Esok bermulalah persidengan UMNO peringkat bahagian-bahagian yang juga memilih pemimpin baru bahagian-bahagian serta pimpinan tertinggi parti.
Majllis bermula dengan lagu Negaraku. Kemudian lagu keramat UMNO.
Dijemput mana-mana Al- Fadhil untuk memimpin doa. Pastinya ayat-ayat memohon kepada Allah s.w.t. termasuk...
Ya Allah ya Tuhan Kami... ... Kau berikanlahkami kekuatan utk meneruskan pejuangan demi Agama Mu. ... Kau berikanlah kami kekuatan bagi membela nasib umat Mu. ... Kau berikanlah kekuatan bagi kami mempertahankan kadaulatan negara tercinta kami ini Ya Allah....
Semuanya akan mengaminkan sekuat mungkin. Akan diteruskan ayat2....
Ya Allah Ya Tuhan Kami... ... Kau kuatkanlah iman kami agar kami tidak terpesong dari pejuangan asal kami...
Ya Allah Ya Tuhan Kami... ... kau berilah petunjuk kpd kami jalan yg benar agar kami tersesat dari ajaran Mu..
Ya Allah Ya Tuhan Kami.. ... kau kuatkanlah perpaduan dlm Parti kami....
Ya Allah Ya Tuhan kami... ... kau berikanlah kami Tawfik dan Hidayah..Kau bersihkan hati kami agr kami tidak punyai hasad dengki sesama kami....
Ya Allah Ya Tuhan kami... ... kau lemahkanlah musuh2 kami....
Ya Allah Ya Tuhan kami... ..... kau berilah kami barisan kepimpinan yg mulia dan bijak sana agar dpt memajukan negara ini...
Bla...bla..bla...bla.......
Sebaik saja habis, mesyuarat akan di mulakan oleh Pengerusi Tetap.
Kepala semua perwakilan sudah menumpukan senarai cai yang telah diberi oleh ketua masing-masing. Senarai cai yang memasukkan. Dalam kepala teringatkan separuh lagi yang bakal diterima jika calun-calunnya menang nanti. Dalam hati tidak sabar. Bukan sikit jumlahnya .......
Wow! Lepas doa lupa segera
Hilang dan lupa semua bait-bait doa yang diaminkan begitu kuat sekali. Berbohong kepada Yang Maha Esa. Kita cuba tipu Yang Maha Mengetahui.
Kita minta dari Yang Maha Berkuasa agar parti terus kuat dapat membela Agama Bangsa dan Negara kononnya tetapi kita buat apa yang dilarangNya.
Bersedialah hilang segalanya. Berjimatlah dengan duit hasil jual beli sebagai bekalan selepas PRU14. Selepas itu kita jadilah pengemis di tanahair sendiri..
Kesemua calon yang menawarkan diri untuk Majlis Kerja Tertinggi semuanya hebat. Tiada yang tidak hebat melainkan semuanya hebat bergaya penuh keungulan yang menepati kehendak parti.
Jika boleh semua nak dipilih, tiada tertinggal dan tiada terpinggir, tetapi kita kena akur dengan hukum dan syarat.
Hanya 25 sahaja yang perlu diangkat untuk diletakkan di majlis kerja tertinggi Umno. Oleh itu untuk memudahkan cara membuat pilihan, ada beberapa perkara yang boleh dicadangkan.
Pertama ialah faktor usia, kedua rekod perkhidmatan dalam parti, ketiga kebolehan berkomunikasi dengan baik, jujur dan ikhlas dan terakhir ialah hati kecil bersuara, aku suka sipolan sebab bla bla bla....dia tu hmm tak berapa berkenan sebab bla bla bla bla....So siapa yang mempunyai titik sentuh yang baik pasti akan mendapat sokongan.
Lihat sendiri bagaimana Ust Dr Fathul Bari menang undi tertinggi dalam pemuda. Cuma sedikit yang terbuku ialah dalam pemuda ada petunjuk dari atas. apa pun depa dah menang bergaya....untuk 3 tahun lagi....
Persepsi masyarakat terhadap KDN dan PDRM kini bertambah baik, masyarakat melihat KDN dan PDRM bertindak tegas terhadap pesalah dan penjenayah, tidak seperti sebelumnya, rakyat memandang serong terhadap KDN dan PDRM, apa pun tahniah kepada zahid hamidi kerana megembalikan kepercayaan rakyat kepada KDN dan megembalikan maruah PDRM yang tercalar selama ini...
Hari Sabtu ini hari yang maha penting untuk umat Melayu.. Hari yang akan menentukan 'kepala' dan 'nakhoda' Melayu.. Hari yang akan menentukan sama ada kita akan dipimpin oleh pemimpin yang berani atau yang tidak berapa jantan... Hari yang akan menentukan 'panglima perang' untuk menghadapi PRU ke 14 yang semakin getir. Kita akan berdepan ujian yang maha hebat bukan dari PAS atau PKR tetapi daripada DAP. Justeru, kita harus memilih pimpinan yang kental jiwa Melayu nya.. Pimpinan yang berani menyuarakan hak dan ketuanan Melayu.. Pimpinan yang tahu menjulang dan mempertahankan maruah Melayu... Datuk Mohammad Aziz sudah teruji jiwa Melayu..Anda buatlah pilihan yang bijak..!!!!
Maafkan saya jika pandangan ini tidak digemari ramai pihak - tetapi saya menunggu sehingga saat-saat akhir untuk memberikan "ramalan" yang mungkin tidak berapa "tepat" tapi saya mengesyakinya akan terjadi. Namun demikian - segalanya ditentukan oleh Allah - kita hanya mampu menjangka berdasarkan "sikap" dan senario ahli-ahli UMNO di peringkat bawah yang baru sahaja selesai mengundi bagi ketiga-tiga sayap utama UMNO sabtu lepas. Ternyata tidak terlalu banyak perubahan yang berlaku - seperti mana yang diharap-harapkan oleh sebahagian besar ahli UMNO tanpa jawatan dan para simpati UMNO di luar sana - Dan untuk sekali lagi, saya merasakan bahawa Mukhriz Mahathir akan tewas sekali lagi dalam cubaannya untuk mendaki hieraki kepimpinan tertinggi UMNO dalam pemilihan parti tersebut hari ini. Saya penyokong Mukhriz sejak dahulu lagi - walaupun beliau tewas menentang Khairy untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO - namun, pada kali ini melihat senario ahli UMNO akhir umbi dan strategi beliau berkempen - saya percaya Mukhriz akan tewas sekali lagi - bukan masalah ketokohan - sebaliknya ahli UMNO akar umbi pada kali ini tidak lagi seperti dahulu - kelantangan dan semangat kental perjuangan tidak lagi menambat hati mereka - yang tinggal hanya peluang dan habuan. Jangan kecewa sahabat-sahabatku jika Mukhriz hari ini gagal sekali lagi - setidak-tidak kita sudah dapat menghidu terlebih awal. Wallahualam.
Meskipun Pakatan Rakyat (PR) sepakat kalimah Allah boleh digunakan semua pihak termasuk golongan bukan Islam, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din (gambar) bagaimanapun menolak perkara itu dan menegaskan perkataan Allah adalah eksklusif untuk Islam sahaja. Agama-agama lain jelasnya tidak berhak menggunakan kalimah Arab itu kerana Allah merujuk kepada Tuhan Yang Satu, bukannya berbilang Tuhan. ''Dengan kata lain, kalimah suci ini hanya eksklusif untuk orang Islam sahaja sementara permohonan daripada agama lain, mahkamah tidak membenarkannya," katanya dipetik dari Utusan Malaysia.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR semalam menegaskan pendirian pembangkang itu konsisten dalam isu kalimah Allah, selagi ia tidak disalahgunakan oleh penganut agama lain. "Pakatan Rakyat (PR) kekal konsisten dengan pendirian kami dahulu. "Cuma sekarang kami menggesa supaya semua pihak bertenang dan menggunakan kebijaksanaan dalam menangani isu ini," kata Anwar dalam sidang media yang turut dihadiri Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali dan Penasihat DAP Lim Kit Siang. Pada 8 Januari lalu, PR mencapai pendirian penggunaan kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian dengan syarat ia tidak disalahgunakan dan menegaskan kalimah berkenaan tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.
Keputusan tersebut diumumkan selepas mesyuarat pemimpin tertinggi PR yang dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Lim dan Anwar. Haron, bagaimanapun dalam kenyataannya, meminta semua pihak bersiap sedia kerana masih terdapat satu lagi mahkamah yang boleh mendengar tuntutan tersebut iaitu Mahkamah Persekutuan. ''Masih ada satu lagi tempat medan perjuangan yang namanya Mahkamah Persekutuan. Mungkin arahan tidak terduga akan berlaku nanti atau mungkin juga Malaysia bukannya medan untuk pertarungan mempertahankan kalimah Allah.
''Sebaliknya hingga ke peringkat Mahkamah Antarabangsa. Mungkin akan sampai ke sana. Apa pun sebagai umat yang faham tentang Islam itu sebagai agama tauhid wajib mempertahankan kalimah suci ini," katanya. Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh Isnin lalu memutuskan akhbar mingguan Herald dilarang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka sebagai rujukan kepada Tuhan. – 18 Oktober, 2013.
KUALA LUMPUR 19 Okt. - Bapa kepada selebriti yang menyertai Pas, Abby Abadi adalah antara perwakilan terawal mengundi pada Pemilihan UMNO 2013 Bahagian Gombak di Dewan Centrum Mara Setiawangsa di sini hari ini.
Abdul Manan Tadin, 78, berkata, meskipun anaknya menyertai Pas tetapi kesetiaannya kepada UMNO tidak akan sesekali pudar.
Katanya, perkara itu kerana hanya UMNO adalah satu-satunya parti yang dapat membela nasib dan kelangsungan orang Melayu.
"Biarkan dia (Abby) dengan pendirian politiknya, saya tidak akan terpengaruh dan tidak mudah menerima parti lain dalam diri ini kerana saya sudah lama bersama UMNO dan akan memperjuangkannya sehingga ke akhir hayat saya.
"Walaupun terpaksa bertongkat, saya tetap datang bagi menunaikan tanggungjawab saya memilih pemimpin yang benar-benar layak memimpin UMNO," katanya kepada pemberita.
Bahagian Gombak menyaksikan pertarungan sengit antara penyandang, Abdul Rahim Kamarudin dan Datuk Said Anuar Said Ahmad untuk jawatan Ketua Bahagian.
Sementara itu, jawatan Timbalan Ketua melibatkan pertembungan lima penjuru antara Datuk Dr. Rahman Ismail, Datuk Abu Samah Bachik, Datuk Amiruddin Mohd. Radzi, Rajiani Ab. Ahimid @ Abdul Hamid dan Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin dan manakala jawatan Naib Ketua melibatkan pertembungan tiga penjuru antara Mohd. Yusop Saidin, Dr. Othman Ab. Rahman dan Abd. Aziz Jenthan. - UTUSAN ONLINE
Yang Menang Jangan Angkuh, Yang Kalah Terus Beri Sumbangan, Pesan Najib
PEKAN, 19 Okt – Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berpesan kepada mereka yang menang dalam pemilihan Umno supaya tidak terlalu ghairah dan angkuh, sebaliknya sedar akan tanggungjawab dan amanah besar yang digalas dalam perjuangan membela bangsa dan agama.
Sambil meminta mereka "menghulurkan tangan persahabatan" kepada yang kalah, Perdana Menteri berkata calon yang menang perlulah tawadduk, bahawa perjuangan Umno memerlukan barisan kepimpinan yang bersatu bagi menghadapi cabaran mendatang.
"Yang tak berjaya, ini bukan penamat perjuangan mereka, ini satu proses dalam perjuangan, perlu terus berjuang dan beri sumbangan kepada parti," katanya ketika ditemu bual RTM menerusi program Selamat Pagi Malaysia, sebelum menghadiri mesyuarat perwakilan Umno bahagian Pekan, di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini.
Najib yang menang tanpa bertanding bagi jawatan ketua bahagian itu berkata pemilihan kali ini adalah hasil proses transformasi yang dilakukan pada Perhimpunan Agung Umno 2009, dalam usaha ke arah menjadikan parti lebih telus dan demokratik.
Kira-kira 146,000 anggota akar umbi diberi hak menentukan pimpinan peringkat bahagian dan saf tertinggi kepimpinan parti itu berbanding sebelum ini hanya 2,500 perwakilan menentukan nasib pemimpin Majlis Tertinggi semasa perhimpunan agung Umno.
"Saya berharap pemilihan ini akan berlangsung dengan begitu lancar dan teratur dan tidak mendatangkan banyak masalah, dengan harapan apa yang kita lakukan pada 2009, kita membuat keputusan amat bersejarah, pinda perlembagaan Umno secara menyeluruh, letak asas keterbukaan Umno kepada prinsip demokrasi, objektifnya, pemilihan kali ini memenuhi tujuan (pindaan) perlembagaan itu," katanya.
Najib berkata apa yang penting, anggota Umno perlu jalankan tanggungjawab mereka dengan memikirkan apa matlamat kesudahannya menerusi proses pindaan itu, seterusnya menjayakan proses transformasi dalam parti.
"Saya berharap para perwakilan yang menyeluruh (mewakili) suara akar umbi, dapat menunjukkan pendirian mereka terhadap barisan kepimpinan Umno yang memenuhi cita rasa akar umbi.
"Mereka harus melihat, dengan hati, secara rasional dan objektif, (dan) kita dapat barisan kepimpinan lebih mantap lagi," katanya.
PERNAH menentangnya di gelanggang badminton di usia saya awal dua puluhan dulu. Waktu itu bukan aksi hebatnya yang saya perhatikan. Tapi saya amat kagum dengan apa yang tersarung di tumbuh wanita ini.
Beliau Wanita Pertama Malaysia ketika itu. Namun ia tidak sedikit pun membuatkan beliau bermegah dengan gelaran itu.
Ketika itu, beliau sekadar berkemeja-T dan seluar sukan jenama biasa. Dan apa yang paling membuatkan saya terpegun adalah kasut yang disarung.
Seperti tidak percaya, isteri seorang perdana menteri hanya memakai kasut sukan berjenama Bata di kakinya.
Penuh keibuan, 'low-profile' , kesederhanaan penampilannya itulah membuatkan beliau diingati. Beliau juga disenangi, disanjung serta dihormati sehingga kini. membuatkan beliau diingati, disenangi, disanjung serta dihormati sehingga kini.
Walaupun berpendidikan tinggi dan bekas seorang doktor perubatan, namun semua itu tidak menjadikan dia seorang yang mahu menonjol-nonjolkan dirinya.
Hanya mengikut suami dan bergerak di belakang tabir. Hanya memberi komen kepada wartawan apabila diminta berbuat demikian. Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, menjadi 'ibu' kepada rakyat Malaysia di zamannya.
Bersama Editor, Mazlinda Mohd Nor, Mohd Fazli Zainul Abidin dan jurugambar, Rosli Talib bertemu Tun baru-baru ini, ibu ini juga tidak menolak untuk bercerita tentang Marina, Melinda, Mokhzan, Mukhriz, Maizura dan Mazhar, anak-anaknya sendiri.
Untuk kali ini, ikuti apa kata Tun tentang Mukhriz?
Kontroversi Marina dan penglibatannya dalam NGO yang berhaluan kiri. Apa pandangan Tun terhadap Marina dalam hal ini?
Marina memang sesekali dilihat seperti berhaluan kiri. Saya tidak nafikan perkara itu.
Tapi, Marina bukan anak kecil. Dia sudah cukup dewasa untuk menilai apa yang dia lakukan. Saya tidak pernah menghalang atau menentang aktiviti Marina. Dia diberi penuh kebebasan untuk menentukan pendirian dan pandangan sendiri.
Cuma jika sikapnya berlebihan, bapanya akan memberi nasihat. Itu pun sekadar nasihat yang memerlukan dia sendiri buat keputusan dan fikirkan kembali tindakannya itu.
Rakyat melabelkan Mukhriz sebagai 'anak bapa'. Apa yang mahu Tun lihat dalam legasi dan kejayaan politik Mukhriz sebelum Tun menutup mata?
Saya masih ingat, kali pertama Mukhriz melahirkan hasrat untuk terjun ke dunia politik, hati saya sungguh risau.
Saya kasihankan dia. Saya kasihankan isteri dan anak-anaknya. Menceburi politik bermakna isteri dan anak-anak Mukhriz perlu melalui apa yang pernah saya tempuh . Ia bukan satu perjalanan yang mudah.
Sekarang ini pun anak-anak Mukhriz hanya dapat bertemu beliau pada cuti hujung minggu. Anak-anak bersekolah di sini. Sedang sebagai Menteri Besar Kedah, Mukhriz perlu berada di utara. Nak dipindahkan sekolah, di Kedah tiada sekolah antarabangsa.
Tapi itulah antara pengorbanan yang perlu dilakukan.
Tapi itu kehendak Mukhriz. Saya tidak ada hak untuk melarang. Jadi sebenarnya saya seperti 'rela dalam terpaksa'.
Sepanjang suami saya memegang tampuk pemerintahan negara, anak-anak hanya dibenarkan menjadi ahli dalam parti politik. Tetapi dilarang memegang apa-apa jawatan.
Dan kerana itu, semasa Tun Dr Mahathir masih menjadi Perdana Menteri, Mukhriz tidak penah berbicara soal politik atau menunjukkan sebarang minat kepada kami berdua. Tetapi bila 'larangan' itu sudah tiada, barulah dia mula buka mulut tentang perkara ini. Jadi, sebelum itu, saya sendiri pun tidak nampak kecenderungannya dalam politik.
Saya tidak setuju dengan gelaran 'anak bapak' itu. Kalau 'anak bapak' tentu dari awal suami saya sudah libatkan Mukhriz. Tentu sejak awal dia sudah dibimbing dan diberi tunjuk ajar yang mungkin seperti anda katakan 'untuk meneruskan legasi Mahathir'. Tapi tiada. Sampai sekarang pun hanya sesekali, boleh dikira dengan jari, Mukhriz tampil untuk meminta pandangan dan nasihat daripada bapanya.
Tahun 2009 waktu Mukhriz ditawarkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan dan Antarabangsa, dia ada menelefon saya. Katanya, "Mummy depa lantik saya jadi timbalan menteri."
Tapi daripada nada suaranya macam dia tak bersungguh-sungguh saja. Tak ada nada gembira atau sebaliknya.
Bila saya bagi tau suami, barulah suami bagi Mukhriz nasihat.
Dan dalam isu Kedah pula, setahu saya Mukhriz belum pernah meminta nasihat atau pandangan daripada bapanya.
Kalau orang kata 'Mukhriz anak emak' itu saya setuju.
Apa-apa hal Mukhriz selalu merujuk saya dahulu sebelum bapanya. Malah sebelum pilihan raya pun,Mukhriz bawa saya untuk berkempen. Bukan bapanya.
Kebetulan dulu semasa masih menjadi doktor, saya bertugas di Jerlun. Masyarakat veteran di sana sangat mengenali saya. Jadi,demi anak...saya tawarkan diri kepada Mukhriz untuk membantunya berkempen di sana.
Kalau Mukhriz 'anak bapak' lebih baik dia diteman bapanya sewaktu berkempen. Malah bapanya jauh lebih terkenal daripada saya sendiri....
Tapi selalunya Mukhriz sukar untuk mulakan ucapan jika saya ada bersamanya. Tak tahu kenapa, dia seperti 'tergagap' dan malu-malu.
Itulah Mukhriz....
Doa saya, moga Mukhriz dapat memimpin dengan baik. Paling penting mesti amanah menunaikan tanggungjawab terhadap masyarakat yang dipimpin.
Menjadi pemimpin, tanggungjawab terlalu besar. Jadi lakukan sebaik mungkin kerana ALLAH.
Walau sebelum ini saya seperti 'terpaksa' merelakan Mukhriz terjun ke dunia politik, namun saya tetap mendoakan agar dia berjaya dengan apa yang diimpikannya.
Sudah kehendak Mukhriz untuk menyambung warisan kepimpinan bapanya, jadi sebagai ibu saya akan terus mendoakan dia melakukannya dengan jujur dan ikhlas.
Jika hasratnya mahu cemerlang seperti bapanya, lakukan sebaik mungkin!
Lima sebab kenapa WAJIB undi MUKHRIZ MAHATHIR esok:
1) Berjaya mengetuai jentera Pilihanraya BN Negeri Kedah merampas kembali negeri tersebut dari PAS.
2) Calon VP yang paling muda bagi memastikan kesinambungan kepemimpinan UMNO serta menjadi jambatan antara generasi muda dengan parti, dan memastikan transformasi meremajakan semula UMNO akan tercapai sepenuhnya
3) Seorang tokoh pemimpin yang berani menegur kepimpinan tertinggi negara dan tidak takut membawa denyut nadi akar umbi berkaitan sesuatu isu.
4) Mesti ada wakil pemimpin UMNO dari negeri-negeri UTARA tanahair dalam barisan kepimpinan tertinggi parti.
Selain dari dua calon di atas, antara calon muda yang lain yang boleh diberi perhatian oleh para perwakilan adalah saudara Tun Faisal Ismail Aziz, calon nombor 60. Saya secara peribadi tidak mempunyai masalah dengan beliau walaupun ada masanya ada dikalangan pemain-pemain media cyber yang bermasalah dengan beliau. Seperti yang saya katakan diatas, jika ada satu dua perkara yang kita tidak suka dengan cara orang itu, kita tidak boleh nafikan kebaikan-kebaikannya yang lain. Kita kena ingat panas yang seharian, jangan kita hanya ingat hujan yang sejam dua.
Suka tidak suka hakikat yang perlu diterima Tun Faisal mempunyai sumbangannya dalam dunia media baru dikalangan penyokong-penyokong BN. Jika satu masa dulu dunia media baru hanya dikuasai pembangkang. Tetapi suasana telah berubah selepas PRU 12 tahun 2008. Saya dan kawan-kawan pun wujud selepas PRU 2008. Kemudian selepas Pemilihan Umno 2009 satu unit telah ditubuhkan dibawah Pemuda Umno yang dinamakan Unit Media Baru yang diketuai oleh Tun Faisal. Beliau menjelajah ke seluruh negara untuk memberi pendedahan kepentingan media baru kepada anak-anak muda dan menarik mereka menyokong BN.
Akhirnya kita sendiri boleh lihat bagaimana keadaan menjelang PRU 13. Kita telah berjaya mengimbangkan keadaan dan berjaya menyaingi pembangkang. Bukan lagi kita yang menjadi mangsa fitnah atau belasahan mereka seperti PRU 12. Saya dan kawan-kawan sahaja tidak cukup, namun begitu kehadiran UMB yang diketuai oleh Tun Faisal membuat kita bertambah kuat. Sebab itu saya katakan kita tidak boleh nafikan sumbangan Tun Faisal dalam hal ini. Jika beliau terpilih sebagai MT dan beliau diberi kepercayaan oleh parti untuk menguruskan media baru, mungkin beliau boleh lakukan lebih daripada yang dilakukan sebelum ini.
Satu undi dari anda untuk calon MT bernombor 02, 17 dan 60. - RBFOnline
"...tun faisal.. rakan lama.. walaupun dia budak ckmm aku ambil pendirian berkecuali. dia konsisten pertahan kalimah ALLAH. " - Gerakan Anti PKR
Alhamdulillah. Di saat-saat akhir ini, DUA BLOGGER OTAI menyatakan sokongan penuh mereka kepada calon no. 60 MT, saudara Tun Faisal. Seperti mana yang anda semua ketahui sebelum ini, kami sememangnya berharap Tun Faisal menang dan diberikan satu tempat di Majlis Tertinggi UMNO.
Rasanya apa yang dihuraikan oleh blogger RBF cukup padat untuk menceritakan siapa dan apa yang telah Tun Faisal buat untuk UMNO selama ini, bagi melayakkan beliau dipilih sebagai salah seorang anggota MT baru. Dalam mendepani dunia teknologi maklumat yang tiada sempadan ini, UMNO benar-benar memerlukan barisan pemimpin muda yang bukan sahaja berpengetahuan dalam IT, bahkan mampu menguasainya bagi memastikan pengaruh UMNO dan Kerajaan tidak terjejas dengan dakyah pihak lawan yang tiada hentinya. Tun Faisal telah membuktikan dirinya mampu menggalas cabaran ini, seperti mana yang diperakukan sendiri oleh BLOGGER OTAI RBF di atas.
Kami juga berharap agar pemilihan kali ini menterjemahkan semangat yang cuba dipupuk ketika sistem undian yang lebih luas kepada ahli ini diperkenalkan dahulu. Jangan hanya pandai menjadi jaguh dengan mendabik dada bahawa dialah yang merintis idea pemilihan yang ada kini, tetapi akhirnya terpaksa mengemis bantuan pemimpin atasan bagi "memaksa" para perwakilan untuk memberikannya undi. Kalau ada TELOR, lawanlah depan-depan gunakan pengaruh sendiri.
Ramai yang pernah menyaksikan bagaimana Tun Faisal ini membantu ramai sibertruper BN ketika mereka tidak langsung dipedulikan oleh pemimpin-pemimpin lama. Beliau bukan setakat berjaya menyatukan kebanyakan mereka, bahkan beliau juga memastikan mereka tidak menjadi susah ketika berjuang. Kalau beliau hendak jadi kaya-raya, sudah lama beliau boleh sekiranya tidak amanah untuk memastikan sumber yang diperuntukan sampai ke tangan yang sepatutnya. Kami sendiri menjadi saksi dua mata akan perkara ini.
Ingat apa yang pernah KP kita ucapkan sebelum ini, 54% pengundi muda MELAYU bawah umur 30 tahun mengundi BN pada PRU yang lalu. Dan golongan ini tidak terkesan langsung dengan berita suratkhabar dan TV. Media sosiallah yang membentuk pemikiran dan pola sokongan undi mereka. Apakah kejayaan ini dapat dicapai tanpa usaha bersepadu daripada sibertruper BN yang terkoordinasi?
Jadi, janganlah lupa untuk memberikan undi anda kepada calon No 60 esok. Demi masa depan parti kita dan ABATA. Kepada Allah kita berserah.
Sebahagian jemaah Masjid Sultan Muzaffar Shah berhimpun membantah tindakan Tony Pua menghina Pendaftar Pertubuhan, di Sungai Petani, Kedah, semalam.
Kira-kira 60 umat Islam berhimpun di hadapan Masjid Sultan Muzaffar Shah di sini hari ini bagi mengecam tindakan biadab Ketua Publisiti DAP, Tony Pua yang menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai 'anjing UMNO'.
Mereka berhimpun sebaik sahaja selesai solat Jumaat kira-kira pukul 2 petang dan masing-masing melaungkan slogan serta mengangkat sepanduk sebagai menyatakan kemarahan terhadap tindakan Tony Pua.
Selain berulang kali melaungkan 'Tony Pua kurang ajar, biadab', mereka membawa sepanduk yang mengutuk sekeras-kerasnya kebiadaban pemimpin DAP itu.
Mereka juga mendesak Tony Pua meminta maaf terhadap ROS yang majoriti kakitangannya adalah orang Melayu beragama Islam sekali gus mengguris hati kaum itu secara keseluruhannya dengan gelaran berkenaan.
Demonstrasi aman selama 30 minit itu disertai kariah Masjid Sultan Muzaffar Shah tanpa mengira fahaman politik termasuk golongan muda dengan diketuai oleh Mejar (B) Anuar Abdul Hamid.
Anuar ketika berucap pada perhimpunan itu berkata, mereka berasa amat kecewa dengan tindakan biadab Tony Pua yang menggelar kakitangan awam ROS sebagai 'anjing'.
"Setahu saya hampir 95 peratus penjawat awam di ROS adalah Melayu dan Islam. Binatangkah mereka ini?.
"Ini baru DAP menang 38 kerusi di Parlimen, kami tidak tahu apakah akan terjadi jika parti itu menang lebih besar lagi," katanya.
Tony Pua sebelum ini menggelar ROS sebagai 'anjing UMNO' berhubung isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP selepas parti itu diarah menjalankan pemilihan semula berikutan pelbagai pihak mempertikaikan kewibawaan proses yang pertama pada 15 Disember tahun lalu.
Justeru kata Anuar, mereka tidak berasa hairan apabila tiada seorang pun Melayu tulen menang pada pemilihan semula CEC DAP baru-baru ini.
Dia turut mempersoalkan sikap berdiam diri Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Penasihat parti itu, Lim Kit Siang yang seperti memberi sokongan moral kepada Tony Pua kerana sehingga kini tidak menegurnya berhubung kenyataan tersebut.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
TEHRAN 18 Okt. - Ketua badan kehakiman Iran, Ayatollah Sadeq Larijani, akan membuat keputusan hari ini berhubung kes seorang pengedar dadah yang telah menjalani hukuman gantung, namun masih lagi hidup selepas menjalani hukuman di tali gantung.
Penjenayah tersebut yang dikenali sebagai Alireza M, 37, disahkan mati oleh doktor selepas 12 minit di gantung dalam sebuah penjara di timur laut Iran.
Namun, pada keesokan harinya kakitangan bilik mayat di bandar Bojnourd mendapati penjenayah berkenaan masih lagi hidup.
Beliau kini beransur pulih di hospital, pada ketika pakar undang-undang berbeza pandangan sama ada dia perlu menjalani hukuman gantung buat kali kedua atau tidak.
Iran telah dilaksanakan hukuman penjara kira-kira 560 orang pada tahun ini – termasuk kira-kira 200 yang telah dihukum mati sejak presiden baru iran Hassan Rouhani mendapat kuasa pada bulan Jun.
Rouhani berikrar untuk menamatkan penindasan rejim sebelum ini, tetapi kumpulan hak asasi manusia mengatakan hukuman mati sebenarnya telah meningkat di bawah pemerintahannya.
Iran mempunyai kadar tertinggi hukuman per kapita dan meletakkan kepada kematian lebih ramai orang setiap tahun daripada mana-mana negara lain kecuali China.
Banyak mengutuk dilaksanakan untuk kesalahan kecurian, kesalahan-kesalahan dadah yang berkaitan, tidak mengikuti kaedah-kaedah Islam atau kerana politik mengkritik kerajaan.
Mereka sering digantung awam di pusat-pusat bandar atau dari jambatan dan kren.-AFP
Kedudukan peguam terkemuka, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan pendakwa raya bagi kes liwat (Liwat II) melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiada bezanya dengan peranan yang dimainkan oleh Karpal Singh ketika bertindak sebagai peguam bela kepada Ketua Pembangkang tersebut dalam kes Liwat I.
Dapatan itu terkandung dalam alasan penghakiman Mahkamah Rayuan ketika menolak permohonan pihak pembelaan agar Muhammad Shafee digugurkan daripada mewakili pendakwa raya dalam rayuan terhadap pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, lima tahun lalu.
Hakim Datuk Rohana Yusuf dalam alasan penghakiman bertarikh 11 Oktober lalu setebal 19 muka surat berkata, Karpal pada 22 Oktober 1997 telah menyatakan di Dewan Rakyat yang pengadu dan salah seorang saksi dalam kes liwat tersebut telah bertemu dengannya dan kenyataan beliau juga direkodkan oleh pihak polis.
Situasi tersebut secara tidak langsung telah menjadikan Karpal sebagai seorang saksi yang berpotensi namun peguam itu sepanjang perbicaraan mewakili pihak pembelaan.
"Oleh itu berdasarkan perbandingan dan pandangan kami, peranan Karpal Singh tidak terlalu berbeza daripada fakta-fakta yang dirujuk berkenaan isu-isu ini.
"Kami mengatakan demikian kerana walaupun sebagai saksi yang berpotensi, Karpal bertindak sebagai peguam semasa perbicaraan sedangkan dalam rayuan yang belum selesai (Liwat II), prosiding akan diteruskan tanpa saksi," ujar hakim itu.
Selain itu menurut Hakim Rohana, pihaknya tidak menemui sebarang merit berhubung alasan yang dikemukakan dalam permohonan berkenaan dan atas sebab-sebab tersebut, mahkamah menolak permohonan itu.
Menurut hakim itu, selepas perbicaraan penuh di Mahkamah Tinggi, tiada saksi lagi diperlukan dan Muhammad Shafee tidak dipanggil oleh pihak pendakwaan mahupun pembelaan.
Pada 18 September lalu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan pihak pembelaan dan memutuskan Muhammad Shafee kekal mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan pendakwa raya bagi kes liwat tersebut.
Keputusan tersebut dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Ramly Ali yang bersidang bersama Rohana dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh setelah berpuas hati pelantikan Muhammad Shafee itu adalah sah di sisi undang-undang.
Rayuan pendakwa raya terhadap pembebasan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 11 dan 12 Disember depan.
Hakim Ramly dalam keputusan sebelum ini menyatakan, pelantikan Muhammad Shafee telah dibuat berdasarkan peruntukan Seksyen 376(3) dan Seksyen 379 di bawah Kanun Keseksaan serta Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.
Beliau menyatakan, pelantikan itu sah kerana Seksyen 379 yang antara lain memberi kuasa kepada pendakwa raya melantik seorang peguam mengendalikan kes jenayah, masih merupakan undang-undang yang baik.
Mahkamah berpendapat, Seksyen 376(3) yang menyatakan pendakwa raya boleh melantik mereka yang layak sebagai timbalan pendakwa raya, perlu dibaca secara harmoni dengan Seksyen 378 kerana kedua-duanya konsisten di antara satu sama lain.
Kuorum itu turut berpendapat, tiada bukti material yang mencukupi bagi menyokong hujahan peguam bela bahawa Muhammad Shafee merupakan saksi yang berpotensi dalam kes itu.
Pada 9 Januari tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari selain tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).
Anwar, 66, didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya itu yang kini berusia 28 tahun di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. -UMO
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Esok pemilihan akan dibuat oleh semua perwakilan UMNO untuk barisan Majlis Tertinggi UMNO. 64 calon menawarkan diri bertanding, hanya 25 yang bakal dipilih oleh perwakilan.
Secara peribadi, pilihan itu sudah pasti akan dibuat secara bijaksana oleh semua perwakilan. Setiap perwakilan ada penilaian sendiri untuk memilih calon yang mereka sukai. Namun buatlah pemilihan dengan mengambil kira semua aspek demi kekuatan parti.
Apa yang penting adalah untuk menentukan hala tuju parti bagi mendepani tiga misi penting.
1) Membantu Presiden & Timbalan Presiden UMNO untuk berkhidmat kepada rakyat dan menunaikan janji PRU13.
2) Bersama sama bekerja Presiden & Timbalan Presiden UMNO untuk mencapai kemenangan yang lebih bermakna dalam PRU14
3) Mencapai Wawasan 2020
Bagi maksud tersebut, beberapa nama pilihan dibuat secara peribadi untuk mengisi kekosongan yang ada dalam Majlis Tertinggi UMNO. Pilihan yang dibuat adalah seperti gambar gambar di bawah ini:
Calon Naib Presiden
Tok Pa, Calon yang banyak berjasa pada kepimpinan pelajar
Semua calon daripada Perlis
Selamat mengundi untuk semua perwakilan, buat pilihan yang bijak untuk masa depan UMNO. Perwakilan bakal bersuara esok.
Setiap kali Perhimpunan Agung Umno beberapa tahun kebelakangan ini beliaulah orang yang dinanti-nantikan untuk menyampaikan ucapan. Setiap kali nak berceramah samada di musim pilihanraya kecil atau diluar musim beliau jugalah orang yang dicari-dicari. Ini kerana ucapannya yang bersahaja, bernas dan dapat difahami dengan mudah.
Namun begitu bila tiba musim pemilihan Umno dan beliau turut bertanding untuk jawatan Ahli Majlis Tertinggi, namanya agak tenggelam. Mungkin beliau mengambil sikap low profile dan menyerahkan kepada perwakilan untuk menilainya.
Tahun lepas beliau memberi perbandingan yang cukup mudah untuk membandingkan Pas dengan islam. Bendanya mudah, tetapi sebelum ini tidak pernah terfikir dek orang lain untuk menggunakan perumpamaan begitu. Lihat video di bawah untuk mengetahuinya.
Orangnya mudah didekati dan tidak berlagak. Jika duduk dengan beliau tanyalah apa sahaja beliau pasti akan boleh menjawabnya. Dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan kepetahan dan kehebatan beliau berhujah memang tidak boleh dinafikan. Itulah kadangkala membuatkan Nik Aziz pening kepala. Nak lihat kehebatan beliau berhujah atau berceramah sila lihat video-video di You Tube.
Dalam bab berucap, berhujah dan berdebat saya berani katakan dalam Umno tiada orang yang boleh melawannya. Kehebatan dalam hal itu yang ada padanya boleh dikatakan sebagai anugerah daripada tuhan. Cuma beliau agak tenggelam di peringkat nasional selepas diletakkan bertanding di kerusi Dun Kok Lanas sejak 2008.
Sebelum itu pada tahun 2004 beliau adalah Ahli Parlimen Ketereh. Masa itu sangat menyeronokkan apabila melihat beliau berbahas di Dewan Rakyat. Tapi masa itu pembangkang tidak ramai seperti hari ini. Kalaulah beliau ada parlimen sekarang alangkah seronoknya kita melihat beliau berdepan dengan pihak pembangkang.
Sejarah bertanding pilihanraya tidak pernah kalah. Tiga kali bertanding sejak 2004, tiga kali berturut-turut beliau menang. Anak seorang arwah tok guru di negeri Kelantan. Mempunyai ilmu agama yang cukup. Dilahirkan pun di bumi Mekah.
Orang seperti ini sangat diperlukan oleh parti.....dan beliau perlu diangkat ke kerusi Majlis tertinggi Umno. Saya merayulah kepada para perwakilan, berilah undi anda kepada beliau dan pastikan beliau menang. Jika minggu lepas Perwakilan Pemuda telah menobatkan Ustaz Fahtul Bari sebagai Exco Pemuda Umno, esok anda nobatkanlah pula Mohd Alwi Che Ahmad sebagai ahli MT. Adalah satu kerugian kepada parti jika kita tidak memilih orang seperti ini. Dalam keadaan dunia politik yang semakin menggila sekarang kita perlukan orang seperti ini untuk berdepan dengan musuh-musuh kita.
Ingat para perwakilan, jangan lupa satu undi anda kepada Mohd Alwi Che Ahmad, calon nombor 38.
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Banyak sekali di antara kita yang suka dengan permen keret. Sensasi yang di dapat selama mengunyah permen karet membuat penggemarnya tidak sedikit. Tetapi pernahkah kamu makan permen karet, lalu tanpa sengaja / sengaja menelannya? Seperti yang kita ketahui permen karet adalah permen yang hanya dikunyah-kunyah dan tidak untuk ditelan lalu bagaimana jika tertelan apakah akan membahayakan tubuh?
permen karet pada umumnya sama dengan permen biasa yang kita konsumsi bahan yang digunakan permen karet juga dibuat dari pemanis, pewarna buatan, dan perasa, sama seperti bahan permen biasa. Sementara bahan karet pada permen karet dibuat dari campuran elastomer, resin, lemak, emulsifier, dan wax.
Lalu apa permen karet bisa dicerna jika tertelan? Karena bahan dasarnya sama dengan permen biasa pastinya permen karet bisa dicerna oleh usus jika tertelan namun butuh waktu yang lama untuk mencerna permen karet sebab usus tidak bisa dengan mudah mecerna karet. Setidaknya butuh waktu dua sampai tiga hari bagi usus untuk menceran permen karet untuk dikeluarkan dari tubuh melalui proses akhir.
Namun bukan tidak ada bahayanya jika kita menelan permen karet bahaya yang akan timbul adalah adanya penyumbatan pada organ pencernaan namun hal ini sering terjadi pada anak anak dan jarang terjadi pada orang dewasa sebab diameter organ pencernaan anak anak lebih kecil dibandingkan orang dewasa.
Nah jadi jangan bingung jika kamu tertelan permen karet sebab permen karet akan di cerna tubuh dan akan dikeluarkan dari tubuh, namun jika permen karet yang di telan tidak keluar dari tubuh sebaiknya kamu memeriksakan diri ke rumah sakit terdekat untuk menghindari hal hal yang tidak dinginkan terjadi.
Menulis artikel dengan waktu hanya 25 menit? berbobot dan harus teroptimasi?, bisakah Anda Melakukannya? kesempatan hari ini di Bulan Ramadhan yang pernuh berkah, Saya akan berbagi 8 jurusmenulis artikel dengan waktu 25 menit!. Perlu Anda ingat, bahwa menulis artikel itu tidak sekedar hanyalah sebuah tulisan, sebuah artikel yang baik haruslah berbobot, lebih mantap lagi jika nantinya di publish di blog, artikel tersebut di optimasi. "apa gak butuh waktu lama tuh?", jawabannya tidak, jika Anda benar-benar memanfaatkan waktu.
Inilah 8 Jurus Menulis Artikel dengan Waktu 25 Menit
Jurus 1: Mencari Ide Ide sifatnya tak terbatas, ide yang sederhana akan tetapi sangat bermanfaat bagi pembaca, itulah yang terpenting. Mencarinya pun tak sulit, cukup apa yang ingin Anda bagikan, tuliskan. (waktu yang diperlukan lebih-kurang 2 menit)
Jurus 2: Riset Kata Kunci Ini penting (kecuali Anda menulis dan membaginya hanya melalui socmed dan tidak mengurusi dengan mesin pencari), untuk riset kata kunci, harus sering-sering latihan, praktek!. Saya juga masih belajar riset kata kunci. (waktu yang diperlukan lebih-kurang 3 menit)
Jurus 3: Mengumpulkan Data yang akan Menjadi Bahan Artikel Untuk urusan mengumpulkan data, gunakan RSS Reader untuk yang nantinya akan menjadi bahan artikel. Mengapa RSS Reader? karena ia lebih cepat, dan hemat kuota. (waktu yang diperlukan lebih-kurang 5 menit)
Jurus 4: Rencanakan Bagaimana Anda Menulis Rencanakan bagaimana anda menulis artikel nantinya, dari mulai sudut pandang artikel, bahasanya, dsb. (waktu yang diperlukan lebih-kurang 2 menit)
Jurus 5: Mulailah Anda Menulis Paragraf pertama bisa saja sangat melelahkan jika Anda tak tahu banyak dengan topik yang sudah Anda idekan. ini mengapa, jurus 1, ke 3, dan ke 4. itu penting. jika Anda tidak merencanakan bagaimana Anda menulis, Anda malah melenceng. Anda menunda menulis, hilang semua ide yang udah Anda buat. (waktu yang diperlukan lebih-kurang 12 menit)
Jurus 6: Koreksi Tulisan Anda Janganlah Anda langsung menekan tombol publish, koreksi lah tulisan Anda, ada yang cacat? apa optimasi sudah betul? (waktu yang diperlukan lebih-kurang 3 menit) 2 menit + 3 menit + 5 menit + 12 menit + 3 menit = 25 MENIT
Inilah 6 Cara Menulis Artikel yang saya gunakan setiap saya menulis artikel. "loh, kok cuma 6, janjinya kan 8?". Oh iya, sisanya adalah jurus tips dari saya
Tips 1: Buang Semua yang Menggangu Anda Menulis Social Media, Handphone, TV, dsb. terutama social media,TUTUP terlebih dahulu tab akun social media, dan barulah Anda menulis. Hal ini tidak hanya terjadi pada saya, namun banyak teman-teman yang menulisnya jadi lamban karena social media.
Tips 2: Tentukan Deadline Artikel pertama 25 menit, Artikel kedua 45 menit. Tentukanlah deadline setiap artikel yang Anda buat, buatlah dengan tergantung tingkat kesulitan artikel. Ini akan membuat Anda menulis lebih cepat.
Kemegahan Candi Borobudur tidak hanya menunjukkan kemampuan rancang bangun nenek moyang bangsa Indonesia yang mengagumkan. Penempatan stupa terawang maupun relief di dinding Borobudur ternyata menunjukkan penguasaan mereka terhadap ilmu perbintangan alias astronomi.
Penelitian selama 2,5 tahun yang dilakukan Tim Arkeoastronomi Borobudur, Institut Teknologi Bandung, menunjukkan, stupa utama candi Buddha terbesar di dunia itu berfungsi sebagai gnomon (alat penanda waktu) yang memanfaatkan bayangan sinar Matahari. Stupa utama yang merupakan stupa terbesar terletak di pusat candi di tingkat 10 (tertinggi).
Stupa utama dikelilingi 72 stupa terawang yang membentuk lintasan lingkaran di tingkat 7, 8, dan 9. Bentuk dasar ketiga tingkat itu plus tingkat 10 adalah lingkaran, bukan persegi empat sama sisi seperti bentuk dasar pada tingkat 1 hingga tingkat 6.
Jumlah stupa terawang pada tingkat 7, 8, dan 9 secara berurutan adalah 32 stupa, 24 stupa, dan 16 stupa. Jarak antarstupa diketahui tidak persis sama. Pengaturan jumlah dan jarak antarstupa diduga memiliki tujuan atau makna tertentu.
"Jatuhnya bayangan stupa utama pada puncak stupa terawang tertentu pada tingkatan tertentu menunjukkan awal musim atau mangsa tertentu sesuai Pránatamangsa (sistem perhitungan musim Jawa)," kata Ketua Tim Arkeoastronomi ITB Irma Indriana Hariawang.
Tim beranggotakan satu dosen dan empat mahasiswa Astronomi ITB, satu mahasiswa Matematika ITB, dan seorang peneliti Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional. Temuan mereka dimuat dalam prosiding 7 International Conference on Oriental Astronomy di Tokyo, Jepang, pada September 2010.
You are subscribed to email updates from Juri Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
18 Okt - Tanpa segan silu seorang perempuan bawah umur dengan selambanya memuat naikkan gambar dia dengan kekasihnya yang baru sahaja selesai berzina dengan status kontroversi
"YESS AKHIRNYA DAPAT TERUNA DIA. FUHH SELESA ^^)"
Apa nak jadi dengan budak-budak sekarang ini? Semakin hari semakin rosak. Pendedahan internet yang tidak terkawal mungkin mendorong mereka ke arah gejala maksiat.
Pada bulan Ramadhan lalu, kecoh di laman Facebook satu isu panas ditimbulkan oleh seorang wanita dengan akaun Facebook Guneswari Kelly mendakwa murid bukan Islam di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana dipaksa makan di dalam tandas.
Dakwaan Guneswari pada ketika kes itu meletus, murid-murid bukan Islam berkenaan dipaksa makan di tandas konon-kononnya menghormati rakan-rakan beragama Islam.
Habis anggota pentadbiran tertinggi kerajaan turun ke sekolah berkenaan meninjau keadaan sebenar.
Akhirnya didedahkan bahawa tandas seperti yang didakwa Guneswari Kelly itu sebenarnya sebuah bilik persalinan yang masih belum digunakan kerana baru siap dibina.
Sebaik kes berkenaan selesai, Guneswari hilang entah ke mana. Lebih pelik dan menghairankan, tiada satu pun temubual dibuat atas penampilan Guneswari sebagai orang yang memulakan dakwaan jahat yang akhirnya hanya sebuah fitnah politik.
Blog Pembangkang Terus Bakar Isu Jadi Panas
Isu ini begitu hebat dicanang dan dijaja oleh blog-blog pembangkang namun tidak pula mereka mencari Guneswari untuk mendapat maklumat susulan daripada wanita itu.
Biasanya blog mereka cepat dan pantas dalam mencari dan mengesan di mana individu itu berada sekaligus berjaya mendapat kenyataan media mereka yang biasanya pedas tanpa memikirkan sensitiviti orang lain.
Malaysiakini dan Malaysia Insider umpama Deepavali awal dengan begitu bersungguh-sungguh akan menemurah sesiapa yang membuat sebarang dakwaan yang mampu memalukan kerajaan dan memperlihatkan seolah-olah pentadbiran di bawah orang Melayu bersikap diskriminasi terhadap kaum lain.
Sepatutnya, media pembangkang berkenaan akan tampil terawal menemuramah watak seperti Guneswari. Namun…itu tidak berlaku.
Justeru, persoalan terpenting yang penulis ingin tahu, siapa sebenarnya Guneswari Kelly kerana walaupun dakwaannya besar tetapi Malaysiakin, Malaysian Insider malah TV3 dan stesen televisyen lain pun gagal mendapatkan temubual dengannya.
Ganjil bukan??
Kalau diikutkan cara penulisan berita, pastinya individu bernama Guneswari ini muncul dan dapat ditemubual. Biasanya golongan sebegini akan datang sendiri ke stesen televisyen untuk mendedahkan kepincangan, kenapa laman Facebook dipilih dahulu?
Timbul Pula Macha Saravanan
Beberapa hari lalu, mungkin dirancang atau secara kebetulan timbul lagi isu melibatkan juga kaum India sama seperti apa yang berlaku dengan Guneswari tetapi kali ini dakwaan dibuat oleh seorang lelaki bernama Saravanan.
Dakwaan Saravanan lebih hebat dengan rakaman perbualan telefon yang jelas antara beliau dengan seorang guru besar Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya bercakap dengan nada biadab mempertikaikan satu majlis ibadah Qurban yang diadakan di dalam kawasan sekolah itu.
Penulis cuba sedaya-upaya dengan gigih mencari profil akaun Facebook Macha Saravanan tetapi gagal seolah-olah individu itu tidak wujud.
Saravanan pula dengan nada berlagak berkata beliau membuat panggilan itu di luar negara konon dia tu orang berada dan kaya boleh buat panggilan jarak jauh ke Malaysia.
Rakaman yang dibuat Saravanan juga begitu hebat dan jelas serta dia turut mengajukan satu soalan provokasi jahat bila bertanya kepada guru besar "Bolehkah jika orang berbangsa Cina menyembelih babi di dalam kawasan sekolah?"
Penulis pasti Saravanan tahu yang jawapannya pasti tidak boleh di Malaysia.
Terkini, timbul juga beberapa desakan pentadbiran tertinggi antaranya agar Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Pendidikan menjawab dakwaan Saravanan pula.
Kepada pembaca…tidakkah anda teringin untuk mengetahu siapa itu Saravanan? Mengapa dia tidak ke hadapan untuk memperkenalkan dirinya…
Jangan bagi alasan takut mengenai keselamatan diri… bertanya soalan sensitif tak takut…untuk tampil takut pula.
Lebih menimbulkan persoalan…pihak mana yang merakam perbualan itu dan kemudian memuat baik ke laman sosial agar ia menjadi isu?
Seolah-olah ada persamaan dari segi modus operandi mensensaikan isu berbau perkauman melibatkan kaum India antara kes Guneswari Kelly dan Saravanan.
Tampil Ke Hadapan Dulu Sebelum Menteri Jawab Dakwaan
Sebagai seorang rakyat bertanggungjawab, mereka yang berlagak hero sepatutnya lebih berhemah dan profesional untuk pergi terus bertemu dengan pihak sekolah dan mendapatkan penjelasan secara berdepan. Bukannya main pengecut macam Saravanan ini.
Mengapa mereka ini terus mendedahkan semuanya di laman Facebook.
Untuk apa?
Supaya api kebencian dan perkauman lebih mudah merebak seperti mencurahkan minyak ke atas api tetapi pada masa yang sama identiti si pelaku dapat disorokkan?
Bukankah itu yang sedang berlaku jika kita amati…
Jika itu tidak benar, penulis mencabar Saravanan dan Guneswari untuk tampil tunjuk muka dan berhadapan dengan pihak berkenaan yang mereka dakwa telah melakukan kesalahan dan mengamalkan 'double-standard'.
Jangan baling batu sorok tangan cara moden dengan bersembunyi dengan identiti yang samar-samar di media sosial.
Bagi para pemimpin kita di peringkat kabinet pula eloklah jangan cepat melatah dalam isu-isu seperti ini, kenalpasti dahulu identiti pengadu sebelum membabi buta memohon maaf ataupun mengeluarkan kenyataan balas.
Motif Dakwaan, Musnahkan Undi Bangsa India Untuk Kerajaan?
Pada penulis, semua dakwaan ini menunjukkan trend ia satu perancangan rapi untuk menghilangkan undi kaum India kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas konco-konco pembangkang berjaya menghilangkan sokongan kaum Cina pada pilihan raya umum ke-13 lalu.
Red Bean Army milik DAP belum mampus sebenarnya…pendekatan mereka semakin jahat dan matang.
Pihak sebegini biasanya menunggu peluang wujudnya kepincangan kecil sebelum menjadikan ia satu isu besar dan menyebarkannya melalui laman sosial seperti Facebook.
Contohnya, ibadah Qorban sudah lama sebelum ini dilakukan di sekolah-sekolah untuk memberi pendidikan awal kepada murid-murid beragama Islam kerana Qorban sememangnya dituntut dalam agama Islam.
Pada masa dahulu, tidak ada isu langsung ketika majlis penyelembelihan dilakukan di kawasan terbuka termasuk kawasan sekolah.
Mereka sedar, BN ketika ini hilang sokongan dek serangan besar-besaran skuad maya pembangkang di internet dan mereka mahu menggunakan sepenuhnya peluang ini untuk terus melenyapkan sejarah BN mentadbir Malaysia.
Kepada masyarakat Melayu dan India…Islam dan Hindu…sekarang ini kita lihat kehadiran individu seperti Guneswari dan Saravanan, selepas ini entah siapa-siapa pula akan muncul tetapi membuat dakwaan 'along the same line' yakni yang boleh mencetuskan kemarahan antara kaum tanpa mengetahui hujung pangkalnya sahaja.
Kalau tak percaya tunggulah nanti…
Hakikatnya, semua provoksi misteri ini ada satu sahaja mesej yang hendak disampaikan: KERAJAAN YANG DUTUNJANGI SEBAHAGIAN BESAR ORANG MELAYU DAN ISLAM… SELALU BERTINDAK MENINDAS MASYARAKAT INDIA DAN HINDU…
Sungguh dalam dan licik permainan ini… mereka mewujudkan suasana seolah-olah semua dakwaan itu adalah benar dengan memperlihatkan identiti mereka yang membuat aduan…sedangkan jika pasukan polis dan Cybersecurity Malaysia menyiasat secara mendalam… ada kebarangkalian mereka bertemu jalan mati…
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menyatakan teguran yang diberikan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pentadbiran negeri Selangor adalah serius.
PELAKON cantik, Diana Amir mengumumkan perkahwinannya bersama Mohd Habibbullah A Rahman yang juga seorang pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kedah bakal berlangsung, Jumaat depan.
Diana berkata, perancangan untuk majlis tersebut dilakukan secara sederhana dan hanya mengambil masa sebulan sahaja.
"Saya menjemput seramai 250 orang dalam majlis perkahwinan kami.... dalam keadaan yang cukup sederhana.
"Saya juga tidak mahu meminta lebih kepada bakal suami contohnya, hantaran beg, kasut mahal dan sebagainya. Cukup senaskhah al-Quran dan cincin pernikahan kami," katanya pada sidang media pengumuman tarikh perkahwinannya, hari ini.
Diana dan Mohd Habib akan melangsungkan pernikahan pada 25 Oktober di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada jam 9 malam.
Ia disusuli denga persandingan di sebelah perempuan dan menyambut menantu pula dijangka akan diadakan pada tahun ini.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din hari ini menegaskan bahawa kalimah Allah hanya eksklusif untuk Islam sahaja manakala agama-agama lain tidak dibenarkan sama sekali menggunakannya.
Beliau yang kini berada di Mekah meminta umat Islam mempertahankan kalimah itu daripada dirosakkan kumpulan tertentu dan menjadikannya asas kukuh dalam kehidupan, lapor Utusan Malaysia.
NONEKatanya, semua pihak wajib faham bahawa kalimah Allah merujuk kepada Tuhan Yang Esa seperti disebut dalam surah al-Ikhlas dan bukan berbilang-bilang seperti kepercayaan Kristian.
''Atas itu juga saya mengajak umat Islam sekalian marilah bersama-sama bersyukur kepada Allah kerana sampai sekarang kalimah Allah setelah diperjuangkan sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan dikekalkan hanya untuk Islam.
''Dengan kata lain, kalimah suci ini hanya eksklusif untuk orang Islam sahaja sementara permohonan daripada agama lain, mahkamah tidak membenarkannya," beliau dipetik sebagai berkata kepada Utusan Malaysia.
Berbeza dengan pandangan Pakatan
Kenyataan Haron itu berbeza dengan pendirian Pakatan Rakyat yang mengekalkan pendirian mereka bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah, seperti kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (bawah) semalam.
Mahkamah Rayuan Isnin lalu tidak membenarkan mingguan Katolik The Herald menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitannya.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan kerajaan dan menteri dalam negeri.
Kuorum berkenaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 yang membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam (responden) agar The Herald dibenarkan menggunakan kalimah Allah.
Entah apa dosa Dato Azalina Othman kepada Abby Abadi pun kami kurang pasti. Namun satu fitnah yang dasyat telah dilakukan oleh Abby melalui akaun twitternya!
Berbekalkan ilmu agama yang dikutip melalui ceramah-ceramah politik dan memakai tag 'Mencari redha Allah', Abby mula menyebar dan menulis perkara-perkara yang beliau sendiri kurang pasti.
Terbaru, dalam akaun twitternya ada tertulis:
"@AnisCempaka: Pengkid tak boleh. Tomboy tak boleh. Pondan tak boleh. Habis azalina othman macam mana cerita?" Dlm UMNO boleh"
Apakah tafsiran sebenar twit ini? Hanya kerana Dato Azalina berperwatakkan sedemikian, beliau dituduh pengamal kehidupan songsang?
Hairan bagaimana Abby boleh mencari keredhaan Allah sebegini caranya...
Beliau adalah artis yang tidak pernah rasa takut untuk mencuba apa sahaja yang baru. Daripada lagu hinggalah penampilannya memang akan menimbulkan kontroversi.
Dan sekali lagi Lady Gaga memastikan beliau turut menerima perhatian yang sewajarnya dari peminat-peminatnya seluruh dunia apabila tampil telanjang bulat untuk sesi fotografi bagi mempromosikan single terbarunya "Do what U want".
Dengan hanya menutup dibahagian sulit tubuhnya dengan lumut yang berlumpur, ikon pop ini jelas mempamerkan bahagian lain tubuhnya yang putih gebu.
Foto bogel terbaru ini adalah hadiah untuk peminatnya ketika pelancaran kolaborasi kali keempat dengan bintang R&B, R. Kelly pada 21 Oktober yang akan datang.
SHAH ALAM: Tindakan pemain bola sepak kebangsaan, NorShahrul Idlan Talha yang memakai baju yang tertera tulisan 'Allah always with me' tidak menyalahi hukum syarak, kata Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid.
Norshahrul atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Yo, selepas menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Bahrain bertindak menyelak jersinya dan menayangkan baju dalamnya yang tertulis perkataan itu.
Malaysia bertemu Bahrain pada aksi Kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, pada Selasa.
"Secara peribadi pada saya tidak menjadi satu kesalahan kerana yang penting ia dalam tulisan rumi. Namun sekiranya ia dalam tulisan jawi, ia dkhuatiri apabila masuk ke dalam tandas dan mencemarkan lafaz itu di dalam tandas.
"Itu yang dipertikaikan. Tetapi jika 'Allah' ditulis dalam tulisan Jawi, masuk tandas dan duduk cangkung buang air besar dan kecil, ia mencemarkan tulisan. Jika tulisan rumi, masih khilaf dan tak menjadi kesalahan. Bila mahu (ke tandas) kena buka dan tanggallah," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Jelasnya, jika tulisan berkenaan ditulis dalam bentuk Jawi, ia kemungkinan akan mencemarkan kesucian lafaz kalimah Allah tersebut.
Pendapat sedemikian turut dikongsi oleh Presiden Ikatan Musimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman yang merasakan tiada masalah dari segi hukum agama.
"Tak apa, okay dan tiada masalah. Maknanya tiada apa-apa halangan dari segi hukum.
"Dalam konteks itu jika dia tiada niat apa-apa untuk menghina dan sebagai satu tulisan pada baju sahaja, ia tiada masalah dalam hal hukum," demikian menurut beliau.
Sebuah blog KLIK SINI sebelum ini cuba mencetus kontroversi apabila menyalahkan Mat Yo dengan menyifatkan tindakan itu sebagai biadap.
Penulis blog negarapakatanrakyat.blogspot.com itu turut mengaitkan tindakan pemain kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) itu dengan isu kalimah Allah yang hangat diperkatakan kini.
Menurutnya ia seperti mempersendakan penganut agama Kristian dan mahu Mat Yo disingkirkan dari pasukan bola sepak negara.
SEMASA Malaysia ini dibentuk dulu, ada perjanjian 20 perkara yang antara lain membenarkan penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut agama Kristian di Sabah Sarawak. Selain itu ada juga hal Imigresen dan sebagainya yang tidak akan disentuh, cuma diperbaiki dari masa ke semasa.
Contohnya dulu nak masuk Sabah Sarawak kena guna pasport, tapi sekarang tak payah, hanya guna kad pengenalan, tapi kerajaan negeri berkuasa mutlak untuk benar atau tidak orang luar masuk ke negeri itu.
Ini dah dipersetujui dan diamalkan sejak sekian lama.
Malangnya, keputusan Mahkamah Rayuan bersabit permohonan pihak gereja supaya kalimah Allah dapat digunakan dalam majalah The Herald baru-baru ini, telah diambil kesempatan oleh media pro pembangkang untuk menimbulkan isu Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.
Antaranya dengan kenyataan NGO yang tidak ada kaitan dengan kerajaan seperti ISMA, digunakan sepenuhnya oleh media pro pembangkang untuk cipta provokasi penganut Kristian di kedua negeri tersebut.
Walhal isunya tidak berkaitan pun, ia tentang Kristian disini yang mahu guna kalimah itu dalam majalah mereka, The Herald. ISMA pun bukan mewakili pendirian kerajaan, apa dia nak cakap, dia cakaplah, kerajaan apa kena mengena?
Lagipun dari apa yang penulis baca, ISMA bukan menujukan kepada amalan sedia ada di Sabah dan Sarawak, tapi provokasi radikal Kristian di Semenanjung ini yang masih berkeras nak menentang keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Seolahnya pembangkang nak cipta suasana tidak selamat setelah Kristian dilarang dari guna kalimah Allah ini.
Jadi agenda itu sudah nampak jelas – pembangkang bekerjasama dengan radikal Kristian di negara ini untuk cipta huru hara dengan sengaja menimbulkan isu kalimah Allah.
Maka itu penulis gesa pihak berkuasa keselamatan ambil tindakan segera sebelum keadaan menjadi parah.
Sentimen agama yang dimainkan media pro pembangkang ini bukan boleh buat main-main, ia ada potensi untuk cetus isui keselamatan yang lebih besar.
Emosi budak-budak yang kenyataan mereka dipetik media pro pembangkang supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia ini tidaklah mewakili pandangan majoriti kesemua rakyat kedua negeri tersebut pun, tapi provokasi sengaja itu boleh menjurus kepada keadaan tidak selamat dalam negara kita.
Dalam perjanjian 20 perkara itu sendiri, soal pemisahan ini dilarang dari disebut, tapi nampaknya larangan itu sekarang sudah jadi bahan jenaka, ia tidak lagi dipedulikan. Atas nama kebebasan Internet, masing-masing yang mungkin cybertroopers dibayar pembangkang ini, berleluasa menyentuh hal yang sensitif.
Penulis menyeru Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shabery Chik yang berkuasa ke atas keselamatan dalam negeri serta penyalahgunaan media sosial, supaya bertindak pro aktif bagi memastikan perkara ini tidak berlanjutan.
Kalau perlu penulis dan laman web berkenaan ditangkap dan ditutup atau sebagainya, lakukan saja. Yang penting kita mahu rakyat tahu yang kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba cetus ancaman keselamatan dengan tindakan tidak bertanggungjawab seumpama ini.
Desas-desus makin kuat kedengaran yang mendakwa PKR akan kehilangan sekurang-kurangnya empat kerusi dari tujuh DUN parti itu selepas wakil rakyat mereka mahu keluar parti untuk tubuh parti baru di Sabah.
Khabar angin ini dikuatkan lagi dengan kisah bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Wilfred Bumburing yang memenangi kerusi DUN Tamparuli di bawah tiket PKR bersedia untuk menerajui sebuah parti pembangkang berdaftar yang baharu.
Bumburing dijangka akan menerajui Pakatan Kebangsaan Sabah (PKS), yang telah didaftarkan oleh sekutunya, dalam tempoh dua minggu, selepas Pendaftar Pertubuhan (ROS) membenarkan perubahan dalam barisan kepimpinan parti.
Sumber berkata, sebab utama Bumburing bertindak demikian kerana kecewa dengan cara pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengendalikan pelbagai perkara melibatkan parti di Sabah.
Ogos lalu Anwar mengumumkan ADUN Klias Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Ketua PKR Sabah dan perkara tersebut tidak disenangi oleh beberapa anggota lain khususnya empat ADUN PKR Sabah yang menyokong Bumburing.
Sebelum ini, ADUN Kadamaian, Jeremy Malajad disebut-sebut bakal menyertai Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
Jeremy Malajad dilaporkan telah bertemu dengan Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini.
Sebelum ini ADUN DAP Luyang Hiew King Cheu keluar parti dan menjadi wakil bebas.
Bekas ketua DAP negeri itu dilaporkan berkata beliau membuat keputusan itu selepas mendapatkan maklum balas daripada penyokong dan rakan-rakannya.
Hiew menyerahkan surat perletakan jawatannya pada 27 September lalu.
"Beberapa teman cuba 'membunuh' saya dari dalam, tetapi tidak mengapa kerana dengan pengalaman dan ilmu yang lama terbabit dalam politik, saya pasti saya dapat melakukan yang lebih baik untuk pengundi sekiranya saya benar-benar memutuskan untuk menjadi wakil bebas.
"Jika saya boleh menerima tekanan daripada rakan-rakan saya sendiri, jadi tak kan apa-apa sekiranya saya mungkin berhadapan daripada parti," katanya.
Hiew turut menyifatkan sesetengah anggota DAP tidak hormat dan tidak bersyukur kerana melayannya seperti apa yang dirasainya sekarang.
Masalah dalaman DAP Sabah mulai timbul apabila beberapa ADUN membuat aduan kepada lembaga disiplin DAP supaya mengambil tindakan terhadap Hiew kerana menyokong Lajim Ukin – calon atas tiket PKR, sedangkan DAP dilaporkan menyokong ADUN Tamparuli, Wilfred Bumburing untuk jawatan ketua pembangkang pada Jun lalu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lepas, Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa di Sabah dengan majoriti dua pertiga selepas memenangi 48 daripada 60 kerusi DUN.
PKR menang di tujuh kawasan Dun iaitu Api-Api, Moyog, Kadamaian, Matunggong, Tamparulli, Klias dan Inanam manakala DAP, yang sebelum ini memiliki satu kerusi DUN, menambah empat kerusi iaitu Luyang, Kapayan, Sri Tanjong dan Likas.
Parti Reformasi Sabah (STAR) pula menang kerusi tunggal di Bingkor.
Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) menyatakan bahawa mereka akan menyokong pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sekiranya kerajaan mengurangkan kadar cukai pendapatan.
Presiden ACCCIM Lim Kok Cheong dalam satu sidang media berkata, langkah itu penting bagi membolehkan dasar yang adil bagi menampung beban ditanggung rakyat.
Lim berkata, kerajaan mungkin mengumumkan pelaksanaan GST semasa membentangkan Belanjawan 2014 di Parlimen pada 25 Oktober.
Lim menambah, kerajaan perlu menetapkan tarikh pelaksaan tersebut bagi membolehkan semua pihak membuat persediaan.
Katanya lagi, ACCCIM mahu cukai GST itu tidak melebihi empat peratus.
Sementara itu, setiausaha agung ACCCIM Low Kian Chuan dalam sidang media sama berkata, pekerja asing di Malaysia menikmati kemudahan yang lebih baik berbanding warga tempatan.
Low berkata, satu pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia pada Julai menyebut bahawa pekerja asing tidak perlu lagi melalui tempoh percubaan.
Perkara ini menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pekerja tempatan yang perlu menempuh tempoh percubaan sebelum menjawat jawatan tetap di sesebuah syarikat, katanya.
Beliau adalah 'juara' mencipta publisiti. Namun begitu, publisiti yang diterima Kim Kardashian tidak lagi positif seperti dahulu sebelum beliau menjadi seorang ibu.
Baru-baru ini, Kim Kardashian memuat naik fotonya ke Instagram yang turut dipautkan pada akaun Twitter.
Foto tersebut menampilkan beliau hanya memakai bikini putih yang amat kecil hingga memperlihatkan punggung dan bahagian sisi payudaranya.
Kalau sebelum ini beliau mendapat pujian dengan bentuk tubuhnya yang mengiurkan (sebelum melahirkan anak), kini pelbagai kecaman diterimanya terutama dari kaum ibu.
Bagi mereka, seorang ibu tidak sepatutnya berkelakuan demikian kerana ianya memberi contoh yang buruk kepada anak-anak.
Kuala Lumpur: Polis sedang memburu seorang lelaki berusia lewat 30-an kerana mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.
Lelaki yang juga seorang pemandu van itu dilapor mencabul kanak-kanak terbabit ketika dalam perjalanan menghantar mangsa ke rumahnya di Pandan Indah, di sini, Selasa lalu.
Kejadian itu hanya terbongkar jam 8.30 malam apabila mangsa mengadu sakit di kemaluan kepada ibunya berusia 40 tahun.
Menurut sumber, selepas menerima aduan berkenaan, wanita terbabit segera membawa anaknya itu ke sebuah hospital swasta rumahnya.
"Pemeriksaan doktor mendapati mangsa mengalami kecederaan di kemaluannya," katanya.
Pekerja wanita warga asing yang menjadi daya tarikan pusat siber eksklusif itu.
KLANG - Suasana eksklusif dan mewah serta menyediakan pekerja wanita warga asing yang menggiurkan merupakan taktik terbaru pusat siber berunsurkan perjudian dalam menjalankan operasi mereka di sekitar Bandar Parklands.
Pengarah Jabatan Penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK), Andry Arman Masrom berkata, sebanyak sembilan premis diserbu dan 212 set komputer disita dalam operasi khas itu, kelmarin.
Menurutnya, tindakan sita mengikut Undang-Undang Kecil 28 (1) Pusat Siber dan Kafe Siber (MPK) 2007 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen daripada majlis.
"Operasi ini dijalankan hasil risikan dan maklumat orang awam yang peka dengan kegiatan tidak bertanggungjawab pemilik yang berterusan mengingkari undang-undang.
"Selain daripada itu, lokasi sekitar yang menjadi tumpuan pekerja warga asing menjadi salah satu faktor kewujudan premis pusat siber yang berunsurkan perjudian terutama sekitar kawasan ini," katanya.
Andry berkata, MPK akan memperhebatkan operasi seperti ini dari masa ke semasa dan tidak akan berkompromi dengan pihak yang melanggar peraturan ditetapkan terutama yang melibatkan judi siber.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan ibu bapa agar mengawasi pergerakan anak-anak mereka terutama yang di bawah umur agar tidak terjebak dengan gejala tidak bermoral melibatkan judi dalam talian memandangkan ketika serbuan, terdapat individu di bawah umur sedang leka melayari permainan dalam talian di situ.
Makin merapu rakyat Malaysia ni semenjak hak asasi diperjuangkan oleh segelintir pihak. Ada juga yang jenis tak reti undang-undang cuba mengambil kesempatan.
Seorang wanita telah membuat laporan polis berkenaan takdir sebelum kelahirannya yang menjanjikan habuan RM 21 billion. Entah siapa yang mengatakan sedemikian tidak pula diketahui.
Oleh kerana tiada siapa yang hendak dihalanya tuntutan, maka kerajaan Malaysia jadi sasaran untuk lunaskan 'takdirnya'...tak dapat nak bayangkan pegawai polis yang mengambil laporan ini...mau berguling-guling tergolek menahan kelucuan...
KUALA LUMPUR 17 Okt. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan satu undang-undang baharu digubal bagi mengenakan tindakan terhadap penjawat awam yang membelakangkan kepentingan awam sehingga merugikan negara.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, perkara itu dilihat perlu kerana skop Seksyen 23 Akta SPRM yang diguna pakai sekarang agak kecil.
"Seksyen ini hanya mengkhususkan kepada proses pembuatan keputusan kepada mana-mana pihak yang mempunyai hubungan persaudaraan dengan individu tersebut," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Khas Sempena Ulang Tahun Penubuhan Badan Pencegah Rasuah (BPR)/SPRM ke-46, di sini hari ini.
Menurutnya, undang-undang baharu itu dilihat perlu memandangkan dalam Laporan Ketua Audit Negara terdapat beberapa keputusan yang diambil oleh pegawai kerajaan mengakibatkan kerugian kepada rakyat dan negara.
Dengan adanya undang-undang baharu itu, SPRM akan dapat mendakwa individu yang membelakangkan kepentingan awam sehingga menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit kepada rakyat, katanya.
Beliau berkata, SPRM telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara serta pihak yang berkaitan mengenai cadangan itu.
Sementara itu, Abu Kasim berkata, SPRM telah mengemukakan cadangan pindaan undang-undang kepada Peguam Negara untuk mengenakan tindakan ke atas anggota lembaga pengarah syarikat yang membenarkan perlakuan rasuah dalam syarikatnya.
"Kita cadangkan perkara ini jadi satu kesalahan kerana kita nak mengubah budaya dalam masyarakat kita bahawa selain daripada yang menerima dan yang memberi, pihak yang membenarkan pemberian itu juga bertanggungjawab atas kesalahan tersebut," katanya.
Sambutan ulang tahun dengan tema 'Transformasi Menjana Kenggulan' itu turut dihadiri Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Sutinah Sutan dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Shukri Abdul.
Pada majlis itu, Abu Kassim turut berucap dan berhubung melalui telesidang dengan warga SPRM di seluruh negara. - BERNAMA
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
ATAS asas kombinasi antara pemimpin muda dan lama, pemimpin baru dan berpengalaman, dapatan umum menjangkakan bahawa untuk pemilihan Naib Presiden calon-calon yang bakal dimenangkan oleh perwakilan adalah kombinasi Zahid-Ali-Mukhriz.
Pertimbangan perwakilan adalah Zahid diperlukan dalam barisan ketiga parti atas sebab ketegasannya terutama selepas dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri. Ali Rustam pula akan dipilih oleh perwakilan atas sebab pengalamannya beliau, serta hubungannya dengan akar umbi yang tidak putus-putus untuk sekian lama. Manakala Mukhriz pula merupakan idola orang muda masa kini, dan generasi muda mengharapkan kehadiran beliau dalam barisan ke tiga parti.
Pengundian di peringkat Naib Presiden, akan berbeza dengan trend pengundian bagi sayap parti, di mana pada pengundian itu lebih berpihak kepada penyandang. Alasan yang diperolehi, antara lain, tiadanya calon-calon yang benar-benar boleh mencabar bagi kedudukan penyandang bagi kerusi sayap parti.
Khairy misalnya untuk jawatan Ketua Pemuda hanya dicabar oleh Ketua Pemuda Cawangan, manakala Shahrizat, hanya dicabar di saat akhir oleh Datuk Maznah Mazlan.
Berbeza dengan Naib Presiden, sebelumpun pendaftaran calon-calon, telah jauh daripada itu, ramai yang mendesak atau menguar-uarkan bahawa Mukhriz Mahathir atau Ali Rustam akan bertanding jawatan itu dengan tujuan penyegaran parti, terutama dalam era transformasi parti.
Menurut dapatan, Perwakilan di seluruh negara akan mengekalkan Zahid, memenangkan Mukhriz, manakala Ali terpaksa bersaing sengit dengan salah seorang penyandang Shafie Apdal daripada Sabah.
Shafie dikatakan tipis harapannya mendapat undi perwakilan Sabah, kerana sebelum ini 22 bahagian daripada negeri itu, tidak "endorse" beliau memandangkan kegagalannya menterjemahkan aspirasi rakyat Sabah.
Adalah diramalkan, kekalahan Shafie, kerana gagal mendapat sokongan padu daripada bahagian-bahagian daripada Sabah. Apa-apapun, pengundian tidak sampai 24 jam lagi, segala kemungkinan akan berlaku. Namun apa yang dirasakan, perwakilan sebenarnya telahpun daripada awal-awal memutuskan pemimpin mana yang bakal diundi.
Berasaskan bancian AYT sebelah kiri atas blog ini, daripada awal-awal lagi, bahawa pengundi telah memilih kombinasi Zahid-Ali-Mukhriz. Walaupun dapatan ini, tidak dapat mengwakili aspirasi perwakilan, setidak-tidaknya ianya membawa gambaran umum, bahawa tiga pemimpin yang disebutkan merupakan pilihan perwakilan.
Tidak dapat dipastikan sama ada wanita yang dikenali sebagai Khamsiah binti Mohammed Noor ini kurang siuman, gila atau sewaktu dengannya atau salah seorang pengikut ajaran sesat. Namun laporan polis yang dibuatnya semalam benar-benar mencuit hati.
Beliau menuntut RM21 billion daripada Kerajaan Malaysia kononnya, sebelum kelahiran beliau, Allah SWT telah tulis bahawa beliau layak mendapat duit sebanyak RM21 billion. Macam-macam cara gila rupanya di Malaysia ni ye?
Terima kasih kerana menyenaraikan saya dalam CAI ini.
Ramai yang telah membuat cai masing-masing. Ada di antara CAI ini telah disebarkan melalui pelbagai medium. Terima kasih kepada semua yang menyenaraikan nama saya. Bagi yang tidak menyenaraikan nama saya, saya amat berharap agar para perwakilan dapat membantu saya dengan TETAP mengundi CALON MT NO 60 pada hari esok.
Berdasarkan trend CAI amat penting ada pemilihan kali ini disebabkan pemilihan di peringkat bahagian juga berlaku secara serentak. Dalam pemilihan sayap yang lepas, ramai yang lebih memberi tumpuan kepada pertandingan di bahagian dan apabila ketika mereka ingin mengundi untuk pemimpin pusat, minda mereka terlalu penat untuk memikirkan siapa yang patut dipilih, lebih-lebih lagi apabila ramai perwakilan di peringkat cawangan yang tidak benar-benar mengenali calon pusat.
Mereka mungkin tidak melihat pun buku senarai calon-calon yang diberi, sebaliknya memilih berdasarkan CAI yang diterima.
Cai perwakilan di zon selatan ini tidak menyenaraikan saya.
Cai perwakilan di zon tengah ini juga tidak menyenaraikan saya.
Terima kasih kepada perwakilan negeri di zon utara ini yang menyenaraikan saya walaupun di tempat terakhir. Janji dalam senarai...
Terima kasih kepada perwakilan yang menyenaraikan saya, pemimpin-pemimpin wakil Pemuda UMNO , Datuk Razali Ibrahim, Datuk Seri Reezal Merican, Datuk Sohaimi Shahadan dan juga calon Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Tidak perlu berkecil hati dengan cai-cai yang dikeluarkan ini. Perwakilan boleh menggunakannya sebagai panduan. Akhirnya, ia adalah pilihan perwakilan sendiri.
Pindaan Perlembagaan UMNO Tahun 2009 telah memberikan kuasa memilih kepada semua perwakilan.
Pada pandangan saya, Majlis Tertinggi UMNO perlu berupaya membawa ASPIRASI PARTI dan tidak terlalu terikat dengan aspirasi kerajaan. Selain anggota pentadbiran, Majlis Tertinggi UMNO perlu juga dibarisi oleh pemimpin yang boleh membawa aspirasi parti dan akar umbi di dalam UMNO.
Pilihlah calon yang anda rasa boleh membantu memperkukuhkan UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya ke-14, yang boleh buat kerja untuk parti, yang ada masa untuk membuat kerja atas platform parti, yang boleh bersuara dalam nada parti, bukan semata-mata memilih mereka kerana kepentingan diri, bahagian dan kelompok kita.
Selamat memilih, mudah-mudahan pilihan kita semua dapat mengukuhkan parti bagi menghadapi PRU ke-14. Semoga pilihan kita diberkati dan mampu meningkatkan keyakinan dan menarik minat rakyat untuk terus memilih UMNO dan BN bagi mentadbir negara ini.
Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) kelihatan tidak yakin dengan peluang anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir dalam pemilihan naib presiden Umno esok dengan mengatakan peluang Menteri Besar Kedah itu sekadar 50% kerana tidak menjadi calon pilihan Presiden, Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, Mukhriz adalah calon yang ingin membawa perubahan kepada Umno tetapi malangnya terdapat pemimpin sedia ada enggan menerima perubahan itu.
"Mukhriz bertanding jawatan naib presiden ketika berumur 49 tahun dan ramai menganggap dirinya masih muda.
"Namun saya tidak melihat faktor itu kerana pemimpin terdahulu Umno telah biasa ditonjolkan dengan kepimpinan di masa usia muda antaranya Tun Abdul Razak.
"Semasa saya menjadi Perdana Menteri dahulu pun saya membariskan pemimpin muda untuk menjadi Menteri Besar, antaranya Tan Sri Isa Samad yang menjawat jawatan itu ketika usia dalam lingkungan 30an," kata Dr Mahathir dalam majlis sambutan Aidiladha di Kuala Lumpur hari ini. - tmi
Komen GPB -Kata-kata Tun M sebenarnya bukan nak anaknya kalah tapi satu sebenarnya strategi untuk menarik simpati perwakilan .
hari ini tersebar gambar Bang Non menyampaikan khutbah di sebuah masjid dekat Australia oleh macai2 nya di facebook . Bukan main lagi seronok mereka perli Najib & Rosmah pasal Bang Non depa boleh bagi khutbah Jumaat depan orang putih .
Cuma yang best macai depa perli penyokong UMNO bahawa Dunia akan kiamat jika gambar itu adalah Anwar.
Setakat gambar ini GPB tak heran langsung.....manusia pelbagai wajah ini boleh jadi sesiapa pun ikut keadaan.
Dia lah juga yang tetap bertegas mahu kalimaah Allah boleh digunakan Kristian di gereja & bible.
Orang macam ini nak kita banggakan ?? Pergi mampos la !!
Datuk Musa Sheikh Fadzir satu nama yang tak perlu kita perkenalkan lagi dalam UMNO terutama di P.Pinang.
Jika di Perhimpunan Agung Umno , perwakilan & pemerhati sentiasa menantikan ucapan perbahasannya yang berani membawa suara akar umbi & juga menegur kepimpinan demi kebaikan parti .
Semasa menjadi orang No 2 UMNO negeri , beliau antara pemimpin yang lantang sekali membelasah kerajaan DAP sehinggakan ada pemimpin pembangkang mahu ugut nak saman . Dalam pemilihan UMNO kali ini beliau menawarkan diri selaku Setiausaha UMNO negeri untuk bertanding MT UMNO yang bernombor calon 12 .
Tak rugi perwakilan di akar umbi jika mengundi Musa kerana sudah beliau sendiri sudah jelaskan dia tidak mahu menjadi YES MAN dalam mempejuangkan agama & bangsa jika diberikan tempat dalam MT UMNO.
Orang Melayu perlu mengelak daripada bersikap yes men dalam memperjuangkan nasib bangsa serta mereka juga mesti bersuara dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan agama.
Atas kesedaran itu, Datuk Musa Sheikh Fadzir menawarkan diri untuk bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan Sabtu ini selepas Pengerusi dan Timbalan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dan Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya tidak bertanding.
"Kalau perkara tidak betul saya akan bersuara bagi akar umbi," kata Setiausaha Perhubungan UMNO Pulau Pinang itu di sini hari ini.
Menurutnya, MT adalah penasihat kepada Presiden dan Timbalan Presiden parti dan kerana itu UMNO perlu mempertahankan landasan perjuangannya untuk orang Melayu dan Islam.
Pergerakan Wanita UMNO menggariskan tiga aspek penting dalam menentukan Naib Presiden parti itu pada pemilihan UMNO esok
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, tiga aspek itu meliputi calon yang mampu memelihara kedaulatan negara, memastikan keamanan negara dan menjaga kesejahteraan rakyat.
Katanya, keenam-enam calon yang bertanding jawatan itu memiliki kelebihan masing-masing tetapi menekankan ketiga-tiga faktor itu menjadi pilihan Wanita UMNO.
"Saya faham keenam-enam calon Naib Presiden semua hebat-hebat belaka tetapi wanita memberi keutamaan kepada tiga faktor di dalam memilih pemegang jawatan berkenaan. Pertama calon yang membawa kedaulatan negara, kita minta Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Pertahanan mesti berani menentukan kedaulatan negara sentiasa terjamin.
"Kedua bagi Wanita UMNO, ialah keamanan negara dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri untuk menjaga keselamatan dalam negeri serta keamanan negara. Ketiga, yang juga mustahak ialah kesejahteraan rakyat dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal telah diberi mandat untuk menguruskan perkara ini di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah," katanya ketika ditemui di Majlis Ramah Mesra Wanita UMNO, di sini hari ini.
Selain Ahmad Zahid, Hishammuddin dan Mohd. Shafie, jawatan Naib Presiden turut ditandingi oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir; bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam serta bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Menjawab soalan pemberita sama ada aspek-aspek itu memberi gambaran bahawa Wanita UMNO memilih mengekalkan ketiga-tiga penyandang Naib Presiden, Shahrizat menafikannya dan memberitahu bahawa pendirian setiap perwakilan harus dihormati.
Katanya, pada pemilihan kali ini terdapat terlalu ramai perwakilan daripada akar umbi parti yang akan membuang undi dan beliau hanya menyatakan pilihan Wanita UMNO adalah berdasarkan ketiga-tiga aspek berkenaan.
"Saya tidak kata begitu (kekalkan), apa yang saya kata adalah adil. Semua yang bertanding adalah dalam satu keluarga dan kita hormati pilihan para perwakilan.
"Saya selaku Ketua Wanita UMNO, kami fokus, kami kena ada sebab mengapa pilih seorang pemimpin. Bagi Wanita UMNO sangat jelas kepentingan ketiga-tiga aspek itu," jelas beliau.
Dalam pada itu, Shahrizat berkata, Wanita UMNO amat menghargai usaha Hishammuddin yang telah mengarus perdanakan sayap parti itu.
"Semasa Datuk Seri Hishammuddin mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan, saya selaku Ketua Wanita telah meinta supaya wanita diarus perdanakan dan Ketua Wanita cawangan diberi mandat selaku perwakilan secara automatik yang diambil kira oleh beliau," ujarnya.
Esok merupakan hari penentuan untuk kita tentukan siapa Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh yang baru di antara 4 calon yang bertanding . Setakat ini , analisis GPB selepas melihat kepada mood perwakilan akar umbi , Calon No 04 Mohd Zaidi Hj Mohd Said @ Cikgu Zaidi iaitu mantan Ketua Pemuda adalah paling popular di bibir mulut mereka . Walaupun beliau difitnah dengan pelbagai tuduhan liar menerusi sms sejak kelmarin , ia tidak sedikit melemahkan semangat transformasi beliau untuk melakukan perubahan besar untuk UMNO Prmtg Pauh. Sepanjang kepimpinannya mengetuai Pemuda , Cikgu Zaidi dikenali sebagai pemimpin yang cukup dekat dengan rakyat melalui aktiviti orang muda , kebajikan , pendidikan & kemiskinan . Kini beliau mahu membawa perubahan UMNO Bahagian dengan satu perubahan dinamakan pasukan transformasi . ikuti apa itu tranformasi nak dibawa Cikgu Zaidi disiarkan Utusan :
UTUSAN: Kenapa Permatang Pauh perlukan perubahan? MOHD. ZAIDI: Perubahan itu diperlukan supaya ia seiring dengan transformasi yang diperkenalkan UMNO di peringkat nasional. Kita perlu memecahkan benteng bayangan Anwar Ibrahim dalam kalangan pemimpin UMNO yang masih ada di Permatang Pauh. Justeru, saya menawarkan sebuah pasukan yang dinamakan 'Pasukan Transformasi', terdiri daripada muka baharu dan lama untuk membawa perubahan kepada UMNO bahagian.
Kepemimpinan macam mana diperlukan di Permatang Pauh?
Golongan muda di sini masih berasa terpinggir daripada perjuangan politik pemimpin sekarang. Kerana itu usaha menarik golongan muda amat diperlukan. Ia terbukti apabila golongan muda menterjemahkan hasrat mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu dengan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN). Peningkatan itu diterjemahkan oleh golongan muda yang membuktikan minat mereka terhadap UMNo makin bertambah.
Bagaimana misi Pemuda sekarang ini?
Misi saya dengan menetapkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebagai misi menjatuhkan penguasaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah pimpinan Ahli Parlimennya yang juga Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tanggungjawab itu perlu dilaksana bagi memastikan orang Melayu di kawasan tersebut tidak terus terpinggir meskipun banyak projek pembangunan di sekitarnya berjalan rancak.
Pembangunan perlu ditingkatkan di Permatang Pauh? Pembangunan di Permatang Pauh masih perlahan. Pembangunan yang ada sekarang adalah semasa kepimpinan UMNO. Jadi, matlamat saya untuk merancakkan kembali pembangunan untuk dinikmati oleh rakyat terutama peluang pekerjaan kepada generasi muda.
Saya mahu memperjuangkan pembangunan pendidikan dengan mewujudkan sebuah Sekolah Agama berasrama penuh, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Rumah mampu milik untuk golongan miskin dan sederhana di Permatang Pauh. Selain mewujudkan peluang perniagaan baru di sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta pertanian. Bagaimana harapan tiga sayap penting UMNO di Permatang Pauh?
Keputusan pemilihan tiga sayap baru-baru ini membuktikan transformasi golongan muda memerlukan pembaharuan dalam kepimpinan UMNO.
Keputusan yang ditunjukkan oleh Pemuda, Puteri dan Wanita dalam pemilihan itu menunjukkan pengaruh kepimpinan terdahulu perlu berubah. Itulah keputusan yang diterjemahkan oleh tiga sayap parti yang mahukan gandingan baharu untuk memantapkan parti di Permatang Pauh.
Pendirian PR Dalam Penggunaan Kalimah Allah Adalah Sama
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat (PR) mengekalkan pendirian mereka bahawa bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah walaupun Mahkamah Rayuan pada Isnin melarang akhbar Gereja Katolik The Herald daripada menggunakannya.
Dalam sidang akhbar bersama untuk mengumumkan pendirian mereka PR yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, bahawa mereka sentiasa konsisten dalam menangani isu tersebut dengan syarat ia tidak disalahgunakan dan disalahertikan.
"Oleh yang demikian kami menyeru masyarakat agar bertenang sehingga segala proses perundangan berhubung isu ini diselesaikan," ujarnya lagi di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini pada lewat petang Khamis.
Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Penasihat Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang.
Tegas Anwar, PR berharap tidak ada mana-mana pihak yang mengeksploitasikan isu ini untuk membangkitkan sentimen mana-mana kaum atau agama.
Anwar juga menegaskan tidak perlu kepada mana-mana pihak yang menyokong keputusan Mahkamah Rayuan itu dengan menghentam pandangan pihak lain yang berbeza.
Ini termasuklah, katanya, pandangan yang disuarakan oleh bekas mufti Johor.
Anwar merujuk kepada pandangan yang disuarakan oleh Datuk Noh Gadut yang berkata sesiapa yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan itu boleh disifatkan sebagai murtad.
Malah kata Anwar, ulamak terkenal dunia, Yusof al-Qardhawi sendiri menegaskan yang kalimah Allah tidak eksklusif hanya untuk umat Islam.
Kepada satu soalan, Mustafa menjawab isu mengenai kalimah Allah ini tidak wajar dijadikan isu pada pilihan raya kecil Sg Limau 4 November nanti.
Dalam pada itu Anwar mengesahkan yang nama calon PR untuk pilihan raya itu nanti akan diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Sg Limau pada Isnin, 21 Oktober.
Kerusi Dewan Undangan Negeri Sg Limau menjadi kosong ekoran kematian wakilnya, iaitu bekas menteri besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 26 September lalu. - mstar
p/s: sket2 yusof qardawi...sket2 yusof qardawi!..ape dah takde ulama lain ke dia nak rujuk?...nak rujuk nik aziz dah tak jalan dahh!...semua fatwa mengarut dah kena tanam dengan org2nye sekali...skang ni anuwar botox lagi sekali jaja nama yusof qardawi..tunggu ler klu dia dah takde lagi dengan sape plak dia nak perguna lepas ni kehkehkeh >:D adoiyaiii
GEORGE TOWN, Oct 16 — A RM6 million International Islamic School will be built at Sungai Ara here, adding to the eight other international schools in the state.
The project, undertaken by Penang Islamic Foundation, is expected to start construction next year.
Penang Chief Minister Lim Guan Eng said the project will be funded by Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad.
The project is set to be built on a 4.863 acres of land in Jalan Persiaran Relau near the SK Relau in Sungai Ara.
"This is an international Islamic school which will produce more Islamic scholars in the state," he said when announcing this during a press conference at his office today.
The whole project will include an academic block, a multi-purpose hall, a sports complex and students' hostels.
"We expect the project to complete by 2017," Lim said.
With the addition of the state's first international Islamic school, Lim hoped it will be the catalyst to improve Islamic education in the state.
"This project will also promote Penang as an education hub as it is the only international islamic school in the northern region of Malaysia," he added.
The state currently has a total eight international schools offering the British and American education syllabi. - sumber
p/s: melayu lima posen tetap jadi bangsat dalam deeayypig! kehkehkeh
You are subscribed to email updates from Dimensi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Oleh : Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali ke-2/2008, pada 11 - 12 Jun 2008 Keputusan : Hukum menggunakan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah seperti berikut : Penggunaan, pernyataan, penyebaran, percakapan, apa-apa bentuk penerbitan samada media elektronik atau media cetak menggunakan kalimah Allah oleh orang bukan Islam yang boleh mengeliru atatu memesongkan akidah kepada umat Islam sebagaimana termaktub dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam No.5 tahun 1985 dan lain-lain istilah agama Islam yang dipakai oleh orang Islam untuk kegunaan agama Islam adalah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam. Kesalahan menggunakan kalimah Allah dan istilah agama Islam telah termaktub dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam No.5 tahun 1989. Keterangan/Hujah : 1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada 'Tuhan Bapa' iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah SAW. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah 'Theos' bukannya Allah. 2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El. Eloh, Elohim dan juga Yhwh. 3.Kaliamh Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian. 4.Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kaliamah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini. 5.Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun pengunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid. 6.Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam. 7.Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalauterbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama. 8.Kalimah Allah sebenarnya tidak ada dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah. 9.Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar'iyyah dn Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam. 10.Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam. 11. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.
Pendakwah bebas Wan Ji Husein (foto kiri) menampil beberapa persoalan berkaitan kalimah Allah yang menurutnya patut diperjelas oleh Nooh, antaranya:(1) Status ayat al-Quran yang menyatakan sembelihan Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) yang dibacakan nama Allah boleh dimakan. Sila Wan Ji nyatakan jika semasa menyembelih orang Kristian menyebut dengan nama Allah, Isa anak Allah dan Ruh Kudus
You are subscribed to email updates from bumiyang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Selepas kenyataannya disalahertikan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berhubung penelitian Jabatan Perndaftar Pertubuhan (ROS) terhadap pemilihan sayap parti Umno yang berlangsung, pada Sabtu lalu, hari ini, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kembali membidas pemimpin parti demokratik itu .
"Apa yang membezakan pemilihan Umno dan DAP. Ahli parti membuat aduan kepada ROS melalui surat.
"Ahli Umno tidak," katanya yang dipetik dalam laman Twitternya hari ini.
Beliau berkata demikian ekoran Guan Eng mendakwa dengan merujuk kenyataan Khairy bahawa perkara itu tidak terjadi jika ianya DAP dan itu adalah hipokrit.
Sebelum ini, Khairy berkata, masalah yang timbul dalam perjalanan mesyuarat dan pemilihan peringkat pemimpin sayap parti minggu lalu memadai dengan siasatan oleh jawatankuasa pemilihan Umno dan tidak perlu dibawa ke penelitian ROS.
Kes berkenaan, yang disifatkannya sebagai "terpencil", perlu disiasat secara terperinci oleh jawatankuasa pemilihan tersebut, katanya kepada pemberita hari ini.
"Kalau ada kelemahan haruslah disiasat satu persatu. Setakat ini saya rasa tidaklah sampai ke peringkat harus dipertikaikan oleh ROS.
"Tapi tak apa, kita tengoklah siasatan yang dibuat. Tapi bagi kita ini bukan kes yang banyak, mungkin terpencil sahaja," katanya.
Selain itu, Khairy yang Menteri Belia dan Sukan itu berkata sekiranya ahli Umno membuat aduan kepada ROS tidak mustahil badan itu akan menyiasat.
"Jika ahli kami mengadu kepada ROS, ROS harus siasat.
"Tetapi ahli kami menggunakan mekanisme dalaman sekarang ini. Faham Lim Guan Eng?," ujarnya lagi.-SH
SEORANG PEMIMPIN MUDA DAN BERUPAYA MENARIK MINAT RAMAI ANAK MUDA MENYERTAI & MENYAYANGI UMNO. SEORANG YANG MERENDAH DIRI TETAPI TEGAS DALAM KEPIMPINAN.
SEORANG YANG DISEGANI KAWAN & LAWAN. MUDAH DIAJAK BERUNDING DAN MESRA TERHADAP SEMUA LAPISAN DAN GOLONGAN. AMAT MENGHORMATI YANG LEBIH TUA, BEGITU AKRAB DENGAN RAKAN SEBAYA DAN MENYAYANGI YANG LEBIH MUDA.
PAKEJ KEPIMPINAN YANG CUKUP LENGKAP UNTUK SURVIVAL UMNO/BN.
UNDILAHMUKHRIZ SEBAGAI NAIB PRESIDEN UMNO MALAYSIA ESOK !
UNDILAH CALON NOMBOR 05 !
Terima Kasih Kepada Para Perwakilan yang akan mengundi Calon 05 untuk jawatan Naib Presiden.
Semoga Allah akan membalas jasa baik anda membantu mencorak masa depan UMNO untuk Agama, Bangsa dan Tanahair !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan