Rabu, 25 Disember 2013

Barisan Nasional

Barisan Nasional


THE FLYING KICK

Posted: 24 Dec 2013 01:21 PM PST

THE FLYING KICK


JOM KITA TENGOK GAYA ANAK-ANAK AZMIN ALI BERSANTAI!!!

Posted: 24 Dec 2013 05:30 AM PST

TAK MAHU BAYAR TOL, GUNA JALAN BIASA... FITNAH BERKESAN TERHADAP WAHID OMAR!!!

Posted: 24 Dec 2013 04:00 AM PST

GEMPAR! BUKIT AMAN KENA DIBOM, KETUA POLIS NEGARA DAN PENGARAH CAWANGAN KHAS TERKORBAN!!!

Posted: 24 Dec 2013 01:30 AM PST

ANAK SETAN MANAKAH YANG TINGGALKAN IBUNYA DI HENTIAN BAS LARKIN NIH?

Posted: 24 Dec 2013 12:00 AM PST

DAP MEMANG HEBAT, KASI BAKAR TENTANG KENAIKAN HARGA DAN TARIF, DI PENANG MEREKA JUAL TANAH MURAH KEPADA KRONI!!!

Posted: 23 Dec 2013 11:05 PM PST

CAKAP DEGAR-DEGAR NAK GULING KERAJAAN DALAM FACEBOOK, BILA POLIS BURU, HILANG TELUR!!!

Posted: 23 Dec 2013 08:51 PM PST

MANUSIA BABI!!! DAGANG ANAK YATIM UNTUK KUTIP DERMA DEPAN SULTAN DAN SULTANAH KEDAH, TAPI LAYAN ANAK YATIM MACAM LAYAN ANAK ANJING!!!

Posted: 23 Dec 2013 03:00 PM PST

Cucu Tok Selampit

Posted: 24 Dec 2013 01:04 PM PST

Cucu Tok Selampit


@ibdil Bincang Krisis Himpunan Haram Ambang Merdeka Dalam Sessi "Cigar Appointment" #Lifestyle @khairykj

Posted: 24 Dec 2013 06:05 AM PST


Mungkin inilah cara terbaik bagi Pengerusi, Biro Media Baru, Pemuda UMNO Malaysia menangani pengurusan krisis (crisis management) juak-juak PR yang akan mengadakan perhimpunan haram Ambang Merdeka di Dataran Merdeka pada 31 Ogos nanti. Cara "Lifestyle" yang diamalkan beliau adalah mengadakan sessi "cigar appointment" dengan golongan-golongan "the rich and famous" seperti Nedim anaknya DS Nazri Aziz, Pengarah Eksekutif Naza, Dato' Wira SM Faisal SM Nasimuddin dan beberapa tokoh korporat yang lain. 

Hebat betul cara hidup EXCO Pemuda UMNO ini. Bagaimanalah agaknya hendak mendekati golongan Rakyat Marhaen melalui media sosial? Apakah beliau berkemampuan untuk masuk di dalam kumpulan elit ini atau beliau hanyalah balaci yang dipergunakan oleh golongan korporat untuk kepentingan tertentu? Tahniahlah Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin yang bijak memilih EXCO Pemudanya.

Gambar-Gambar Dan Video Fenomena Aneh Ikan Melompat Ke Darat Di Pulau Tambisan, Lahad Datu Pagi Tadi

Posted: 24 Dec 2013 03:46 AM PST







Kejadian berlaku di persisiran pantai Tambisan, Lahad Datu pada kira-kira pukul 8.45 pagi tadi. Beribu-ribu ikan tamban yang kebiasaannya hanya berenang di tengah lautan, hari ini dilihat berpusu-pusu berenang ke pesisiran pantai dan melompat naik ke daratan. Kita doakan tidak ada kejadian buruk yang akan berlaku di sana. Kejadian ikan-ikan naik ke darat pernah berlaku sebelum kejadian tsunami di Acheh pada 26 Disember 2004. Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah yang dapat kita fikirkan bersama.

Duke of UMNO

Posted: 24 Dec 2013 01:01 PM PST

Duke of UMNO


GST 6%...16% JANGAN SEBUT.. 16 SEPTEMBER LAGI TAK PAYAH SEBUT..!!!

Posted: 24 Dec 2013 06:34 AM PST

6-percent-gst

Hari ini bertarikh 22 Disember 2013. Tarikh hari ini akan memakan masa lebih kurang setahun sebelum kita melangkah ke tahun 2015, tahun di mana kerajaan bercadang akan melaksanakan sistem cukai baru, "Good and Services Tax" (GST), yang kecoh diperdebatkan sejak kebelakangan ini…

Pembangkang yang sememangnya kerjanya membangkang setiap cadangan kerajaan, telah menerbitkan buku kecil bertajuk "Faham GST, Tolak GST" yang dilancarkan baru-baru ini. Tidak lain tidak bukan, buku itu diterbitkan bertujuan untuk memburuk-burukkan kerajaan BN dengan langkah perlaksanaan GST nanti.

Sebagaimana maklum, bukan saja Perdana Menteri, malah ramai Menteri, pemimpin kerajaan, pakar-pakar, pegawai-pegawai kewangan dan cerdik pandai ekonomi berkali-kali menjelaskan kebaikan yang bakal diperoleh rakyat dan negara dari perlaksanaan sistem GST nanti. Tapi seperti biasalah, apa yang dijelaskan itu "semuanya tidak betul" di mata pihak pembangkang…


Kalau kita beritahu GST hanya mengenakan cukai diantara 4% hingga 6% sahaja berbanding sistem cukai sedia ada (SST) sebanyak 16%, puak pembangkang tetap akan beritahu rakyat kononnya GST akan membuat mereka miskin dan papa kedana. Mereka hanya sebut 6% sahaja di depan rakyat, tapi pasal 16% yang bakal dimansuhkan itu mereka diamkan saja…

Kalau di depan rakyat, mereka akan menyenaraikan sebanyak mungkin barang-barang yang akan naik harga. Mereka hasut rakyat seolah-olah kita semua tidak akan mampu membeli sekampit beras, sekilo gula dan sekati garam pada tahun 2015. Mereka tuding jari pada Kerajaan yang dituduh sebagai "zalim" terhadap rakyat…

BN diakronimkan sebagai "Barang Naik". BN dikatakan lupa pada janji manifesto. Kononnya slogan "janji ditepati" digantikan dengan "janji dicapati". Bekas Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar pula menuduh kerajaan "janjikan gula, beri garam". Macam-macam yang mereka fitnah. Lagaknya mereka seperti "pakar ekonomi"…

Pertamanya saya nak tanya, ingat lagi sikap pihak pembangkang, khususnya PAS, ketika mula-mula kerajaan nak tubuhkan Proton dulu? Ingat lagi bagaimana sikap mereka bila KLIA, KLCC dan Putrajaya mahu dibina dulu? Tiap-tiap hari mereka "menyalak" marahkan kerajaan, bukan?

Kononnya kerajaan bazirkan duit rakyat. Kononnya kerajaan boros. Kononnya kerajaan bela kroni dengan projek mega. Kononnya kerajaan sajalah yang jahat dan zalim. Kononnya merekalah "pembela" rakyat dan pandai menguruskan negara…

Tapi kini PAS sendiri pakai kereta Proton. Sekarang mereka selalu ke KLIA naik turun kapal terbang dengan selesa. Kalau mereka nak berhimpun, KLCClah tempatnya. Kalau buat rombongan "Cik Kiah" dari kampung pun, KLCClah lokasi pilihan mereka. Putrajaya? Putrajaya sudah menjadi idaman pemimpin PAS. PAS sudah tak jadi nak jual Putrajaya…

Maksudnya, segala yang dibangkang mereka dulu, semuanya menjadi sesuatu yang berharga sekarang. Segala yang mereka buruk-burukkan dulu, semuanya menjadi sesuatu yang berharga di zaman ini.

Saya tidaklah menyamakan GST dengan aset pembangunan seperti KLCC, KLIA, Putrajaya atau Proton. Tapi saya bercakap mengenai sikap mereka yang suka memburuk-burukan sesuatu yang baik tanpa berfikir panjang.

Sistem GST dilaksanakan di 160 negara dari 193 negara maju dan membangun di dunia. Menurut kajian, memang terbukti GST memberikan pulangan yang baik dari sudut ekonomi, sama ada kepada rakyat mahupun kerajaan.

Secara ringkas, sistem itu berjaya mengatur semula sistem percukaian negara dengan berkesan dan memberikan pulangan yang baik berbanding sistem lama. Manakala bagi rakyat pula, mereka bakal menikmati kemakmuran ekonomi negara yang lebih baik, teratur dan sistematik.

Saya tahu tidak ada sesiapa pun yang suka bayar cukai. Kalau boleh, kita langsung tak mahu bayar cukai. Tapi, tahukah kita bahawa Islam juga mengamalkan sistem cukai? Di zaman Rasulullah SAW dan Khulafa Ar-Rashidin, sistem cukai sudah diperkenalkan. Zakat juga sebahagian dari sistem cukai. Cuma dalam Islam ia tidak disebut "cukai", ia disebut "zakat"…

Marah sangat nak kena bayar cukai 6%? Kenapa rakyat di negara lain yang amalkan GST tak marah pun? Sebab rakyat di Malaysia ini suka sangat termakan dakyah jahat pembangkang yang "buta perut"?

Saya lihat, sudah lama restoran-restoran seperti McDonalds, Starbucks dan sebagainya mengenakan cukai tambahan. Malah ada yang kenakan "service charge" dan "table charge". Tapi penuh juga rakyat Malaysia di restoran-restoran itu. Tidak pernah pula saya dengar pelanggan marah-marah dikaunter McDonalds, berleter pada penjaga kaunter tentang "cukai" yang perlu dibayar…

Maknanya, rakyat Malaysia sebenarnya mampu untuk membayar cukai. Jangankan 6% cukai GST, kalau dikenakan cukai 10% pun mereka mampu bayar dengan mudah.

Saya dengar, ada segelintir pihak yang berkata, "yang kaya okaylah boleh bayar, tapi macam mana pula yang miskin dan berpendapatan rendah"?

Saya tertanya-tanya, apakah orang miskin minum di Starbuck? Beras, gula, garam dan barangan keperluan asas yang lain perlu dikenakan cukai GST, kah? Setahu saya, hanya barangan yang melibatkan "kehendak nafsu" saja yang dikenakan GST. Orang miskin sudah tentulah mengutamakan keperluan berbanding hawa nafsu kehendak, bukan?

Suka saya ingatkan bahawa orang miskin lebih suka pakai telefon bimbit biasa berbanding "orang kaya". Perangai orang kaya ialah tidak pernah puas. Misalnya, kalau dulu dia pakai Nokia 3310, bila keluar model baru yang lebih canggih, mereka akan tukar pada yang lebih canggih! Itu perangai orang kaya…

Masalahnya, ada juga orang miskin yang berlagak macam orang kaya. Dia hanya mampu pakai Nokia 3310, tapi berlagak nak pakai Iphone 5. Itulah yang payahnya. Sudah elok-elok beli beras tak payah bayar GST, tiba-tiba suka sangat ikut hawa nafsu nak makan karipap dan minum kopi Starbuck, kenalah bayar GST! Padanlah…

Sebab itulah saya sarankan pada diri saya dan rakan-rakan supaya kembali pada kehidupan seorang muslim yang wasatiah. Kita bersederhana dalam hidup, khususnya berbelanja. InsyaAllah kalau kita ikut cara Islam, datanglag GST berapa peratus pun, kita akan dapat menyesuaikan diri…kan?

Sumber: Mykmu.net

GEMPAR..!!! SYIAH MAZHAB KE-5, KATA MAT SABU...???

Posted: 24 Dec 2013 04:33 AM PST


Saya tak tahu kenapa pukul 12 tengahari tadi video rakaman ke-2 tentang isu "Mat Sabu Syiah?" tak keluar di KedahNews.com. Memang saya tunggu tengahari tadi...tapi tak keluar pun...

Tapi petang tadi, saya buka kembali laman portal tu, saya dapati video tu sudah dimuat turun...

Astaghifirullahil'azim.. Ada ke patut Mat Sabu dakwa Syiah tu mazhab ke-5. Ajaran sesat yang dihalalkan Mat Sabu sebagai "mazhab"? Tok Guru mana ajar dia? Khomeini? Hasan Nasrallah? Astaghfirullahil'azim...

Ikuti video tersebut di bawah...

ALAHAI RAFIZI OIII....BN GADAI RM5.6 BILION? ADOI LAAAA...

Posted: 23 Dec 2013 11:27 PM PST

Rafizi

Baru-baru ini heboh puak-puak pembangkang mencanang ke seluruh pelosok kampung kononnya Kerajaan BN "gadai" harta negara bernilai lebih RM4 bilion. Habis tercengang dan merah muka pakcik makcik di kampung-kampung mendengar "cerita dongeng" Pakatan Haram itu.

Bila ditanya dari mana sumber "cerita" itu, mereka menuding jari pada gambar Pengarah Strategik PKR yang montel gebu, Rafizi Ramli, yang kononnya dipetik dari laporan terkini Bank Dunia bertajuk "Malaysia Economic Monitor: December 2013″. Rupanya, Rafizi punya cerita. Padanlah…
Memetik laporan tersebut di mukasurat 10, ia tertulis…

LaporanBankDunia

"Daripada tambahan RM11.8 bilion pendapatan yang dijangka diperoleh berbanding anggaran bajet, RM7.4 bilion berasal daripada sumber-sumber bukan cukai, termasuk RM1.4 bilion hasil daripada penjualan aset dan RM4.2 bilion daripada pensekuritian gadai janji kerajaan."


Sudah lumrah Melayu, bila disebut perkataan "GADAI", maka mereka akan terus terfikir membayangkan "kedai pajak gadai". Maklumlah, bila ekonomi dalam poket mereka "sesak", kedai itulah tempat mereka tuju bersama gelang atau rantai yang "dipinjam" dari isteri tersayang…

Rafizi jelas "bijak" menggunakan tanggapan tipikal Melayu itu dengan mempergunakan laporan Bank Dunia itu bagi menjual "auta politik"nya pada rakyat. Maklumlah, Rafizi fikir masyarakat di kampung amat mudah ditipu oleh politikus licik sepertinya, lulusan universiti "oversea"…

Namun bagi mereka yang belajar ekonomi, mereka awal-awal lagi sudah terbahak-bahak ketawa melihat "strategi" Rafizi menipu orang kampung. Nampak sangat menipunya.

Bukan apa. Apa yang dijelaskan oleh laporan Bank Dunia mengenai "gadai janji" Kerajaan yang bernilai RM4.2 bilion itu merupakan satu transaksi biasa yang menjadi kelaziman di seluruh negara dunia, tidak terkecuali Malaysia.

Maksud di sebalik pensekuritian "gadai janji" kerajaan itu ialah pihak kerajaan menjual pinjaman yang dikeluarkan pada pelabur bagi mendapatkan semula keuntungan dalam bentuk wang tunai yang dikeluarkan sebagai pinjaman. Malah transaksi "gadai janji" itu juga menjanjikan keuntungan yang bukan sedikit marginnya.

Jelaslah di sini bahawa "gadai" yang dimaksudkan laporan Bank Dunia itu bukanlah sebagaimana yang Rafizi bayangkan pada pakcik dan makcik kita di kampung. Tiada satu pun harta negara digadai kerajaan. Lagipun saya yakin, tiada satu kedai "pajak gantung" pun yang sanggup terima gadaian seperti itu. Jadi tak payah risau…

Apa yang perlu dirisaukan ialah tentang sikap Rafizi yang suka mempermainkan rakyat dengan pembohongan dan "auta" bodoh yang tidak masuk dek akal.

Pada saya, jika benar kerajaan BN menggadai harta negara, jangankan RM4 bilion, walau hanya RM10 sekali pun digadai, sudah tentu ramai di kalangan para penyokong BN yang akan "mengamuk" sakan pada kepimpinan kerajaan. Orang BN, khususnya UMNO memang pantang kalau ada cubaan "menggadai" negara…

Misalnya, ketika krisis mata wang 1997-1998 dulu, kita memiliki seorang pemimpin yang cuba menggadai negara pada pihak IMF. Beriya-iya dia cuba melobi dan mempengaruhi Perdana Menteri ketika itu untuk "gadai"kan negara pada "sahabat karib"nya. Mujurlah nasihat "pengkhianat" itu tidak dipeduli…

Tapi pakcik dan makcik kita di kampung tak perlu risau. Pemimpin yang dimaksudkan itu sudah tidak ada lagi dalam kepimpinan kerajaan sekarang. Sudah lebih 10 tahun dia "dinyahkan" dari persada kepimpinan negara. Memang pemimpin khianat itu punya masalah "moral" dan tak layak memimpin kita pun…

Cuma apa yang perlu pakcik dan makcik lebih risaukan ialah bekas pemimpin kerajaan itu sekarang sedang "gila kuasa" nak jadi Perdana Menteri. Kalau dia jadi PM, diyakini Malaysia akan tergadai jua akhirnya. Nak tahu siapa? Itulah dia "boss" Rafizi Ramli, Wallahu'alam…

Sumber: Mykmu.net

HARI-HARI ADA VIDEO DEDAH "MAT SABU SYIAH"?

Posted: 23 Dec 2013 06:39 PM PST

Saya rasa, ada pihak yang sedang garu kepala yang tak gatal. Hari-hari portal KedahNews.com terbitkan video bersiri temuramah dengan Tok Guru Pondok Kobah yang dah lama siasat tentang dakwaan Mat Sabu seorang Syiah...

Hari ni, pukul 12 tengahari, portal tu akan kejutkan kita lagi dengan cerita dari Ustaz PAS dari Dewan Ulama PAS tu.. Saya dengar, video hari ni lebih hebat pendedahannya...

Sebenarnya, teringin jugak la nak jumpa Tok Guru Pondok Kobah ni. Dah tentu lebih banyak cerita yang kita boleh dapat darinya..kan?

Video dari KedahNews.com tu baru siri ke-2 hari ni... entah berapa siri lagi pun saya tak tahu. Boleh tahan jugak pendedahan ni, kan? Menarik untuk KDN jadikan fakta kalau Mat Sabu saman Zahid Hamidi nanti...heh!

Lebih menarik lagi, kalau KDN sendiri jadikan Ustaz PAS tu sebagai saksi kes... meletop bebbb..!

Tapi kalau KDN kena saman pun, saya rasa KDN akan kalah. Sebab? Sebab kalau betul Mat Sabu tu Syiah, dia boleh menipu hakim dan mahkamah. Syiah memang benarkan pengikutnya bertaqiyyah, kan? Jadi senang-senang saja dia boleh lepassss...heh!

So..ikuti pendedahan dari KedahNews.com...harap kita dapat guna akal untuk memilih pemimpin..!

PEJUANG BANGSA

Posted: 24 Dec 2013 11:32 AM PST

PEJUANG BANGSA


BILA REEZAL MERICAN NAIK PEJABAT MPSP BELA PENIAGA MELAYU KEPALA BATAS ??@dzainalabidin @NajibRazak

Posted: 24 Dec 2013 07:58 AM PST





Guan Eng tokong  pujaan macai PR  nak bela penjaja & peniaga Melayu di P.Pinang ?? Kini sudah masuk penggal ke 2 dia merintah, kuasa makin kuat . Ada dia nak peduli undi Melayu ?? Dia bela bangsanya saja sebab depa bagi undi untuk dia kuasa ..

Hari ini mujur ada lagi   pemimpin Melayu lagi dalam UMNO bersuara membela nasib peniaga & penjaja Melayu .  

Selain Datuk  Jahara yang digelar NENEK RASIS , kini Ahli MT UMNO DS Reezal Merican pulak membela peniaga & penjaja Melayu   di Parlimen Kepala Batas yang disaman dengan  cukup keterlaluan.

Apakah Reezal Merican akan digelar MAMAK RASIS pulak oleh Guan Eng kerana pertikai Ketua Menteri  membela satu kaum sahaja dan tidak peka nasib peniaga Melayu ??

Biar lah dia nak bagi gelaran itu tapi kebenaranya   UMNO sahajalah yang masih lagi dilihat  terus  membela nasih peniaga & penjaja Melayu di negeri ini . 

Exco PKR termasuk TKM 1   semuanya itu bukan nak bela malah akan menghentam lagi peniaga & juga pemimpin UMNO yang bangkit isu yang dianggap rasis ini . 

Di dalam gambar di atas, DS Reezal Merican mengadakan pertemuan dengan MPSP termasuk Ahli Majlis MPSP dari PKR iaitu sdr  Syed Mikael  hari ini bagi  membawa isu berkaitan lesen penjaja & peniaga di  pasar Kepala Batas.   

Apakah MPSP & Ahli Majlis  terus berkeras & enggan bertolak ansur & bekerjasama bagi menyelesaikan masalah ini ??

 Sama-sama kita nantikan usaha Ahli Parlimen BN ini membantu peniaga Melayu yang ditindas kerajaan DAP !!








KEPALA BATAS 23 Dis. - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diminta turut peka dengan nasib peniaga dan penjaja kecil Melayu di Pasar Kepala Batas di sini, bukannya membela peniaga daripada satu kaum sahaja.

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, ini ekoran tindakan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menyaman peniaga dan penjaja kecil di pasar tersebut yang dianggap sebagai keterlaluan.

Beliau berkata, langkah mengenakan kompaun sehingga RM250 kepada setiap seorang peniaga dan penjaja berkenaan adalah tidak adil kerana pendapatan mereka berniaga di pasar berkenaan bukanlah begitu lumayan.

"Mereka hanya berniaga di kaki lima pasar dan tidak mengganggu lalu lintas tetapi dikena kompaun yang amat berat.

"Ada peniaga disaman lebih 10 kali tetapi terpaksa meneruskan perniagaan kerana mahu menampung kehidupan keluarga," katanya kepada pemberita selepas meninjau masalah yang dihadapi peniaga di Pasar Kepala Batas di Permatang Manggis di sini hari ini.
Yang turut hadir isteri beliau, Datin Seri Ismalina Ismail.




Reezal Merican berkata, peniaga dan penjaja kecil di sini perlu dibela kerana mereka tidak mempunyai tempat untuk menjalankan perniagaan selain berniaga di situ sejak beberapa tahun lalu.

"Guan Eng hendaklah mendengar rintihan rakyat dan bersikap adil dengan memberi peluang kepada peniaga dan penjaja Melayu berniaga di sini, janganlah bela satu kaum sahaja," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap MPSP dapat mempertimbangkan peniaga dan penjaja di pasar ini terbabit dikecuali daripada tindakan kerana kehadiran mereka tidak mengganggu lalu lintas dan bertindak terhadap rungutan orang ramai yang menghadapi masalah kekurangan tempat meletak kereta.

"Kalau terus mengambil tindakan kompaun, pendapatan mereka sudah pasti akan terjejas teruk," katanya.

KAJIAN MAJORITI RAKYAT NAK KALIMAH ALLAH KEKAL MILIK ISLAM BERI SIGNAL KEPADA PR !!

Posted: 24 Dec 2013 06:52 AM PST



KUALA LUMPUR 24 Dis. - Majoriti rakyat berbilang kaum di negara ini menolak kalimah Allah digunakan dalam kalangan bukan Islam, menurut satu tinjauan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (Umcedel).

Tinjauan yang dilakukan kepada 1,676 responden di seluruh Semenanjung dalam tempoh 6 hingga 8 Disember lalu menunjukkan sebanyak 58 peratus daripada mereka menyatakan kalimah suci itu milik eksklusif umat Islam manakala 26 peratus responden memberitahu mereka tidak pasti.



Apa yang menarik, daripada jumlah itu, sebanyak 21 peratus responden dari kaum Cina juga menolak penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam.

Pecahan status mengundi pula menunjukkan pengundi kali pertama adalah kumpulan yang paling banyak menolak penggunaan kalimah tersebut dalam kalangan bukan Islam dengan 64 peratus berbanding tidak pasti, 25 peratus.

Jelas tinjauan itu, masyarakat luar bandar merupakan pecahan terbesar yang bertegas dalam penggunaan kalimah berkenaan dengan 73 peratus berbanding 51 peratus di bandar. - UTUSAN ONLINE

KANTOI !! JAWAPAN KEPADA FITNAH @RafiziRamli TUDUH NAJIB JUAL ASET NEGARA @Khairykj @dzainalabidin

Posted: 24 Dec 2013 05:10 AM PST









Kenyataan Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli mengenai maklumat di atas adalah berdasarkan Laporan Malaysia Economic Monitor (MEM, December 2013) yang dikeluarkan oleh World Bank (WB) pada 1 Disember 2013.

Untuk makluman, sumber maklumat di dalam penerbitan MEM tersebut diperolehi daripada Laporan Ekonomi 2013/2014 dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2013/2014 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Kedua-dua laporan tersebut telahpun dibentang di Parlimen pada 25 Oktober 2013. Oleh itu, cadangan untuk mengadakan satu sidang Parlimen tergempar seperti yang diwar-warkan di dalam media bagi membincangkan isu ini adalah tidak berbangkit.

Pengewangan Aset Kerajaan (Monetization of Assets)
Untuk makluman, penjualan tanah adalah di bawah inisiatif pengewangan aset Kerajaan (monetization of assets) bertujuan bagi memajukan tanah berkenaan serta membangunkan kawasan sekitarnya.

Inisiatif pengewangan aset Kerajaan ini telah dilaksanakan sejak tahun 2008. Langkah ini telah merangsang lebih banyak penglibatan agensi-agensi Kerajaan, Syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs) dan sektor swasta di dalam memacu pertumbuhan ekonomi Negara.

Aset tersebut dipindah milik pada harga pasaran dengan penilaian dilakukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (JPPH).

Sebelum sebarang penjualan tanah dilaksanakan, pandangan dan persetujuan daripada agensi pengguna akan diperolehi terlebih dahulu mengenai perancangan penggunaan tanah tersebut. Penjualan tanah ini tidak akan dilaksanakan sekiranya agensi tersebut tidak bersetuju atau mereka mempunyai perancangan untuk membangunkan tanah tersebut.

Pengewangan aset adalah aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh mana-mana Kerajaan bagi menjana aktiviti ekonomi.

 Sebagai contoh, tanah Kerajaan UK di Canary Wharf, London yang dijual kepada sektor swasta untuk dibangunkan sebagai hub kewangan antarabangsa. Langkah yang sama juga dilaksanakan oleh Kerajaan Singapura dan Hong Kong.


Pensekuritian Hutang Kerajaan

Pensekuritian hutang Kerajaan dilaksanakan bagi mewujudkan modal pembiayaan tambahan untuk pinjaman perumahan penjawat awam. Hasil pensekuritian hutang Kerajaan bukan merupakan sumber utama hasil Kerajaan Persekutuan kerana ia hanya mencakupi 1.9% daripada jumlah hasil Kerajaan Persekutuan. Pensekuritian hutang adalah satu aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh bank-bank komersil sebagai satu strategi pembiayaan.

Kesimpulan

Dalam RMK-10, Kerajaan komited untuk mengurangkan paras defisit fiskal daripada 5.4% pada tahun 2010 kepada 3.0% pada tahun 2015 dan seterusnya mencapai bajet berimbang pada tahun 2020. 

Sasaran ini penting bagi mengukuhkan kedudukan kewangan Kerajaan. Pencapaian sasaran ini bukan bergantung kepada penjualan aset Kerajaan dan pensekuritian hutang Kerajaan, tetapi dirancang menerusi konsolidasi fiskal Kerajaan.

Oleh itu, semua pihak dinasihatkan meneliti laporan yang dibentangkan di Parlimen sebelum membuat tuduhan yang tidak berasas, demi kebaikan bersama.

Kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli adalah tidak bertanggungjawab kerana dengan sengaja telah memutarkan isi kandungan laporan tersebut bagi kepentingan politik.

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
PUTRAJAYA

24 Disember 2013

TERKINI ! TABUNG HAJI DIFITNAH, MACAI PR TUDUH @AzeezPutera SELEWENG WANG KE KP1M

Posted: 24 Dec 2013 04:26 AM PST




Tak habis-habis buat dosa je  manusia bernama Zack Rahim . Anda bercakap tentang amanah , ibadah dan sebagainya tapi sayang telah menyebarkan satu fitnah jahat supaya membangkitkan kemarahan orang lain .

Zack Rahim bercakap  tanpa fakta , bukti & sendiri  mengakui   hanya mendengar berita yang dia sendiri tak tahu benar atau tidak telah tanpa segan silu sebenarnya   memburukkan Datuk Azeez Abd Rahim dan Tabung Haji.

Adakah Zack Rahim tahu sebelum Datuk Azeez menjadi Pengerusi TH , KP1M telah menjalankan pelabagai  misi kemanusiaan ?

Adakah peruntukan yang digunakan sebelum ini menggunakan duit TH ?? Sudah tentu tidak sebab KP1M menerima pelbagai bantuan sumbangan  daripada syarikat , individu serta orang awam .

Untuk makluman setiap wang pengeluaran TH perlu mendapat kelulusan dari Lembaga Pengarah  . Pengerusi tiada hak mengeluarkan wang TH sesuka hati .

GPB dimaklumkan jika Zack Rahim ini tidak menarik balik kenyataannya ini , satu laporan polis akan dibuat kerana memburukkan imej KP1M , Datuk Azeez & TH .





TERKINI ! BUKIT AMAN DIFITNAH KENA SERANGAN , PDRM CARI DALANG TUKANG SEBAR !!

Posted: 24 Dec 2013 02:20 AM PST



Perbuatan siapakah yang sebarkan Bukit Aman diserang bom di facebook ini ?? RBA ?? 

Tangkap je tukang sebar berita menipu ini . Dengan polis pun dia nak main ....tunggu la nasibnya ..




KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan catatan yang tersebar di laman sosial Facebook kononnya berlaku serangan ke atas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini yang menyebabkan kematian dan kecederaan.

Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Superintendan Lai Lee Ching berkata, keadaan di Bukit Aman tenang dan ia beroperasi seperti biasa.

Beliau menegaskan bahawa penyebaran berita palsu adalah perbuatan keji dan polis akan bertindak tegas terhadap pelakunya.

"Susulan penyebaran khabar angin itu, satu laporan polis telah dibuat dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu dengan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kesalahan tersebut boleh membawa hukuman penjara dua tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali, kata Lai. 

Beliau meminta orang ramai agar tidak menyebarkan berita palsu seumpama itu atau berdepan tindakan undang-undang jika berbuat demikian.

Catatan di Facebook itu antara lain mendakwa Bukit Aman diserang sekumpulan pengebom berani mati yang mengakibatkan kematian dan kecederaan anggota polis. - Bernama

TERKINI ! MACAI PEMBANGKANG TURUN SUDAH DICEKUP POLIS , RANCANG DEMO 31 DISEMBER

Posted: 23 Dec 2013 05:57 PM PST



Saudara Azan Safar, Pengerusi TURUN ditangkap sekumpulan SB berpakaian awam di Restoran Kak Som. Disahkan mereka menunjukkan kad pengenalan polis, dibawa ke IPD Dang Wangi.

Asalnya beliau sedang makan di restoran sambil berbincang mengenai gerakan TURUN. 

Namun berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, kumpulan tersebut juga mengadakan perancangan rapi bagi merealisasikan gerakan menimbulkan ketegangan di KL pada malam tersebut.

Syabas PDRM. Preventive is better than cure.







NENEK RASIS : GUAN ENG BAKAL DISAMAN JIKA TAK MOHON MAAF @dzainalabidin

Posted: 23 Dec 2013 04:53 PM PST




Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diberikan tempoh seminggu untuk memohon maaf secara terbuka kerana menggelar Ketua Pembangkang negeri, Datuk Jahara Hamid dengan panggilan 'nenek rasis' pada sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.
Jahara yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Teluk Air Tawar berkata beliau sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, sekiranya beliau gagal memohon maaf kepadanya.
"Beliau (Lim) menuduh saya membangkitkan porpaganda perkauman dan memanggil saya '1,000 kali jahat, pemfitnah dan seorang nenek pembohong.
"Ini satu serangan peribadi yang sangat serius terhadap saya dan ia memberi kesan kepada maruah saya sebagai wanita dan ketua pembangkang.
"Kenyataan saya mengenai isu yang saya ketengahkan dalam sidang DUN telah diputar belit dengan sengaja untuk mencipta kekeliruan dikalangan rakyat," katanya.
Jahara turut menggesa Lim menilai semula semua faktanya secara teliti, rasional dan positif.
Sementara itu, Setiuasaha Akhbar Lim, Cheong Yin Fan berkata Lim tidak dapat mengulas mengenai isu berkenaan kerana pada ketika ini beliau berada di luar negara

Tiada ulasan:

Pengikut