Jumaat, 27 September 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 27 Sep 2013 03:23 PM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu, Jimmy Wong Sze Phin dan Ahli Parlimen DAP Sandakan, Stephen Wong Tien Fatt hari ini mendesak kerajaan segera menangani masalah gangguan bekalan elektrik yang sering berlaku di negeri itu.

Terkini, bekalan elektrik Sabah terpaksa dicatu sejak kelmarin memandangkan tiga penjana kuasa swasta (Independent Power Producer, IPP) iaitu di Teluk Salut, Rugading dan ARL Power Malawa, di sekitar Sepanggar, Kota Kinabalu mengalami kerosakkan.

"Kuasa janaan elektrik dijangka berkurangan sebanyak 200 Megawatt (MW) berikutan kejadian kerosakan dan ia bukan sahaja menyusahkan kehidupan rakyat malah menambah beban kepada semua pihak," ujar Ahli parlimen DAP Kota Kinabalu, Jimmy Wong.

Menurutnya, usaha Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang diketuai Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili tidak cukup untuk menyelesaikan masalah gangguan elekrik yang berpanjangan ini.

"Dengan gangguan seperti ini, bagaimana Sabah boleh menjana ekonomi dengan baik. Sudah tiba masanya kerajaan bertindak segera," kata Jimmy Wong lagi.

Menurut Ahli Parlimen DAP Sandakan, Stephen Wong Tien Fatt, masalah bekalan elektrik di Sabah sudah menjadi perkara biasa yang tidak pernah selesai sejak Barisan nasional (BN) memerintah.

"Masalah gangguan elektrik ini selalu berlaku sebab IPP tidak ada enjin atau jentera janaan elektrik simpanan.

"Mereka gunakan kesemua enjin secara maksimum dan bila berlaku kerosakkan seperti ini, memang akan sebabkan masalah yang serius," kata beliau.

Justeru, untuk menyelesaikan masalah ini, mereka mengemukakan tiga usul yang akan diutarakan di Parlimen:

Ahli-ahli Pasukan Kerja (Task Force) Perancangan Dan Pemantauan Perlaksanaan Projek-Projek Pembekalan Elektrik Sabah (PPPES) haruslah diperluaskan kepada ahli-ahli parlimen pembangkang supaya pandangan-pandangan alternatif boleh dibawa untuk dibincangkan bersama.

Menggesa peruntukan berlipat-ganda untuk pembangunan loji-loji penjana tenaga di Sabah pada Belanjawan 2014 yang bakal dibentangkan pada sesi Parlimen bulan Oktober ini.

Kilang Penjana Kuasa Gas Asli Cecair (Liquidfied Natural Gas, LNG) 300MW di Pantai Timur, Sabah haruslah diteruskan dan bukannya dengan membawa balik cadangan Kilang Penjana Kuasa Arang Batu yang telah ditolak sekeras-kerasnya oleh rakyat Sabah sebelum ini.-Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok mengecam kenyataan Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS), Datuk Abdul Rahman yang mendakwa pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) perlu dibuat melalui Kongres Kebangsaan dan bukannya Kongres Khas.

Beliau berkata, kenyataan itu amat menghairankan dan membuktikan bahawa beliau tidak membaca dan memahami sepenuhnya perlembagaan DAP.

"Perlembagaan DAP memberi kuasa kepada pemilihan semula CEC yang akan diadakan samada melalui Kongres Kebangsaan atau Kongres Khas. Ini dinyatakan dengan jelas dalam perlembagaan parti.

"Apakah Abdul Rahman tidak baca perlembagaan DAP atau sengaja untuk sekali lagi membuat kami berada dalam kepayahan atas beberapa sebab politik? Apa lagi ROS mahu?," soalnya dalam kenyataan medianya hari ini.

Menurut Teresa, dalam Kongres Kebangsaan notis 10 minggu akan diberikan kepada setiausaha cawangan bagi membolehkan mereka memiliki masa yang lebih dan cukup mengadakan mesyuarat cadangan resolusi, pindaan perlembagaan parti atau perniagaan tertentu untuk dibentangkan di Kongres serta menamakan calon-calon.

Bagi Kongres Khas, notis tidak kurang daripada 7 hari diperlukan untuk dihantar kepada semua cawangan dan perwakilan.

Teresa yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, turut menegaskan bahawa disebabkan tidak ada sebarang kontroversi dalam senarai calon yang digunakan dalam kongres Disember lalu, parti memutuskan tiada penamaan baru diperlukan dan kerana itu CEC memutuskan pemilihan semula melalui Kongres Khas 29 September ini.

"Tidak ada kontroversi dalam senarai calon pada Kongres lepas sebab itu penamaan calon baru tidak diperlukan, jadi apakah tidak logik untuk kami membuat pemilihan semula secepat mungkin melalui Kongres Khas?

"Notis sudah dihantar lebih awal untuk memberi perwakilan masa yang mencukupi berhubung Kongres Khas. PKF juga telah dilantik untuk bertindak sebagai pemantau walaupun tiada peruntukan dalam perlembagaan DAP bahawa akauntan luar perlu dilantik. Mereka sudah menjalankan kerja dengan mengkaji dan meneliti notis yang dihantar kepada perwakilan," katanya.

Katanya lagi, ROS tidak mempunyai sebab untuk meminta surat asal dari 500 perwakilan yang disahkan bahawa mereka sudah dimaklumkan tentang Kongres lalu tetapi tidak dapat menghadirkan diri.

Beliau turut mengingatkan Abdul Rahman bahawa keputusan untuk mengarahkan pemilihan baru CEC tanpa alasan undang-undang yang sah adalah tidak adil dan tidak profesional.

"Melalui pelbagai serangan dalam kenyataan-kenyataan media, ianya membuktikan betapa beliau merupakan pegawai ROS yang kuat berpolitik. Sekali lagi saya ulangi, apa lagi ROS mahu?

"Abdul Rahman harus sedar bahawa sehingga hari ini beliau masih berhutang dengan DAP dan negara kerana tidak memberikan penjelasan terhadap keputusan yang dilakukan," ujarnya. -Roketkini.com

Kerabu Bersuara ®

Posted: 27 Sep 2013 03:17 PM PDT

Oleh: NIZAM ZAIN

SHAH ALAM – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek hari ini menasihatkan orang ramai supaya tidak mendengar khabar angin yang mendakwa harga bahan api petrol RON95 akan dinaikkan pada malam ini sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi.

Hasan menegaskan khabar angin yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu boleh menjejaskan keamanan negara sekali gus menimbulkan suasana panik di kalangan masyarakat negara ini.

"Jangan dengar khabar angin itu, kalau benar ada kenaikan kerajaan sendiri akan umumkan nanti...ada puak-puak tertentu yang cemburukan keamanan negara sebarkan khabar angin ini dan menyebabkan orang ramai panik.

"Bila dia buat macam ini, orang ramai bukan sahaja panik bahkan mereka akan berkejar-kejar ke stesen minyak mengisi petrol," katanya kepada Sinar Harian Onlie ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkta demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman semalam yang mendedahkan harga petrol RON95 akan mengalami kenaikan dalam masa terdekat susulan langkah kerajaan mengurangkan subsidi bahan api itu dalam usaha membasmi penyeludupan petrol ke negara-negara jiran.

"Penyeludupan petrol dan diesel adalah berikutan bahan api ini lebih murah di Malaysia," kata beliau kepada Bernama.

Menurut laporan akhbar, Unit Anti Penyeludupan Kedah (UPP) pada Jumaat lepas melumpuhkan percubaan menyeludup 27,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM54,600 ke Thailand.

Di sebalik usaha untuk membantu orang ramai menerusi subsidi, beliau kesal terdapat juga pihak yang mengambil kesempatan daripadanya.

Presiden PDAM itu berkata, pengurangan subsidi itu boleh menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti itu.

Kerajaan baru-baru ini memperkenalkan harga baharu bagi RON95 dan diesel dengan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.10 dan RM2.00 daripada RM1.90 dan RM1.80.

Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.

PDAM baru-baru ini mencadangkan penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak digunakan oleh kerajaan untuk menghapuskan cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans untuk kereta dengan kapasiti enjin kurang daripada 2,000cc.

Tiada ulasan:

Pengikut