Jumaat, 15 November 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


ALHUSSEYN

Posted: 15 Nov 2013 03:16 PM PST

"Saya sendiri tidak berkempen, sebab itu saya duduk relaks sahaja, kalau ada kawan-kawan nak berkempen itu biarlah, cuma saya selalu sebut kalau ada orang nak berkempen pun jangan buruk-burukkan orang lain, sebab itu bukan cara Islam, yang keduanya pula kita berlawan satu jemaah."
 Demikian itu antara kata-kata Nik Amar yang dilaporkan  di sini. Aku tak mahu nak tuduh seorang yang faqeh macam Nik Amar ni membohong....tapi cer korang  tengok sendiri di sini dan buatlah penilaian masing-masing.

 Macam itu punya komen, dia kata dia tidak berkempen? Tak tahulah aku apa nak dinamakan kalau dah buat komen sebegitu rupa , panggil persidangan akhbar....bukan dgn Harakah, tapi dgn Utusan Meloya pula tu!

Aku tidak mahu dituduh memburukan sesiapa pun.Korang sendiri boleh tentukan sendiri siapa yang buruk!

Entri kali ini, saya ingin mengajak para pengunjung al-Husseyn berkongsi pandangan dari seorang yang mengulas entri saya sebelum yang ini. Harap ianya akan dapat memberikan sedikit munafaat kepada kita semua untuk direnungkan :

 Anonymous said... 

 1. Bukan soal nik amar tak boleh bertanding, tetapi cara ulasannya memberi gambaran kedudukan pemain bole sebenarnya menghantar isyarat bahawa Mat sabu tak layak berada di posisi timbalan. Ini seolah-olah menjatuhkan maruah mat sabu. 

 2. Banyak pihak menyokong ulamak mengatakan mat sabu kurang pengetahuan agama. Malang sekali kerana penyokong pas sendiri bersikap demikian, merendah-rendahkan keupayaan agama orang lain. Bukankah nilai ukuran keagamaan seseorang itu hanya Allah sahaja penentunya. Ada juga penyokong ulamak tapi asap berkepul merokok dalam masjid, berjubah lingkup semasa kerja gotong royong membersih longkang...

 3. Mat sabu tidak berjawatan berbanding nik amar sebagai timbalan mb. Mampukah nik amar melaksanakan 2 tugas dalam satu masa? Sekarang pun banyak lagi masalah pentadbiran kelantan yang sering diperlatakan pihak lawan dan kawan. Beri tumpuan dulu kelantan tu supaya menjadi contoh terbaik oleh rakyat malaysia. Bukankah lebih elok jika nik amar menggandakan usaha supaya lebuhraya cepat dibina supaya kita tidak perlu mengambil masa lebih 7 jam balik ke kampung.

 4. Golongan ulamak ni kalau dalam pasukan bols sepak adalah umpama penjaga gol. Menghalang bola masuk. Dalam parti menghalang pengaruh magetif sosial (Sosial Negatif) masuk dlm parti, memimpin pemuda menjauhi gejala sosial. Caranya melalui dakwah, melalui ceramah yang bukan saja di masjid tetapi di luar mesjid. Tak payahlah nak rebut jawatan kalau jawatan yang satu pun masih dipersoalkan. Mati dalam kubur akan ditanya walaupun kita seorang ulamak. 

 5. Dalam pas ada halangan utk seseorang maik (naik) menjadi pemimpin tertinggi jika mereka tidak digelar ulamak, tidak belajar agama di asia barat. Tapi pas sibuk pula mahukan sokongan dari orang bukan ulamak waima dari hindu dan budha. Bagi yang serius nak berpolitik, sekatan seperti ini akan mengurangkan sokongan masyarakat dalam pas. Kalau macam tu, sila tuliskan dalam perlembagaan pas "hanya ulamak sahaja boleh menjadi timbalan dan presiden pas" Senang orang nak paham. Tak payah nak konar baring!

 6. Kita sokong pas sebab kita nak pas mentadbir negara. Tapi kalau sikap pemimpin ulamak pas sendiri yang ingin menendang sokongan kita kepada parti mereka, terpaksalah kita angkat kaki untuk memilih parti lain yang boleh menerima kita dengan ikhlas, adil dan berpekerti. Walaupun bukan umno, tapi rasanya ada parti lain yang mempunyi ciri2 begini yang diminati oleh golongan bukan ulamak.

 7. Besar sangatkah jasa Harun Taib dalam Pas? Siapa pula yang memberi gelaran ulamak kepada beliau? Adakah gelaran itu dikurniakan seperti mana gelaran datuk diberikan kepada seseorang? Atau adakah Harun Taib memang telah disediakan gelaran ulamak oleh Tuhan yang satu?? Benarkah dia ulamak berdasarkan sikap yang ditunjukkan olehnya kepada masyarakat berbilang kaum di malaysia? KERANA SAYA DAN RAMAI RAKAN SAYA DALAM PAS TIDAK PERNAH MENGIKTIRAF BELIAU SEBAGAI ULAMAK! Jadi, adakah kumpulan nik amar yang disebutkan itu boleh kita jadikan pilihak (pilihan) untuk jawatan timbalan presiden Pas??

 8. Lihat pula pada gelagat hasan ali. Dia menyokong ulamak menang sedangkan dia bukan lagi pas. Tidakkah kita terfikir ada udang di sebalik batu. Lihat utusan tv3, bicaranya seolah ingin melihat ulamak menang. Jika musuh berbaik dengan kita, kita perlu sejuta kali berawas. Jika kita leka, pas akan dipimpin oleh mereka yang sebenarnya akan menjadikan pas lebih lemah pada masa akan datang. Percayalah, apa yang musuh sokong, ia bukanlah yang terbaik untuk kita. Ingat apa juga alasan, demi kuasa, umno juga bersekongkol dengan MCA, Gerakan dan MIC tetapi pada masa yang sama mereka mengkritik hubungan pas dengan PKR dan Dap? 

 Terpulanglah.... kita ada dua pilihan. Ke hadapan bersama gabungan ulamak dan profesional. Atau mengundur kebelakang bersama ulamak (ularmak??) tanpa melihat golongan profesional di garis depan.

 Friday, November 15, 2013 7:21:00 pm 

DUNIACACAMARBA

Posted: 15 Nov 2013 03:15 PM PST

[HM] Alor Setar: Tempoh 30 minit menjadi pengalaman sengsara dalam hidup seorang wanita apabila bukan saja menjadi mangsa samun, malah turut dirogol seorang lelaki di tempat duduk belakang sebuah kereta Proton Persona di satu lokasi, di sini.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam 5 November lalu berkenaan turut disaksikan anak lelaki mangsa berusia empat tahun selepas wanita itu ke sebuah bank untuk mengeluarkan wang. 

Sebelum itu, seorang lelaki lingkungan 20-an dipercayai masuk di tempat duduk hadapan lalu mengacukan sebilah pisau kepada mangsa. 

Wanita berkenaan kemudian diarahkan memandu kereta terbabit ke kawasan lain sebelum merogol dan menyamun sejumlah wang tunai termasuk telefon bimbit sebelum melarikan diri.

Susulan kejadian itu, gerakan menjejaki suspek dijalankan sehingga sepasukan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah berjaya menahan dua lelaki lingkungan 20-an, malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, tangkapan dibuat selepas pihaknya mendapat maklumat berhubung lokasi suspek dan kedua-dua lelaki itu ditahan secara berasingan. 

"Tangkapan pertama dibuat kira-kira jam 11 malam (kelmarin) di Kampung Kesop, Jitra, dan kami berjaya memberkas seorang lelaki yang dipercayai membeli telefon bimbit mangsa sebelum tangkapan kedua dilakukan tidak lama selepas itu. 

"Kami dapati kedua-duanya penagih dadah hasil daripada ujian saringan awal air kencing yang dilakukan terhadap mereka," katanya ketika ditemui, di sini, semalam. 

Mohd Nashir berkata, siasatan lanjut yang dilakukan terhadap suspek berjaya menemui semula barang-barang milik mangsa termasuk telefon bimbit. 

Katanya, kes berkenaan dianggap selesai dan kedua-dua suspek ditahan reman sehingga 20 November depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392/397, Kanun Keseksaan serta Seksyen 376, kanun sama. -15/11/13

Tiada ulasan:

Pengikut