut dengan langkah yang diambil Kerajaan UMNO-BN tersebut lantaran janji yang dibuat sebelum pilihanraya Mei lalu begitu jauh berbeza, kononnya mahu memperbaiki keadaan kebebasan media.

"Kita dapat lihat bahawa apa yang dilaksanakan sekarang adalah jauh berbeza berbanding apa yang dijanjikan," ujar beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang sambil menambah bahawa keadaan sedia ada mungkin akan bertambah buruk seperti yang boleh disaksikan melalui kenaikan harga barang kini.

Akhbar mingguan tersebut digantung penerbitannya semalam, dipercayai kerana telah menyiarkan tulisan mengenai perbelanjaan boros pasangan Perdana Menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Penerbitnya, HCK Media dilaporkan mendapat notis tunjuk sebab 14 hari, namun pihak Kementerian nampaknya telah mengambil tindakan sebelum sempat sebarang penjelasan dibuat.

Menurut Guan Eng, majlis pimpinan Pakatan Rakyat bakal membincangkan isu penggantungan The Heat dalam mesyuaratnya esok.

Kata beliau, Pakatan Rakyat pasti menyokong pembatalan penggantungan tersebut. – Roketkini.com

KUALA LUMPUR – Pengurangan peratus kenaikan cukai taksiran yang diumumkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak memadai untuk menampung kenaikan besar taksiran nilai tahunan yang baru, kata Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok.

Beliau mengulas pengumuman Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Mansor semalam bahawa kenaikan cukai taksiran dikurangkan antara satu hingga empat peratus, bermula 1 Januari ini.

Beliau berkata, warga kota masih tidak boleh menarik nafas lega, ekoran terpaksa membayar jumlah yang besar berbanding sebelumnya.

"Misalnya, rumah kediaman dengan nilai tahunan lama RM10,000 perlu bayar RM600, jika menurut kadar peratusan lama enam peratus.

"Jika nilai tahunan baru meningkat kepada RM30,000, pemilik terpaksa bayar RM1,200 walau pun kadar (taksiran) dikurangkan empat peratus. Ini masih lagi kenaikan yang cukup besar," katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, melainkan nilai tahunan dapat dikurangkan, Tengku Adnan tiada pilihan melainkan terus mengurangkan kadar taksiran.

Semalam, Adnan mengumumkan cukai hartanah perdagangan dikurangkan daripada 12 peratus kepada 10 peratus, kediaman empat peratus (6 %), rumah pangsa kos rendah dua peratus (6 %) dan pangsapuri servis tujuh peratus (10 %).

Teresa turut mengingatkan Adnan, setiap kenaikan mestilah dibuat secara berperingkat dan seiring dengan penambahbaikan perkhidmatan.

Bidas samakan hartanah dengan wanita

Dalam pada itu, beliau yang juga Naib Pengerusi DAP itu turut membidas kenyataan Adnan menyamakan nilai hartanah dengan kaum wanita yang disifatkannya sebagai tidak sensitif dan tidak wajar keluar daripada seorang yang berpangkat menteri.

"Jelas, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu menawarkan kursus kesedaran gender kepadanya," katanya sinis.

Memetik laporan Malaysiakini, Adnan membuat kenyataan itu di sidang media yang sama, semalam.
"Jika anda memperbaikkan hartanah anda, ia sama seperti wanita. Jika anda tidak berhias, nilainya lebih murah, bukan? Jika anda berhias, ia lebih mahal. Bukankah ia sama?" katanya seperti dipetik. – Roketkini.com

DUNIACACAMARBA

Posted: 20 Dec 2013 03:28 PM PST

[Mstar] PETALING JAYA: Seorang pelancong warga Taiwan yang diculik dari Pulau Pom Pom di luar pantai Sabah pada 15 November lalu telah diselamatkan oleh pasukan keselamatan Filipina, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menerusi tulisan Khalid di Twitter miliknya, beliau mengucapkan tahniah kepada rakyat Filipina kerana berjaya menyelamatkan Chang An Wei.

"Mangsa telah diselamatkan di Sulu dan dibawa ke hospital di sana.

"Wanita itu akan diterbangkan ke Zamboanga City esok (Sabtu)," kata Khalid, sambil menambah bahawa pihak berkuasa Filipina akan mendedahkan lebih banyak butiran dan perkembangan lanjut berhubung perkara itu.

Dalam insiden pada 15 November lalu, sekumpulan lelaki bersenjata menembak mati suami Chang dan menculiknya dalam satu serbuan di resort di Pulau Pom Pom di luar pantai Semporna di pantai timur Sabah.

Laporan awal menyatakan bahawa kumpulan lelaki bersenjata itu mendarat di villa atas air diPom Pom Island Resort and Spa dan menggeledah tiga daripada enam villa termasuk satu unit yang didiami oleh mangsa Lim Min Hsu, 57, dan Chang, 58.

Ketika serbuan itu, terdapat 48 pelancong dan kakitangan di pulau itu, tetapi tidak dipastikan jumlah sebenar kesemuanya.

Resort berkenaan terletak kira-kira 1 kilometer dari pangkalan Pasukan Gerakan Am (PGA) dan keselamatan diperketatkan di perairan dari Semporna ke Lahad Datu di laut Sulu dan Sulawesi sejak kumpulan bersenjata Sulu menyerang Lahad Datu pada Februari lalu.

Menurut laporan awal berhubung insiden tembakan di Pulau Pom Pom, seorang penyelia di resort itu mendengar bunyi tembakan pada pukul 1 pagi Jumaat dan segera memaklumkan mengenainya kepada pihak PGA.

Sejumlah besar anggota PGA segera bergegas ke resort itu di mana mereka mendapati mayat Lin dengan kesan luka dua tembakan di koridor.

Isterinya bagaimanapun hilang dan dia dipercayai telah diculik oleh kumpulan lelaki bersenjata itu, di mana difahamkan mereka menuju ke Pulau Mataking dekat perairan Filipina.

Berkaitan:

Kronologi Pembunuhan Dan Penculikan Dua Warga Taiwan Di Pulau Pom Pom

[Bernama] KUALA LUMPUR: Berikut ialah kronologi pembunuhan dan penculikan dua warga Taiwan di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah bulan lepas.

15 Nov - Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar sahkan seorang pelancong Taiwan, Hsu Li Min, 57, mati ditembak manakala rakan wanitanya, An Wei Chang, 58, dikhuatiri diculik sekumpulan lelaki bersenjata, dipercayai dari selatan Filipina.

16 Nov - KPN syaki kumpulan pengganas Al-Qaeda Abu Sayyaf terlibat dalam kes itu yang dipercayai bergerak dalam kumpulan seramai lapan orang dengan menaiki bot pam dan menculik mangsa untuk tebusan.

17 Nov - Polis percaya An Wei Chang masih hidup dan usaha menjejaki kumpulan yang menculiknya giat dijalankan oleh pasukan keselamatan.

18 Nov - Polis Sabah menegaskan pihaknya tidak tahu menahu tentang laporan media Taiwan kononnya keluarga An Wei Chang, sudah dihubungi pihak tertentu untuk meminta bayaran tebusan.

19 Nov - Polis Sabah memberitahu bedah siasat mayat Hsu Li Min, yang ditembak mati dalam kejadian itu akan dilakukan pada 20 Nov di Hospital Tawau.

20 Nov - Keluarga Hsu Li Min berharap laporan lengkap bedah siasat mayat mangsa dapat dikeluarkan segera.

21 Nov - Mayat Hsu Li Min dibakar di pusat pembakaran mayat Foo Kui Memory Park di Tawau kira-kira 12 tengah hari.

25 Nov - Polis sahkan belum terima sebarang tuntutan daripada mana-mana pihak berhubung kes culik An Wei Chang.

30 Nov - Polis beri jaminan keselamatan An Wei Chang, dan kes sedang diuruskan kerajaan Malaysia dengan kerjasama kerajaan Filipina.

1 Dis - Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar minta pengusaha dan operator pusat pelancongan di Pulau Pom Pom beri kerjasama penuh, tidak menghalang tugas pasukan polis membuat rondaan di kawasan itu.

2 Dis - Polis tahan dua lelaki berusia lingkungan 30-an tanpa dokumen pengenalan di Kampung Bangau-Bangau, Semporna pada 3 pagi, 1 Dis yang dipercayai terlibat dalam kes penculikan itu.

20 Dis - KPN sahkan An Wei Chang berjaya diselamatkan pihak berkuasa Filipina. Wanita itu kini berada di Hospital Merin, Sulu dan akan diterbangkan ke Zamboanga City pada Sabtu. - 20/12/13

Tiada ulasan:

Pengikut