Khamis, 12 September 2013

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 12 Sep 2013 03:06 AM PDT

MEDIA Rakyat MALAYSIA


TANDA2 HIDUP TIDAK DIBERKATI ALLAH SWT

Posted: 12 Sep 2013 01:06 AM PDT

ADUAN ANAK KPD BAPA..............

Posted: 11 Sep 2013 11:59 PM PDT

MUAK PEMIMPIN AEMNO KE, MUAK DGN AEMNO...............

Posted: 11 Sep 2013 05:35 AM PDT

BULETIN RAKYAT

Posted: 11 Sep 2013 11:28 AM PDT

BULETIN RAKYAT


MUAK DGN AEMNO....ATAU PEMIMPINNYA

Posted: 11 Sep 2013 05:36 AM PDT

Antara muak dengan Umno dan muak dengan pemimpin Umno - Shahbudin Husin

Apabila Ahli Parlimen Pulai, Nur Jazlan Mohamed mengatakan rakyat sudah muak dengan Umno berikutan janji untuk berubah yang dilafazkan sebelum pilihan raya tetapi tidak ternampak perubahan sebaik memenangi pilihanraya, ungkapan beliau itu bagaikan renjatan letrik bagi sesetengah orang. Sementara ramai yang bersetuju, ada pula yang tersinggung, terasa hati, malah marah kepadanya.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz bersetuju dengan pandangan Jazlan bahawa Umno mesti berubah untuk kekal relevan.  Bagaimanapun Menteri Pertahanan dan Naib Presiden Umno, Hishammuddin Hussein menyelar pandangan Jazlan itu dan menyifatkan sebagai usaha menarik perhatian menjelang pemilihan Umno berikutan Jazlan mengumumkan mahu bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno kali ini.

Bagi Hishammudin juga, pandangan Jazlan itu jelas tidak tepat dan tersasar dari hakikat yang sebenarnya berikutan Umno masih mampu mencapai kejayaan membanggakan iaitu sebanyak 88 kerusi daripada keseluruhan 133 kemenangan BN dan di sebalik parti lain mengalami kemerosotan sokongan.
Jazlan yang juga Pengerusi Kira-Kira Wang Negara atau PAC mungkin menilai rasa muak rakyat terhadap Umno dalam konteks yang lebih luas dan tidak semata-mata berdasarkan kemampuan memenangi kerusi dalam pilihan raya sahaja seperti yang difahami oleh Hishammuddin.

Jika jumlah kerusi yang diambil kira, memanglah Umno dan BN masih memang tetapi haruslah juga disedari bahawa kemenangan BN dalam pilihan raya lalu hanya disumbangkan oleh 47 peratus undi rakyat sahaja sedangkan pembangkang yang memenangi 89 kerusi meraih lebih 51 peratus undi.

Kemenangan undi rakyat atau undi popular ini menunjukkan bahawa rakyat mempunyai iltizam yang tinggi untuk menukar kerajaan dan menolak BN tetapi hanya diselamatkan oleh sistem pilihan raya yang digunakan.
Jika undi popular ini digambarkan sebagai rasa muak rakyat dan mungkin memberi keputusan yang lebih buruk dalam pilihan raya akan datang berikutan banyak janji untuk berubah tidak ditunaikan, pandangan Jazlan nyata ada kebenarannya. Tidak mustahil penolakan rakyat menjadi bertambah besar lagi.

Sebelum pilihan raya, ramai pemimpin dan menteri yang menjadi kebencian rakyat dan diberikan isyarat ditukar tetapi sementara sebahagian kecil ditamatkan khidmatnya, ramai lagi yang dikekalkan. Malah yang tidak diberi bertanding, diberi pula jawatan lain yang bertaraf menteri. Yang tidak sepatutnya jadi menteri, dijadikan menteri. Yang sepatutnya pencen, disambung lagi khidmatnya di arena yang lain pula.

Secara puratanya, penonjolan pemimpin muda masih lagi terbatas. Najib dilihat masih tidak mempercayai tenaga muda dalam pentadbirannya sedangkan itulah sebahagian daripada janji perubahan yang dilafazkannya.
Keadaan ini bukan yang dikehendaki oleh rakyat dan ahli Umno. Zaman ini dan zaman akan datang adalah masa untuk anak muda ditonjolkan sebagai pelapis. Jazlan mungkin ada rasa kecewa dalam dirinya tetapi beliau juga mewakili pemimpin muda lain yang turut rasa terabai dan dipandang sebelah mata oleh pucuk pimpinan.
Selain janji untuk berubah dari segi menampilkan golongan muda yang tidak ditunaikan, rasa muak rakyat yang digambarkan Jazlan juga mungkin berdasarkan pemerhatiannya mengenai gelagat pemimpin dalam kerajaan sendiri yang seperti tidak mengambil iktibar atau pengajaran daripada keputusan pilihan raya lalu. Selepas pilihanraya, masih ramai lagi pemimpin yang tidak berubah sikapnya dalam membela rakyat.

Seharusnya dengan kehilangan undi popular, hanya mendapat sokongan daripada penduduk kampung dan desa pedalaman, semakin ditolak oleh pengundi bandar, separa bandar, golongan muda dan terpelajar serta hanya 23 kerusi yang memisahkan BN dengan tampuk kuasa, sikap, pemikiran dan perangai pemimpin hendaklah berubah sama.

Bukan saja tidak sepatutnya ada lagi kedengaran pemimpin atau menteri bergaya mewah dan berlagak sombong, bahkan tidak seharusnya juga ada pemimpin yang mengatakan jangan makan ayam bila harga ayam semakin mahal, tanam sayur sendiri bila harga sayur mahal, pindah ke luar negara jika tidak setuju dengan undang-undang negara dan jangan beli rumah kalau harganya makin mahal.

Perangai dan pemikiran menteri yang sedemikian tentulah menyebabkan rakyat makin muak dengan Umno. Perangai pemimpin seperti ini bukan menunjukkan mereka membela rakyat tetapi pembuli rakyat. Jawatan, amanah dan kuasa yang ada bukannya digunakan untuk meringankan beban hidup rakyat, sebaliknya semua kegagalan sebagai pemimpin cuba diletakkan bebannya kepada rakyat.

Rakyat juga muak dan menyampah dengan menteri yang hanya tahu memberi amaran dan menggunakan isu dalam masyarakat seperti jenayah dan sebagainya untuk menaikkan populariti diri sendiri sedangkan tindakan atau hasilnya asyik ke laut saja.

Apabila ada pemimpin kecil seperti Jazlan mengatakan kebenaran dan memberitahu rakyat sudah muak dengan Umno, pemimpin besar seperti Hishammuddin janganlah pula jadi sasau kerananya. Terimalah hakikat dan diri sendiri pula mungkin sebahagian daripada punca rasa muak rakyat terhadap Umno selama ini.

Jika Jazlan dituduh mencari populariti dengan mengkritik Umno, bukankah tindakan Hishammuddin mempertahan, malah memuji-muji Umno sehingga ke langit itu lebih bersifat meraih populariti dan mencari undi juga walaupun sikap itu turut menambahkan lagi rasa muak rakyat? – shahbudindotcom.blogspot.com, 10 September, 2013.


* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Tiada ulasan:

Pengikut