Beberapa hari lepas, Husin berada di Kelebang Melaka untuk berziarah. Berjumpa kawan-kawan di sebelah di sebuah warung usang ditepi sepanjang pantai Kelebang.
Gossip politik ... apa lagi?
Ajack: Sial lahanat lahabau kau, Husin. Lama tak nampak batang hidung kau. Tak dengar kabo tiba-tiba muncul ajak minum di sini. Aku ingat kau dah mati.
Husin:Hehehe ... dengar makian kau ni betul buat aku sedar aku dah berada di Melaka.
Ajack: Hangin apa bawak ko ke Kelebang ni?
Husin: Lama dah aku ingin ke Melaka. Nak tengok Kelebang ... tempat pun dah lain dan banyak resort dan condo.
Ajack: Hanat ko ... Melaka-KL bukannya jauh. Dulu kau boleh datang berurut pagi. Abis urut boleh balik ...
Husin: Tu dulu ... kereta dah banyak. Penghalang pun ada saja. Kalau tak aku sibuk, isteri aku sibuk. Hal keluarga lagi. Aku tak lagi suka jadi tukang sibuk hadhir majlis-majlis di hari minggu tapi bini aku pulak tergila bela kucing.
Dah dah ... Zul cimek ni bila nak sampai? Aku panggil dia...
Ajack: Takkan kau tak kenal cimek. Mana boleh on time. Dia dah call aku tadi. Tunggu dia sampai, Ada lah cerita baru dia nak ngutuk orang. Kau boleh tulis dalam blog, Sin.
Husin: Panjang umur... tu dia.
Zul ni orang Kolumpo. Pindah Melaka pasal nak larikan anak dan isteri dari Mak Mertua suka muncul dan ngacau. Tak panjang jodoh dan jumpa jururawat. Baik isteri dia ... Tak renti cerita masaalah dia tapi sentiasa menghiburkan bila bersama. Setia dengan sahabat. Cimek: Kau ni muncul tiba-tiba ni nak kutip hutang ke?
Ajack: Kan aku cakap. Mulut tak ada insurance.
Husin: Lama nak jumpa kau orang. Rindu aku ....
Cimek: Bagus lah tu ... Ketua Menteri baru ni aku pening lah.
Ajack: Kan dah mula dia ...
Cimek: Itu hari aku ingat dia tu hebat dan tegas bila dia tutup Jonker Walk. Aku ingat dia nak ngajar cina-cina yang besar kepala. Tiba-tiba apa ke haram sedia maafkan. Ajack: Lahanat lu Cimek... Tak habis-habis lu komplen. Dulu lu gelar Ali Rustam sebagai Ali Ketam. Padahal dia kerja kuat dan orang sayang.
Cimek: Takkan kau tak kenal aku. dr Mahathir dulu pun aku kutuk
Ajack: Ali akhirnya jadi CM yang sangat bagus tau ... sayang dia silap hingga kalah masa PRU.
Cimek: Cina punya hal tu. Buat apa Derih nak maafkan lagi. Cina dah tak akan undi kita. Projek ambik, makan besar ditelan dengan kerusi meja sekali, tapi undi haram jadah Cina akan kasi. Apa sebab Derih ni nak maafkan?
Husin: Ada projek dengan Cina ke ....?
Ajack: Kalau ikut Cimek, Ali Ketam dah baham semua. Hehehe ... Bila tak suka, semua salahkan Ali Ketam. Derih cuma maafkan bukan dia CKMM ... cium keris mintak maaf.
Husin: Ko orang ni. Idris Haron ni hebat, bijak, cekap ... baru lagi. Kasi peluang.
Cimek: Biar betul kau ni, Sin.
Husin: Sekarang ni orang kata Mendela itu hebat kerana dia sedia memaafkan orang kulit putih yang telah menghambakan kaum kulit hitam dan menyumbat Mandela dalam penjara selama puluhan tahun.
Ajack: Aku setuju ... bukan ke kau dulu pernah terlibat dalam gerakan anti Apartheid dulu, Sin?
Husin: Adalah sikit-sikit.... aku anti apartheid, kau memantek di Jerman.
Ajack: ... cimek pucimek
Husin: Balik cerita ... kau bayangkan Pope ... Orang kena datang dan ngaku salah baru Pope maafkan dosa.
Cimek:Hehehe ...aku dah tahu
Husin: Kasi aku cerita kasi habis dulu, Cimek. Derih Haron ni cuma tak sampai tahap Jesus Christ. Ikut ugama Kristian, Jesus mati demi menanggung dosa semua penganutnya. Sapa masuk Kristian sama macam orangPAS yang dah dijamin syurga oleh Nik Aziz.
Cimek: Itu yang orang putih buat dosa tak kisah ajer. Pen malaikat tak boleh keluar dakwat...
Ajak:Kikiki ... apa hebatnya Derih Haron, Husin?
Husin: Derih ni hebat pasal dia maafkan orang walaupun orang yang dimaafkan tu tak mintak maaf. Malah orang dimaafkan tak rasa mereka patut mintak maaf hingga memaki dia, tapi dia dah maafkan.
Cimek: Memang betul hebat Derih Haron. Lepas ni lagi dia orang besar kepala pasal dah sedia dimaafkan.
Punya hebat sampai orang selamatkan diri pun dia nak kasi pingat. Nasib Melaka tak banjir, kalau tak Derih kasi pingat satu Melaka kerana selamatkan diri mati lemas.
Dahlah Melaka tak ada Sultan tapi Ali Ketam kasi Dato satu Malaysia ....lain kali kau turun Melaka, aku ada tiga dah pingat.
Kedua sahabat Husin ni dah lama meninggal dunia. Kalau hidup, beginilah cara sembang kami dan memang Kelebang tempat kegemaran. Ajack sedara dengan Ali Ketam. Anak sulong baru saja bertunang. Jandanya bersama anak lelaki baru pulang dari Haji. Ini membuat Husin teringat kedua-dua sahabat dan brader dunia akhirat.
Wakil UMNO Wilayah Persekutuan, Affandi Zahari sokong isteri Perdana Menteri guna jet eksekutif kerajaan.
"Bolehkah anda bayangkan tekanan emosi yang Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak akan tanggung sekiranya sesuatu yang buruk berlaku kepada isterinya ketika terbang dengan pesawat komersial?" kata beliau.
"Dia sayangkan isterinya, tidak seperti lelaki-lelaki lain."
Sementara ianya sedang ditersebar sebagai bahan cerita dan debat, ada pula yang isteri sayang betul suami.
Begitu sayang hingga tak sedia berkongsi perhatian dengan perempuan lain. Takpa lah juga.
Cuma ada sorang Husin tak faham.
Nak kata dia sayang isteri, takkan buat begini. Isteri tak pula tak sayang suami kerana asyik 'cover' saja salahlaku suami.
Pantang isteri lepa.... tak kira musim, nak banjir saja. Entah siapa yang sayang siapa dan apa yang si suami dan isteri sayang.
Pergerakan Pemuda UMNO hari ini menyelar kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar yang membayangkan kenaikan harga tambang perkhidmatan awam tahun depan.
EXCOnya, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, nampak seakan-akan ada perlumbaan di kalangan GLC untuk berlumba-lumba menaikkan harga perkhidmatan tanpa memikirkan kesan yang bakal diterima rakyat khususnya di kawasan bandar ini.
"Kerajaan sebelum ini telah mengalakkan rakyat khususnya warga kota untuk menggunakan perkhidamatan awam, namun cadangan untuk menaikkan tambang perkhidamatan awam ini seakan-akan menjari jerat untuk pengguna khususnya warga kota yang sedia maklum telah terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi di Kuala Lumpur ini.
Adalah tindakan dan cadangan ini mahu menguji kesetiaan rakyat yang telah memberikan kemenangan kepada BN dalam Pilihanraya Umum ke13 yang lalu?," ujarnya yang juga Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Sehubungan dengan itu, Pemuda mendesak pihak kerajaan untuk menilai semula cadangan-cadangan yang akan memberikan kesan yang buruk kepada rakyat khususnya warga kota yang berpendapatan sederhana yang saban hari menggunakan perkhidamatan pengaangkutan awam setiap hari .
"Pihak SPAD perlu jelaskan kepada rakyat bandar khususnya, penambahbaikkan terhadap sistem pengangkutan awam dalam tempoh 5 tahun ini yang memungkinkan kos tambang perlu ditingkatkan.
Kerajaan perlu membuat peningkatan kos terhadap apa juga keperluan rakyat sejajar dengan peningkatan pendapatan, pada masa ianya tidak sesuai memandangkan purata pendapatan penduduk bandar masih rendah.
Diharap kerajaan tidak menjadikan peningkatan gaji atau pendapatan kakitangan awam sebagai ukuran bagi membolehkan keperluan-keperluan lain ditingkatkan kerana ianya bukan petunjuk jelas pendapatan purata rakyat," tambahnya lagi.
Dalam masa yang sama, SPAD seharusnya melihat atau menbuat kajian latar belakang pengguna pengangkutan awam yang rata-ratanya merupakan golongan pekerja kelas sederhana dan rendah manakala kelas menengah dan atasan menggunakan pengangkutan sendiri.
"Rakyat yakin dan percaya perlu ada peningkatan kos tambang terhadap pengangkutan awam dan adalah mustahil ianya dapat dikekalkan sampai bila-bila.
Cuma perlu melihat mutu perkhidmatan serta keselesaan kepada pengguna.
Sehubungan dengan itu, kerajaan perlu menjelaskan rasional terhadap peningkatan pelbagai kos yg dilihat seperti sudah dirancang," tambahnya lagi.
Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli tidak sepatutnya menghina bekas pemimpin atau ahli yang meninggalkan parti tersebut dengan gelaran seperti najis.
Sebaliknya, bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim berkata, mereka yang masih bersama parti itu yang seharusnya digelar seperti najis.
Menurutnya, Rafizi yang dianggap masih mentah dalam selok-belok politik PKR tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam parti itu.
"Kami yang lebih awal mengasaskan PKR lebih mengetahui tentang hala tuju parti itu berbanding individu-individu seperti Rafizi yang 'menaiki kereta api' kemudian.
"Sekiranya, Rafizi menganggap kami yang keluar parti sebagai najis, maka mereka yang masih bersama PKR boleh dianggap sebagai najis," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Rafizi yang menghina mereka yang meninggalkan PKR sebagai kotoran atau tidak ubah seperti najis seperti dipetik dalam portal Malaysia Today yang antara lain menyebut, Thank you for sucking away our dirt yang didakwa ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak susulan tindakan beberapa ahli PKR, khususnya di Sabah yang mengumumkan keluar daripada parti itu baru-baru ini.
Ruslan turut menasihatkan Rafizi agar jangan berlagak angkuh dan sombong terhadap bekas-bekas pemimpin dan ahli PKR terutama mereka yang mengasaskan parti itu.
"Mereka yang masih baharu menyertai PKR termasuk Rafizi tidak sedar perjuangan parti itu kini telah tersasar daripada matlamat asalnya," ujarnya.
Namun, beliau yakin lambat-laun Rafizi akan sedar tentang kesilapannya menjadikan PKR sebagai platform untuk kerjaya politiknya.
"Rafizi dapat melihat hakikat sebenar di dalam PKR. Pesan saya kepada Rafizi, jangan sudah terhantuk, baru tengadah," katanya.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Harap Mat Sabu tidak bertaqqiyah untuk menafikan beliau seorang pengikut tegar Syiah.
Selalunya apabila seseorang dah terjerumus ke dalam akidah Syiah maka seseorang itu akan kecanduan dan ketagihan seperti mana penagih-penagih Syabu.
Di mana-mana saja boleh solat jamak. Kalau teringin nak jimak, terus saja muta'ah. Dah puas 'meratah' boleh blah dengan sedikit upah.
Lagi pun antara Syiah dan Syabu kedua-duanya membahayakan akidah, kesihatan dan keselamatan negara. Bahkan kedua-dua Syiah dan Syabu berasal dari negara yang sama.
Semoga Allah s.w.t memelihara kita dari bahaya Syiah dan Syabu...termasuklah si Sabu.
Blogger 1 Malaysia mendedahkan bahawa Fuziah Salleh sempat bergurau mengenai kuih bengkang ketika rakyat di kawasan Parlimennya sedang menghadapi bencana banjir.
Ada rakan MyMassa kongsikan bahawa pemimpin no.1 dunia, Barack Obama pun takut bini.
Tak percaya? Sila tengok foto ini.
Oleh sebab pemimpin sebuan negara besar macam Amerika pun takut bini, maka petang ni MyMassa nak kongsikan lawak takut bini dengan pembaca.
Al-kisahnya, pada zaman dahulu kala, seorang Raja yang takut bini, telah memerintahkan sekelian rakyatnya, LELAKI sahaja, berkumpul di suatu tempat seumpama stadium zaman sekarang.
Titah Raja: Wahai sekelian rakyat beta, sesiapa yang takut bini, semua berkumpul di sebelah kanan beta. Dan, sebaliknya, di sebelah kiri beta.
Maka, tanpa berlengah kesemua yang hadir berkejaran ke sebelah kanan Baginda, kecuali seorang sambil memeluk sebatang tiang.
Titah Raja (dalam hati): Hari ini aku dapat ilmu tak takut bini. Titah Raja: Wahai saudara, kemari mengadap beta. Lelaki: Tuanku lah ke mari ke tempat patik. Titah Raja: Eh! Kamu lah kemari. Lelaki: Tuanku lah kemari. Titah Raja: Heh! Aku Raja kamu. Kamu kemari. Lelaki: Tuanku lah kemari. Titah Raja (dalam hati): Tak pa, ilmu punya pasal aku pergi.
Lalu Baginda pun mencemar duli ke tempat lelaki tadi. Sesampai sahaja di tempat lelaki tadi, Baginda pun bertanya.
Titah Raja: Apakah rahsia sebenar kamu, tidak takut bini ? Lelaki: Sebenarnya tuanku, patik lah orang yang paling takut pada bini. Titah Raja: Kan tadi Beta telah arahkan, sesiapa yang takut bini ke sebelah kanan Beta. Kenapa kamu tidak menurut perintah Beta ? Lelaki: Sebenarnya tuanku, ISTERI patik telah berpesan kepada patik supaya,Tunggu ditiang ini dan jangan ke mana-mana sehingga dia datang.
Anak Nik Aziz Nik Mat Mursyidul Am PAS ini boleh tahan kelantangan beliau menulis di blog atau Facebook. Termasuk isu yang cuba disembunyikan oleh setengah pihak dalam PAS tentang isu Syiah.
Baca kenyataan beliau pada 2011 tentang perkara tersebut di sini
Lebih mengejutkan banyak perkara seperti Majlis Syura Ulama dan Unit Amal PAS sebenarnya ditiru dari Iran.
Lihat entri blog Greenboc wawancara dengan Mohamad Sabu tentang pengakuan beliau tentang hal ini.
Adakah lagi pihak dalam PAS mahu menafikan mereka cenderung kepada Syiah?
Jika kita sedar betapa banyaknya 'laknat' dan penghinaan oleh Ayatullah Khomeini kepada Sahabat dan isteri Nabi begitu terang dan nyata, adakah kita mahu meniru dari mereka ???
Antara bukti ada di bawah ini :
Inilah dia perkataan keji itu:
Sumber: Kitab Al-Thaharah karya Khomeini Al-Khabits, juz 3 hal 457
artinya: "Jika seorang pemimpin memberontak terhadap amirul mukminin (Ali) untuk melawan dia dalam kepemimpinan atau tujuan lain seperti Aisyah, Zubair, Thalhah dan Muawiyah....., atau jika dia menampakkan permusuhan terhadap Amirul Mukminin atau setiap Imam, walaupun mereka tidak terlalu (najis) dalam penampilan luar......mereka lebih najis dari Anjing dan Babi..."
Azab kecil yang telah diterima Khomeini dari segudang dosanya kepada para sahabat dan Nabi dan keluarganya telah diterimanya saat ia mati, ia dihinakan oleh Allah, mayatnya dalam peti hampir telanjang....lihat gambar berikut ini:
ada juga ulama Syiah yang wajahnya hangus ketika mati karena telah berani menghina Umar bin Khattab dengan mengatakan, "Jika Umar ada di dalam surga, saya minta kepada Allah agar mengeluarkan saya dari surga" (artikelnya di sini)
Panglima juga bertemu bukti lain perihal beliau mengkafirkan Sahabat Nabi Saidina Umar Al khattab seperti di bawah :
Ini dapat dibuktikan melalui karya tokoh-tokoh utama mereka antaranya Ayatollah Ruhullah Khomeini, pengasas revolusi Iran. Dalam kitabnya Kasyful Asrar beliau menulis,
" Abu Bakar dan Umar telah banyak meyalahi hukum-hukum Allah yang terang. Mereka berdua telah banyak mempermain-mainkan hukum hakam Tuhan, mereka menghalalkan dan mengharamkannya mengikut sesuka hati sendiri. Mereka berdua telah melakukan kezaliman ke atas Saidatina Fatimah dan anak-cucunya". (Imam Khomeini : Kasyful Asrar, 110)
"Perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh Umar bin Al-Khattab itu adalah bersumberkan kekafiran dan kesesatan yang bertentangan dengan ayat-ayat Allah yang termaktub di dalam Al-Quranul Karim". (Imam Khomeini : Kasyful Asrar : 116)
Panglima berbesar hati membaca artikel di bawah berkenaan isu kereta Proton yang cuba dihina setengah pihak yang sudah sekian lama membencikannya.
Nak tulis ada lebih pandai. Maka mengulang siar bahan yang siap ditulis langkah mudah dan tepat untuk menyakinkan rakyat kehebatan jenama kereta negara kita.
Harap ia mampu membuka minda dan hati mereka agar tidak memperlekeh jenama Malaysia ketika kita sedang berusaha menempa nama lebih cemerlang di pentas dunia.
Baca dan mohon sebarkanya.
APABILA Proton mengumumkan model terbaru Perdana, ramai yang respon dengan negatif terhadap rupa bentuk model tersebut yang mirip Honda Accord.
Seperti biasa, cemuhan demi cemuhan dilemparkan kepada Proton di atas pengeluaran model ini. Saya suka untuk memberi pandangan berdasarkan beberapa fakta berikut:
1- Saya kurang senang mendengar kritikan serta cemuhan terhadap Proton ini, tatkala pada masa yang sama apabila Kia mengeluarkan model seakan Audi, ramai yang memuji, juga tatkala Honda mengeluarkan model Accord 2011 yang seakan Audi, ramai juga yang memuji dan membelinya. Bahkan Mazda 6 tahun 2013 juga mirip Lexus, tiada pula yang mencemuh. Mentaliti sebegini wujud sifat dualisma, di mana berlakunya tindakan pilih kasih dalam kritikan.
2- Proton Suprima S adalah satu contoh model yang direka sendiri. Tidak meniru hasil orang lain. Namun bagaimanakah prestasi jualannya? Tidak memberangsangkan. Pengkritik tetap membandingkan Proton dengan Honda, Kia Rio dan seumpamanya. Tapi apabila model yang dikeluarkan mirip Honda, mereka mengutuk pula. Perkara ini saya membuatkan saya tidak faham.
3- Ramai pengkritik tidak memahami hakikat industri automotif yang 'super-kompetetif'. Kilang Mitsubishi di Australia pada tahun 2006 pernah ditutup selama empat minggu kerana tiada permintaan. Majikan lama saya, Ford Australia di Geelong baru-baru ini telah mengisytiharkan mereka akan menutup kilang mereka mulai tahun 2016 kerana mengalami kerugian yang cukup besar, di mana mereka telah mengumpul kerugian sebanyak AUD$600 juta sejak 5 tahun kebelakangan ini. Ford telah bertapak di Australia selama 90 tahun, jadi bagaimanakah pula agaknya Proton yang hanya 1/3 usia berbanding Ford Australia berdepan dengan cabaran ini?
4- "Rebadging" atau penjenamaan semula bukanlah sesuatu yang aib dalam industri automotif. Pengeluar kereta terbesar dunia, General Motors (GM), telah melakukan strategi ini terhadap puluhan model kenderaan mereka. Cuba bandingkan Chevrolet Tahoe dengan Cadillac Escalade, dan Chevrolet Lumina dengan Holden Redline, kita akan nampak jelas bahawa perbezaannya hanya pada lambang jenama dan hiasan dalaman. Benar, jenama-jenama ini di bawah satu syarikat yang sama iaitu GM, namun dari sudut strategi, tidak ada bezanya antara kedua ini. Bahkan kritikan yang sama tidak pula diberikan kepada Perodua di atas strategi mereka "rebadging" model Myvi dan Daihatsu/Toyota, hanya kerana mereka ada kerjasama rasmi dengan Toyota. Model Perdana yang baru ada kerjasama dengan Honda bahkan Saga yang pertama dahulu pun ada kerjasama dengan Mitsubishi. Kritikan yang "pilih kasih" menyebabkan Proton menjadi ibarat "punching bag". Buat apa pun dikira salah.
5- Mungkin yang terbaik ialah tutup sahaja Proton, agar tidak ada lagi "punching bag" tempat melepas geram dan kemarahan. Mungkin yang terbaik ialah rakyat Malaysia hidup seperti negara Timur Tengah yang hanya menjadi pelanggan kepada jenama-jenama kereta terbaik dunia. Tak payah susah-susah buat kereta sendiri.
Namun saya rasa seandainya Proton ditutup, akan wujud laungan kemarahan yang baru iaitu "Mengapa Malaysia tidak ada kereta sendiri?"
Akhir kata, saya mengharapkan satu perubahan dalam mentaliti sesetengah rakyat Malaysia. Buat pengetahuan semua, saya sendiri tidak pernah membeli Proton, tetapi saya mengambil sikap berpada-pada dalam kritikan dengan mengetahui besarnya cabaran syarikat kecil Proton dalam persaingan industri automotif dunia. Dengan cabaran masa kini, Proton tak "bungkus" pun dah kira mujur.
Ya betul, jika anda tidak menyukai Proton atau merasakan Proton tidak sesuai dengan gaya hidup anda, tak perlulah membelinya. Tindakan anda tidak membeli Proton telah pun memberi mesej jelas "Saya tak suka Proton". Namun, yang saya kecewa ialah sikap sesetengah insan yang sudahlah tidak membeli Proton, malah melemparkan cemuhan dan kebencian yang amat kepada Proton, sehinggakan orang yang asalnya ingin membeli Proton pun tak jadi membelinya. Ini ibarat mencurah cuka ke dalam luka.
Engr. Hj Norzafry B Norhalim Mantan Presiden Pembina
Norzafry adalah seorang jurutera muslim berjiwa besar, merupakan graduan kejuruteraan di sebuah universiti di Australia. Kini berkhidmat di salah sebuah syarikat besar di Arab Saudi. Pernah menjadi Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) bagi tahun 2011/2012 sumber: TVONLINE
PUTRAJAYA 12 Dis. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengemukakan 10 maklumat yang mengaitkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dengan fahaman Syiah.
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang akhbar khas hari ini berkata, antaranya Mat Sabu pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Ayatollah Khomeini melalui tulisannya bertajuk `Teladan pemerintahan Nabi Yusuf, Khomeini' dalam ruangan Fikrah akhbar Harakah keluaran 15 Julai 2008.
Pemimpin Pas itu juga menyatakan kekagumannya terhadap kepimpinan dan perjuangan Khomeini yang banyak mencorakkan pemikirannya dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden Pas pada 13 Jun 2011. - UTUSAN ONLINE
KDN sahkan Mat Sabu Timbalan Presiden PAS pengamal Syiah.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Abd. Rahim Mohd. Radzi mendedahkan sepuluh maklumat yang menunjukkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu cenderung dan terlibat dengan fahaman Syiah.
1- Mat Sabu pernah gesa umat Islam contohi kepimpinan Imam Khomeini Syiah.
2- Mat sabu kata kagum dgn kepimpinan dan perjuangan khomeini dan banyak corakkan pemikiran beliau.
3- ketika mengulas perutusan krismas,Mat Sabu telah gunakan pendekatan Syiah sebagai terma rujukan
4-Timb presiden JATI pernah kata Mat Sabu ikon syiah dan beliau gagal nafikan dirinya mempunyai kaitan dengan Syiah
5-Mat Sabu terang terang puji setiausaha agung syiah dan mengaku beliau dan isteri kerap bertemu pemimpin syiah itu.
6-Beliau telah membuat lawatan ke masjid syiah di wilayah Satun, selatan Thailand
7-Beliau beberapa kali hadir kelas pengajian yang dikendalikan ustaz yang berkefahaman syiah di Bukit Merah Semanggol Perak
8-Mat Sabu kerap lawat Iran dan pernah terlibat dalam program penghantaran pelajar malaysia di Qom Iran.
9-Mat Sabu pernah lafazkan selawat sebagai mana yang diamalkan oleh penganut syiah pada ceramah pas di Arau Perlis.
10-Mat Sabu dilihat mendirikan solat menggunakan batu leper ditempat sujud.
Usaha terkini KDN seakan Ops Cantas Syiah sangat tepat pada masanya lantaran penularan virus tersebut. Dengan memberi kuasa kepada JAKIM untuk melaksanakannya.
Semakin ramai sudah terpengaruh dengan Syiah termasuk golongan akademik dan penulis seperti Faisal Tehrani yang memuji Syiah dan mengabaikannya dalam novel beliau
Selepas dihala ke JAKIM isu Mat Sabu Syiah oleh Menteri KDN DS Dr Ahmad Zahid Hamidi namun nampaknya pihak pegawai JAKIM tidak pro aktif menyahut seruan tersebut.
Adakah kerana ramai pro PAS dalam JAKIM ?
Kalau isu akidah dan ajaran sesat pun ada bias politik menjadi neraca timbang keputusan maka apakah kita boleh harapkan mereka untuk bantu negara banteras fahaman ini ?
Di saat KDN mendedahkan kaitan Mat Sabu dengan Syiah nampaknya ada pihak cuba mengaitkan ustaz Zamihan Mat Zin dengan fahaman Syiah. Sedangkan rakan Panglima Mymassa sendiri menafikannya
Kumpulan wahabi atau nama glamor Salafi ini cuba membentuk persepsi selepas ustaz Zamihan bersama KSU KDN petang tadi mengumumkan perkara yang dikait dengan Mat Sabu sebagai pengikut Syiah.
Not : Aizal Masod yang ditulis dalam gambar ialah pegawai JAKIM yang didapati cenderung kepada wahabi.
Mungkin ini pendirian Wahabi wajah Sunni yang terpaksa menolak separuh dan menerima separuh kerana jawatan yang disandang olehnya.
Hubungan intim Saifuddin abdullah dengan Dr Asri seperti imej Twitter di atas bukan baru bermula. Lebih memeranjatkan Khairy juga turut sama dalam 'skandal' ini.
Kita tidak mahu ada yang sokong wahabi dalam Umno. Jika Saifuddin Abdullah sudah kalah PRU13 adakah KJ juga mahu mengikut jejak langkah beliau dengan menyokong wahabi PRU 14 ?
Kepada pemimpin politik harap jaga akidah dan fahaman anda. Belajar dari ulama agar selamat. Berpeganglah ajaran majoriti ulama pegang bukan ajaran minoriti ulama yang mungkin meragukan. Jauhi Syiah wahabi Islam liberal dll.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengemukakan 10 bukti yang mengaitkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu) dengan fahaman Syiah.
10 bukti itu dibacakan oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang akhbar khas hari ini.
Bernama yang memetik kenyataan Abdul Rahim melaporkan pemimpin nombor dua PAS yang dikenali sebagai 'Mat Sabu' itu didapati menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara ulama Syiah Iran Imam Khomeini melalui tulisannya bertajuk "Teladan Pemerintahan Nabi Yusuf Khomeini" dalam ruangan Fikrah, akhbar Harakah halaman 16 pada 5 hingga 15 Julai 2008.
"Selain itu, beliau dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden PAS pada 13 Jun 2011 turut menyatakan kekaguman dengan kepemimpinan dan perjuangan Khomeini yang banyak mencorak pemikiran beliau," katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya pada Khamis.
Abdul Rahim juga berkata Mohamad semasa mengulas perutusan Hari Krismas pada 2008 bagi penganut Kristian di Malaysia, turut menggunakan pendekatan Imam Khomeini sebagai terma rujukan untuk meraih sokongan politik dan agenda perpaduan di mana kenyataan itu dimuatkan dalam Harakah Daily pada 25 Dis 2008.
Kenyataan itu ialah: "Imam Khomeini telah menghantar mesej kepada penganut Kristian melalui siaran agensi-agensi berita. Para penyokong yang mengiringi Khomeini ketika dalam buangan di Neaupe Le Chateau, Perancis menceritakan mereka diminta oleh Imam Khomeini supaya membahagi-bahagikan hadiah kepada penduduk di situ pada Hari Krismas".
Selain itu Abdul Rahim berkata temuramah dibuat oleh agensi berita 'Antara Pos' dengan Timbalan Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Aidit Ghazali menjelaskan Mohamad merupakan ikon Syiah dan gagal menafikan dirinya mempunyai kaitan dengan Syiah.
"Beliau juga secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan iaitu Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau dan isterinya kerap bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat hingga lima kali," katanya.
Menurut Abdul Rahim, berdasarkan maklumat Mohamad juga didapati membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar, Wilayah Satun, selatan Thailand pada 2011 untuk mengunjungi pemimpin Syiah dan menghadiri majlis ramah mesra di sana.
Menurutnya berdasarkan maklumat, pemimpin PAS itu juga didapati beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah, Semanggol, Perak pada 2011, dan kelas pengajian itu dikendalikan dua ustaz berfahaman Syiah yang bertugas di sebuah daripada sekolah agama di Gunung Semanggol.
"Berdasarkan temuramah pegawai KDN Ustaz Zamihan Mat Zin bersama C.N Afghani (sahabat Mat Sabu selama hampir 20 tahun) di Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada 9 Dis 2013 yang menjelaskan Mohamad kerap kali melawat Iran dan pernah terlibat dalam program penghantaran pelajar Malaysia di Qom, Iran," kata beliau.
Ustaz Mat Sabu
Selain itu menurut temuramah Ustaz Zamihan bersama Prof Madya Dr Abdul Aziz Hanafi (tokoh ulama) semalam, Abdul Aziz menjelaskan Mohamad pernah melafaz selawat seperti diamalkan penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah, Arau, Perlis pada 2005, kata Abdul Rahim.
"Tuan Guru Haji Abd Rahim dari Sg Jagung, Pendang, Kedah juga menjelaskan Mohamad merupakan salah seorang penganut Syiah kerana beliau sendiri beberapa kali pernah melihat Mohamad menunaikan solat menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujudnya.
"Amalan ini sinonim dengan golongan Syiah," katanya.
Sehubungan itu Abdul Rahim berkata segala fakta dikemukakan jelas menunjukkan pemimpin PAS itu mempunyai kaitan dengan fahaman dan aktiviti Syiah.
"Secara kesimpulan, Mohamad juga menggesa umat Islam Malaysia mencontohi pemikiran dan corak pemerintahan Imam Khomeini yang jelas berasaskan Syiah.
"Selain itu keterangan beliau sendiri melalui kata-kata, penulisan, rakaman ceramah dan aktiviti yang disertainya sama ada di dalam atau luar negara tidak dapat sama sekali menyembunyikan kaitan beliau dengan Syiah," kata Abdul Rahim.
Selain itu, keterangan daripada rakan-rakan Mohamad yang pernah bersama-sama berjuang dalam lapangan politik yang sama turut memperakui kaitan beliau dengan Syiah, katanya.
Abdul Rahim berkata menerusi maklumat-maklumat yang disampaikan itu, ia jelas menunjukkan KDN dan agensi-agensi kerajaan yang lain sentiasa memantau dan peka dengan ancaman kegiatan dan fahaman Syiah.
Katanya fahaman itu boleh menjejaskan aspek keselamatan dan ketenteraman awam termasuk perpecahan dan keruntuhan nilai persaudaraan ummah.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan Bernama meminta Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu supaya tidak berpura-pura atau bertaqiyyah setelah disahkan oleh KDN terlibat dengan fahaman Syiah.
Ahmad Zahid berkata persoalan Syiah di negara ini perlu ditangani segera bagi memastikan tiada isu keselamatan yang mungkin dicetus penganut fahaman itu.
Sambil menegaskan tidak mahu berkompromi dalam soal keselamatan negara, menteri itu berkata beliau tidak peduli jika ada pihak tertentu terutama pemimpin PAS yang mencemuh atau melempar cacian di atas ketegasannya memerangi Syiah.
"Dalam soal politik kita boleh berbeza pendapat tetapi bab akidah hanya satu iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah. Saya tidak akan berkompromi soal keselamatan kerana tidak mahu umat Islam di negara ini berpecah dua.
"Dalam Islam tiada fahaman lain selain sunni," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi di Putrajaya Khamis bahawa Mohamad cenderung dan terlibat dengan fahaman syiah di Malaysia berdasarkan 10 maklumat yang diterima kementerian.
Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Ahmad Zahid berkata KDN mengharamkan penerbitan dan percetakan sebuah buku yang telah diterjemah Institut Terjemahan dan Buku Malaysia kerana mengandungi fahaman Syiah.
Beliau akan mengeluarkan maklumat mengenai buku itu dalam masa terdekat.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata isu melibatkan fahaman Syiah di negara ini bukan bersifat sementara sebaliknya usaha memerangi fahaman itu dilakukan secara konsisten.
Beliau berkata Syiah perlu dibanteras kerana Majlis Fatwa Kebangsaan membuat ketetapan bahawa fahaman itu adalah haram diamalkan umat Islam negara ini.
"Semua fahaman Syiah adalah haram dan bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Fatwa ini adalah untuk semua orang tidak kira parti politik, individu, kelompok, kumpulan dan mana-mana golongan.
"Siapa sahaja umat Islam yang mengamalkan fahaman Syiah (di Malaysia), dia adalah terkeluar daripada apa yang telah difatwakan daripada kelompok Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan melanggar Enakmen negeri," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bahawa isu Syiah di negara ini bersifat sementara dan propaganda anti-Syiah akan berkurangan tidak lama lagi berikutan tindakan negara barat kembali bersahabat dengan Iran.
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berpandangan isu Syiah yang kini heboh diperkatakan termasuk dakwaan mengaitkan beliau dengan ajaran tersebut hanyalah bersifat sementara.
Mohamad yang lebih dikenali sebagai 'Mat Sabu' berkata, propaganda anti-Syiah akan berkurangan tidak lama lagi berikutan tindakan negara barat termasuk Amerika Syarikat (AS) kembali bersahabat dengan Iran.
Dalam kolum di lidah rasmi Pas, Harakah Daily, Mohamad menerusi artikel bertajuk Dulu komunis, sekarang Syiah, akan datang...? berkata, propaganda anti-Syiah akan padam seperti propaganda anti-komunis.
"Saya berkeyakinan penuh isu Syiah yang dimainkan termasuk saya sendiri yang menjadi mangsa dalam isu ini. Bagi pandangan peribadi saya, ini hanyalah isu sementara dan akan lebih cepat padam daripada isu komunis.
Ada tauliah ke baca khutbah?
"Walau bagaimanapun dalam setiap pertarungan ideologi ada yang akan menjadi mangsa, sama ada tuduhan itu palsu, rekaan dan sebagainya," katanya sebagaimana dipetik daripada artikelnya di Harakah Daily, hari ini.
Menerusi artikel tersebut, Mohamad mengulas panjang mengenai kedudukan Iran dan bagaimana negara tersebut bakal menjadi kuasa baharu di Asia Barat kerana memiliki kekuatan dari segi simpanan minyak dan teknologinya.
Isu Syiah kembali panas apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan ada pemimpin kanan Pas terlibat dengan fahaman itu dan pihaknya semua bukti pembabitan pemimpin tersebut.
Malah, Kementerian Dalam Negeri juga berjanji akan membuat sidang akhbar khas bagi menunjukkan pelbagai bukti mengenai penglibatan seorang pemimpin kanan Pas dengan gerakan Syiah di Malaysia.
Bagaimanapun, Mohamad yang pantas dikaitkan dengan pendedahan tersebut segera menafikan dakwaan itu apabila menyifatkan Ahmad Zahid berniat jahat sambil memberitahu beliau adalah penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Inilah nasib peniaga Melayu di Pulau Pinang..Gerai melayu diroboh tanpa notis, gerai apek cinabeng dibiarkan beroperasi tanpa lesen..DAP ternyata racist ke atas orang Melayu! Babi punya Lim Guan Eng!!!
Dua peniaga gerai makan di Persiaran Gurney Georgetown kecewa apabila Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) meroboh gerai makan yang terletak di halaman rumah mereka di Georgetown hari ini tanpa notis pemberitahuan.
Ramlah Ahmad, 75, berkata pada kejadian 10 pagi itu dia terperanjat apabila lebih 20 pekerja MPPP meranapkan gerai yang diusahakan bersama anak lelakinya, Mohamad Zambri Mohd Said, 36, dan gerai jirannya.
"Saya berniaga di sini sudah lama sejak tahun 1980-an...gerai kami dok dalam kawasan halaman rumah bukannya kacau ruang pejalan kaki depa mai roboh sat sahaja apa pun tak tinggal," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.
Ibu tunggal itu berkata gerai itu menjual sarapan pada sebelah pagi dan menyediakan pelbagai masakan bergoreng pada sebelah malam.
Dia tidak menyangka berniaga di halaman rumah adalah kesalahan dan tidak pernah menerima aduan atau surat amaran daripada mana-mana pihak berhubung aktiviti perniagaannya.
Ramlah mendakwa kerugian hampir RM10,000 apabila perabot, bumbung, dan peralatan elektrik di dalam gerai itu rosak dan berkata perniagaan itulah satu-satunya punca pendapatannya.
"Kalau diberi notis kami boleh bersiap sedia, buat rayuan kepada kerajaan negeri paling kurang pun bagi peluang kami pindahkan apa barangan yang patut," katanya.
Seorang lagi peniaga, Mohd Fairus Saad, 33, berkata dia telah enam tahun berniaga makanan di situ dan pernah memohon tapak perniagaan daripada MPPP namun permohonannya tidak diluluskan.
Katanya tindakan MPPP meroboh gerainya hanya memburukkan keadaan kerana dia dan jirannya sentiasa memastikan kebersihan persekitaran premis mereka memandangkan kawasan berkenaan menjadi tumpuan orang ramai.
"Sisa gerai yang kena roboh ni siapa nak kemas? Kami memang tak terdaya lagi. Hancur rasa hati apabila tengok apa yang kita usahakan bertahun-tahun musnah begitu sahaja," katanya.
Sementara itu Yang Dipertua MPPP Datuk Patahiyah Ismail gagal dihubungi untuk memberi penjelasan berhubung isu berkenaan.
Wanita tentu memilih lelaki yang dia cintai untuk dijadikan pasangan hidupnya. Merupakan suatu kebanggaan tersendiri jika memiliki suami yang tampan.
Tetapi tidak untuk wanita ini, Emily Mabou 29 tahun. Wanita ini lebih memilih untuk menikahi anjing peliharaanya sendiri.
Wanita dari desa aburi, Togo ini menyatakan, hanya pada anjing peliharaanya, dia menemukan sosok yang dia dambakan.
Dia telah berhubungan dengan banyak lelaki, dan semuanya sama saja, hanya mengiginkan Sex dan suka berbohong.
Tetapi anjing peliharaanya lain, dia memperlakukanya dengan hormat, dan setia. Akhirnya digelarlah upacara pernikahan yang di pimpin pendeta tradisional setempat, warga desa berbondong bondong untuk menyaksikan karena penasaran.
Pihak keluarga tidak menghadiri pernikahan karena dianggap memalukan dan menikahi anjing adalah hal yang gila. Emily berencana akan mengadopsi seorang anak.
Seorang perempuan asal Republik Dominika bernama Delfina Cedeno menderita penyakit yang langka. Perempuan berusia 19 tahun tersebut mengeluarkan air mata dan keringat darah.
Cedeno juga mengeluarkan darah dari sela kuku, pusar, dan lubang hidungnya. Dia telah menderita penyakit sejak empat tahun lalu.
Cedeno awalnya sangat bingung dengan kondisi dirinya. Banyak kerabatnya tidak percaya sampai mereka benar-benar melihat darah yang keluar dari seluruh tubuh perempuam malang ini.
"Pada awalnya, tidak ada yang bisa membantu saya dan mereka menatapku seperti orang gila ketika aku mengatakan kepada mereka apa yang sedang terjadi," ujar Cedeno, seperti dikuttip Oddity Central, Kamis (12/12/2013).
"Saya pernah mengeluarkan darah selama 15 hari sampai saya membutuhkan transfusi darah. Saya tidak tahu harus berbuat apa, saya sangat takut dan stres," lanjutnya. Pihak dokter berhasil mendiagnosa kondisi langka yang diderita Cedeno.
Dia mengidap hematidrosis yang menyebabkan tubuhnya memiliki 20 kali tingkat adrenalin dari orang normal. Perempuan tersebut mengeluarkan darah ketika tekanan darahnya naik pesat.
Sebuah studi yang diterbitkan oleh Indian Journal of Dermatology menyatakan pembuluh darah di sekitar kelenjar keringat menyempit selama stres yang ekstrim.
Pembuluh darah melebar ke titik pecah dan darah masuk ke dalam kelenjar keringat. Darah akan bercampur dengan keringat dan didorong ke permukaan kulit.
Terkadang wanita akan melakukan cara apa saja untuk menurunkan berat badan salah satunya dengan cara yang sangat luar biasa dan ekstrem.
Nah seperti wanita yang ada di kota Lowa ini ia nekat menelan cacing pita kedalam perutnya untuk menurunkan berat badan sebab wanita ini akan berpikir jika makanan yang dimakannya akan dimakan oleh cacing sehingga ia tidak perlu takut lagi untuk banyak makan.
Namun tentunya menelan cacing pita dalam perut kita bukan tanpa masalah dikemudian hari sebab cacing pita merupakan parasit berbahaya yang bisa saja menimbulkan penyakit suatu hari nanti. Wanita ini mendapatkan cacing pita melalui jual beli online, dokter keluarga wanita ini yang mengetahui jika si wanita telah menelan cacing pita kemudian menghubungi Departemen Kesehatan Masyarakat Iowa dokter Patricia Quinslisk menyebarkan informasi pembelian cacing pita untuk menurunkan berat badan itu ke seluruh tenaga kesehatan masyarakat.
"Menelan cacing pita sangat berisiko dan dapat menyebabkan berbagai efek samping yang tidak diinginkan, termasuk kematian langka," tulisnya.
"Mereka yang ingin menurunkan berat badan disarankan untuk tetap dengan metode penurunan berat badan terbukti, mengonsumsi lebih sedikit kalori dan meningkatkan aktivitas fisik," tulisnya lagi lewat surat elektronik.
Aksi yang dilakukan oleh Adriana Andrade, gadis berumur 19 tahun asal Brasil, ini banyak membuat orang berdecak keheranan. Bagaimana tidak, ia sampai harus dilarikan ke rumah sakit karena telah menelan ponsel miliknya. Alasan di balik aksi tersebut pun sebenarnya cukup konyol. Andrade melakukan aksinya untuk mencegah pacarnya membaca pesan teks yang berada di perangkat miliknya tersebut. Saat sang kekasih hati mulai memaksa memperlihatkan pesan teks, Andrade langsung berlari. Saat merasa sudah cukup jauh, ia langsung melancarkan aksi yang tidak pernah terpikirkan sebelumnya, menelan bulat-bulat ponsel pintar tersebut. Tidak diketahui jenis ponsel apa yang ditelan oleh Andrade. Namun, dari hasil rontgen (lihat foto di atas), terlihat kalau ponsel tersebut cukup besar. Tidak disebutkan pula, ponsel apa yang ditelan wanita itu. Pihak rumah sakit sampai harus membedah Andreda untuk mengeluarkannya.
Kelompok pecinta olahraga ekstrim asal Rusia melakukan aksi yang sangat tidak biasa. Mereka melakukan terjun payung dengan menancapkan parasut pada kulitnya. Seperti diberitakan Metro, Selasa (10/12/2013), aksi kelompok ini dilakukan dengan cara parasut dikaitkan ke dalam kulit seseorang sehingga mereka dapat bergantung pada parasut tersebut. Terjun payung tanpa tali pengaman yang telah dilakukan para pemuda ini didokumentasikan ke dalam kamera video dan disebar ke YouTube. Aksi yang telah dilakukan oleh kelompok The SINNER ini pernah dilakukan beberapa orang pada 5.000 tahun silam dan kelompok asal Moskow, Rusia, ini melanjutkan tradisi nekat ini.
Seorang teman meminta William Hope mengambil gambar dirinya. Sebagai fotografer, tentu Hope langsung menyanggupinya. Setelah pemotretan selesai, betapa terkejutnya mereka melihat penampakan bayangan sosok lain dalam foto.
Saat itu terjadi di tahun 1905, teknologi foto masih berupa hitam putih dengan kamera dan lampu besar menyilaukan. Kecelakaan foto yang terjadi ini membangkitkan gairah dan keyakinan dalam diri Hope, bahwa ia berhasil menangkap penampakan roh dalam foto.
Tak lama sesudahnya, Hope membentuk Crew Circle, yakni kelompok 6 fotografer yang mengkhususkan diri pada pemotretan berkarakter roh-roh halus. Pengakuan spiritual lebih meyakinkan diperkuat dengan akreditasi dari Uskup Agung Thomas Colley. Dan, Crew Circle pun semakin go public.
Setelah Perang Dunia Pertama usai, makin banyak orang membutuhkan jasa kelompok ini. Orang ingin melihat arwah keluarga yang meninggal lewat foto. Sebelum akhirnya berpisah di alam berbeda. Usaha Hope semakin laris, ia pindah ke London tahun 1920 agar lebih profesional.
Banyaknya foto-foto yang menampilkan sosok roh menimbulkan kecurigaan beberapa pihak. Sekelompok orang melemparkan tuduhan bahwa Crew Circle hanyalah sekelompok penipu. Manipulator foto ulung.
Kritikan paling pedas dilontarkan Harry Price, pemburu hantu dan peneliti psikis untuk Society for Physical Research. Ia mengungkapkan bukti bahwa sebenarnya Hope dan rekan-rekan memanfaatkan teknik kamar gelap (dark room). Itu semua cuma permainan eksposur ganda, menempatkan lapisan gambar dalam proses cuci-cetak.
Bagaimanapun, Sir Arthur Conan Doyle, penulis kisah seri Sherlock Holmes, justru mendukung Hope. Tak mungkin hasil jepretan itu sebuah tipuan. Publik tentu lebih percaya pernyataan Doyle yang dipandang terkemuka kala itu. Hope pun bisa dengan tenang meneruskan bisnisnya, serta membuat ribuan orang percaya bahwa ia memang memotret penampakan arwah dalam foto.
Sampai kematian Hope di tahun 1933. Barulah belakangan para ahli fotografi sependapat dengan klaim Price. Satu hal yang ironis, penulis seri dektetif ternama, Doyle tidak bisa mendeteksi kebohongan di depan matanya.
Kejadian alam "laut terbelah" mirip kisah Nabi Musa terjadi di Pulau Jindo, Korea Selatan. Di sana terdapat laut yang jika surut akan menampakkan daratan dan bisa dilewati. Uniknya, daratan ini saling menghubungkan antara Pulau Jindo dan Pulau Modo. Fenomena alam ini membuat "jembatan laut" itu menjadi daya tarik bagi wisatawan.
Untuk menyeberang pulau hanya diperlukan puluhan menit saja. Pasalnya, jarak yang ditempuh kurang dari tiga kilometer, atau tepatnya 2,8 kilometer. Lebarnya bisa dipenuhi oleh banyak orang karena berukuran 60 meter. Jadi, sekali sesi surut air, banyak orang dapat tertampung dan berjalan bersama di daratan tengah laut itu.
Sebenarnya adanya laut belah di Pulau Jindo juga ada legendanya. Konon dulunya ada seseorang di sana mendapatkan gangguan dari harimau. Dia berlari dan berusaha menuju Pulau Modo. Nahas, ternyata dia hanya melihat lautan di depannya yang menghalangi perjalanan. Untuk itu, dia berdoa kepada Dewa Laut agar memberinya solusi.
Keajaiban pun terjadi. Laut mendadak terbelah. Orang itu lantas dapat menyeberangi lautan dan tiba di Pulau Modo. Dia lolos dari kejaran harimau. Kisah mirip Nabi Musa ini diabadikan masyarakat dengan pembuatan patung manusia dan harimau yang terletak di Pulau Jindo.
Proses surut air ini hanya terjadi dua kali dalam setahun. Oleh karena itu, wisatawan yang ingin menikmati sensasi berjalan di laut terbelah sebaiknya menyempatkan diri pada waktu yang diinformasikan. Letak Pulau Jindo ada di selatan Korea Selatan. Menuju ke sana bisa ditempuh memakai bus yang memakan waktu 5 jam dari Seoul. Bus ini setiap hari berangkat dengan empat kali jadwal perjalanan.
Video mesum anak SMP 4 Jakarta tak hanya menuai cemoohan dari masyarakat luas, tapi juga Pemprov DKI Jakarta. Wakil Gubernur DKI Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok, adalah salah satu orang yang paling mengecam tindakan siswa-siswi SMP 4 tersebut.
Video asusila SMPN 4 ini memang mengejutkan. Ahok bahkan menyebut semua pelakunya sebagai anak kurang ajar. Tak hanya itu, Ahok yang terkenal tegas ini juga menyarankan agar semua siswa yang terlibat video tersebut mendapatkan sanksi tidak naik kelas.
"Saya lagi mau dengar laporan mereka. Bila perlu sanksinya tidak naik kelas yang buat-buat video itu," ujarnya. "Dulu waktu adik saya SD berantem satu kelas, satu kelas tidak naik kelas."
"Prinsip kami harus ada sanksi yang jelas supaya ada efek jera kepada anak-anak yang kurang ajar membuat film seperti itu," imbuhnya. "Kemarin kita udah kasih pengarahan pada pihak sekolah. Kita tunggu laporan mereka."
Ahok pun mengharapkan keterlibatan psikolog untuk menangani kasus video porno anak SMP 4 tersebut. Menurutnya, hal ini untuk mengetahui apakah si pelaku benar-benar dibully atau tidak.
Seperti yang sudah diketahui, beberapa waktu lalu masyarakat dihebohkan oleh kemunculan video mesum siswa SMP 4 Jakarta. Sepasang murid tampak bercumbu di dalam kelas, si murid laki-laki bahkan meraba-raba murid perempuan.
Mirisnya, gadis tersebut tampak tak terganggu, hanya senyum-senyum dan cuek sekalipun dadanya dipegang-pegang. Parahnya lagi, kemesraan itu dilakukan di depan teman-temannya tanpa rasa malu.
Jilbab Hitam pekan ini gencar diperbincangkan di dunia maya. Sosok misteriusyang muncul pertama kali di media sosialKompasianaini gencar menyerang sejumlah individu dan institusi mulai Tempo, Bank Mandiri, dan lembaga risetKatadata.
Sebuah postingan di Kompasiana mengaku mengenal sosok dibalik Jilbab Hitam. Adalah M. Khusen Yusuf, blogger yang memosting tulisan tersebut mencoba mendiskripsikan siapa sesungguhnya sosok kontroversial tersebut lewat tulisan yang bertajuk Saya Tahu Siapa 'Jilbab Hitam'.
Menurut Khusen, identitas Jilbab Hitam bukan lah mantan wartawan Temposeperti yang diakuinya. Melalui investigasi mendalam, ia menyimpulkan jika Jilbab Hitam adalah bekas wartawan yang kini jadi konsultan media serta konsultan media sosial.
Khusen mengaku telah lakukan penelusuran rekam jejak individu maupun korporasi. Sebagai seorang konsultan, Jilbab Hitam jarang menerima klien politikus melainkan pengusaha. Jika pun ada dari kalangan politikus umumnya masih miliki keterkaitan dengan pengusaha.
Akan tetapi dalam tulisannya di Kompasiana, Khusen berikan peringatan jika apa yang ia utarakan belum dapat dipertanggungjawabkan kebenarannya. Pembaca wajib memahami tulisan ini dengan kata 'mungkin'.
"Jadi, saran saya, dalam membaca setiap kalimat dalam tulisan ini sebaiknya diawali dengan kata 'mungkin', 'sangat mungkin', 'barangkali', 'boleh jadi', 'seandainya', 'andaikata', 'boleh jadi', 'jika', dan sejenisnya," tulisnya.
Sosok Jilbab Hitam tiba-tiba saja mengguncang Tempo, Bank Mandiri, dan lembaga riset Katadata, setelah tulisannya di Kompasiana pada Senin, 11 Desember 2013 yang menyebut Tempo dan Katada memeras Bank Mandiri. Namun ketiganya membantah apa yang ditudingkan Jilbab Hitam.
Mo Lulu, model panas asal Cina ini langsung menyita perhatian publik karena aksinya menyusui pria dewasa yang tak lain adalah seorang pengusaha. Demi bisa menikmati rasanya menyusu kepada Mo Lulu, si pengusaha harus membayar 100 ribu Yuan atau sekitar Rp183 juta.
Setelah Mo setuju, pengusaha tersebut pun langsung memeluk Mo dan menyusu layaknya seorang balita. Ia bahkan memanggil Mo dengan sebutan 'ibu' setiap kali menyusu. Yang lebih parah, aksi ini rupanya dilakukan di depan banyak orang.
Dalam foto yang beredar, tampak Mo yang mengenakan pakaian hitam berlengan panjang. Sementara itu seorang lelaki memasukkan kepalanya ke dalam baju Mo sehingga wajahnya tidak terlihat.
Tentu saja aksi menyusui ini mendapat kecaman keras, Mo Lulu pun dibanjiri kritik pedas karena aksinya sudah dianggap sebagai tindakan protitusi. Seorang pengacara juga setuju bahwa aksi Mo adalah bentuk pelanggaran, namun tak bisa dikategorikan tindak pidana.
"Kasus in melanggar undang-undang tentang tindak prostitusi, tapi bukan tindak pidana," ujarnya. "Bagaimanapun juga, keduanya harus dipenjara 10-15 hari atau didenda."
Sebelumnya, Mo terkenal dengan aksi bodymooncake. Pada September lalu, Mo tampil telanjang bulat dan berbaring di hadapan sejumlah pria. Di atas tubuhnya diletakkan beragam kue untuk dinikmati oleh pria-pria yang mengelilinginya.
Aksi lainnya adalah ketika dia tampil super seksi sebagai SPG pameran mobil. Setelah berpose menggoda di samping mobil mewah, ia lalu berbaring di panggung dan membiarkan pengunjung meletakkan buah di tubuhnya.
Seorang remaja Rusia 18 tahun dengan nicknameShatuniha telah menjual keperawanannya di sebuah situs lelang. Ia pun menawarkan harga kurang dari $30 ribu atau kurang dari Rp340 juta.
Dalam situs lelang tersebut, Shatuniha mempromosikan dirinya sebagai gadis yang masih 'baru' dan 'belum pernah digunakan' layaknya menjual barang dagangan biasa. Shatuniha pun memberi syarat tertentu pada pria yang tertarik membelinya, yaitu harus bertemu di hotel di Krasnoyarsk dan harus membayar sebelum tidur bersama.
Dikutip dari Dailymail, Shatuniha rupanya terpaksa menjual keperawanannyakarena terdesak masalah finansial. Ia butuh uang, dan sudah sangat siap untuk kehilangan keperawanannya demi uang.
"Aku butuh uang, jadi aku menjual hal paling berharga milikku," ucapnya. "Aku siap betemu (pria) secepatnya, besok pun aku siap."
Rupanya, ada pria yang tertarik untuk membeli keperawanan Shatuniha. Pembeli itu bernama Evgeniy Volnov, namun tampaknya ini hanya nama samaran di internet, apalagi tidak ada detail identitas resmi di situs lelang tersebut.
Tampaknya Shatuniha bukan kali ini saja berusaha menjual keperawanannya. Pada April 2013 lalu, seorang gadis yang diduga sama dengan Shatuniha juga muncul di sebuah website dan menawarkan dirinya pada seluruh pria.
"Aku 17 tahun, tapi akan segera berusia 18 tahun. Aku ingin menjual keperawananku," ucapnya saat itu. "Aku ingin menjualnya dengan harga mahal. Aku tidak punya kebiasaan buruk, penampilanku menarik. Aku tinggal di Krasnoyarsk dan siap bepergian ke luar kota."
Belum jadi anggota legislatif sudah berulah. Itulah sosok Purnama Wahid atauEva, calon legislatif (caleg) dari Parta Hati Nurani Rakyat (Hanura). Di FB, beredar luas foto caleg cantik sedang menghisap benda yang diduga bong. Apa dan bagaimana kasus tersebut?
Eva adalah calon anggota DPRD Makassar dari Partai Hanura. Ketua Partai Hanura Makassar Jalaluddin Akbar membenarkan wanita yang ada di dalam foto adalah salah satu caleg dari partainya. Namun ia sedikit heran, mengapa foto itu tersebar menjelang waktu krusial pemilu.
"Saya sudah mintai keterangan Purnama Wahid alias Eva, katanya itu foto sudah lama. Kok, kenapa sekarang baru beredar menjelang pemilu?," jelas Akbar seperti dikutip dari Tribun News.
Foto yang dimaksud, imbuh Akbar, kata Eva diabadikan enam bulan sebelum ia mencalonkan diri sebagai caleg DPRD Makassar. Apa yang Eva lakukan adalah unsur pribadi dirinya. Namun karena kasus ini merebak menjelang pemilu akhirnya merembes ke partai.
Akbar juga menegaskan jika semua caleg dari Partai Hanura jalani pemeriksaan medis hingga tes urine. Ia sendiri bahkan yang mengantar wanita cantik itu ke rumah sakit untuk jalani pemeriksaan kesehatan.
"Bahkan, saya sendiri yang mengantar Ibu Eva ke RS Bhayangkara untuk diperiksa dan hasil urinenya negatif narkoba," bela Akbar.
Ada empat foto yang beredar luas di masyarakat. Foto-foto itu memperlihatkan Eva kenakan kaus dalam sambil menghisap benda yang diduga bong. Benda ini lazim dipakai buat nyabu.
Entah apa yang difikirkan suami ini. Terpengaruh alkohol atau sengaja, ia mengumbar foto bugil istrinya via fitur baru PS4. Apa dan bagaimana kejadian itu bermula hingga menyebar luas di FB?
PlayStation 4 miliki fitur baru yang bernama Twitch. Lewat fitur tersebut pengguna dimungkinkan lakukan broadcast game yang sedang ia mainkan di konsol game Sony tersebut.
Fitur lainnya yang tak kalah dahsyat yakni Playroom. Dengan fitur ini gamer bisa ciptakan objek virtual yang dimainkan. Kedua fitur di atas bisa dinikmati bersama serta disiarkan secara live.
Akan tetapi dua fitur top itu disalahgunakan oleh suami ini. Diketahui miliki nama pengguna Darckobra, ia menelanjangi istrinya setahap demi setahap di hadapan komunitas gamer PS4.
Dikisahkan Daily Mail, kejadian bermula saat pasangan suami istri ini sedang tenggelam nikmatnya alkohol di atas sofa sambil memainkan salah satu game diPS4. Entah mungkin karena sudah tak waras, melihat sang istri mabuk berat,Darckobra miliki inisiatif untuk mejahilinya.
Namun, jika dikatakan menjahili juga kelewat batas. Mulanya ia melucuti baju hingga bagian dadanya terlihat. Berlangsung selama 15 menit, setelah melucuti sang istri yang nampaknya setengah sadar, ia kemudian lakukan ke tahap yang lebih nekat.
Klimaks pun terjadi. Sang istri ditelanjangi hingga tak satu pun pakaian yang melekat di tubuhnya. Adegan tidak senonoh ini pun disiarkan live di jaringanPlayStasion Network. Melihat gelagat tak biasa ini, Sony pun bergegas bertindak dengan menghentikan broadcast mesum tersebut.
Foto OSPEK ITN Malang (Orientasi Studi dan Pengenalan Kampus Institut Teknologi Nasional) beredar di FB & Twitter. Mereka sepertinya diarahkan untuk melakukan adegan intim yang buat geger media sosial. Diduga kuat jika aksi OSPEK mahasiswa baru (maba) ITN ini telah terjadi tindak kekerasan seksual.
Di media sosial tersebar beberapa foto yang menunjukkan demikian. Wakil Rektor ITN Malang, I Wayan Mundra mengamini aksi tersebut. Namun, ia menilai ada pihak lain yang lebih mengetahui duduk perkaranya.
"Kalau dilihat dari foto-foto yang beredar di media sosial, dan pengakuan para saksi, memang ada kekerasan yang mengarah seksual saat OSPEK berlangsung. Tapi, yang banyak tahu pihak jurusan, yang bersentuhan langsung dengan kegiatan itu," terangnya.
Dikutip dari Kompas, pihak kampus sudah berikan sanksi pada puluhan mahasiswa yang jadi panitia OSPEK. Sanksinya, kata dia, beragam, ada yang dikeluarkan, ada pula yang harus mengulang mata kuliah lagi.
Kasus di atas terjadi pada saat pihak kampus ITN Malang menggelar Orientasi Kemah Bakti Desa (KBD) yang diadakan pada 13 Oktober 2013 lalu. Menurut keterangan Mustaqim mahasiswa asal Mataram, kini dari pihak mahasiswa telah mengumpulkan delapan saksi sebagai bagian dari proses tindak lanjut.
"Kita dua malam mendatangkan delapan saksi, yang dari jurusan Planologi angkatan 2013. Dari pengakuan delapan saksi itu, mahasiswa memang menerima perlakuan tidak manusiawi," jelasnya.
Ia menambahkan, mahasiswa baru laki-laki disuruh berhubungan laiknya suami istri dengan mahasiswi baru. Yang tidak manusiawi, katanya, peserta OSPEK diberi singkong yang bentuknya seperti alat kelamin dan diminta untuk alat oral.
Sumber : sidomi.com
You are subscribed to email updates from Juri Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kuala Lumpur: Lima jahitan di kepala dan lebam seluruh badan. Itulah harga terpaksa dibayar seorang wanita berusia 27 tahun kerana menghalang suaminya daripada merakam videonya sedang berbogel di bilik mandi.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari di rumah mereka di Bandar Sri Permaisuri, di sini, kelmarin, mangsa juga diugut bunuh lelaki terbabit kerana menghalangnya daripada berbuat demikian.
Menyedari suaminya berusia 29 tahun mempunyai niat jahat selain tidak tahan dipukul, mangsa membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, di sini.
Sumber berkata, sebelum kejadian, suami mangsa bertindak merakam video isterinya yang sedang mandi menggunakan telefon bimbit tanpa pengetahuan wanita terbabit.
"Bagaimanapun, perbuatan itu kemudian disedari isterinya sebelum meminta suaminya memadamkan video yang direkodkan itu.
"Permintaan mangsa tidak diendahkan sebaliknya lelaki itu memujuk isterinya untuk merakamkan adegan mereka berasmara," katanya memberitahu permintaan itu juga turut ditolak dengan baik oleh isterinya itu.
Sumber itu berkata, mangsa kemudian cuba merampas telefon bimbit milik suaminya itu dipercayai mahu memadam rakaman video berkenaan.
"Perbuatannya menyebabkan suaminya naik marah lalu bertindak menghentak kepala mangsa di dinding bilik dan almari.
Lelaki itu juga dilapor menumbuk dan menendang mangsa berulang-kali dan ketika itu, mangsa hanya mampu merayu dikasihani.
"Lelaki terbabit turut mengugut untuk membunuh isterinya itu sebelum meninggalkan rumah," katanya.
Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan segera menghubungi rakannya sebelum dibawa ke sebuah hospital swasta di kawasan berhampiran kediamannya.
"Mangsa dilapor menerima sekurang-kurangnya lima jahitan di kepala selain mengalami lebam pada beberapa bahagian badan," katanya.
Katanya, mangsa turut membuat laporan di balai polis berhampiran.
"Sehingga kini, tiada tangkapan dilakukan dan polis sedang menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK)," katanya.
KUALA LUMPUR: Pelakon Adi Putra berasa lega apabila bebas daripada sebarang dakwaan berhubung kes skandal dengan wanita berstatus isteri orang pada September lalu.
Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, berkata, pihak peguamnya memaklumkan keputusan siasatan rasmi polis sejak empat bulan lalu telah diklasifikasikan sebagai 'no further action' (NFA) atau tiada tindakan lanjut sekali gus membuktikan dia tidak bersalah.
"Pihak peguam saya telah menerima keputusan rasmi daripada pihak polis pada 2 Disember lalu berhubung keputusan hasil siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan kes ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan selanjutnya.
"Ini jelas bermaksud tiada apa-apa pertuduhan ke atas diri saya dan ia telah selesai," katanya pada sidang media khas yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini kira-kira pukul 8.30 malam Khamis.
Adi turut ditemani isterinya Aida atau Zuhaidah Yusof, 38, dan juga tiga orang peguamnya iaitu Mohd Daud Ismail, Zamri Idrus dan Muhammad Abd Kadir.
Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim didakwa menjalinkan skandal dengan isteri orang dan aktor itu disiasat polis selepas suami wanita berkenaan iaitu seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.
Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan.
Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu suami wanita itu.
Adi Putra (dua dari kanan) bersama isterinya, Aida dan dua peguam-peguamnya.
Bagaimanapun selepas tiga bulan kes berkenaan senyap, timbul pula gosip mendakwa kononnya Adi telah menggunakan pengaruh orang kenamaan bagi menutup kes tersebut.
Dalam perkembangan sama, Adi berkata, dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan kes tersebut dan menganggap ia telah selesai.
Bagaimanapun kata Adi, sekiranya ada pihak yang cuba mengaitkannya dengan niat menjatuhkan reputasinya sebagai selebriti dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah.
"Saya tidak teragak-agak sekiranya ada pihak yang menggunakan media cetak atau elektronik semata-mata untuk merosakkan kerjaya saya selepas ini," katanya.
Tambah Adi, dia bersyukur doa daripada ibu, isteri dan para peminatnya telah membuktikan dia tidak bersalah.
Sepanjang kes itu disiasat Adi sentiasa tenang walaupun namanya telah tercalar teruk akibat kejadian itu.
"Saya tenang sepanjang tempoh ini dan ia tidak menggagu saya sebenarnya kerana sokongan dan doa daripada orang-orang terdekat dengan saya.
"Kerjaya dan kehidupan peribadi juga tidak terganggu dan ia sebenarnya menguatkan diri saya," jelasnya.
Sementara itu, mengulas mengenai tindakan wanita yang dikaitkan dengan isu skandalnya itu yang akan membuat sidang media pada Jumaat, Adi berkata, dia tidak mempunyai sebarang hak untuk menghalang pihak berkenaan.
Namun kata Adi, dia mungkin akan mendapatkan perintah injunksi daripada mahkamah untuk menghalang pihak tersebut daripada terus memburukkannya.
"Ini adalah pengakhiran daripada saya dan sekiranya masih ada perkara berbangkit yang cuba memburukkan saya, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan," ujarnya.
PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi mengesahkan "orang nombor dua PAS" yang didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai pengikut fahaman Syiah adalah Timbalan Presiden parti Islam itu, Mohamad Sabu.
Dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini, Abdul Rahim berkata kenyataan itu adalah berdasarkan 10 fakta dan maklumat yang dikumpul oleh KDN termasuk keterangan daripada Mohamad sendiri.
Antaranya beliau pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeni melalui tulisannya bertajuk " Teladan Pemerintahan Nabi Yusof, Khomeni" dalam ruangan Fikrah yang terbit dalam akhbar Harakah pada 5 hingga 15 Julai 2008.
"Berdasarkan temuramah yang dilakukan Ustaz Zamihan Mat Zain, pegawai KDN bersama Dr Abdul Aziz Hanafi menjelaskan bahawa Mat Sabu pernah melafazkan selawat sebagaimana yang diamalkan penganut syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah, Arau Perlis pada tahun 2005," kata Abdul Rahim.
Selain itu Mat Sabu juga menyatakan kekaguman dengan kepimpinan dan perjuangan pemimpin Revolusi Iran 1979, Imam Ruhollah Khomeini yang mana banyak mencorak pemikiran beliau dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden PAS pada 13 Julai 2011.
Beliau juga secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan iaitu Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau dan isteri kerap bertemu dengan pemimpin berkenaan lebih daripada empat hingga lima kali.
Berdasarkan maklumat, beliau juga didapati membuat lawatan ke sebuah masjid syiah di Kampung Aluar Wilayah Satun Selatan Thailand serta melakukan kunjungan ke atas pemimpin syiah di sana pada tahun 2011.
Mat Sabu turut didapati beberapa kali menghadiri kelas pengajian yang dikendalikan ustaz fahaman syiah pada 2011 di Bukit Merah, Semanggol, Perak.
Selain itu terdapat saksi seorang Tok guru yang melihat Mat Sabu sendiri menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujudnya, yang merupakan amalan sinonim dengan golongan syiah sekaligus membuktikan Mat Sabu merupakan salah seorang penganut syiah.
Dalam pada itu, Datuk Abdul Rahim menegaskan KDN termasuk agensi lain seperti JAKIM dan Jabatan Agama Islam negeri akan terus memantau dan peka dengan ancaman kegiatan serta fahaman syiah dan akan bekerjasama membendung pengaruh fahaman serta gerakan itu di kalangan rakyat Malaysia.
KUALA LUMPUR: Enam pekerja syarikat petroleum dan dua juruterbang nyaris maut apabila helikopter yang dinaiki mereka terpaksa membuat pendaratan cemas di tengah laut.
Kejadian berlaku pada jam 7.42 pagi, kira-kira 92 batu nautika dari pesisir pantai Bintulu dan ianya disebabkan oleh faktor cuaca buruk.
Difahamkan ketika itu, helikopter pengangkut jenis Sikorsky S-76 itu yang disewa oleh sebuah syarikat petroleum itu sedang dalam perjalanan untuk membuat tinjauan lokasi penggalian minyak dan gas dikawasan perairan tersebut.
Ketua Polis Daerah Bintulu, Supt Madang Usat berkata ketika kejadian helikopter tersebut membawa penumpang dari negara Perancis, Finland, Denmark Norway dan Kanada dan mangsa-mangsa menyelamatkan diri dengan keluar dari helikopter tersebut setelah melakukan pendaratan cemas.
"Mangsa-mangsa kemudiannya diselamatkan oleh sebuah kapal yang melalui kawasan tersebut dan terus dibawa ke daratan sebelum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut," kata Madang.
Kesemua anak kapal dan penumpang yang terlibat dilaporkan tidak mengalami kecederaan yang serius dan masih lagi dirawat di Hospital Columbia, Miri.
Kes kini diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk siasatan lanjut.
Kelantan meluluskan undang-undang hudud pada 1993 dan selepas 20 tahun tiada apa-apa yang berlaku. Alasan yang biasa digunakan, ia tidak boleh dilakukan kerana halangan kerajaan BN.
Bagaimanapun, bagi pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari (kiri), masalah lain yang tidak kurang pentingnya, apabila terdapat kekeliruan dalam kepimpinan pusat PAS sendiri berhubung pelaksanaannya.
Katanya, walaupun menteri besar sebelum ini Datuk Nik Aziz Nik Mat bersetuju hudud boleh dilaksanakan tanpa pindaan perlembagaan, masih terdapat pemimpin PAS yang beranggapan sebaliknya,
"Apa yang saya lihat PAS pusat keliru dan PAS Kelantan dibiarkan bersendirian," katanya yang turut menganggotai jawatankuasa teknikal kerajaan negeri Kelantan bagi mengkaji perlaksanaan hukum Islam itu.
Katanya, beliau difahamkan PAS negeri "ada mindanya sendiri" dan apa yang berlaku menunjukkan kelemahan pimpinan pusat, seperti peranannya dalam pentadbirannya di Kedah sebelum ini.
Aziz Bari antaranya berpendapat, Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan boleh dilaksanakan tanpa melibatkan pindaan perlembagaan kerana hal ehwal agama tertakluk bawah kuasa negeri.
Pandangannya bahawa pelaksanan hudud hanya memerlukan pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah 1965 itu menerima tentangan dari banyak pihak. Rangka dasar hudud, bukan Negara Islam
Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini semalam, Aziz Bari berkata, PAS sepatutnya sudah menyediakan sebuah rangka dasar tentang prospek dan cara untuk melaksanakan undang-undang itu.
"Bukan (setakat sediakan) Dokumen Negara Islam (DNI). Hudud lebih penting kerana ia program sedangkan DNI lebih merupakan ideal dan retorik yang setengahnya melihat tidak wajib.
"Sedangkan hudud itu wajib di segi hukum," kata Aziz Bari lagi sambil menyifatkanya perkara itu sahaja sudah cukup memperlihatkan kekeliruan parti dalam memutuskan mana lebih penting dan perlu didahulukan.
azlan Selain itu, Aziz juga melihat kepimpinan baru Kelantan pimpinan Datuk Ahmad Yaakob bakal menyuramkan lagi kemungkinan untuk melaksanakan hukum itu dalam masa terdekat.
"Apa yang saya lihat dalam senario kini ialah menteri besar baru tidak punya kekuatan sebagaimana Nik Aziz (atas)," katanya.
"(Ia) contohnya dalam menghadapi media dan khalayak dan mempertahankan pendekatan Kelantan dalam melaksanakan hudud."
Justeru, katanya, sedar tidak sedar, PAS sebenarnya sudah menerima hujah DAP dan Majlis Peguam dan penentang hudud, bahawa undang-undang itu mustahil dapat dilaksanakan.
"Mungkin mereka sengaja buat begitu supaya mereka terlepas dari melaksanakan sesuatu yang memang sangat berat. Dan mereka tidak punya kekuatan.
"Nik Aziz sudah tiada, (bekas exco kanan Datuk) Husam (Musa) sudah disingkirkan. Sekarang baru mereka tahu langit tinggi rendah," sindirnya.
Terus jadi tanda tanya
Sikap anggota pentadbiran baru negeri Kelantan pasca pilihan raya umum ke-13 dalam isu pelaksanaan hudud itu boleh dilihat berdasarkan kenyataan beberapa pemimpinnya, seperti exco kerajaan negeri Dr Mohd Fadzil Hassan.
Mohd Fadzil menyanggah pandangan Abdul Aziz, bahawa hudud boleh dilaksanakan tanpa pindaan perlembagaan persekutuan, yang disifatkannya sebagai pendapat peribadi ahli akademik itu.
"Perlaksanaan hukum hudud bergantung kepada kelulusan (kerajaan) pusat, sebab ini dah ditetapkan perlembagaan.
"Jadi kita kita sangat-sangat sambut baik sekiranya kerajaan pusat membenarkan hukum hudud di Kelantan," katanya Mohd Fadzil kepada kepada Malaysiakini, hujung bulan lalu.
Kenyataan itu timbul sejurus sebelum menteri besar Kelantan (kanan) mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 28 November.
Menurut Mohd Fadzil, soal pelaksanaan hudud menjadi agenda perbincangan antara Najib dan Ahmad Yaakob.
Persoalan pelaksanaan hudud Kelantan timbul semula bulan lalu apabila Mahkamah Syariah negeri dilapor menyatakan kesediaan melaksanakannya kerana kemudahan bangunan baru di Kompleks Mahkamah Syariah Kota Baharu sudah sempurna.
Kerajaan Kelantan dilaporkan menyatakan bahawa pentadbiran negeri itu sudah menyiapkan persiapan asas ke arah perlaksanaannya.
Pentadbiran negeri itu juga dilaporkan menugaskan Aziz Bari untuk mengkaji dan menyediakan kertas berkaitan dalam tempoh sebulan.
Bagaimanapun, Aziz Bari memberitahu, beliau tidak dimaklumkan secara rasmi berhubung perkara itu dan hanya mengetahuinya melalui laporan media sahaja.
Kejahilan dan tindakan melampau golongan Islam aliran Sunnah yang mempengaruhi pihak berkuasa agama telah mendorong gerakan anti-Syiah di Malaysia walaupun masyarakat minoriti ini sebenarnya mempunyai susur galur yang kukuh di negara ini sejak berabad lalu, kata seorang ahli akademik.
Dr Mohd Faizal Musa, ahli sosiologi Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata ekstremis di kalangan pihak berkuasa agama telah menyebarkan mitos bahawa Islam Syiah hanya bermula pada tahun 1979, iaitu ketika Revolusi Islam Iran, dan kononnya mazhab yang merupakan kedua terbesar dalam Islam ini merupakan satu ancaman luar.
Faizal berhujah sikap tidak toleran pihak berkuasa agama dan kumpulan Islam Sunnnah terhadap golongan Syiah adalah kerana mereka telah dipengaruhi oleh Wahabi – fahaman konservatif Islam yang berasal dari Arab Saudi.
Katanya, Wahabi juga menyukarkan dialog Sunnah-Syiah, dan lama-kelamaan kejahilan dan ketakutan masyarakat Sunnnah terhadap Syiah menjadi sebati.
Menurut Faizal, masyarakat Islam Syiah bermula seawal abad ke-14 iaitu sezaman dengan ketibaan Islam aliran Sunnah ke Asia Tenggara melalui pedagang-pedagang Arab.
Komuniti ini terus berkembang di Indonesia, Thailand, Myanmar, Singapura dan Malaysia, ditambah dengan kedatangan pengikut Syiah dari Pakistan, Afghanistan dan India.
Sejak berabad lamanya, kedua-dua komuniti ini tinggal bersama dan disatukan melalui perkahwinan tanpa sebarang permusuhan atau konflik.
Malah, ada pengikut fahaman Syiah yang ditemuramah Faizal masih dapat mengesan asal-usul mereka sehingga seawal tahun 1800.
"Semasa menjalankan penyelidikan di Kelantan, saya temui sebuah keluarga Syiah yang mendakwa nenek moyang mereka berasal dari Turki… yang melarikan diri daripada dasar cukai Empayar Uthmaniyyah yang menindas semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II.
"Silang selidik dengan sejarah Uthmaniyah menunjukkan pada tahun 1890, kerajaan Sultan Abdul Hamid II (1876-1909) cuba untuk membendung Syiah dan menukar mereka menjadi Sunni," kata Faizal dalam sebuah kertas kerjanya tentang minoriti Syiah di Malaysia.
Penemuan ini menyangkal hujah yang digunakan pihak berkuasa agama dan kumpulan Islam Sunnah di negara ini, bahawa minoriti Syiah yang berjumlah lebih 200,000 pengikut adalah ancaman terbaru dari luar negara terhadap pegangan Sunnah di Malaysia.
Minggu lalu, Umno yang mempunyai keanggotaan terbesar di kalangan Melayu-Islam negara ini, menuntut agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memastikan agama rasmi didefinasikan sebagai Islam Sunnah.
Dalam perhimpunan agung tahunannya, Umno juga mahu pihak berkuasa agama mengambil tindakan tegas terhadap Islam Syiah, di samping golongan homoseksual, ajaran sesat, dan golongan yang dianggap menghina Islam.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pihak berkuasa agama menyerbu beberapa lokasi dan menangkap puluhan pengikut Syiah kerana mengamalkan fahaman itu.
Walaupun Syiah adalah kelompok kedua terbesar dalam Islam, di Malaysia, pengikut aliran Sunnah dan parti-parti politik menganggap ia sesat.
Ini bertentangan dengan fatwa para ulama Universiti Al-Azhar, Mesir, sebuah universiti tertua di dunia yang melahirkan ramai ilmuan Islam, yang telah berulang kali menegaskan bahawa Syiah adalah sebahagian daripada Islam.
Oleh kerana diskriminasi ini, kata Faizal, pengikut Islam Melayu Syiah cenderung menyembunyikan kepercayaan mereka lalu terpaksa mengamalkan "taqiyyah" kerana bimbang diskriminasi oleh majoriti masyarakat Islam Sunnah.
Keadaan ini, bagaimanapun, mula berubah selepas Revolusi Islam Iran pada 1979, di mana pengikut Syiah di Malaysia menjadi lebih yakin untuk mengaku mereka adalah Syiah.
"Ramai daripada mereka meninggalkan taqiyyah dan menjadi lebih berani dan aktif serta terbuka mengakui sebagai Syiah di samping mencari lebih ramai pengikut."
Tetapi pada tahun 1996, suatu ketetapan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan telah dikeluarkan untuk membendung hak minoriti Syiah untuk mengamalkan kepercayaan mereka. – The Malaysian Insider.
Pelakon popular, Johan As'ari sekali lagi mengalami kemalangan jalan raya pada pagi 10 Disember lalu. Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Johan menerusi akaun Instagram miliknya dengan memuat naik gambar keretanya yang rosak akibat kemalangan tersebut.
Berdasarkan status yang dikongsi Johan, kemalangan itu berlaku ketika dia dalam perjalanan menuju ke lokasi penggambaran. Namun, tidak ada sebarang kecederaan yang dilaporkan.
Johan turut memberitahu kemalangan yang berlaku bukanlah di atas kecuaiannya, sebaliknya percaya ada hikmah di sebalik kejadian tersebut.
Untuk rekod, sebelum ini Johan juga pernah mengalami kemalangan dengan kereta yang sama pada tahun lalu.
Seorang wanita berasa terkejut dengan 'pemandangan' dari tingkat atas pangsapurinya apabila melihat seorang lelaki di dalam kereta dalam keadaan mengaibkan.
Lelaki tersebut kelihatan duduk begitu santai di dalam keretanya sambil kakinya dilipatkan kepada pintu kereta seolah-olah sedang mengangkang. Beliau juga hanya memakai seluar pendek.
Akibat dari kedudukan tersebut, secara tidak sengaja, kemaluannya terjulur keluar hingga jelas jika dilihat dari atas.
Wanita tersebut terkejut tetapi sempat mengambil gambar kelakuan lelaki tersebut. Beliau tak sangka perkara sedemikian berlaku di hadapan matanya.
SHAH ALAM - Ketika ura-ura harga tambang tren penumpang akan dinaikkan tahun depan, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menegaskan, pihaknya tidak memberikan sebarang kelulusan bagi tujuan itu.
Menurut Tan Sri Syed Hamid Albar, semuanya masih dalam peringkat kajian.
"SPAD tidak meluluskan sebarang struktur tambang baru bagi industri rel. Bagaimanapun, SPAD kini sedang menjalankan kajian semula yang menyeluruh ke atas struktur tambang industri rel,"ujar beliau dipetik sebuah portal.
Jelas Syed Hamid, terdapat empat faktor utama yang akan diambil kira oleh SPAD apabila menyemak semula tambang.
Ia termasuklah struktur sedia ada tambang, operasi dan penyelenggaraan kos bagi semua pengendali tren, peningkatan dalam bahan api dan kos tenaga dan kemampanan jangka panjang industri.
"Struktur tambang sedia ada termasuk kemampuan rakyat, kajian semula perbezaan antara semua pengusaha dan mengharmonikan struktur tambang," katanya.
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam yang memetik Syed Hamid sebagai berkata, SPAD sedang mengkaji semula tambang pengangkutan awam dan dijangka berlaku kenaikan tahun depan.
Beliau juga berkata, peningkatan itu bergantung kepada peningkatan tarif elektrik yang akan bermula Januari depan.
"Sudah 10 tahun tambang tak pernah dinaikkan, jadi kadar tambang LRT dijadualkan akan naik tahun depan," katanya dipetik The Malay Mail.
Dalam pada itu, Syed Hamid berkata, kajian itu akan dilakukan secara menyeluruh dan mengambil kira beberapa faktor untuk memastikan kenaikan itu tidak membebankan rakyat.
"Ia akan menjadi satu keadaan menang-menang antara kemampuan orang ramai dan kemampanan industri kereta api.
"Kita sedar kenaikan bahan api dan kos tenaga boleh menyebabkan kesan negatif dengan bilangan penumpang yang rendah dan mengurangkan pasaran saham pengangkutan awam," katanya.
Sementara itu, laporan mStar Online hari ini yang memetik Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Shahril Mokhtar mengalu-alukan kenaikan tambang yang dicadangkan itu, sambil menambah bahawa sudah lama menunggu saat itu.
"Saya fikir adalah betul untuk melakukan perkara ini. Kami tidak mempunyai kenaikan lebih daripada 12 tahun," katanya.
Shahril berkata, Prasarana terpaksa mengimbangi tambang tidak berubah dengan kenaikan kos.
"Tenaga sahaja meliputi lebih 30 peratus daripada kos. Tenaga kerja adalah kira-kira 40 peratus dan bakinya adalah operasi dan penyelenggaraan yang lain. Jika kos terus naik, bagaimana kita mahu memberi perkhidmatan?" katanya.
Syarikat itu juga melabur lebih RM1.5 bilion dalam 4 tahun lepas secara berperingkat, termasuk sistem tiket baru, kereta api baru dan kemudahan lain.
Shahril berkata, Prasarana mengadakan beberapa perbincangan dengan SPAD mengenai perkara itu.
Beliau turut meminta kajian semula tambang automatik, salah satu yang akan diadakan dalam setiap dua atau tiga tahun.
Shahril bagaimanapun berkata, apa-apa kajian tambang perlu secara adil kepada penumpang Prasarana, kerana tidak mahu membebankan kepada mereka.
Laporan berkaitan kenaikan tambang ini semalam berjaya menarik perhatian ramai pembaca Sinar Harian Online apabila lebih 100, 000 pembaca membaca berita itu, lebih 200 yang berkongsi dari laman Facebook rasmi kami serta lebih 1,000 pembaca memberikan komen.
Rata-ratanya menyatakan rasa tidak puas hati dan bimbang dengan kos sara hidup pada tahun hadapan memandangkan banyak kenaikan harga yang diumumkan mutakhir ini.
Mukhadimah: Gangguan jin saka adalah perkara yang boleh dikatakan kerap juga berlaku dalam sesetengah keluarga masyarakat Melayu. Ia adalah keadaan bila mana seseorang itu dihuni tubuhnya atau didampingi oleh jin (berbagai jenis) sama ada dia sendiri mahukan perkara itu atau dia terperangkap (oleh perbuatan oranglain), atau atas faktor keturunan. Seorang guru wanita yang telah berkahwin lebih 3 tahun (tapi belum dapat anak) kini sedang diganggu saka dan masih dalam peringkat berubat. Punca saka itu adalah dari bapa mertuanya (kini sudah meninggal). Khabarnya semua adik-beradik suaminya juga diganggu oleh saka tersebut. Gangguan itu agak menyukarkan juga. Petik suiz lampu tidak menyala, terdengar bunyi seakan anak kucing mengiau, bunyi seperti orang main guli, bunyi kerusi ditarik, bunyi mencakar-cakar, termasuklah rumah berdentum dan bergegar. Hal itu menyeramkan bulu roma hinggakan guru wanita itu tidak berani balik ke rumahnya sekembali dari kerja. Dia duduk di masjid sementara menunggu suaminya pula pulang dari kerja (suaminya kerja hingga jam 10 malam). Di waktu malam pula, walaupun suaminya ada di sisinya, dia tetap diganggu dengan berbagai bunyi hingga sukar untuk tidur. Saya dan adik beradik selalu terlihat lembaga hitam yang besar seakan manusia setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling. "SAYA menerima qada dan qadar ini serta reda atas setiap ujian Allah SWT tetapi kadang-kadang saya terfikir mengapa seseorang itu sanggup 'mengorbankan' keluarga sendiri demi mewarisi adat nenek moyang yang jelas bertentangan dengan Islam." Begitulah luahan seorang wanita selepas membaca rencana mengenai angkara Saka yang disiarkan dalam Dimensi, tiga minggu lalu. Wanita yang hanya mahu menggelar dirinya Alia, menghantar emel untuk berkongsi pengalamannya lebih 20 tahun dihantui Saka yang diwariskan datuk kepada ayahnya. Berikutan itu, Alia menetap di luar negara untuk mengelak pelbagai gangguan mistik dan menyeramkan angkara saka itu.
Ikuti luahannya:
Datuk meninggal dunia ketika saya masih kecil, baru darjah dua. Sebelum meninggal, datuk sebelah ayah lumpuh selama setahun.
Sejak kematian datuk, selalu ada kesan lebam di badan saya terutama paha ke bawah tetapi ibu anggap ia perkara biasa kerana kanak-kanak sering bermain, kerap jatuh dan terlanggar.
Ketika saya di sekolah rendah, ayah bekerja di negeri lain menyebabkan kami tinggal berasingan. Ketika ketiadaan ayah, saya dan adik beradik lain selalu terlihat kelibat lembaga hitam yang amat besar dan berbentuk seakan manusia di rumah kami. Lembaga hitam itu setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling.
Saya selalu demam terkejut melihat lembaga berkenaan. Saya beritahu ibu tapi ibu kata itu hanyalah khayalan kanak-kanak.
Disebabkan ayah bekerja di negeri lain, dua minggu sekali barulah dia pulang melihat kami. Dua atau tiga hari sebelum ayah pulang, saya dan ibu pasti terdengar suara ayah memanggil tetapi apabila berlari ke pintu dan membukanya, saya hanya terlihat kelibat lembaga hitam.
Ibu selalu mengadu sakit pinggang dan bisa di kaki. Badannya terasa seperti dicucuk jarum halus apabila ayah pulang. Dalam rumah pula, selalu muncul serangga seperti belalang bersaiz empat hingga lapan sentimeter panjang, berwarna hijau keperang-perangan dan merah malah serangga itu berbunyi sungguh kuat dan berdesing.
Ketika kami berpindah tinggal bersama ayah apabila saya di sekolah menengah, keadaan menjadi bertambah teruk. Saya selalu lewat bangun ke sekolah kerana setiap malam, badan terasa dihimpit lembaga hitam yang besar.
Apabila bangun tidur, lebam sebesar syiling 50 sen atau lebih besar kelihatan di kaki dengan kesan gigitan. Pinggang terasa seperti paku mencucuk. Sebelum datang haid, saya ada lebam di paha dan kitaran haid juga tidak normal malah kadang-kadang tiada langsung.
Sebelum muncul lebam, serangga seperti belalang muncul dalam rumah bersama bau bangkai yang amat busuk selain bau darah hanyir. Perkara ini kerap berlaku pada malam Jumaat dan badan saya akan berasa panas. Saya sering mengadu kepada ayah sebaliknya dimarahi dan memberi pelbagai alasan.
Disebabkan terlalu kerap menghidap penyakit itu, saya, ibu dan adik-beradik lain mengambil ujian darah kerana khuatir menghidap leukimia. Ujian darah bagaimanapun mengesahkan kami sihat.
Disebabkan keadaan kami semakin mudarat dan pemeriksaan kesihatan moden gagal mengesan sebarang penyakit, kami cuba berubat tradisional dan ramai pengamal perubatan mengatakan kami terkena sihir.
Ada antara mereka menyuruh kami mandi air garam, air daun, air tujuh masjid, tujuh kolah, tujuh perigi, air zamzam, meletak jala dalam rumah dan pelbagai kaedah lain tetapi lebam, bisa badan dan sakit pinggang tidak berkesudahan malah semakin teruk.
Perangai ayah juga berubah sejak kami tinggal bersamanya. Setiap malam Jumaat, dia bergegas ke rumah nenek tapi sebelum itu akan mengamuk dan naik berang tanpa sebab hingga kami ketakutan.
Kami terus berubat tradisional dan daripada seorang pengamal perubatan, kami diberitahu masalah ibu dan saya berpunca daripada 'belaan' keluarga suami. Dia menyatakan lebam itu akibat jin belaan memakan darah sebagai perjanjian menjaga harta benda dan anak cucu yang dibuat lama dulu oleh keturunan ayah.
Beliau menyuruh ibu membawa ayah berjumpa dengannya jika hendak berubat.
Pengamal perubatan menjelaskan sendiri kepada ayah tapi sebaik mendengar penjelasan itu, ayah benar-benar marah dan tidak percaya. Dia menuduh keluarga ibu terbabit.
Kali ketiga kami datang untuk berubat, pengamal perubatan itu tidak lagi mahu menerima kedatangan kami kerana keluarganya kacau bilau dan isteri pengamal perubatan itu dirasuk lembaga hitam dan berbulu. Yang peliknya, sesiapa saja termasuk pengamal perubatan yang hendak menolong saya dan ibu pasti dilanda musibah pelik-pelik.
Sejak itu, saya dan ibu sakit bertambah teruk – selalu demam, tidur malam terasa dihimpit dan bermimpi dirogol lembaga hitam besar.
Sehinggalah kami bertemu seorang ustaz untuk berubat. Selepas diperiksa, ustaz itu mula menerangkan dengan terperinci perkara sebenar:
"Keturunan sebelah ayah dulu ada membuat perjanjian dengan makhluk itu melalui perantaraan seseorang yang dianggapnya sebagai 'wali' ketika menuntut. Wali itu menghadiahkan 'khadam' untuk menolong menjaga harta benda dan keturunan anak cucunya, membuka kebun selain menjadikan orang lain melihatnya gagah, kuat dan berasa gerun.
"Selepas datuk meninggal, makhluk itu terbiar lama, tidak diberi layanan dan ganjaran seperti janji tuannya dulu menyebabkan ia mengamuk dan mahukan layanan. Sebelum kehadiran makhluk jin besar keturunan Ifrit jantan atau digelar hantu raya dalam budaya Melayu itu, akan ada bau busuk dan serangga seperti belalang atau serangga lain.
"Makhluk itu berbulu seperti mawas, amat ganas dan memakan darah dan air mani manusia untuk hidup, akan menggigit dan meninggalkan tanda kepada semua keturunan keluarga ayah," katanya.
Ustaz itu juga menerangkan, makhluk itu kadang-kadang menyerupai ayah dan sering merogol ibu dan saya ketika tidur. Apabila kami tidur, kadangkala bermimpi melahirkan anak kecil.
Makhluk itu juga berupaya mengacau-bilau dan memecah belahkan keluarga jika tuntutannya tidak dipenuhi. Ustaz itu menambah, jika tidak berhati-hati, kemungkinan ada kematian kerana makhluk itu mahukan makanannya (darah) yang banyak. Saya tidak tahu betul atau tidak, tetapi ramai keluarga di sebelah ayah yang mati pada usia muda. Wallahualam.
Kami berubat tapi masalah lebam masih berterusan dan mimpi dirogol masih berterusan. Saya juga kerap bermimpi anak kecil selain bermimpi melahir dan menyusukan bayi. Pernah sekali antara sedar dan tidak, saya melihat lembaga hitam menyerupai ayah mengaku yang 'ia' sudah mati dan hendak memeluk saya.
Apabila saya sedar, saya menjerit dan lembaga itu hilang. Dua tiga hari selepas insiden itu, bau hanyir darah memenuhi bilik. Semua cadar dicuci tetapi bau masih ada. Insiden pelik lain ialah bunyi sesuatu menghempap bumbung dan mencakar siling terutama pada tengah hari dan malam.
Kelakuan ayah juga pelik apabila membiarkan sekeping bumbung (atap) rumah terbuka pada setiap bilik, meletakkan parang atau sebilah pisau kecil di bawah permaidani, katil atau kerusi dan makan dalam kuantiti yang banyak malah berpinggan-pinggan.
Ayah juga ada menyimpan keris kecil yang katanya, pusaka yang harus dijaga rapi selain sehelai kain putih berbentuk gelang yang dililit.
Setiap malam Jumaat atau malam Rabu, ayah memakai wangian yang baunya sungguh kuat dan membuka semua tingkap dengan luas. Ayah juga tidak mahu tidur dengan ibu dan mengunci diri dalam bilik keseorangan.
Pernah saya mengintai dan melihat dia bercakap seorang diri dan ketika itu di luar rumah ada bunyi serangga seperti belalang yang berdesing kuat.
Ustaz yang kami temui juga pernah berkata, datuk saya itu tidak boleh meninggal dunia selagi 'amalannya' diturunkan kepada waris keturunannya menyebabkan ustaz itu menasihatkan saya dan ibu memutuskan hubungan dengan ayah dan duduk sejauh mungkin bagi mengelakkan gangguan berterusan.
Alhamdulillah, kami mengikuti nasihat itu. Kini saya menetap di luar negara dan dalam proses membawa ibu tinggal bersama-sama. Masalah lebam masih ada tetapi sudah tidak seteruk dulu.
Buat masa ini, saya mengamalkan bacaan beberapa ayat suci al-Quran dan bersolat lebih tekun untuk mengelak diganggu. Bisa di badan dan mimpi dirogol atau dihempap makhluk hitam, Alhamdulillah sudah tiada.
Memang sukar untuk masyarakat mempercayai perkara ini, tetapi pada hakikatnya inilah masalah yang melanda masyarakat Melayu hingga kini.
Mungkin ada sesetengah pihak menganggap perkara ini remeh tetapi amalan saka jika tidak dibendung membawa mudarat – perpecahan rumah tangga, perceraian suami isteri, syak wasangka, pergaduhan antara saudara dan masyarakat, sakit misteri berlanjutan dari segi fizikal dan mental serta hidup tidak lagi tenang.
Saya berharap jika ada sesiapa yang menghadapi masalah saka, berubatlah dan buanglah perkara jahil ini. Bertaubat serta kembalilah ke jalan Islam yang sebenar dan percayalah kepada kekuasaan Allah dan amalan Nabi dan Rasul.
Sukar ditemui: Mata wang berbentuk binatang ini ditemui di sebuah kedai menjual barangan antik di Johor.
KOTA TINGGI: Bukan sahaja pentadbiran negeri Kedah kecewa dengan kehilangan tapak bersejarah yang berharga.
Artifak dan khazanah dari Johor juga turut dijual dengan harga yang tinggi di pasaran gelap dengan kebanyakan daripada harta karun berkenaan diperoleh daripada ibu kota pentadbiran lama negeri iaitu Johor Lama.
Lebih memburukkan keadaan semakan The Star di e-Bay dan beberapa laman web lain mendedahkan satu kebenaran mengejutkan kerana bukan itu sahaja malah artifak bersejarah dari Perak dan Melaka juga turut dilelong.
Khazanah yang bernilai jutaan ringgit ini, terdiri daripada emas, perak dan duit siling timah, mata wang berbentuk binatang, 'celadon' pasu 'terracotta', seramik biru dan putih Cina serta senjata.
Penjualan barangan purba tersebut telah berlansung secara sulit sejak 40 tahun lalu, turut menarik minat pengumpul barangan antik persendirian dari Malaysia serta Singapura.
KUALA SELANGOR – Seorang wanita warga emas direman 14 hari bermula semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes pembunuhan penjaga cicak tokek yang mayatnya ditemui di dalam sebuah kereta yang separuh tenggelam di lombong Jalan Rantau Panjang, Bestari Jaya di sini pada 30 Ogos lalu.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Kuala Selangor, Shah Wira Abdul Halim dan wanita yang berusia 60 tahun yang popular dengan panggilan Mak Engku disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 (Pindaan dan Pemerluasan 2013) dan Seksyen 12 akta sama.
Suspek merupakan wanita pertama yang ditahan mengikut akta berkenaan di negara ini.
Pada Oktober lalu, Rang Undang-undang bagi meminda PCA 1959 yang diluluskan di Dewan Rakyat digubal bagi mengekang aktiviti jenayah berat dan jenayah terancang yang semakin meningkat di negara ini.
Terdahulu, Mak Engku yang ditangkap ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor tiba di mahkamah pada pukul 10.50 pagi sebelum warga emas itu dibawa keluar ke depan majistret pada pukul 11.30 pagi.
Berdasarkan laporan, Mak Engku ditahan polis di satu lokasi di Kuala Selangor pada pukul 2 pagi, 11 September lalu bagi bagi membantu siasatan kes pembunuhan penjaga cicak tokek, Syairul Helmy Azhar, 24.
Sejak itu, Mak Engku ditahan dan turut disiasat oleh polis Pahang dan Perak mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana dipercayai terlibat dalam kes-kes penipuan urusan perniagaan di Perak dan Pahang.
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said melahirkan rasa terharu apabila pihak pengurusan syarikat roti Gardenia enggan menerima bayaran roti yang diagihkan kepada mangsa banjir yang terperangkap di negeri itu baru-baru ini.
Sebaliknya pihak pengurusan syarikat terbabit menganggap roti itu sebagai sumbangan mereka kepada mangsa banjir di negeri itu.
"Terima kasih kepada pengurusan Gardenia yang pada hari itu saya membuka lori untuk diagihkan (roti). Asalnya kita berbincang dengan driver, pada awalnya tidak berani tetapi saya cakap dengan pegawai pengurusan dia saya bersetuju untuk membayar harga roti tersebut. Apabila kita tulis surat untuk mendapatkan invois,pengurus dia kata ini sumbangan mereka untuk mangsa banjir yang terkandas. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada pihak Gardenia," katanya.
Beliau yang ketika itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kemaman meminta dua pemandu lori Gardenia mengagihkan roti yang dibawa mereka kepada orangramai.
Lori terbabityang turut terkandas ekoran banjir di kawasan Chendor, pada mulanya enggan membenarkan lori mereka dibuka .
Selepas berbicang dengan pengurus Gardenia di Kuala Lumpur, beliau kemudiannya membuka lori dan mengagihkanya kepada mangsa yang terperangkap.
Tindakan Ahmad itu turut dikongsikan mangsa banjir yang berada di tempat kejadian dan mendapat perhatian di media sosial.
Dalam pada itu,hampir lapan belas ribu ringgit berjaya dikumpul hasil sumbangan orang ramai kepada mangsa banjir menerusi satu perlawanan bolasepak malam tadi.
Wang berkenaan adalah hasil terkumpul menerusi tiket perlawanan amal antara pasukan Terengganu dan T-Team, di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu,
Ahmad turut memuji keprihatinan persatuan bola sepak negeri Terengganu (PBSNT) yang mengambil inisiatif mengadakan perlawanan persahabatan berkenaan.
Hasil kutipan caj tiket berharga lima ringgit dikumpulkan bersama sumbangan peribadi pemain T Team dan pasukan Terengganu khusus membantu mangsa banjir.
Selain penonton, pemain kedua-dua pasukan turut menghulurkan sumbangan .
Perlawanan berkesudahan dengan keputusan pasukan Terengganu menewaskan T-Team, 2-0.
Hasil kutipan sumbangan itu diserahkan oleh presiden PBSNT, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid untuk disalurkan kepada tabung bantuan bencana banjir.
KUALA LUMPUR 11 Dis. - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berpandangan isu Syiah yang kini heboh diperkatakan termasuk dakwaan mengaitkan beliau dengan ajaran tersebut hanyalah bersifat sementara.
Mohamad yang lebih dikenali sebagai 'Mat Sabu' berkata, propaganda anti-Syiah akan berkurangan tidak lama lagi berikutan tindakan negara barat termasuk Amerika Syarikat (AS) kembali bersahabat dengan Iran.
Dalam kolum di lidah rasmi Pas, Harakah Daily, Mohamad menerusi artikel bertajuk Dulu komunis, sekarang Syiah, akan datang...? berkata, propaganda anti-Syiah akan padam seperti propaganda anti-komunis.
"Saya berkeyakinan penuh isu Syiah yang dimainkan termasuk saya sendiri yang menjadi mangsa dalam isu ini. Bagi pandangan peribadi saya, ini hanyalah isu sementara dan akan lebih cepat padam daripada isu komunis.
"Walau bagaimanapun dalam setiap pertarungan ideologi ada yang akan menjadi mangsa, sama ada tuduhan itu palsu, rekaan dan sebagainya," katanya sebagaimana dipetik daripada artikelnya di Harakah Daily, hari ini.
Menerusi artikel tersebut, Mohamad mengulas panjang mengenai kedudukan Iran dan bagaimana negara tersebut bakal menjadi kuasa baharu di Asia Barat kerana memiliki kekuatan dari segi simpanan minyak dan teknologinya.
Isu Syiah kembali panas apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan ada pemimpin kanan Pas terlibat dengan fahaman itu dan pihaknya semua bukti pembabitan pemimpin tersebut.
Malah, Kementerian Dalam Negeri juga berjanji akan membuat sidang akhbar khas bagi menunjukkan pelbagai bukti mengenai penglibatan seorang pemimpin kanan Pas dengan gerakan Syiah di Malaysia.
Bagaimanapun, Mohamad yang pantas dikaitkan dengan pendedahan tersebut segera menafikan dakwaan itu apabila menyifatkan Ahmad Zahid berniat jahat sambil memberitahu beliau adalah penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah.
TANGKAK - Pas digesa supaya tidak bersifat memilih bulu atau cuba melindungi anggota parti berfahaman Syiah yang jelas bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di negara ini.
Ketua UMNO bahagian Ledang Datuk Ir. Hamim Samuri menegaskan, sebaliknya mereka perlu bersama-sama membanteras ajaran itu tanpa mengira fahaman politik.
Anggota Pas yang mengikuti fahaman itu perlu didedahkan dan tidak menyembunyikan perkara itu hanya kerana bimbang pengaruh parti itu terjejas, katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Khatan Asnaf Parlimen Ledang di Masjid Jamek Tangkak, di sini hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, lebih membimbangkan fahaman itu juga turut diikuti pemimpin tertinggi parti berkenaan dan perkembangan itu amat berbahaya.
Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang meminta kerajaan menangkap ketua dan pengikut Syiah di negara ini jika benar-benar serius mahu membasmi fahaman berkenaan.
Hamim berkata, semua pihak perlu bekerjasama tanpa mengira fahaman politik untuk membasmi fahaman itu kerana sukar menangkap ketua dan pengikut Syiah kerana mereka sangat licik dan berselindung atas nama agama.
"Ajaran Syiah boleh dibanteras jika mendapat kerjasama daripada orang ramai," katanya sambil berharap bekas menteri besar Kelantan itu bersama-sama kerajaan membantu menyekat penularan fahaman itu.
Beliau turut menyatakan keyakinan dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Isnin lepas berhubung beberapa bukti pemimpin Pas terlibat fahaman itu.
Hamim berkata, semua pihak perlu akur dengan keputusan yang sudah ditetapkan kerajaan bahawa fahaman Syiah menyimpang daripada ajaran Islam sebenar bagi memastikan akidah umat Islam tidak terpesong. - Bernama
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pada suatu hari Demang terlihat Derwish bertinggung di tebing sungai seperti mengadap sesuatu. Apabila dihampiri ternyata seorang lelaki sedang tercungap-cungap kelemasan sedangkan Derwish asyik bercakap.
"Apa yang berlaku Derwish?" Tanya Demang dengan agak panik.
"Aku sedang mengajar dia berenang." Balas Derwish dengan tenang.
"Apa? Kau akan menyebabkan dia mati kelemasan." Tingkah Demang cemas.
"Tak mengapa. Ini suatu pengajaran yg amat bermakna dalam hidupnya." Jawab Derwish selamba.
Demang segera terjun dan menarik lelaki yang hampir tidak bernafas itu ke tebing.
"Kau hampir membunuhnya." Marah Demang pada Derwish.
"Itu bukan masalahku. Aku menemuinya tadi tercungap2 di dalam air. Ternyata dia tidak tahu berenang dan aku membantunya dengan mengajar cara-cara berenang yang betul." Ujar Derwish tanpa rasa bersalah.
"Ini bukan masanya untuk mengajar." Gumam Demang sambil mengurut dada. "Kau patut menyelamatkannya terlebih dahulu." Sambungnya lagi.
"Tidak. Itu bukan tanggungjawabku. Tugasku hanya mengajar. Bukankah sudah kuperingatkan pada kau sejak dulu supaya menyuruh mereka belajar?" Derwish mula berleter.
"Nah. Jika kau dengar pesananku dulu tak perlulah kau membasahkan pakaianmu bahkan membahayakan nyawamu untuk menyelamatkan lelaki ini." Tambah Derwish sambil melihat Demang yang terkial-kial merawat lelaki malang itu yang sudah mula sedar.
Ikuti episod seterusnya minggu hadapan...
Kesah Demang & Derwish ini adalah karya asli blogger Cheguman dgn dibantu seorang pelukis otai yg pernah bernaung di bawah Creative Enterprise (penerbit majalah Bambino/Gila-Gila/Fantasi.
Ikuti episod demi episod yang akan disiarkan secara berkala di waadat.blogspot.com.
Baru sebentar tadi Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan 10 bukti untuk mengaitkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah, kata Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.
Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan pemimpin nombor dua PAS itu didakwa cenderung dengan fahaman Syiah."Antara bukti itu adalah beliau pernah menggesa umat Islam supaya mencontohi kepimpinan Khomeini menerusi tulisannya bertajuk "Teladan Pemerintahan Nabi Yusuf, Khomeini" di ruangan akhbar Harakah pada 5 hingga 15 Julai 2008," katanya.
Beliau berkata, selain itu Mat Sabu secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasarullah dan mengaku beliau dan isterinya kerap bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat kali.
Terdahulu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2013 Sabtu lalu mendakwa orang nombor dua PAS terbabit dengan fahaman Syiah.
10 bukti yang mengaitkan Timbalan Presiden PAS, Encik Mohamad Sabu dengan fahaman dan aktiviti Syiah didedahkan oleh Kementerian Dalam Negeri hari ini.
Antara bukti yang didedahkan ialah Mohamad Sabu pernah melafazkan 'selawat' penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Arau, Perlis pada tahun 2005.
Perkara ini dijelaskan oleh Dr Abdul Aziz Hanafi dalam sesi temuramah yang dilakukan oleh Ustaz Zamihan Mat Zain, pegawai KDN pada 11 Disember 2013.
Mohamad Sabu juga didapati pernah beberapa kali menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu leper di tempat sujudnya seperti solat penganut Syiah, menurut Tuan Guru Haji Abd Rahim dari Sg Jagung, Pendang, Kedah.
Mohamad Sabu juga secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau dan isterinya kerap bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada 4 hingga 5 kali.
Selain itu, beliau juga didapati telah membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar, Wilayah Satun, Selatan Thailand pada tahun 2011. Beliau melakukan kunjungan ke atas pemimpin Syiah dan menghadiri majlis ramah mesra di sana.
Berdasarkan maklumat, beliau didapati telah beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah, Semanggol, Perak pada tahun 2011. Kelas pengajian tersebut dikendalikan oleh dua orang ustaz berfahaman Syiah yang bertugas di salah sebuah sekolah agama di Gunung Semanggol, Perak.
Beliau pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini melalui tulisannya bertajuk 'Teladan Pemerintahan Nabi Yusuf, Khomeini' di ruangan Fikrah, Akhbar Harakah, halaman 16 pada 5 hingga 15 Julai 2008.
Mohamad Sabu juga menyatakan kekaguman dengan kepemimpinan dan perjuangan Khomeini yang mana banyak mencorak pemikiran beliau. Kenyataan ini disampaikan di dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden PAS pada 13 Jun 2011.
Ketika mengulas perutusan sempena Hari Kristian tahun 2008 bagi penganut Kristian di Malaysia, beliau telah menggunakan pendekatan ulama Syiah iaitu Imam Khomeini sebagai terma rujukan untuk meraih sokongan politik dan agenda perpaduan. Kenyataan beliau ini telah dimuatkan ke dalam Harakahdaily pada 25 Disember 2008.
Dalam sebuah temuramah agensi berita 'Antara Pos', Timbalan Presiden JATI Dato' Aidit Ghazali menjelaskan bahawa Mohamad Sabu merupakan ikon Syiah dan beliau gagal menafikan dirinya mempunyai kaitan dengan Syiah.
Bukti ke sepuluh ialah sahabat Mohamad Sabu selama 20 tahun, C.N Afghani ketika ditemuramah oleh Ustaz Zamihan, pegawai KDN pada 9 Disember menjelaskan bahawa Mohamad Sabu kerap kali melawat Iran dan pernah terlibat dalam program penghantaran pelajar Malaysia di Qom, Iran.
Menurut Dato' Sri Abdul Rahim, segala fakta yang dikemukakan jelas menunjukkan bahawa Mohamad Sabu mempunyai kaitan dengan fahaman dan aktiviti Syiah.
Tambahnya, berdasarkan maklumat yang dikemukakan, ini jelas menunjukkan bahawa KDN dan agensi-agensi kerajaan yang lain sentiasa memantau dan peka dengan ancaman kegiatan serta fahaman Syiah yang boleh menjejaskan aspek keselamatan dan ketenteraman awam termasuklah gejala perpecahan dan keruntuhan nilai persaudaraan ummah.
Turut hadir dalam sidang media itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN, Dato' Alwi Haji Ibrahim dan Ustaz Zamihan Mat Zain, pegawai KDN.
KDN sahkan Mat Sabu Timbalan Presiden PAS pengamal Syiah.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Abd. Rahim Mohd. Radzi mendedahkan sepuluh maklumat yang menunjukkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu cenderung dan terlibat dengan fahaman Syiah.
1- Mat Sabu pernah gesa umat Islam contohi kepimpinan Imam Khomeini Syiah. 2- Mat sabu kata kagum dgn kepimpinan dan perjuangan khomeini dan banyak corakkan pemikiran beliau.
3- ketika mengulas perutusan krismas,Mat Sabu telah gunakan pendekatan Syiah sebagai terma rujukan
4-Timb presiden JATI pernah kata Mat Sabu ikon syiah dan beliau gagal nafikan dirinya mempunyai kaitan dengan Syiah
5-Mat Sabu terang terang puji setiausaha agung syiah dan mengaku beliau dan osteri kerap bertemu pemimpin syiah itu.
6-Beliau telah membuat lawatan ke masjid syiah di wilayah Satun, selatan Thailand
7-Beliau beberapa kali hadir kelas pengajian yang dikendalikan ustaz yang berkefahaman syiah di Bukit Merah Semanggol Perak
8-Mat Sabu kerap lawat Iran dan pernah terlibat dalam program penghantaran pelajar malaysia di Qom Iran.
9-Mat Sabu pernah lafazkan selawat sebagai mana yang diamalkan oleh penganut syiah pada ceramah pas di Arau Perlis.
10-Mat Sabu dilihat mendirikan solat menggunakan batu leper ditempat sujud. - Rakyat News
- Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) mempertahankan tindakannya membangkitkan isu 'doktor rasis' dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini kerana perkara berkenaan berjaya diselesaikan dan memanfaatkan rakyat.
Menurutnya sebagai wakil rakyat, menjadi tanggungjawabnya untuk membangkitkan masalah yang dikemukakan penduduk dan tidak mempunyai agenda tersirat.
Bagaimanapun, penjelasan Roslan membuatkan penyokong kerajaan negeri tidak senang duduk sehingga DUN menjadi 'panas'.
Soon Lip See (DAP-Jawi) mula meninggikan suara dan menuduh Roslan sengaja membangkitkan isu perkauman serta membuat tuduhan tanpa bukti.
Roslan kemudian membidas Lip See dengan memintanya 'belajar' lebih banyak jika ingin meninggikan suara dalam dewan.
"Wakil Jawi kali ini bagus kerana tahu juga bercakap dalam bahasa Melayu, yang lama dahulu langsung tidak tahu.
"Bagaimanapun saya nasihatkan Jawi, belajar lebih banyak lagi kalau hendak tengking, saya (daripada) dahulu lagi kuat bertempik dalam dewan," ujarnya.
Sebelum itu, Lip See menuduh Roslan tidak memahami tugasnya sebagai wakil rakyat dan mahu Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang mengambil tindakan.
Roslan menjelaskan, selepas isu yang dibangkitkan itu mendapat liputan meluas,
Kementerian Kesihatan menjalankan siasatan dalaman dan doktor terlibat telah dikenakan tindakan serta dihantar menjalani kursus bagi memperbaiki kemahiran berkomunikasi dengan pesakit.
Lip See yang masih tidak berpuas hati terus menyerang Roslan yang sedang memberi penjelasan dan mempersoalkan mengapa perkara berkenaan dibangkitkan dalam DUN.
Tindakannya menyebabkan Datuk Mahmud Zakaria (BN-Sungai Acheh) bangun dan menengking Lip See menyebabkannya terdiam manakala Roslan pula menenangkan Mahmud yang geram dengan celahan Lip See.
Roslan berkata, fungsi DUN adalah untuk wakil rakyat mengemukakan permasalahan rakyat dan ramai ADUN DAP juga membawa masalah longkang di kawasan masing-masing ketika perbahasan dan perkara itu dilihat tidak menghalang kelancaran dewan.
Jelasnya, ketika membangkitkan isu berkenaan, beliau tidak menggunakan perkataan perkauman sebaliknya tuduhan tersebut dibuat penyokong kerajaan negeri.
"Mereka yang tuduh saya rasis tanpa bukti melalui portal berita Malaysiakini sekali gus menyebabkan saya dan ahli keluarga teruk dihentam. Mereka tidak meminta maaf kepada saya pun," ujarnya.
Pertikaman lidah itu berakhir apabila Choo Kiang menggunakan kuasa undian ADUN bagi merujuk Roslan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menyebabkan ADUN Pinang Tunggal itu akur apabila undian tidak berpihak kepadanya.
Dalam sidang akhbar selepas itu, Roslan berkata, beliau tidak gentar dirujuk ke jawatankuasa berkenaan kerana hanya menjalankan tanggungjawab terhadap rakyat.
PUTRAJAYA 12 Dis - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan terdapat sepuluh maklumat yang menunjukkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu cenderung dan terlibat dengan fahaman Syiah.
Ianya disahkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Abd. Rahim Mohd. Radzi pada Sidang Media yang berlangsung di Ibu Pejabat KDN di sini sebentar tadi.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, beberapa bukti akan dikeluarkan yang membuktikan bahawa Mat Sabu terlibat dengan fahaman syiah.
Katanya, pendedahan yang dikeluarkan terhadap pemimpin Pas itu dilakukan bagi mengelakkan umat Islam berpecah-belah seperti negara lain hanya kerana fahaman mazhab yang berbeza.
Lagi laporan menyusul
Antaranya, Mat Sabu pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Ayatollah Khomeini melalui tulisannya bertajuk `Teladan pemerintahan Nabi Yusuf, Khomeini' dalam ruangan Fikrah akhbar Harakah keluaran 15 Julai 2008.
Pemimpin Pas itu juga menyatakan kekagumannya terhadap kepimpinan dan perjuangan Khomeini yang banyak mencorakkan pemikirannya dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden Pas pada 13 Jun 2011
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menepis tanggapan bahawa masa depan parti tersebut terletak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebaliknya menegaskan ia akan ditentukan oleh rakyat.
Azmin berkata, PKR bukan sebuah parti yang berpusatkan kepada Anwar semata-mata tetapi ia berteraskan reformasi yang diasaskan rakyat Malaysia.
Azmin berkata, beliau tidak menafikan penubuhan awal parti tersebut bersimbolkan kezaliman yang berlaku kepada Ketua Pembangkang itu, tetapi tuntutan berubah seiring dengan peredaran masa pada ketika ini.
Bagi menyokong hujahnya, Azmin berkata, semasa penubuhan awal Parti Keadilan Nasional (PKN) tidak menyaksikan kehadiran Anwar selaku pemimpin, tetapi diterajui oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas Anwar meringkuk dalam penjara.
Sementara itu, Azmin berkata, bagi tempoh dua tahun akan datang fokus utamanya akan lebih ke arah untuk mengukuhkan parti tersebut khususnya dalam menyediakan pemimpin pelapis muda.
Dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu, PKR memenangi 30 kerusi Parlimen, sembilan di Selangor, masing-masing empat di Kuala Lumpur dan Kedah, masing-masing tiga di Perak dan Pulau Pinang, dua di Pahang, serta masing-masing satu di Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.
Azmin berkata, tidak semua ahli PKR mengenali Anwar tetapi sokongan datang daripada rakyat biasa yang percaya kepada perjuangan dibawa oleh parti tersebut.
You are subscribed to email updates from Ohpolitik!™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Anwar Ibrahim's sodomy trial must be the longest sexual crime trial ever recorded. Anwar was acquitted last year for reasons that it was unsafe to convict him over DNA samples which was not handled properly. This, despite the samples matched his, and despite the fact that CCTV recordings, timings and witnesses' testimonies are all pointing towards Anwar.
His acquittal is inconsistence with his stories about the government having influenced in the judiciary and that he would never win the case. All the years, Anwar has been going around the world telling the same story of the cruel regime of BarisanNasional. According to him, the BN leaders, whoever they are, Mahathir or Abdullah or Najib, they all just want him dead or locked-up.
However, Anwar is ever free to roam the world, telling all these stories without being shot dead by the cruel regime. He even managed to give quite a tough fight in the last election which he claimed to be the most unfair and unclean, with results already set for the BN to win big.
What is even more mind-boggling is that he won the sodomy case and forced the victim to appeal.
The inconsistencies in his stories are what caused the people to turn away from him. His best buddies, his most trusted aides, his confidantes, his followers are all abandoning him in a steady flow. His own people, the Malays, have no more respect for him except for a small number who believes in liberalism and supports the rights of LGBT.
Thus, makes his guilt of sodomy even more obvious and convincing.
It is a common knowledge of the Malaysians that Anwar Ibrahim is a liar and a bisexual. Anwar Ibrahim has been telling lies all his political life. There must be a reason why he is called the Chameleon by the Economist.
As what is expected from a guilty person, the Appeal for the sodomy case which is scheduled today, has certainly makes Anwar uneasy, could be a little scared.
Oh yes, Anwar is not as brave and strong as he claimed to be. We can never forget how he ran frantically to the Turkey's Embassy when the police report was made against him. As much as he likes to be compared to the great leaders of the world like Mandela or Gandhi, Anwar is not anywhere near them. Anwar is afraid of jail-time, most probably because, unlike them, Anwar is guilty as charged.
Just as predicted, whenever Anwar is scared, he would be running to his friends in the west for help. Amnesty International (AI) is first to come to the rescue on this one by publishing an article claiming that the charges against Anwar is politically motivated.
AI said that the charge is an attempt to stop Anwar from running for election. AI must have forgotten that the election is over and nobody stopped Anwar from contesting. As a matter of fact, Anwar's majority had dropped quite drastically and shamefully for a man so well-known and 'praised' internationally. His coalition though, had performed quite well.
Obviously, it was a fair and clean enough election.
If Anwar's western buddies have a little intelligence, they should have stayed away from Anwar in order to help him. The 'interference' from AI will only convinced Anwar's followers and supporters - the Malaysians, that he is a bisexual and he did sodomized the victim. Isn't LGBT rights is one of AI's interest?
AI might have been promoting itself as an independent organization which fights for human rights, transparencies and justice but one would have to be as naive as a baby to believe so. On page 11 of Amnesty International Limited's 2011 Report and Financial Statement (.pdf) it states (emphasis added):
The Directors are pleased to acknowledge the support of the John D. and Catherine T. MacArthur Foundation, the Oak Foundation, Open Society Georgia Foundation, the Vanguard Charitable Endowment Programme, Mauro Tunes and American Jewish World Service. The UK Department for International Development(Governance and Transparency Fund) continued to fund a four year human rights education project in Africa. The European Commission (EuropeAid) generously awarded a multi-year grant towards Amnesty International's human rights education work in Europe."
One doesn't have to dig far to figure out who is behind AI – it's the same old enemies of the world: the Neocons and George Soros as the main funder.
Just in case Anwar's western buddies didn't know; we, Malaysians, are not very fond of the Neocons and George Soros. So, even though the Appeal's verdict could be in favourof Anwar, again, AI's interfering stunt is not going to help Anwar in the next election. If Anwar won the case, he will also be losing more supports from the Malaysians - thanks to his brilliant western buddies.
Perhaps, AI should think before jumping.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ahli Dewan Undangan Negeri Dengkil, Shahrum bin Mohd Sharif menyifatkan kenyataan menyamakan perjuangan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dengan Mendiang Nelson Mandela sebagai satu kenyataan mengarut dan tidak masuk akal.
Tambahnya, jika nak membandingkan perjuangan Anwar-Mandela, ianya ibarat langit dengan bumi, sebaliknya apa yang telah dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak jauh lebih baik berbanding Anwar Ibrahim.
"Transformasi kepimpinan, politik, ekonomi dan sebagainya yang telah dilaksanakan oleh Najib jelas menunjukkan kerajaan amat prihatin dan mendahulukan kepentingan rakyat, berbanding dengan Anwar yang jelas mempergunakan rakyat sebagai alasan perjuangan peribadinya, yang hanya mahu bergelar Perdana Menteri.
Perjuangan Nelson Mandela jelas untuk rakyat, mengunakan budi bicara dan perbincangan untuk menyelesaikan masalah rakyat, tidak pernah sama sekali menggunakan kekerasan, perhimpunan atau demonstrasi jalanan apatah lagi mempertaruhkan keselamatan rakyat demi perjuangannya.
Ia sama sekali berbeza dengan Anwar, langsung tidak menghormati pentas demokrasi dengan sebaiknya, malah rakyat dijadikan umpan dan mangsa untuk turun menjadi benteng dalam setiap perhimpunan atau demostrasi jalanan," ujarnya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sepang.
Sehubungan dengan itu, beliau menasihatkan rakyat agar jangan terpedaya dengan dakyah dan kenyataan palsu Naib Presiden PKR, N. Surendranyang tidak mempunyai asas kukuh, selain jelas merupakan kenyataan berbaur politik dalaman semata-mata untuk mengaut keuntungan peribadinya.
Pergerakan Puteri UMNO Negeri Melaka turut sependapat bahawa N. Surendran tidak ikhlas mengeluarkan kenyataan tersebut kerana perjuangan Nelson Mandela ialah perjuangan menentang dasar Apartheid di mana orang kulit putih menindas orang kulit hitam yakni orang kulit hitam langsung tiada kuasa di tempat kelahiran mereka,
Ketuanya, Azlieza Azizan berkata, ia jelas berbeza sekali dengan perjuangan Anwar Ibrahim yang berlandaskan perjuangan dasar dendam dan peribadi.
"Jelas perjuangan Anwar Ibrahim bukan untuk rakyat atau perjuangan sesuatu kaum tapi lebih kepada perjuangan bersifat dendam dan untuk kepentingan diri semata, rakyat harus sedar dan buka mata dgn melihat apa sebenarnya agenda perjuangan Anwar Ibrahim.
Di Malaysia semua bangsa boleh bersuara menyatakan kehendak masing-masing dengan menghormati perlembangan Negara dan hidup dalam suasana harmoni sebagai sebuah negara yg mempunyai masyarakat majmuk.
Justeru itu, Surendran dinasihatkan untuk berfikir dahulu sebelum menyamakan perjuangan Anwar sama dengan perjuangan Nelson Mandela," ujarnya yang juga Penasihat Persatuan Usahawan Bumiputera Melaka.
Untung amik peguam sakit... boleh tangguh lagi... memang kaki kencing nie kuat kencingnya... iti sakit. Kalau padam pulak macamana? Mau mintak setahun tangguh sebab nak berkabung... boleh ler kali nie lakunan dengan air mata...
Entah berapa lama lagi nak diheret semacam dah di kira dan dicatur supaya sampi mampos pun tak kan sudah... tangguh lagi nampaknya... pulak tu mungkin kita yang tak terfikir Sebaliknya kalau bijak macam-macam boleh berlaku... bagai diatur jer nampaknya.
Paling penting boleh buat kes ditangguhkan... peguam yg boleh kita tahu boleh adakan sebab untuk tangguh Selama mana yg boleh adalah satu kelebihan. Boleh adakan ruang Alasan untuk tangguh...
Nyata peguam pendakwa yg sudah tahu liciknya segala percaturan dan alasan memohon kepada makamah rayuan supaya tidaknlagi ada penangguhan. Alasan kali ini adalah kononnya ketua yang juga peguam utama yang mengetuai pembelaan Karpal Singh dimasukan ke hospital bermula 7 hingga 12 disember....
itu alasan sakit... bagaimana pulak bila keluar nanti ambiknalsan berehat... tangguh lagi. Belum masuk soal mati pulak... tangguh lagi... biatnya mintak tangguh lagi 44 ker atau100 hari sebab nak berkabung... Banyak alasan yg boleh diberi... adakah ini semua yg boleh kita sinonimkan dengan peribahasa BERANI KERANA BENAR?
Bukan setakat iti sahaja peguam bela Nuar juga akan mengemukakan permohonan kali kedua kepada makamah supaya ketua peguam pendakwa yg diketuai oleh Tan Sri Dr Muhamad Shafee Abdullah digugurkan... apa pasal pulak tetiba si Nuar takut benar dgn dia nie? Hehehe korang dah taukan sapa dia Muhamad Shafie sebelum nie... bukan dia saja malah dah.banyak yg mula angkat kaki bila tau alkisah sebenarnya... Zulkifli Nordin dan pegawai khas beliau pun dah banyak angkat kaki. kenapa semuanya tiba-tiba berubah malah sanggup kemerata pelusuk berceramah untuk pembongkaran kisah yg sebenar... Dan dah tentulah ada sebabnya. Sehingga kinintak pulak nuar nak dakwa...
Rupanya bukan setakat bagi beras atau gua sekampit.. sebaliknya apa Yg diberi mestu nampak real. Kalau boleh biar nampak berendam dalam Air banjir dan yg paling pasti apa saja yg diberi mestilah diambik gambar supaya boleh bagitau dunia yg PAS amat perihatin.
Beginilah senario semasa mereka disana. Bab kencing ni dah sebati dengan dema. Apatah lagi dalam banjir kalau kencing sekalipun tak kan sesapa tau. Tengok jer macam pic diatas bukan Tak boleh kalau dia nak bagi bantuan diatas Pangkin ataupun diatas rumah yg tinggi untuk elak dari basah banjir. Macam biasa ler bab kencing nie dema memang expert.
Nak bantuan Atau beras sekampit kenalah mangsa duduk dalam air banjir kerana mahukan bampak real yg mereka nie kononnya kekawasan banjir untuk membantu...
Dimasa yang sama juga mereka akan siarkan pelbagi fitnah kononnya kerajaan BN tak turun bantu. Bukan setakat itu sahaja banjir juga dijadikan pesta fitnah kepada BN selain menjadikan banjir kononnya pemimpin PAS akan bergambar sebanyak mungkin. Publisiti murahan begini bukan pekara baru... lama dah... bukan baru dari dulu lagi memang inilah sikap jijik mereka. Lagi pun kalau dibandingkan isu yg lagi besar pun mereka dah buat inikan isu kecik macam nie...
Kisah besor boss diaborg dengan isu china dolls dengan stopa spenda pun dia orang boleh kencing rakyat... banjir lagi la senang tahap kacang jer dia orang boleh kencingkan rakyat. Sampai sekarang parti yg konon nak perjuangkan HUDUD tidak lansung mahu mengotakan hasrt yg sebenarnya guna pakai jer Hudud untuk kempen menangkan parti. Nak buat macamana... Kalau dah bapaknya kuat kencing... logik lah pencacai atau barua tegar pun kaki hancing...
Macam gambar diatas... bila TPM hadir turut turun ke kawasan banjir bukan main lagi dema spin isu hanya sebab TPK pakai kasut getah... tapi kalau macam dia org lak macam gambar diatas dah jadi macam ada pertandingan pakaian pulak masa banjir. Kat sini pun kita dah nampak bukan satu tapi 3 lapis yg dipakai. Pulak tu macam artis jer layaknya. Siap ada body guard lagi. Perghh... utk apa gamaknya. Perlu ker body guard? Hehehe gamaknya bulan nak halang rakyat tapi untuk halang ular, katak, bewok dan lain-lain lagi kot
Bukan setakat itu sahaja... dema jugak kantoi bila spin kononnya PM lansung tak turun... kehainya PM kita siap tinggalkan PAU lagi sebab Ke Kuatan ujtunziarah dan vantu mangsa banjir... Bukan kita tak tau terutamanya PAS kalqu bab bantuan nie memang double standard... bantuan hanya untuk ahli jer...dan paling penting kena terima sekampit beras atai gula.didalam air... hehehe... bab kencing mang dema hebat...
Banjir juga secara lansung membuktikan betapa tahap pencacai dan baruanya mereka turun padang... sebaliknya mana pegi geng sepet roket dan pati mata lebam... hehehe... apa kata kita berpandangan baik... boleh teman susun ayat macam nie...
SEBENARNYA BUKAN JER PAS... TAPI 40 RIBU RAKAN ROKET DAN PARTI MATA LEBAM IKUT SERTA MEMBANTU MANGSA BANJIR... TETAPI SEMASA GAMBAR DIATAS DIAMBIL SEPERTI DIATAS KEBETULAN SEMUA RIBUAN PETUGAS PERGI TANDAS BUANG AIR KECIK DAN BESAR... hehehe boleh gitu
You are subscribed to email updates from SEKUPANGDUA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan