Pakatan Rakyat |
Posted: 11 Dec 2013 03:10 PM PST Oleh AMBROSE EVANS-PRITCHARD Para saintis Amerika Syarikat telah mendapat satu penemuan mengejutkan. Pertanian di kawasan tanah rata sejak penghujung abad ke-19 telah menyebabkan kemusnahan mikro organisma yang membantu memelihara ekosistem kawasan itu. Mereka tidak tahu apa sebenarnya yang dilakukan oleh bakteria tersebut. Ini merupakan satu medan penyelidikan yang baharu. Mereka juga tidak tahu di manakah hadnya, dan bagaimana kemerosotan itu boleh dipulihkan. Tidak ada sesiapa yang tahu sama ada hal yang sama berlaku di tempat lain di dunia. Satu pasukan di Universiti Colorado di bawah Noah Fierer menggunakan teknologi gen DNA untuk menguji "verrucomicrobia" di kawasan tanah rata. Kajian diterbitkan jurnal AS, Science, mendapati pertanian telah "mengubah secara drastik" biologi kawasan tanah tersebut. "Tanah yang sekarang didapati di seluruh wilayah itu sangat berbeza dengan keadaannya sebelum pertanian dimulakan," menurut kesimpulan kajian itu. Mungkin ada yang akan berkata hal ini telah diketahui, tetapi sebenarnya tidak. Tidak pernah ada kajian seumpamanya pada skala yang sama. Prof Fierer berkata manusia perlu berhati-hati. "Kita sebenarnya hanya tahu sangat sedikit tentang salah satu tanah paling produktif di dunia, tetapi kita tidak tahu yang mikro organisma tanah memainkan peranan penting dan kita tidak boleh terus sekadar menambah baja," katanya. Kajian Universiti Colorado itu telah mengejutkan dunia kajian tanah. Kajian ini diiringi analisis menyedarkan dalam jurnal Science oleh para akademik di Universiti Witwatersrand, Afrika Selatan. Mereka bimbang yang kita mengulangi kesilapan tamadun-tamadun silam yang mengeksploit tanah sehingga tidak dapat dipulihkan lagi, mencetuskan kitaran ganas kebuluran dan akhirnya keruntuhan sosial. Bertajuk Dust to Dust, kajian itu mengemukakan hujah bahawa penghakisan kesuburan tanah selama ini dikaburi oleh khasiat yang ditaburkan ke atas tanah, memberikan kita gambaran salah tentang kesuburan tanah. Menurut kajian itu lagi, 1 peratus daripada tanah global merosot kualitinya setiap tahun, yang ditakrifkan dengan penghakisan tanah lapisan atas sebanyak 70 peratus. Apabila tanah lapisan atas merosot, kadar pemulihan semakin perlahan. Bahan kimia boleh mengekalkan hasil yang tinggi buat sementara waktu tetapi ekologi kompleks di bawah semakin merosot. Hasil pertanian telah merosot sebanyak 8 peratus di seluruh Afrika. Kajian ini mengajak perubahan menyeluruh sebagai "satu-satunya haluan untuk terus dapat menghasilkan makanan dan memastikan dunia dapat terus didiami." Masalah degradasi tanah ini membimbangkan kerana populasi dunia akan meningkat sebanyak lebih satu per empat kepada 9 bilion sebelum mencapai puncaknya pada pertengahan abad akan datang. Masalah ini juga muncul pada masa China dan Asia yang semakin membangun bertukar ke pemakanan protein haiwan, mengikut corak yang sama dilihat di Jepun dan Korea semasa mereka menjadi semakin kaya. Umumnya, sekitar 4 hingga 8kg bijirin makanan haiwan diperlukan untuk menghasilkan 1kg daging. Prof Robert Scholes, salah seorang pengkaji, berkata ada kalanya kerajaan yang bimbang mengambil keputusan sukar mengorbankan masa depan untuk menyelamatkan rakyat yang kebuluran pada hari ini. "Kita sedang menyaksikan pengurangan hutan besar-besaran di Afrika," katanya. Banyak amaran telah dapat diperhatikan. Bahagian timur Madagascar telah dimusnahkan oleh amalan tebang dan bakar, dan tidak dapat dipulihkan lagi. Pendatang di Iceland mengubah kawasan hijau dan berhutan kepada padang pasir pada abad ke-10. Kerosakan tanah itu masih tidak dapat dipulihkan seribu tahun selepas itu, walaupun dengan jagaan rapi. "Kita semakin kekurangan kawasan baharu pertanian untuk diteroka dan kita tidak dapat membuat kesilapan lagi. Kita telah menggunakan segala zat tanah dan bakal menyaksikan krisis makanan dalam 30 ke 40 tahun akan datang. Kita menghadapi risiko terperangkap akibat perbuatan kita sendiri. Kemungkinan kebuluran tidak boleh dinafikan," katanya. Tamadun Sumeria yang bertani di Tigris dan Furat dimusnahkan oleh penghakisan tanah dan penggunaan tanah secara berlebihan. Hikayat Gilgamesh menceritakan hutan cemara di Iraq yang musnah kerana ditebang untuk perdagangan balak pada 2,600 sebelum masihi. Kisahnya biasanya hampir sama, sama ada melibatkan Maya di tanah rendah di Amerika Tengah, atau Empayar Khmer di Angkor, atau Pulau Easter, yang diceritakan oleh Jared Diamond dalam bukunya Collapse: How Societies Choose to Fail or Succeed. Apabila pokok-pokok di tebing bukit ditebang, aliran air diganggu. Akhirnya semakin sukar untuk menghasilkan makanan untuk penempatan yang semakin padat. Masyarakat biasanya mahu mencari jalan pintas, dan akhirnya tanah semakin kekurangan. Perubahan mendadak iklim pada masa ini menambah buruk keadaan. Konvensyen PBB untuk Memerangi Penggurunan (UNCCD) mengatakan permintaan makanan dunia akan meningkat 50 peratus menjelang 2030. Ini memerlukan sehingga 170 hingga 220 juta hektar tanah baharu. Walau bagaimanapun badan ini juga menjangka kemerosotan tanah akan mengurangkan pengeluaran sebanyak 12 peratus dalam tempoh 25 tahun akan datang. UNCCD mensasarkan satu kerjasama global untuk mencapai degradasi sifar tanah pada 2015, sebahagian besarnya melalui penanama semula hutan. Ketua bahagian alam sekitar badan ini, Veerle Venderweerde berkata rancangan ini tidak berjalan lancar. "Kita tahu bagaimana memulihkan tanah yang mengalami degradasi. Hal ini tidak mustahil tetapi memerlukan masa, wang, dedikasi dan keazaman politik, dan keazaman politik ini yang sukar." Tetapi ada juga kes yang memberi inspirasi. Yacouba Sawadogo, menggunakan satu teknik lama menghentikan hakisan tanah di ladang kecilnya di Burkina Faso. Beliau menanam semula 20 hektar hutan di kawasan Sahel yang kering. Malangnya, pegawai tempatan kemudian merampas tanahnya. Menurut Venderveerde, syarikat-syarikat industri pertanian global sekarang ini memasuki perbatasan baharu, menggunakan dan menjejaskan tanah untuk mendapatkan untung segera, yang lebih mirip kepada perlombongan berbanding pertanian. "Mereka sepatutnya tidak boleh datang, mengambil sumber dan kemudian pergi. Syarikat besar perlu mengubah sikap mereka. Mereka tidak akan berubah melainkan dipaksa berbuat demikian." Pusat kajian Land Matrix Global Observatory menggabungkan lima pusat kajian mendapati perlumbaan memperolehi tanah oleh pelabur tidak seteruk yang disangka. Pelaburan Agri-SA di Congo didapati hanya 80,000 hektar, dan bukan 10 juta seperti didakwa. Mereka juga mendapati persetujuan melibatkan 48 juta hektar sedang dirunding atau telah dicapai, sebesar saiz Sepanyol. Ini mungkin angka yang diperkecilkan kerana syarikat-syarikat asing kini telah belajar dan semakin berhati-hati ekoran kemarahan ramai di Afrika dan Amerika Latin. Syarikat asing kini bekerjasama dengan syarikat tempatan. Mereka mendapati pelabur utama datang dari AS, diikuti oleh Malaysia, Emiriah Arab Bersatu, dan United Kingdom (kebanyakannya dana global di London). China bukan pelabur besar, tetapi ini mungkin berubah selepas persetujuan pada September melibatkan sewaan 5 peratus tanah di Ukraine selama 50 tahun. Sasaran utama ialah Papua New Guinea, lokasi salah satu hutan hujan terakhir dunia, yang kini sebanyak satu pertiga dimiliki syarikat asing. Ini diikuti oleh Indonesia, Sudan, Congo, dan Mozambique. Tidak ada sesiapa yang memerhatikan hal ini. Kebimbangan terhadap kebuluran telah berkurangan sejak peristiwa 2008 apabila harga jagung dan meningkat tiga kali ganda dalam tempoh tiga tahun dan kekal tinggi, hingga membawa kepada rusuhan yang kemudian membawa kepada kebangkitan Arab. Menurut PBB, hasil yang banyak di AS, Kanada, dan Ukraine telah meningkatkan pengeluaran bijirin dunia sebanyak 8 peratus tahun ini, tetapi penggunaan meningkat kepada 3.5 peratus. Stok bijirin global telah meningkat 13 peratus ke tahap yang agak selamat, tetapi jumlah ini hanya meliputi 69 hari penggunaan global. Stok pada tahun-tahun 1980-an dan 1990-an secara purata cukup untuk 107 hari. Kita kini beroperasi dengan margin yang sangat tipis. Harga makanan juga tidak kembali ke kadar sebelum ini. Indeks makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meningkat sebanyak 105 peratus sejak sedekad lalu. Kita telah kembali bersikap mengambil mudah. Hakikatnya ialah dunia tidak mampu untuk terus kehilangan sehektar tanah setiap tahun, apatah lagi 12 hektar. Ditambah dengan penemuan yang kita melakukan kemusnahan yang lebih besar terhadap mikro organisma daripada yang kita sedari sepatutnya menginsafkan. Kita terlalu banyak berdebat tentang pemanasan global. Krisis tanah global ini sepenuhnya akibat perbuatan manusia, dan semakin menyukarkan kita pada masa ini. Perkembangan ini hanya boleh dipulihkan sekiranya pemimpin-pemimpin dunia mengambil keputusan menanganinya. - Telegraph | |
Posted: 11 Dec 2013 01:53 PM PST Posted by Admin Direktori Blog | | 1:53 PTG Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info sumber :- Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
|
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan