Rabu, 25 September 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 25 Sep 2013 03:06 PM PDT

Kuala Kubu Bharu – Gara-gara kemaruk seks, seorang pelajar 13 tahun sanggup menipu ahli keluarganya dengan alasan mahu bermalam di rumah rakan, sebaliknya dia menuju ke sebuah surau menanti lapan lelaki untuk menidurinya.
Walaupun diperlakukan seperti pelacur, pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah, masih tidak kesal dengan perbuatannya dan cuba menyembunyikan daripada keluarga.Bagaimanapun perkara itu dihidu seorang lelaki yang kebetulan berada di kawasan surau dan ternampak remaja itu membersihkan pakaiannya.
Setelah mendapat tahu perkara sebenar, lelaki terbabit yang tinggal di perumahan dalam bandar itu menyampaikan hal tersebut ke pengetahuan keluarga gadis tersebut sebelum laporan polis dibuat.
Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, pelajar perempuan terbabit dilaporkan sering ponteng sekolah dan kurang mendapat perhatian keluarganya.

Menurutnya, ibunya yang sudah bercerai dengan bapanya sudah kembali ke Indonesia dan kedua-duanya sudah berkahwin lain. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkifli Bedin berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku pada pagi 20 September lalu di sebuah rumah kosong kira-kira 100 meter dari surau berkenaan.

"Pelajar itu dilaporkan ponteng sekolah pada 19 September dan tidak pulang ke rumah sebaliknya tidur di surau dalam taman perumahan di bandar itu. Menrut sumber Sinar Harian.

"Sebaik perempuan itu sedar keesokannya, rakan-rakan lelakinya sudah menunggu sebelum mengikuti mereka ke sebuah rumah kosong," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, bertindak atas laporan keluarga mangsa, polis menangkap kelapan-lapan suspek dan direman untuk siasatan lanjut.

"Enam suspek berusia 14 tahun manakala dua lagi berusia 12 tahun.
"Pelajar perempuan tersebut dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut. Kes disiasat berkait rogol kerana mangsa masih di bawah umur," katanya.

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

DIALOG RAKYAT

Posted: 25 Sep 2013 03:03 PM PDT

Saya tak ada anak. Mana lah saya tahu lampin pakai buang harganya berapa. Sehinggalah Ahad sudah.
Tapi sebelum itu mari kita ambil masa beberapa minit untuk merenung dompet masing-masing. Kira perlahan-lahan ada berapa ringgit dalam dompet anda. Fikirkan berapa lama anda dapat bertahan dengan wang yang anda ada itu.
Ambil kira perbelanjaan minyak kereta dan makan-minum serta perbelanjaan 'tak semena-mena' yang sering terjadi. Pandang isi kandungan dompet anda. Renung lama-lama. Sayunya rasa hati kan?
Berbalik kepada cerita saya.
Ada teman minta tolong saya belikan lampin pakai buang untuk anaknya yang belum pun lagi satu tahun usia. Itu petang Ahad lalu, waktu saya kebetulan pergi kenduri teman yang lagi satu. Saya pergi kenduri sebab mahu makan 'free'. Ya lah, waktu-waktu cemas hujung bulan sebelum dapat gaji, tak berapa nak ada kemampuan. Harus jimat.
Elok suap makanan ke mulut, telefon berbunyi, minta tolong beli lampin. Selesai makan saya pun ke pasaraya terdekat. Dalam dompet cuma ada RM50.
Sekali lagi, manalah saya tahu lampin pakai buang harganya berapa.
Saya pun ambil troli, dengan niat nak beli barang-barang lain. Saya agak 'sebungkus' lampin begitu dalam dua puluh ringgit begitu.
Menghampiri rak yang menyusun bungkusan lampin pakai buang. Saya tenung harga satu-satu dan kemudian langsung mencari jenama yang disuruh beli. Terpampang harga 'RM40.90'. Ah sudah. Saya tinggal troli di tepi, ambil bungkusan lampin dan terus berlalu pergi.
Ini realiti ekonomi masyarakat Malaysia hari ini; apa yang disebut orang sebagai ekonomi selimut singkat. Bagi memahami istilah ekonomi selimut singkat ini, mari kita belajar apa itu 'kos peluang'.
Kos peluang mudah difahami sebagai 'kesempatan yang hilang'. Contohnya jika anda memiliki RM1,000, anda punya pilihan untuk melancong atau membeli telefon pintar. Kalau wang yang anda ada itu digunakan untuk melancong, maka hilanglah peluang untuk membeli telefon; begitu juga sebaliknya.
Analogi teori ini sangat puitis kalau disebutkan sebagai ekonomi selimut singkat.
Kalau ditarik selimut melepasi dada, kaki terdedah kesejukan. Kalau ditutup kaki pula, dada kesejukan. Begitulah. Akan ada yang menjadi korban demi yang lain.
Dalam ekonomi dunia nyata, saya sarankan anda melihat kembali situasi kenaikan harga minyak yang diumumkan beberapa hari sejurus negara menyambut Hari Merdeka ke-56. Sebenarnya ya, harga minyak tidak naik. Apa yang berlaku adalah subsidi minyak ditarik balik oleh pihak pemerintah dalam keadaan ekonominya yang seperti selimut singkat di atas tadi.
Subsidi petrol bukan sahaja dibayar kepada pengusaha syarikat petrol demi mengurangkan beban rakyat, malah turut diberikan kepada pengusaha tenaga elektrik swasta yang kemudian menjual elektrik kepada syarikat pembekal elektrik yang menyambungkan bekalan elektrik ke rumah dan pejabat anda. Syarikat ini tidak ditarik balik subsidi mereka.
Subsidi yang memudahkan anda itu yang ditarik balik oleh kerajaan. Maka harga minyak naik 20 sen.
Soalnya sekarang bukan sahaja harga minyak jadi bertambah mahal, tetapi subsidi yang ditarik balik itu disalurkan ke mana pula? Dan kemudian bagaimana anda yang kini terpaksa menanggung kenaikan ini akan terpaksa juga mengurus kewangan dengan kenaikan harga barang yang diakibatkan oleh kenaikan harga minyak ini?
Ya banyak persoalan yang akan buat kita sakit otak.
Sama keadaannya kalau anda diletakkan dalam bilik berhawa dingin dengan sehelai selimut singkat. Menggelabah.
Soal kos peluang ini timbul kerana dua perkara. Pertama, manusia mempunyai keinginan dan kemahuan yang tidak terbatas. Kedua, sumber yang ada sangat terhad.
Keadaan sumber terhad ini amat dirasai sekarang apabila kerajaan United Malays National Organisation kelihatan bertungkus lumus mengimbangkan perbelanjaan demi memenuhi keperluan dan kehendak rakyat yang terpaksa berhadapan inflasi dan kos hidup tinggi. Pada masa yang sama ia masih perlu menampung lompang belanjawan akibat kerakusannya berbelanja sakan serta ketirisan yang berlaku lantaran korupsi.
Andaikan kos menurap jalan raya sepanjang 100 meter sekitar RM10,000. Andaikan saja lah; ini contoh.

Saya mana tahu berapa kos menurap jalan. Disebabkan kewujudan korupsi, maka kos ini akan membelon barangkali dua kali ganda. Mahu dapat tender turap jalan sahaja sudah perlu rasuah pengeluar tender. Bila sudah dapat tender kerana guna pengaruh politik kawan-kawan, harus keluar duit lagi untuk jamu kawan-kawan politik.

Ini penyakit yang melanda negara akibat urus tadbir berasaskan untung tanpa sedikit pun sifat amanah dan integriti. Inilah dia penyebab kenapa wujud keterhutangan dan kenapa selimut yang asal itu kian bertambah singkat.
Tahun lalu Perdana Menteri Najib Razak telah membentangkan Belanjawan 2013 bernilai hampir RM250 bilion. Belanjawan pilihan raya yang begitu besar jumlahnya, dibentang dalam keadaan negara berhutang lebih separuh daripada KDNK.
Semalam di Parlimen dibentangkan satu lagi rang undang-undang perbekalan tambahan untuk memohon kelulusan Parlimen bagi perbelanjaan tambahan yang tidak masuk dalam Belanjawan 2013 yang dibentang hujung tahun lalu. Perbelanjaan berjumlah RM14 bilion ini barangkali sudah pun dibelanjakan.
Dalam sessi Parlimen sebelum ini, satu lagi rang undang-undang perbekalan tambahan dibentangkan, bagi tujuan sama: belanja dulu, baru minta izin. Cumanya yang itu dibuat berdasarkan belanjawan tahun fiskal sebelumnya.
Biar papa asal bergaya. Gali lubang, tutup lubang. Begini cara kerajaan pimpinan UMNO membelanjakan harta negara, sambil memberikan bantuan tunai setahun sekali setelah dirampasnya subsidi demi menutup mulut dan mata anda daripada menyedari bahawa selimut tebal yang melindungi anda selama ini kian mengecil dan mengecut. Akhirnya kita sekadar tidur dengan sehelai tuala 'Good morning' menutup muka. – Roketkini.com
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok menyeru Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghentikan salah guna kuasa kerajaan terhadap Unit Cawangan Khas Polis (SB).
Beliau berkata, kakitangan SB harus digunakan untuk membantu memerangi jenayah agar dapat mengembalikan keamanan negara daripada jenayah dan keyakinan orang ramai terhadap pihak penguatkuasa awam bukannya untuk tujuan politik tertentu.
"Saya menyeru Zahid agar berhenti daripada terus menyalahguna polis dan kakitangan SB.
"SB atau mana-mana sumber polis tidak harus dialihkan kepada tugasan yang tidak perlu dalam keadaan negara masih dan sedang bergelut dengan gelombang jenayah membimbangkan sehingga menakutkan rakyat.
"Zahid perlu menjawap mengapa beliau menggunakan SB supaya terbabit kerja yang tidak ada kena mengena langsung dengan polis?," tegasnya dalam kenyataan.
Beliau berkata demikian sebagai sokongan kepada kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mempertikaikan penggunaan polis dan SB dalam kegiatan politik.
Beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan turut mengecam tindakan kerajaan menggunakan SB untuk menyediakan laporan populariti yang langsung tidak berkaitan dengan tugas keselamatan dan menjaga keamanan rakyat serta negara.
Teresa menambah, pihak polis dan SB harus bersikap neutral dalam melaksanakan tugasan bukannya bertindak berat sebelah dengan menerima tugas mengumpul laporan populariti itu.
"Sudah tentu prestasi dan populariti wakil rakyat tidak boleh menjadi kewajipan dalam tugas SB.
"Amalan mengumpul laporan itu adalah satu daripada penyalahgunaan peranan mereka dan ianya juga salah guna sumber kepolisan. -Roketkini.com
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) akan membentangkan Bajet Alternatif 2014 sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan bajet kerajaan pada 25 Oktober ini.
Pada sidang media bersama Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong, Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen PAS Kuala Krai, Dr Hatta Ramli berkata, Bajet Alternatif itu adalah tawaran PR untuk menjana ekonomi negara dengan cara sebetulnya agar dapat mengelak pembaziran.
Bajet Alternatif PR itu akan memberi tumpuan kepada tanggungjawab fiskal melalui langkah seperti pembaharuan kepada belanjawan dan mengetatkan perolehan kerajaan serta peraturan perbelanjaan dalam usaha untuk mengurangkan pembaziran, ketirisan dan kos yang berlebihan.
Bajet itu dijangka mengandungi 'dasar berdaya pembaharuan' untuk meluaskan sumber hasil kerajaan ditambah dengan pemantauan rapi perbelanjaan.
"Kami mahu tawarkan analisis dan idea Bajet PR supaya Najib boleh ambil kira, ia juga adalah untuk seluruh rakyat dan pasaran termasuk pakar ekonomi untuk menghakimi siapa sebenarnya lebih layak menguruskan ekonomi negara.
"Merujuk kepada Belanjawan Tambahan yang dibentangkan semalam iaitu RM14 bilion. Kita amat bimbang kerana ini adalah tahun ke-16 kerajaan membentangkan bajet defisit.
"Najib walaupun dilihat berusaha untuk kurangkan defisit kepada 4 peratus tapi nampaknya tidak berjaya, sebagai contoh, tahun lepas 4.9 peratus, tahun ini kita jangkakan akan naik selepas pembentangan sehingga 5.5 peratus," kata Steven Sim, di Lobi Parlimen, hari ini.
Awal bulan ini, kerajaan mengurangkan subsidi petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter dalam usaha mengurangkan subsidi bahan api kira-kira RM3.3 bilion setahun.
Firma penarafan antarabangsa, Fitch Ratings juga mengurangkan unjuran hutang negara daripada stabil kepada negatif Julai lalu.
"Hutang negara ketika ini juga kian bertambah, lebih daripada 53 peratus, paling tinggi dalam sejarah. Kita menjangkakan pada akhir 2013, akan mencecah siling hutang, siling itu hak hutang yang ditentukan sendiri kerajaan iaitu hutang negara tidak boleh lebih daripada 55 peratus tapi nampaknya dengan 'trend' kerajaan sekarang, kita akan melepasi siling hutang.
"Fitch Ratings telah menurunkan 'outlook' negara daripada stabil ke negatif, semua ini akan memberi kesan, bukan saja kepada keyakinan pelabur asing tetapi rakyat sebab ekonomi yang lemah akan menyebabkan pelbagai masalah.
"Jadi sebab itu kita nak tawarkan cara bagaimana PR mengendalikan ekonomi berbanding kerajaan. Namun, kita terbuka jika Najib nak mengambil dan meniru idea ini," sindir Sim yang juga Pengarah Pendidikan Politik DAPSY Kebangsaan.
Nurul Izzah pula menimbulkan kebimbangannya mengenai perbelanjaan semasa kerajaan yang akan membawa hutang negara kepada lebih daripada 55 peratus, di atas siling hutang.
"Hutang negara menyaksikan peningkatan sejak Najib menjadi Perdana Menteri pada 2009 iaitu 45 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
"Ia adalah masa bagi kerajaan untuk membentangkan bajet jujur ​​dan berani serta tidak lagi menyembunyikan di bawah amalan ekonomi yang tidak tepat sehingga bajet tambahan diperlukan setiap tahun.
"Jika tidak ada sebarang perubahan dilakukan kepada perbelanjaan dan KDNK, defisit akan meningkat kepada 5.5 peratus, ianya amat membimbangkan," ujarnya.
"Jika terdapat sebarang perubahan kepada ramalan perbelanjaan dan KDNK, defisit akan meningkat kepada 5.5 peratus.
Perbelanjaan bajet kerajaan semakin meningkat pada tahun kebelakangan ini, daripada RM206.2 bilion pada 2010 kepada RM212 bilion dan RM252.4 bilion pada 2011 dan 2012.-Roketkini.com

Tiada ulasan:

Pengikut