Khamis, 26 September 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 26 Sep 2013 03:06 PM PDT

Lapor HD, Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak kembali ke rahmatullah jam 11.10 pagi ini di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini.

Jenazah almarhum akan disemadikan di Muasasah Darul Ulum, di sini petang ini. -26/9/13

P/s: Takziah kepada keluarganya. Semoga Allah SWT mencucurkan rahmat ke atas rohnya dan menempatkan rohnya dalam kalangan orang yang beriman.

Kemas Kini:

Azizan Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Darah, Kegagalan Organ

[Mstar] ALOR SETAR: Timbalan Pengarah (Perubatan) Hospital Sultanah Bahiyah Dr Noor Zaini Morad berkata bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia akibat jangkitan darah dan beberapa kegagalan organ untuk berfungsi.

Beliau berkata Azizan, 69, meninggal dunia pada pukul 11.05 pagi, Khamis.

Dr Noor Zaini berkata keadaan Azizan bertambah buruk pada pagi Rabu selepas mengalami serangan jantung.

"Beliau mengalami serangan jantung tetapi kita mampu menstabilkan beliau. Ia bukan disebabkan jangkitan darah semata-mata akibat kaki yang dipotong tetapi disebabkan sistem imunisasi yang lemah," kata beliau.

Beliau berkata Azizan berada dalam keadaan stabil apabila beliau mula dipindahkan ke hospital itu bulan lepas tetapi kerana pelbagai komplikasi kesihatan, keadaannya semakin teruk.

"Azizan mengalami peringkat akhir kegagalan buah pinggang dan juga masalah hati dan matanya. Kami telah memberikan rawatan terbaik kepadanya tetapi antibodi beliau sudah lemah," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali ketika ditemui berkata kematian Azizan adalah satu kehilangan kepada parti dan juga kepada beliau secara peribadi.

Mustapa, yang berada di Alor Setar sejak Rabu, menyifatkan Azizan sebagai kawan rapat di dalam dan luar parti. - 26/9/13


Orang Ramai Berpusu-pusu Menziarahi Jenazah

[HD] KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah akan berangkat menziarahi bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak yang kembali ke rahmatullah, petang ini.

Setiausaha Khas Azizan, Muzaini Azizan, Sultan Abdul Halim akan tiba sekitar jam 3.30 petang di Markas PAS Pokok Sena, Jalan Langgar, di mana jenazah almarhum ditempatkan ketika ini.

Harakahdaily dimaklumkan, jenazah almarhum akan ditempatkan di markaz tersebut sehingga selesai solat jenazah dan solat Asar, sebelum dikebumikan di Muassasah Darul Ulum.

Dalam pada itu, Muzaini berkata suasana di markaz PAS tersebut mula dipenuhi orang ramai yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepada almarhum.

"Keadaan di sini sudah mula sesak, dengan anggaran ribuan orang mula datang menziarah. Suasana pilu turut dirasai dengan pemergian almarhum," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, sebentar tadi.

Sebelum itu, jenazah almarhum dimandikan dan dikafankan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Kemudian, jenazah di bawa ke Markaz PAS Pokok Sena dengan diiringi beberapa peronda polis.

Dalam pada itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir turut menziarahi almarhum pada jam 11.40 pagi tadi.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum melalui laman Twitternya.

"Al-Fatihah. Takziah kepada keluarga Tan Sri Azizan Abdul Razak atas pemergian arwah, semoga roh beliau dicucuri rahmat," kata beliau yang kini berada di Amerika Syarikat.

Almarhum kembali ke rahmatullah pada jam 11.10 pagi ini di HSB di sisi ahli keluarganya dan pimpinan PAS di peringkat pusat dan perhubungan negeri, antaranya Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Sebelum ini, bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) pada awal Mei lalu.

Bagaimanapun kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong pada 9 Mei lalu di HPP akibat jangkitan kuman, dan kemudiannya dipindahkan ke HSB pada 14 Ogos lalu selepas tahap kesihatannya dilihat memuaskan walaupun masih ditempatkan di ICU.

Hujung bulan lalu, almarhum menunjukkan perkembangan positif apabila doktor mula menukar tiub pernafasan, selain mula bersuara biarpun masih perlahan, bagaimanapun ia mula merosot sejak jam 3.30 pagi, semalam.

Almarhum meninggalkan dua orang isteri, Puan Sri Faikah Syeikh Hamzah dan dan Shamsiah Shafie dengan 14 orang anak. - 26/9/13

Biaqpila

Posted: 26 Sep 2013 03:02 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:02 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


ASTRO AWANI: TAKZIAH JADI TAHNIAH

Posted: 26 Sep 2013 07:55 AM PDT

AL-FATIHAH: USTAZ AZIZAN MENINGGAL DUNIA

Posted: 25 Sep 2013 09:52 PM PDT

Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah pada jam 11.15 pagi tadi.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Muhkriz Mahathir, lapor Berita Harian.

Azizan adalah ADUN Sungai Limau dalam kawasan parlimen Jerai.

Jenazah Azizan yang juga bekas pesuruhjaya PAS negeri akan disembahyangkan di Masjid Markaz Pokok Sena selepas solat Asar.

Beliau akan dikebumikan di Muassasah Darul Ulum pada jam 5.30 petang ini.

SEBUAH LORI AKIBATKAN KESESAKAN BERIBU KENDERAAN

Posted: 25 Sep 2013 06:56 PM PDT

BANGANG PI LETAK LORI TEPI JALAN

BERDEKATAN PUSAT BANDAR DAMANSARA

AKIBATNYA JALAN SESAK TERUK

DARI JALAN ISTANA HINGGA JALAN DUTA

HAMPEH LA DEPA NI

PATUT POLIS PI SAMAN ITU LORI

GUA TENGOK PEGAWAI DBKL PUN ADA KAT SITU TADI

TAPI DOK TERPACAK SAJA

APA PUN TAK BOLEH...

26/9/13-930AM: JALAN DAMANSARA 

Tiada ulasan:

Pengikut