Pakatan Rakyat |
Posted: 26 Aug 2013 03:26 PM PDT | Menteri: Kaedah kibar Jalur Gemilang tahun depan Posted: 26 Aug 2013 07:09 AM PDT Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata mulai tahun depan, satu kaedah pelaksanaan pengibaran Jalur Gemilang akan dilancar. Di bawah kaedah ini, pengibaran Jalur Gemilang akan bermula di kuarters kerajaan di Putrajaya diikuti premis swasta dan rakyat secara individu. Beliau membuat kenyataan itu selepas kecewa dengan sambutan Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Hari Kemerdekaan ke-56 negara pada sidang media mengenai Konsert Harmoni dan Uniti, yang menggabungkan artis Malaysia dan Indonesia termasuk Datuk Siti Nurhaliza dan Rossa. Ahmad Shabery berkata rakyat Malaysia seharusnya mencontohi negara jiran yang begitu bersemangat mengibarkan bendera mereka pada sambutan bulan kemerdekaan bagi menunjukkan kecintaan kepada tanah air. Menyifatkan negara sedikit terkebelakang dalam hal sebegini, beliau berkata pihaknya akan meneliti langkah proaktif yang boleh dilaksana bagi menaikkan lagi semangat rakyat Malaysia untuk mengibarkan Jalur Gemilang. "Saya ingin mencadangkan satu kajian dibuat sebelum mewujudkan apa-apa undang-undang di bawah pihak berkuasa tempatan, yang boleh memastikan semua pihak mempunyai rasa tanggungjawab mengibarkan Jalur Gemilang, terutama pada bulan kemerdekaan," katanya. Terdahulu, Ahmad Shabery menyaksikan pemeteraian perjanjian antara syarikat telekomunikasi Maxis dan Telin Malaysia, syarikat usaha sama antara Compudyne Sdn Bhd dan Telekomunikasi Indonesia. Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari, yang ditemui pemberita pada majlis 'Pocket Show 2013' anjuran Jabatan Penerangan, berharap Jalur Gemilang yang diedar sepanjang program itu dapat mempertingkat semangat cinta kepada negara dalam seluruh lapisan masyarakat. Terdahulu, beliau menyerahkan Jalur Gemilang kepada Pengerusi MCA Bahagian Bukit Bintang Frankie Gan Foon Zin. Turut menerima Jalur Gemilang ialah Pengerusi Komuniti 1Malaysia Pudu Hue Teng Hing dan Pengerusi Komuniti 1Malaysia Razak Mansion Kamarulzaman Mat Shah.-Bernama | Noh: Gagal PRU-14, titik penamat karier politik saya Posted: 26 Aug 2013 07:05 AM PDT MALAYSIA KINI Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata masa depan karier politiknya akan berakhir sekiranya beliau gagal mendapatkan keputusan lebih baik pada pilihan raya umum akan datang. Beliau yang juga ahli parlimen Tanjong Karang menyifatkan cabaran tersebut sebagai 'meletakkan pisau di leher', lapor Utusan Malaysia hari ini. Pada pilihan raya umum ke-13, BN mendapat 12 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan. Manakala Pakatan rakyat mendapat 44 kerusi. "Saya ambil ini sebagai cabaran yang akan menentukan masa depan politik saya. "Kalau saya gagal dengan cuma meraih keputusan yang lebih teruk lagi pada PRU-14, maka ini menjadi titik penamat karier politik saya. "Ini macam 'meletakkan pisau di leher," katanya seperti yang dilapor dalam wawancara dengan akhbar itu. Noh berkata pendekatan politik di negeri itu agak berbeza dengan melibatkan sejauh mana Umno mampu berurusan dengan rakyat dalam bandar, semi bandar dan luar bandar. Katanya lagi, isu pembangunan masih menarik perhatian rakyat di luar bandar isu pembangunan masih menarik perhatian dan senario politik di Tanjong Karang tidak sama di kawasan bandar. "Contohnya, kalau saya rasmi mesyuarat PIBG, saya yakin 95 peratus adalah pengundi saya dan mudah berinteraksi. Tetapi program yang sama di Shah Alam atau Lembah Klang, mereka yang hadir tidak semestinya pengundi di situ," katanya. Noh yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno turut mengakui cabaran untuk meraih sokongan pengundi cukup sengit memandangkan kumpulan pengundi di negeri itu sama banyak iaitu 49 peratus pengundi Melayu dan 51 peratus pengundi bukan Melayu. | Mengandung tak boleh masuk PLKN Posted: 26 Aug 2013 07:03 AM PDT Pelatih perempuan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kini harus mengambil ujian kehamilan kerana pihak yang terlibat sebelum ini tidak tahu sama ada mereka hamil atau menyimpan rahsia kehamilannya. Oleh kerana program itu sangat lasak, Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat Rohani Abdul Karim (gambar bawah, bertudung) berkata, ia mungkin membahayakan kesihatan pihak terbabit. "Jika kita dapati mereka mengandung, mereka tidak akan diterima (ke PLKN)," kata Rohani sambil menggesa kumpulan hak wanita melihat lebih meluas persoalan itu, antaranya untuk menyelamatkan nyawa. Beliau menggesa supaya ia tidak dilihat daripada sudut negatif semata-mata. Katanya, kerajaan hanya memutuskan mewajibkan ujian kehamilan selepas tinjauan mendapati 94 peratus pihak berkepentingan bersetuju dengannya. "Kita menghormati dan tahu aktivis hak asasi mungkin bantah... jadi kita buat tinjauan... kita juga terkejut dengan jawapannya," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini. | Waytha: Maka, kita tembak semua gengster? Posted: 26 Aug 2013 07:01 AM PDT MALAYSIA KINI Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy berkata keganasan bukan satu jalan untuk menyelesaikan krisis yang dihadapi masyarakat India berhubung peningkatan kadar jenayah."Di setiap bandar utama di pantai barat, saya pasti ada beberapa kumpulan dan mungkin sama ramai seperti di Pulau Pinang. Itu jumlah yang besar dan menggusarkan. "Adakah timbul cadangan supaya kita tembak semua anak muda yang tidak terkawal ini untuk membersihkan jalanan kita dari jenayah?," katanya dalam satu kenyataan. Beliau mengulas kritikan ke atas kenyataannya sebelum ini berhubung tindakan polis menembak lima orang pemuda di Pulau Pinang baru-baru ini. "Episod tersebut mungkin menghapuskan lima orang dari jalanan dengan cara tersebut, tapi adakah ia benar-benar menyelesaikan masalah jenayah?m" soalanya. Beliau juga mengakui kenyataan polis pada hari Sabtu lalu bahawa masyarakat India menghadapi ancaman serius dalam peningkatan gengsterisme. "Dalam perarakan pengebumian salah seorang dari yang meninggal dunia pada hari itu, akhbar melaporkan seramai 800 orang pemudia India didakwa anggoa Geng 04 menyertainya. "Semalam dilaporkan bahawa pengarah CID Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah berkata rekod polis mengenai anggota gengster menunjukkan 71 peratus dari kalangan orang India," katanya. | Mahathir: Jangan tandatangan TPPA Posted: 26 Aug 2013 06:56 AM PDT Kerajaan patut berhenti "berahsia" berhubung Perjanjian Perkongsian Trans-Pacific (TPPA) dan mendedahkan kandungan terperincinya kepada awam, kata Dr Mahathir Mohamad. "Kerajaan tidak patut berahsia kerana ia melibatkan rakyat Malaysia," kata bekas perdana menteri dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat meja bulat berkaitan TPPA anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) hari ini. "Menyembunyikannya daripada pengetahuan awam bermaksud terhadap perkara dalam perjanjian itu yang (perunding) tidak mahu orang awam tahu," kata Mahathir, yang telah membaca keseluruhan 29 bahagian dalam perjanjian itu. "Perjanjian ini akan meningkatkan import kita dan mengurangkan eksport. Ia tidak bagus untuk kita. Saya secara tidak langsung memberitahu kerajaan supaya tidak tandatangan perjanjian ini. | Juham akan pantau kes Altantuya secara dekat Posted: 26 Aug 2013 06:51 AM PDT Nasrudin menyantuni para tetamu. TEMERLOH: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menganggap pembebasan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar daripada pertuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu oleh Mahkamah Rayuan semalam sebagai episod malang dalam sejarah perundangan negara. Ketua DPPM Ustaz Nasrudin Hassan berkata, ini berikutan kes jenayah berprofil tinggi itu menjadi perhatian antarabangsa dan boleh menjadi bahan ketawa akibat kecacatan kes dan menimbulkan tanya. Katanya, serentak dengan itu DPPM melalui Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi (Juham) akan terus memantau kes ini termasuk menggalakkan keluarga si mati sendiri membawa kes pembunuhan tersebut ke mahkamah. "Ada dua kesan selepas keputusan kes ini iaitu pertama imej buruk terhadap Malaysia pada kaca mata antarabangsa kerana melibatkan warga Monggolia dan ada kaitan dengan Peranchis. "Kedua, andaian masyarakat iaitu jika jenayah berprofil tinggipun tertuduh yang sudah sabit kesalahan boleh dilepaskan hakim kerana penyiasatan dan pendakwaan banyak kecacatan, maka tidak mustahil jenayah akan terus berleluasa kerana penjenayah tak takut lagi," katanya. Tambahnya andaian yang sedang diperkatakan secara sinis oleh warga siber pada ketika ini ialah 'Altantuya masuk ke dalam hutan dan meletupkan dirinya sendiri dengan bom C4' kerana tiada pembunuhnya dan tidak dapat dijejak orang yang mengarahkan pembunuhan tersebut. Ahli Parlimen Temerloh itu berkata demikian ketika ditemui di rumah terbuka 'Eidulfitri Pusat Komuniti Parlimen Temerloh di sini petang ini. Kira-kira 7,000 penduduk daripada pelbagai bangsa hadir memeriahkan majlis anjuran PAS tersebut. Kelmarin tiga anggota panel hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara mengetepikan hukuman mati yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas membenarkan rayuan mereka terhadap pensabitan dan hukuman. Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat ketika membacakan keputusannya, berkata berlaku penyalaharahan yang serius oleh hakim Mahkamah Tinggi dalam mensabitkan mereka termasuk tidak memanggil DSP Musa Safri serta kegagalan untuk mengemukakan diari balai polis yang menyatakan Azilah berada di Bukit Aman pada masa berkenaan. Altantuya telah dibunuh di hutan Puncak Alam, Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006. Pada April 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Zaki Md Yassin telah mensabitkan Azilah dan Sirul daripada pertuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu. Manakala penganalisis politik Abdul Razak Baginda dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dengan pembunuhan itu. Nasrudin berkata, sebelum ini kes semua petisyen pilihan raya yang ditolak mentah-mentah oleh mahkamah hanya kerana masalah teknikal, turut memburukkan institusi kehakiman negara di mata rakyat. "Rakyat membawa kes (petisyen) sebesar itu untuk perbicaraan dan mendapatkan keadilan malangnya kes sebesar itu hanya ditolak oleh kesilapan teknikal, jadi sudah tentulah membuatkan rakyat tidak puas hati," ujarnya. | Endless Possibilities - Ditiru Dari Israel Atau Mongolia? Posted: 26 Aug 2013 06:49 AM PDT http://shahbudindotcom.blogspot.com Sehingga ini Najib masih berdiam diri mengenai kontroversi slogan Endless Possibilities, terutama daripada mana asalnya slogan itu sejak ia didedahkan lebih seminggu yang lalu. Ketika dikatakan bahawa slogan itu bakal menggantikan 1Malaysia yang dianggap gagal dan kabur, Najib kemudiannya menjelaskan bahawa slogan Endless Possibilities bukan menggantikan 1Malaysia tetapi akan menjadi pelengkap kepadanya. Tetapi apabila kemudiannya didedahkan oleh blog-blog bahawa slogan itu ditiru daripada Israel berikutan Kementerian Pelancongan Israel turut menggunakan slogan yang sama, hanya Jabatan Perdana Menteri yang memaklumkan slogan itu telah diperkenalkan oleh Najib pada Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland pada Januari 2013 lagi sedangkan Kementerian Pelancongan Israel didakwa oleh JPM hanya menggunakan slogan yang sama empat bulan kemudiannya. Dalam erti kata lain, kalau mengikut penjelasan JPM itu, Israellah yang meniru slogan Najib dan bukannya Najib yang meniru Israel!! Hebatlah Malaysia kalau Israel boleh meniru slogan kita!! Najib dijangka akan melancarkan slogan Endless Possibilities pada 17 September depan dan semua menteri sudah pun diberi taklimat mengenainya. Logo berkaitan slogan itu juga sudah siap untuk diperkenalkan. Beberapa pihak termasuk Anwar Ibrahim sendiri menuntut Najib memberi penjelasan lanjut mengenai slogan itu dan kaitannya dengan negara Israel. Walaupun JPM sudah memberi penjelasan tetapi dengan pelbagai pihak terus mempertikaikan slogan itu, adalah penting penjelasan yang lebih detail keluar daripada mulut Najib sendiri. Najib tidak seharusnya berdiam diri. Apatah lagi sejak Najib menjadi Perdana Menteri dan APCO dilantik sebagai perunding medianya, kaitan beberapa isu dengan Israel begitu kerap kedengaran. Ada saja isu yang berlaku, sering terkait dengan Israel seolah-olah peranan APCO cukup besar dan bukan sekadar perunding media sahaja. Endless Possibilities bukan saja dipertikaikan kerana kaitannya dengan Israel tetapi juga dipercayai kempennya yang dijangka turut menelan belanja yang besar. Peranan penasihat-penasihat Najib dalam memilih slogan itu turut menjadi pertikaian dan ini mengingatkan kepada teguran Daim Zainuddin kepada Najib agar menukar para penasihatnya itu kerana gagal memberikan nasihat yang betul semasa pilihanraya umum lalu. Kini dengan pemilihan slogan Endless Possbilities, sekali ini para penasihat Najib dipersalahkan. Mereka ini dilihat membuat perancangan yang mendedahkan Najib kepada serangan dan pertikaian umum. Terbaru ini, belum reda dan orangramai masih antara percaya dengan tidak dengan penjelasan JPM bahawa slogan Endless Possibilities adalah slogan asli Najib, bahkan ditiru pula oleh Israel, beberapa blog dengan menampilkan paparan video yang boleh ditonton melalui Youtube pula mendedahkan bahawa slogan yang sama juga digunakan oleh kerajaan Mongolia. Jika sebelum ini JPM dalam penjelasannya menyebut bahawa Najib sudah memperkenalkan slogan Endless Possibilities sejak Januari 2013 dan Israel pula hanya mengunakan slogan itu empat bulan kemudiannya, maklumat daripada Youtube mengenai penggunaan slogan itu oleh kerajaan Mongolia pula menyebut ia telah pun digunakan sejak 19 Februari 2012. Malahan dalam video itu, warna yang digunakan dalam perkataan Mongolia itu mempunyai persamaan dengan warna logo Endless Possibilities yang bakal digunakan oleh Malaysia. Kalau mengikut hujah dan logik JPM, maka bermaknalah slogan Endless Possibilities ini ditiru daripada Mongolia kerana mereka lebih awal daripada Najib menggunakannya. Najib hanya mula mengucapkan Endless Possibilities pada Januari 2013 sedangkan negara kelahiran Altantuya sudah menggunakannya sejak 19 Februari 2012 lagi. Setelah Altantuya menjadi isu dan menimbulkan ribut besar kepada negara, kenapa Mongolia lagi menjadi pilihan? Penjelasan dari mulut Najib nampaknya semakin dituntut, slogan ini sebenarnya diciplak dari Israel atau Mongolia? Apakah penasihat-penasihat Najib tidak peka dalam hal ini? Kenapa dalam era kepimpinan Najib ini kita asyik dihadapkan dengan Israel dan Mongolia saja? Tidak adakah negara lain yang boleh dijadikan kiblat penjenamaan? Walaupun Israel terkenal dengan penindasan terhadap umat Islam di Palestin tetapi bangsa Yahudi menguasai banyak aspek di dunia ini, malah Amerika yang besar dan gagah itu pun berada dibawah telunjuknya kerana kecerdikan dan penguasaan ekonomi golongan itu yang kukuh dalam pelbagai bidang. Maka tidak hairan ramai yang cenderung untuk berkiblatkan Israel kerana keinginan untuk menguasai sebahagian daripada dunia dan keghairahan ingin menonjol. Tetapi apa pula istimewanya Mongolia? Makin hebatkah Malaysia kalau meniru slogan Mongolia? Apakah ini bermakna penasihat Najib bukan saja melihat Israel sebagai idola tetapi setelah Razak Baginda mengambil Altantuya yang berasal daripada Mongolia sebagai penterjemah untuk projek kapal selam Scorpene, mereka juga sudah jatuh hati dengan negara itu? Sekali ini Najib terus terperangkap dan semakin tidak bebas daripada persepsi mengenai Altantuya setelah para penasihatnya sendiri secara tidak langsung mengajak kita semua mengenali lebih dekat mengenai Mongolia dan terus mengingati kematian Altantuya melalui slogan Endless Possibilities walaupun Razak Baginda, Azilah Hadri dan Sirul Azhar sudah menjadi manusia bebas. | Rumah bekas pegawai tinggi polis dipecah masuk Posted: 26 Aug 2013 04:32 AM PDT SINAR HARIAN SHAH ALAM - Polis menahan lima pekerja binaan rakyat asing bagi membantu siasatan kejadian pecah masuk rumah bekas pengarah polis Bukit Aman bergelar Datuk di Seksyen 19 di sini, semalam. Kesemua suspek berusia antara 22 dan 37 tahun itu ditahan di tapak pembinaan rumah teres dua tingkat, yang terletak kira-kira 10 meter dari rumah teres dua tingkat milik bekas pegawai kanan polis itu. Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata mangsa menyedari kediamannya dipecah masuk sejurus tiba di rumah selepas menziarahi saudaranya di Ipoh, Perak, kira-kira 5.30 petang. "Mangsa meninggalkan rumah pada Sabtu lepas, namun selepas pulang ke rumah petang semalam, mangsa menyedari kediamannya berselerak dan empat bilik tidur di tingkat atas telah diselongkar. "Siasatan mendapati beberapa barangan milik bekas pengarah itu turut hilang termasuk pingat kurniaan, jam tangan, barang kemas dan komputer riba," katanya kepada pemberita selepas majlis memasang Jalur Gemilang pada kenderaan peronda polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini. Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis dan kelima-lima lelaki tanpa dokumen perjalanan diri itu ditahan beberapa jam selepas laporan dibuat. Siasatan forensik polis di lokasi kejadian menemui sembilan kesan cap jari pada tingkap hadapan rumah berkenaan, katanya. Terdahulu pada majlis itu, beliau menyerahkan 800 helai Jalur Gemilang untuk dipasang pada semua kenderaan peronda polis Kontinjen Selangor bagi menaikkan lagi semangat patriotisme di kalangan anggota polis. - Bernama | KDN Akan Umum Senarai Nama Kongsi Gelap - Ahmad Zahid Posted: 26 Aug 2013 04:29 AM PDT MSTAR ONLINE PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri akan mengumumkan senarai nama kumpulan kongsi gelap serta jenayah yang dilakukan mereka, kata menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata ia akan diumum dalam waktu terdekat selepas proses pewartaan selesai dibuat. "Kami dah ada senarai nama kumpulan yang dikategorikan sebagai pertubuhan haram serta senarai aktiviti jenayah dilakukan," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan ahli kongres Amerika Syarikat Eni Faleomavaega di sini, Isnin. Ahmad Zahid berkata langkah mendedahkan senarai itu kepada umum ialah untuk membolehkan masyarakat faham bahawa polis bersungguh-sungguh dalam usaha menangani jenayah. "Ia juga untuk membangkitkan kesedaran bahawa masyarakat perlu bersama-sama mendokong usaha polis membanteras jenayah," katanya. Menerusi senarai itu juga, beliau berkata masyarakat dapat mengetahui bahawa kegiatan kongsi gelap bukan hanya membabitkan sesuatu kaum sebaliknya melibatkan kaum-kaum lain. "Ramai yang mengatakan kongsi gelap hanya membabitkan kaum India sedangkan kongsi gelap Melayu dan Cina juga banyak," katanya. Mengenai Ops Cantas, Ahmad Zahid berkata operasi itu dijalankan di seluruh negara dan bukan hanya tertumpu di Pulau Pinang. "Tumpuan turut diberikan di seluruh negara dan polis sudah bersiap sedia untuk bertindak kerana telah menghidu beberapa lagi jenayah terancang yang akan dilakukan," katanya. Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid menjelaskan keselamatan keseluruhan rakyat lebih penting daripada menjaga jumlah mereka yang akan dikenakan pemakaian peranti pengawasan elektronik (EMD). Beliau mengulas mengenai EMD yang akan digunakan ke atas penjenayah tertentu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), menerima kritikan pihak tertentu. | Pentadbiran sekolah halang murid guna komputer sumbangan Pakatan Posted: 26 Aug 2013 04:26 AM PDT SHAH ALAM: Pentadbiran sebuah sekolah di sini dikatakan menghalang muridnya menggunakan komputer sumbangan kerajaan Selangor berikutan perbezaan fahaman politik. Hal itu didedahkan seorang Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), R Panner Selvam kepada TV Selangor selepas dimaklumkan guru besar sekolah berkenaan. "Tindakan tidak masuk akal itu merugikan murid kerana kita ada makmal komputer yang lengkap tetapi tidak digunakan hanya disebabkan alasan politik," katanya. Beliau berkata, larangan itu bermula kira-kira lapan bulan lalu sejak pelantikan muka baru PIBG atas alasan makmal itu didakwa beroperasi haram. Katanya, pentadbiran sekolah itu dikatakan mengenakan yuran RM70 setahun terhadap murid bagi menampung kos penyelenggaraan makmal komputer itu. "Yuran dikutip dari Januari atau Februari tetapi kelas tak jalan," katanya yang turut mendakwa kelas komputer itu tidak mengikut jadual. Timbalan YDP PIBG, Selvarajah Palaniappan, pula berkata PIBG sudah membawa bantahan kepada pentadbiran sekolah. Mengulas isu itu, Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Melawati, S Manikavasagam, berkata kerajaan Selangor pada 2010 berbelanja RM85,000 untuk membeli 45 komputer bagi pembelajaran murid SJKT Ladang Rasak, Subang . "Ini tidak patut berlaku sebab tidak kiralah siapa yang beri komputer, sekolah harus manfaatkan untuk masyarakat kita," kata Pengarah Biro Aduan Rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.- FZL | PAS Ucap terima kasih kepada Ketua Polis, harap lebih berani Posted: 26 Aug 2013 04:23 AM PDT BULETIN ONLINE KUALA TERENGGANU – PAS merakamkan terima kasih menaruh harapan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang membuat penegasan akan memerangi jenayah tanpa mengira apa kedudukan sekali pun.Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu turut berharap agar beliau berani bertindak termasuk membersihkan Bukit Aman dari sebarang pengaruh 'gangstar'. "saya berterima kasih kepada Ketua Polis Negara yang membuat ketegasan pada dua hari lepas (bahawa) dia akan bertindak tidak kira kedudukan mereka untuk memerangi jenayah, kita harap sungguh-sungguh……….., "Ketua Polis Negara sekarang kena berani, berani bertindak termasuk membersihkan Bukit Aman dari penguasaan 'mafia',"ujarnya ketika berucap dalam Majlis Ceramah Mesir Berdarah di Pekan Batu Enam, dekat sini pada Sabtu 24 Ogos. [Lihat dan dengar video Mohamad Sabu] Beliau berkata demikian kerana menurutnya bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan perah mendedahkan perkara tersebut. Oleh itu katanya, PAS tidak mahu negara Malaysia menjadi seperti yang pernah berlaku ke atas negara-negara Amerika Latin, dimana pihak kehakiman dan kepolisan dikuasai oleh para pengedar dadah. | "Pembunuhan bapa didalangi sindikit, rasuah di jabatan kastam" Posted: 26 Aug 2013 04:20 AM PDT KUALA LUMPUR : Anak kepada Timbalan Ketua Pengarah Kastam yang mati ditembak di Putrajaya 26 April meluahkan rasa kesal kerana tiada pihak didakwa di mahkamah, meskipun setelah empat bulan kes itu berlalu. Menurut Mohd Akhtar Shaharuddin, layanan polis terhadap kes itu dianggap tidak adil walaupun bapanya pegawai tinggi kerajaan yang banyak memberi sumbangan kepada negara. Beliau percaya kes itu mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta berpangkalan di Langkawi, malah yakin dalang pembunuhan bapanya adalah dari jabatan Kastam sendiri. "Saya pasti akan hal itu biarpun polis menafikannya. Bapa saya pernah menceritakan kekecewaan beliau terhadap penyelewangan kuasa pegawai kastam yang terlibat dalam rasuah ini berkaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi. "Tidak lama selepas membuat aduan itu, beliau menerima surat pertukaran kerja. Surat itu, bagaimanapun ditarik balik apabila Kesatuan Kastam campurtangan dan berjuang mempertahankan hak bapa saya," kata arkitek berumur 30 tahun itu seperti dilapor The Malaysian Insider. Sebulan selepas itu, Shaharuddin ditembak ketika sedang memandu ke pejabatnya di Putrajaya. Menurut Mohd Akhtar, bapanya ke Langkawi selepas menerima panggilan pemberita yang bertanya tentang sindiket penyeludupan kereta di pulau itu, beberapa minggu sebelum ditembak. Akhtar turut mendedahkan bapanya menerima banyak ugutan termasuk peluru dihantar ke rumah mereka. Menurutnya, beliau membuat pendedahan kerana kecewa dengan layanan dingin diberikan polis ke atas siasatan kes bapanya. "Bayangkan sudah hampir berapa bulan kes ini berlaku jangan kata suspek malah sebarang petunjuk tidak diberikan polis," katanya. Katanya kali terakhir dia berjumpa dengan polis pada bulan Ramadan lalu setelah digesa beberapa kali untuk mendapatkan perkembangan siasatan. | Kes Benjy, 5 rakan disebut semula September Posted: 26 Aug 2013 04:12 AM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret Ampang hari ini menetapkan 11 September untuk sebutan semula kes pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy dan lima rakannya atas tuduhan memiliki dadah. Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan peguam Farhan Read dan peguam P.G Cyril untuk menarik diri daripada mewakili anak guam mereka. Terdahulu, Farhan memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau menarik diri daripada mewakili Imran Radzi Ibrahim dan perkara itu telah dimaklumkan kepada anak guamnya. Cyril juga memberitahu mahkamah beliau menarik diri daripada mewakili anak guamnya, Asmanizam Mohamed Akhir dan Norazila Arzami selepas tidak menerima arahan lanjut untuk mewakili pasangan suami isteri itu. Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene memaklumkan pihaknya akan meminda pertuduhan yang dihadapi kesemua tertuduh tetapi perkara itu akan dikemukakan pada 11 September ini. Benjy, 34, bersama lima rakannya, Zain Amir Zainal Khairi, 37, Imran Radzi, 32, Asmanizam, 32, Norazila, 27, dan Afifi Hamidi, 27, didakwa memiliki beg mengandungi 4.7 gram methamphetamine di Oakleaf Park Condo, Blok C, Persiaran Bukit Jaya, Taman Bukit Jaya, Hulu Kelang pada 11.30 pagi 26 Jun lepas. Bagaimanapun, Zain Amir mengaku bersalah manakala Benjy serta empat yang lain minta dibicarakan. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 jika sabit kesalahan. - Bernama | Protes Terhadap Waytha Moorthy Untuk Jaga Airmuka Najib Posted: 26 Aug 2013 04:08 AM PDT MSO Pemimpin Hindraf Waytha Moorthy yang dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagai hadiah atas sokongan Ngo Hindu itu kepada UBN dalam pilihan raya lalu mungkin sudah mengenal cara-cara Umno berpolitik dan hati budi pemimpinnya. Apa yang berlaku adalah pengajaran buatnya. Belum sampai setahun berada di dalam kabinet Najib Razak, kini pemimpin Hindarf itu sudah dapat merasai bagai mana veto Umno sebagai sebuah parti menjadi tulang belakang kepada BN. Hendaknya beliau tidak menyesal dengan apa yang berlaku dan itu adalah hukum karma ke atasnya. Waytha Moorthy kini berdepan dengan kecaman dan cemuhan anggota kabinet Melayu. Beliau diminta melepas jawatan dan keluar dari kerajaan. Setakat ini dua menteri Melayu yang 'menghalau' Moorthy kerana tidak berpuas hati dengan cara Moorty mempertikaikan insiden lima orang samseng India ditembak mati di Pulau Pinang baru-baru ini. Zahid Hamidi kesal dengan sikap Moorthy yang dianggap tidak wajar mempertikaikan kenyataan polis. Hanya kerana itu Zahid telah menghalau Moorty keluar dari kabinet dan memimpin semula Ngo - Hindraf. Hamuan Zahid itu disokong oleh Hishamuddin Hussein, Menteri Pertahanan yang kini merupakan rakan kongsi erat Zahid Hamidi dalam kabinet Najib. Sokongan padi Hishamuddin itu dilihat sengaja dibuat untuk memberi peluang kepada Najib memikirkan tindakan ke atas Moorthy. Dalam masa sama juga cemuhan ke atas Moorthy itu dilihat sebagai satu tektik disengajakan untuk memecat Moorthy sekaligus menyelamatkan maruah Najib. Najib dikecam hebat oleh Ngo Melayu yang merupakan puak redikal apabila melantik pemimpin Hindraf menyertai anggota kabinet. Tindakan Najib itu disifatkan memberi muka kepada orang India. Sebuah Ngo yang bercabuk dengan kepentingan Melayu, melahirkan rasa kesal dan protes dengan perlantikan Moorthy yang disifatkan tindakan tidak bijak dan mencabar Ngo berkenaan yang sebelum ini 'bagaikan nak rak' membantu Umno. Saya menyimpulkan apa dilakukan Zahid kemudian disokong Hishamuddin itu, keduanya Naib Presiden Umno merupakan proses awal untuk membuang Moorthy dalam agenda menyelamatkan Najib. Najib ada alasan untuk bertindak dengan tindakan Zahid dan Hishamuddin itu. Ini semua dilakukan untuk mengelakkan Najib dari disembur dalam perhimpunan agung nanti lantaran melantik pemimpin Hindraf itu. Mungkin selepas ini ada seorang dua menteri atau timbalan menteri akan membuat protes sama untuk memperlihatkan kuatnya bangkangan terhadap Moorthy. Dengan apa yang berlaku ia memberi pengajaran kepada pemimpin puak memperjuangkan kepentingan India itu mengenai seluk beluk politik Umno yang mana bersikap membuang tongkat setelah menyeberangi jambatan. Apakah selepas dihalau oleh Umno nanti Moorthy dan Hindraf akan terhegeh-hegeh untuk menyokong Pakatan Rakyat kembali? | Calon PKR dakwa dapat jumlah undi tertinggi Posted: 26 Aug 2013 04:04 AM PDT SINAR HARIAN Datuk Maijol Mahap, calon PKR bagi kerusi Parlimen Kota Marudu membuat dakwaan di Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini bahawa beliau memperoleh jumlah undi tertinggi pada pilihan raya umum 5 Mei lepas. Katanya beliau mengetahui perkara itu selepas berpeluang melihat salinan ikatan dokumen pihak responden yang diperoleh peguamnya selepas memfailkan petisyen pilihan raya. "Sebaik saya melihatnya (ikatan dokumen) ia menunjukkan saya memperoleh bilangan undi tertinggi. Tetapi malam itu (apabila kertas undi dikira dan dijadualkan) di Dewan Masyarakat Kota Marudu (pusat pengundian) saya tidak mempunyai maklumat ini," kataya. Beliau juga mendakwa ejen pilihan raya PKR tidak dapat menyaksikan pengiraan undi kerana pegawai pengurus pilihan raya menghalangnya. Dalam petisyen itu, Mahap menamakan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, yang memenangi kerusi Parlimen Kota Marudu sebagai responden pertama, pegawai pengurus pilihan raya Lovita Koisun sebagai responden kedua dan responden ketiga, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pada 13 Ogos lepas, Hakim Datuk Yew Jen Kee memutuskan supaya dakwaan amalan rasuah terhadap Ongkili digugurkan daripada petisyen itu, tetapi Ongkili kekal sebagai responden kerana beliau merupakan pemenang kerusi berkenaan. Dalam petisyen itu, antara lain, Mahap mendakwa Borang 14, yang merekodkan jumlah undi yang diperoleh setiap calon serta bilangan undi rosak, tidak diberi kepada ejen pilihan raya PKR. Ongkili, yang mewakili Barisan Nasional (BN), memenangi kerusi itu dengan majoriti 842 undi selepas memperoleh 15,168 undi dalam pertandingan empat penjuru manakala Mahap meraih 14,326 undi, calon Star Majamis Timbong (2,228 undi) dan Yuntau alias Kuntau Kolod (SAPP) hanya mendapat 444 undi. - Bernama | Dr Mashitah umum tanding Exco Wanita Umno Posted: 26 Aug 2013 03:57 AM PDT KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim hari ini mengumumkan akan bertanding jawatan Exco Pergerakan Wanita Umno pada pemilihan parti itu Oktober ini. "Keputusan ini dibuat berdasarkan input daripada perwakilan dan ahli wanita di peringkat akar umbi yang menyarankan agar saya mencalonkan diri kerana berpandangan Wanita Umno perlu ada exco yang berlatarbelakangkan agama," katanya pada sidang media, di sini. Menurut Mashitah, keputusan itu dibuat setelah mendapat sokongan padu daripada rakan-rakan dan akar umbi Pergerakan Umno Bahagian Baling dalam usaha untuk membantu parti menangkis tohmahan pihak pembangkang khususnya melibatkan isu kedaulatan Islam yang sering kali dicabar sejak akhir-akhir ini. "Peranan wanita dalam perjuangan Umno tidak dapat dinafikan lagi dan saya yakin akan dapat membantu berdasarkan pengalaman dan ilmu yang ada. "Keyakinan saya untuk bertanding itu dikuatkan dengan kaedah pemilihan baru yang akan menjadikan pemilihan Umno kali ini lebih telus dan adil," ujarnya. Dalam pada itu, ketika diminta mengulas wujudnya usaha pihak tertentu menaja "orang dalaman" parti untuk memecahbelahkan Umno Bahagian Baling, Mashitah mengakui perkara itu berlaku termasuk mengadakan pertandingan di peringkat bahagian. "Perkara itu ditonjolkan dengan menaja pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan sayap wanita walhal sebenarnya sayap wanita telah diperakui telah memberi kemenangan. "Tidak dapat dinafikan ada pihak tertentu cuba menaja pihak tertentu supaya ada pertandingan dan pecah suara di peringkat bahagian," katanya. |
Posted: 26 Aug 2013 03:06 PM PDT Posted by Admin Direktori Blog | | 3:06 PTG Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info sumber :- Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
|
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan