Isnin, 2 September 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 02 Sep 2013 03:32 PM PDT

Haslinda bersama pasangan bukan Islam diperiksa oleh penguatkuasa agama.

SUNGAI PETANI - Seorang pelajar berusia 14 tahun antara yang ditahan bersama pasangan masing-masing ketika serbuan dijalankan anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dalam Ops Merdeka kelmarin.

Pelajar tersebut yang dikenali Shahirah (bukan nama sebenar) berpakaian baju kurung merah ditahan pada jam 1 pagi bersama pasangannya yang memakai pakaian sedondon dalam sebuah bilik di hotel sekitar bandar ini.

Lebih berani, perbuatan terkutuk itu dilakukan pasangan terbabit yang hanya berjarak kira-kira tiga kilometer dari rumah Shahirah.

Pegawai Penguatkuasa Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, ketika pintu diketuk, pasangan itu mengambil masa 20 minit sebelum membuka pintu.
"Pintu hanya dibuka setelah anggota penguatkuasa beri amaran untuk pecahkan pintu," katanya.

Menurutnya, setelah disoal siasat mendapati, remaja perempuan masih di bawah umur dan bersekolah di tingkatan dua manakala remaja lelaki berusia 21 tahun.

Zaiferi berkata, hasil pemeriksaan turut menemui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar ibu Shahirah meminta remaja itu pulang ke rumah, bagaimanapun permintaan itu tidak diendahkan sebaliknya anak perempuan itu bertindak mematikan talian telefon.

Anggota penguatkuasa kemudian menghubungi kedua-dua ahli keluarga terbabit untuk tindakan selanjutnya.

Beri pelbagai alasan

Sementara itu, pemeriksaan seterusnya menemui sepasang remaja yang bersekedudukan dalam bilik berasingan di mana operasi dilakukan secara serentak.

Walaupun pasangan kekasih berusia 22 dan 20 tahun dari Padang Serai itu mengakui berhasrat mahu menamatkan zaman bujang tahun depan, alasan berkenaan bagaimanapun tidak menghalang anggota penguatkuasa menahan mereka atas alasan bersekedudukan tanpa ikatan yang sah.

Menurut Zaiferi, pihaknya turut menahan sepasang kekasih masing-masing merupakan penjawat awam berusia 24 tahun yang turut menjadikan hotel bajet sebagai lokasi melakukan maksiat.

Amran (bukan nama sebenar) dimaklumkan menetap di Pengkalan Hulu, Perak memberi alasan mahu pulang ke kampung tetapi kenderaannya mengalami kerosakan sebelum mahu membuat pemeriksaan di sebuah bengkel di bandar ini.

"Saya memang nak balik tetapi kereta saya rosak terpaksa baiki di Sungai Petani," katanya.

Sementara, pasangannya, Riani (bukan nama sebenar) yang menutup kepala menggunakan tuala dikatakan tinggal bersama nenek di Kuala Nerang sebelum mahu pulang ke kampung halaman berdekatan rumah Amran di Pengkalan Hulu.

Difahamkan, pasangan kekasih tersebut sudah lapan tahun menjalinkan hubungan cinta sejak di bangku sekolah selain mengaku sudah beberapa kali melakukan hubungan intim.

Lebih memalukan, hasil soal selidik pada hari kejadian mendapati, Amran sudah bersedia mahu menghantar rombongan ahli keluarganya ke rumah Riani kerana berhasrat mahu bertunang pada hari yang sama.

Serbuan turut menemui seorang pekerja kilang berusia 22 tahun bersama pemandu van kilangnya yang bukan beragama Islam.

Apabila ditanya, pemandu van berusia 32 tahun itu memberitahu, kedatangannya ke bilik yang disewa Haslinda (bukan nama sebenar) adalah untuk menghantar makanan walaupun jam sudah menunjukkan jam 1.20 pagi.

Rumah sewa turut diserbu

Operasi turut dijalankan di sebuah rumah sewa milik pasangan kekasih di mana masing-masing bekerja sebagai juruteknik sebuah syarikat swasta dan kerani di sebuah kedai motosikal di Sungai Lalang.

Menurut Zaiferi, hasil dari maklumat awam, sepasang kekasih berusia 21 dan 26 tahun dicekup berdua-duaan dalam rumah berkenaan.

Berdasarkan pemeriksaan, Zaimi dan Nadia (bukan nama sebenar) dipercayai baru pulang dari makan malam.

Zaimi berkata, mereka merancang mahu ke rumah keluarga angkat tetapi setelah beberapa kali menghubungi tiada jawapan diterima.

Zaimi dengan alasan letih tidak menghantar Nadia pulang sebaliknya menghabiskan masa di rumah sewanya bersama kekasihnya itu.

Difahamkan, kedua-dua pasangan ini mengakui mahu berkahwin tetapi hasrat mereka ditentang keluarga.

Zaiferi berkata, seramai 10 individu disiasat termasuk seorang lelaki bukan Islam yang berada bersama pasangan beragama Islam dalam pemeriksaan yang dijalankan sekitar daerah termasuk di Taman Jubli Perak, Pantai Merdeka, Titi Semeling dan beberapa buah hotel bajet yang menjadi tumpuan.

Seramai 10 anggota bertugas dalam operasi yang bermula jam 6 petang sebelum berakhir jam 5 pagi.

Katanya, sembilan individu ditahan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988.

Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Sheikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pihaknya meminta masyarakat prihatin terhadap aktiviti maksiat yang berlaku dengan memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak jawatankuasa masjid, pejabat agama atau agensi berkaitan bagi membanteras gejala itu.

SH

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

Kerabu Bersuara ®

Posted: 02 Sep 2013 03:29 PM PDT

Mazidul Nafikan Harga Minyak Naik

Posted: 02 Sep 2013 03:19 PM PDT

Ye sehari dua ni kita akan tengok ramai pakar ekonomi akan buat kenyataan.

Mereka sedaya upaya akan buat kenyataan putar belit. Biar orang ramai keliru.

Caiiit macai!

Masih Ingat Kata Najib Ni?

Posted: 02 Sep 2013 09:28 AM PDT

Siapa masih ingat?

Hasan Malek Ni Menteri KPDNKK Negara Mana?

Posted: 02 Sep 2013 06:09 AM PDT

Menteri nafi RON95 naik 20 sen

KUALA LUMPUR - Dakwaan mengenai kenaikan harga minyak petrol RON95 sebanyak 20 sen tengah malam ini hanya khabar angin, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek Hasan berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai kenaikan harga minyak tersebut.

"Saya tidak tahu, kita tengoklah dahulu macam mana. Siapa yang bercakap?"

"Kita jangan galakkan rakyat dengan khabar angin. Jika tidak ada fakta, jangan buat andaian yang bukan-bukan. Kalau sampai masanya, saya akan berikan penjelasan," katanya.

Hasan berkata, orang ramai dinasihatkan tidak mendengar khabar angin mengenai kenaikan harga minyak RON95.

Harga minyak petrol RON95 adalah RM1.90 seliter setelah kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM1.09 sen seliter.

Najib: Naik harga minyak, proses kukuh ekonomi

Posted: 02 Sep 2013 06:08 AM PDT

PUTRAJAYA - Kenaikan harga minyak merupakan satu proses pengukuhan ekonomi bagi jangka pendek dan sederhana, yang akhirnya bertujuan memberi kesan positif kepada kesejahteraan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata sekiranya ekonomi negara terjejas, ia akan mendatangkan kesan buruk kepada rakyat sepertimana keadaan di sesetengah negara luar yang menerima kesan amat berat apabila mereka gagal menangani ekonomi mereka dengan baik.

Komitmen kerajaan untuk melaksanakan konsolidasi fiskal akan diteruskan bagi mencapai sasaran defisit fiskal dalam lingkungan tiga peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan belanjawan berimbang menjelang 2020, kata beliau.

"Kita mesti faham ini bukan soal politik, tapi soal masa depan negara, kalau ekonomi terjejas ia akan datangkan kesan buruk kepada rakyat," kata Perdana Menteri dalam persidangan media di bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian sebagai merujuk kepada kenaikan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter yang diumumkannya, berkuat kuasa tengah malam ini.

Menjawab soalan, Najib berkata proses rasionalisasi subsidi sememangnya merupakan sebahagian daripada dasar kerajaan yang dimuktamadkan, namun kerajaan bertekad untuk melaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi memastikan kesannya tidak membebankan.

"Kita nak tentukan bahawa kesan yang merupakan bebanan kepada rakyat ini, kita pastikan di tahap paling minimum dan kita akan besarkan lagi jaringan keselamatan sosial, seperti yang saya katakan tadi, termasuk kenaikan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M," kata Najib.

Beliau berkata kerajaan berusaha agar kesan kenaikan itu tidak membebankan rakyat, dan menurutnya jumlah kenaikan kadar BR1M akan diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2014 nanti.

Najib berkata kenaikan harga bahan api itu akan memberi kesan minimum dan seterusnya beliau berharap agar para peniaga tidak mengambil peluang ini untuk menaikkan harga barang tanpa mengambil kira kepentingan rakyat. - Bernama

Terkini! Hujjah Terbaik Bung Mokhtar Pertahankan Kenaikan Harga Minyak

Posted: 02 Sep 2013 04:51 AM PDT

Betul la kata mahathir, orang yang ada dalam kerajaan sekarang semuanya bodoh dan bangang.

Syabas bung!

Hang nak perbodohkan sapa!

Jangan Kaitkan Kenaikan Harga Minyak Dengan Kenaikan Harga Barang!

Posted: 02 Sep 2013 04:44 AM PDT

Siapa buat spekulasi ni?

Najib hanya umum kenaikan minyak saja, bukan kenaikan harga barang pun.

Tolong jangan fitnah najib dan kerajaan bn!

Terkini! Diesel, RON95 naik 20 sen

Posted: 02 Sep 2013 03:51 AM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan diesel dan minyak petrol RON95 naik 20sen seliter mulai tengah malam ini.

Najib mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sebentar tadi.

Harga RON95, diesel naik 20 sen mulai tengah malam ini

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan harga minyak RON95 dan diesel naik 20 sen berkuatkuasa tengah malam ini.

Menteri nafi RON95 naik 20 sen

KUALA LUMPUR - Dakwaan mengenai kenaikan harga minyak petrol RON95 sebanyak 20 sen tengah malam ini hanya khabar angin, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek Hasan berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai kenaikan harga minyak tersebut.

"Saya tidak tahu, kita tengoklah dahulu macam mana. Siapa yang bercakap?"

"Kita jangan galakkan rakyat dengan khabar angin. Jika tidak ada fakta, jangan buat andaian yang bukan-bukan. Kalau sampai masanya, saya akan berikan penjelasan," katanya.

Hasan berkata, orang ramai dinasihatkan tidak mendengar khabar angin mengenai kenaikan harga minyak RON95.

Harga minyak petrol RON95 adalah RM1.90 seliter setelah kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM1.09 sen seliter.

Harga minyak naik hanya khabar angin

KUALA LUMPUR - Dakwaan sesetengah pihak bahawa harga minyak petrol akan naik 20 sen esok adalah hanya khabar angin.

Naib Presiden Persatuan Stesen Minyak Petronas Malaysia (Pesamp), Datuk Abdul Razak Idris berkata, setakat ini pihaknya tidak mendapat sebarang hitam putih daripada Kementerian Kewangan berhubung kesahihan khabar angin tersebut.

"Jika namanya sudah khabar angin, sudah tentu ia tidak benar, kalau betul-betul harga minyak naik sudah tentu ada hitam putih dari kerajaan," jelasnya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau mengulas mengenai khabar angin melalui laman sosial WhatsApp dan blog bahawa harga minyak petrol akan naik 20 sen esok. - KOSMO!

Hatem Saleh, Menteri Perdagangan Luar Negeri dan Industri meletak jawatan

Posted: 01 Sep 2013 08:29 PM PDT

Hatem Saleh, Menteri Perdagangan Luar Negeri dan Industri meletak jawatan sebagai tanda protes terhadap kerajaan kudeta melalui akaun facebooknya menulis;

Akhbar Al Ahram hari ini dalam muka surat 3 menulis bahawa imbangan dagangan adalah positif (eksport melebihi import) dan melebihi sehingga 15 bilion pound Mesir pada pertengahan pertama tahun ini (sebelum kudeta). Pencapaian ini tidak pernah berlaku sejak 50 tahun yang lalu. Hal ini dapat dicapai atas usaha gigih Kementerian Perdagangan, Central Bank, dan beberapa badan yang lain di tengah-tengah kondisi ekonomi dan politik yang sangat rumit. Benarlah bahawa Allah tidak akan mensia-siakan amalan hambanya yang baik.

Sumber : حزب الحرية و العدالة - الصفحة الرسمية
#mesirkini
#R4BIA

Kenyataan Rasmi Kesatuan Ulama Islam Se Dunia

Posted: 01 Sep 2013 05:26 PM PDT

Prihatin Mesir | Kesatuan Ulama Islam Se-Dunia

"Kenyataan Rasmi Pada 29 Ogos 2013 :: 22 Syawal 1434

Kenyataan terbaru yang dikeuarkan oleh Kesatuan Ulama Islam Se-Dunia mengenai isu Mesir iaitu :

1- Wajib memberikan bantu ke atas rakyat yang dizalimi dan haram bersetongkol bahkan cenderung kepada kezaliman yang berlaku.

2- Pihak media, wartawan dan segala saluran informasi dituntut melaporkan perkara yang benar dan tidak menyembunyikan hak dengan mengada-adakan pendustaan dan penipuan atas apa yang berlaku.

3- Para mufti dan alim ulama digesa agar kembali bertakwa kepada Allah dalam mengeluarkan sebarang fatwa. Fatwa yang berbentuk memberikan keizinan dan keharusan dalam menumpahkan darah adalah fatwa yang dikeluarkan oleh orang yang menjual agama dan mengundang kemurkaan Allah.

4- Umat Islam di seluruh dunia digesa untuk memberikan sebarang bantuan yang termampu dalam bentuk doa, qunut nazilah dan sebagainya terhadap umat Islam dan rakyat Mesir yang dizalimi lagi ditindas.

sumber : qaradawi.net

Akibat Sebarkan Video Salah Laku Polis, Pemuda Dipukul Sampai Mati

Posted: 01 Sep 2013 05:08 PM PDT

Prihatin Mesir | Khaled Saed

Khalid adalah pemuda dari Wilayah Iskandariah, Mesir. Semasa hidupnya beliau pernah menyebarkan video salah salah laku polis Mesir di zaman diktator regim Husni Mubarak.

Sebagai balasannya, Khalid dipukul dan diseksa sehingga mati, anda boleh saksikan keadaan wajah Khalid. Kematian Khalid antara pencetus utama berlakunya Revolusi 25 Januari 2011.

Rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat bangun mempertahankan hak Khalid dan menentang anjing-anjing Mubarak yang bertindak kejam dan zalim. Kemuncaknya berlakulah Revolusi 25 Januari sehingga berjaya menggulingkan Mubarak.

Selepas Mubarak jatuh, tentera memerintah selama setahun setengah dalam tempoh peralihan, namun tiada hukuman dikenakan ke pembunuh Khalid dan rakyat yang terkorban ditembak polis Mubarak semasa Revolusi 2011. Hakim membebaskan penjenayah kerana pihak pendakwa raya sengaja tidak mengemukakan bukti yang kukuh.

Semasa Mursi menjadi Presiden, beliau memecat peguam negara dan menggantikan dengan peguam yang baru. Kes-kes jenayah Mubarak dibuka dan dibicarakan semula. Belum selesai penghakiman, Mursi digulingkan, Mubarak dilepaskan, seorang demi seorang penjenayah dilepaskan.

Darah Khalid dan pejuang yang terkorban masih belum terbela, sekarang Regim Mubarak berkuasa kembali dengan sokongan kuat dari tentera, mereka bebas membunuh,menyeksa dan menangkap sesiapa sahaja yang menentang kerajaan haram tentera.

Rakyat bangkit kembali menentang tentera, momentum kebangkitan semakin kuat, 30 Ogos menyaksikan penentangan hebat dari rakyat. Biarpun tentera masih belum mengalah, tetapi kebangkitan rakyat Mesir tidak dapat disekat, regim Mubarak dan Pemerintah Tentera akan tumbang satu masa nanti.

Khalid telah pergi menemui Tuhannya, namun perjuangan Khalid disambung jutaan 'Khalid Saed' yang baru. Begitulah perjuangan menegakkan kebenaran, satu mati sejuta akan bangkit.

Semoga pembunuh Khalid akan terima balasannya satu hari nanti.

Nukilan wartawan Prihatin Mesir.

Tiada ulasan:

Pengikut