Apa Yang Tersirat Posted: 23 Sep 2013 01:12 PM PDT Pembunuh Pengasas Am-Bank: Four Eyes akhirnya Berjaya Ditangkap Posted: 22 Sep 2013 11:51 PM PDT Polis menahan lelaki bersenjata berumur 44 tahun yang didakwa menembak pengasas Bank Arab Malaysian Ahmad Hussain Najadi berdekatan sebuah tokong di Kuala Lumpur, hampir dua bulan lalu.
Menurut laporan media, Kong Swee Kwan - yang turut dikenali sebagai "Four Eyes" - dan dua lagi ditahan di sebuah rumah di Taiping pagi ini.
Polis masih menyiasat pihak yang mengupahnya untuk menembak ahli perniagaan itu.
Hussain, 75, terbunuh manakala isterinya Chong Mei Kuen, 49, cedera apabila ditembak dari jarak dekat pada 29 Julai lalu.
Sementara itu, Bernama melaporkan suspek utama kes pembunuhan pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi, ditahan di Larut Tin Tambahan, Taiping, Perak tengah malam tadi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata suspek berumur 44 tahun itu ditahan di sebuah rumah pada pukul 12.30 tengah malam susulan maklumat awam.
Turut ditahan ialah dua lelaki, masing-masing berumur 31 dan 26 tahun, yang dipercayai memberi perlindungan kepada suspek, katanya.
"Kesemuanya kini dibawa IPKKL (Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur)untuk siasatan lanjut," katanya dalam sidang media di IPKKL di ibu negara hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 212 Kanun Keseksaan.
Hussain, 75, maut manakala isterinya cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta sejurus keluar dari tokong Kuan Yin Temple di Lorong Ceylon di sini pada 29 Julai lepas. | Pemilihan Umno: Siapa Pemimpin Perlu Dimenangkan? Posted: 22 Sep 2013 10:41 PM PDT PROSES penamaan calon pemilihan pemimpin UMNO Oktober ini telahpun usai. Hanya beberapa jam lagi, tempoh menarik diri akan tamat. Namun, jika tiada calon yang menarik diri, maka jumlah calon-calon akan tetap: Naib Presiden 6, MT 64, Ketua Wanita 3, Naib Ketua 3, Exco 44; Ketua Pemuda 5, Naib Ketua 4, Exco 77; Ketua Puteri 2, Naib Ketua 3, Exco 30.
Bagi AYT daripada sekian ramai mereka yang bertanding, AYT tertarik kepada beberapa calon. Antaranya ialah Datuk Mukhriz Mahathir bagi jawatan Naib Presiden, Khairy Jamaluddin bagi jawatan Ketua Pemuda, Datuk Rahman Dahalan, Datuk Tawfik Abu Bakar Titingan, Datuk Saifudddin Abdullah, Datuk Azalina Othman Said, Datuk Nur Jazlan Mohamamed bagi Jawatan Ahli Majlis Tertinggi dan Datuk Suraya Yaacob bagi jawatan Naib Ketua Wanita.
Mengapa begitu? Ini kerana AYT melihat merekalah barisan pemimpin pelapis yang mempunyai keupayaan dan wawasan untuk membawa negara ke depan. Kenyataan ini tidak bermakna memperkecilkan keupayaan calon lain, tetapi penulis melihat, penyertaan mereka menjadikan pemilihan parti kali ini sungguh menarik dan menjadi perhatian umum secara amnya, dan ahli parti secara khasnya..
Cuba bayangkan betapa senyap dan sepinya serta hambarnya pemilihan Naib Presiden UMNO jika Datuk Mukhriz tidak bertanding? Apakah yang baru yang boleh ditawarkan oleh UMNO tanpa adanya calon muka baru yang bertanding? Apakah perubahan yang boleh diharapkan dari UMNO jika sekadar muka lama sahaja yang bertanding? Apa transformasi yang boleh berlaku? Oleh sebab itulah AYT melihat bahawa penyertaan Mukhriz, walaupun di saat-saat akhir, menjadikan pemilihan parti kali ini menjadi tumpuan.
Penyertaan Mukhriz, ada yang beranggapan sebagai jelmaan bapanya Tun Mahathir. Malah Menteri Besar Kedah pernah berkata, memang beliau bersyukur kerana ber "bin"kan Tun Dr Mahathir; namun pada hakekatnya, kata beliau, beliau mempunyai caranya sendiri.
Anggapan bahawa Menteri Besar Kedah itu jelmaan bapanya, adalah satu tanggapan yang kurang adil kepada beliau. Jika pun beliau masih dibayangi oleh ayahnya, namun pada hakekatnya, beliau lebih memahami aspirasi rakyat terkini. Umno perlu melihat penyertaan beliau bagi merebut kedudukan nombor tiga parti, perlulah dianggap sebagai proses peremajaan parti, dan sekaligus memberi pendedahan kepada pemimpin pelapis. Parti perlu melihat, bahawa kehadiran beliau dalam kanca pertandingan Naib Presiden, untuk memastikan bahawa kepimpinan negara bakal dipikul oleh generasi penerus pada masa akan datang.
Pada pemilihan parti kali ini, AYT memberi perhatian kepada dua calon daripada Sabah- Datuk Rahman Dahalan dan Datuk Tawfik Abu Bakar Titingan. Dua pemimpin ini, memenuhi kretiria pemimpin masa depan parti dan negara. Mereka berdua mempunyai pendekatan, yang sangat sesuai untuk masa kini, dan masa depan; jika dilihat daripada segi perubahan taburan penduduk, tahap kemajuan pemikiran rakyat dan perkembagangan kemajuan dalam negara;. Rahman dan Tawfik memenuhi syarat-syarat itu, tambahan lagi mereka adalah bakal mengisi kepimpin Umno Sabah di masa akan datang.
Seorang lagi calon yang bertanding ialah Datuk Saifuddin Abdullah yang mempertahankan jawatannya di Majlis Tertinggi. Beliau yang memperkenalkan politik baru, walaupun tewas pada PRU-13 lalu, dan kehilangan jawatan pada kabinet, namun beliau adalah pemimpin yang sangat terbuka, berani menerima perbezaan pendapat, dan menganggap perbezaan pendapat itu sebagai warna-warni politik; adalah seorang pemimpin yang perlu dimenangkan; kerana pendekatan beliau itu diperlukan oleh parti agar kekal relevan dalam arus politik tanah air.
Begitu juga dengan YB Khairy Jamaludin, Menteri Belia dan Sukan. Seorang yang dinamik, bertenaga dan mempunyai pendapat yang segar. Walaupun beliau sering dicop sebagai pemimpin yang bersifat liberal, namun itulah menjadi kelebihannya dalam suasana negara yang berbilang kaum dan agama.
Bagi Wanita pula, tindakan Datuk Suraya Yaacob menawarkan diri sebagai calon Naib Ketua Wanita., akan memberi wajah baru yang segar kepada sayap parti itu. Pemimpin seperti beliau diharapkan menjadi peneraju wanita di masa depan.
Bagi AYT, para pemimpin yang disebutkan dan jika mereka berjaya membarisi kepimpinan parti, boleh bersiang dengan pemimpin Pakatan Rakyat seperti Rafizi Ramli, Nurul Izzah Anwar, Tony Pua, Lim Guan Eng malah dengan Salahudin Ayub daripada PAS.
Jikalah AYT mempunyai kelayakan untuk mengundi, sudah pasti memangkah calon-calon yang disebutkan. | Pemilihan Umno: Mengapa Kedudukan Naib Presiden Jadi Tumpuan? Posted: 22 Sep 2013 09:14 PM PDT PROSES penamaan calon pemilihan parti sudahpun selesai. Tempoh menarik diri atau meneruskan pencalonan akan berakhir beberapa jam lagi.
Jika tidak berlaku penarikan diri, jumlah calon yang berentap bagi kedudukan Naib Presiden adalah enam. Mereka adalah tiga penyandang- Datuk Zahid Hamidi, Datuk Hishamuddin Tun Hussin dan Datuk Shafie Apdal. Manakala calon baru adalah Datuk Ali Rustam, Tan Sri Isa Samad dan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Di antara enam calon itu, Mukhriz adalah calon paling akhir menyatakan kesediaannya merebut kedudukan Naib Presiden.
Setiap pemilihan parti, selain kedudukan Presiden dan Timbalan, jawatan yang mendapat perhatian adalah kedudukan Naib Presiden.
Sejarah parti, menunjukkan, setiap bakal Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri, perlu melalui kedudukan Naib Presiden Parti.
Dilihat kepada mereka yang bertembung bagi kedudukan Naib, masing-masing mempunyai kekuatan sendiri di kaca mata ahli parti. Ertinya peluang antara satu sama lain adalah seimbang. Namun disudut, perhatian perwakilan, mereka perlu memilih hanya tiga orang, kerana memang jumlah naib hanya sejumlah itu.
Kalaulah perwakilan melihat kepada kedudukan masing-masing calon, semua calon mempunyai kedudukan, namun, sejauh mana kedudukan calon-calon itu menggamit sokongan, adalah sukar untuk diterjemahkan.
Daripada sudut transformasi parti ke arah peremajaan parti, sudah tentu, calon-calon muda, mempunyai keunggulan dan kelebihan, dan daripada enam calon itu, yang termuda adalah Mukhriz, diikuti Hishamuddin dan kemudian Shafie.
Namun, jika berasaskan kepada presepsi semasa dan harapan akar umbi, nampaknya usia bukan penghalang kepada calon-calon yang bertanding untuk dipilih. Di lihat daripada tinjaun maya dan harapan akar umbi, tiga calon yang bakal terpilih bagi kedudukan nombor tiga parti adalah Mukhriz-Zahid-Shafie.
Bakal tidak terpilihnya tiga calon lain, bukan bermakna, mereka bukan pemimpin yang boleh dihandalkan, namun berasaskan situasi dan kondisi serta keperluan parti untuk masa depan, terutama berdepan dengan PRU-14, gandingan Mukhriz-Zahid-Shafie adalah lebih menyengat dan membawa impak besar kepada kemajuan parti.
Pemilihan Mukhriz-Zahid-Shafie bagi kerusi nombor tiga parti, melengkapkan taburan kepimpinan utama dalam parti, Jika Presiden mewakil Pantai Timur, Timbalannya mewakili Selatan, Mukhriz mewakili utara, Zahid mewakili Tengah dan Shafie mewakili Malaysia Timur.
Walaupun apapun, tulisan ini hanya berasaskan tinjauan dan cerita sebahagian akar umbi, hakekatnya, siapa yang bakal menduduki kerusi-kerusi naib akan ditentukan oleh 150,000 perwakilan pada 19 Oktober ini. | |
Kata Pakteh...!! Posted: 23 Sep 2013 01:10 PM PDT Naib Presiden UMNO - Pilihlah dengan mata hati Posted: 22 Sep 2013 06:23 PM PDT Selesai sudah proses penyerahan borang dan kini siapa menang tanpa bertanding dan siapa perlu bersaing sudah diketahui.
Diperingkat Naib Presiden, SAH kini 6 pemimpin terhebat UMNO akan bersaing Malangnya hanya ada 3 kekosongan untuk jawatan tersebut. Tanpa mengambil kira sedikit kelemahan yang ada pada setiap calon Naib Presiden, Pakteh gembira melihat demokrasi dalam UMNO.
Keenam-enam calon ada nama tersendiri dan berjasa kepada UMNO. Tidak perlu menilai keburukan kerana setiap dari mereka pernah melalui pahit getir bersama parti UMNO. Calon lama terserlah pengalamannya dan calon baru terbukti kematangannya.
Pilihlah calon pilihan anda secara mata hati, menilai demi keutuhan dan kebaikan parti UMNO.
BERANIBERUBAH #MM4VP | |
Rajahmas Posted: 23 Sep 2013 11:27 AM PDT 예쁜 Posted: 23 Sep 2013 03:03 AM PDT | |
PEJUANG BANGSA Posted: 23 Sep 2013 11:06 AM PDT HOT ! KEMATIAN ANGGOTA POLIS OPS CANTAS JADI BAHAN LAWAK MACAI PAKATAN !! Posted: 23 Sep 2013 10:32 AM PDT Pengorbanan anggota keselamatan Polis yang menjaga keselamatan negara terutama dalam OPS Cantas khas terus diperlekehkan dan dihina . Terbaru seorang anggota Polis berasal dari P.Pinang terkorban ketika bertugas disebabkan hentakan batu oleh penjenayah . Tetapi berita kematian arwagh menjadi bahan lawak di facebook oleh tora-tora tua di bawah ini . Nyawa anggota polis ini tak ada nilai ka ?? Polis pun manusia.. Polis pun insan biasa.. Polis pun ada perasaan.. Polis pun ada keluarga.. Ada anak bini.. Tolong hormat la sikit ! Kalau jadi kepada keluarganya sendiri baru padan muka ! - Seorang koperal polis maut ketika bergelut untuk menahan seorang suspek dalam Ops Lejang di Taman Teknologi Cheng di sini, hari ini. Dalam pergelutan itu, Kpl Zal-Azri Abdul Somad, 31, dari Bahagian Risikan Jenayah (D4), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, cedera di kepala dan mati di tempat kejadian. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata Zal-Azri menyertai operasi itu bersama seorang pegawai dan tiga anggota lain dari bahagian itu untuk menangkap sekumpulan lelaki yang disyaki cuba mencuri besi buruk di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Cheng awal pagi ini. Polis berjaya menahan tiga lelaki masing-masing berusia 17, 22 dan 23 tahun dan kira-kira pukul 8.30 pagi, seorang daripada suspek itu cuba melarikan diri. "Zal-Azri cuba menahan suspek berusia 17 tahun itu dan berlaku pergelutan antara mereka menyebabkan anggota kami cedera di kepala," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Raja Shahrom berkata suspek yang dapat melarikan diri selepas pergelutan itu, berjaya ditahan di Krubong pada pukul 10.50 pagi ini. Beliau berkata serbuan ke kawasan kilang itu dibuat setelah polis mendapat maklumat tentang sebuah lori curi yang digunakan untuk kegiatan mencuri besi buruk berada di kawasan itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. "Zal-Azri telah berkhidmat selama 15 tahun sebagai anggota polis dan baharu dua bulan ditukarkan ke bahagian itu berdasarkan perkhidmatan cemerlangnya sebelum ini di Alor Gajah," katanya. Raja Shahrom berkata Zal-Azri yang berasal dari Pulau Pinang meninggalkan seorang balu dan dua anak. | Chin Peng bukan warganegara, abu mayat tak boleh masuk negara ini !! Posted: 23 Sep 2013 02:35 AM PDT Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak mempunyai rekod kerakyatan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng merupakan warganegara Malaysia. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini berdasarkan semakan JPN yang tidak mempunyai rekod mengenai beliau.
"Berdasarkan JPN, Perjanjian Hatyai telah diberikan dua kali (peluang) kepada beliau tetapi malangnya beliau menolak. "Dan mengikut semakan yang dilakukan JPN tidak ada rekod yang menyebut bahawa Chin Peng pernah menjadi warganegara Malaysia kecuali beliau menggunakan nama lain," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Isnin. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kewajaran abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke negara ini berdasarkan Perjanjian Hatyai 1989 yang ditandatangani bekas Setiausaha Agung PKM itu dengan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, Menteri Dalam Negeri serta Ketua Polis Negara pada masa itu. Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan tidak akan berkompromi dengan desakan pihak tertentu yang masih menuntut kerajaan supaya membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke dalam negara. "Bagi saya bukan soal perundangan sangat tetapi soal kemanusiaan, rasa kemanusiaan, rasa tergurisnya perasaan mangsa-mangsa yang telah terbunuh ketika Chin Peng menjadi ketua PKM," katanya.
| HOT ! LAGI PENDEDAHAN WAJAH TEGANG ANWAR YANG CUBA MENIPU AKIBAT KESAN UBAT !! Posted: 22 Sep 2013 07:00 PM PDT Blog satdthinks meletakkan empat 'titik' perubahan wajah Anwar iaitu kedut di kening, telinga, mata dan pipi. Seorang pengomen laman ini, Sman, mempertikaikan penafian pembantu Anwar yang mendakwa perubahan wajah Ketua Umum PKR itu bukan disebabkan pembedahan tetapi disebabkan alahan kepada sesetengah ubat yang diambilnya. "Dah lama dia (Anwar) mentekedarah bermacam-macam ubat, mengapa tak ada pulak alahan, tiba-tiba bila dah tua kerepot ni, ada alahan pulak dgn ubat, ada ubat baru ke yang dia lahap? "Biasanya kalau ubat yang boleh menjadikan alahan doktor tanya dulu ada alahan ke tidak supaya dapat diberi ubat yang betul. Kelentong, kelentong, kelentong tak habis, habis macam lah rakyat Malaysia ni bodoh sangat,"komennya. Komen Sman itu disambut dengan Lim Lynn dengan berkata, "Harap Anwar Ibrahim tak dapat HIV AIDS nanti pula ikut Barack Obama kurus badan." Begitu juga dengan Basry yang mahu tahu apakah jenis ubat yang dimakan oleh Anwar sehingga berlaku alahan yang teruk. "Ubat apa yang boleh jadi allergy macam itu, teringin juga nak tahu…," katanya. - AIDC-Komen GPB - Rumah kata Pergi, Kubur Kata Mari, Dah-dahlah tu Bang NON bawa- bawa beristigfar banyak-banyak. Duduk rumah, duduk masjid dan jaga cucu la baik...
| NILAI ADUN UMNO P.PINANG KALAU TERIMA DUIT GUAN ENG HANYA RM 109 SEHARI !! @dzainalabidin Posted: 22 Sep 2013 05:30 PM PDT Semalam kecoh satu Penang bila Ketua Menteri DAP RM 100 umum nak bagi RM 40 ribu setahun kepada 10 Adun UMNO . GPB yakin bukan Adun UMNO yang terhegeh-hegeh kebuloq nak pi minta duit DAP tapi sebenarnya agenda Guan Eng sendiri yang pasti ada agenda tersirat . Bagi GPB duit sebanyak itu tak cukup pun kerana kalau dikira sehari jumlahnya nilainya hanya RM109 !! RM 109 je harga untuk Adun UMNO di mata DAP . Jadi , GPB nasihatkan kepada semua 10 orang Adun UMNO , jangan ambil satu sen pun daripada duit DAP !! Kalau Cina di Penang boleh tolak BN di PRU13 dengan angkuh , anda tak perlu rasa segan dan malu pun untuk tolak duit lahabau DAP ini !! Kita masih lagi ada Najib & kerajaan Persekutuan dan lihatlah bagaimana beliau boleh membantu orang Melayu dengan memperkasa ekonomi Bumiputra tanpa rasa takut dan gentar dihentam Cina . Ingatlah lah wahai Adun UMNO .. anda menang sebagai ADUN walaupun undi tipis adalah hasil sokongan kuat orang Melayu . Mereka memilih anda sebab anda mewakili UMNO bukan pilih barua DAP iaitu PAS & PKR. Jadi , kalau anda terima juga duit pemberian DAP ..... maka ia merupakan satu pengkhianatan kepada undi mereka kepada UMNO & BN di PRU13 .
Harap YB Jahara tolak tawaran duit Guan Eng
Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang di Pulau Pinang akan diberikan peruntukan untuk projek pembangunan kecil sebanyak RM40,000 setahun mulai tahun depan menurut Ketua Menteri Lim Guan Eng (gambar). Menurut Lim, keputusan itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri itu pada Rabu dan telah diluluskan secara prinsip. "Selepas kemenangan Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang dengan tambahan undi popular sebanyak 10% dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei lalu, Adun PR terdiri daripada 30 orang ahli dan Adun Umno seramai 10 orang. "Kerajaan negeri telah cuba menjemput Adun Umno untuk menyertai keahlian jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri agar mereka melakukan kerja sambil menerima peruntukan tetapi tawaran ikhlas kerajaan negeri telah ditolak dengan begitu angkuh oleh Adun Umno kerana tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan PR," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
| |
IPOHMALAY Posted: 23 Sep 2013 09:06 AM PDT Perak Kalah 6-1 Akibat Rasuah? Posted: 23 Sep 2013 01:17 AM PDT Apa? Ada perlawanan bola antara Perak dan Sarawak? Apa? Perak kalah 6 -1 ? Begitulah gaya anak Perak di rantauan yang sedikitpun tidak ambil peduli dengan perkembangan bolasepak negeri Perak.
Apabila semakin ramai yang tidak peduli, semakin menjadi-jadilah pula wayang dari tok dalang di belakang pasukan yang berusaha menjahanamkan pasukan tersebut.
Di media sosial, berbagai sindiran yang menterjemahkan rasa malu warga Perak terutamanya yang tinggal di Kuala Lumpur. Ada yang menyindir "Kenapa tak bagi 6 daerah sekaligus kepada Sarawak". Kata-kata sinis yang boleh disifatkan agak biadap akibat penuh kekecewaan.
Macam-macam. Yang jarang dikaji ialah gaji pemain dan asal usul pemain. Rasa-rasanya kalau gaji cukup manakala setidak-tidaknya para pemain dari kalangan anak jati, semangat bermain tentulah lain. Kalau nak jadikan bolasepak negeri sebagai ketui arang bagi menconteng muka 2.3 juta rakyat negeri, rentikanlah yob. Teman rela Perak tak bersaing dalam bolasepak tempatan.
Dengan tindakan seperti di bawah sekalipun, apa jaminannya kecemerlangan bolasepak Perak akan kembali serta-merta. Adakah ia sekadar 'pencitraan' semata-mata?
PAFA gantung pengurusan, lapor SPRM syak wujud rasuah IPOH 23 Sept. - Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) hari ini menggantung kesemua pegawai pengurusan pasukan itu termasuk jurulatihnya, Azraai Khor Abdullah selama dua minggu ekoran kekalahan memalukan 1-6 kepada Sarawak dalam perlawanan Piala Malaysia di Kuching, Sabtu lalu. Timbalan Presiden PAFA, Khairul Azwan Harun dalam sidang akhbar di sini hari ini berkata, pihaknya juga membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kemungkinan berlaku sabotaj dan rasuah ekoran kekalahan tersebut. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130923/su_11/PAFA-gantung-pengurusan-lapor-SPRM-syak-wujud-rasuah#ixzz2fhUUrUYs © Utusan Melayu (M) Bhd | Bangsatnya Aziz Bari - Siapa Yang Cari Manfaat Politik? Posted: 22 Sep 2013 04:36 PM PDT
Terdahulu, pakar perlembagaan Aziz Bari berkata kerajaan sepatutnya memenuhi janji yang telah dimeterai dengan Parti Komunis Malaya dan tidak menangguk di air yang keruh dalam isu kematian bekas pemimpin parti tersebut, Chin Peng, untuk manfaat politik.
Menurutnya, kerajaan akan kehilangan kewibawaan jika mereka terus mungkir janji dengan PKM.
Sementara Putrajaya sebelum ini menolak gesaan agar abu mayat pemimpin Komunis itu di bawa ke negara ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata berkata kerajaan tidak akan mempertimbang sebarang permintaan daripada anggota keluarga Chin Peng supaya mayat bekas pemimpin PKM itu dibawa pulang ke negara ini untuk urusan pengebumian.
Menurutnya lagi bekas ketua pemimpin komunis yang meninggal dunia di Bangkok itu akan terus diingati sebagai pemimpin pengganas yang terlibat melakukan pelbagai kekejaman terhadap rakyat dan serangan ke atas pasukan keselamatan.
Chin Peng dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok kira-kira jam 6.20 pagi, pada 16 September kerana sakit tua.
Beliau dilahirkan pada 21 Oktober 1924 di Sitiawan, Perak. ~Antarapos ULASAN Prof Aziz Bari baca ke Hadyai Accord? Chin Peng bukan rakyat Malaya atau Malaysia. Dia menentang kerajaan dan kedaulatan kerajaan-kerajaan ngeri yang berdaulat. Selepas merdeka pun, Chin Penag persoal kedaulatan negara. Siapa dia nak persoal?
Malah dia bukan pejuang kemerdekaan kerana rakyat pun bukan. Dia kata dia anti British tapi Parti Komunis Malaya di tubuhkan atas bantuan dan diberi senjata oleh British untuk menentang Jepun. Penubuhan PKM melibatkan seorang double atau ada kata triple agent bernama Loi Tak dalam satu perjanjian dengan pegawai British bernama Spenser Chapman di sebuah plantation di Bidor Perak. Pegawai tentera British datang dengan submarine dan berlabuh di Lumut. Itu sebab British beri status PKM sebagai pertubuhan yang sah hingga diharamkan kerana kegiatan subversif. Kesemua pihak yang konon pejuangkan kemerdekaan, termasuk Chin Peng, mereka buta sejarah kepada realiti dia hanya menentang British dan mahu tukar penjajah dari British ke Jepun, orang Cina, Indonesia dan penjajah lain. Mereka tak faham negeri-negeri Melayu adalah negara berdaulat yang secara teknikal bukan dijajah tapi ditadbir British atau terima Penasihat british. Cara yang mereka lakukan menafikan kedaulatan sedia ada kedaultan negeri sebagai negeri negeri Melayu. Hadyai Accord memberi ruang untuknya memohon untuk jadi warganegara dalam 1 tahun tapi Chin Peng tidak memohon langsung.
| Nur Misuari akan dihukum Posted: 22 Sep 2013 04:21 PM PDT Nampaknya ada yang telur naik ke muka hingga tembam mukanya apabila rakan karibnya sedang diburu oleh kerajaan Filipina untuk diheret ke muka pengadilan. Ini kerana dia juga barangkali menanti untuk diheret ke muka pengadilan berhubung insiden Lahad Datu dan kelewatan proses ini mungkin berhubung kait dengan kerjasama Malaysia - Filipina dalam mencekak telur Misuari terlebih dahulu bagi mendapat bukti sahih.
ZAMBOANGA 22 Sept. - Presiden Filipina, Benigno Aquino, hari ini berikrar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ketua Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari yang melancarkan serangan ke atas bandar di selatan negara ini yang menyaksikan beratus-ratus penduduk dan askar terbunuh atau cedera.
Aquino berkata, pihak penyiasat akan memastikan Misuari dipertanggungjawabkan ke atas apa yang berlaku. ''Kami kini mempunyai saksi bagi mengaitkannya secara langsung dalam konflik ini dan pertuduhan tentang kes ini sedang disediakan oleh Jabatan Keadilan,'' katanya pada sidang media, di sini sebelum pulang ke Manila. Dalam pada itu, polis telah memfailkan dakwaan jenayah dan pemberontakan terhadap 29 anggota dan komander MNLF yang menyerang Zamboanga, baru-baru ini.
Pendakwa Raya Negara, Aristotle Reyes, hari ini berkata, kumpulan pertama MNLF, termasuk seorang komander kumpulan itu, Habier Malik dan tiga komandernya yang lain akan didakwa, namun Habier dan komander lain terbabit belum ditangkap dan dilaporkan masih bertempur dengan tentera kerajaan di sini. ''Pertuduhan ke atas 25 suspek yang lain telah difailkan,'' katanya.
Kira-kira 200 anggota MNLF menyerang Zamboanga sejak 9 September lalu dan memusnahkan beribu-ribu rumah penduduk dan sejumlah penduduk dijadikan tebusan.
Tentera hari ini masih melancarkan operasi bagi menghapuskan kira-kira 40 anggota MNLF yang masih menahan kira-kira 20 penduduk sebagai tebusan. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130923/lu_01/Nur-Misuari-akan-dihukum#ixzz2fetEfHDA © Utusan Melayu (M) Bhd | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan