Isnin, 16 Disember 2013

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Suara Sri Andalas

Posted: 15 Dec 2013 11:54 PM PST

Suara Sri Andalas


PKR Dedah Pelaburan Petronas RM15.8 bilion Berisiko Tinggi Rugi

Posted: 15 Dec 2013 09:45 PM PST

PETALING JAYA 16 DIS : PKR mendedahkan pelaburan Petronas berjumlah RM15.8 bilion di Kanada berisiko tinggi ekoran beberapa syarikat besar dunia yang melabur di dalam gas asli bantuan (shale gas) kerugian berbilion ringgit.
 
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata sepatutnya Petronas lebih berhati-hati memasuki industri itu ketika syarikat besar sedang mengalami kerugian besar.

Katanya, tiga syarikat besar yang mengalami kerugian itu antaranya syarikat gas asli terbesar Kanada iaitu Encana Corporation, syarikat British iaitu BG Group dan syarikat minyak dan gas Australia iaitu BHP.

"Pada 27 Julai 2012, Encana Corporation kerugian RM5.2 bilion (1.7 bilion dolar kanada) apabila terpaksa melupuskan nilai pelaburannya di dalam rezab gas asli batuan yang tidak memberikan pulangan seperti dirancang. Mereka mengumumkan bahawa akan lebih banyak syarikat kerugian dari operasi masa depan.

"BG Group juga melupuskan bilai pelaburan yang berjumlah RM3.9 bilion (1.3 bilion dolar kanada)

"Begitu juga dengan BHP kerugian RM7.5 bilion (2.5 bilion dolar Kanada) selepas membeli rezab gas asli batuan dari Chesapeake Energy setahun sebelum itu jatuh merudum sepanjang 2012. Dalam tempoh setahun, nilai pelaburan BHP susut hampir separuh dari nilai pelaburan asal," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini.

Rafizi berkata, pelaburan yang dibuat itu menimbulkan tanda tanya kerana Petronas beriya-iya menyertai pelaburan terbabit sedangkan kerugian syarikat-syarikat itu diketahui umum.

Sehubungan itu, katanya, Petronas dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menjawab kepada rakyat kedudukan sebenar pelaburan itu.

"Adakah Petronas terpaksa melupuskan nilai (write down) pelaburannnya seperti syarikat yang rugi itu kerana harga asli di Amerika Utara kekal rendah pada US3.37 setiap MMBTU dan tidak pernah meningkat pun berbanding harga sebelumnya di antara US7 ke US12 pada 2008 ke 2010," katanya.

Sebelum ini, Petronas memeterai perjanjian pelaburannya yang terbesar apabila memuktamadkan pembelian Progress Energy Resources Corporation yang berjumlah RM15.8 bilion.

Urusniaga itu dimuktamadkan akhir tahun 2012 bertujuan membolehkan Petronas menguasai rezab gas asli batuan di kawasan British Columbia.

Rafizi berkata ekoran pelaburan itu juga, perlunya badan pengawasan yang lebih kukuh ke atas pelaburan besar Petronas dan bukannya diserahkan kepada Perdana Menteri semata-mata.

"Saya akan terus membentangkan fakta dan analisa yang menimbulkan beberapa keraguan mengenai urusniaga ini setiap hari sepanjang minggu ini supaya Najib memberi maklumbalas sewajarnya," katanya.


Sumber: SelangorKu

GST Beri Kesan Pada KDNK, Kemelesatan Dijangka 2016

Posted: 15 Dec 2013 08:30 PM PST

SHAH ALAM 16 DIS : Pelaksanaan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) oleh Kerajaan Pusat pada 1 April 2015 bakal memberikan kesan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seterusnya menyebabkan berlakunya kesan buruk berganda kepada isi rumah.

Penganalisis ekonomi, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, berkata walaupun jangkaan inflasi hanya bertambah sebanyak 4 peratus di atas kertas, realiti hidup rakyat biasa bakal terjejas teruk.

Katanya, ia menyebabkan orang ramai mengurangkan aktiviti pembelian dan menyebabkan transaksi ekonomi menjadi lembap dan seterusnya runtuh.

"Saya tak suka jadi penyampai berita buruk tetapi risiko akan ada risiko kemelesetan ekonomi paling lewat pada 2016 adalah sangat tinggi pada pendapat saya," kata beliau.

"Ekonomi Malaysia bertambah teruk dan langkah kerajaan melalui Pelan Rasionalisasi Subsidi (SRP) serta (GST) hanya membawa kepada kemelesetan ekonomi dalam tempoh tidak sampai tiga tahun akan datang," kata Azrul.

Beliau berkata demikian dalam Forum "Apa yang salah dengan ekonomi kita" anjuran Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) di ibu negara malam tadi yang dipetik dari Malaysiakini.

Azrul Azwar yang juga Pengurus Tugas Khas, Analisa Ekonomi dan Kewangan Pejabat Menteri Besar Selangor, berkata beliau percaya ia berkait rapat dengan fenomena pecahnya gelembung sektor harta tanah (property bubble burst).

"Perkara itu akan berlaku kerana tidak ramai yang mampu lagi membeli harta tanah kerana beban hutang isi rumah yang makin tinggi," katanya.

Sumber: SelangorKu

Kerajaan Negeri Tuntut Dana Balkis Dikembalikan

Posted: 15 Dec 2013 08:15 PM PST

SHAH ALAM 16 DIS : Kerajaan Negeri sedang dalam usaha mencari jalan terbaik untuk diberi hak seterusnya mengendalikan dana Badan Amal dan Kebajikan isteri-isteri wakil rakyat Selangor (Balkis) sebanyak kira-kira RM10 juta kepada Kerajaan Negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata sebagai pemegang amanah, Badan Kebajikan dan Amal Wanita negeri (PEKAWANIS) sepatutnya diberikan hak menguruskan dana itu.

Katanya, dana itu seharusnya dikendalikan dengan bertanggungjawab untuk menentukan dana diuruskan dengan betul.

"Kita akan mencari jalan terbaik untuk bagaimana harta yang sepatutnya menjadi milik PEKAWANIS yang tertinggal dulu dari Balkis tidak diuruskan dengan baik.

"Kita boleh menggunakan dana ini dengan baik bagi tujuan kebajikan," katanya ketika lawatan kerja di Rumah Puteri Arafiah.

Pada 2009, Kerajaan Negeri menghantar surat meminta Jabatan Insolvensi Malaysia menjelaskan kedudukan dana itu kepunyaan Balkis.

Dalam surat itu mengatakan sekiranya benar dalam pengendalikan Jabatan Insolvensi Malaysia, Kerajaan Negeri meminta agar dana itu diberi dan diamanahkan kepada kerajaan negeri untuk tindakan seterusnya.

Balkis dibubarkan pada 11 Mac 2008, dan menurut bekas Yang Dipertua Balkis, Zahrah Kechik, dana itu sudah diserahkan kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri (Bakti).

Dalam lawatan kerja itu, Abdul Khalid memperuntukan lebihan peruntukkan daripada Pejabat Menteri Besar sebanyak RM100,000 akan diserahkan kepada Perbadanan Menteri Besar (MBI) untuk diserahkan kepada Rumah Puteri Arafiah.

Hadir sama isterinya yang juga Yang diPertua Kebajikan dan Amal Wanita negeri (PEKAWANIS) dan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Rumah Puteri Arafiah, Puan Sri Salbiah Tunut.

Turut hadir Ketua Pentadbir Perbadanan Menteri Besar (MBI), Rohany Datuk Talib dan wakil pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Norita Mohd Sidek serta Exco Kebajikan, Rodziah Ismail.

Sumber: SelangorKu

Rakyat Berbilang Bangsa Sambut Perayaan Hari Krismas Selangor 2013

Posted: 15 Dec 2013 08:00 PM PST

PETALING JAYA 16 DIS : Perayaan Hari Krismas 2013 anjuran Kerajaan Negeri Selangor di kompleks membeli-belah Citta Mall, Ara Damansara malam tadi, menerima sambutan memberangsangkan dengan penglibatan seluruh anggota masyarakat berbilang kaum.
 
Kira-kira 3,000 orang ramai termasuk masyarakat Melayu, Cina dan India hadir bagi meraikan perayaan terbesar masyarakat yang beragama Kristian yang bakal disambut pada 25 Disember ini.

Acara tahunan itu dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong serta Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.

Turut hadir wakil-wakil Kedutaan, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan, Ahli-Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya(MBPJ) serta para pemimpin masyarakat.

Sambutan kali ini juga menyediakan gerai-gerai usahawan kecil di bawah Skim Mikrokredit MIMBAR yang menyediakan juadah makanan percuma kepada orang ramai.

Sementara itu, Abdul Khalid di dalam ucapannya berkata, perpaduan masyarakat berbilang kaum di Selangor perlu dikekalkan demi kemajuan negeri itu di masa hadapan.

"Kita hidup sama dalam keadaan harmoni, keadaan ini perlu kita sama-sama kekalkan," kata Abdul Khalid.

Katanya, perayaan Krismas juga tidak berbeza dengan perayaan yang lain kerana sudah menjadi acara sambutan kepada masyarakat berbilang kaum di Selangor dan Malaysia.

Dalam pada itu, sambutan pada tahun ini juga menyediakan sumbangan sebanyak RM14,000 untuk diagihkan kepada beberapa badan kebajikan terpilih di Selangor.

Sambutan Hari Krismas 2013 ini adalah anjuran bersama Kerajaan Negeri, MBPJ, Tourism Selangor serta pusat membeli-belah Citta Mall.

Sumber: SelangorKu

Menghadiri Majlis Penutup Program Jelajah Santai Kota Raja

Posted: 15 Dec 2013 01:45 AM PST

Taman Seri Andalas, Klang, 15 Disember 2013 - YB Dr Xavier Jayakumar hari ini hadir di majlis penutup Program Jelajah Santai Kota Raja anjuran ARC Kota Raja di Taman Rakyat, Taman Seri Andalas, Klang. Turut hadir adalah Sdr Azmizam Zaman Huri, Ahli Majlis MPK, Ustaz Uda Kassim, Ustaz Hafidz, ARC Selangor.






MB : Tol Naik Akibat Kerajaan Pusat Silap Meterai Perjanjian

Posted: 15 Dec 2013 01:30 AM PST

BANDAR TUN RAZAK, 15 DIS: Kesilapan Kerajaan Pusat dalam memeterai perjanjian dengan syarikat konsesi lebuhraya tanpa menyatakan jumlah keuntungan maksimum yang boleh dikutip konsesi mengakibatkan rakyat terpaksa membayar lebih daripada sepatutnya.
 
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kesilapan ini sepatutnya diperbetulkan Kerajaan Pusat sejak sekian lama supaya rakyat tidak lagi terbeban dengan keadaan ini.

Katanya, ini kerana perjanjian konsesi lebuhraya lebih menumpukan kepada tempoh perjanjian sehingga mengakibatkan syarikat konsesi mengaut keuntungan lebih daripada kos perbelanjaan awal yang telah dikeluarkan untuk menyiapkan projek berkenaan.

"Kita dapati syarikat konsesi apabila membentangkan kertas kerja menyatakan peratus pertumbuhan trafik adalah lebih rendah dari apa yang berlaku sekarang.

"Ini bererti aliran tunai atau pendapatan hasil untuk konsesi adalah lebih besar daripada apa yang dijangkakan.

"Walau bagaimanapun pemegang konsesi masih menuntut walau mereka sudah memperoleh (keuntungan) daripada apa yang dijangkakan," katanya yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak kepada Selangor Kini dalam sidang media.

Katanya, Kerajaan Pusat perlu menyemak semula pulangan keuntungan yang diperoleh syarikat konsesi dan mengubah pendirian mereka kerana pada dasarnya kerajaan sudah membayar lebih dari sepatutnya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan

Ini kerana, perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya dan telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.

Pengumuman ini merupakan satu lagi 'hadiah' untuk rakyat untuk 2014 apabila Barisan Nasional menang selepas PRU-13.

Sumber: SelangorKu

Kerajaan Guna Helah Naikkan Tol - Rafizi

Posted: 15 Dec 2013 01:15 AM PST

KUALA LUMPUR 15 DIS: Kerajaan menggunakan helah untuk menaikkan kadar tol pada tahun hadapan, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli,

Beliau berkata, kerajaan sengaja menjadikan perjanjian konsesi dengan syarikat konsesi lebuh raya sebagai alasan utama  menaikkan kadar tol, sedangkan perkara itu masih boleh dirundingkan.

"Pihak kerajaan boleh berunding dengan pihak konsesi sebagai jalan mudah untuk tidak membebankan mereka dan rakyat.

"Jangan gunakan alasan bahawa pihak mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana perkara berkaitan kenaikan tol ini sudah terkandung dalam perjanjian," katanya kepada Suara Keadilan.

Rafizi berkata, kerajaan sepatutnya tegas menyekat kenaikan tersebut kerana lebuhraya yang bertol  juga dibiayai oleh pinjaman mudah kerajaan.

"Pembinaan lebuhraya turut melibatkan geran atau pinjaman yang disediakan oleh kerajaan kepada konsesi-konsesi yang terlibat. Maka, kerajaan berhak untuk turut serta membuat keputusan dan menghalang kenaikan yang memang membebankan rakyat," tegasnya.

Tambahnya, beberapa konsesi lebuh raya turut dimiliki oleh kerajaan dan sebahagian yang lain telah mencatatkan keuntungan besar dari kutipan tol.

"Konsesi lebuhraya seperti Plus Expressway Berhad dimiliki oleh kerajaan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional.

"Walaupun konsesi lain bukan milikan sepenuhnya oleh kerajaan, tetapi sebahagian besar pemegang sahamnya adalah milik pihak kerajaan melalui kroni mereka.

"Kenaikan tol menyebabkan semakin banyak duit yang masuk ke poket mereka dengan mengutip hasil daripada rakyat sebagai pengguna tol," ujarnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar pada 14 Disember berkata kadar tol akan dinaikkan sebagai memenuhi perjanjian dengan konsesi.

Kenaikan itu katanya untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan yang membayar pampasan sebanyak RM400 juta dan untuk berlaku adil kepada pembayar cukai.

"Rakyat sudah beri subsidi kepada konsesi melalui dana besar dalam pembinaan lebuhraya. Konsesi pun telah mendapat banyak keuntungan hasil kutipan tol.

"Kita menentang sebarang kenaikan tol yang akan berlaku," kata Rafizi yang membidas kenyataan Wahid Omar itu.


Sumber: KeadilanDaily

MB : Tiada Kenaikan Tarif Air di Selangor Walaupun Kerajaan Pusat Naik Kadar Elektrik

Posted: 15 Dec 2013 01:00 AM PST

SHAH ALAM 15 DIS : Kerajaan Selangor menyatakan komitmen untuk tidak akan menaikkan harga air walaupun kadar caj elektrik dinaikkan Kerajaan Pusat mulai 1 Januari 2014.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pendekatan itu diambil ekoran mahu membantu meringankan beban rakyat.

"Walaupun Kerajaan Pusat mengambil langkah menaikkan caj elektrik tetapi Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk tidak menaikkan harga air," katanya dalam ucapannya ketika lawatan kerja ke Rumah Puteri Arafiah Seksyen 7, di sini.

Hadir sama isterinya yang juga Yang diPertua Kebajikan dan Amal Wanita negeri (PEKAWANIS) dan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Rumah Puteri Arafiah, Puan Sri Salbiah Tunut.

Turut hadir Ketua Pentadbir Perbadanan Menteri Besar (MBI), Rohany Datuk Talib dan wakil pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Norita Mohd Sidek serta Exco Kebajikan, Rodziah Ismail.

Abdul Khalid berkata sebagai Kerajaan Negeri yang prihatin, rakyat perlu diberikan sokongan dalam menangani isu kenaikan ini.

"Langkah itu diambil untuk menolong rakyat yang mana kita merasakan rakyat memerlukan sokongan dalam masalah ini," katanya.

Tarif elektrik akan dinaikkan bermula tahun hadapan sebanyak 15 peratus.

Kenaikan itu menjadikan harga baru untuk sekilowatt 33.54 sen di Semenanjung Malaysia.

Manakala bagi Sabah dan Labuan, kadar baru naik sebanyak 16.9 peratus atau 5 sen daripada kadar semasa 29.52 sen/kwj kepada 34.52 sen/kwj.

Sebelum ini, Abdul Khalid mengumumkan Kerajaan Negeri akan meneruskan subsidi air kepada 10 tahun akan datang.


Sumber: SelangorKu

Program Jom Tukar Minyak Hitam Motosikal Anjuran Keadilan Cabang Kota Raja

Posted: 15 Dec 2013 12:30 AM PST

Taman Sentosa, Klang, 15 Disember 2013 - Parti Keadilan Rakyat Cabang Kota Raja hari ini mengenjurkan Program Jom Tukar Minyak Hitam Motosikal percuma.

Program telah diadakan di hadapan Pusat Aktiviti Dun Seri Andalas, Taman Sentosa, Klang. Sambutan orang ramai adalah baik dan sebanyak 200 motosikal diganti minyak hitam. YB Dr Xavier Jayakumar, Ketua Keadilan Cabang Kota Raja yang juga ADUN Seri Andalas mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan yang menjayakan program.











Merasmikan International Malaysian Indoor Carpet Championship

Posted: 14 Dec 2013 01:00 AM PST

Taman Seri Andalas, Klang, 14 Disember 2013 - YB Dr. Xavier Jayakumar ADUN Seri Andalas pada hari ini merasmikan INTERNATIONAL MALAYSIAN INDOOR CARPET CHAMPIONSHIP (MICC) 2013 di Dewan Sukan Klang, Taman Seri Andalas yang berlangsung dari 14-15 Disember 2013 anjuran Kelab Kereta Kawalan Jauh Kota Raja Klang (KRRCC) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Seramai 150 peserta dari dalam dan luar negara turut serta di dalam pertandingan 'indoor' yang julung-julung kalinya diadakan di dalam negara. Turut hadir di program itu ialah Sdr Azmizam Zaman Huri dan Sdr PS Rajoo. Menurut Setiausaha KRRCC Sdr Khairul Anuar, sesiapa yang berminat utk menyertai kelab ini adalah dialu-alukan dan dengan yuran bulanan sebanyak RM10 sahaja.













Anwar Ibrahim

Posted: 15 Dec 2013 07:08 PM PST

Anwar Ibrahim


Why Inequality Matters

Posted: 15 Dec 2013 06:23 PM PST

New York Times

Rising inequality isn't a new concern. Oliver Stone's movie "Wall Street," with its portrayal of a rising plutocracy insisting that greed is good, was released in 1987. But politicians, intimidated by cries of "class warfare," have shied away from making a major issue out of the ever-growing gap between the rich and the rest.

That may, however, be changing. We can argue about the significance of Bill de Blasio's victory in the New York mayoral race or of Elizabeth Warren's endorsement of Social Security expansion. And we have yet to see whether President Obama's declaration that inequality is "thedefining challenge of our age" will translate into policy changes. Still, the discussion has shifted enough to produce a backlash from pundits arguing that inequality isn't that big a deal.

They're wrong.

The best argument for putting inequality on the back burner is the depressed state of the economy. Isn't it more important to restore economic growth than to worry about how the gains from growth are distributed?

Well, no. First of all, even if you look only at the direct impact of rising inequality on middle-class Americans, it is indeed a very big deal. Beyond that, inequality probably played an important role in creating our economic mess, and has played a crucial role in our failure to clean it up.

Start with the numbers. On average, Americans remain a lot poorer today than they were before the economic crisis. For the bottom 90 percent of families, this impoverishment reflects both a shrinking economic pie and a declining share of that pie. Which mattered more? The answer, amazingly, is that they're more or less comparable — that is, inequality is rising so fast that over the past six years it has been as big a drag on ordinary American incomes as poor economic performance, even though those years include the worst economic slump since the 1930s.

And if you take a longer perspective, rising inequality becomes by far the most important single factor behind lagging middle-class incomes.

Beyond that, when you try to understand both the Great Recession and the not-so-great recovery that followed, the economic and above all political impacts of inequality loom large.

It's now widely accepted that rising household debt helped set the stage for our economic crisis; this debt surge coincided with rising inequality, and the two are probably related (although the case isn't ironclad). After the crisis struck, the continuing shift of income away from the middle class toward a small elite was a drag on consumer demand, so that inequality is linked to both the economic crisis and the weakness of the recovery that followed.

In my view, however, the really crucial role of inequality in economic calamity has been political.

In the years before the crisis, there was a remarkable bipartisan consensus in Washington in favor of financial deregulation — a consensus justified by neither theory nor history. When crisis struck, there was a rush to rescue the banks. But as soon as that was done, a new consensus emerged, one that involved turning away from job creation and focusing on the alleged threat from budget deficits.

What do the pre- and postcrisis consensuses have in common? Both were economically destructive: Deregulation helped make the crisis possible, and the premature turn to fiscal austerity has done more than anything else to hobble recovery. Both consensuses, however, corresponded to the interests and prejudices of an economic elite whose political influence had surged along with its wealth.

This is especially clear if we try to understand why Washington, in the midst of a continuing jobs crisis, somehow became obsessed with the supposed need for cuts in Social Security and Medicare. This obsession never made economic sense: In a depressed economy with record low interest rates, the government should be spending more, not less, and an era of mass unemployment is no time to be focusing on potential fiscal problems decades in the future. Nor did the attack on these programs reflect public demands.

Surveys of the very wealthy have, however, shown that they — unlike the general public — consider budget deficits a crucial issue and favor big cuts in safety-net programs. And sure enough, those elite priorities took over our policy discourse.

Which brings me to my final point. Underlying some of the backlash against inequality talk, I believe, is the desire of some pundits to depoliticize our economic discourse, to make it technocratic and nonpartisan. But that's a pipe dream. Even on what may look like purely technocratic issues, class and inequality end up shaping — and distorting — the debate.

So the president was right. Inequality is, indeed, the defining challenge of our time. Will we do anything to meet that challenge?

Tiada ulasan:

Pengikut