Rabu, 28 Ogos 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 28 Aug 2013 03:12 PM PDT

Jerebu kembali lagi, bintik panas bertambah di Riau

Posted: 28 Aug 2013 04:15 AM PDT

Gambar fail menunjukkan Menara Berkembar Petronas hampir tidak kelihatan ketika negara dilanda jerebu dua bulan lalu. Gambar fail menunjukkan Menara Berkembar Petronas hampir tidak kelihatan ketika negara dilanda jerebu dua bulan lalu.

Malaysia kini dalam keadaan berjaga-jaga apabila bilangan bintik panas bertambah di Sumatera dari 86 ke 308 pada Sabtu lalu menurut Pusat Meteorologi Asean di Singapura yang memaklumkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) meningkat di kawasan utara semenanjung Malaysia terutama Kedah dan Pulau Pinang.

Pada 9 pagi ini, Sungai Petani mencatatkan bacaa IPU tertinggi iaitu 98. Seberang Jaya (92) manakala di Langkawi keadaannya berjerebu dengan bacaan IPU 84.

Beberapa kawasan yang berisiko juga mencatatkan bacaan IPU tidak sihat dan antaranya ialah Bukit Rambai, Melaka (93), Seri Manjung, Perak (89) dan Pelabuhan Kelang, Selangor (80).

 Bacaan IPU di antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan atas 300 adalah merbahaya.

Jabatan Alam Sekitar masih belum mengeluarkan amaran namun masih dalam berjaga-jaga memantau keadaan.

Agensi Alam Sekitar Singapura memberi amaran kepada rakyatnya dan meletakkan negara itu dalam keadaan berjaga-jaga berikutan amaran jerebu kembali.

Lebih 200 sekolah di Johor, Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur diarah tutup apabila bacaan IPU mencecah paras bahaya 300 pada Jun. Situasi bertambah kritikal terutama di Melaka apabila bacaan IPU melebihi 700.

Tiga minggu lalu, kerajaan meminda arahan supaya sekolah perlu ditutup apabila bacaan IPU mencecah 200 mengikut piawaian antarabangsa.

Jerebu dari Indonesia menjejaskan negara jiran berikutan keadaan kering di antara Mei dan September.
Agensi Geofizik dan Meteorologi Pekanbaru memberitahu pembakaran hutan semakin membimbangkan sejak tiga hari lalu.

"Pada jam 5 pagi Rabu, kami mengesan 297 bintik panas sementara jumlah bintik panas seluruh Sumatera adalah 407," kata penganalis jabatan itu, Warih Budi Lestarim.

Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Syarif Kasim II di Pekanbaru terpaksa menunda beberapa penerbangan disebabkan asap tebal yang mengehadkan jarak pandangan.

Sementara itu, Menteri Perhutanan Indonesia, Zulkifli Hasan mengumumkan kes berkaitan jerebu  dirujuk kepada polis.

"Polis menahan puluhan mereka yang terlibat. Tunggu sahaja hasil siasatan selesai. Tidak kira sama ada warga tempatan atau pekerja asing, mereka yang bersalah akan dihukum," katanya.

PIBG SK Seri Pristana mahu sekolah jawab kontroversi terkini

Posted: 28 Aug 2013 04:11 AM PDT

Gambar fail menunjukkan murid bukan Islam makan di kantin SK Seri Pristana pada Ramadan lalu selepas isu makan dalam bilik persalinan menjadi kontroversi.  Gambar fail menunjukkan murid bukan Islam makan di kantin SK Seri Pristana pada Ramadan lalu selepas isu makan dalambilik persalinan menjadi kontroversi.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Seri Pristana mahukan jawapan daripada pentadbiran sekolah mengenai tuduhan intimidasi terhadap beberapa murid sehingga menyebabkan tiga murid bukan Islam ditukarkan ke sekolah lain oleh ibu bapa masing-masing.
Mendakwa tidak tahu mengenai pertukaran itu, Pengerusi PIBG, Hussein Mohd Ariff, memberitahu The Malaysian Insider bahawa mereka akan bertemu dengan pihak pengurusan sekolah esok.

Semalam dilaporkan sekurang-kurangnya tiga murid bukan Islam keluar dari sekolah di Sungai Buloh itu dan 10 lagi akan mengikut jejak langkah berkenaan untuk bertukar ke sekolah lain.

 Ini adalah akibat daripada tuduhan intimidasi selepas kejadian bilik persalinan sekolah itu jadi kantin tersebar luas di laman sosial Facebook.

Tiga murid terbabit mendakwa mereka diintimidasi dan dibuli oleh pihak berkuasa sekolah selepas isu murid bukan Islam diarahkan makan pada waktu rehat di bilik persalinan diketahui umum.

Ia turut mendedahkan bahawa ibu bapa 10 lagi murid bukan Islam akan menukarkan anak mereka ke sekolah lain selepas seorang penjaga mendakwa diugut oleh guru besar apabila menuduh ada orang yang tidak dikenali mengambil gambar anaknya sebanyak dua kali dalam kawasan sekolah.

Hussein melahirkan rasa tidak percaya atas perkembangan terbaru itu.

"Ini semua baru untuk saya. Saya menjangkakan sekolah akan memaklumkan kepada saya dan ahli jawatankuasa lain mengenai kejadian ini pada Khamis," katanya menerusi sistem pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider.

"Saya tidak faham mengapa isu ini perlu dipanjangkan," katanya.

Setiausaha Kebangaan Malaysia Tamilan Today Welfare, K Gunasegaran, berkata semua ibu bapa hilang kepercayaan kepada guru besar dan guru.

"Kami tidak melihat cara lain oleh kerana murid diganggu dan dibuli di sekolah, hanya kerana ibu bapa mereka bersuara," katanya.

Terdapat 25 murid bukan Islam di sekolah yang mempunyai 1,400 murid itu.

Sekurang-kurangnya 10 ibu bapa membuat laporan polis terhadap sekolah itu atas aduan yang hampir sama iaitu anak mereka diintimidasi dan dibuli, tetapi polis berkata tidak ada niat jenayah dalam aduan itu dan perkara itu dipindahkan ke Jabatan Pelajaran.

Seorang bapa, V Kumancan, turut ditahan dua hari lalu atas tuduhan mengugut guru besar sekolah, Mohd Nasir Mohd Noor.

Kumancan dituduh datang ke sekolah pada 25 Julai jam 2.30 petang, tetapi beliau menafikan tuduhan itu dan berkata sedang bekerja pada waktu itu.

Bapa berusia 31 tahun itu yang buat masa ini dibebaskan atas jaminan polis, dijangka didakwa atas tuduhan intimidasi jenayah tidka lama lagi.

Kumancan turut membuat laporan polis pada 30 Julai terhadap Mohd Nasir dan sekolah atas tuduhan mengambil gambar anak perempuannya yang berusia 10 tahun di sekolah, menuduh perbuatan itu berlaku dua kali pada 29 Julai, empat hari selepas kejadian makan dalam bilik persalinan itu didedahkan oleh Guneswari Kelly.

Guneswari sejak kejadian itu memindahkan anak perempuannya ke sekolah Tamil selepas murid sembilan tahun itu dikatakan didera secara lisan oleh beberapa guru di sekolah itu.

Facebook tolak permintaan Putrajaya dapatkan maklumat 197 pengguna

Posted: 28 Aug 2013 04:03 AM PDT


Putrajaya meminta maklumat 197 pengguna laman sosial daripada Facebook namun tiada satu pun daripadanya yang dipenuhi.

Semakan The Malaysian Insider terhadap "Global Government Requests Report" yang dikeluarkan Facebook semalam mendapati, selain Malaysia, negara Asia Tengara (Asean) lain yang turut memohon maklumat pengguna ialah Singapura (117) dengan sejumlah (70 peratus data diberikan), Filipina (4) (25 peratus), Thailand (5) (0 peratus) dan Kemboja (1) (0 peratus).

Bagaimanapun, Facebook tidak mendedahkan dengan lengkap jenis permohonan yang dibuat kerajaan.

 Negara tertinggi membuat permohonan adalah Amerika Syarikat dengan sejumlah 20,000 - 21,000 permohonan, dan 79 peratus data diberikan oleh Facebook.

Menurut kenyataan Facebook itu, laporan itu dikeluarkan bagi tempoh enam bulan tahun 2013 yang berakhir pada 30 Jun.

Menurut peguam Facebook, Colin Stretch dalam kenyataan itu juga berkata, pihaknya menolak permohonan yang tidak mempunyai asas kukuh.

"Seperti yang kami maklumkan, kami percaya bahawa walaupun kerajaan mempunyai tanggungjawab penting untuk memastikan rakyat selamat, ia adalah mungkin untuk berbuat demikian pada masa sama menjadi telus.

"Ketelusan kerajaan dan keselamatan awam bukan idea cita-cita yang saling eksklusif. Setiap satunya boleh wujud pada masa sama dalam masyarakat yang bebas dan terbuka, dan mereka membantu menjadikan kita lebih kuat.

"Kami amat menggalakkan semua kerajaan untuk menjadi lebih telus mengenai usaha mereka yang bertujuan untuk menjaga keselamatan awam, dan kami akan terus menjadi penyokong agresif untuk pendedahan lebih besar," katanya.

Percubaan The Malaysian Insider untuk menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menemui kegagalan.

Terdapat beberapa kes individu ditahan disebabkan kenyataan menghina yang dikeluarkan di laman Facebook milik mereka, antaranya seorang wanita yang menggunakan nama "Melissa Gooi" dalam Facebook dikatakan menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Selain itu, Ahmad Abd Jali yang dikatakan menghina Sultan Johor di laman Facebook didakwa menjadi miliknya turut ditahan, namun dibebaskan.

Kes blogger lucah Alvin Tan dan Vivian Lee turut ditahan kerana memuat naik gambar "berbuka puasa dengan Bak Kut Teh" ketika Ramadan dan dikatakan menghina umat Islam di negara ini.

Pasangan Tan dan Lee masing-masing ditahan di Penjara Sungai Buloh dan Penjara Kajang pada 18 Julai lepas selepas Hakim Mahkamah Sesyen Murtazadi Amran tidak membenarkan mereka diikat jamin.

Seminggu kemudiaan, pasangan tersebut dibebaskan daripada penjara selepas Mahkamah Tinggi membenarkan kedua-dua diikat jamin RM30,000 dengan dua penjamin setiap orang.

Pasangan terbabit berhadapan tiga pertuduhan, iaitu berkaitan dengan penyiaran gambar mereka makan hidangan daging babi dengan mengucapkan kepada umat Islam 'Selamat Berbuka Puasa' di Facebook dan memuat naik gambar lucah di blog mereka.

Mengapa Sambutan Kemerdekaan Negara Tak Bermaya?

Posted: 28 Aug 2013 03:45 AM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar

Kita (baca kerajaan Umno khasnya) mengeluh bila setiap kali tiba 31 Ogos hari keramat untuk rakyat negara ini kerana pada tanggal itu diistyharkan kemerdekaan negara. Apa dikesal dan dikeluhkan kerana semangat untuk sambut hari ulang tahun kemerdekaan itu tidak begitu 'jelingah' dan meriah. Rakyat disemua lapisan seakan tidak berserta (komited) menyambut hari kemerdekaan itu.

Ada yang tidak merasakan apa-apa kesan dengan ketibaan tarikh itu. Tarikh atau peristiwa itu seakan tidak memberi apa-apa signifiken buat mereka. Ianya dibiarkan berlalu begitu saja bagaikan tarikh-tarikh lain yang tidak membawa apa-apa erti dan makna.

Jika dibandingkan dengan rakyat Indonesia dalam menyambut hari kemerdekaan mereka, 17 Ogos, orang kata panggil tidak dengar. Bezanya seperti jarak di antara langit dengan bumi. Sambutan rakyat negara itu kepada sejarah bangsa negara mereka sungguh meriah dan hebat. Rakyat negara itu menanti setiap kali detik itu dengan penuh gembira dan bersemangat.

Saya pernah menukilkan macam mana hebatanya rakyat Indonesia menyambut hari ulang tahun kemerdekaan mereka di dalam blog ini. Ia umpama 'jenawari'. Dari kota hingga ke pelusuk kampung semua rakyat berpartisipasi dengan sambutan itu. Tidak ada rumah yang tidak dihiasi atau dipasang bendera. Tidak mampu beli mereka buat dan reka sendiri. Bendera Sang Merah Putih itu juga dijual di tepi-tepi jalan, berbagai saiz. Tidak ada acara memberi bendera secara percuma di plaza-plaza tol atau pun di gedung-gedung pernaigaan.

Kita cemburu melihat kesungguhan rakyat Indonesia dalam menyambut hari kemerdekaan mereka. Kita cemburu dengan semangat patriotisme yang ditunjukkan rakyat negara itu. Dari sini kita dapat mengukur sejauh mana ketebalan semangat mereka dan sejauh mana pula ketipisan semangat bangsa kita.

Kenapa ditempat kita lesu dan 'laaih', tidak bermaya? Kerajaan sendiri sudah habis usaha dan ikhtiar macam mana hendak gerakan rakyat agar menyambut hari kemerdekaan. Bermacam-macam kempen dan insentif diberikan. Dianjurkan berbagai pesta sempena hari ulang tahun untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan.

Tidak cukup itu diberikan Jalur Gemilang agar dipasang dikenderaan secara percuma. Namun usaha itu sia-sia saja. Ada yang sudi mengambil tetapi tidak sedia untuk mengibarkan di kenderaan masing-masing. Sudah silih berganti pengerusi panitia sambutan kemerdekaan ditukar tetapi tidak menjadi. Kenapa?

Ada berbagai sebab yang diberikan mengapa situasi ini berlaku. Antaranya kerana kemerdekaan kita kononnya tidak dicapai dengan darah dan air mata. Kemerdekaan kita diberi atau didapati secara percuma menerusi rundingan. Maka generasi kini khasnya tidak merasakan keperitan itu maka semangat untuk merayakan kemerdekaan tidak menyentuh hati naluri mereka.

Kemerdekaan kita tidak dicapai seperti mana Indonesia mencapai hari kebebasan itu dengan buluh runcing. Rakyat Indonesia membidik senjata dan buluh runcing menghalau penjajah. Kita tidak?

Betulkah kemerdekaan kita tidak dicapai dengan darah dan air mata? Apakah tiada rakyat negara ini terkorban dan syahid kerana berjuang untuk mencapai kemerdekaan? Pandangan itu tidak tepat sebenarnya dan ia perlu diberi penjelasan baru. Hakikat apa yang berlaku sengaja dipesongkan oleh kerajaan sendiri dengan motif yang sedia maklum.

Kalau dikorek kepada sejarah perjuangan awal rakyat negara ini yang menentang penjajahan British jelas menunjukkan perjuangan itu memakan banyak korban. Banyak air mata dan darah tumpah meresapi bumi Malaya ketika itu. Atau kita tidak menganggap British itu sebagai penjajah? Saya timbulkan ini kerana ada sarjana yang berkata Malaysia tidak pernah dijajah?

Cuma korban darah dan air mata itu tidak dinukilkan dalam lembaran sejarah popular negara. Justeru generasi (pembaca) muda tidak mengetahui akan ada darah dan air mata dalam proses kemerdekaan kita. Mereka tidak baca dan sedihi kemudian mendendami hal itu. Apa yang ada di dalam buku sejarah kita, ialah perundingan untuk mendapat kemerdekaan.

Kemerdekaan sebuah sedekah

Apa yang dinukilkan ialah pemergian Tunku Abdul Rahman bersama wakil-wakil orang Cina dan India ke London untuk membawa balik watikah kemerdekaan. Kerana hanya itulah detik dan peristiwa penting di dalam sejarah menyebabkan orang menganggap kemerdekaan bangsa kita tidak menghirup darah dan mengeluarkan air mata.

Tiada getaran sampai ke hulu hati mengenai peristiwa itu. Apa lagi ada yang membuat ejekan kemerdekaan kita adalah sebuah sedekah Inggeris selepas mereka mengaut segala kekayaan hasil bumi Malaya.

Perkara ini merupakan kesilapan paling besar untuk negara dan generasi seterusnya tetapi ia tidak diralat. Kesilapan inilah memusnahkan semangat generasi penerus terhadap kecintaan kepada negara. Kemerdekaan kita sebenar lebih bermakna dan besar dari itu. Terdapat kedukaan dan keperihan pejuang memaksa British berundur. Jadi adalah salah kalau ada orang beranggapan kita merdeka bukan dengan darah dan airmata.

Barang kali tidak perlu saya emosi mendedahkan siapa yang menumpahkan darah dan air mata dalam proses mencapai kemerdekaan dari Bristih sekitar tahun-tahun 1942 hingga 1957 dan sebelum itu. Umum sudah tahu. Dengan terbuka luasnya langit dunia, (dunia tanpa sempadan) yang semua orang boleh akses maklumat, menyebabkan manusia (generasi) tidak lagi berada dalam kepompong dibina penjajah dan talibarutnya. Mereka yang rajin dan gemar menggali sejarah akan menemui kebenaran ini.

Bahawa sejarah kemerdekaan yang ditulis oleh Umno tidak lengkap. Keadaan ini makin mengelirukan pula apabila ia disokong oleh sarjana piliharaan Umno untuk membetulkan sejarah yang tidak betul itu. Mereka tidak mahu melurus dan berkata benar tetapi terus bersekongkol dengan Umno sebagai tuan mereka. Tidak semua kisah, citra, puak atau individu yang dicatat sebagai pejuang. Sebaliknya paling menyedihkan ada pejuang sejati dianggap sebagai penderhaka.

Paling-paling mereka akan menukilkan kisah Datuk Bahaman, Datuk Sago atau Mat Kilau atau pun Tok Janggut saja sebagai pejuang. Itu pun dalam nada pesimis dan konotasinya berbeza bila mereka (kerajaan) bercakap atau makan malam bersama Inggeris. Tetapi rentetaan selepas itu, gerakan nasionalisme tahun 1940-an khasnya selepas pengistyharan Darurat (1948) tidak dinukilkan. Umno tidak merasakan kematian Tok Sago, Mat Kilau, Tok Janggut adalah kematian seorang pejuang kerana mereka bukan ahli Pekembar.

Tidak ada dalam sejarah ahli Perkembar (Umno) ditahan di dalam penjara, apa lagi mereka mati ditembak atau pun digantung sampai mati kemudian jenazahnya diarak ke seluruh pekan dan bandar untuk menakutkan orang Melayu. Siapa orang Pekembar yang diseksa?

Jadi benarlah kalau ada orang tuduh kemerdekaan kita tidak dicapai dengan darah dan air mata kerana itulah versi dan hakikat perjuangan Umno. Bagaimana pun kalau dilihat kepada tokoh-tokoh nasionalis yang kemudian menyambung perjuangan secara politik? Jelas mereka menumpahkan darah dan air mata demi membebaskan tanah air.

Tokoh-tokoh yang dicap sebagai haluan kiri; Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestaman, Abu Bakar Bakir, Ishak Mohamad (Pak Sako) dan lain adalah pejuang yang meringkuk di dalam penjara kerana merindui sebuah kemerdekaan. Kita tidak pernah menadah berapa banyak air mata mereka mengalir. Begitu juga kakau hendak dihitung tokoh-tokoh nasionalis yang menyambung perjuangan menerusi Rejemin Ke-10 PKM - Parti Komunis Malaysia, seperti Rashid Maidin, Abdullah CD, Abu Samah Mohd Kassim, Kamaruzaman Teh, Shamsiah Fakeh, Siti Nurkiah Mahmood dan lain-lain adalah pejuang kemerdekaan yang banyak menelan air mata dan menyaksikan darah membasahi bumi.

Munasabahkah mereka ini semua sengaja melarikan diri ke dalam hutan kemudian sanggup berdepan dengan hujung senjata tanpa ada matlamat untuk agama, bangsa dan negara?

Jadi dimanakah salahnya maka kemerdekaan kita menjadi lesu? Berdasarkan perkembangan dan kronologi tadi jelas yang salahnya kerajaan, puak yang menguruskan negara ini sejak tahun 1957 itu. Umno begitu sombong dan angkuh kerana mahu memperlihatkan hanya Umno yang berusaha mencapai kemerdekaan dan dalam masa lain menafikan peranan, tanggungjawab dan pengorbanan orang atau pihak lain yang sama-sama memainkan peranan ke arah itu. Hakikat ini semua orang tahu. Pembaculan sejarah adalah Umno.

Kenapa didekad-dekad awal kemerdekaan majlis sambutan kemerdekaan mendapat sambutan dan hangat? Sebab waktu itu langit belum terbuka, sejarah perjuangan negara masih terbungkus. Hari ini apabila dunia sudah tanpa sempadan, maklumat tidak boleh disembunyikan, makin ramai cerdik pandai yang menganalisa sejarah, maka mereka menjadi konfius siapa sebenar pejuang dan siapa sebenarnya hipokrit yang bertindak menamakan susu lembu dengan nama sapi.

Kesimpulan mudah saja untuk menyeramakkan tarikh kemerdekaan kita, pemerintah hari ini harus ikhlas dan sedia menerima perananan pihak-pihak lain juga. Pertamanya, mengikhtiraf pejuangan nasionalis menerusi Kesatuan Kebangsaan Melayu Malaya (KKMM) serta syapanya API, Awas, Insaf dan sebagainya adalah penyumbang kepada kemerdekaan. Demikian juga dengan Rejemin Ke-10 Komunis Malaya yang bergerak dihutan secara bergerila. Merekalah yang menjadi wakil kepada rakyat negara ini yang menggadaikan nyawa, darah dan air mata demi sebuah kemerdekaan.

Demikian juga dengan parti-parti pembangkang, PAS, DAP dan Keadilan dan lain-lain hendaklah dipanggil sama berbincang bagaimana hendak memeriahkan kemerdekaan negara ini. Mereka juga khususnya PAS perlu diikhtiraf sebagai badan siasah yang berjuang untuk membebaskan negara dari cengkaman kolonial.

Selagi kerajaan yang ada hari ini menafikan peranan dan pengorbanan semua pihak, maka selama itu sambutan kemerdekaan kita akan layu, lunyai dan 'laaih' dan ia hanya tidak ubah sebagai sebuah pesta atau keramaian hiburan yang tidak memberi apa-apa signifekan pun kepada kita. Sambutan itu akan dilihat sebagai sebuah propaganda Umno bukan sebuah 'moment' penting untuk rakyat jelata.
http://msomelayu.blogspot.com

Tabung Haji bincang beri vaksin percuma pada jemaah

Posted: 28 Aug 2013 03:43 AM PDT

MALAYSIA KINI

Lembaga Urusan Tabung Haji sedang berbincang dengan Kementerian Kesihatan untuk memberi suntikan vaksin percuma kepada jemaah haji Malaysia yang dijadual berlepas ke Tanah Suci pada 7 September ini.
  
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, ini berikutan penularan virus 'Middle East Respiratory Syndrome Corona Virus' (MERS-CoV) yang dahulunya dikenali sebagai 'Novel Coronavirus' telah dikesan dari negara-negara  seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Qatar dan Tunisia .
  
"Tabung Haji memang sedang berbincang dengan pihak kementerian yang mana mereka akan memberi vaksin percuma ini kepada jemaah haji yang akan pulang ke Malaysia.
  
"Bagaimanapun, kita belum ada lagi keputusan tentang pelaksanaan vaksin tersebut kepada jemaah haji," katanya kepada pemberita di majlis pelancaran MyKifayah Perkhidmatan Pengurusan Jenazah Bersepadu Tanpa Tunaidi Petaling Jaya hari ini.
  
Sehingga 9 Julai 2013, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah melaporkan sebanyak 82 kes disahkan mengidap MERS-CoV dengan 45 kematian seluruh dunia.
  
Ini menjadikan jangkitan virus ini amat berbahaya dengan kadar kematian yang tinggi, melebihi 50 peratus.
- Bernama

Jangan ulangi pilihan raya 13- Rahman Bakar

Posted: 28 Aug 2013 03:41 AM PDT

Antaranya calon BN khususnya Umno yang tidak mencapai cita rasa pengundi, ia termasuk calon yang sudah tua; kurang pendidkian dan calon yang berpotensi dipinggirkan.

PETALING JAYA: Veteran Umno Terengganu, Datuk Abdul Rahman Bakar, berkata Barisan Nasional negeri itu akan hilang kuasa jika mengulangi kesilapan dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Beliau menambah, BN negeri melakukan banyak kesilapan hingga menyebabkan mereka kalah 15 kerusi negeri dan empat kerusi parlimen.

Terengganu mempunyai 32 kerusi DUN dan lapan kerusi parlimen.

"Antaranya calon BN khususnya Umno yang tidak mencapai cita rasa pengundi, ia termasuk calon yang sudah tua; kurang pendidikan dan calon yang berpotensi dipinggirkan.

"Faktor-faktor lain termasuklah jentera pilihan raya yang kurang kemas; serta masalah dalaman yang berlaku di Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus serta Dungun.

"Saya katakan kesilapan ini perlu diperbetulkan dan jangan diulangi pada pilihan raya umum akan datang," tambah beliau.

Abdul Rahman bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan calon Ketua Pemuda Umno Besut, Zahari Mat yang dilaporkan sebagai berkata, Umno Terengganu memerlukan perubahan drastik.

Menurut  Zahari, perubahan yang perlu dilakukan melalui pemilihan parti pada 19 Oktober ini perlu digunakan sebaik mungkin supaya BN tidak kecundang di Terengganu pada pilihanraya umum akan datang.

Katanya, jika perubahan tidak dibuat, suatu hari nanti semua ahli Umno malu mengaku "saya adalah ahli Umno".

"Kegagalan BN di 15 kawasan DUN adalah cermin kepada kepimpinan Umno sekarang," katanya mengulas adakah pertandingan di peringkat Bahagian akan memecahbelahkan parti," kata Zahari.

Polis: Kes bunuh dengan senjata api naik lepas mansuh EO

Posted: 28 Aug 2013 03:39 AM PDT

MALAYSIA KINI

Perangkaan yang didedahkan polis menunjukkan jumlah kes bunuh dan cubaan membunuh dengan menggunakan senjata api meningkat lebih sekali ganda selepas pemansuhan Ordinan Darurat dan Akta Kediaman Terhad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Amat Datuk Hadi Ho Abdullah mendedahkan data tersebut dalam satu majlis pada 24 Ogos lalu ketika mengulas mengenai kejadian tembakan yang berlaku hampir setiap hari pada bulan lalu.

Data itu menunjukkan, dalam tempoh 18 bulan sebelum pemanduhan tersebut – dari 21 Jun 2010 hinga 21 Disember 2011 – seramai 57 orang terbunuh akibat tembakan senjata api.

Jumlah itu meningkat 103.5 peratus kepada 116 kes pembunuhan dengan senjata api dalam tempoh 18 bulan sejak pemanduhan tersebut – dari 22 Disember 2011 hingga 26 Jun 2013.

Sebanyak 31 kes cubaan membunuh dengan senjata api turut direkodkan dalam tempoh 18 bulan sebelum pemansuhan tersebut, dan jumlah itu meningkat kepada 63 kes dalam tempoh 18 bulan selepas pemansuhan berkenaan.

Kejadian pembunuhan dan cubaan membunuh tanpa senjata api pula meningkat sebanyak kira-kira 20 peratus dalam tempoh sama.

Perangkaan polis menunjukkan bahawa kejadian jenayah keganasan meningkat dalam tempoh sama walau kadar jenayah secara amnya menunurun.

Secara umumnya, kes pembunuhan, cubaan membunuh, rompakan berkumpulan tanpa senjata apim pemerasan, merusuh dan ugutan jenayah meningkat sebanyak 5 peratus dalam tempoh sama.

Polis juga menyebut bahawa seramai 87 peratus dari tahanan Ordinan Darurat dan individu yang ditahan bawah Akta Kediaman Terhad, berusia antara 18 hingga 45 tahun.

Daripada jumlah 4,763 individu itu, seramai 1,812 (atau 38 peratus) merupakan Melayu, 33 peratus India dan 22.5 peratus tahanan Cina.

Menurut data tersebut, 86 peratus daripadanya bekerja sendiri atau dengan majikan.

Polis sebelum ini menyebut bahawa 71 peratus daripada anggota gengster terdiri dari masyarakat India.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kenyataannya di majlis sama berkata tiada bukti yang menunjukkanbahawa bekas tahanan Ordinan Darurat terlibat dalam peningkatan jenayah melibatkan senjata api.

Katanya, statistik polis menunjukkan bahawa hanya seramai 263 daripada 1,577 tahanan yang dibebaskan daripada tahanan mengikut akta tersebut telah melakukan jenayah berkenaan.

MB pertahan Saifuddin tak masuk pejabat

Posted: 28 Aug 2013 03:38 AM PDT

Setiausaha Agung PKR itu diberi kelonggaran untuk berada di luar sambil bekerja.

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan tindakan Pegawai Perhubungan Politik Datuk Saifuddin Nasution yang masih belum memulakan tugas sepenuhnya sebagai Ketua Staf di Pejabat Menteri Besar.

Menurut Abdul Khalid, Setiausaha Agung PKR itu diberi kelonggaran untuk berada di luar sambil bekerja dan tidak semestinya berada di pejabat untuk memberi khidmat yang baik.

"Zaman moden sekarang mana ada pejabat, kita pakai komputer riba atau Ipad sahaja.

"Orang bisnes sekarang boleh main golf sambil pantau dan kawal pekerja mereka melalui Ipad.

"Kerja hanya diterjemahkan melalui hasil akhir. Kita boleh berada dimana-mana tetapi pada masa sama masih boleh menghasilkan laporan dan produktif kerja yang berterusan," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Selepas memulakan tugas secara rasmi sebagai Pegawai Perhubungan Politik sejak bulan lalu, Saifuddin dilaporkan hanya datang sekali untuk melapor diri ke pejabat Menteri Besar di SUK.

Saifuddin dilantik membantu Khalid mengendalikan hal ehwal politik dalaman negeri selain melicinkan hubungan antara kerajaan negeri dengan parti Pakatan Rakyat.

Dalam perkembangan lain, beliau menyokong tindakan kerajaan Pusat mengenakan sistem kad pengenalan khas untuk 1.4 juta warga Banglades yang akan dibawa masuk bekerja ke negara ini pada tahun depan.

Katanya, setakat ini Selangor mempunyai jumlah pekerja asing termasuk pendatang haram yang tertinggi berbanding negeri lain dan melihatnya sebagai langkah positif dari segi jaminan keselamatan.

"Kita sokong tindakan kerajaan dalam membanteras masalah tenaga asing. Kita perlu satu program untuk menguruskan soal keselamatan dan sumber tenaga yang diperlukan dalam industri," katanya.

Beliau berkata demikian dalam responnya kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu memperkenalkan kad pengenalan khas kepada pekerja Bangladesh.

Kad pengenalan khas itu menurut Zahid akan dilengkapi teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), biometrik, fungsi kad debit dan kad simpan nilai (seperti Touch & Go).

Mukhriz: Saya juga kenal pacat, lintah dan selut

Posted: 28 Aug 2013 03:36 AM PDT

MALAYSIA KINI

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah selama tiga hari yang berakhir malam tadi merupakan ujian pertama yang dihadapi Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai menteri besar ke-10.
  
manek urai by election tuan aziz and mukhriz mahathir bn campaign 070709 06Persidangan dewan berjalan lancar yang menyaksikan Mukhriz dapat menjawab soalan yang dibangkitkan pembangkang dengan memuaskan, tidak emosional manakala barisan exco kerajaan negeri dapat memberi jawapan memuaskan.
  
Mukhriz secara profesional menjelaskan berhubung sindiran yang dilemparkan kepadanya semasa persidangan yang memberi gelaran beliau sebagai 'budak bandar' kerana dibesarkan di bandar.
  
"Saya juga pernah bermain di sawah, kenal pacat, lintah dan selut," katanya semasa menggulung perbahasan malam tadi.
  
Walau apapun yang dihadapi, Mukhriz dalam sidang akhbar selepas sidang DUN tamat berkata: "Perbahasan lantang namun lancar. Kritikan pembangkang pula berhemah, tidak cetus ketegangan. Ini tanda wakil-wakil rakyat kita matang dalam berbahas".
  
Buat pertama kali dalam sejarah, persidangan DUN Kedah berakhir jam 10.45 malam kerana membahas lima usul enakmen jenayah syariah dan akhirnya diluluskan untuk dikuatkuasakan.   
  
Seperti biasa, wakil rakyat baharu golongan muda, penyokong kerajaan dan pembangkang, ditegur bekas exco Datuk Ir Amiruddin Hamzah (PAS-Anak Bukit) dan Datuk Ahmad Zaini Japar (BN-Bukit Kayu Hitam) yang mengingatkan wakil rakyat kedua belah pihak berhubung peraturan dewan yang menetapkan nama wakil rakyat tidak boleh disebut semasa mengambil bahagian dalam perbahasan.
  
Turut menjadi sejarah kerana keputusan meluluskan enakmen jenayah syariah dibuat dengan cara undian apabila pembangkang secara prinsip tidak setuju dengan pindaan enakmen itu bagi membanteras penyebaran fahaman Syiah.
  
Pembangkang tidak bersetuju kerana mahu mengambil kira hukum hudud namun Mukhriz mereka perlu faham pindaaan enakmen dibuat selepas mendapat penjelasan penasihat undang-Undang.
  
Dalam undian berbelah-bagi itu 21 daripada 23 wakil rakyat BN menyokong manakala 13 wakil rakyat pakatan pembangkang ada yang membantah dan berkecuali.
  
"Dengan kelulusan enakmen ini isu Syiah dah selesai. Kita dah ada satu enakmen yang membenarkan pihak berkuasa mengkuatkuasakan undang-undang bagi membanteras penyebaran fahaman Syiah," kata Mukhriz.
  
Isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) pula menjadi tajuk hangat diperbahaskan pada hari terakhir persidangan dengan pendedahan salah tadbir dan penyelewengan didedahkan dalam Dewan.
  
Menurut Mukhriz selain membuat audit forensik mengenai kepincangan Kuin dan anak syarikatnya, Insaniah Holding Sdn Bhd (IHSB) kerajaan negeri ada saluran lain untuk mendapat maklumat.
  
"Rakyat perlu tahu kepincangan Kuin dan IHSB kerana wang berjuta ringgit yang dibelanjakan adalah wang mereka. Kita tidak mahu perkara sama berulang iaitu Rektor boleh buat apa sahaja dan tidak perlu melapor kepada sesiapa.
  
"Adalah mustahil kerajaan terdahulu tidak mengetahui apa-apa kepincangan dalam Kuin dan IHSB kerana wakil kita yang membawa perkara ini dalam Dewan.
  
"Dalam isu Kuin dan IHSB ini, kita tidak mahu mengaibkan sesiapapun dan mengambil pendekatan harmonis menyelesaikannya namun tidak wajar kerajaan negeri dipaksa menanggung masalah IHSB," katanya.
  
Beliau berkata sebuah jawatankuasa khas dianggotai beberapa naib canselor universiti termasuk anggota Exco, Datuk Tajul Urus Mat Zain dan seorang wakil beliau dibentuk bagi mengenal pasti rektor baru.
  
Katanya, jawatankuasa itu telah menemuduga tujuh calon berkelayakan dan mencadangkan tiga orang kepadanya untuk memutuskan seorang dilantik sebagai Rektor baru pada 1 September ini. Bernama

DUN Kedah dikejutkan dengan kepincangan KUIN

Posted: 28 Aug 2013 03:34 AM PDT

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah semalam dikejutkan dengan pendedahan kepincangan pengurusan dan kewangan anak syarikat Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain (BN-Tanjong Dawai) yang mendedahkan perkara itu semasa menggulung perbahasan, mengemukakan bukti dengan fakta serta contoh berdasarkan siasatan dan audit dalaman.

NONEPendedahan itu mengejutkan Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi (Pas-Pengkalan Kundor) (kanan) yang bangun mencelah dan berkata apa yang didakwa itu di luar pengetahuan barisan Exco ketika Kedah ditadbir pakatan pembangkang.

Tajul Urus berkata pembayaran gaji yang tinggi kepada ketua pegawai Eksekutif IHSB sehingga RM35,000 sebulan selain tindakan IHSB menubuhkan anak-anak syarikat yang tidak perlu menyebabkan berlaku pertindihan fungsi sedangkan ia boleh laksanakan sendiri oleh Kuin.

Menurutnya anak-anak syarikat tersebut menjalankan operasi akademik yang menelan kos tinggi seperti Insan Maya Sdn Bhd menguruskan Kuliah Multimedia, Insan Hospitality Sdn Bhd menguruskan Kuliah Hospitaliti dan perkhidmatan halal, Insan Fasih Sdn Bhd dan Insan Medic Sdn Bhd bagi Kuliah Perubatan.

"Kesemua program akademik ini boleh dijalankan di bawah Hal Ehwal Akademik (HEA) Kuin dengan kos lebih rendah," kata Tajul Urus.

Beliau berkata unit penyelenggaraan melibatkan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan juga diserahkan kepada IHSB dan kos untuk kerja-kerja itu bagaimanapun dibayar oleh Kuin.

Pelantikan kakitangan juga tidak mengikut prosedur dan kelayakan serta terdapat pensyarah dilantik tanpa temuduga, ada yang diberikan kerja dahulu dan temuduga kemudian, tambahnya.

"Bayaran gaji tidak mengikut skim gaji dan pelantikan pensyarah tidak berdasarkan kelayakan MQA. Pensyarah Kreatif Thinking berkelayakan bidang Ijazah ICT. Pensyarah Bahasa Arab tetapi kelayakan bidang Ijazah Usuluddin," katanya.

Tajul Urus berkata kebanyakan keputusan dan tindakan IHSB bercanggah dengan syarat ditetapkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Beliau turut menyenaraikan penyelewengan, pembaziran kewangan besar termasuk kompaun oleh KPT serta tindakan mahkamah terhadap Kuin.- Bernama

Ahli perniagaan cedera ditembak, kereta dilarikan

Posted: 28 Aug 2013 02:53 AM PDT

MALAYSIA KINI

Tiga lelaki menembak seorang ahli perniagaan dan melarikan keretanya ketika mangsa mahu mendaftar masuk di sebuah hotel di Jalan Air Putih di Kuantan awal pagi tadi.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC Mohd Zakaria Ahmad berkata mereka memukul Lee Siew Meng, 42, dengan benda keras dan tajam sebelum salah seorang daripada mereka melepaskan dua das tembakan yang mengenai bahu kanan dan rusuk kiri mangsa.
  
Lee telah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
  
Mangsa dari Kuala Terengganu tiba di hotel itu kira-kira 4.15 pagi.
  
Mohd Zakaria berkata pegawai perubatan hospital memaklumkan bahawa mangsa yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan untuk mengeluarkan peluru di badannya.
  
Beliau berkata pihak polis percaya kejadian bermotifkan menyamun kenderaan kerana beg duit mangsa bersama wang tunai RM988 tidak dilarikan.

Beliau merayu saksi kejadian agar menghubungi mana-mana balai polis.- Bernama

[KES TERUK] Berapa Ramaikah Penjenayah Yang Ada Dalam PDRM?

Posted: 28 Aug 2013 02:49 AM PDT


Peragut rupanya adalah anggota polis?


KELAB GREENBOC


"Akhbar The Sun melaporkan satu kes ragut yang dilakukan oleh 2 orang anggota polis dari Balai Polis Kelana Jaya yang telah meragut rantai leher seorang wanita.

Motosikal yang digunakan anggota polis berkenaan yang dilanggar oleh orang awam menjadi bukti kes ragut tersebut. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

PETALING JAYA (Aug 26, 2013): Saravanan Batumalai had the shock of his life hours after ramming his car into a motorcycle used by two snatch thieves last month: they were off-duty policemen.

The first indication that they were men in blue came when he called 999 after the incident at 12.15pm on July 3 and a police patrol car arrived, only to have the policemen confirm that the motorcycle belonged to the Kelana Jaya police station.

When Saravanan went to the police station to make a report, the investigating officer called in two policemen who turned out to be the ones who had tried to snatch the gold necklace of a woman walking along the road outside his workplace in Taman Mayang, Petaling Jaya. ?

One had been riding the motorcycle while the other was his pillion.

The drama unfolded just after noon that day when the 27-year-old was in his car outside his workplace and saw two men on a motorcycle snatching a woman's necklace.

"I immediately sped up and rammed into their motorbike and both of them fell," Saravanan told theSun today.

One of the thieves got up and fled while the other tried to speed away on the damaged the motorbike and both of them fell," Saravanan told theSun today.

One of the thieves got up and fled while the other tried to speed away on the damaged motorcycle.

Saravanan rammed the motorcycle again, making the thief fall and pinning the machine under the front wheel of his car.

The thief retaliated by throwing stones in Saravanan's direction, missing him but damaging his car further with the windscreen shattered and side dented.

But that was not the end.

"He then took out a knife and lunged at me, pulling off my gold chain, and ran away. I retrieved a gold locket from the ground later which must have been from the woman's necklace," he said, adding that the woman left the scene almost immediately.

Saravanan did not pursue the man because he was armed.

Subsequently, he followed the two policemen who arrived at the scene in their patrol car to the police station at 2pm, where it was confirmed that the two-wheeler belonged to the police after inspection of its chassis number.

It was also revealed that it had been fitted with false number plates.

After a two-hour wait, Inspector Hasbullah asked him to make a statement.

"He called for two men to be brought in. They were the two snatch thieves and I told him so," he said.

One of the patrolmen later told him the duo were policemen.

Saravanan then made a report at the Petaling Jaya police station.

On July 19, Saravanan was called to attend an identification parade where he identified the two cops.

However, after that, he was not contacted by anyone until Sunday, when Inspector Hasbullah called to arrange for him to record another statement.

Saravanan has paid a heavy price for his actions – he had already spent RM3,800 to repair his car bumper and replace its windscreen with other repairs costing an estimated RM4,000.

Selangor Acting Chief Police Officer Datuk A. Thaiveegan has asked Petaling Jaya OCPD ACP Arjunaidi Mohamed for a detailed report on the case.

-->http://www.thesundaily.my/news/807326


ULASAN GB

Begitulah kisahnya dimana rupa-rupanya di dalam pasukan polis itu terdapat penjenayah yang merbahaya!

Sebelum ini pernah dilaporkan pada perbicaraan kes polis yang menembak Suwazdi dan Azman di mahkamah Terengganu, seorang anggota polis mengaku tak pernah solat dan polis itu mengaku dia seorang peminum arak. Baca di SINI

Lepas itu ada kes polis merogol pelajar di dalam balai polis. Semasa itu GB pernah ulas begini:

Semakin banyak kita temui kisah polis merompak, mengugut, membunuh, merogol dan melakukan hal-hal mengejutkan yang menyebabkan jenayah terus berleluasa kerana ia dilakukan oleh orang yang ada pistol...

Dalam balai polis pun boleh berlaku kejadian rogol. Apakah ini juga bererti perempuan jangan dekati balai polis?

Atau semua balai polis perlu letak signboard besar-besar, "KAMI JAMIN TIADA PEROGOL & PENJENAYAH DISINI!" supaya orangramai berani ke Balai Polis?


Lepas itu ada kes 2 polis jadi Pak Sanggup kepada VIP untuk membunuh Altantuya.

Sekarang ada kes polis jadi peragut, anehnya dua orang menaiki sebuah motosikal, bererti dilakukan secara bekerjasama/berkumpulan.

Betul-betul PDRM sudah hanyir dan perlu dibersihkan. Apabila dicadangkan supaya ICPMC dilaksanan untuk memperkasakan semula nama PDRM, ada pihak terutama yang berjawatan tinggi di dalam pasukan polis sendiri berhelah menyatakan undang-undangt sedia ada sudah cukup untuk mengawal polis.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan, selagi ICPMC yang dituntut oleh rakyat tidak dilaksanakan, jenayah dikalangan anggota polis akan terus terdedah.

Menteri KDN dan KPN perlu dipertanggungjawabkan. .

Peguam: Polis mesti maklum ibubapa jika soal kanak-kanak

Posted: 28 Aug 2013 02:45 AM PDT

MALAYSIA KINI

Ibubapa atau penjaga perlu dimaklumkan sebelum seorang kanak-kanak disoalsiasat oleh polis kerana mereka tidak berupaya untuk membuat keputusan dalam konteks undang-undang, kata para peguam.

Walaupun Akta Kanak-kanak 2001 senyap tentang perkara ini, tetapi mereka berkata, kanak-kanak masih dilindungi di bawah Kanun Tatacara Jenayah (CPC), yang memberi mereka pilihan untuk menjawab atau tidak, soalan polis.

NONE"Jika seseorang kanak-kanak dikehendaki memberi keterangan di bawah Seksyen 112 CPC, dia mempunyai hak dan polis wajib
menjelaskan kepada kanak-kanak sehingga mereka berpuas hati bahawa kanak-kanak itu mememahami (hak mereka itu)," kata Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong (kanan).

"Dari segi praktikal, ibu bapa perlu hadir kerana jika tidak, pihak polis tidak boleh pasti bahawa kanak-kanak itu memahami yang mereka boleh memilih untuk tidak menjawab soalan."

Ini terutamanya dalam kes kanak-kanak kecil, yang mungkin juga tidak dapat untuk membezakan sama ada soalan itu boleh membabitkan mereka, jelas beliau.

NONEDalam kes SK Seri Pristana di mana ibu bapa telah mendakwa murid-murid telah disoal siasat oleh polis tanpa pengetahuan mereka, beliau berkata, guru atau pengetua sepatutnya memanggil ibubapa kerana "ia bukanlah perkara segera".

Peguam Syahredzan Johan (kiri), yang banyak menguruskan kes-kes
jenayah yang membabitkan kanak-kanak, berkata  semangat Akta Kanak-kanak ini adalah untuk melindungi mereka.

Oleh itu, ibubapa atau penjaga mestilah dimaklumkan walaupun dalam kehadiran pengetua atau guru.

"Akta itu juga menunjukkan bahawa individu yang patut dimaklumkan bila berlaku penangkapan adalah ibubapa atau penjaga, jadi dalam kes ini, pengetua saja tidak cukup untuk melindungi kebajikan kanak-kanak," katanya

K'jaan mungkin masukkan GST dalam belanjawan

Posted: 28 Aug 2013 02:42 AM PDT

MALAYSIA KINI

Kerajaan Malaysia mungkin memasukkan 4 peratus cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam belanjawan yang akan dibentangkan Oktober depan bagi menangani defisit fiskal yang meningkat kepada RM14.9 bilion, lapor akhbar tempatan.

The Malaysian Reserve, memetik Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah sebagai berkata, beberapa pembaharuan ekonomi untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara sedang dibincangkan.

"Saya tidak menolak (GST), ia dalam perancangan. Tetapi biar kita tunggu sehingga belanjawan. Ia pakej untuk semua orang," Mohd Irwan dipetik sebagai berkata.

Tambahnya, jawatankuasa dasar fiskal sedang menerokai beberapa langkah, termasuk merasionalisasi subsidi dan membendung perbelanjaan kerajaan.

"Ini antara langkah-langkah dalam perancangan. Perdana menteri akan mengumumkannya pada hari belanjawan dibentangkan," beliau dipetik sebagai berkata.- Reuters

'Cadangan sekat air ke PP rupa sebenar Umno'

Posted: 28 Aug 2013 02:32 AM PDT

MALAYSIA KINI

PKR Pulau Pinang hari ini menyelar kenyataan ADUN Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang mencadangkan agar kerajaan Kedah menyekat laluan air ke Pulau Pinang.

NONEKetua Pemudanya, Amir Ghazali berkata, cadangan Ahmad Bashah yang dibuat dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah semalam seperti ingin menghukum rakyat Pulau Pinang kerana tidak memilih BN.

Katanya lagi, beliau turut meminta agar Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir tidak melaksanakan tuntutan Ahmad Bashah yang disifatkan sebagai tidak berasas, zalim dan tidak berperikemanusiaan.

"Kenyataan YB Datuk Ahmad Bashah adalah satu kenyataan yang dangkal, tetapi turut sama mencerminkan rupa sebenar pemimpin Umno. Mereka rela untuk menghukum rakyat semata-mata kepentingan politik sempit mereka," kata Amir dalam kenyataan hari ini.

NONESemalam, Sinar Harian melaporkan, Ahmad Bashah mencadangkan agar sekatan laluan air ke Pulau Pinang perlu memandangkan kerajaan Kedah mempunyai hak ke atas air mentah.

Sehubungan itu, mengulas kenyataan Ahmad Bashah, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, cadangan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah itu juga seperti kekejaman Israel terhadap Palestin.

Lim berkata, aliran sungai merupakan anugerah Tuhan dan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya mengikut kehendak pihak tertentu

K'jaan PP minta pawagam tak tayang Tanda Putera

Posted: 28 Aug 2013 02:28 AM PDT

Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan meminta pawagam di negeri itu tidak menayangkan filem 'Tanda Putera' yang dijadualkan ditayangkan di seluruh negara mulai esok.

NONEExco Kerjaan Negeri, Chow Kon Yeow, yang bertanggungjawab
terhadap kerajaan tempatan, dan oleh itu juga ke atas lesen pawagam, berkata, pihaknya akan mengeluarkan permintaan bertulis hari ini.

"Kami tidak mempunyai kawalan ke atas kandungan filem itu, (yang merupakan prerogatif) Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia).

"Bagaimanapun, memandangkan sifat sensitif filem itu, kita mengarahkan kedua-dua pihak berkuasa tempatan (di Pulau Pinang dan Seberang Perai) untuk menulis meminta kerjasama pawagam tidak menayangkan filem itu," katanya dalam satu sidang akhbar.

lim guan eng interview 160813 02Ditanya apakah yang akan kerajaan negeri lakukan sekiranya pihak
pawagam enggan mematuhinya, Ketua Menteri Lim Guan Eng (kiri), yang turut hadir, tidak memberi jawapan secara langsung.

Lim mendakwa, filem tersebut mempunyai adegan yang berunsur fitnah, berdasarkan pembohongan, dan ia adalah satu ancaman kepada keharmonian antara kaum di negara ini.

Katanya, adegan pemuda Cina kencing dalam kedimanan menteri besar Selangor menteri besar (Datuk Idris Harun) dan bendera Malaysia boleh menimbulkan huru-hara dalam masyarakat.

Lim berkata, kejadian itu tidak pernah berlaku kerana kediaman itu dikawal ketat, seperti yang didakwa oleh seorang saksi yang berada di rumah Harun pada masa tersebut.
Lesen untuk berbohong?

Lim juga membidas media arus perdana yang didakwanya gagal untuk menunjukkan bahawa adegan tersebut adalah satu karya fiksyen.

Mengenai penjelasan pengarah filem tersebut, Datuk Shuhaimi Baba berhubung "lesen kreatif" untuk menyesuaikan peristiwa-peristiwa sejarah dalam filem itu, Lim berkata, ia bukanlah satu "lesen untuk berbohong".

"Jika trend ini berterusan, bagaimana jika satu hari mereka membuat filem yang menunjukkan bahawa Altantuya Shaariibuu telah dibunuh oleh Anwar Ibrahim atau Lim Kit Siang?" soalnya.

Lim berkata, pihaknya tidak faham bagaimana kerajaan boleh membelanjakan wang untuk menaja filem yang didakwanya berniat jahat dan berbahaya seperti itu.

Pemimpin atau rakyat yang perlu bina semangat patriotisma?

Posted: 28 Aug 2013 02:24 AM PDT

 ASPAN ALIAS

'National Anthem Act' 1968 akan berkuat kuasa tidak berapa lama lagi didalam pawagam. Semua penonton mesti bangun dan menghormati 'Negara Ku' yang akan dimainkan sebelum tayangan sesebuah filem itu.. Sesiapa yang melanggarnya boleh di denda tidak lebih dari seratus ringgit atau dipenjara tidak melebihi satu bulan. Ini adalah kandungan yang ada di dalam Akta itu yang digubal pada tahun 1968 dahulu.

Tujuannya, kata Menteri yang bertanggungjawab ialah untuk membina semangat patriotik terhadap negara dikalangan penonton pawagam itu dan rakyat keseluruhannya. Ramai yang menghubungi saya untuk memberikan komen tentang undang-undang baru ini. Maka saya bersetuju untuk memberikan komen pendek tentang undang-undang baru ini.
Selepas ini akan ramailah orang yang akan masuk penjara sebaik sahaja keluar dari pawagam-pawagam di seluruh negara. Jangan dipersoalkan niat Kementerian Penerangan itu dan Menterinya sekali. Niat mereka baik dan jujur untuk melihat pembangunan semangat patriotisma dikalangan rakyat  Jika dengan Akta baru ini boleh membinanya kita terima dan kita akur dengannya. Lagi pun sememangnya kita wajib berdiri semasa lagu Negara Ku itu dimainkan.  Tetapi kenapa mainkan di dalam pawagam?
Tetapi persoalannya adakah ini cara yang baik dan betul untuk membina semangat patriotisma itu? Jika itu cara yang terbaik adakah terfikir oleh kita apakah elemen-elemen yang akan membantutkan kempen patriotisma ini? Adakah dengan berdiri menghormati Negara Ku itu secara paksa seperti ini akan terbina semangat patriotisma yang di kehendaki kerajaan itu?
Dalam posting saya semalam saya dengan jelas memberikan pandangan yang membina semangat sayangkan negara tidak boleh semata-mata ditempelkan sahaja. Ia perlu datang dari keikhlasan dan kejujuran rakyat dari lubuk hati dan nurani mereka. Cara yang paling baik untuk membinanya ialah dengan kerajaan bersama dengan pimpinan keseluruhannya menunjukkan patrotisma itu dengan jelas.
Pemimpin-pemimpin yang mempunyai patriotisma adalah pemimpin yang komited untuk membina negara dengan jujur dan tidak melakukan jenayah kepada negara. Pemimpin seperti ini tidak akan melakukan kerja rasuah serta menggunakan kedudukan mereka untuk mengaut kepentingan peribadi dan sanggup memecah belahkan rakyat yang dahagakan perpaduan.
Yang terbaik dan terunggul sekali ialah pemimpin yang tidak mahu negara berpecah kerana mereka dan sanggup berkorban dengan meletakkan jawatan yang mereka sandang setelah gagal mentadbir rakyat dan negara dengan baik. Ini lah ciri patriotisma yang tertinggi nilainya.
Nilai ini bukan sahaja sepatutnya ada pada mereka yang sedang berkuasa yang mahu meletakkan jawatan. Ia juga terbabit dengan pemimpin yang ingin mendapatkan jawatan itu. Apabila seseorang itu telah terpalit dengan isu moral peribadi mereka juga tidak sepatutnya menawarkan diri untuk menjadi pemimpin negara.
Mereka yang telah dipersepsikan oleh rakyat sebagai pemimpin yang tidak bermoral juga sepatutnya berkorban dengan membatalkan niat untuk menjadi pemimpin utama negara kerana mereka juga akan membawa negara kepada kehancuran. Justeru pemimpin-pemimpin seperti ini juga boleh menunjukkan semangat patriotisma mereka dengan membatalkan sahaja niat untuk mengambil alih kepimpinan negara.
Selama ini pemimpinlah yang lebih menunjukkan rasa tidak patriotisma mereka dari rakyat. Rakyat sedar jika pemimpin itu benar-benar seorang yang patriotik, tidak aka nada diantara yang memegang kuasa menggunakan kuasa dan mandat itu dengan mengambil wang rakyat yang berbillion ringgit untuk menyelamatkan perniagaan anaknya.
Jika seseorang itu telah menggunakan pengaruhnya dengan mengambil wang rakyat dalam jumlah yang berbillion untuk menyelamatkan perniagaan anaknya ini, bolehkah, atau layakkah pemimpin seperti ini digulungkan kedalam gulungan yang patriotik? Tetapi itulah yang berlaku di negara kita dan orang yang sama jugalah yang bercakap tentang isu moral kerajaan yang buruk serta menidakkan semua kerja baik orang lain.
Rakyat melihat dan memerhatikan tindakan serta kata-kata mereka samada selari atau pun sebaliknya. Rakyat biasa seperti kita dibawah ini tidak pun mengambil wang berbillion ringgit dari rakyat untuk kepentingan perniagaan anak-anak mereka. Mereka menanggung kerugian sendirian dan ramai yang telah bankrap kerana kerugian mereka dalam perniagaan.
Apa perasaan rakyat yang ramai dibawah ini apabila melihat pemimpin bercakap besar tentang negara sedangkan anak-anak mereka bersandar kepada rakyat untuk membayar kerugian perniagaan mereka dan dalam masa yang sama mendapat keuntungan lagi dalam proses 'bail-out' yang menggunakan wang rakyat itu.
Justeru perihal patriotisma ini tidak perlu dididik terhadap rakyat jelata. Yang sepatutnya menunjukkan sifat patriotisma itu adalah pemimpin-pemimpin sendiri, tidak kira pemimpin kerajaan atau pembangkang. Pemimpin yang patriotik tidak akan tergamak untuk menaikkan harga belian kelengkapan ketenteraan misalnya.
Pemimpin yang patriotik tidak akan tergamak meluluskan pinjaman yang beratus juta ringgit untuk kroni atau keluarga pemimpin yang tidak pun mahir dalam perniagaan seperti peniagaan lembu dan sebagainya.
Pemimpin yang benar-benar patriotik akan mengambil contoh seperti pimpinan masa lalu yang tidak mempunyai apa-apa semasa persaraannya. Tunku Abdul Rahman tidak mempunyai 'empire' perniagaan untuk anak-anak beliau.
Pemimpin sezaman itu tidak mempunyai mahligai-mahligai apabila menyentuh kuasa. Pemimpin yang mempunyai nilai patriotik tidak akan berbelanja ratusan juta ringgit untuk lawatan keluar negara.
Justeru tidak usahlah pemimpin hari ini berkempen untuk membina semangat patriotisma itu sedangkan mereka sendiri adalah penjenayah tegar kepada negara yang dicintai rakyat ini.
Kalau rakyat tidak memberontak didalam hati mereka tidak ada sebab kenapa rakyat tidak mengibarkan bendera yang harganya hanya setakat sepuluh dua puluh ringgit itu. Rakyat telah membayar hutang anak pemimpin yang kerugian dalam perniagaan mereka dalam jumlah yang berbillion ringgit sebelum ini.
Tetapi kenapa rakyat berkira dengan harga satu bendera itu? Jawapannya mudah. Ia di sebabkan pemimpin tidak mengira perasaan rakyat yang rata-rata marhaen di bawah ini.  Rakyat sedar dalam kemarhaenan, mereka terpaksa membayar hutang besar yang dilonggokkan oleh pemimpin kepada mereka.
Buat masa ini elok kita meminta pemimpin yang bercakap tentang patriotisma itu hentikan kempen ini. Rakyat lebih arif tentang isu patriotisma itu. Yang sepatutnya membina sifat patriotisma itu adalah barisan pemimpin yang sedang memimpin kita sekarang ini.

Pemimpin-pemimpin yang tidak dapat membezakan diantara hartasendiri dengan harta rakyat jangan sekali-kali bercakap tentang patriotisma kerana barisan pimpinan yang rakus itu sendiri adalah bertentangan dengan patriotisma itu.

Anak ketua menteri Sarawak ada anak bersama wanita Australia, kata bekas isteri

Posted: 27 Aug 2013 05:14 PM PDT

Bekas isteri anak Taib Mahmud (dua dari kiri) mendakwa Bekir mempunyai anak dengan wanita Australia. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Ogos, 2013.  Bekas isteri anak Taib Mahmud (dua dari kiri) mendakwa Bekir mempunyai anak dengan wanita Australia. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim,

Mahkamah Tinggi Syariah hari ini mendengar kes anak Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang dikatakan telah berlaku curang sejak dua dekad lalu.

Shahnaz A. Majid, 50, berkata Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib telah membawa wanita Australia dan Rusia ke perhimpunan keluarga semasa masih ada hubungan perkahwinan.
Beliau difahamkan Mahmud telah mempunyai seorang anak lelaki bersama wanita Australia itu.

 "Dia membawa wanita itu ke majlis perkahwinan adik perempuannya sama ada pada tahun 2000 atau 2001 di Kuching," katanya sewaktu ditanya peguam Akbardin Abdul Kader hari ini.

"Nama wanita itu Louisse Hiley. Saya tidak tahu status pernikahan mereka tetapi mereka mempunyai anak bernama, Adam."

Shahnaz kemudian diberitahu Hiley dan Mahmud telah berpisah dan Adam mengikut ibunya.

Shahnaz adalah kakak kepada penyanyi jazz Datuk Sheila Majid telah memberi keterangan kepada mahkamah bagi mendapatkan pampasan RM300 juta dan RM100 juta tuntutan mutaah atas penceraian itu.

Beliau turut meminta 50 peratus aset kepunyaan Mahmud Abu Bekir termasuk kereta mewah, beberapa rumah di luar negara, tanah di Sarawak dan pegangan saham.

Kes penceraian itu mendedahkan kekayaan keluarga ketua menteri Sarawak.

Dalam penghakiman itu, Shahnaz menyenaraikan tujuh kereta mewah, ribuan hektar tanah di Sarawak dan saham dalam 15 buah syarikat yang diisytihar sebagai harta sepencarian.

Beliau mendirikan rumah tangga bersama Mahmud pada 9 Januari 1992 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Rayden Myura Abdul Taib Mahmud, 20.

Mereka telah mendirikan rumah tangga selama 19 tahun empat bulan sebelum Mahmud memfailkan penceraian pada 11 Mei 2011.

"Perkahwinan kami pada awalnya bahagia namun tidak kekal lama. Tidak lama kemudian, perkahwinan dilanda masalah kerana Mahmud gagal melunaskan tanggungjawabnya," kata Shahnaz.

"Kami akhirnya berpisah kerana dilanda pelbagai masalah ekoran sifatnya yang ganas dan panas baran."

Katanya, Mahmud melayannya dengan tidak adil sebagai isteri pertama. Selepas Hiley, dia berkahwin dengan perempuan Rusia.

Akbardin: Bagaimana anda tahu dia berkahwin dengan wanita Rusia?

Shahnaz: Saya baca sebuah artikel di majalah The Peak pada September 2010. Beliau telah ditemubual oleh majalah berkenaan dan mengakui wanita Rusia itu isterinya.

Akbardin: Apa namanya?

Shahnaz: Elena Vasilenko.

"Dia kemudian kembali ke rumah bersama perempuan itu dan membawa anak kami keluar. Saya tidak tahu mereka telah berkahwin," katanya.

Shahnaz menambah sebelum dia bercerai, Mahmud turut membawa Vasilenko ke majlis hari jadi ibunya.

Pada Mac tahun ini, Mahkamah Rayuan Syariah membenarkan permohonan Mahmud bagi diadakan perbicaraan semula atas sebab kes tuntutan mutaah sebelum itu dijalankan tidak mengikut prosedur.

Perkasa panggil ketua pemuda kerana desak Najib letak jawatan

Posted: 27 Aug 2013 05:10 PM PDT

Perkasa akan panggil Ketua Wira Perkasa, kata Abdul Rahman. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 28 Ogos, 2013.Perkasa akan panggil Ketua Wira Perkasa, kata Abdul Rahman. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari,

Sayap pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) mengejutkan ramai pihak apabila membuat gesaan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan ekoran gagal menguruskan negara dengan baik.

Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris membuat kenyataan kontroversi itu dalam tulisan di blognya bertajuk "Sudah Cukup Segalanya Digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan."

"Saya tidak tahu Wira Perkasa ada kuasa yang begitu besar untuk paksa perdana menteri meletak jawatan," kata Datuk Abdul Rahman Abu Bakar kepada The Malaysian Insider, serta meluahkan rasa terkejut atas kenyataan Irwan itu.

 Menurut Timbalan Presiden Perkasa itu, beliau akan menemui Irwan dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan itu.

Kenyataan Irwan bagaimanapun tidak begitu mengejutkan kerana Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali sangat kritikal kepada strategi pilihan raya Najib, mengatakan baru-baru ini kumpulan itu tidak berpihak kepada mana-mana parti politik selepas Pilihan Raya 2013.

Ibrahim sudah menyatakan pendirian ini kepada penaung Perkasa, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu pertemuan bersama bekas perdana menteri itu, di mana Najib menerima kritikan ekoran kelemahan prestasi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya 5 Mei.

Seorang pemimpin Perkasa berkata, Dr Mahathir memahami langkah Perkasa untuk tidak memihak kepada mana-mana parti politik dalam pilihan raya akan datang walaupun majoriti ahlinya adalah ahli Umno. Tetapi kumpulan hak Melayu itu tidak pernah meminta Najib letak jawatan.

Irwan memberitahu The Malaysian Insider minggu ini bahawa perdana menteri sudah diberikan masa mencukupi, malah ketika pertemuan dengan Perkasa baru-baru ini, beliau menegaskan Perkasa menuntut Najib segera berubah dan mengutamakan kumpulan pengundi Melayu yang memilih untuk mengekalkan kerajaan. Namun Najib masih berpeluk tubuh tanpa sebarang tindakan.

"Najib masih lagi tidak berubah. Kita sudah beri masa, tapi sekarang keadaan semakin serius. Kes jenayah, isu kalimah Allah, semua ini berlaku apabila ketika pilihan raya itu banyak sangat perkara dilakukan, seperti pemansuhan ISA dan banyak lagi," katanya merujuk tindakan kerajaan Najib memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan juga Akta Ordinan Darurat sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

"Perkara terbaik dia buat adalah letak jawatan kerana keadaan semakin teruk, tidak bertambah baik," katanya.

Irwan berkata, masyarakat Melayu memilih Barisan Nasional (BN) bersama dengan bantuan masyarakat India, namun Najib tetap gagal membela dua kumpulan ini sedangkan pengundi Cina yang menyokong BN adalah bilangan yang cukup kecil.

"Kita juga melihat Najib gagal menjaga orang yang undi dia. Melayu yang beri kuasa untuk dia memerintah dengan bantuan orang India, orang Cina hanya lapan peratus sahaja," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Kita sudah beri masa, bukan kita terus mendesak (Najib letak jawatan)," katanya lagi, menegaskan itu adalah pendirian Wira Perkasa dan langkah terakhir yang dilakukan mereka.

"Ini pendirian Wira Perkasa. Saya tidak tahu pendirian kepimpinan Pusat Perkasa. Ini yang maksimum kita boleh buat. Kita pun ada sedikit sumbangan untuk BN dalam PRU lepas," katanya.

Dalam laman blognya, Irwan menulis:"1 Malaysia, BR1M, memberi peruntukan berlebihan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan terbukti GAGAL.

"Ini kerana kepimpinan yang mahu mendapatkan undi kaum Cina sebanyak 26 peratus dan undi kaum India .
Bagi kaum Cina ia terbukti gagal, peratusan kaum Cina itu keluar mengundi meningkat, tetapi peratusan yang dapat kepada kerajaan hanya 8 peratus. Manakala kaum india yang ramai menyokong kerajaan. Tetapi kadar jenayah daripada kaum ini meningkat."

Beliau turut membangkitkan kegagalan slogan "1Malaysia" Najib dan juga Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang menurutnya adalah "rasuah yang dihalalkan oleh kerajaan."

"Malangnya kepimpinan tertinggi negara masih lagi menagih kepada kaum ini, melantik orang yang tidak sepatutnya dilantik. Laungan 1Malaysia ini dilaungkan oleh pengampu, saya mahu tanya apakah 1Malaysia ini berjaya? Jika pada pandangan saya ia terbukti gagal," katanya dalam posting blog berkenaan.

Abdul Ghani Salleh dilantik S/U baru SPR

Posted: 27 Aug 2013 05:07 PM PDT

Pengarah di Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor Datuk Abdul Ghani Salleh dilantik Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu, berkuat kuasa 19 Ogos ini.

Menurut kenyataan SPR hari ini, Abdul Ghani, 55, menggantikan Datuk Kamaruddin Mohamed Baria yang bersara pada 13 Ogos lepas.

Kamaruddin dilantik ke jawatan itu pada 1 Okt 2010.

"SPR berharap dengan pengalaman luas beliau dalam perkhidmatan awam, pelantikan Abdul Ghani sebagai Setiausaha SPR yang baharu dapat memimpin Urus Setia SPR dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan dasar yang ditetapkan SPR dengan cekap dan berkesan," kata kenyataan itu.

Abdul Ghani mula menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 9 Januari 1984.

Beliau pernah menjawat pelbagai jawatan di peringkat negeri, termasuk Pegawai Daerah Gombak pada 1 Ogos 2006, dan Pengarah di Pejabat Pembangunan Negeri Selangor mulai 2 Mei 2008.

Dalam pada itu, SPR merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kamaruddin atas sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada badan berkenaan.-Bernama

Kontroversi Dua Filem; Kerajaan BN Gagal Wujudkan Perpaduan Nasional

Posted: 27 Aug 2013 04:57 PM PDT

BULETIN ONLINE

MARANG – Bagi PAS kontroversi yang timbul dari dua buah filem 'Tanda Putera' karya Suhaimi Baba dan 'The New Village' karya Namawee adalah ekoran isu-isu perkauman yang sentiasa ditiupkan oleh parti-parti kerajaan; Umno, MCA dan MIC.

Parti-parti perkauman tersebut, menurut Ketua Penerangan PAS, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, tidak boleh hidup kecuali menjadikan isu-isu kaum yang sensitif, sebagai modal kempen politik.

Katanya, isu yang besar disebalik kedua-dua filem tersebut adalah isu perpaduan yang gagal diwujudkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

"cuma saya tengok dari segi isu yang besar (dari konroversi dua filem itu) adalah isu perpaduan, perpaduan ini adalah teras……….kerajaan pun sebut ia adalah teras, tetapi apa yang dibuat oleh kerajaan seolah-olahnya tidak menjurus ke arah itu,

"isu-isu perkauman (pada) setiap kali pilihanraya sepanjang masa…..sebelum pilihanraya isu-isu perkauman ini sentiasa dihangatkan dengan pelbagai insiden, termasuklah filem-filem yang dibiayai oleh Finas dan sebagainya,"ujarnya.

Tuan Ibrahim Tuan Man

Katanya, kerajaan sepatutnya memikirkan perkara yang lebih besar kerana sentimen perkauman adalah satu perkara yang boleh memudaratkan pada masakini dan pada masa hadapan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam satu Majlis Makan Durian bersama penduduk di Kampung Sungai Serai, DUN Pengakalan Berangan, dekat sini pada Isnin 26 Ogos.

Oleh itu, PAS menyarankan supaya kerajaan mewujudkan perpaduan yang 'real' dan menghapuskan nilai-nilai perkauman sedikit demi sedikit.

"ia (sentimen perkauman) sangat memudaratkan perpaduan negara buat masa kini dan pada masa depan, sepatutnya kerajaan menuruskan kearah bagaiman mwujudkan perpaduan yang sebenar (real) dan menghapuskan nilai-nilai sedikit demi sedikit,

"kita yakin bahawa sekiraya kita berjaya, kita akan ketepikan nilai-nilai tersebut…….dah 56 tahun kita merdeka, (sepatutnya) kerajaan dapat mengatasi isu-isu perkauman ini,"jelasnya. [Lihat Video]
Menurutnya, sehingga kini, ekoran pelbagai kontroversi yang timbul, termasuk isu yang timbul dari dua filem itu, PAS menganggap kerajaan gagal mewujudkan perpaduan nasional.

Mengulas lanjut, beliau mendakwa pada pilihanraya umum kali ke-13 yang lau, parti-parti berasaskan kaum samada Umno, MCA dan MIC semakin ditolak oleh rakyat.

Katanya, generasi yang ada pada hari ini adalah generasi Malaysia yang lahir selepas merdeka yang tidak tahu menahu tentang insiden '13 Mei'.

"generasi yang ada hari ini adalah generasi yang lahir selepas merdeka yang bukan tengok lagi (peristiwa 13 Mei) walaupun 13 Mei satu insiden yang kita semua tidak mahu ia berlaku, tetapi ia telah berlaku,
"tetapi mengapi-apikan semangat perkauman (dan mengaitkan degan 13 Mei) adalah sngat tidak baik, kerajaan perlu memikirkan perpaduan sepenuhnya kepada semua (Melayu, Cina, India dan lain-lain),"tegasnya.

Beliau berkata, mereka semua sudah lahir di sini, besar di negara ini dan ini adalah negara mereka dan negara kita bersama.

Katanya, PAS menegaskan, perpaduan mesti ada satu teras dan terasnya adalah kepercayaan dan saling mempercayai.

'Bird watching' di Kenyir; Setelah syurga burung jadi 'neraka'?

Posted: 27 Aug 2013 04:55 PM PDT

BULETIN ONLINE

HULU TERENGGANU – PAS ragu dengan program terbaru 'bird watching' yang dilancarkan kerajaan negeri Terengganu di Tasik Kenyir setelah berjuta-juta ringgit wang dihabiskan bagi membangunkan Pulau Burung dan membeli 101 ekor burung pelbagai spesis bagi projek pembangunan tasik buatan manusia tersebut.

"kita di gemparkan dengan Taman (Pulau) Burung yang menerima nasib yang sangat malang. Taman burung yang sepatutnya menjadi syurga burung-burung telah menjadi 'neraka' burung.

"dari 101 ekor burung yg dilepaskan kini hanya tinggal 14 ekor yang hidup dalam ketakutan selepas semua kawan-kawan mereka dibaham ular sawa dan helang,"ujar Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, Haji Muhyiddin Abd Rashid.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/Haji%20Muhyuddin.jpg

Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman Exco Pelancongan, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Mohd Jidin Shafie yang menjenamakan 'kembali' program pelancongan Tasik Kenyir sebagai destinasi 'bird watching' iaitu lokasi utama memerhati burung.

Muhyiddin yang juga Setiausaha PAS Kawasan Hulu Terengganu mempersoalkan 'akalan' terbaru kerajaan negeri itu kerana menurutnya, banyak projek-projek sebelum ini yang dilaksanakan tanpa kajian mendalam.

"Kini timbul pula idea utk menjadikan tasik kenyir sebagai kawasan pemerhatian burung…………adakah idea ini benar-benar telah dibuat kajian yang teliti sebelum diputuskan oleh pihak kerajaan? (Ia) satu perkara yg boleh dipertikaikan,

"tidak lama dahulu kerajaan Dato' Ahmad Said telah membenarkan pembalakan sehingga ke pinggir Taman Negara yang menyebabkan haiwan menjauhkan diri dari kawasan Tasik Kenyir,"jelasnya.

Dalam masa yang sama, beliau yang juga mantan Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata, Ahmad Said telah dan melancarkan projek Pulau Bebas Cukai di kawasan Tasik Kenyir yang akan menarik ramai manusia ke Tasik Kenyir.

Persoalannya kata beliau, adakah Pulau Bebas Cukai itu membantu persekitaran yang baik untuk habitat burung-burung liar?

"Sekali lagi kita mengharapkan satu kajian yang teliti dibuat sebelum wang rakyat dibelanjakan untuk sesuatu projek. Jangan nanti igauan Taman Burung menghantui rakyat Hulu Terengganu,"tambah beliau.
Artikel terkait;

Pulau Burung RM6 Juta Sia-sia….. Di tutup??
"Projek Mengigau'; Itik dan Angsa Pulau Burung hanya berbaki 50 ekor
Inilah Pulau Burung Ciptaan MB Terengganu Berharga RM6 juta
Hentikan Aktiviti Membalak di Taman Negara!
Kerajaan Terengganu Beli Itik, Angsa Suku Juta

MB bidas Adun PR bawa isu petisyen

Posted: 27 Aug 2013 04:50 PM PDT

IPOH - Beberapa pemimpin pembangkang hari ini dibidas kerana menjadikan persidangan Dun sebagai platform untuk meluahkan perasaan kecewa dan tidak puas hati berhubung petisyen pilihan raya yang ditolak dengan kos.
  
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata semua kes yang menjadi tanggungjawab badan kehakiman tidak wajar dibahas semasa persidangan Dun kerana terdapat dasar pemisahan antara legislatif, kehakiman dan eksekutif.
  
"Saya pun tidak faham, apakah ini mungkin luahan perasaan dalaman mereka yang tidak dapat dibendung menyebabkan mereka tidak ingat bahawa perkara itu tidak sewajarnya (dibawa semasa persidangan Dun) kerana kes melibatkan mahkamah," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dun di sini hari ini.
  
Sementara itu, Speaker Dun Perak Datuk S.K Devamany berkata perkara dalam urusan dan keputusan mahkamah perlu didengar serta dibicarakan di institusi kehakiman.
  
"Anggota Dun perlu guna sidang ini untuk membahaskan isu berkaitan rakyat, menggubal undang-undang dan membawa usul yang ada kepentingan rakyat tetapi apabila satu proses yang berada atau dibicarakan di mahkamah dibahaskan, dipersoalkan dan dicabar di sini, ini tidak kena," katanya.

Ketua Pembangkang Dun Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah, mendakwa beliau terpaksa membawa isu petisyen pilihan raya ke sidang Dun selepas ia ditolak oleh mahkamah.
  
Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) turut membangkitkan keputusan mahkamah yang menolak petisyen DUN Lubuk Merbau sebelum petisyen itu dibicarakan.
  
Persidangan Dun bersambung esok. - Bernama

Selangor Mahu Bangunkan Pelabuhan Klang Dengan Kos RM1.5 Bilion

Posted: 27 Aug 2013 04:45 PM PDT

MSYAR ONLINE

KLANG: Kerajaan Selangor merancang membangunkan Pelabuhan Klang di sini untuk menjadikannya setaraf dengan pelabuhan-pelabuhan terpenting dan terbesar lain di dunia.

Ini akan dilaksanakan dengan penyediaan kemudahan infrastruktur yang jauh lebih baik dengan anggaran kos pembangunan RM1.5 bilion, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya antara projek pembangunan yang akan dijalankan ialah kompleks pusat bandar, membina jalan-jalan baru dan menambah baik aliran pengangkutan di kawasan Pelabuhan Klang.

Beliau berkata beberapa perancangan dilakukan termasuk bersama Majlis Perbandaran Klang (MPK) bagi memastikan projek pembangunan itu dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

"Perancangan sedang dibuat untuk memastikan Pelabuhan Klang yang terkenal dengan Pelabuhan Barat, Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Selatan, setaraf kedudukannya sebagai antara pelabuhan terpenting dan terbesar di dunia.

"Kita juga akan mengadakan perbincangan meja bulat dan membuat kajian dengan ahli majlis dan pegawai MPK berhubung perkara ini," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Terdahulu, Abdul Khalid menyampaikan Anugerah MPK Prihatin 2013 kepada 22 persatuan penduduk, badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta serta lapan individu yang banyak membantu MPK memberikan perkhidmatan perbandaran yang baik. - BERNAMA

Allahyarham Rosdi Selamat Dikebumikan

Posted: 27 Aug 2013 04:43 PM PDT

MSTAR ONLINE

IPOH: Jenazah anggota pasukan Batalion 5 (Malbatt 5) Allahyarham Rosdi Mohamad Zan, 32, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun di sini kira-kira pukul 7.30 malam Selasa.

Jenazah yang disambut Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Panglima 2 Divisyen Mejar Jen Datuk Mohd Shukuri Ahmad tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah kira-kira pukul 5.30 petang sebelum dibawa ke kediaman mertuanya di Taman Perpaduan Koperasi.

Suasana pilu menyelubungi perkarangan kediaman itu dan kira-kira 200 anggota keluarga, sanak saudara serta sahabat handai menanti ketibaan jenazah sejak awal lagi.

Sebelum anggota keluarga dibenarkan untuk menatap wajah Allahyarham buat kali terakhir, isteri Allahyarham Aniza Ariffin, 31, yang dipimpin anggota keluarganya kelihatan hiba sambil mendakap erat baju Melayu warna ungu milik Allahyarham yang dipakai pada Hari Raya tahun lepas.

Manakala anak bongsunya Nurul Damia Batrisyia, 3, yang memakai baju kurung berwarna ungu menangis teresak-esak dengan menyebut "Nak Ayah" berulang kali sambil dipujuk bapa saudaranya Noorasril Ariffin.

Jenazah kemudiannya dibawa ke Masjid Hajjah Puteh Mahami di Taman Bercham Raya kira-kira pukul 6.30 petang untuk disolatkan sebelum dikebumikan.

Setelah pengebumian, Shukuri menyampaikan pingat daripada Lebanese Armed Forces (LAF) dan satu daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kepada Aniza sebagai menghargai sumbangan Allahyraham dalam misi tersebut.

Sarjan Rosdi, 32, anggota Malbatt 5 di bawah misi Pasukan Interim PBB (Unifil) di Lubnan maut apabila kenderaan kembalik yang dinaikinya hilang kawalan dan terhumban 15 meter ke dalam gaung.

Ketika itu kenderaan tersebut dalam operasi menunda kenderaan perisai Condor, berhampiran bandar Houla. - BERNAMA

DUNIACACAMARBA

Posted: 28 Aug 2013 03:12 PM PDT

2 Lelaki Berkongsi ISTERI

Posted: 28 Aug 2013 05:00 AM PDT

[HM] Nairobi: Dua lelaki bermusuhan menandatangani satu perjanjian bertulis baru-baru ini untuk berkongsi seorang wanita yang sama-sama mereka cinta.

Perjanjian itu dibuat selepas wanita berkenaan enggan memilih seorang daripada mereka.

Kedua-dua lelaki itu baru-baru ini menyedari wanita terbabit menjalinkan hubungan sulit dengan kedua-dua mereka selama empat tahun. Bagaimanapun, masing-masing-masing enggan memutuskan hubungan dengan wanita berkenaan kerana tidak sanggup untuk berpisah dengannya.

Seorang daripada lelaki itu, Sylvester Mwendwa, ketika ditemui wartawan mengaku bersetuju berkongsi wanita itu dengan lelaki bernama Elijah Kirmani.

Menurutnya, mereka sama-sama mencintai wanita itu dan perjanjian berkenaan bertujuan untuk menjadi garis sempadan selain memastikan mereka tidak bergaduh.

"Wanita itu seperti pengadil. Dia akan menentukan sama ada dia akan tidur dengan saya atau Kirmani," kata Mwendwa.

Kedua-dua lelaki itu akan membiayai kehidupan wanita itu dan anak yang akan dilahirkan pada masa depan.

"Kami akan membesarkan anak dilahirkannya seperti anak kami, tidak kiralah siapa bapanya sebenar," katanya.

Di Kenya, poligami dibenarkan. Begitu juga dengan poliandri (wanita dua suami). Tetapi ia jarang berlaku. - Agensi - 28/8/13

P/s: Gila!!!

Surau Tanjung Sutera Resort DIROBOHKAN Pihak Berkuasa

Posted: 28 Aug 2013 03:00 AM PDT

[Kembang Wira] SURAU kontroversi di Tanjung Sutera Resort di Sedili Besar, Kota Tinggi Johor sudah pun dirobohkan sekali gus menyelesaikan isu penggunaan surau itu oleh penganut agama Buddha pada hari raya Aidilfitri kedua lalu.

Gambar yang diperoleh menunjukkan jentolak merobohkan sisa-sisa bangunan surau itu yang masih tinggal.

Terdahulu, Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) mengarahkan pihak Tanjung Sutera Resort supaya merobohkan suraunya yang menjadi tempat meditasi sekumpulan penganut Buddha, dalam masa 21 hari, bermula 21 Ogos lepas.

Arahan itu disampaikan dalam notis bertarikh 20 Ogos 2013 yang ditampal di pintu masuk surau tengah hari ini, yang ditandatangani Pengerusi MDKT, Hasrin Kamal Hashim.

Alasan diberikan, pembinaan surau itu menyalahi Seksyen 70 Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 kerana dibina tanpa kebenaran bertulis majlis daerah.

Notis itu juga menyatakan pihak resort akan dibawa ke mahkamah jika gagal berbuat demikian atau menanggung kos merobohkannya yang akan dilakukan oleh majlis daerah.

"Tuan adalah dengan ini diberitahu supaya meruntuhkan bangunan itu dari tempoh 21 hari dari tarikh notis ini diterima," notis itu dipetik.

Seorang pekerja resort yang ditemui menjelaskan beliau menerima notis itu dari pihak MDKT yang hadir ke surau itu tengah hari tadi.

Surau berkenaan menjadi isu panas apabila ada pengunjung yang ingin menunaikan solat ternampak beberapa orang penganut agama Buddha beserta sami mereka menjalankan ritual keagamaan di dalam surau berkenaan sekaligus satu kesalahan.

P/s: Apa dosa bangunan ini? 

PIBG SK Seri Pristana Mahu Sekolah Jawab Kontroversi Terkini

Posted: 28 Aug 2013 01:51 AM PDT

[TMI] Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Seri Pristana mahukan jawapan daripada pentadbiran sekolah mengenai tuduhan intimidasi terhadap beberapa murid sehingga menyebabkan tiga murid bukan Islam ditukarkan ke sekolah lain oleh ibu bapa masing-masing.

Mendakwa tidak tahu mengenai pertukaran itu, Pengerusi PIBG, Hussein Mohd Ariff, memberitahu The Malaysian Insider bahawa mereka akan bertemu dengan pihak pengurusan sekolah esok.

Semalam dilaporkan sekurang-kurangnya tiga murid bukan Islam keluar dari sekolah di Sungai Buloh itu dan 10 lagi akan mengikut jejak langkah berkenaan untuk bertukar ke sekolah lain.

Ini adalah akibat daripada tuduhan intimidasi selepas kejadian bilik persalinan sekolah itu jadi kantin tersebar luas di laman sosial Facebook.

Tiga murid terbabit mendakwa mereka diintimidasi dan dibuli oleh pihak berkuasa sekolah selepas isu murid bukan Islam diarahkan makan pada waktu rehat di bilik persalinan diketahui umum.

Ia turut mendedahkan bahawa ibu bapa 10 lagi murid bukan Islam akan menukarkan anak mereka ke sekolah lain selepas seorang penjaga mendakwa diugut oleh guru besar apabila menuduh ada orang yang tidak dikenali mengambil gambar anaknya sebanyak dua kali dalam kawasan sekolah.

Hussein melahirkan rasa tidak percaya atas perkembangan terbaru itu.

"Ini semua baru untuk saya. Saya menjangkakan sekolah akan memaklumkan kepada saya dan ahli jawatankuasa lain mengenai kejadian ini pada Khamis," katanya menerusi sistem pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider.

"Saya tidak faham mengapa isu ini perlu dipanjangkan," katanya.

Setiausaha Kebangaan Malaysia Tamilan Today Welfare, K Gunasegaran, berkata semua ibu bapa hilang kepercayaan kepada guru besar dan guru.

"Kami tidak melihat cara lain oleh kerana murid diganggu dan dibuli di sekolah, hanya kerana ibu bapa mereka bersuara," katanya.

Terdapat 25 murid bukan Islam di sekolah yang mempunyai 1,400 murid itu.

Sekurang-kurangnya 10 ibu bapa membuat laporan polis terhadap sekolah itu atas aduan yang hampir sama iaitu anak mereka diintimidasi dan dibuli, tetapi polis berkata tidak ada niat jenayah dalam aduan itu dan perkara itu dipindahkan ke Jabatan Pelajaran.

Seorang bapa, V Kumancan, turut ditahan dua hari lalu atas tuduhan mengugut guru besar sekolah, Mohd Nasir Mohd Noor.

Kumancan dituduh datang ke sekolah pada 25 Julai jam 2.30 petang, tetapi beliau menafikan tuduhan itu dan berkata sedang bekerja pada waktu itu.

Bapa berusia 31 tahun itu yang buat masa ini dibebaskan atas jaminan polis, dijangka didakwa atas tuduhan intimidasi jenayah tidka lama lagi.

Kumancan turut membuat laporan polis pada 30 Julai terhadap Mohd Nasir dan sekolah atas tuduhan mengambil gambar anak perempuannya yang berusia 10 tahun di sekolah, menuduh perbuatan itu berlaku dua kali pada 29 Julai, empat hari selepas kejadian makan dalam bilik persalinan itu didedahkan oleh Guneswari Kelly.

Guneswari sejak kejadian itu memindahkan anak perempuannya ke sekolah Tamil selepas murid sembilan tahun itu dikatakan didera secara lisan oleh beberapa guru di sekolah itu. – 28 Ogos, 2013.

Mata Dicungkil Penyeludup Organ

Posted: 27 Aug 2013 09:42 PM PDT

[HM] Beijing: Seorang kanak-kanak dicungkil matanya selepas dilapor diculik oleh seorang penyeludup organ.

Anggota keluarga menemui kanak-kanak berkenaan berlumuran darah tiga hingga empat jam selepas dia hilang ketika bermain di luar rumah.

Mata mangsa ditemui berhampiran tetapi korneanya hilang, menunjukkan seorang penyeludup organ bertanggungjawab terhadap serangan ngeri itu.

Polis menawarkan hadiah 100,000 yuan (RM52,800) kepada mereka yang dapat memberi maklumat hingga suspek, yang dipercayai wanita, dapat ditangkap.

"Mukanya berlumuran darah ketika ditemui. Matanya dicungkil," kata bapa mangsa kepada Televisyen Shanxi.

Rakaman televisyen itu menunjukkan bahagian mata mangsa yang berbalut dibawa keluar dari bilik pembedahan dan ditempatkan di sebuah katil hospital, meraung kesakitan sementara anggota keluarganya menangis di sisi katil.

Budak itu didiberi dadah menyebabkan dia tidak sedarkan diri sebelum penyerang mencungkil matanya, lapor stesen televisyen CCTV menerusi lamannya di Sina Weibo, versi Twitter China.

Budak itu bermain bersendirian di luar rumahnya apabila dia diculik petang kelmarin. Ibu bapanya menyedari dia hilang selepas memanggilnya untuk masuk ke rumah kira-kira jam 8 malam. Selepas dia tidak muncul, ibu bapanya melancarkan gerakan mencari dengan dibantu oleh sanak saudara lain dan akhirnya menemuinya di sebuah padang berhampiran, kira-kira tiga jam kemudian.

"Kami tidak menyedari matanya hilang apabila menemuinya. Kami menyangka dia jatuh dan cedera di muka," kata bapa mangsa.

Kehilangan mata mangsa hanya diketahu apabila dia dirawat di hospital.

Perdagangan organ secara haram didorong oleh permintaan yang begitu banyak. Kira-kira 300,000 orang menunggu giliran untuk menjalani pembedahan pemindahan organ sedangkan hanya 10,000 pembedahan dilakukan setiap tahun. - Agensi -28/8/13

P/s: Gila kejam!!!!

Pertubuhan Syiah Malaysia Diisytihar HARAM

Posted: 27 Aug 2013 08:30 PM PDT

[MK] Menteri Dalam Negeri hari ini mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang, berpandukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi (kiri) berkata, walaupun permohonannya untuk didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ditolak, badan itu tetap bergerak aktif.

Malah, katanya, kegiatan itu memudaratkan ketenteraman awam serta mencetuskan keresahan di negara ini yang sebahagian besarnya berfahaman Ahli Sunnah wal Jamaah.

Menurut Abdul Rahim lagi, pengikut Syiah di Malaysia memohon mendaftarkan mendaftarkan pertubuhan itu pada 16 Jun 2011 dan tolak pada 4 Ogos tahun yang sama.

Rayuannya kepada menteri berkaitan juga ditolak pada 31 Oktober 2011, menurut kenyataan itu lagi.

Dakwa AirAsia Hidang BABI, Bekas Menteri Mohon Maaf Enam Bulan

Posted: 27 Aug 2013 07:45 PM PDT

[TMI] Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin diminta untuk mengemukakan permohonan maaf selama enam bulan oleh kumpulan AirAsia berhubung dengan dakwaan mengatakan babi dihidangkan dalam penerbangan pesawat syarikat itu untuk menggelakkan disaman sebanyak RM5 juta.

Beliau yang mengemukakan permohonan maaf kepada AirAsia pada bulan lalu di blognya Zamkata, berkata beliau tidak mampu membayar saman dan sara hidupnya hanya berdasarkan wang persaraan.

"AirAsia meminta saya menyiarkan permohonan maaf ini selama enam bulan tetapi saya akan siarkan untuk bertahun-tahun akan datang dengan tujuan penyebarannya lebih meluas dan bagi pengetahuan dari generasi ke generasi.

"Saya berterima kasih kepada Rocky's Bru yang menyatakan setiakawan bagi pihak penulis blog dan jaminan membela saya dalam menghadapi sebarang tindakan dari AirAsia," katanya merujuk kepada penulis blog yang juga bekas Ketua Pengarang Malay Mail, Datuk Ahirudin Attan.

Dalam permohonan maafnya kepada AirAsia, beliau tidak menyangka artikel yang bertajuk, "Hidangan babi dalam penerbangan AirAsia, orang Islam patut tangguhkan dulu terbang dengan pesawat ini" di dalam blognya memberikan implikasi buruk kepada nama baik AirAsia dan AirAsiaX.

Katanya, selepas menerima surat tuntutan dari peguambela dam peguamcara AirAsia Berhad kira-kira sebulan dari tarikh penyiaran artikel tersebut, maka barulah beliau menyedari bahawa artikel itu memberikan implikasi atau gambaran,seolah-olah babi dihidangkan dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X yang mana dakwaan itu tidak benar sama sekali.

"Saya mohon maaf kepada AirAsia Berhad diatas sebarang kecederaan yang menimpa mereka kerana artikel tersebut dan saya berharap orang ramai tidak mempunyai sebarang prasangka bahawa babi ada dihidangkan di dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X.

"Saya yakin dan percaya bahawa AirAsia dan AirAsia X sangat prihatin terhadap sensitiviti agama kesemua penumpang mereka," jelasnya menerusi blog Zamkata.

Hal ini dipanjangkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Datuk Kamaruddin Meranum semasa majlis sambutan Aidilfitri Utusan Melayu namun beliau enggan mengulas lanjut tentang tindakan saman yang diambil oleh AirAsia dan AirAsia X terhadap Zainuddin.

Kamaruddin berkata, AirAsia bukanlah anti Utusan meskipun syarikat penerbangan tambang rendah itu menarik balik iklan dalam akhbar milik Umno tersebut.

"Saya tahu sejarah Utusan dan Utusan adalah darah daging saya. Tuduhan seperti ini saya tidak dapat menerimanya," jelas Zainuddin menerusi blognya. – 28 Ogos, 2013.

Belum Sampai Sebulan Berkenalan, Sudah ke Bilik Tidur

Posted: 27 Aug 2013 07:29 PM PDT

[SH] BATU PAHAT – Niat pasangan kekasih untuk memadu asmara tidak kesampaian selepas ditahan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan dekat sini, semalam.

Dalam serbuan jam 2 pagi itu, pasangan berusia 25 dan 22 tahun terbabit ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai ikatan perkahwinan.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan terbabit mengambil masa kira-kira 15 minit untuk membuka pintu dipercayai memikirkan cara bagi mengelak ditahan.

"Selepas pintu dibuka, hasil soal siasat mendapati mereka bukan mahram dan mengaku telah melakukan perbuatan yang salah.

"Pasangan terbabit berasal dari daerah ini dan mengaku baru sahaja berkenalan tidak sampai sebulan serta dalam proses mengenali antara satu sama lain," katanya.

Menurutnya, pasangan terbabit di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses selanjutnya sebelum mereka dituntut oleh waris masing-masing.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Johor 1997.

"Operasi yang dilakukan ini bertujuan membendung kegiatan sumbang yang kian menular dalam kalangan anak-anak muda yang semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

"Operasi seperti ini akan dilakukan lebih kerap lagi, dengan tertumpu pada aduan orang ramai, hotel bajet dan kawasan yang berpotensi untuk kelakuan seperti ini," katanya. - 28/8/13

Tiada ulasan:

Pengikut