GEORGETOWN - DAP disifatkan menganggap calon Melayu hanya berharga 50 sen yang tiada kepentingan dalam parti.
Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Zulkifli Mohd Noor berkata, DAP juga bersikap tangkap muat apabila hanya meletakkan tiga hingga empat calon Melayu dalam parti.
Dakwanya lagi, tindakan tersebut sekaligus mengaburi mata rakyat bagi menggambarkan DAP sebagai sebuah parti berbilang bangsa - SH -
Sejak 1968 DAP sentiasa dikawal oleh Lim Kit Siang yang memegang jawatan Setiausaha Agung atau Pengerusi Kebangsaan. Dalam organisasi DAP Setiausaha Agung paling berkuasa. Konsep ini sama seperti yang diamalkan oleh Parti Komunis Malaya yang mana jawatan Setiausaha Parti Komunis Malaya dipegang oleh Chin Peng.
Berikut adalah salah satu cara yang dimanipulasi oleh Lim Kit Siang untuk memastikan dia dan disnatinya terus berkuasa.
Parti DAP tidak mempunyai bahagian disetiap parlimen sepertimana yang diamalkan parti-parti lain. Mereka hanya mempunyai cawangan sahaja.
Cawangan-cawangan parti DAP pula dibahagikan kepada dua kumpulan.
i)Cawangan sijil A
ii)Cawangan sijil B
Penentuan samada sesebuah cawangan layak mendapat sijil A atau sijil B dibawah kuasa Setiausaha Agung.
Ahli-ahli cawangan sijil A layak untuk hadir ke Kongres Kebangsaan DAP dan layak mengundi untuk memilih CEC.
Ahli-ahli cawangan sijil B hanya layak hadir ke Kongres Kebangsaan DAP sebagai pemerhati sahaja dan TIDAK dibenarkan mengundi.
Cawangan yang dikenal pasti menyokong Dinasti Lim akan diberi sijil A untuk membolehkan mereka mengundi. Mana-mana cawangan yang dikenal pasti tidak menyokongnya dan tidak akan memberi undi kepadanya akan diberi sijil B untuk menghalang mereka daripada mengundi, walaupun sebelum itu cawangan tersebut mempunyai sijil A. Setiausaha Agung berkuasa untuk menukar sijil cawangan dari A ke B atau dari B ke A bila-bila masa sahaja mengikut keperluannya.
Cara kedua bagaimana Lim Kit Siang memanipulasi Perlembagaan DAP untuk memastikan dia dan dinastinya terus berkuasa.
Perlembagaan DAP yang dirangka Lim Kit Siang juga menetapkan bahawa ahli-ahli yang layak mengundi pada pemilihan parti tidak boleh memilih siapa yang mereka hendak letak sebagai Pengerusi Kebangsaan, Timbalan Pengerusi Kebangsaan, Naib Pengerusi Kebangsaan, Setiausaha Agung dan jawatan-jawatan yang lain. Mereka hanya boleh memilih 20 calon-calon yang bertanding untuk mengisi CEC.
Apabila keputusan 20 yang terpilih sebagai anggota CEC diumumkan maka 20 orang yang terpilih itu akan bermesyuarat untuk menentukan siapa yang dipilih sebagai Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha Agung dan jawatan lain. Tidak ada undi sulit. Mereka diminta memilih secara terbuka di depan keluarga Lim. Apabila berhadapan dengan situasi begini semua anggota CEC akan menjadi seperti lembu dicucuk hidung dan mereka terpaksa memilih Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung selaku orang yang paling berkuasa dalam DAP.
Jika ada yang cuba melawan mereka tidak akan dipilih sebagai calon dalam pilihanraya dan akan menerima nasib malang sepertimana yang dialami oleh Lee Lam Thye, Wee Choo Keong dan lebih 100 orang lagi yang telah dipecat dari DAP.
Hampir 50 tahun Lim Kit Siang bukan sahaja memanipulasi perlembagaan DAP malah turut memanipulasi kehadiran perwakilan ke Kongres Kebangsaan serta pengiraan undi pemilihan CEC untuk memastikan dia atau dinastinya akan terus menguasai DAP.
Kit Siang tahu dia sekarang sudah dihujung usia dan penggal ini adalah penggal terakhirnya. Jadi dia perlu pastikan perjalanan politik dinastinya dalam DAP terus selamat. Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung dan Lim Hui Ying sebagai Setiausaha DAP Pulau Pinang. Lim Kit Siang juga tahu anaknya Lim Guan Eng tidak sepintar beliau dalam berpolitik dan juga tidak disukai oleh ramai pimpinan DAP kerana sikap angkuh dan sombong. Kebodohan Lim Guan Eng terserlah dalam CEC tahun 2012. Dia tidak sebijak Lim Kit Siang dalam memanipulasi undi sehingga membuatkan DAP berhadapan dengan masalah besar sekarang.
Akibat kebodohan Lim Guang Eng itu, kini Lim Kit Siang sedang memerah otak berfikir bagaimana cara untuk beliau menendang keluar satu kumpulan yang dikenali sebagai Lima Harimau yang boleh mendatangkan masalah besar kepadanya dan dinastinya dalam DAP.
Siapa Lima Harimau dan kenapa Lim Kit Siang perlu sembelih mereka ?
Berjumpa dalam episod yang akan datang. -DAP Insider
Muhkriz akhirnya sah terjun ke gelanggang yang tertinggi dalam hieraki UMNO iaitu Naib Presiden . Bukan senang bagi Muhkriz untuk berentap bagi menyingkir salah seorang daripada trio penyandang iaitu Zahid - Hisham - Shafie .
Mungkin beliau sudah tidak sabar lagi untuk naik ke jawatan tertinggi dalam parti yang yakin boleh menang di atas popularitinya menjadi MB Kedah serta anak Tun M .
Apapun GPB ucap Selamat Bertanding kepada team BERANI BERUBAH ini ...
Kini apa yang dinanti-nantikan oleh semua orang benar-benar menjadi kenyataan - Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir secara rasminya mengumumkan keputusannya untuk bertanding jawatan naib presiden Umno.
Pengumuman yang dinanti-nantikan itu akan disahkan pada Sabtu ini apabila semua calon diwajibkan mendaftar hasrat mereka untuk bertanding di Ibu Pejabat Umno di PWTC, Kuala Lumpur.
Jika semua calon yang sebelum ini telah pun mengumumkan hasrat mereka untuk bertanding mengemukakan borang pendaftaran Sabtu ini, maka kesemuanya akan ada enam calon yang bakal merebut jawatan panas itu.
Selain penyandang jawatan - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Afdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein - mereka akan ditentang oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dan bekas Naib Presiden, Tan Sri Isa Samad.
Kini Mukhriz masuk gelanggang menjadikannya orang keenam yang mengumumkan hasrat untuk bertanding jawatan naib.
Tetapi sehingga jam 5 petang Sabtu ini, janganlah terlalu yakin yang jumlah calon terhenti setakat enam orang itu sahaja.
Mungkin ada lagi yang tiba-tiba muncul untuk menyerahkan borang pendaftaran. Siapa tahu.
Kembali ke Mukhriz, sememangnya beliau tidak mempunyai banyak pilihan melainkan turut serta dalam pertandingan ini.
Sebabnya mudah. Jika Mukhriz tidak berbuat demikian sekarang, dari segi hierarki kepimpinan, bermakna, beliau akan ketinggalan di belakang Khairy Jamaluddin yang selaku ketua pergerakan Pemuda Umno Malaysia adalah juga bertaraf naib presiden Umno Malaysia.
Ramai yang melihat ini sebagai tidak baik untuk kerjaya politik Mukhriz.
Bayangkan senario ini: dalam pemilihan sekali lagi tiga atau empat tahun dari sekarang, Khairy akan melangkah setapak di hadapan selaku ketua pemuda yang menawarkan diri untuk jawatan naib presiden sedangkan Mukhriz baru hendak menawarkan diri.
Jika ini berlaku, sudah tentulah Khairy memiliki kelebihan sepertimana Hishammuddin menawarkan diri bertanding kerusi naib selaku penyandang jawatan ketua pemuda dahulu.
Untuk pusingan akan datang, senario Khairy akan bertanding jawatan naib bukan lagi satu kemungkinan tetapi satu kemestian sesuai dengan umurnya yang telah matang dan kedudukannya yang telah kukuh dalam kepimpinan politik Umno.
Bercakap dari segi umur walaupun umur Khairy jauh lebih muda dari Mukhriz iaitu mereka dipisahkan hampir lapan tahun namun barang diingat yang mereka adalah seangkatan atau segenerasi dalam Umno.
Kedua-duanya aktif hampir serentak dan kedua-duanya bertanding jawatan ketua pemuda Umno Malaysia yang berakhir dengan Khairy menang menewaskan Mukhriz dan seorang lagi calon iaitu bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo.
Dari sudut itu, Khairy mengatasi Mukhriz tetapi pada masa yang sama, Mukhriz tidak kalah segala-galanya.
Ini kerana dari sudut jawatan dalam kerajaan, Mukhriz terlebih dahulu mengatasi Khairy dengan dilantik sebagai timbalan menteri Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa sedangkan Khairy tidak.
Namun begitu, selepas Pilihan Raya Umum Ke-13, kedua-dua mereka kembali berada di tahap yang sama apabila Khairy dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan manakala Mukhriz pula menyandang jawatan Menteri Besar Kedah.
Kedua-duanya telah menunjukkan prestasi yang membanggakan malah di antara ramai menteri dan muka baru, mereka berdua adalah antara yang paling menyerlah dan menunjukkan kematangan serta potensi sebagai pemimpin di peringkat yang tinggi.
Jadi pendek kata, Mukhriz mahu tidak mahu perlu masuk gelanggang sekarang daripada menunggu satu lagi pusingan tiga atau empat tahun dari sekarang.
Dengan itu, jika Mukhriz ditakdirkan menang,maka di dalam hierarki parti, beliau akan meletakkan semula kedudukannya setaraf dengan Khairy yang sudah pastinya akan menang mudah jawatan ketua pemuda Umno yang juga bertaraf naib presiden.-MSTAR-
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyokong penuh keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan tidak membenarkan mayat atau abu mendiang bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) dibawa masuk ke Malaysia.
Beliau berkata tindakan membenarkannya hanya akan melukakan hati semua rakyat Malaysia terutama anggota keluarga, orang awam dan pihak keselamatan negara iaitu tentera dan polis yang terbunuh akibat kekejaman pihak komunis ketika zaman darurat dulu.
"Malah ia akan turut melukakan hati anggota keselamatan yang pernah berkhidmat pada waktu itu dan masih hidup sekarang," katanya di sini hari ini.
Khairy berkata mendiang tidak mengambil tawaran untuk kembali ke Malaysia dan menjadi warganegara Malaysia selepas termeterai perjanjian damai antara kerajaan Malaysia dan PKM pada 1989 di Hatyai, Thailand dahulu.
Mengulas cadangan MCA untuk membawa pulang sama ada jenazah atau abu mendiang, beliau berkata: "MCA boleh cakap apa saja mereka mahu dan itu kenyataan mereka...ini kenyataan daripada Ketua Pemuda Umno Malaysia dan saya menyokong keputusan dibuat Perdana Menteri dan kerajaan".
Di Kuala Lumpur, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata keputusan kerajaan itu adalah tepat dan wajar.
Beliau berkata masih banyak rakyat negara ini yang membenci tindakan PKM yang membunuh kira-kira 10,000 orang, termasuk 5,900 anggota keselamatan pada zaman darurat dari 1948 hingga 1960.
"Semasa penglibatannya dengan PKM, Chin Peng banyak melakukan keganasan tanpa memikir perasaan keluarga anggota keselamatan yang dibunuh," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat kedua Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) hari ini.
Mengulas tindakan pihak yang cuba mengagung-agungkan Chin Peng sebagai wira negara, pengerusi MCCC itu berkata golongan ini tidak tahu sejarah.
"Kalau tahu sekalipun, mereka buat-buat tak tahu sebab mereka ada agenda sendiri," katanya.
Di MELAKA, Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kematian Chin Peng tidak sepatutnya diratapi atau ditangisi, malah rakyat Malaysia yang berbuat demikian boleh disifatkan sebagai pengkhianat negara.
Beliau berkata keganasan terhadap rakyat Malaysia satu ketika dulu tidak boleh dimaafkan dan rakyat yang meratapi atau menangisi pemergian pemimpin komunis itu seolah-olah menyanjung keganasan yang dilakukannya.
"Kematiannya bukan kehilangan buat negara dan mereka yang menangisi kematiannya adalah mereka yang meredakan perbuatannya membunuh banyak rakyat Malaysia tidak berdosa.
"Banyak wanita menjadi balu, anak-anak jadi yatim disebabkan Chin Peng, adakah layak Chin Peng diratapi atau ditangisi terutamanya oleh generasi masa ini?," katanya dalam kenyataan.
"Pesaka menyokong penuh tindakan kerajaan yang menghalang mayat atau abu Chin Peng ditanam di negara ini," katanya.
Chin Peng, 88, yang tinggal dalam buangan di Thailand, meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada Isnin akibat sakit tua. - Bernama
Penampilan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu majlis di Pulau Pinang baru-baru ini yang kelihatan lesu adalah disebabkan alahan kepada sesetengah ubat yang diambilnya.
Sumber memberitahu The Star bahawa Ketua Pembangkang itu tidak menjalani sebarang pembedahan seperti yang dilaporkan oleh media.
Sebuah portal berita melaporkan Anwar tidak sihat kerana mata dan pipi beliau kelihatan bengkak dan terdapat kesan jahitan di bawah telinganya.
"Tidak, tiada sebarang kesan jahitan. Dia hanya alah kepada beberapa ubat tetapi beliau kini semakin sihat," kata sumber.
Anwar kelihatan ceria apabila menghadiri permohonan pendengaran rayuan kes liwat di Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada Selasa.
Bagaimanapun, beliau memakai cermin mata hitam untuk menyembunyikan kesan bengkak di atas pipi kanannya.
Dalam perkembangan lain, sumber turut memberitahu Anwar akan bertemu Pope Francis I di Rome pada hujung bulan ini.
Difahamkan pertemuan itu adalah sebahagian daripada dialog peringkat tertinggi di antara pemimpin Islam, Kristian dan agama lain di Rome.
PKR menyokong pendirian PAS berhubung Program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diperkenalkan kerajaan. Menurut Setiausaha Agungnya Datuk Saifuddin Nasution Ismail, PKR senada dengan PAS kerana berpandangan setiap kaum wajar mendapat hak yang sama rata tanpa sebarang diskriminasi.
"PKR menghormati dan menyokong pandangan itu kerana di pihak PKR sendiri, ianya sangat selari," katanya kepada pemberita yang ditemui di luar perkarangan kamar mahkamah di sini hari ini.
Terdahulu, PAS menolak program pemerkasaan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Sabtu lalu atas alasan ia hanya fokus kepada satu kaum sahaja. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sebagai sebuah parti yang menggunakan slogan kerajaan kebajikan, PAS tidak mendokong program yang meminggirkan kaum minoriti di negara ini.
Mengulas lanjut Saifuddin berkata PKR juga sebelum ini telah mengeluarkan satu dokumen 'Agenda Ekonomi Malaysia' pada 2007 yang menolak pemberian bantuan berdasarkan kaum. Justeru katanya program yang diperkenalkan kerajaan itu tidak dapat dinikmati secara menyeluruh oleh rakyat yang memerlukan.
"Itu juga tidak jauh berbeza dengan pendirian PKR yang pernah diungkap dalam satu dokumen, yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar pada 2007.
"Dokumen yang dinamakan Agenda Ekonomi Malaysia itu menegaskan tentang keperluan Malaysia berganjak daripada pemilihan berasaskan warna kulit, kaum kepada tindakan berdasarkan keperluan," ujarnya.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan langkah dan strategi baharu bagi memperkasakan ekonomi Bumiputera, berpayungkan MEB, yang akan ditubuhkan tidak lama lagi dan dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri dalam melaksanakan lima strategi utama sebagai kelangsungan implementasi agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera. Lima strategi utama itu adalah meliputi modal insan, pemilikan ekuiti, aset bukan kewangan, keusahawanan dan penyampaian perkhidmatan.
Chapter 1: DECEPTION BY LIM FAMILIES TO REIGN POWER IN DAP (ENG/BM)
As I wrote yesterday, today is the day that mark the starting grid for me to expose fraud done by Lim Dynasty in DAP. As for today, I would like to share with you how Lim Dynasty manipulate DAP constitution to reign power.
Since 1968, DAP falls under Lim Kit Siang controlled . He was then a Secretary General or National Chairman of DAP. Under DAP organisation, Secretary General holding the absolute power. The same concept practised by PKM (Parti Komunis Malaya) where the secretary general was Chin Peng.
These is the first manipulation done by Lim Kit Siang on DAP Constitution to ensure he and his dynasty reign absolute power in DAP.
DAP doesn't have divisional centre in every parliamentary constitution area unlike other political parties. DAP only have branch.
Anthony Loke Masih Gagal Buktikan 500 Perwakilan DAP Tangani Surat
Pemilihan semula CEC DAP nampaknya tetap akan diadakan dalam keadaan di mana masih banyak tandatanya tidak terjawab.
Setakat ini, Lim Guan Eng masih lagi tidak mampu membersihkan namanya dari tuduhan manipulasi dan menipu undi. Guan Eng juga tidak mampu menepis imej perkauman yang kini membelenggu dirinya dan juga parti, akibat meminggirkan perwakilan India dalam pemilihan awal.
Usaha terdesak setiausaha organisasinya, Anthony Loke, untuk memperbaiki kerosakan dengan menyatakan bahawa '500 dari 753 perwakilan yang tidak hadir mesyuarat atas alasan tidak menerima notis, sebenarnya telah menghantar surat lebih awal bagi menyatakan yang mereka tidak dapat hadir', tidak dapat diterima langsung.
Ini kerana jika benar perwakilan yang terlibat telah menghantar surat tersebut, kenapa pula mereka membuat aduan kepada ROS? Dan jika benar surat itu wujud, kenapa Anthony tidak menyerahkannya kepada ROS sebagai bukti ketika DAP disiasat?
Logiknya, jika surat tersebut dikemukakan, tentu DAP tidak perlu mengambil risiko dibubarkan jika tidak mengadakan pemilihan semula. Dan tidak ada sebab DAP sengaja menyembunyikan surat tersebut sedangkan DAP sendiri mengakui yang parti itu cukup 'takut' jika terpaksa dibubarkan.
Nampaknya, baik Anthony Loke mahupun Lim Guan Eng, langsung tidak merasa bersalah tetapi berusaha sedaya upaya untuk menutup penipuan dengan penipuan juga. Sikap mereka ini menyebabkan ahli-ahli DAP semakin berang.
Sikap kepimpinan DAP yang berpura-pura tidak mendengar rungutan dan kemarahan ahli membuktikan parti itu mengamalkan sistem pemerintahan diktator. Ia juga membuktikan bahawa DAP sememangnya adalah parti milik Lim sekeluarga dan tiada siapa pun yang boleh mengubahnya.
Sepatutnya, DAP turut mengambil tindakan menyiasat dan mengambil tindakan ke atas mereka yang terlibat tidak menghantar notis kepada perwakilan. Dengan membiarkan sahaja kemelut ini berterusan membuktikan bahawa semua kepimpinan tertinggi DAP turut terlibat.
Memandangkan Anthony Loke yang mula-mula menyatakan kewujudan 500 surat dari perwakilan, maka sekurang-kurangnya DAP seharusnya mengambil tindakan terhadap beliau kerana menipu. Ini kerana, jika benar beliau tidak menipu, maka tentu tiada masalah bagi beliau untuk mengemukakan salinan asal surat tersebut seperti desakan ramai.
DAP wajib menunjukkan ketelusan dengan menghukum mereka yang bersalah. Tidak mungkin surat tersebut hilang begitu sahaja jika benar ia wujud seperti yang dikata. - Beruang Biru
Mungkin ada yang berkata bahawa mengungkit dan mencabar Anwar agar menjawab tuduhan mengenai kewujudan lebih 20 akaun bank miliknya dengan jumlah puluhan dan ratusan juta ringgit sebagai satu tindakan yang membuang masa. Kononnya, kedudukan kewangan Anwar tiada kena mengena dengan negara dan rakyat. Kononnya, ia semua adalah pembohongan bagi memburukkan nama Anwar semata-mata.
Benar, mengorek dan mengungkit soal jumlah wang yang dimiliki seseorang adalah tidak relevan. Tetapi, kita harus ingat bahawa Anwar bukan 'seseorang' tetapi beliau adalah Ketua Pembangkang Malaysia yang kerjanya saban hari memfitnah kerajaan sebagai korup dan pemimpin negara sebagai gemar bermewah-mewah.
Anwar juga gemar menunjuk imej sederhana di mana anak isterinya juga seringkali hanya berpakaian biasa tanpa sebarang perhiasan walaupun ketika menghadiri acara besar. Dengan itu, penyokong-penyokongnya selalu membandingkan keluarga Anwar dengan keluarga pemimpin UMNO serta menyebarkan persepsi kononnya pemimpin UMNO boros dan 'makan duit rakyat'.
Namun, penyokong-penyokong Anwar lupa untuk bertanya, dari mana datangnya wang untuk mengupah sebarisan peguam yang terkenal untuk membelanya dalam semua kes mahkamahnya selama ini? Tambahan pula, salah seorang peguam itu merupakan orang yang pertama menuduhnya atas kesalahan liwat tetapi kini bertindak membelanya pula. Bayangkan, berapa juta yang diperlukan untuk membuat seseorang berpaling tadah sebegitu?
Setakat apa yang terdedah, bayaran Anwar untuk peguam itu sahaja adalah RM50 juta. Bukan sahaja bayaran peguam yang mahal tetapi gaya hidup Anwar sekeluarga yang mengalahkan Ketua Negara cukup mencurigakan kita. Semua orang tahu bagaimana Anwar keluar masuk negara, tinggal di hotel-hotel mewah bernilai ribuan ringgit semalam. Beliau juga mempunyai sekurang-kurangnya 7 pengawal peribadi. Itu belum termasuk pemandu dan pembantu untuk dirinya dan keluarga.
Yang menjadi masalah ialah Anwar bukan seorang tokoh korporat atau taikun bertaraf dunia untuk mempunyai wang sebanyak itu. Beliau juga bukan Ketua Negara yang layak mendapat segala perkhidmatan dan kemudahan tersebut di bawah tanggungan kerajaan.
Justeru, desakan JMM agar Anwar membenarkan akaunnya didedah adalah wajar. JMM tidak mahu menyusahkan Anwar dan sanggup menunggu Anwar di mana sahaja asalkan beliau menandatangani kebenaran kepada Bank Negara untuk mendedahkan akaun beliau.
Malangnya, Anwar membisu seribu bahasa. Nampaknya Anwar tidak berminat pun untuk melayan isu ini dan penyokongnya juga pura-pura tidak tahu menahu dan tidak mendengar apa-apa.
Mungkin bagi penyokong Anwar, hanya pemimpin BN yang perlu dipantau, tetapi pemimpin mereka boleh saja menerima dana dari apa jua sumber, tiada salahnya. Jika wang Anwar datang dari lorong gelap atau darah umat Islam Palestine, Iraq, Afghanistan pun mereka tidak peduli. Kerana itu, Anwar terus membisu kerana beliau tahu penyokong-penyokongnya semuanya bodoh macam lembu. - Beruang Biru
You are subscribed to email updates from Dimensi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sudah dikatakan sejak dulu, akhbar Cina adalah antara pencetus masalah utama di negara ini. Tidak hairanlah kewujudannya diharamkan di beberapa negara Asia Tenggara yang mempunyai populasi PENDATANG CHINA. Akhbar China Press , mahu menonjolkan diri sebagai akhbar komunisme tersisa di masa ini dengan menyalahkan kerajaan Malaysia berhubung isu abu bangkai Chin Peng.
MALAYSIA HUTANG MAAF KEPADA CHIN PENG?
AKHBAR China Press bertarikh 17 September 2013 memaparkan berita eksklusif tulisan Lim Ai Shan mendakwa Malaysia berhutang maaf kepada Chin Peng kerana kononnya melanggar perjanjian damai.
Fang Shan, bekas rakan perjuangan Chin Peng berkata, Perjanjian Damai Hatyai membenarkan bekas anggota komunis Malaya pulang ke tanah air tetapi kerajaan Malaysia melanggar perjanjian selepas melarang Chin Peng pulang.
"Chin Peng adalah seorang yang berjasa kepada negara, kerajaan terhutang maaf kepada Chin Peng," katanya.
Fang Shan yang menerima kunjungan daripada akhbar China Press berkata, Chin Peng telah banyak kali membangkitkan hasrat mahu pulang ke Malaysia dan walaupun selepas bertahun-tahun menghadapi pelbagai rintangan, beliau tetap tidak mahu melepaskan hasratnya itu.
"Setiap kali kami berjumpa, beliau tetap menyatakan hasratnya mahu pulang ke Malaysia, kali terakhir perjumpaan kami di Bangkok tahun lalu sekali lagi dia timbulkan hasrat itu. Ini menunjukkan beliau benar-benar mahu pulang," katanya.
Fang Shan berkata, selepas kumpulan komunis diterima kembali ke tanah air, Chin Peng sendiri hadir mengucapkan selamat jalan. Hasrat Chin Peng yang paling besar adalah mahu pulang tetapi hasrat itu tidak dapat dikotakan sebelum beliau meninggal dunia.
"Hari ini Chin Peng telah pun meninggal dunia, saya harap abu beliau dapat dihantar pulang ke Malaysia supaya Chin Peng dapat memenuhi hasratnya," jelasnya.
Ideologi komunisme tidak pernah terhenti dengan malapnya tukul dan sabit. Ini kerana komunisme dilihat menggunakan Syiah sebagai senjata untuk menentang Islam yang dikenali turut berpegang kepada Sunnah.
Namun pertolongan demi pertolongan itu disuap kepada agen komunis hari ini untuk menyemarakkan fahaman Syiah.
Komunis yang dahulu dikenali sebagai geng Blok Timur yang diketuai Soviet Union hari ini jelas menunjukkan ideologinya dengan menyokong Iran dan Syria, yang dipimpin puak yang mengaku Syiah.
Di negara ini, kerjasama komunis dan Syiah jelas dipampangkan di mata kita. Contohnya 'ratapan' bangang Khalid Ismath ke atas Chin Peng dan dahulu kisah Mat Sabu dan Bukit Kepong.
Dari sudut lain pula, jika mereka membawa isu Melayu haluan kiri dahulu yang berjuang atas bantuan Sukarno, tentulah terang-terang tertunjuk bahawa Sukarno itu adalah pemimpin besar Blok Timur pada ketika itu.
5 Sultan di 5 negeri berseberangan Selat Melaka dengan kita di bunuh pada jam 12 malam 3 Mac 1946 oleh agen komunis dan Sukarno menutup sebelah mata.
Mengapa marah jika tokoh komunis Melayu zaman itu dikategorikan komunis.
Mereka tidak menarik kita keluar dari penjajahan Inggeris tetapi memasukkan kita ke penjajahan komunis yang menghapuskan kerajaan beragama.
Atau sekurang-kurangnya menjadi Indonesia yang semua agama adalah sama berasaskan Pancasila, satu dogma sosialis yang diubah agar sesuai dengan 90% orang Islam dari keseluruhan 100 juta penduduknya pada ketika itu.
Akibatnya ramai penduduk Indonesia hari ini berbangga bahawa negaranya bukan negara Islam sebagai agama rasmi dan kerajaan tidak boleh melebihkan Islam dari agama lain walaupun 80% penduduk dari 245 juta penduduknya hari ini beragama Islam.
Bukankah ini hasil pengaruh komunisme pada mulanya?
Memang abu mayat Chin Peng tak boleh membunuh sesiapa. Tetapi pengharamannya adalah SIMBOL UTAMA terbuangnya komunisme dari TANAH MELAYU selama-lamanya.
Hanya Syiah negara ini yang tunggul kayu sahaja yang memperjuangkannya sepenuh hati agar Chin Peng dikembalikan ke Malaya.
President Sukarno of Indonesia Addresses a Mass May Day
07 May 1965, Jakarta, Indonesia -5/7/1965-Djakarta, Indonesia- President Sukarno of Indonesia addresses a mass May Day rally in the Sports Hall Building. Sukarno announced his decision not to attend a peace conference with Malaysian Prime Minister Rahman in Tokyo. The announcement was viewed as a victory for Indonesia's powerful Communist Party. Posters above the silent crowd stress the unity of the working classes in their struggle to overcome "imperialism." Image by � Bettmann/CORBIS
Indonesia yang berjaya ke pertandingan separuh akhir dengan mengikat Malaysia pada kedudukan seri 1 - 1 Piala AFF bawah 19 tahun seperti masih belum berpuas hati kerana gagal 'mengerjakan' Malaysia. Malang sekali kita telah mendahului dengan 0 - 1.
Sidoarjo - Timnas Indonesia berhasil melangkah ke semifinal Piala AFF U-19. Hasil imbang 1-1 melawan Malaysia di laga pamungkas sudah cukup meloloskan 'Garuda Muda' sebagai runner-up Grup B.
opung_lawyer_napitulu_tahun@opung_lawyer_napitulu_tahunabout 2 hours ago
KAPAN MENANG???SERI aja bangga...LIHAT BESOK DI KORAN MALAY PASTI DIHALAMAN depan berjudul...HARIMAU MALAY masih belom kalah...MASIH SERI....sedih coy....
opung_lawyer_napitulu_tahun@opung_lawyer_napitulu_tahunabout 2 hours ago
kalo gak imbang ya kalah...kapan menang lawan malaysia???....coba buka FB timnas malaysia, mereka katakan...malaysia takkan pernah kalah dari indon...kalo gak imbang pasti indon kalah....sedih bacanya......takdir
opung_lawyer_napitulu_tahun@opung_lawyer_napitulu_tahunabout 2 hours ago
kalo gak imbang ya kalah...kapan menang lawan malaysia???....coba buka FB timnas malaysia, mereka katakan...malaysia takkan pernah kalah dari indon...kalo gak imbang pasti indon kalah....sedih bacanya..
Sepak bola bukan merupakan salah satu cabang ilmu matematika PASTI,akan tetapi PASTI JUARA harus benar-benar jadi target untuk merengkuh impian kita impian bangsa Indonesia.jangan jadikan beban target JUARA ketika saat bertanding melawan musuh-musuh kalian...nikmati alur permainannya,fokus dan rileks saat pertandingan adalah kunci sukses PASTI JUARA. INDONESIA BISA,INDONESIA JUARA Bravo Garuda Muda!!!
JIKA diibaratkan sebagai seorang manusia, usia lebih separuh abad lazimnya membentuk kedewasaan, kematangan, dan kebijaksanaan. Hal ini disebabkan pengalaman yang ditempuh sepanjang kehidupan banyak menimbulkan keinsafan dan pengajaran.
Demikianlah juga dengan Malaysia. Kemerdekaan yang dicapai lebih 50 tahun seharusnya menjadikan negara dan rakyatnya dewasa, matang, dan berwibawa. Telah sedemikian banyak liku yang dilalui. Sudah banyak pula onak dan duri yang ditempuh. Dengan kata-kata lain, kita telah mengenal dunia dan mengetahui permainannya. Ibarat kata pepatah, lebih lama kenal dunia, lebih lama tahu ranjau dan jurang hidup.
Resam kehidupan, ujian yang datang tidak mungkin ada noktahnya. Seperti diungkap al-Imam al-Syafi'' r.h.,: Ujian zaman datang begitu banyak, silih berganti tidak berhenti. Maka tidak hairanlah jika kita melihat semakin berusia negara ini semakin banyak dan hebat ujian yang melanda.
Antaranya termasuklah bentuk-bentuk ajaran dan pemikiran tertentu daripada Timur dan Barat yang tibanya bersilih ganti. Sekadar menyebut sebahagiannya cuma; sekularisme, pluralisme, liberalisme, dan yang sedang diberikan perhatian kini, iaitu ajaran atau doktrin Syiah. Pemikiran atau doktrin yang tersasar jauh daripada landasan sebenar dan menyesatkan itu hakikatnya tidak mudah disekat hanya dengan menutup punca kemasukannya atau juga dengan menamatkan hubungan siasah yang telah sedia terjalin.
Hal ini mengambil kira hakikat dunia kini telah tiada sempadan atau batasannya. Manusia bebas berkomunikasi, menyampaikan pandangan dan menyebarkan pemikiran serta doktrin yang dianuti melalui pelbagai wadah seperti portal berita, blog, e-mel, web, dan media sosial.
Dengan yang demikian, matlamat memelihara masyarakat daripada musibah yang dibawa pemikiran-pemikiran seumpama itu harus terlaksana melalui tindakan yang tepat, berhikmah, dan berkesan. Dengan kata-kata lain, segala aspek dikaji dan diteliti terlebih dahulu sebelum langkah menangani atau membendung penularan sesuatu pemikiran diambil. Dalam hubungan ini, pemerkasaan akidah dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, pemurnian kefahaman, pemantapan akhlak di samping pembudayaan sepenuhnya prinsip menyeru kepada kebaikan serta menghalang kemungkaran dilihat sebagai lebih utama dan berkesan.
Tindakan ini tidak lain selain bertujuan membina perisai atau benteng diri yang teguh dalam menghadapi pelbagai bentuk ancaman yang melanda pada masa kini. Jika dikiaskan pada tubuh, daya ketahanan tinggi yang dimiliki seseorang akan melindungi dirinya daripada dilanda sesuatu penyakit dengan mudah. Begitulah pula sebaliknya.
Blog ini dijangka bakal menghangatkan lagi pemilihan CEC DAP yang akan diadakan pada akhir bulan ini. Tujuan utama pembukaan blog ini ialah mendedahkan penipuan dalaman DAP, memperjuangkan demokrasi tulen dan menolak penguasaan Dinasti Lim.
Berikut adalah beberapa petikan blog tersebut dan harap baca sampai habis:
PENDAHULUAN
Nama saya Peter dan saya adalah ahli DAP sebuah cawangan di Johor.Saya menyertai DAP sejak tahun 1998.Saya masuk DAP kerana percaya parti DAP memperjuangkan demokrasi tulen untuk rakyat Malaysia.Walaupun saya seorang yang cerdik dan memilki ijazah tetapi saya pun tertipu dengan DAP.Mereka bukan berjuang untuk rakyat Malaysia tetapi berjuang untuk Dinasti Lim.
Kerana saya terlalu lantang melawan Dinasti Lim terutamanya dalam kes penipuan CEC hidup saya menjadi tidak aman.Saya sering diganggu oleh taiko-taiko yang dipelihara Dinasti Lim.Untuk sementara waktu saya melarikan diri ke Indonesia kerana gangguan taiko Lim.Hidup saya lebih aman disini dan saya akan berjuang daripada jauh untuk memastikan semua rakyat Malaysia tahu kejahatan Dinasti Lim.
Tujuan saya membuka blog ini dalam bahasa melayu untuk menceritakan kepada semua rakyat Malaysia tentang kejahatan Dinasti Lim.Saya tidak mahir menggunakan bahasa melayu.Mujurlah ada seorang rakan berbangsa melayu yang pernah bekerja sebagai pegawai seorang bekas wakil rakyat DAP menolong saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan