Pakatan Rakyat |
Posted: 16 Aug 2013 03:24 PM PDT | Ibrahim Ali diarah bayar RM5000 kepada Anwar Ibrahim Posted: 16 Aug 2013 06:19 AM PDT KL TODAY Mahkamah Tinggi menolak permohonan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk mengetepikan perintah bagi memulakan prosiding komital terhadapnya yang diperoleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.Hakim Datuk John Louis O'Hara juga memerintahkan Ibrahim membayar kos RM5,000 kepada Anwar.Dalam penghakimannya, O'hara memutuskan bahawa Anwar berjaya membuktikan kes prima bagi memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ibrahim. Mahkamah menetapkan 26 Ogos untuk pengurusan kes. Anwar diwakili peguam R. Sivarasa manakala Ibrahim oleh Rajinder Singh. Pada 5 April lepas, Ibrahim memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah itu atas alasan beliau dan/atau Perkasa tidak bertanggungjawab terhadap penerbitan sebuah artikel berkaitan seorang hakim di laman sesawang www.pribumiperkasa.com. Pada 5 Mac lepas, O'Hara membenarkan permohonan Anwar untuk memulakan prosiding komital terhadap Ibrahim dan penulis artikel itu, Zainuddin Salleh. Pada 17 Jan lepas, Anwar memfailkan permohonan itu dan mendakwa penerbitan artikel berkenaan di laman sesawang Perkasa pada 7 Jan lepas menjatuhkan maruah hakim yang mendengar kes fitnah beliau terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan Ketua Pengarangnya, Datuk Abdul Aziz Ishak. Kes saman itu adalah berkaitan artikel yang disiar defendan berhubung temu bual Anwar dengan British Broadcasting Corporation (BBC). Pada 21 Januari lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa kedua-dua artikel yang diterbitkan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd berhubung temu bual Anwar dengan BBC berkaitan undang-udang homoseksual, adalah bersifat memfitnah. Anwar, dalam permohonan bagi prosiding komital, mendakwa artikel yang disiar di laman sesawang Perkasa mengandungi serangan peribadi terhadap hakim berkenaan yang terjumlah kepada penghinaan, dan disiar sebelum beliau membuat keputusan. | Peguam bawa RM1 juta ditawan di hotel Bukit Bintang Posted: 16 Aug 2013 06:08 AM PDT KL TODAY Kuala Lumpur: Seorang peguam warga Arab Saudi berusia 43 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila diculik sekumpulan empat lelaki ketika sedang menghisap shisha di sebuah restoran dalam sebuah hotel di Jalan Bukit Bintang, di sini, Sabtu lalu. Difahamkan, sepanjang dikurung dan dijadikan tawanan hampir tiga hari, mangsa tidak dibenarkan menjamah makanan selagi tidak menyerahkan wang tebusan AS300,000 (RM983,326.67) kepada kumpulan terbabit. Penderitaan mangsa bagaimanapun berakhir jam 12.30 tengah hari Selasa lalu selepas diselamatkan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. Menurut sumber, polis juga menahan dua daripada empat suspek dan menyelamatkan mangsa kurang 24 jam selepas menerima laporan. Sumber itu berkata, sebelum kejadian, mangsa bersendirian di restoran itu mendakwa didatangi empat lelaki tidak dikenali. "Kumpulan terbabit menutup kepala mangsa menggunakan bajunya sebelum memaksanya masuk ke dalam sebuah kereta. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya sudah menahan dua penjenayah dipercayai menculik mangsa untuk memeras ugutnya di sekitar ibu kota. "Siasatan awal mendapati kumpulan penjenayah itu mengetahui lelaki terbabit menyimpan wang tunai yang banyak di dalam bilik hotelnya," katanya memberitahu, motif kejadian adalah untuk mendapatkan wang. Katanya, biarpun begitu tiada serahan wang dilakukan mangsa kepada kumpulan terbabit dan pihaknya masih memburu dua lagi penjenayah. Beliau berkata, semua yang ditahan akan direman selama 14 hari bagi membantu siasatan. | Najib tolak keperluan Ahli Parlimen isytihar harta Posted: 16 Aug 2013 06:05 AM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tiada keperluan untuk Ahli Parlimen mengisytiharkan harta kerana mereka tidak mempunyai kuasa eksekutif.Menurutnya, Ahli Parlimen boleh menjalankan aktiviti perniagaan selagi ia tidak melibatkan sebarang konflik kepentingan. "Hanya anggota pentadbiran diminta untuk mengisytiharkan aset mereka supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh membuat pemeriksaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Hari Peneroka Kebangsaan di Felda Sungai Tiang dekat sini Jumaat. | Gagal atasi kes tembakan, KPN didesak letak jawatan Posted: 16 Aug 2013 05:54 AM PDT Oleh: Masdar Wahid KUALA LUMPUR : Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendesak Tan Sri Khalid Abu Bakar segera meletak jawatan ekoran kegagalan Ketua Polis Negara (KPN) itu menangani kes jenayah tembak yang berlaku hampir setiap hari sejak akhir-akhir ini, kata Ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin. "Sejak Khalid dilantik sebagai KPN pada 17 Mei lalu, kejadian tembak semakin menjadi-jadi malah boleh dikatakan berlaku hampir setiap hari terutama sejak Julai lalu dan berterusan sehingga sambutan Aidilfitri. Shamsul yang juga peguam mengulas lebih 30 kes tembakan sepanjang tahun ini dan terbaharu dua kejadian tembak dalam sehari pada 13 Ogos lalu masing-masing di Dungun, Terengganu dan Kuantan, Pahang. Di Dungun, seorang pemilik restoran, Mohamad Lutpi Mansor, 50, mati ditembak di Kampung Cacar. Manakala di Kuantan, seorang ibu tunggal Ruzelawati Basri, 35, nyaris maut selepas terkena tembakan seorang lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pukul 4 pagi di Jalan Haji Ahmad. Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff, penjenayah itu memegang sepucuk pistol dan mengetuk cermin kereta seterusnya mengarahkan wanita itu membuka pintu serta diarah keluar dari keretanya. Mangsa cedera di bahagian mata kanan dipercayai akibat serpihan kaca sebelum dibantu orang awam. "Kita nasihatkan KPN segera meletak jawatan tanpa menunggu rakyat turun ke jalan raya bagi mendesak beliau berbuat demikian. Jenayah ini melibatkan nyawa rakyat dan jangan sesekali perjudikan keselamatan rakyat," kata Shamsul lagi. | PM: Menteri boleh ambil keluarga bekerja jika tak dibayar k'jaan Posted: 16 Aug 2013 05:52 AM PDT MALAYSIA KINI Tidak ada masalah jika seseorang menteri atau anggota pentadbiran kerajaan mengambil anggota keluarganya sebagai pembantu jika ia tidak melibatkan sebarang pembayaran gaji atau elaun oleh kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.Perdana Menteri berkata apa yang tidak dibenarkan adalah sekiranya ia melibatkan pembayaran gaji atau elaun oleh kerajaan. "Kalau sukarela dan bukan anggota pejabat menteri, kita tiada halangan. (Boleh jika) dia bantu dari segi program dan tak melibatkan sebarang pembayaran kerajaan," katanya. Perdana menteri memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Peneroka Kebangsaan, Pelancaran Pelan Integriti Felda dan Majlis Hari Raya di Felda Sungai Tiang di Pendang hari ini. Banyak pihak mempertikaikan tindakan Mohamed Nazri mengambil anak lelakinya bekerja di kementerian yang beliau sendiri adalah menterinya. | DAP: Tindakan mahkamah terhadap ROS hanya sia-sia saja Posted: 16 Aug 2013 05:46 AM PDT MALAYSIA KINI Mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang mahu DAP mengadakan pemilihan semula jawatankuasa kerja pusat (CEC) parti itu, hanyalah sia-sia sahaja, kata parti itu hari ini.Walaupun DAP bertegas ROS bertindak tidak profesional dalam mengarahkan parti itu memilih semula CEC tanpa memberi sebarang sebab yang jelas, namun Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata bahawa mengambil tindakan undang-undang bukanlah satu pilihan. Malah, kata Lim dalam satu kenyataan hari ini, bila DAP menang di mahkamah terhadap arahan itu tersebut, parti itu akan terpaksa ke mahkamah sekali lagi untuk berdepan dengan kemungkinan pembatalan pendaftarannya. "Walaupun ada kemungkinan menang di mahkamah terhadap pembatalan pendaftaran itu, namun proses undang-undang yang mengambil masa yang berbulan-bulan, malah bertahun-tahun lamanya, akan meletakkan mana-mana parti politik yang telah dibatalkan pendaftarannya oleh ROS, dalam keadaan tidak menentu, yang bukan sahaja tidak praktikal tetapi akan mengancam survival dan perkembangan parti," kata Lim. DAP telah berkali-kali menuntut ROS menyatakan sebab-sebab bagi keputusannya untuk mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC parti itu. ROS menjalankan siasatan terhadap DAP sejak awal tahun ini, selepas timbulnya dakwaan penyelewengan dalam pemilihan parti Disember lepas timbul. | Suara Keadilan cari wartawan untuk perluas operasi Posted: 16 Aug 2013 05:41 AM PDT KUALA LUMPUR : Suara Keadilan, akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat memerlukan tambahan wartawan seberapa segera bagi memperluas operasi penerbitan. Mereka yang memiliki ijazah komunikasi massa atau bidang lain ataupun memiliki pengalaman bekerja di organisasi mana-mana media, boleh memohon. Hantar permohonan melalui emel skeadilan@gmail.com seberapa segera untuk dinilai. | MB Johor saran Rukun Negara dikaji semula Posted: 16 Aug 2013 05:37 AM PDT SINAR HARIAN KLUANG - Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata satu kajian perlu diadakan supaya Rukun Negara lebih bersifat akomodatif dan interaktif untuk diamalkan dalam kehidupan seharian rakyat di negara ini. Mohamed Khaled berkata penghayatan terhadap lima prinsip Rukun Negara amat diperlukan supaya semangat perpaduan pelbagai kaum di negara ini dapat diperkukuh. "Rakyat perlu memahami lima prinsip Rukun Negara kerana ia merupakan salah satu faktor untuk mempertahankan pemuafakatan dan keharmonian. "Kesetiaan kepada raja dan negara serta kesopanan dan kesusilaan merupakan dua prinsip utama yang menjadi pemangkin semangat patriotisme dan mengukuhkan perpaduan antara kaum di negara kita," katanya berucap pada majlis pelancaran bulan kemerdekaan dan kibar Jalur Gemilang ke-56 peringkat negeri Johor, di sini hari ini. Beliau berkata pendidikan sejarah juga memerlukan tafsiran baharu supaya pemahaman yang mapan dapat dibentuk dalam usaha memperkukuhkan permuafakatan antara kaum. Mohamed Khaled berkata pendidikan sejarah tidak boleh dianggap sebagai mata pelajaran semata-mata sebaliknya merupakan pandu arah untuk rakyat di negara ini dalam mengharungi kehidupan akan datang. | KPN akui Ops Selamat tidak memberangsangkan Posted: 16 Aug 2013 05:35 AM PDT SINAR HARIAN NILAI - Polis Diraja Malaysia merancang mewujudkan semula Ops Warta berikutan kegagalan pendekatan berhemah atau advokasi bagi mendidik pengguna jalan raya, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. Beliau berkata Ops Selamat yang dilancar sepanjang perayaan Aidilfitri, bermula 1 Ogos lepas dan berakhir semalam, tidak memberi kesan memberangsangkan. "Sepanjang tempoh itu, kes kematian yang melibatkan penguna jalan raya dilaporkan semakin meningkat, malah jumlah kemalangan yang menurunpun tidak begitu membanggakan. Kita perlu membuat sesuatu dengan lebih agresif, bukan hanya setakat memantau tetapi penguatkuasaan yang menyeluruh perlu segera dilakukan. "Saya berpandangan bahawa untuk mengubah sikap pemandu kita ini agar lebih berhati-hati adalah dengan saman," katanya kepada pemberita selepas majlis lawatan panel hakim penilai Anugerah Desa Sejahtera di Kampung Gebok, Mantin hari ini. Khalid berkata walaupun pihaknya ada mengeluarkan saman pada Ops Selamat, namun ia sedikitpun tidak memberi kesan kepada pengguna jalan raya. Beliau berkata sehubungan itu, antara pendekatan pertama yang akan diambil selepas ini ialah mencari pesalah trafik yang tidak membayar saman melalui Ops Warta dan tidak lagi menunggu sehingga musim perayaan untuk bertindak. | Najib nafi wujud rundingan kerajaan perpaduan Posted: 16 Aug 2013 05:32 AM PDT SHAH ALAM - Perdana Menteri hari ini menafikan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung wujudnya rundingan kerajaan perpaduan di antara pihak kerajaan BN dan PR. Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, dakwaan berkenaan hanyalah "daya imaginasi" kerana tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan. Katanya, perbincangan mengenai kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutamanya Anwar serta kepimpinan PR masih tidak menerima keputusan PRU13 dan mempertikai keputusan tersebut. "Satu-satunya perjanjian politik yang ada ialah usaha yang dilakukan oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebelum PRU13 bagi mendapat persetujuan agar mengelak daripada menyerang antara satu sama lain dan menerima keputusan pilihan raya. "Menurut Jusuf Kalla, Anwar telah berhubung dengan beliau sebelum PRU13 bagi mendapatkan perjanjian politik agar menghormati keputusan rakyat yang mana telah dipersetujui namun Anwar enggan berbuat demikian kerana mendakwa berlaku penipuan dalam proses PRU13," katanya dalam satu kenyataan diedarkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini. Perdana Menteri menjelaskan pengesahan Anwar berhubung kerajaan perpaduan merupakan satu "ciptaan dan rekaan" demi kepentingan politik pihak pembangkang. Asia Sentinel melaporkan pada Isnin bahawa Anwar mendedahkan Najib telah menghubunginya untuk mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan antara Umno dan PKR. Anwar berkata beliau menolak cadangan berkenaan berikutan isu asas mesti diselesaikan dahulu seperti menghentikan serangan perkauman ke atas kaum Cina dan India melalui akhbar milik Umno, Utusan Malaysia. | Separuh sayap Puteri Umno di K'tan tak dapat mesyuarat Posted: 16 Aug 2013 05:25 AM PDT MALAYSIA KINI Lebih 50 peratus sayap Puteri Umno di Kelantan dikesan tidak dapat mengadakan mesyuarat di peringkat cawangan berikutan tidak cukup anggota untuk mengadakan mesyuarat tersebut. | DAP: DUN Perak tolak soalan berkaitan urusniaga tanah Posted: 16 Aug 2013 05:23 AM PDT MALAYSIA KINI Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mengkritik kerajaan negeri itu yang diterajui BN kerana secara konsisten menolak soalan bertulis dan lisan yang dikemukakannya di Dewan Undangan Negeri (DUN).Ngeh berkata beliau mengemukakan enam soalan untuk jawapan bertulis, dan tiga untuk jawapan lisan, tetapi semuanya ditolak - kebanyakannya atas alasan jawapan boleh didapati dalam "buku rujukan biasa". "Saya telah menawarkan secara terbuka untuk membayar RM10,000 untuk buku rujukan berkenaan yang mempunyai jawapan kepada soalan-soalan tersebut, tetapi tiada siapa pun yang tampil dengan buku itu," kata Ngeh, yang juga ADUN Sitiawan, dalam satu kenyataan hari ini. Semua soalan tersebut berkaitan dengan urusniaga tanah negeri di Perak. "Saya percaya rakyat sangat berminat dengan jawapan kepada Menurutnya, soalan-soalan ditolak dalam Dewan Undangan Negeri itu bermula seawal tahun 2011. Beliau juga mendakwa bahawa apabila pembangkang meminta semua soalan yang tidak dijawab secara lisan, dijawab secara bertulis Zambry dua hari lalu mendakwa kerajaan Pulau Pinang dan Selangor, kedua-duanya diterajui pembangkang, juga tidak memberi jawapan bertulis. "Saya telah bertanya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Speaker Selangor,Hannah Yeoh, dan mereka berdua telah mengesahkan bahawa semua soalan yang tidak dijawab secara lisan, akan dijawab secara bertulis. "Zambry berhutang pemohonan maaf kepada rakyat kerana mengelirukan mereka dan memfitnah kerajaan Pulau Pinang dan Selangor," tambah Ngeh | Saksi RCI Sabah: Bekas KM Harris Salleh tarik diri Posted: 16 Aug 2013 05:21 AM PDT RCI SABAH Dalam satu perkembangan yang mengejutkan, bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh, yang dijadual tampil memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah hari ini, telah menarik diri. Harris, yang telah memberi keterangan sebelum ini, telah dipanggil semula untuk menjawab keterangan bekas ketua pegawai daerah Sandakan, Hassnar Ibrahim. Hassnar (kiri), saksi pertama pagi ini, telah mengaitkan Harris dalam Bagaimanapun, apabila pendengaran di sambung semula di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pada sebelah petang di mana Harris sebagai saksi berikutnya, beliau telah menarik diri. Harris yang kelihatan pada waktu pagi, pergi ke bilik menunggu untuk saksi RCI. Beliau telah memberi keterangan di hadapan RCI pada bulan Januari dan menafikan kewujudan Projek IC. Hassnar, yang merupakan saksi ke-201 hari ini, memberi keterangan bahawa Harris pada tahun 1985 telah mengarahkannya untuk bertemu dengan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub untuk meningkatkan pemberian kad pengenalan biru kepada warga asing Islam. Ia adalah untuk meningkatkan bilangan pengundi Muslim di Sabah dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan PBS pimpinan yang dilihat sebagai anti-Islam. Hassnar telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 1988. Dia ditahan selama 60 hari dan kemudian diletakkan di bawah kediaman terhad sehingga tahun 1990. Selain Hassnar, setiausaha politik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - Datuk Abdul Aziz Shamsudin - juga memberi keterangan hari ini. Sejumlah 202 saksi telah memberi keterangan kepada RCI sejak pendengaran bermula pada bulan Januari. | Singapura maju kerana Malaysia - Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah Posted: 15 Aug 2013 05:14 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER Saya begitu teruja untuk mengulas pendapat Lee Kuan Yew ketika melancarkan buku terbaharunya bertajuk, One Man's View of the World pada 6 Ogos 2013. Sebelum itu, nasihat saya bekas Perdana Menteri ini, beritahu anak, jagalah orang Melayu Singapura baik-baik ketika usia emas ini. Pastikan mereka boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan Cina di sana. Tidak perlulah banyak komen sangat tentang keadaan politik di Malaysia sehingga menuduh kerajaan Malaysia sanggup korban talent (bakat) semata-mata untuk menaikkan orang Melayu. Ketuanan Melayulah yang menyebabkan Malaysia mundur, kehilangan bakat dan sebagainya. Asyik-asyik salahkan Melayu. Saya pun ada hak untuk menyalahkan ultra kiasu Cina Singapura, yang menyebabkan Melayu di sana dan Malaysia dikhianati. Tanpa Malaysia, Singapura tidak ke mana-mana jua. Justeru, berterima kasihlah kepada Malaysia. Sejak dahulu, Kuan Yew tidak pernah berubah, sering menjadikan isu hak istimewa orang Melayu atau ketuanan Melayu untuk menghentam Malaysia. Pada beliau, inilah yang menjadikan Malaysia tidak maju seperti Singapura. Alah, sekadar menguruskan negara sekangkang kera, sesiapa pun boleh buat. Justeru, janganlah terlalu bongkak. Apa yang berlaku di Singapura, mempunyai kaitan yang rapat dengan kita di Malaysia. Apa yang menjadi masalah dengan hak istimewa Melayu atau ketuanan Melayu? Adakah dengan hak dan ketuanan ini, bukan Melayu merempat dan menjadi hamba? Tidak juga. Malah, siapa yang lebih hebat hari ini? Melayu yang bergelar 'tuan'? Atau Cina yang bergelar 'hamba'. Sedarlah isu ini tidak ada apa-apa, melainkan soal kedengkian dan soal hati untuk memadamkan sejarah negara. Sebab, setiap negara ada asal-usulnya. Setiap bangsa ada tanahnya. Jika tidak, tidak adalah nama seperti Tanah Melayu, Tanah China, Tanah India dan tanah yang lain mengikut bangsa. Lagi soalan saya kepada Kuan Yew, jika benar-benar mahu mengangkat Melayu, sudah tentu institusi Islam seperti madrasah (sekolah agama) dan masjid diberikan perhatian. Ini tidak, jika umat Islam Singapura tidak mengambil inisiatif sendiri, sudah lama kedua-dua institusi ini terkubur. Itu pun kedudukan institusi Islam semakin menghimpit. Pihak berkuasa Singapura memaksa institusi ini mengikut kehendak mereka. Jika tidak, ia akan ditutup. Tanah akan dirampas. Berapa banyak tanah Melayu dirampas (beli) dan dijadikan tanah Cina Singapura? Akhirnya, untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk, mahu tidak mahu, institusi Islam terpaksa mengikut pihak berkuasa Singapura. Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) tidak dapat berbuat apa-apa. Orang agama yang bekerja di situ sudah mati kemelayuan dan keislaman. Cari makanlah katakan. Jika tidak percaya pergilah buat kajian di Madrasah Wak Tanjung. Dengar rintihan mereka. Bakat Melayu yang menjadi pak turut disimpan dalam kerajaan. Manakala talent Melayu yang cuba membela Melayu dan Islam Singapura, dibuang jauh-jauh. Ke manakah talent seperti Dr Lily Zubaidah? Kenapa beliau tidak diberikan tempat? Kenapa banyak sangat orang Islam yang bukan berwajah Melayu (India Muslim) yang mendapat tempat di Singapura? Hanya Kuan Yew dan anaknya sahaja yang boleh menjawab. Jangan terlalu menonjolkan diri sendiri hebat. Tanpa Malaysia, Singapura tidak akan ke mana-mana. Itupun nasib baik saya bukan menjadi PM dalam menyelesaikan isu perebutan Pulau Batu Putih. Jika tidak, pasti saya tidak akan membawa perkara ini ke Mahkamah Antarabangsa (ICJ). Penyelesaian pertikaian pulau ini adalah perang. Malangnya, kita sudah terlepas. Dunia menyaksikan hilangnya sebuah pulau milik Melayu terlepas kepada ultra kiasu. Di manakah maruah Melayu? Hari ini Melayu dihina lagi, kita terus diam. Tersangat jauh bezanya antara layanan kerajaan Malaysia terhadap SJKC dengan kerajaan Singapura terhadap madrasah dan masjid. Jika umat Islam di sana tidak mengambil inisiatif sudah lama institusi ini ditutup. Lihat di Malaysia, SJKC diberikan keutamaan setanding dengan Sekolah Kebangsaan (Agama). Hatta, kita pula terpaksa tunduk kepada SJKC. Niat kerajaan untuk menambah masa Bahasa Melayu bagi memandaikan anak Cina terus ditentang. Termasuk Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (PIPP). Dong Jiao Zong sedang aktif untuk mendapatkan tandatangan orang Cina seluruh negara bagi menentang PIPP. Di Singapura, sesiapa yang tidak mengikut arus kebangsaan, bukan sahaja tidak relevan, malah akan dihumban ke penjara. Kita pula asyik melayan kerana mahukan undi dan mengekalkan kuasa kononnya. Apa hasil yang kita dapat? Dapatkah undi dan kuasa itu? Jika Kuan Yew sangat menginginkan talent dari Malaysia, ambillah orang seperti Namewee, Alvivi dan sebagainya. Malaysia tidak perlukan orang yang kononnya mempunyai talent tersebut. Kita mahukan talent yang membina bukan talent yang menghancurkan negara. Talent yang mempunyai semangat partriotisme yang tinggi. Bukan talent yang merosakkan negara dan membocorkan rahsia negara. Saya amat bimbang dengan trend pegawai kerajaan yang bekerja di bahagian keselamatan, kerana ramai juga orang seperti Si Kitol dan Mandaliar. Mereka ini ultra kiasu. Si Kitol dan Mandaliar inilah yang melakukan khianat dan membentuk negara Singapura. Mereka tipu pemimpin kita dengan membuat perjanjian air yang tidak langsung munasabah. Atas sangka baik, kita bersetuju. Sehingga kini, air yang dijual kepada Singapura adalah wang Malaysia 0.03 sen setiap 1,000 gelens (4,500 Liter) sehingga tahun 2061. Perjanjian yang amat tidak masuk akal. Bayangkan ketika pemisahan tahun 1965, kita putuskan air, apakah Singapura wujud hari ini? Berbanding kerajaan China menjual air kepada negara bangsanya sendiri Hong Kong, suatu ketika dahulu pada harga AS$5.8 setiap 1000 gelen. Saya ringkaskan, Melayu jual kepada Cina air pada kadar 0.03 sen setiap 1000 gelen. Manakala China menjual air kepada Cina pada kadar AS$5.8 setiap 1000 gelen. Siapa sebenar yang baik? Siapa sebenar yang tertipu? Apakah bangunan mereka boleh berdiri megah dengan menggunakan air masin? Sudahlah Kuan Yew, bertaubatlah kamu di akhir usia ini. Kenapa Malaysia (Melayu) begitu bermurah hati? Inilah soal hati Melayu. Hati mulia Melayu yang saya amat kenali setelah lama berdamping dengan mereka. Hatinya terlalu baik sehingga orang lain mengambil kesempatan. Yang paling saya bimbang, kebaikan hatinya nanti akan menyebabkan negara ini tergadai. Baru-baru ini, di bulan Ramadan, saya terserempak dengan bekas pegawai tinggi kerajaan sedang berjumpa dengan sekumpulan peniaga Cina pada jam 1.00 pagi di sebuah restoran di ibu kota. Dalam hati sudah dapat mengagak, apa lagi agendanya kalau bukan mahu menjadi 'pak pacak'. Maka akan dilantik menjadi pengerusi syarikat itu dan ini, dengan elaun puluhan ribu ringgit sebulan, bagi tujuan mendapatkan tender atau kontrak kerajaan. Inilah dilema orang Melayu. Apabila sudah pencen, kerja tiada. Maka mereka akan mencari jalan pintas. Mereka tidak fikir bagaimana membangunkan Melayu. Mereka hanya fikirkan perut. Ultra kiasu akan menggunakan segala ruang dan peluang untuk memanipulasikan keadaan. Kita hanya boleh berbangga menjadi pengerusi syarikat ini dan itu di bawah telunjuk syarikat Cina. Bila dapat projek kerajaan bernilai jutaan itu, siapa kaya? Melayu menjadi sekaya mana? Apakah kita akan dihargai selepas itu? Inilah pemikiran Kuan Yew. Lihatlah perjanjian air antara Malaysia-Singapura, langsung tidak boleh diubah. Jika Malaysia bercadang untuk menaikkannya mungkin keadaan lebih buruk akan terjadi. Apakah Singapura atau Kuan Yew pernah berterima kasih kepada kita? Apa sebenarnya yang Kuan Yew mahu? Beliau tidak pernah berhenti bersuara supaya Malaysia menghapuskan hak istimewa orang Melayu dalam keadaan usia emas beliau? Jawapannya, apabila hak ini dihapuskan dalam Perlembagaan, ketika itulah tidak mustahil, Singapura akan menawarkan diri untuk masuk semula ke dalam Persekutuan Malaysia. Nasihat saya, Malaysia tidak bodoh lagi. Bakat-bakat di Malaysia sudah tidak boleh lagi dipermainkan dan diperbodohkan. – utusan.com.my, 16 Ogos, 2013. * Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee ialah penganalisis sosio politik. | Lokasi himpunan bantah kekejaman kudeta Mesir Posted: 15 Aug 2013 05:10 PM PDT Harakahdaily, KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS akan mengadakan himpunan aman di seluruh negara bagi membantah tindakan tentera Mesir yang bertindak membunuh rakyat mereka beramai-ramai secara kejam semalam. Dalam satu kenyataan hari ini, Ketuanya Nasrudin Hasan memaklumkan, himpunan tersebut akan bermula malam ini, esok dan lusa, di tempat yang telah ditetapkan termasuk beberapa masjid di seluruh negara. Berikut adalah senarai lokasi yang ditetapkan penganjur. Negeri : Kelantan Negeri : Perlis Negeri : Kelantan Negeri : Terengganu Negeri : Pahang Negeri : Johor Negeri : Melaka Negeri : Negeri 09 Negeri : Selangor Negeri : Perak Negeri : Pulau Pinang Negeri : Kedah Negeri : Sabah Negeri : Sarawak Negeri : Wilayah | 'Kepakaran' dipertikai, anak Nazri Aziz terpalit kontroversi kes jenayah Posted: 15 Aug 2013 05:06 PM PDT SHAH ALAM : Kewibawaan dan keupayaan Nedim Nazri yang dilantik sebagai pegawai khas di pejabat bapanya, dipertikai berikutan anak kepada Datuk Seri Nazri Aziz itu terpalit banyak kontroversi. "Satu perkara pelik Nedim dilantik jawatan itu. Nazri perlu menjelaskan mengapa Nedim dilantik. Apakah keupayaan dan kepakaran yang dimiliki Nedim?" kata Tian Chua. Bercakap kepada TV Selangor, Naib Presiden PKR itu, berkata Nedim memberi imej buruk kepada kementerian terbabit disebabkan banyak kontroversi yang dikaitkan dengannya. Beliau berkata, pelantikan itu boleh dianggap tidak berasaskan kroni hanya jika Nedim memiliki kebolehan memegang jawatan itu tetapi ia tidak pernah dibuktikan. "Saya bukan mahu kata bapa tidak boleh lantik anaknya sendiri untuk menjadi pegawai atau tidak tetapi kredibilitinya masih belum dibuktikan," katanya. Sebaliknya, Nedim pernah menjadi suspek kes bunuh beberapa tahun lalu manakala pengawal peribadinya didakwa terbabit dalam kejadian memukul pengawal keselamatan, kira-kira setahun lalu. Tian Chua turut meragui niat sebenar perlantikan itu sedangkan Nedim sendiri dikatakan menguasai beberapa perniagaan yang memperoleh pendapatan jauh lebih baik. | MB: Hormati demokrasi jalan penyelesaian konflik di Mesir Posted: 15 Aug 2013 05:04 PM PDT (KENYATAAN MEDIA): Bagi pihak Kerajaan Selangor, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan takziah kepada saudara kita di Mesir yang kehilangan ahli keluarga dan orang tersayang dalam pertempuran antara tentera dan para penyokong Ikhwan Muslimin semalam. Saya merasa amat sedih dan kesal dengan kejadian ini yang telah mengorbankan ribuan nyawa rakyat yang tidak bersalah. Tragedi malang ini sememangnya boleh dielak sekiranya semua pihak menghormati semangat demokrasi. Saya menyeru saudara seagama dan seluruh rakyat Mesir agar mengembalikan prinsip utama fungsi demokrasi yang sebenar. Kegagalan berbuat demikian telah menyebabkan orang awam yang tidak bersalah berterusan menanggung penderitaan dan kesengsaraan. Perubahan yang dimahukan oleh sesetengah pihak di Mesir tidak boleh dijadikan alasan untuk segera memanggil pilihan raya baharu. Pihak yang menasihatkan rakyat Mesir supaya menentang proses demokrasi sebenarnya cuba membelakangkan kehendak rakyat. Mana-mana kerajaan yang dipilih secara demokratik menerusi pilihan raya yang sah mesti diberi peluang untuk melaksanakan mandatnya. Perbuatan memburu dan membunuh penyokong Ikhwan Muslimin adalah dosa yang keji dan tidak akan menyelesaikan krisis politik. Kita kesal ada pihak yang cuba mengenengahkan kuasa tentera sebagai penyelesaian. Mana mungkin rakyat Mesir meletakkan harapan kepada kuasa tentera yang ternyata telah gagal mentadbir negara tersebut selama tiga dekad? Semua pihak perlu terima hakikat bahawa Ikhwan Muslimin, walaupun mempunyai kelemahan, telah memenangi pilihan raya di Mesir dan oleh itu perlu diberi peluang untuk mentadbir negara dengan adil dan betul. Jika mereka perlu diganti, ia mesti dilakukan melalui proses demokrasi bukan dengan kekerasan seperti yang berlaku sekarang ini. Justeru, saya mendesak semua negara-negara Islam supaya bersatu untuk menyelesaikan konflik ini menerusi satu pilihan raya yang adil, bebas dan sah di sisi undang-undang. Kita perlu bangun dan berani kehadapan untuk melakukan perkara yang betul demi rakyat Mesir dan umat Islam. Kita berdoa supaya konflik ini akan berakhir dengan satu penyelesaian yang adil dan aman. TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM | Peralatan keselamatan tak berfungsi, menteri pentingkan Ordinan Darurat Posted: 15 Aug 2013 05:03 PM PDT SHAH ALAM : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi lebih mementingkan usaha mengembalikan undang-undang drakonian, Ordinan Darurat (EO) berbanding menangani masalah jenayah berat yang kian berleluasa. Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, berkata ia menjadikan kerajaan dan polis tiada keupayaan melawan kepenjenayahan yang sebenarnya boleh dikenal pasti melalui rekod. Beliau berkata, kerajaan sepatutnya tidak menggunakan alasan pemansuhan EO sebagai peningkatan kepada statistik jenayah berat. "Alasan itu tidak releven, sebenarnya kerajaan gagal mengawal selia peralatan dalam mencegah jenayah," katanya pada kenyataan media, hari ini. Beliau mengulas isu jenayah terbaru membabitkan seorang penasihat undang-undang, 28, yang terselamat dari cubaan menculik di persimpangan Jalan Maarof berhampiran dengan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq di Bangsar Baru. Mangsa turut meminta polis memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV), tetapi ia tidak berfungsi. "Kenyataan Zahid bahawa kira-kira 260,000 penjenayah berat berleluasa adalah kenyataan atas angin dalam usaha memusatkan kuasa di tangan menteri ketika kerajaan gagal menyediakan khidmat terbaik buat rakyat. "Malaysia ada undang-undang yang cukup untuk mencegah jenayah tetapi kekurangan dari segi penguatkuasaan dan penyediaan peralatan yang berfungsi secara baik dari CCTV, kereta peronda dan lain-lain," katanya. Beliau berkata, kerajaan tidak komited menyelesaikan masalah yang berkait dengan pengawasan, pemantauan dan pencegahan jenayah walaupun berikrar menyediakan peralatan mencukupi kepada polis. "Kerajaan perlu menambah bilangan anggota polis memandangkan penduduk Malaysia hampir dengan piawaian antarabangsa iaitu kira-kira 1:275. Jadi memerlukan kelengkapan peralatan yang lengkap," katanya. | Pengganas Sulu Hanya Undang Maut Jika Ulangi Serangan Terhadap Sabah - Pengerusi MNLF Posted: 15 Aug 2013 05:01 PM PDT MSTAR ONLINE JOHOR BAHARU: Cubaan pengganas Sulu untuk melancarkan serangan kedua terhadap Sabah hanya akan mengundang maut dan berakhir dengan kegagalan, kata Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Muslimin Sema. Beliau berkata cubaan kumpulan yang serba kekurangan daripada segi persenjataan itu untuk mengulangi pencerobohan terhadap Sabah hanya merupakan 'misi membunuh diri' kerana mereka akan berdepan dengan pasukan tentera Malaysia yang tersusun rapi dan lengkap bersenjata. "Sebarang rancangan untuk melancarkan serangan kedua terhadap Sabah akan menerima padah, sama seperti yang telah dialami pasukan Harakiri Jepun,"katanya dalam wawancara dengan Bernama melalui telefon dari Manila. Muslimin, yang dipilih badan pembuat keputusan tertinggi pergerakan itu, Jawatankuasa Pusat MNLF, untuk menyandang jawatan tersebut pada 2008, berkata kumpulan bersenjata Sulu tidak akan dapat mengalahkan tentera Malaysia yang serba lengkap. "Saya menasihati mereka supaya berfikir banyak kali (tentang sebarang cubaan untuk melancarkan serangan kedua). Janganlah melakukan keganasan di tempat yang aman. Ada forum lain untuk menyuarakan isu mereka," katanya. Muslimin berkata demikian apabila diminta mengulas khabar angin yang tersebar di Sabah kononnya pengganas Sulu, iaitu pengikut Jamalul Kiram 111 yang tinggal di Manila, merancang untuk melancarkan serangan kedua terhadap Sabah. Menurut khabar angin itu, kumpulan berkenaan merancang melakukan serangan kedua ketika sambutan Aidilfitri atau pada petang menjelang Hari Merdeka untuk menebus kegagalan misi mereka di Lahad Datu dan Semporna pada Februari lepas. Ketua Menteri Datuk Musa Aman baru-baru ini berkata walaupun perkara itu hanya merupakan khabar angin dan perang saraf pihak tertentu, namun kerajaan tetap memandang berat mengenainya dan telah mengambil langkah untuk meningkatkan kawalan keselamatan di Sabah. Berikutan insiden pencerobohan pengganas Sulu itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah meningkatkan benteng pertahanannya di pantai timur Sabah. Dalam pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Kampung Simunul, Semporna, lebih 70 pengganas Sulu terbunuh, manakala 10 anggota tentera dan polis Malaysia terkorban. Dalam operasi susulan, berpuluh pengganas Sulu, termasuk pemerintah tertingginya Datuk Amir Bahar Hushin Kiram ditahan pihak berkuasa Malaysia. Bagi meningkatkan kawalan keselamatan dan memperkukuh barisan pertahanan daripada sebarang ancaman dan pencerobohan di sempadan Sabah, kerajaan menubuhkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) pada 1 April lepas. Muslimin berkata untuk mendapatkan gambaran lebih jelas tentang khabar angin itu, beliau bertanya mengenainya kepada bekas gabenor Wilayah Sulu, yang juga bekas ketua turus pejuang MILF Yusof Jikiri. "Yusof memberitahu saya, tiada apa yang berlaku di Sulu atau Tawi-Tawi berhubung sebarang cubaan untuk melancarkan serangan kedua terhadap Sabah. Penduduk Sulu menjalani kehidupan secara aman dan berusaha untuk mewujudkan susana seperti biasa," katanya. Beliau berkata sebagai satu daripada kumpulan bersenjata paling besar di selatan Filipina, MNLF ingin memupuk keamanan dan kestabilan di Sulu dan di seluruh wilayah Mindanao. Katanya kumpulan bersenjata yang menggelarkan diri mereka sebagai Tentera Kesultanan Sulu (RSF) dan memihak kepada Jamalul Kiram 111, sebenarnya hanya sebuah kumpulan kecil dan tidak mendapat sokongan besar daripada penduduk Sulu. - BERNAMA | Polis, Bapa Sanjeevan Bertengkar Siapa Yang Harus Simpan Peluru Posted: 15 Aug 2013 04:55 PM PDT Meskipun selepas pertengkaran itu berlaku, polis memberi jamiman kepada keluarga mangsa bahawa Bukit Aman akan menyelia siasatan dalam kes berkenaan. Pengasas MyWatch, S. Gobi Krishnan berkata pihak polis telah memberi jaminan bahawa peluru berkenaan akan di bawa ke jabatan forensik balai polis Cheras. Sanjeevan masih berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan mengeluarkan peluru selepas 18 hari beliau ditembak. "Pada mulanya kami telah menghalang mereka daripada membawa peluru (keluar daripada hospital) namun kami diberi jaminan oleh (polis) Negeri Sembilan tidak akan terlibat dalam kes ini. "MyWatch dan keluarga Sanjeevan telah melawat jabatan forensik untuk memastikan siasatan berjalan lancar," katanya. Terdahulu Gobi Krishnan memberitahu pemberita bahawa ayah Sanjeevan, P. Ramakrishnan, telah membuat laporan polis di pos polis Hospital Serdang berhubung kehadiran anggota polis daripada Jempol dan Seremban di bilik pembedahan. "Saya telah membuat laporan meminta Bukit Aman mengambil alih kes anak saya dan saya mempunyai sebab untuk percaya polis Jempol terlibat dalam cubaan mengancam nyawa Sanjeevan," dakwa Ramakrishnan. Sanjeevan dimasukkan ke bilik pembedahan pada pukul 2.30 petang Khamis untuk mengeluarkan peluru yang tertanam di tulang rusuknya sejak 18 hari lalu. Doktor membuat keputusan untuk membedahnya selepas beliau mempunyai darah beku di jantung dan paru-parunya yang menyukarkan dia untuk bernafas. | DAPSY kutuk pembunuhan rakyat Mesir - Teo Kok Seong Posted: 15 Aug 2013 04:51 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER Rampasan kuasa oleh tentera Mesir pada Julai lalu kini menyebabkan lebih banyak protes rakyat terhadap rejim tentera. Kesan rampasan kuasa ini semakin hari semakin ramai memakan nyawa rakyat, baik di pihak penyokong bekas presiden Mohammed Morsi mahu pun pihak yang memprotes kepimpinannya.Terbaru, menurut laporan Kementerian Kesihatan Mesir seramai 525 penduduk awam terbunuh dan 3700 orang lagi mengalami kecederaan dalam satu siri bantahan terhadap rejim tentera yang mana bantahan itu menjadi medan keganasan tentera di Kaherah.Kini pihak berkuasa di Mesir mengisytiharkan perintah darurat selama sebulan di seluruh negara. Ini adalah tanda aras yang sangat membimbangkan selepas rampasan kuasa. Kami Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), atas nama kemanusiaa dan semangat demokrasi, dengan tegas mengutuk keganasan pihak tentera Mesir ke atas pendemostran yang semuanya adalah rakyat awam Mesir. Kami menyeru kepada pihak bertanggungjawab untuk menghentikan keganasan terhadap penduduk awam dan segera menyiasat kejadian ini demi menegakkan keamanan dan keadilan. Kita percaya rusuhan dan keganasan termasuk rampasan kuasa terhadap kerajaan yang dilantik secara sah di sisi undang-undang bukanlah cara terbaik dan demokratik. Atas sebab itu maka kita juga mendesak kerajaan sementara Mesir untuk segera membebaskan presiden Mohammed Morsi demi mententeramkan rusuhan penyokongnya serta segera melaksanakan proses perundingan yang lebih demokratik dan diplomasi. Oleh itu, kita menyeru kerajaan, baik dari parti Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat serta pihak NGO dan rakyat Malaysia mengutuk keganasan ini serta mendesak kerajaan sementara Mesir untuk segera memulihkan keamanan serta melaksanakan proses keadilan dan pemulihan demokrasi di Mesir seberapa segera. Kita juga mahu kerajaan Malaysia segera memindahkan penuntut kita di Mesir demi memastikan keselamatan pelajar kita. *Teo Kok Seong ialah Ketua DAPSY Malaysia dan juga Ahli Parlimen Rasah. | 100 Hari: 3 Perkara Gagal – MP Bukit Katil Posted: 15 Aug 2013 04:43 PM PDT Blog shamsuliskandar.wordpress.com MELAKA – Tempoh seratus hari selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Kerajaan Barisan Nasional (BN) secara keseluruhannya dianggap gagal terutama dalam menangani isu berkaitan kepentingan rakyat. Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohamad Akin berkata, antara perkara utama adalah soal perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP). "Kerajaan dilihat seolah-olah bersetuju dan dibimbangi boleh mendatangkan kesan berkaitan kenaikan harga produk tertentu misalnya produk perubatan yang dilihat sebagai mendominasi dan penjajahan baru. "Saya lihat ini tindakan terburu-buru BN sekaligus memperlihatkan dasar rakyat didahulukan itu tidak lagi menjadi suatu landasan," katanya. Perkara kedua menurut Shamsul adalah kegagalan kerajaan menangani isu harga barang apatah lagi selepas PRU13 masyarakat berdepan perayaan Aidilfitri dan beberapa perayaan lain. "Masalah harga barang harian masih tidak mampu ditangani dengan baik. Misalnya harga ayam sendiri pun tidak ditangani dengan cermat dan teliti," katanya. Perkara ketiga katanya, kegagalan kerajaan menangani masalah jenayah yang mengakibatkan rakyat berhadapan dengan ketakutan. "Kerajaan masih lagi menggunakan alasan seperti ketiadaan tahanan tanpa bicara menjadi sebab peningkatan kadar itu.
"Ia tidak menunjukkan kerajaan bersedia dengan masa depan lebih baik, merencana pasukan polis supaya lebih berwibawa, supaya kepakaran dalam siasatan dan menangani jenayah dipertingkatkan. Tidak nampak keseriusan ke arah itu," katanya. Shamsul berkata, bagi pihak Pakatan Rakyat (PR), dilihat terdapat keterbukaan dalam merencana agenda bertindak yang lebih progresif sepanjang tempoh 100 hari selepas PRU13. "Kita sentiasa konsisten dalam memperkukuhkan agenda reformasi dalam sistem pilihan raya. "Dalam tempoh setahun ini saja kita fokus dan berhadapan dengan pelbagai petisyen, pilihan raya" katanya. Tambahnya, ada juga keterbukaan dari segi kepimpinan seperti yang berlaku di Kelantan apabila Datuk Nik Abdul Aziz Nikmat melepaskan jawatan dan memberikan kepada kepimpinan baru. "Kita lebih berani mengemukakan teguran kepada peringkat kepimpinan biarpun terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. "Semua ini tidak berlaku di dalam BN," katanya. | Di Mesir, Baling Batu, Botol: Perangai Yang Serupa Pernah Berlaku Di Sini Posted: 15 Aug 2013 04:40 PM PDT 3 cedera, pro Morsi diserang samseng upahan
MESIR: Penyokong Presiden Dr Muhammad Morsi yang berarak ke bangunan Kementerian Dalam Negeri semalam diserang oleh sekumpulan samseng upahan. Aljazeera melaporkan samseng upahan tersebut telah melemparkan batu dan botol kaca ke arah peserta yang berarak dari atas balkoni bagi mencetuskan provokasi. Suasana kelam kabut sehingga pergelutan tercetus dan polis kemudian melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai. Beberapa ribu penunjuk perasaan pro demokrasi telah mengambil bahagian dalam perarakan tersebut apabila pergelutan bermula. Reuters pula menyebut samseng tersebut turut membaling batu ke arah penyokong Morsi. Dua lelaki memegang parang dilihat mengejar peserta dalam perarakan tersebut. Ribuan menyertai perarakan tersebut termasuk ulamak Al-Azhar, wanita dan kanak-kanak. Dalam pada itu, Rabitah Ikhwan melaporkan sekurang-kurangnya 23 orang cedera termasuk ulama Al-Azharakibat serangan samseng yang dilindungi oleh polis tersebut. -HD ULASAN GB Nampaknya suku sakat mereka yang sekularis itu sama perangainya di mana-mana. GB tidak menuduh UMNO itu serupa dengan golongan anti-Mursi, tetapi nampaknya perlakuan, gelagat dan tindakan mereka hampir serupa. Jika berita di atas itu berlaku di Mesir dimana kumpluan penyokong Dr.Muhammad Mursi yang merupakan seorang hafiz 30 juzuk Al-Quran diserang dengan balingan batu dan botol kaca, apa kurangnya di negara kita dimana golongan yang serupa (?) pernah membaling batu, besi, botol, kayu dan bermacam-macam lagi semasa ceramah Pakatan Rakyat sewaktu sebelum PRU13 yang lalu. Sebagai bukti, sila baca semula: klik untuk baca | RoS Gagal Buktikan Kewujudan "Father Augustus Chen" Posted: 15 Aug 2013 04:38 PM PDT KELAB GREENBOC
Parti DAP mencabar Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS), Datuk Abdul Rahman Othman mengemukakan alasan berhubung dakwaannya yang menggangap pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) lalu tidak sah apabila watak rekaan dengan nama 'Father Augustus Chen' terbukti tidak wujud.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, masa tujuh hari yang diberikan kepada 'Father Augustus Chen' untuk menampilkan diri dan membuktikan yang ia benar-benar wujud telah tamat, namun sehingga kini masih tiada tanda menunjukkan ada manusia di Malaysia atau di bumi ini mempunyai nama sedemikian.
"'Father Augustus Chen' adalah makhluk khayalan juru propaganda dan cybertrooper Umno/BN yang dicipta untuk menulis sekitar seratus pembohongan dalam risalah setebal 12 muka surat sebagai kemuncak serangan terhadap pemilihan CEC yang berlangsung Disember lalu.
"Rakyat berhak untuk tahu bagaimana Ketua Pengarah ROS dan pimpinan Umno/BN termasuk menteri kabinet boleh terpedaya dengan pembohongan yang direka oleh watak khayalan sehingga mereka merasa yakin untuk menganggap pemilihan CEC tidak sah.
"Memandangkan watak ini terbukti adalah makhluk rekaan dan risalahnya adalah pembohongan, apakah alasan untuk Ketua Pengarah RoS menganggap pemilihan CEC DAP yang lalu tidak sah dan mengarahkan DAP supaya mengadakan pemilihan semula CEC?," soalnya yang juga Ahli Parlimen DAP Gelang Patah dalam kenyataan, semalam.
Kit Siang turut mengecam sikap juru propaganda dan cybertrooper UMNO/BN yang mula berubah nada memandangkan tidak dapat lagi berselindung disebalik nama 'Father Augustus Chen'.
"Kini mereka mengatakan tidak penting sama ada 'Father Augustus Chen' wujud atau tidak, sebaliknya yang penting ialah sama ada tuduhan-tuduhan yang dilemparkannya dalam risalah itu benar.
"Perubahan nada mereka ini sungguh mengaibkan, kerana jelas bahawa jika pengarang risalah itu sendiri direka-reka, maka tuduhannya sudah tentu tidak sepatutnya diberi perhatian kerana ianya pasti merupakan rekaan dan pembohongan," tegasnya.
Dalam kenyataan yang sama, Kit Siang mengulangi kesediaan DAP untuk mengadakan siasatan awam ke atas pemilihan CEC itu jika ROS dapat memberi penjelasan sewajarnya berhubung tuduhan yang dilemparkan.
"DAP tetap bersedia untuk memberi respons terhadap setiap pembohongan yang dikemukakan 'Father Augustus Chen' dalam siasatan awam jika Ketua Pengarah ROS sanggup untuk turut memberikan penjelasan dalam siasatan awam tentang bukti yang beliau gunakan untuk mengambil tindakan terhadap DAP," ujarnya. – Roketkini | Posted: 15 Aug 2013 04:31 PM PDT Gambar Dania Danisha, bakal isteri Halim Othman - Hampir kesemua rakyat Malaysia pastinya mengenali Halim Othman yang merupakan pengacara Radio Suria FM, bergandingan dengan Adibah Noor. Walaupun usia Halim sudah menjangkau 48 tahun namun dia masih lagi belum mendirikan rumahtangga sehingga kini. Wanita yang berjaya mencuri hati pengacara terkenal itu dikenali dengan nama Dania Danisha dan berasal dari Palong, Negeri Sembilan. |
Posted: 16 Aug 2013 03:15 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan