Pakatan Rakyat |
Posted: 05 Sep 2013 03:14 PM PDT Posted by Admin Direktori Blog | | 3:14 PTG Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info sumber :- Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| ||
Posted: 05 Sep 2013 03:09 PM PDT IPOH, : DAP mempertikaikan kejujuran kerajaan Barisan Nasional (BN) dan HINDRAF terhadap pemerkasaan sosio-ekonomi masyarakat India berhubung Pelan Tindakan lima tahun yang dipersetujui kedua-dua pihak pada April lalu. Ahli parlimen DAP Batu Gajah, V Sivakumar berkata, perkara ini dibangkitkan memandangkan hingga sekarang tidak ada sebarang tindakan diambil malah lebih menyedihkan, masyarakat India terus ditipu pemimpin BN dan HINDRAF dengan pelbagai janji manis sebelum pilihan raya. "Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri berjanji dengan HINDRAF untuk memperakui pelan tindakan lima tahun yang digariskan pertubuhan itu. "Beliau (Najib) juga pernah berjanji untuk menubuhkan satu unit khas di Jabatan Perdana Menteri untuk menangani masalah kaum India secara khusus," katanya. Bagaimanapun, hingga kini, kerajaan BN tidak menggariskan apa-apa rancangan strategik yang khusus untuk membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat India. "Tetapi kita sering dihidangkan dalam laporan media ialah masalah sosio ekonomi yang semakin meruncing," katanya. Tambahnya, apa yang paling dramatik, HINDRAF yang sebelum itu dianggap sebagai pertubuhan haram dan radikal secara tiba-tiba pula diiktiraf dan diberi penghormatan oleh Perdana Menteri dan pemimpin BN. "Bermula daripada saat itu HINDRAF menjadi rakan kongsi BN dan bersungguh-sungguh membantu kemenangan BN pada PRU-13 lalu. "Saya pasti tawaran jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada P Waythamoorty sebelum PRU-13 sebagai ganjaran sokongan kepada BN," ujar beliau yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak. Persekongkolan MIC dalam BN sejak sekian lama membawa malapetaka terhadap kemajuan masyarakat India negara ini bila mana pemimpin MIC tidak tumpah seperti pimpinan UMNO yang mengamalkan budaya kronisme melampau. Kini, kehadiran HINDRAF yang seolah-olah menggantikan MIC itu hanya sekadar batu loncatan untuk terus membohongi masyarakat India dan rakyat Malaysia khususnya. Dengan polisi perkauman dan tanpa pelaksanaan dasar affirmatif yang adil, jujur dan bertanggungjawab, masih adakah harapan buat masyarakat India menaruh kepercayaan kepada kerajaan BN-Roketkini.comIPOH: DAP mengecam tindakan kerajaan yang terus memperhambakan polis untuk kepentingan politik sehingga merosakkan kredibiliti serta mencalarkan imej badan penguatkuasaan itu di mata umum. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How berkata, penguasaan kerajaan terhadap polis untuk kepentingan politik tertentu juga menghakis keyakinan rakyat kepada mereka yang sepatutnya menjalankan tanggungjawab membasmi jenayah. "Apabila masyarakat tidak yakin atau percaya terhadap institusi awam, pasti ia memungkinkan kepada berlakunya kemusnahan dalam negara. "Pegangan kepentingan politik juga membuatkan mereka terus terjerumus dalam situasi 'penafian'. Tidak boleh dinafikan lagi bahawa sekarang Malaysia sedang mengalami krisis keyakinan yang teruk dan sedang menuju kepada kehilangan kepercayaan yang boleh memudaratkan institusi awam, terutamanya polis," katanya dalam kenyataan. Beliau yang juga Setiausaha DAPSY Perak, menyeru kerajaan memperbaiki institusi itu dengan tidak lagi campur tangan dan mengembalikan semula tanggungjawab asal polis. "Saya memohon kerajaan agar kembali kepada realiti dan tidak lagi berada dalam keadaan separuh sedar dengan menafikan pelbagai pendedahan yang dilakukan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini. "Kemelut ini harus diselesaikan, maruah polis dan negara perlu dikembalikan segera," ujarnya. Sehubungan itu, Howard turut menggesa rakyat agar turut sama membersihkan institusi polis supaya mereka dapat berkhidmat atas kapasiti sewajarnya seperti yang dipertanggungjawabkan. "Kita mesti dengan segala kekuatan melawan musuh sebenar iaitu mereka yang mengamalkan rasuah, kronisme, nepotisme dan kini berada di kerusi kuasa dalam pasukan polis. "Kita mesti berjuang untuk memastikan polis yang sememangnya masih mempunyai hati nurani suci dan bersih boleh berkhidmat serta melindungi kita tanpa rasa takut. Polis perlu bebas daripada belengu kerakusan politik rejim BN. "Sekarang adalah masa sesuai kita menyelesaikan krisis keyakinan dengan berganding bahu dengan pegawai polis supaya dapat bersama-sama menangani pelbagai kejadian contohnya seperti kadar tembakan di tempat awam yang semakin tinggi dan menjadi-jadi kebelakangan ini," tegasnya. -Roketkini.com |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan