Selasa, 22 Oktober 2013

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Sungai Limau: Pakatan angkat suara anak muda

Posted: 21 Oct 2013 08:54 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Malaysia menyokong penuh calon anak muda Ustaz Mohd Azam Abdul Samat yang diumumkan bagi mewakili PAS dan Pakatan Rakyat (PR) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau pada 4 November ini. 

"Kami yakin akan kemampuan anak muda ini untuk membawa inspirasi dan suara anak muda di dalam Dun Kedah kelak dan mampu menggalas tugas yang ditinggalkan oleh mantan Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak," kata Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss.

Katanya, DPPM yakin calon itu yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerai akan mampu membawa lagasi yang telah ditinggalkan oleh Allahyarham Tan Sri Azizan dahulu. 

Beliau berkata, DPPM bersama-sama AMK dan DAPSY akan berganding bahu untuk memastikan Dun Sungai Limau kekal kepada PAS nanti. 

"Kami mengharapkan pengundi Dun Sungai Limau akan terus memberikan sokongan kepada anak muda ini untuk memberikan khidmat yang ditinggalkan oleh Allahyarham Ustaz Azizan.

"Malah kami berkeyakinan anak muda khasnya akan turut memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada Ustaz Azam," ujarnya dalam satu kenyataan. 

Menurutnya, DPPM melihat pemilihan Ustaz Azam penting kerana PR mengiktiraf peranan anak muda untuk meneruskan kerja buat Allahyarham Ustaz Azizan selama ini. ~harakahdaily




Tiada ulasan:

Pengikut