Selasa, 3 September 2013

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Mana pergi kapal selam negara?

Posted: 03 Sep 2013 03:27 AM PDT


Mana pergi kapal selam negara yang berbillion ringgit tu dalam menjaga keselamatan nelayan tempatan dan perairan negara dari di ceroboh?

Dikejar 24 bot nelayan asing
3 September 2013

KUANTAN - Hampir 500 nelayan pukat jerut tempatan bersama 21 bot terpaksa melarikan diri selepas dikejar 24 bot pukat tunda nelayan asing ketika keluar secara beramai-ramai untuk meninjau kerosakan unjang dan rumah ikan di kawasan kira-kira 44 batu nautika dari perairan Kuantan, semalam.

Insiden kira-kira jam 10 pagi itu menimbulkan kebimbangan nelayan tempatan kerana mereka turut diancam menggunakan senjata bahaya termasuk senjata api.

Nelayan Vietnam sabotaj nelayan tempatan

KUANTAN - Golongan nelayan di daerah ini ketakutan untuk turun ke laut kerana terdapat ancaman daripada nelayan warga asing walaupun mereka menangkap ikan di kawasan perairan negara.
Nelayan terbabit mendakwa unjang atau tukun yang dipasang bagi menangkap ikan dirosakkan malah mereka turut berdepan maut apabila diancam dengan senjata api oleh sekumpulan nelayan Vietnam, dan insiden sedemikian sudah berlarutan sejak dua tahun lepas tanpa sebarang penyelesaian daripada pihak berkuasa.

"Bot kami diserang apabila mereka menembak ke arah kami dan melanggar unjang kami, dan untuk mempertahankan diri, kami membaling bom petrol ke arah bot mereka sebelum kami melarikan diri," katanya kepada pemberita hari ini.


Tahanan larikan diri, 4 anggota polis dari Balai Polis Nilai ditahan

Posted: 03 Sep 2013 03:25 AM PDT


3 Sep 2013

SEREMBAN: Empat anggota polis adalah antara sembilan orang yang ditahan semalam untuk membantu siasatan berhubung kejadian seorang tahanan yang melarikan diri di kawasan Plaza Tol Setul Lebuh Raja Kajang-Seremban (LEKAS) Ahad lalu.

Mereka yang berpangkat koperal dan konstabel dari Balai Polis Nilai termasuk dua orang yang mengiringi tahanan, Kishminderjit Singh, 39, menaiki sebuah van polis yang dalam perjalanan dihantar ke Penjara Simpang Renggam.


Bendera Penjajah OK, Bendera Sang Saka Malaya KO

Posted: 03 Sep 2013 03:24 AM PDT


Lain kali kibarlah bendera penjajah dan pengganas seperti bendera Amerika ke, bendera Portugis ke, bendera Belanda ke, bendera England ke yang telah membunuh pejuang Melayu seperti Tok Janggut. Sambutan Hari Malaysia 16 September nanti jangan kibar bendera Sang Saka Malaya, kibarkan bendera England, kita tengok adakah Akta Hasutan akan digunakan kerana bersekongkol dengan penjajah British.

Sasterawan Negara dikehendaki menyerah diri

KUALA LUMPUR 3 Sept. - Sasterawan Negara yang juga aktivis Bersih, A. Samad Said diminta polis supaya menyerah diri bagi membantu siasatan berhubung isu pengibaran bendera Sang Saka Malaya dalam satu program ceramah baru-baru ini.

Difahamkan, beliau dikehendaki bagi membantu siasatan kes di bawah Akta Hasutan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tiga individu dikehendaki bagi siasatan kes itu dan dua daripadanya iaitu Adam Adli Abdul Halim dan Hishamudian Rais telah ditahan polis malam tadi. - UTUSAN



Menteri, timbalan menteri perlu bayar petrol sendiri

Posted: 03 Sep 2013 03:23 AM PDT


September 03, 2013

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyifatkan langkah Putrajaya sebagai menghukum rakyat yang sudah sedia bergelut dengan kesempitan kewangan.

"Ia tidak adil untuk menghukum rakyat yang kini bergelut dengan kesempitan kewangan sedangkan kroni dan sektor korporat tidak disentuh langsung.

"Oleh itu, PKR menggesa Datuk Seri Najib Razak mengarahkan semua menteri dan timbalan menteri membayar sendiri petrol dan diesel yang selama ini ditanggung kerajaan dengan memansuhkan kemudahan petrol dan diesel berbayar," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya hari ini.

Naik harga minyak untuk kurangkan kesesakan di jalanraya

Posted: 03 Sep 2013 03:22 AM PDT


Jangan pula nanti ada menteri yang buat kenyataan untuk mengurangkan kesesakan di jalanraya, terutama pada musim perayaan dan hujung minggu seperti di jalan Kuala Pilah – Seremban perlu harga petrol dinaikkan.

Lagi banyak harga petrol dinaikkan, lagi berkurangan kesesakan di jalanraya kerana rakyat akan lebih ramai menggunakan bas dan motosikal.

Petrol naik kerana BR1M akan ditambah sejajar manifesto BN PRU-13

Posted: 02 Sep 2013 04:17 PM PDT


2 Sep 2013 Putrajaya: Bagi mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas akibat rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan diumumkan dalam ucapan Bajet 2014.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, rasionalisasi berkenaan bukan bertujuan menganiaya rakyat, sebaliknya untuk kepentingan masa depan rakyat.

"Kita sudah membuat keputusan untuk menaikkan kadar BRIM, jumlah baru akan diumumkan dalam ucapan belanjawan nanti, sudah pasti BRIM akan membantu mengurangkan bebanan mereka.

Tiada ulasan:

Pengikut