Selasa, 20 Ogos 2013

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Politik Harian

Posted: 20 Aug 2013 03:34 AM PDT

Politik Harian


Nik Aziz dimasukkan ke HUSM sejak kelmarin

Posted: 20 Aug 2013 02:56 AM PDT


Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini sejak kelmarin.

Difahamkan beliau yang berusia 84 tahun itu mengalami masalah untuk membuang air kecil.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas kini dirawat di Wad 2 Timur Depan HUSM dan dilaporkan keadaannya semakin pulih.

Menurut laporan Utusan Online yang berhasrat untuk bertemu dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka itu gagal kerana dimaklumkan beliau mahu berehat.

Keadaan Nik Abdul Aziz sejak beberapa tahun lalu menimbulkan tanda tanya kerana sering dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Difahamkan masalah kesihatan menjadi salah satu sebab beliau mengundurkan diri daripada terus menerajui kerajaan negeri ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Semoga Pok Nik pulih dengan segera... Walaupun berbeza bendera kami tidak pernah mendoakan kecelakaan buat Pok Nik...

The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 20 Aug 2013 03:27 AM PDT

The Antics of Husin Lempoyang


Teknik psikoloji baru DAP untuk pujuk penjenayah serah diri

Posted: 19 Aug 2013 10:12 PM PDT



Polis serbu rumah berkumpul Geng 04 yang terlibat dalam 7 pembunuhan di Pulau Pinang, 2 di Perak dan 1 di negeri sembilan.

Lepas kenalkan diri sebagai polis, mereka ditembak dan tanggungjawab polis tangani keadaan. Lima orang penjenayah yang berbangsa India mati.

Wakil rakyat DAP bernama Lim Lip Eng kata mana polis tahu mereka geng 04? RSN Ayer pula bantu keluarga penjenayah buat laporan polis di atas salah satu sebab iaitu panggil anak dan suami mereka penjenayah.

Padahal DAP yang gembar gemburkan kata polis tak buat kerja dan jenayah meningkat. Polis pula salah. Mereka tahu cara lebih baikkah untuk polis buat kerja?


Husin lihat ini hanya menjadikan polis serbasalah dan menulitkan kerja mereka. Mungkin DAP mahu wakil-wakil rakyat mereka dibawa bersama setiap kali serbuan. Sedikah mereka berada di barisan hadapan ketiak serbuan?

Lepas itu, bila sampai ke rumah penjenayah, adakah mereka akan kata jangan serbu tapi pujuk dulu?

Apakah penjenayah akan sedia keluar dengan hanya pujuk rayu dari peguam-peguam DAP?

Kalau tak mahu, apa dia nak buat?

Mungkin DAP ada teknik psikoloji yang boleh memujuk mereka serah diri dengan menyanyikan ...


Wow! Forest Gump kata stupid is stupid does (kebodohan itu dari apa yang dilakukan)

bumiyang

Posted: 20 Aug 2013 03:19 AM PDT

bumiyang


Bukan Setakat Fahaman Syiah-Fahaman Anti Kesultanan Melayu Juga Menyusup Dalam PAS???

Posted: 20 Aug 2013 02:03 AM PDT

Ohpolitik!™

Posted: 20 Aug 2013 03:08 AM PDT

Ohpolitik!™


#NewMalaysia : Penjenayah Kini Dah Ada Tempat Berlindung di Bawah Ketiak #DAPRacist

Posted: 20 Aug 2013 01:54 AM PDT


Penang: 5 penjenayah tumpas setelah berbalas tembak dengan polis.
Tahniah kepada PDRM kerana sanggup mengambil risiko walaupun dihujani peluru dari pistol penjenayah seblm penjenayah mati ditembak.


YANG PELIKNYA:
DAP cuba jadi wira kepada kelima2 penjenayah ini dgn cara:
1. Suruh kaum india dan ahli keluarga penjahat yg mati berhimpun dan tunjuk tak puashati pada polis.
2. Mengajar/draf laporan polis mandakwa polis bertindak kejam.
3. Menyeru orang2 india keluar beramai2 ikut mayat penjenayah tersebut dan jadi kan mereka sebagai WIRA.
4. Menggesa ngo lain termasuk bar council/suhakam/hindraf kutuk polis.

FAKTA:
1. Yang mati tu penjenayah...so adakah ini ahli pd persatuan penjenayah terbesar di Malaysia yg sibuk2 simpati.
2. Yb rayes di penang yg ajar keluarga penjenayah buat repot polis tak puas hati. Dia ni siapa?? Ketua gengster ke 04 jugak ke or 36 or 08 india.
3. Polis lambat ambil tindakan bising tapi bila polis menyabung nyawa berbalas tembak tetiba tim menteri ketua hindraf/wakil2 rakyat Dap dan Pakatan muncul dengan gaya seorang hero utk tunjuk simpati pada penjenayah dan kata polis pula brutal.

APA NI!!!! INI MALAYSIA LA ...kita tak terima kongsi gelap di sini dan ahli politik yg dapat undi dari penjenayah dan pembunuh. 

SAMA2 LA BERGANDING BAHU DGN PASUKAN KESELAMATAN JAGA NEGARA. Bukan nya bela anjing kamu untuk gigit polis dan orang malaysia tak berdosa. 
AHLI POLITIK MACAM NI LA BAPAK SEGALA KEJAHATAN SEBENARNYA. 

fikir2 kan lan wahai rakyat MALAYSIA yg cinta keamanan tak kira la MELAYU/CINA/INDIA dan lain. 

Bantu lah PDRM utk menjaga keamanan kita!!!!

JOM BACA : KEBURUKKAN DAN KEBAIKKAN PTPTN DICCRIS

Posted: 19 Aug 2013 05:52 PM PDT


Kecoh mengenai PTPTN akan dimasukkan kedalam CCRIS. Ini bermakna PTPTN juga akan dikira didalam pengiraan DBR individu yang meminjam PTPTN. Antara kelemahan dan kebaikannya.

Kelemahannya :

1. Pasti membebankan generasi muda selepas ini. Baru grad sudah ada CCRIS. Pasti susah juga nak buat loan lain jika bergaji kecil.

2. Makin susahlah untuk mereka membeli rumah. Dahlah harga rumah makin mahal. 

3. Menyukarkan mereka untuk memaksimumkan leveraging dari pendapatan yang diperolehi. 

4. Mungkin ramai yang akan tersangkut jika mereka mengabaikan pembayaran bulanan PTPTN. Maka mereka mungkin disenaraikan didalam CTOS pula.

Kebaikkan :

1. Ramailah selepas ini yang akan memastikan instalment bulanan PTPTN dibayar seeloknya. Ini dapat membantu mereka yang baru nak masuk belajar mendapat kemudahan yang sama. 

2. Mereka perlu berhati-hati jika nak buat loan selepas ini. Jika sebelum ini mungkin senang nak apply credit card atau personal loan. Tapi selepas ini mungkin bank akan fikir 18 kali sebelum approvekan application mereka. So dapatlah elakkan orang muda bangkrap awal dan sekaligus generasi muda terdidik untuk menguruskan hutang-hutang mereka.

3. Apabila dah ada CCRIS record, maka senang bank track sama ada applicant ini good paymaster atau tidak. Taklah macam sekarang, graduate je kalau apply loan bank, sah-sah kena apply ASB loan atau credit card sebab nak wujudkan CCRIS record. Kalau tak ada CCRIS record macam mana nak apply loan yang lagi besar?

Ada beberapa lagi kelemahan dan kelebihan PTPTN dimasukkan kedalam CCRIS. Terpulanglah kepada kita untuk pandang dari aspek mana. 

Di USA, mereka terpaksa ambil study loan yang lebih kurang sama dengan PTPTN juga. Ketika krisis subprima 2007/2008 generasi ini ramai yang tersangkut dan tak boleh bayar loan. Tapi bank dinegara mereka offer pakej yang mampu bayar seperti panjangkan tempoh atau kurangkan interest. Di negara kita? Wallahualam. 

anakbukitgantang says

Posted: 20 Aug 2013 03:06 AM PDT

anakbukitgantang says


Kenyataan Syeikh Ali Jumaah dan Syeikh Toyyib berkenaan Mesir

Posted: 19 Aug 2013 06:31 AM PDT

Sila ke link FB .

Sinopsis video
 
Kedua dua mantan Syeikh Al Azhar iaitu Syeikh Ali Jumaah dan Syeikh Al Azhar kini iaitu Syeikh Toyyib menyeru mereka yang memegang pemerintahan agar jangan mempolitikkan ugama Rujuk minit 6.27 dalam video
 
 
Al Azhar akan terus mengembangkan Islam ASWJ dan menyekat fahaman yang menyelewengkan seperti Salafi Wahhabi, Ikhwan Muslimin  (ajaran sesat Qubtuyiah oleh Syed Qubt), Syiah
 
 
Pendirian Al Azhar adalah pertengahan untuk kemasyalatan ummah dan sekali kali tidak akan partisan rujuk minit 13. ke atas.

Taipingmali (tm)

Posted: 20 Aug 2013 01:22 AM PDT

Taipingmali (tm)


Takziah: Bekas AJK Veteran Umno Taiping.

Posted: 19 Aug 2013 10:20 PM PDT

Ucapan takziah kepada keluarga allahyarhan EN Che Mei Bin Che Rose 79 tahun, AJK Veteran Umno Bahagian Taiping yang kembali kerahmatullah awal pagi tadi di rumah beliau di Kampung Pokok Assam Taiping.

Semasa muda arwah pernah berkhidmat sebagai 'AC' atau polis bantuan pada zaman pemerintahan British. Al-Fatihah untuk arwah semoga mendapat rahmat Allah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Fandi Ahmad tinggalkan JDT Harimau Selatan

Posted: 19 Aug 2013 04:38 AM PDT

Fandi Ahmad buat keputusan meletak jawatan sebagai pengurus pasukan bolasepak Johor Darul Takzim (JDT) berkuat kuasa serta-merta, hari ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sahabat-Gunung

Posted: 20 Aug 2013 01:13 AM PDT

Sahabat-Gunung


Lima Fokus Utama Hasil Kajian Suara Hati Johor

Posted: 19 Aug 2013 04:45 PM PDT


Johor mengenal pasti lima fokus utama yang akan diberi tumpuan hasil kajian 'Suara Hati Johor' yang dilaksanakan sebagai pendekatan untuk mendapatkan maklum balas dalam usaha merakyatkan kerajaan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata lima fokus yang berdasarkan kehendak rakyat negeri ini membabitkan perumahan; keselamatan; agama; infrastruktur dan ekonomi yang akan diberi perhatian yang serius.

"Kajian Suara Hati Johor adalah usaha kerajaan negeri sebagai pendekatan untuk mendapatkan maklum balas daripada rakyat bagi bersama-sama merakyatkan kerajaan, memperkasa muafakat Johor antara kerajaan dan rakyat serta melestarikan pembangunan prorakyat.

"Kajian ini dijalankan dari 17 Jun hingga 24 Julai lalu membabitkan sembilan penyelidik, tiga pegawai penyelidik dan seramai 70 mahasiswa yang diuruskan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) membabitkan peruntukan sejumlah RM200,000," katanya.

Mohamed Khaled menjawab soalan lisan Tan Chen Choon (DAP-Jementah) pada persidangan pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-13 di Kota Iskandar semalam.

Katanya bagi setiap tumpuan itu, makmal-makmal akan dibentuk dan akan dipengerusikan oleh anggota Exco kerajaan negeri selain mengadakan usahasama antara agensi berkaitan bagi merangka polisi terbaik dan merancang pelaksanaan berkesan sesuai dengan keprihatinan rakyat.

"Sebagai contoh bagi tumpuan perumahan, satu pasukan khas sudah dibentuk untuk merungkai permasalahan perumahan sama ada rumah mampu milik atau selainnya di Johor," katanya.

Baca seterusnya di JohorDaily.com

Panglima Perang Cyber

Posted: 19 Aug 2013 11:35 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Artikel Utusan Malaysia : Ulama Sunni syok sendiri?

Posted: 19 Aug 2013 11:00 PM PDT

Ulama Sunni syok sendiri?

SEJAK Ramadan lepas, kisah Syiah di Malaysia menjadi sensasi. Walaupun khabar kewujudan Syiah di Malaysia sudah lama berlegar di ruang awam dan alam maya sejak beberapa tahun lalu, isu Syiah kembali mendapat perhatian arus perdana.

Ini apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir memutuskan untuk mengharamkan Syiah di Kedah.

Hampir setiap hari, isu Syiah mengisi dada akhbar. Malah, banyak forum diadakan, cuba memberi penerangan kepada orang awam tentang kesan ajaran Syiah kepada masyarakat Malaysia yang rata-ratanya berpegang kepada ajaran Ahlul Sunnah Wal Jamaah(ASWJ).

Namun begitu, apa yang gagal disedari oleh banyak pihak, jelas daripada khabar yang diberikan sama ada melalui media arus perdana, ceramah, mahupun laman sosial, hampir semuanya diceritakan oleh pihak luar daripada ajaran Syiah, iaitu ulama Ahlul Sunnah sendiri. Sudah tiba masanya untuk kita mengarus perdanakan isu ini supaya penyebaran Syiah akan terus terhenti di Malaysia.

Bantahan oleh seorang ahli politik yang membantah usaha mengarus perdanakan isu ini ternyata tidak faham atau sengaja mengambil ringan akan isu ini. Ini berbeza dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang bersikap tegas dan berani mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia salah di sisi undang-undang dan adalah sebuah pertubuhan haram.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Masterplan Consulting Sdn. Bhd., Datuk Ahmad Faris Abdul Halim, satu usaha besar yang boleh dilakukan ialah dialog terbuka antara ulama Ahlul Sunnah dengan wakil Syiah di Malaysia.

"Walaupun sudah dilakukan oleh beberapa pihak secara kecil-kecilan, kali ini elok rasanya diadakan dialog secara terbuka melalui media arus perdana. Dialog ini dicadangkan disiar secara langsung melalui stesen televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV3, Astro, radio, dan kemudiannya teks dialog tersebut dibukukan dan diedarkan dengan usaha sama pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," kata beliau kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Satu kesan besar daripada usaha ini, kata Ahmad Faris, ialah masyarakat Malaysia dapat mendengar sendiri daripada mulut penganut Syiah. Kemudian, mereka boleh menilai sendiri betapa menyimpangnya Syiah daripada ajaran sebenar ASWJ.

Kata beliau: "Di samping itu, satu perkara yang perlu diambil perhatian, golongan yang banyak terpengaruh dengan ajaran Syiah ini terdiri daripada orang muda. Satu hakikat yang tidak dapat disembunyikan, generasi muda zaman sekarang lebih dikenali sebagai Generasi Y tidak suka hanya disogok dengan maklumat.

"Cara yang paling sesuai untuk mendepani generasi Y ini ialah memberikan hujah daripada kedua-dua belah pihak. Menggunakan medium yang disenangi anak muda, dengan izin Allah, pintu hati mereka akan terbuka untuk menerima kebenaran."

Malah, dalam satu rancangan wawancara Ancaman Syiah di siaran RTM, beberapa minggu lalu, Dr. Asri Zainal Abidin ada menyatakan kesediaan untuk berdialog secara terbuka dengan penganut Syiah di Malaysia.

"Sekarang kita sudah ada ulama yang berani, kalau mahu dibandingkan dengan ramainya di luar sana yang hanya syok sendiri menghentam Syiah di pentas ceramah.

"Lebih jelas lagi betapa syok sendirinya ustaz di Malaysia ini, sumber-sumber yang digunakan hanyalah sekitar sumber dengar-dengar cakap orang. Jarang sekali kedengaran ceramah oleh para ustaz yang mengambil terus daripada kitab Syiah sendiri. Kalau sekadar ada dengar cakap orang, ustaz seperti ini layaknya ditempatkan di kedai kopi untuk sembang kosong sahaja," katanya.

Kata Ahmad Faris lagi: "Golongan agama seperti inilah yang akan membuatkan generasi muda melarikan diri daripada wawancara Syiah dan akhirnya terpengaruh dengan ajaran ajaran ini.

"Sumber-sumber rapuh oleh penyampai akhirnya menggambarkan seolah-olah ASWJ sudah ketandusan hujah untuk menangkis hujah daripada golongan Syiah. Ayuh jadi pemberani. Kita bentangkan hujah dengan kemas dan teratur berdasarkan al-Quran dan Hadis sahih."

Kata beliau, antara persoalan yang pernah timbul daripada isu Syiah yang kurang memuaskan hati anak muda atau dikenali sebagai Generasi Y ini ialah perihal al-Quran yang diubah suai oleh penganut Syiah.

Kemudian, kata Ahmad Faris, hal yang hangat lagi ialah perbuatan sujud di atas tanah. Pelbagai hujah telah diberikan oleh pihak Syiah.

"Malangnya, ustaz-ustaz kita banyaknya hanya bermain dengan spekulasi yang tidak berpijak kepada hujah ilmu yang sebenar. Perbuatan sambil lewa ustaz dan ulama di Malaysia ini yang menjadi faktor Generasi Y mudah menerima ajaran Syiah kerana pada hemat mereka, hujah orang Syiah itu lebih berisi daripada cakap kosong orang kita.

"Penyebaran yang semakin berleluasa menjadi bukti ulama kita ramainya hanya syok sendiri," katanya.

Seperti yang sering diuar-uarkan, Syiah itu sendiri terdiri daripada pelbagai aliran. Antaranya, Syiah Immamiyah, Syiah Zaidiyah, dan Syiah Ismailiyah. Persoalannya sekarang, tidak dapat dipastikan aliran Syiah yang mana yang berkembang mekar dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Melalui dialog secara terbuka, barangkali negara dapat mengenal pasti aliran utama yang wujud di tanah air. Ini sangat penting kerana ada aliran Syiah yang terlalu melampau dan ajaran yang berlebih-lebihan seperti ini tidak wajar dibiarkan merebak ke dalam masyarakat harmoni di tanah air ini.

"Mereka yang melampaui batas inilah yang akan mengganggu-gugat keamanan, keharmonian dan kestabilan negara. Tuntasnya, melalui dialog terbuka, kita dapat memahami dengan lebih jelas situasi penyebaran Syiah di Malaysia sekarang.

"Bukankah orang Melayu sendiri mempunyai ramai graduan daripada universiti pengajian Islam ternama seperti Al-Azhar dan Universiti Madinah? Apa gunanya ramai graduan dari sana namun bila tiba masanya untuk mempertahankan Ahlul Sunnah wal Jamaah, masing-masing hanya selesa berceramah satu hala dan tidak berani berdepan dengan golongan Syiah secara bersemuka. Inilah yang dimaksudkan sebagai syok sendiri," katanya.

Ustaz dan ulama banyaknya yang terdiri daripada generasi sebelumnya. Mereka sudah terbiasa dengan jenis penyampaian satu hala. Semangat anak muda zaman sekarang yang mahukan perbincangan secara interaktif membuatkan kebanyakan mereka melihat ustaz dan ulama generasi lama kaku dan kurang relevan pada zaman sekarang.

Kata Ahmad Faris: "Antara contoh yang dapat dipetik di sini ialah Ustaz Fathul Bari, Dr Asri Zainal Abidin, dan Ustaz Azhar Idrus.

"Tiga nama ini merupakan nama ulama yang berpengaruh dalam kalangan anak muda. Kalau diperhatikan, ceramah mereka biasanya diisi dengan sesi soal jawab. Sesi yang tidak kaku seperti inilah yang digemari oleh generasi muda."

Terdapat beberapa nama yang telah dikenal pasti sebagai penganut Syiah, cenderung kepada Syiah, atau paling tidak, simpati kepada nasib komuniti Syiah dalam kalangan ahli politik mahupun ahli akademik.

Beberapa nama yang agak pernah disebut dalam perbincangan isu Syiah ialah Ustaz Abdullah Hassan, Ustaz Muhd Kamil Zuhairi Abdul Aziz, dan Prof. Dr. Lutfi Ibrahim.

Oleh hal yang demikian, tidak ada banyak halangan untuk mencari pembahas untuk mewakili komuniti Syiah Malaysia sekiranya dialog terbuka diadakan.

Mari, kita realisasikan dialog ini.



© Utusan Melayu (M) Bhd 



Sent from my iPhone

Mampukah Zairil anak angkat Khir Johari menang CEC Dap ?

Posted: 19 Aug 2013 10:47 PM PDT

Mampukah Mualaf Zairil Menang CEC DAP?

Kemenangan Zairil Khir Johari dalam kiraan semula pemilihan CEC DAP Januari lalu dirujuk sebagai 'ajaib' oleh bekas pemimpin parti itu iaitu, Tunku Aziz. Zairil pada mulanya hanya mendapat 305 undi tetapi jumlah undian telah melonjak sehingga 803 dalam pengiraan semula. Keputusan tersebut meletakkan beliau di tangga ke 20 yang mana membolehkan beliau dilantik sebagai ahli jawatankuasa eksekutif parti.

Pengiraan semula dibuat setelah parti itu mendakwa telah 'tersilap kira' dalam pemilihan awal dua minggu sebelumnya.

Umum melihat alasan DAP untuk mengira semula undi adalah kerana ingin menutup sifat rasis parti itu apabila tiada wakil Melayu yang terpilih walaupun di kalangan mereka yang telah berabad berkhidmat kepada parti. Oleh kerana tidak tahan dengan kecaman ramai, maka DAP sanggup memanipulasi undi bagi memenangkan Zairil.

Tindakan tersebut bagaimanapun bukan sahaja telah menyerlahkan ketidaktelusan DAP dan sifat penipu pemimpinnya, tetapi juga membuktikan bahawa DAP benar-benar sebuah parti yang tersangat rasis. Ini kerana Zairil yang dicanangkan sebagai wakil Melayu adalah seorang Cina 100%, melainkan pada namanya yang ditumpangkan kepada nama bapa tirinya, Tan Sri Khir Johari.

Rakyat terkejut besar melihat betapa kroniknya sifat perkauman DAP sehingga tidak sanggup melantik Melayu, sebaliknya sanggup melantik seorang Cina bagi mewakili Melayu!

Sifat rasis DAP kini bakal di-uji sekali lagi apabila ROS mengarahkan parti tersebut untuk mengadakan pemilihan semula setelah didapati terdapat unsur tidak telus, tidak adil dan manipulasi undi yang ketara dalam pemilihan terdahulu.

Justeru, kedudukan Zairil kini berada dalam perhatian ramai. Rakyat sedang memerhati DAP dari segi ketelusan, dan di masa yang sama ingin melihat bagaimana DAP mencaturkan parti dari segi kaum. Apakah Zairil akan tertendang keluar atau atau apakah kedudukan beliau akan semakin kukuh?

Bagaimanapun, sukar bagi rakyat untuk merasa yakin yang pemilihan semula ini juga akan diadakan secara telus. Ini kerana, DAP tidak pernah mengambil tindakan mahupun mengakui bahawa terdapat unsur manipulasi yang nyata dalam pemilihan lalu yang membawa kepada pemilihan semula arahan ROS.

Sekali gus, mereka yang bertanggungjawab menyebabkan 753 perwakilan India DAP dinafikan hak mengundi dan yang bertanggungjawab menyebabkan 'keajaiban' dalam jumlah undi yang didapati oleh Zairil, masih lagi bebas. Dan kemungkinan besar, pemilihan kali ini juga bakal diuruskan oleh orang yang sama.

Justeru, apakah jaminan yang beliau atau mereka, tidak akan memanipulasi undi sekali lagi bagi 'menyelamatkan' Zairil dan juga air muka DAP?

Sejarah Ikhawanul Muslimin dan Persamaan PAS Yang Wajib Anda Ketahui

Posted: 19 Aug 2013 06:24 PM PDT



Ikhwanul Muslimin pada permulaannya adalah sebuah organisasi yang tidak mencampuri bab politik diasaskan oleh Imam Hassan Al Banna. Selepas kematian Imam Hassan Al Banna kepimpinannya telah mengambil keputusan menyertai politik dengan menjadikan fahaman salafiyah pro wahabiyah sebagai fahaman mereka.

Semasa Imam Hassan Al Banna ada beliau dilihat mirip kepada tariqah sufiyyah. Namun ia mula berubah apabila kepimpinan IM berubah selepas kematiannya. Lantaran itu tidak pelik kenapa Wahabi kuat menghentam IM.

Selepas itu fahaman Qutubiyyah (dari Sayid Qutb) yang banyak memiliki persamaan dengan fahaman wahabi seperti mengkafirkan orang lain,  telah dijadikan pegangan mereka dengan dijadikan kitab tulisan pemimpin yang menyertai IM tahun 1950 tersebut sebagai sandaran hujah mereka termasuk di dalam usrah.

Walaupun Sayid QUtb hanya berlatar belakang Sastera sahaja bukan seorang tokoh Ulama Al Azhar As Syarif. Kupasan perkara ini boleh baca di sini http://www.penembak-tepat.com/2013/01/blog-anakbukitgantang-dedah-14.html

Lapis ketiga kepimpinan IM telah mengubah menjadikan IM organisasi yang terlibat dengan politik mengikut info dari rakan yang juga seorang penyelidik IM selama ini.

Fakta jelas menunjukan beliau bukan seorang tokoh agama atau faqih di dalam bab agama. Situasi sama di Malaysia di mana Nik Aziz Nik Mat juga sekadar lulusan Bahasa Arab dan Perundangan Islam bukan alim bab Tauhid Fiqah Usuluddin seperti yang sepatutnya. Seperti wikipedia di sini sebutkan http://ms.wikipedia.org/wiki/Nik_Abdul_Aziz_bin_Nik_Mat

Pengajian pondok juga seperti tidak memberi kesan kepada beliau apabila banyak pandangannya sudah dipengaruhi ulama aliran salafi wahabi luar negara sehingga mengundang kecelaruan dalam masyarakat.

Kerana itu banyak kekeliruan telah timbul hasil kenyataan Nik Aziz. Baca koleksi kata-kata beliau di sini http://azlishukri.blogspot.com/2009/08/100-kata-kata-nik-aziz-paling-merbahaya.html

Maka tidak pelik di akhir zaman Nabi saw telah menyebut ramai orang jahil akan diangkat menjadi pemimpin. Mereka sesat dan menyesatkan.

Dasar IM ialah menyatukan Sunni Syiah. Sedangkan semua sudah tahu bagaimana pegangan Syiah dan sejarah mereka terhadap Ahli Sunnah Wal Jamaah. Menyatukan fahaman yang mengkafirkan sahabat dengan Sunni - tidak akan berhasil bahkan akan membawa kemudaratan pada akhirnya.

Kerana itu PAS juga mahu menerima pelbagai aliran yang dianggap sesat termasuk Syiah



Lebih bahaya Syiah juga dianggap Ahli Sunnah Wal Jamaah oleh Presiden PAS Hj Hadi yang berkelulusan dari Madinah yang juga merupakan tempat lahirnya kader-kader Wahabi di seluruh dunia.



Tidak ketinggalan Nik Aziz yang turut berpandangan sama pandangan golongan Wahabi ini yang menyamakan sambutan Maulid Nabi sebagai meniru Kristian



Kesimpulannya : PAS sudah dikuasai pihak pro wahabi lantaran kiblat ilmu siyasi dan agama mereka kepada IM di Mesir dan dibarisi pemimpin yang menerima fahaman tersebut.

Maka tugas kitalah menjernihkan kembali fahaman sebenar ASWJ agar selari dengan pandangan majoriti Ulama terkemuka dunia

Ini termasuklah dengan menolak PAS sehingga mereka akan kembali kepada dasar asal agama (jika Allah masih mahu memberi petunjuk kepada mereka)

Kita yakin dasar sesuatu yang boleh berubah dan kita doakan PAS juga akan berubah kepada ASWJ.



Video : Lagu Raya Nyanyian Metallica - di Aidil Fitri)

Posted: 19 Aug 2013 07:32 AM PDT

Pandai siapa edit video lagu raya seperti dinyanyikan kumpulan Metallica - memang hebat!

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/SaWlywNcbms

Harap Metallica tidak bawa kesan tidak baik kepada masyarakat !

Jika ada elok dihalang masa hadapan.


Sent from my iPhone

The Unspinners

Posted: 19 Aug 2013 11:33 PM PDT

The Unspinners


Kesusahan polis menangani jenayah

Posted: 19 Aug 2013 08:30 PM PDT

Peduli pembangkang: Keselamatan didahulukan, Ketegasaan diutamakan

Posted: 19 Aug 2013 05:31 PM PDT

Kematian rakyat Mesir dan kejanggalan orang Islam PAS dan PKR

Posted: 19 Aug 2013 05:30 AM PDT

Sediakah UMNO balik asal perjuangan?

Posted: 19 Aug 2013 01:32 AM PDT

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 19 Aug 2013 11:32 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Antara Nazri Aziz & KJ, Siapa Lebih Merbahayakan Parti Dan Kerajaan...

Posted: 19 Aug 2013 10:00 PM PDT


Nazri aziz melantik anak lelakinya, nadim menjadi pegawai khas kepada menteri pelancongan, lepas tu nadim di turunkan pula pangkat dari pegawai khas menteri kepada pegawai khas ahli parlimen padang rengas...

Ok lah ramai yang tak puas hati dengan tindakan nazri tu termasuk aku, tapi kalau kita fikir balik, tidak ada apa cacat celanya dan bahayanya kepada parti seorang menteri melantik anaknya sendiri sebagai pegawai khas untuk menjaga kawasan parlimen yang di wakilinya...

Tapi bagai mana pulak dengan KJ...? lantik regina lee sebagai setiausaha akhbar di pejabat kementerian belia dan sukan, semua orang tahu siapa regina lee tu, seorang cina berdarah pembangkang mempunyai hubungan yang cukup akrab dengan ramai pemimpin pembangkang terutama dari parti dap...

Sebagai seorang yang berdarah pembangkang, kesetian regina lee kita boleh pertikaikan, malah sebagai setiausaha akhbar kepada kj, regina lee on title untuk masuk ke mesyuarat setiausaha akhbar menteri-menteri, di situ banyak perkara sulit yang di bincangkan mengenai hala tuju kerajaan, maka secara free sahaja regina lee dapat tahu perkara yang sulit-sulit yang di rancang oleh kerajaan...

Mungkin regina lee tak akan bocorkan kepada pembangkang dengan dokumen hitam putih, tapi bekas wartawan itu mempunyai contact dari kalangan pemimpin pembangkang dari dap akan sedikit sebanyak bercerita mengenai perjalanan kerjanya dan perangcangan sulit dan tak sulit kerajaan, biasa lah mulut perempuan kan...

Baca ulasan helen ang, bekas wartawan nst dan malaysiakini mengenai regina lee dan nadim di sini

Perkara Ini Tak Akan Berlaku Sekiranya Hisham CKMM Masih Jadi Menteri KDN...

Posted: 19 Aug 2013 07:00 PM PDT


Malang nasib pemilik resort di kampung sedeli johor kerana status penduduk tetap (pr) yang di berikan oleh kerajaan malaysia kepadanya di tarik balik...

Nasibnya tak akan jadi sebegini sekiranya hisham ckmm ketika ini menjadi menteri dalam negeri, sudah tentu status pr nya tidak di tarik, malah dengan tegas hisham selaku menteri kdn akan memberikan AMARAN sekeras-kerasnya kepada pemilik resort itu...

Baca ulasan jebat mengenai nasib pemilik resort itu di sini...

Masterplan Raikan Anak Yatim...

Posted: 19 Aug 2013 05:00 PM PDT

Pengarah Urusan Masterplan, Haji Ahmad Faris Bin Hj Abdul Halim telah menyumbangkan duit raya buat anak anak yatim bagi memeriahkan lagi sambutan lebaran mereka.

Kelmarin, bertempat D' Manggis Kafe Kuang Selangor Masterplan Consulting Sdn Bhd telah meraikan anak anak yatim dalam satu majlis jamuan Aidil Fitri.





PAS Hantar Si Jahil Untuk Berdialog Dengan Budha...

Posted: 19 Aug 2013 01:00 AM PDT


Mujahid yusuf rawa seiringan dengan paderi-paderi kristian dalam menuntut kalimah Allah di gunakan oleh orang kristian dalam kitab bible... klik sini

Kini pas menghantar pula mamat bengong yang boleh tafsir ayat quran suka hati tok nek dia klik sini tu berdialog dengan tok-tok sami budha dalam isu surau jadi topekong...

Agak-agak korang la, mangkok tu akan sebelahkan siapa, jabatan agama Islam johor atau penganut agama budha yang sekoyong-koyong guna surau untuk ber ritual...

Lagi pun ketua sami budha dah minta maaf dan mengakui kesalahan mereka, klik sini so apa barang lagi pas nak buat dialog...???


MERBOK TIMES

Posted: 19 Aug 2013 11:26 PM PDT

MERBOK TIMES


Nazri: Not morally wrong to appoint Shahrizat as PM special adviser.

Posted: 19 Aug 2013 07:01 PM PDT

by Choo Choy May
The Malay Mail Online

PETALING JAYA, August 19 — Datuk Seri Nazri Aziz backed today the appointment of scandal-ridden Datuk Seri Shahrizat Jalil as the prime minister's special adviser, saying it was "not morally wrong" despite the fiasco that led to her eventual dismissal from Cabinet.
The tourism minister said Shahrizat's appointment was based on merit, highlighting her vast experience as the past women, family and community development minister.
He claimed that Shahrizat's experience is needed to guide her successor Datuk Rohani Abdul Karim, and added that it should overwrite public scepticism over the former minister's integrity.
"I believe the prime minister had appointed her (Shahrizat) to help Rohani, the new minister.
"What is most important is to resolve whatever problems we might face, I don't think it is morally wrong to do that," the tourism minister told The Malay Mail Online.
Earlier this afternoon, local daily The Star reported that Shahrizat will likely be appointed the prime minister's special adviser on women affairs.
The yet-to-be announced appointment will also confer Shahrizat full ministerial status and powers, allowing her the avenue to return to the corridors of power.
Shahrizat had remained a Cabinet member and had headed the women, family and community development ministry previously courtesy of her appointment to Parliament's upper house despite losing in the March 2008 general election.
According to Nazri, the ex-Lembah Pantai MP's experience was needed to help Rohani run a ministry that is accustomed to "the peninsula (Malaysian) way of doing things".
"Rohani is from Sarawak. Probably her focus of work does not cover many of the peninsula aspects..the ministry is used to the management done by those from the peninsula," he said.
Shahrizat was effectively removed from Cabinet in April 2012 after her term was not renewed during the height of the RM250 million National Feedlot Centre (NFC) scandal involving her and her family members.
The NFC scandal hit headlines two years ago when the Auditor-General highlighted in his 2010 report the failure of the NFC project, which aimed to farm cattle for consumption and cut Malaysia's massive foreign beef import.
The Auditor-General reported the project failed to achieve its target of breeding 8,000 head of cattle in Gemas, Negri Sembilan, which it attributed to poor management from the company in charge, the National Feedlot Corporation (NFCorp), which was run by Shahrizat's husband and children.
Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, however, had refused to confirm or deny the matter, saying no such announcement has been made as yet.
Asked if the move could tarnish Najib's reform credentials, Nazri dismissed the idea and said political sensitivity was no longer and issue since the 13th general election is already over.
"Now is already after the elections. Before it was sensitive because of the general election. Now such sensitivity should not be given priority.
What is important is that the ministry must be run properly".
Nazri, a supreme council member of Umno, the ruling coalition's lychpin, also shrugged off suggestions that Shahrizat's appointment could be linked to the party's upcoming polls.
"With the new system in place, and many more members allowed to vote, I am very sure that the number one and number two posts will not be contested," he said.
Shahrizat is the current Umno Wanita chief.
The NFC scandal caused ripples in the party's senior wing and triggered calls for her resignation although the coup, led by her deputy then, Datuk Kamilia Ibrahim, eventually fizzled out.
Shahrizat's husband Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail and their children were alleged to have misused the government allocation of RM250 million for the project.
On March 12 last year, Mohamad Salleh pleaded not guilty to two counts of criminal breach of trust involving some RM49.7 million with regards to the purchase of two condominium units and two other charges under the Companies Act.
Shahrizat had also filed a RM100 million defamation suit against PKR strategy director Rafizi Ramli and Wanita PKR chief Zuraida Kamaruddin, two opposition lawmakers who were actively pushing for the former minister's resignation over the scandal.
Rafizi was pushed into the limelight after exposing NFCorp's purchases of luxury condominium units allegedly through the RM250 million federal government loan that was meant for the national cattle-farming project.
During the trial of Shahrizat's defamation suit against Rafizi last March, it was revealed that NFCorp had purchased a RM534,622 Mercedes-Benz in 2009 as a company car that was parked in her house.
In the trial, Shahrizat also defended NFCorp's purchase of three luxury condominium units in the Orchard Scotts Residences and Marina Bay Sands in Singapore worth RM42 million, saying that the buy was part of the company's investment portfolio, according to her husband.
The embattled leader will be defending her post in Wanita Umno in the coming party polls and is expected to face a challenge from Datuk Seri Azalina Othman Said, another former minister.

sekupangdua

Posted: 19 Aug 2013 11:21 PM PDT

sekupangdua


SUAMI ISTERI ON SEKALI... SMOKE ON THE WATER!!!

Posted: 19 Aug 2013 07:47 PM PDT


Kalau kita tengok gambar nie pakat geleng kepala bia kita tengok betapa nya laki bini yang sepakat. Laki tukang sedut bini pulak tukang bakar dapur hoga yang (seperti diatas) bukan sissa sebaliknya menghisap ganja, hebat bukan laki jer yang telan asap yang boleh mari kuat @ stim ganja... Bertambah hebat bini yg bertudung lagi jadi tukang membakor ganja untuk lakinya on dengan menyedut asap yang terhasil dari ganja...

Apa nak jadi yop? 

Belantan

Posted: 19 Aug 2013 11:20 PM PDT

Belantan


Apabila Tin Kosong PAS, Mahfuz The Mr.Bean meroyan lagi - PAS blames Najib for failing to tackle crime, rising cost of living?

Posted: 19 Aug 2013 10:48 PM PDT

Cakap berdegar-degar, tapi bontot penuh dengan najis!

PAS vice-president Mahfuz Omar, at a press conference at the Islamist party's headquarters in Kuala Lumpur today, said he viewed the rise in crime and murder as a failure by the Prime Minister.

All Datuk Seri Najib Razak has to show after 100 days in power is an alarming increase in crime and murder cases, and other problems affecting the country.

PAS vice-president Datuk Mahfuz Omar, at a press conference at the Islamist party's headquarters in Kuala Lumpur today, said he viewed the rise in crime and murder as a failure by the Prime Minister.

Mana negara nak stabil kalau pemimpin mereka yang menggalakan keganasan 

Mahfuz stressed that it was affecting stability in the country.

Mahfuz, who is also the Pokok Sena MP, said Najib has also failed to give a clear picture of nation building efforts as the rakyat struggled to cope with the rising cost of living.

"There is no help coming to ease the people's burden," he said.

"After the general election, the people continue to grapple with cost of goods going up. I am confident that the price of chicken and meat will not come down after it was increased during Ramadan and Hari Raya."

Mengapa boleh jadi begini kalau ada pemimpin yang mengajar mereka untuk mengganas!

Mahfuz voiced concerns that Najib was emulating former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad's style of administration by spending big and creating many white elephant projects.

"Pak Lah, in a book, revealed that if he had listened to Dr Mahathir, Malaysia would have gone bankrupt... I fear Najib will follow suit," said Mahfuz, referring to Dr Mahathir's successor, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Mahukah Mahfuz bertanggungjawap di atas perkara ini!

"The country's debt level is also increasing. In the first quarter of 2013, it was RM508.9 billion, compared to RM501.6 billion in the corresponding quarter in 2012".

The PAS leader also said that Najib and the rest of the Barisan Nasional leadership, especially the ones in Umno, was seen to be paying more attention to the upcoming party elections slated for October.

"Because of this, he has not been able to identify the crisis the country is facing," Mahfuz said.


Nasihat kepada Mahfuz, sebelum nak berkata apa-apa lihat di cermin dahulu muka sendiri. Jangan jadi ayam jaguh yang hanya pandai berkokok, tetapi bontot penuh dengan najis! Malunya hamPAS dapat pemimpin yang hanya tahu meroyan sahaja!

Teringat kata-kata Mahfuz Omar yang memberi jawapan 'menjengkelkan' ketika ditanya mengenai Syiah.

Mahfuz sebelum ini mendakwa isu Syiah sudah berlalu dengan kuih-muih berbuka puasa selepas terdahulu mengeluarkan kenyataan: "Syiah itu benda apa? Kuih berbuka puasa? Saya tak tahu apa Syiah. Ingat kuih buka puasa. Kawasan saya buat bubur lambuk sahaja."

Nak dikatakan bodoh marah, tapi memang bodoh pun...!!!

Suara Politik
Belantan

Komplot jahat Anwar jatuhkan Najib menjelang pemilihan UMNO?

Posted: 19 Aug 2013 03:21 AM PDT


Tindakan Anwar Ibrahim mendakwa kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak membuat tawaran untuk membentuk kerajaan perpaduan dilihat sebagai satu lagi komplot atau taktik jahat Ketua Pembangkang itu untuk menjatuhkan imej Perdana Menteri menjelang pemilihan UMNO akan datang.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd. Noor mendakwa, Anwar sengaja ingin mewujudkan persepsi negatif dalam kalangan ahli UMNO bahawa kononnya Najib sanggup berkompromi dengan musuh politiknya.

"Anwar ingin mewujudkan kesangsian dalam kepimpinan UMNO seolah-olah Perdana Menteri yang mahu berkompromi dengannya. Ini manipulasi dan permainan jahat Anwar.


"Saya tahu daripada rakan-rakan di Indonesia bahawa beliau (Anwar) yang sebenarnya mengusulkan perkara tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ezam mengulas pendedahan beberapa blog yang mendakwa Anwar sebenarnya menawarkan kerajaan perpaduan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Barisan Nasional (BN) kepada Najib dengan tiga syarat yang disampaikan menerusi bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla ketika berkunjung ke Kuala Lumpur pada 28 Julai lalu.

Tiga syarat Anwar itu dakwa salah sebuah blog, http://www.rbfonline.net adalah melantiknya sebagai Timbalan Perdana Menteri, melantik empat Ahli Parlimen PKR sebagai menteri, beliau akan memecat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Najib akan memilih siapa pengganti kekosongan itu tetapi semuanya ditolak oleh Najib.

Anwar dalam wawancara bersama laman web Asia Sentinel pada Isnin lalu mendakwa, Perdana Menteri menghubunginya dan mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan tersebut tetapi beliau menolaknya.


Mengulas lanjut, Ezam berkata, tindakan Anwar menyatakan usul kerajaan perpaduan oleh Najib tidak masuk akal memandangkan pihak yang terdesak untuk meraih kuasa adalah Anwar, bukannya Perdana Menteri.

"Anwar memerlukan kuasa untuk menyelesaikan masalahnya sendiri. Sebab itu saya tidak terkejut kerana saya cukup yakin Anwar dalam keadaan terdesak dan sebab itu dia yang mengusulkan kerajaan perpaduan supaya dapat kuasa, duduk dalam pemerintahan kerajaan," katanya.

Bagi penulis, sebelum pun pejabat Perdana Menteri menafikan dakwaan itu kelmarin, ramai yang mencebik bibir tidak percayakan dakwaan Anwar.

Ini termasuk parti pembangkang seperti Pas dan DAP yang nampaknya tidak teruja kerana menganggap ia sekadar provokasi Anwar. Rupa-rupanya apa yang berlaku, menurut pendedahan beberapa blog, Anwar yang sebenarnya membuat tawaran tetapi apabila ia ditolak oleh Najib, beliau ubah cerita ikut belakang pula.


Penulis lebih melihat ia sebagai 'penyakit' Anwar selepas pilihan raya umum (PRU). Kalau selepas PRU-12, beliau bersandiwara dalam peristiwa 16 September yang tidak mungkin dilupakan.

Beliau mendakwa lebih 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan keluar parti bagi membolehkan pembangkang memerintah.

Nama Yang di-Pertuan Agong juga diheret, kononnya telah memberi perkenan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersetuju memberi sokongan. Semuanya itu didapati tidak benar.

Kali ini, selepas PRU-13, ada lagi episod menjual mimpi, cuma ceritanya berbeza. Anwar masih tetap Anwar dan tidak pernah berubah.

Berapa banyak lagi sandiwara beliau selepas ini, yang pada penulis, penyakit itu tidak mungkin dapat dirawat lagi. Malah semakin bertambah teruk dari hari ke hari?

Suara Politik
Belantan

oyabun

Posted: 19 Aug 2013 11:19 PM PDT

oyabun


Ganti Perdana Dengan Honda Tak Menjejaskan Proton!

Posted: 19 Aug 2013 07:58 PM PDT


Pembangkang memang tak sedar diri, kadang-kadang tak perasan bahawa kenyataan yang dibuat akan memakan diri semula. Contohnya dalam isu pertukaran kenderaan rasmi kerajaan daripada Proton Perdana kepada Honda Accord yang giat dijadikan isu sekarang.

Kononnya pertukaran itu melambangkan kerajaan pun tidak menyokong industri automotif tempatan, tidak patriotik dan sebagainya yang buruk-buruk.

Tapi dia terlupa banyak benda. Pertama,kalau nak kata tidak menyokong industri automatif tempatan, kerajaan negeri pembangkang memang layak dijadikan contoh paling ideal. Di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, kenderaan Perdana tidak digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan negeri, sebaliknya Toyota Camry.

Sekurang-kurangnya di peringkat kerajaan persekutuan, semua agensi kerajaan masih lagi menggunakan Proton sebagai kenderaan jabatan dengan pengguna terbesar ialah dari polis dan tentera (antara sebab kenapa nombor plat Wilayah cepat bergerak).

Kenderaann yang nak ditukar ini ialah kegunaan VVIP dan pegawai kanan sahaja yang jumlahnya tidak lebih dari 200 buah. Itupun sebab Proton tidak lagi mengeluarkan model baru Perdana dan pembangunan kenderaan baru untuk kegunaan eksekutif akan memakan belanja yang bukan sedikit.

Itu belum disebutkan lagi kesukaran untuk mendapatkan alat ganti kenderaan, terutama yang terpaksa diimport dari luar negara. Kalau yang boleh dibuat di dalam negara pun, kosnya mungkin meningkat kerana jumlah kenderaan berkenaan yang masih digunakan, tidak lagi banyak seperti dulu.

Apatah lagi seperti disebutkan, Proton tidak lagi mengeluarkan Perdana.

Selain itu, penukaran kenderaan rasmi untuk kegunaan eksekutifi kepada Honda Civic ini juga tidak akan menjejaskan industri automotif tempatan kerana Honda mempunyai kilang pemasangan di Melaka. Syarikat-syarikat automotif tempatan seperti DRB Hicom dan Boon Siew Motor, turut mempunyai pegangan saham yang besar di dalam Honda Malaysia.


Kilang tersebut juga menyediakan peluang kerjaya yang cukup banyak untuk rakyat tempatan. Dijangka dengan tempahan baru yang akan datang dari kerajaan persekutuan nanti, lebih banyak peluang pekerjaan dapat disediakan, kalau tak di kilang pemasangan di Melaka, di fasiliti-fasiliti lain yang membuat alat ganti dan sebagainya.

Semua fakta ini secara jelas menunjukkan bahawa keputusan kerajaan untuk menukarkan kenderaan rasmi bagi kegunaan VVIP dan pegawai kanan kerajaan kepada Honda adalah keputusan yang tepat dan tidak langsung meminggirkan kepentingan pemain-pemain industri automotif tempatan.

Proton pula secara amnya tidak terjejas kerana semua hal penyelenggaraan kenderaan rasmi sekarang bukan dibuat oleh syarikat tersebut tapi oleh syarikat lain. Proton mungkin terjejas kalau Perdana masih dikeluarkan dan keputusan menukar kenderaan rasmi itu dibuat sekarang.

Patutnya, balaci tanya yang pembangkang guna Camry tu apa nasionalis sangat ke? Apa Toyota (edited) ada kilang pemasangan di Malaysia ni ke?

Justeru, pembangkang patut diam dari bercakap isu-isu yang hanya menepekkan semula tahi di muka mereka, buat malu dengan anak cucu zaman berzaman. - MyKMU

Wasabi Oyabun..

DAP tiada kredibiliti, indah khabar dari rupa?

Posted: 19 Aug 2013 09:13 AM PDT


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, DAP adalah parti yang tiada kredibiliti kerana kononnya mengamalkan prinsip demokrasi, namun pemimpin mereka tidak berani mengamalkan prinsip tersebut di dalam parti sendiri.

Perdana Menteri berkata, ini kerana seramai 753 perwakilan DAP yang berhak hadir pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) tidak dimaklumkan untuk hadir dan jumlah itu bukan suatu angka yang kecil.

"Apa yang jadi tanda tanya adalah kenapa sebuah parti seperti DAP yang selalu menguar-uarkan mereka menjadi juara demokrasi dan prinsip tidak menyalahguna kuasa, tetapi bila sampai pemilihan dalam parti mereka tak sanggup melakukan perkara mengikut peraturan yang bersih," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Peneroka Kebangsaan dan Pelancaran Pelan Integriti Felda serta Majlis Hari Raya 2013 di Felda Sungai Tiang di sini hari ini.


Beliau mengulas mengenai keputusan DAP semalam yang akhirnya akur dengan arahan ROS untuk mengadakan pemilihan semula CEC.

Keputusan itu dibuat lapan bulan selepas pemilihan CEC 15 Disember lepas, diikuti siasatan ROS yang kemudian membuat ketetapan tidak memberi pengiktirafan kepada para pemegang jawatan CEC parti itu melalui notis yang dikeluarkan pada 17 April lalu.

Isu pemilihan CEC DAP tahun lalu, menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 perwakilan yang merupakan ahli sah untuk mengundi dalam pemilihan tersebut.

Perdana Menteri berkata, salah guna kuasa dan penyelewengan DAP itu yang dipertikaikan oleh rakyat manakala apa yang dilakukan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) adalah semata-mata mengikut peraturan.

"Kalau kita cakap sesuatu kita kena amalkan juga bagi diri kita, baru kita ada kredibiliti sebagai sebuah parti politik," katanya.

Wasabi Oyabun..

PenangWasabi

Posted: 19 Aug 2013 09:22 PM PDT

PenangWasabi


SIMPATI : Nazri Dibela Teresa Kok Pula!!

Posted: 19 Aug 2013 08:46 AM PDT


Di sebalik kritikan yang diterima Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz kerana melantik anak sendiri sebagai pembantu, siapa sangka ia mengundang simpati daripada lawan politiknya sendiri.

Antaranya Ketua DAP Selangor Teresa Kok percaya, walaupun beliau sendiri dan banyak ahli politik tidak melantik anggota keluarga, tetapi kadang-kadang mereka tidak banyak pilihan.

"Tetapi apabila kami ada seseorang yang rapat dengan keluarga kami, yang bagus dalam sesuatu bidang dan dapat membantu karier kamu, apa yang salahnya," katanya lagi.


Kok (kanan) diminta mengupas tulisannya di Facebook pada 16 Ogos yang berkata, ramai wakil rakyat susah menjadi kakitangan yang berdedikasi dan setia.

Kok, exco Selangor antara April 2008 hingga Mei 2012 berkata, beliau sendiri dalam tempoh perkhidmatannya itu terpaksa menukar 10 orang pegawainya ekoran pelbagai masalah, termasuk sabotaj.

Penang Wasabi..

tok gajah

Posted: 19 Aug 2013 09:18 PM PDT

tok gajah


Parti PAS patut di haramkan?

Posted: 19 Aug 2013 09:00 PM PDT

Walaupun majoriti penduduk Malaysia ialah bangse melayu yang beragame Islam, PAS bukan nye parti yang menjadi pilihan kaum melayu/islam. 13 PRU telah berlalu namun kedudukan parti PAS masih lagi terletak di tangge tercorot jike di bandingkan dengan UMNO, DAP dan PKR. PAS tanpa sokongan dari kaum cine mungkin wakil nye di parlimen tidak sampai 10 orang.

Sebenar nye orang melayu/Islam tidak membenci parti PAS, tetapi orang melayu/islam masih ragu2 dan kurang kepercayaan terhadap pemimpin2 parti itu. Rakyat boleh membandingkan yang mane lebih baik - PAS atau UMNO. Nampak nye orang melayu/Islam lebih meyakini UMNO dari PAS.

Sejak dari lepas merdeke, UMNO telah berjaye memajukan negare, bangse dan agame Islam. Perkare ni Tok sangat meyakini nye kerane Tok di besarkan dari zaman sebelum merdeke. Ketike tu kehidupan rakyat sebelum merdeke sangat susah, boleh di katekan nak beli basikal buruk pun susah aprtah lagi dari segi mate pencarian.

Hari ini telah jelas dan nyate bahawe semue rakyat di Malaysia hidup mewah aman dan makmur di bawah pemerintahan UMNO semenjak dari hari kite mencapai kemerdekaan. Rakyat sudah terlalu yakin dengan kebolehan UMNO membele nasib orang melayu, orang melayu tidak perlu lagi mane2 parti untuk di sokong melainkan UMNO.

Pade dasar nye parti PAS atau PKR hanye ujud untuk memecah-belahkan kaum melayu sahaje. Memang jelas dan nyate kaum melayu telah berpecah dalam menguasai politik Malaysia. Dengan perpecahan ini kuase politik melayu sudah menjadi semakin lemah.

Dalam keadaan kuase politik melayu yang lemah inilah make kaum2 'pendatang' mengambil kesempatan menyepit orang2 melayu. Tok yakin bahawe pemimpin2 PAS dan PKR yang berketurunan melayu sedar bahawe orang melayu sedang di himpit dan di sepit oleh kaum2 'pendatang' ni.

Pade pendapat Tok, untuk mengelak kan orang melayu dari mati tersepit, kite harus kembali bersatu untuk menguatkan kuase politik orang melayu. Kepade pemimpin2 dan penyokong melayu di dalam PAS dan PKR Tok nasihatkan mereke2 tu untuk bersatu ke dalam UMNO.

Pesanan terakhir dari Tok, jike mereke2 ni masih berdegil dan keras hati adelah lebih baik bagi kerajaan UMNO bertindak untuk 'mengharamkan' saje parti2 yang menjadi petualang memecah-belahkan kaum melayu.


Kalu polis pule yang mati kene tembak, adeke segale keluarge dan sukusakat polis akan meratapi nye sedemikian juge???

Posted: 19 Aug 2013 05:00 PM PDT

Tok yakin lepas ni pasti akan ade yang tampil kehadapan mengutuk tindakan polis yang menjage keamanan negare. Perkare ni pasti akan memberi peluang kepade satu pehak yang akan berlagak kunun nye sebagai hero yang membele rakyat.

Bagi Tok adelah lebih baik perkare ni biar di selesaikan oleh pehak yang berkuase sahaje dan jangan lah di per besar2 kan sehingge ianye menjadi satu isu negare. Tok yakin polis yang bertindak sedemikian kerane mereke ade alasan2 nye nye tertentu.

Tok haraf kepade pehak keluar yang tertimpe musibah ni harus bersabar dan menerime nye sebagai takdir. Sehingge tu kite same2 tunggu pehak berjuase membuat penyasatan yang terperinci dan seterusnye membuat laporan yang telus dan adil.

Sekali lagi Tok ucap takziah dan simpati kepade semue ahli keluarge si mati.

Senarai yang mati di tembak polis:-
  
Bertindak atas maklumat senjatapi Pada 19/08/13 jam lebih kurang 0430hr sepasukan peg/anggta polis dari JSJ D9 Pulau Pinang dengan d bantu JSJ D9 B.Aman serta D9 Kedah telah membuat serbuan di Alamat, 1104, Century Bay service Apartment, Sg Nibong , pulau Pinang.Perkenalkan diri Polis kepada penghuni tetapi tiada jawapan. Pasukan serbuan telah memecahkan pintu sebaik sahaja terdengar tembakan dari dalam rumah.

Pasukan serbuan terus berbalas tembakan dan menyerbu kediaman tembakan di hentikan sehingga tiada lagi ancaman.
Hasil pemeriksaan dapati 5 Lelaki India telah mati di tembak dan 3 pucuk pistol di rampas. Butir-butir saspek dan senjatapi:

Bilik utama:
1) Nama: Gobinath A/L Jayasooryam
KPT: 820526-07-5343
Alamat: 1568, Kg Main Road, 13600 Perai, Pulau Pinang.
Geng 04
Rekod Jenayah : 1.Prai rpt.5430/09 sek. 324 kk
, 2. Sek Ceo -6(1)(c)
2) Nama: Rakan A/L Nagaiah
KPT: 880212-07-5089
Alamat: D38 Sg Nibong Kecil, Bayan Baru 11900 Bayan Lepas Pulau Pinang.
Geng 04
Rekod jenayah : 1.Pulau Tikus rpt. 748/05 sek 394kk wanted. 2. PPA Machang rpt. 00/09 -POPC 4 (1) Ditahan 2 tahun , 3. PPA Machang rpt . 00/11 - PDPC 7A (1) Ditahan 2 tahun dan 4. PPA Machang 00/12 - PDPC 7B (1) ditahan (pembatalan)
3) Nama: Ramesh A/L Raganathan
KPT: 861129-35-5801
Alamat: 1-4-2 Jalan Perkaka dua, Sg Dua, Gelugor, Pulau Pinang.
Geng 04 ,Rekod Jenayah : 1. Dadah DDA 39(A)(1) tiada wanted.
Senjatapi di jumpai : 1 pucuk Noricho warna silver

Bilik dua:
4) Nama: Vinut A/L Anbalagan
KPT: 900815-07-5067
Alamat: 3-12-B blok seratus Taman Selatan,Medan Penaga 11600 George Town Pulau Pinang.
Geng 04 . Rekod jenayah : Tiada rekod
Senjatapi di jumpai: 1 pucuk Revolver .38s 4inci warna perak

Bilik tiga:
Nama: Suresh A/L Murugasen
KPT: 880928-07-5025
Alamat: 7-G-4 Kompleks Teratai Jalan Sultan Azlan Shah 11700 Gelugor Pulau Pinang.
Geng 04
rekod jenayah: 1. Wanted Tg. Tokong rpt no: 2143/11 sek. 147kk
Senjatapi djumpai: 1 pucuk walther PPK warna hitam. 5. Nama:Gobinath a/l Myavanam Kpt: 920102-07-5517 Alamat : 44,tingkat berani 2,Jln Mohd Saad, Bagan Jermal,Butterworth. Geng . 04 . Rekod jenayah : tiada rekod .
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


GERAKAN ANTI PKR

Posted: 19 Aug 2013 09:02 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 19 Aug 2013 03:13 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Gambar) Baju ketat peluk jantan di rumah terbuka, Neelofa dikritik peminat

Posted: 19 Aug 2013 04:00 PM PDT

Hari Raya yang lepas, Neelofa telah memuat naik gambar di atas yang mengakibatkan peminatnya di Instagram meroyan kerana aksi bergambar sambil memeluk lelaki ini.

Bagi menghormati peminatnya, Neelofa telah mengeluarkan gambar di atas dari akaunnya.

Rahim R2 singkir adik sendiri kerana Mamat Sepah

Posted: 19 Aug 2013 08:33 AM PDT

Nampaknya kumpulan lawak adik beradik yang dilahirkan menerusi program realiti Raja Lawak, R2 kemungkinan akan dibuburkan apabila Rahim R2 mengambil keputusan untuk menyingkirkan adiknya iaitu Ridhzuan Mat Ali.

Penyingkiran itu dibuat bagi membolehkan dia bergandingan bersama dengan Mamat (sepah) yang. kini bergerak secara solo. Khabarnya lagi Rahim dan Mamat sudah sepakat mahu mengunakan gelaran 'Kucai' sebagai kumpulan baru yang akan mereka umumkan nanti.
Penyingkiran Ridhzuan dalam projek terbaru Rahim ini nyata mengundang persoalan kerana sebelum ini pernah juga dia mahu menubuhkan kumpulan baru bersama Man Raja Lawak tidak lama dulu.

Katanya Rahim tidak berpuas hati dengan prestasi Ridhzuan dalam arena lawak dan merasakan sudah memberikan adiknya itu banyak peluang untuk memajukan diri tetapi menghampakan.

Penubuhan kumpulan Kucai ini juga dibuat kerana mereka merupakan salah satu kumpulan yang akan beraksi di pentas Maharaja Lawak Mega musim yang baru tidak lama lagi dan juga telah memilih Munir (Phyne Ballerz) sebagai ahli yang ke 3. Sama – sama kita nantikan adakah gandingan Kucai oleh

Rahim, Mamat & Munir mampu menarik perhatian penonton di pentas MLM.

Fandi Ahmad tinggalkan JDT

Posted: 19 Aug 2013 06:41 AM PDT

JODOH lagenda Singapura, Fandi Ahmad bersama Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berakhir selepas hampir satu musim menabur bakti membimbing pasukan Johor Darul Takzim (JDT).

PBNJ dalam satu kenyataan memberitahu persatuan dan Fandi bersetuju untuk mengikut haluan masing-masing selepas membuat pertimbangan yang teliti serta persefahaman bersama.

Sambil menyifatkan Fandi sebagai seorang jurulatih yang cemerlang dan sentiasa berdedikasi bagi membentuk pasukan yang mantap, PBNJ menyatakan persatuan ingin mencari pendekatan taktikal yang berbeza.

"Pintu sentiasa terbuka bagi Fandi di PBNJ dan beliau sentiasa dianggap seperti keluarga di sini.

"PBNJ juga sentiasa bersedia memberi sokongan dalam sebarang usaha yang bakal diceburi beliau pada masa akan datang.

"Ini merupakan berita yang mendukacitakan buat PBNJ dan juga para penyokong Johor, namun PBNJ mendoakan yang terbaik buat Fandi," katanya.

PBNJ turut menyatakan Fandi telah banyak menabur bakti dalam pembangunan bola sepak Johor.

"Jasa dan sumbangan beliau terhadap projek bola sepak Johor akan sentiasa dikenang dan dihargai oleh PBNJ dan penyokong," katanya.

MAS tidak akan diswastakan

Posted: 19 Aug 2013 06:01 AM PDT

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines System Bhd, tidak akan diswastakan.

"Malaysia Airlines tidak akan diswastakan kerana pelan pemulihan syarikat penerbangan terbabit menunjukkan jumlah kerugian yang semakin menguncup," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Perdana Menteri yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Perbendaharaan 2013 hari ini, berkata demikian ketika mengulas cadangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Dr Mahathir berkata penswastaan merupakan salah satu langkah bagi mengatasi kerugian yang dialami syarikat penerbangan itu, terutama setelah beberapa kali melalui pelan pemulihan. - Bernama

(Gambar) Pakai ketat macam ini, kalau kena raba jangan salahkan orang lain...

Posted: 19 Aug 2013 05:01 AM PDT

Seorang wanita yang yang hanya memakai pakaian bersenama yang begitu ketat dilihat berada di dalam MRT yang penuh dengan penumpang. Tidak dapat dipastikan sama ada beliau mahu ke gymnasium ataupun telah pun selesai bersenam.

Foto yang diperolehi dari lama FB Stomp.sg ini mendapat kritikan ramai. Ada yang menganggap orang yang mengambil gambar ini adalah seorang yang tidak terbuka mindanya. Ada pula yang beranggapan wanita ini tidak mempunyai persaan malu dengan berpakaian sedemikian dikhalayak ramai.

Bagi yang menyokong wanita ini, mereka beranggapan ianya satu kebiasaan memakai pakaian ketat tersebut untuk bersenam.

Dalam MRT itu, kelihatan juga seorang wanita yang duduk di hadapan gadis yang berpakaian ketat berkenaan sedang menutup mukanya. Mungkin beliau juga berasa agak kurang selesa dengan penampilan gadis tersebut.

Hmmm...kalau macam ini punya gaya, jangan marah kalau jadi mangsa serangan seksual atau diraba ya...

Polis 'makan gaji buta' punca kaum India jadi gangster - Pemuda MIC

Posted: 19 Aug 2013 02:02 AM PDT

Petikan dari the Malay Mail

Barangkali T.Mohan tidak cukup membaca, tidak cukup bergaul dan juga tidak cukup ambil tahu perihal masyarakat India sendiri. Atau barangkali T.Mohan terlalu sibuk nak jaga punggung anak lelaki Sammy Vellu yang sekarang ini menjadi BIG BROTHER dalam MIC, Vell Parri.

Sungguh aneh apabila T.Mohan mempersalahkan pihak polis kerana kewujudan dan keberanian anak-anak India menjadi samseng dan anggota kumpulan kongsi gelap. Dan lebih menarik lagi ialah, sebagai Ketua Pemuda MIC, T.Mohan gagal mengenalpasti masalah yang berlegar-legar di kalangan masyarakat India, terutama sekali golongan mudanya dari golongan marhein yang amat tertarik untuk menganggotai kumpulan samseng dan penjenayah kerana pengaruh kuasa serta boleh mendabik dada tunjuk hebat.

Bagi mereka yang pernah tinggal dan bergaul dengan masyarakat India marhein, pastinya anda akan dapat melihat sisi-sisi gelap masyarakat India marhein yang tidak pernah dipedulikan oleh para pemimpin parti politik berteraskan masyarakat India sendiri.

Dengan sebuah rumah kecil dihuni lebih sepuluh orang, termasuklah ibu bapa, anak-anak, ipar duai, bahkan besan biras serta datuk nenek, kesempitan ruang tempat tinggal akhirnya membuka ruang yang lebih besar kepada masalah sosial. Dan lebih berat lagi, kekurangan tersebut cuba ditampung dengan perasaan hebat menerusi 'kegagahan dalam melakukan kerja-kerja jenayah'.

Para pemimpin MIC sebelum ini menyalahkan kerajaan yang diterajui oleh UMNO kerana tidak memberikan bantuan kepada masyarakat India. Namun apabila pendedahan dibuat dengan sebahagian besar peruntukan bagi masyarakat tersebut telah disalurkan kepada MIC memandangkan MIC adalah wakil masyarakat India dalam kerajaan, para pemimpin MIC tidak cuba untuk membetulkan kesilapan yang telah mereka lakukan sehingga MIC sendiri terpaksa bergantung harap kepada orang Melayu untuk terus hidup dan wujud sebagai sebuah parti.

Sambung baca di The Flying Kick

Vios 2013 atau Suprima S? Panduan untuk pembeli...

Posted: 19 Aug 2013 12:31 AM PDT

Proton Suprima S yang dilancarkan Sabtu lalu ternyata menjadi perbualan hangat banyak pihak.

Ada yang memuji, ada yang mengkritik, ada yang membuat perbandingan dengan model lain dan pelbagai lagi reaksi diterima.

Persoalannya, berbaloikah sekiranya anda membeli Proton Suprima S?

Model terbaru Proton ini termasuk di dalam segmen C.

Walaupun berbeza segmen, tidak salah rasanya membuat perbandingan antara dua kereta ini kerana harganya yang berada di dalam lingkungan serupa. Mari kita bandingkan.

1. HARGA
Suprima S:-
  • Proton Suprima S 1.6 Executive (metallic) RM76,688
  • Proton Suprima S 1.6 Executive (solid) RM76,338
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (metallic) RM79,988
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (solid) RM79,638
Toyota Vios 2013:-
  • Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo – RM93,200.00
  • Toyota Vios 1.5 G – RM88,500
  • Toyota Vios 1.5 E – RM82,900
  • Toyota Vios 1.5 J (Automatik)  – RM77,300
  • Toyota Vios 1.5 J (Manual) – RM73,200
Kesimpulan - Proton Suprima S memenangi kategori ini walaupun varian Vios J adalah lebih murah. Perlu diingatkan gear Vios J adalah manual dan varian automatik Vios hanya bermula pada harga yang lebih tinggi berbanding Suprima. Sudah tentu pilihan gear automatik menjadi pilihan terutamanya kepada pembeli yang kebanyakannya membuat pemanduan di dalam kota. Malah dengan hanya perbezaan RM3,000 sahaja berbanding varian asas, pembeli Suprima S sudah boleh mendapatkan varian yang paling hebat iaitu Premium.




2. REKAAN LUARAN
Suprima S – secara mudah, model ini sebenarnya adalah Proton Preve versi hatchback. Daripada komen yang diterima, ramai yang kurang berpuas hati dengan rekabentuk belakang Suprima S.  Lampu bahagian belakang tidak cukup menggoda pada pandangan kami. Namun bahagian depan Suprima S memang tidak dinafikan mempunyai ciri-ciri yang mampu menarik perhatian.

Toyota Vios 2013 - masih mengekalkan rekaan "dugong", itulah antara komen yang kami terima. Secara jujur nampak seperti tiada kajian mendalam yang dilakukan oleh Toyota untuk model terbarunya ini. Kemungkinan besar ini adalah kerana keyakinan Toyota untuk menjual produknya kepada rakyat Malaysia. Lampu belakang Vios juga dilihat kurang menarik dan tidak mengikuti perkembangan seperti model-model kereta daripada Korea.

Kesimpulan – Oleh kerana rekaan luaran adalah satu perkara subjektif, kami tidak dapat memberi kelebihan kepada salah satu model ini. Mungkin di mata kami nampak hodoh, tetapi di mata anda nampak cantik. Apa pun, jika kami disuruh membuat pilihan daripada segi luaran sahaja, kami akan memilih Toyota Vios 2013.

3. REKAAN DALAMAN

Suprima S - secara jujur, rekaan dalaman model ini nampak tidak begitu menarik. Sekali pandang, nampak terlalu kosong. Namun begitu, ciri-ciri seperti GPS dikuasakan Android, wifi, 7 inci LCD untuk pemain DVD dan 4-6 speaker berdasarkan model, memang terserlah kecanggihan yang ditawarkan.

Toyota Vios 2013 - lebih kemas dan menarik jika dibandingkan dengan Suprima S. Turut ditawarkan skrin sesentuh 5.8 inci secara pilihan, Bluetooth, kamera undur belakang dan pemain DVD.

Kesimpulan - daripada segi susun atur, ia dimenangi oleh Vios. Namun daripada segi nilai untuk wang, Suprima S memenanginya. Tiada bayaran tambahan atau caj dikenakan untuk mendapatkan rekaan dalam premium Suprima S jika dibandingkan dengan Vios.


4. KESELAMATAN

Suprima S - enam beg udara, tingkap kuasa anti-perangkap, Sistem Anti Kekunci Membrek (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) serta bagi model premium disertakan Park Assist dan kamera undur.

Toyota Vios 2013 - dua beg udara, Sistem Anti Kekunci Membrek (ABS) dengan EBS.

Kesimpulan - dimenangi sepenuhnya oleh Suprima S yang mendapat 5 bintang di dalam ujian keselamatan ANCAP.

5. ENJIN

Suprima S - 1.6 liter dengan ProTonic Continuous Variable Transmission (CVT), tujuh kelajuan automatik yang menawarkan kuasa maksimum 140 PS pada 5,000 revolusi per minit (rpm) dan kuasa kilas 205 Newton meter (Nm) pada 2,000 hingga 4,000 rpm, berkuasa sama seperti enjin 2.0 liter lain.

Toyota Vios 2013 - njin 1NZ-FE 1.5 liter dengan kuasa 109ps bersama-sama tork maksimum 141Nm. Sistem transmisinya juga masih mengekalkan kotak gear automatik empat kelajuan, termasuk versi manual lima kelajuan.

Kesimpulan - kekecewaan pada Vios 2013 kerana tidak menggunakan enjin baru sebaliknya hanya guna semula enjin yang digunapakai di dalam model Vios sebelum ini. Kategori ini dimenangi oleh Suprima S.

6. PEMANDUAN

Suprima S - pihak promosi menyatakan pengalaman pemanduan adalah sama dengan memandu kereta Volkswagen. Namun kami masih di dalam proses untuk memandunya sendiri. Nantikan ulasan daripada kami.

Toyota Vios 2013 – umum mengetahui bahawa pemanduan kereta Toyota tidak pernah mengecewakan. Namun sehingga kami dapat memandu ujinya sendiri, tiada ulasan dapat diberikan.

Kesimpulan - tunggu ulasan pandu uji daripada kami.

7. NILAI JUAL BALIK

Suprima S - nilai jual balik model Proton tidaklah sehebat kereta-kereta syarikat Jepun. Namun ia masih mengatasi model syarikat Korea. Boleh dikatakan nilai jual balik Suprima S akan berada di tengah-tengah. Namun ia turut sama bergantung kepada jualan semasa dan permintaan ketika itu.

Toyota Vios 2013 - pastinya nilai jual balik Vios 2013 akan lebih tinggi daripada Suprima S. Entah mengapa rakyat Malaysia begitu sinonim dan gembira untuk membeli kereta Toyota walaupun spesifikasi yang diberikan agak tidak memuaskan hati. Mungkin kerana pengalaman pemanduan dan sejarahnya tersendiri.

Kesimpulan - Toyota Vios 2013 memenangi kategori ini.

8. KESELURUHAN

Jika ditanya pada kami, antara Toyota Vios 2013 dan Suprima S, memang agak sukar untuk membuat pilihan. Kemungkinan besar kami akan memilih Suprima S kerana tawaran jaminan 5 tahun atau 150,000 kilometer. Kami tidak pasti dengan tawaran yang bakal datang dengan Vios 2013, namun kami yakin ia tidak mampu menandingi tawaran Proton. Apa kata anda?

Sumber : Arena Kereta

Punca Yusuf Haslam rebah dikesan, akan jalani pembedahan petang ini

Posted: 19 Aug 2013 12:01 AM PDT

PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah filem, Datuk Yusof Haslam, 59, bakal menjalani pembedahan membuang batu karang di Hospital Pakar KPJ Tawakkal di sini selepas dimasukkan ke hospital itu pagi Isnin.

Isterinya Datin Patimah Ismail berkata, Yusof dikejarkan ke hospital itu kira-kira pukul 9 pagi Isnin selepas mengadu sakit pada bahagian perut ketika bangun pagi untuk solat Subuh selain mengalami kencing berdarah.

"Saya mula risau apabila dia hampir pengsan kerana menahan sakit selain wajahnya menjadi pucat. Saya tidak mengetahui punca sebenar kesakitan yang dialaminya dan terus membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan," jelasnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Patimah memberitahu doktor mengesahkan suaminya mengalami penyakit batu karang dan perlu menjalani pembedahan segera bagi mengelak keadaannya bertambah teruk.

Katanya, Yusof akan menjalani pembedahan secara laser pada bahagian kanan perutnya pada petang Isnin.

"Keadaan suami sekarang stabil selepas doktor memberikan ubat tahan sakit sebelum menjalani pembedahan yang dijadualkan pada petang ini.

"Doakan supaya dia selamat menjalani pembedahan itu dan kembali sihat," katanya.

Dalam perkembangan sama, Patimah berkata, sebelum ini Yusof tidak pernah menunjukkan sebarang tanda-tanda penyakit batu karang dan hanya mengetahui perkara itu apabila dirujuk ke hospital pada pagi Isnin.

Adi Putra, Datuk Yusof Haslam rebah dikerjarkan ke hospital

Posted: 18 Aug 2013 11:01 PM PDT

Pagi tadi, kita dikejutkan dengan berita mengenai pelakon popular, Adi Putra yang dikejarkan ke sebuah hospital kerana mengalami masalah kesihatan.

Menurut isterinya, Aida, 38, Adi Putra difahamkan masih didalam wad kecemasan disebuah hospital yang tidak didedahkan namanya. Berita ini mula dikongsi oleh Aida menerusi laman Instagram-nya ketika Adi Putra dibawa oleh sebuah ambulans.


Sebentar tadi, menerusi Utusan, kami sekali lagi dikejutkan dengan berita mengatakan Datuk Yusof Haslam telah dikejarkan ke Hospital Tawakal yang terletak di ibukota setelah rebah di rumahnya sekitar pagi tadi.

Anaknya, Syamsul Yusof ketika ditanya memberitahu punca ayahnya rebah masih belum diketahui. Sehingga kini, pihak hospital masih lagi cuba untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelakon dan juga pengarah filem terkenal itu.

Apa pun kita doakan semoga kedua-dua mereka tidak mengalami masalah yang serius.

BPL - Maurinho pamer sentuhan magis

Posted: 18 Aug 2013 10:43 PM PDT

LONDON - Jose Mourinho mempamerkan sentuhan magisnya di Chelsea apabila memulakan kempen Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 2-0 ke atas Hull City di Stamford Bridge, semalam.

Pemain Brazil, Oscar meletakan Chelsea mendahului pada minit ke-13 apabila rembatan rendah pemain itu menewaskan penjaga gol Hull, Allan McGregor.

Frank Lampard, yang gagal menyempurnakan penalti pada minit keenam, menebus kesilapannya itu dengan menjaringkan gol kedua Chelsea menerusi sepakan bebas pada minit ke-25.

Sementara itu, penyerang Sepanyol, Roberto Soldado menyempurnakan penalti pada babak kedua dalam kemunculan sulungnya bersama Tottenham untuk pasukannya menang 1-0 ke atas Crystal Palace.

Tottenham diberikan penalti pada minit ke-50 setelah pertahanan Palace, Dean Moxey menampan bola dengan tangan hantaran silang Aaron Lennon.

Palace, yang dibimbing Holloway beraksi buat kali pertama dalam Liga Perdana sejak 2005 dan mereka hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-89 apabila Kagisho Dikgachoi melakukan percubaan namun dinafikan penjaga gol Hugo Lloris.

Sementara itu, dalam perlawanan awal pagi semalam, David Moyes 'lulus cemerlang' ujian pertama sebagai pengendali baharu Manchester United apabila menang 4-1 ke atas Swansea.

Robin Van Persie dan Danny Welbeck masing-masing menjaringkan dua gol sementara tuan rumah hanya mampu membalas menerusi jaringan tunggal Wilfried Bony pada minit ke-82.

Moyes menyifatkan kemenangan itu menyempurnakan impiannya untuk memulakan musim baru di Old Trafford. - AGENSI

Taktik jahat Anwar jatuhkan Najib

Posted: 18 Aug 2013 10:28 PM PDT

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak membuat tawaran untuk membentuk kerajaan perpaduan dilihat sebagai satu lagi taktik jahat Ketua Pembangkang itu untuk menjatuhkan imej Perdana Menteri menjelang pemilihan UMNO akan datang.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd. Noor mendakwa, Anwar sengaja ingin mewujudkan persepsi negatif dalam kalangan ahli UMNO bahawa kononnya Najib sanggup berkompromi dengan musuh politiknya.

"Anwar ingin mewujudkan kesangsian dalam kepimpinan UMNO seolah-olah Perdana Menteri yang mahu berkompromi dengannya. Ini manipulasi dan permainan jahat Anwar.

"Saya tahu daripada rakan-rakan di Indonesia bahawa beliau (Anwar) yang sebenarnya mengusulkan perkara tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ezam mengulas pendedahan beberapa blog yang mendakwa Anwar sebenarnya menawarkan kerajaan perpaduan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Barisan Nasional (BN) kepada Najib dengan tiga syarat yang disampaikan menerusi bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla ketika berkunjung ke Kuala Lumpur pada 28 Julai lalu.

Tiga syarat Anwar itu dakwa salah sebuah blog, http://www.rbfonline.net adalah melantiknya sebagai Timbalan Perdana Menteri, melantik empat Ahli Parlimen PKR sebagai menteri, beliau akan memecat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Najib akan memilih siapa pengganti kekosongan itu tetapi semuanya ditolak oleh Najib.

Anwar dalam wawancara bersama laman web Asia Sentinel pada Isnin lalu mendakwa, Perdana Menteri menghubunginya dan mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan tersebut tetapi beliau menolaknya.

Mengulas lanjut, Ezam berkata, tindakan Anwar menyatakan usul kerajaan perpaduan oleh Najib tidak masuk akal memandangkan pihak yang terdesak untuk meraih kuasa adalah Anwar, bukannya Perdana Menteri.

"Anwar memerlukan kuasa untuk menyelesaikan masalahnya sendiri. Sebab itu saya tidak terkejut kerana saya cukup yakin Anwar dalam keadaan terdesak dan sebab itu dia yang mengusulkan kerajaan perpaduan supaya dapat kuasa, duduk dalam pemerintahan kerajaan," katanya.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Politik/20130819/po_01/Taktik-jahat-Anwar-jatuhkan-Najib#ixzz2cOEgFus3
© Utusan Melayu (M) Bhd

Gandingan mantap Hadi-Mat Sabu wajib dikekalkan - Salahuddin

Posted: 18 Aug 2013 09:01 PM PDT

KUALA LUMPUR: Gandingan mantap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Mohamad Sabu perlu terus dikekalkan bagi memperkasakan parti dan kedudukannya dalam landskap politik negara pada masa akan datang, kata naib presidennya Salahuddin Ayub.

Menurut bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian ini, kepemimpinan Abdul Hadi dan Mohamad dilihat gandingan terbaik untuk terus mengemudi PAS bagi berdepan pelbagai cabaran politik selain membawa parti Islam itu ke tahap tertinggi bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Gandingan mantap Hadi-Mat Sabu wajar diteruskan

Kata Salahuddin, perwakilan pada dua tahun lalu telah memberikan isyarat jelas mengenai barisan kepimpinan parti dan memilih Mohamad untuk membantu Abdul Hadi.

"Saya lihat secara objektif gandingan presiden Datuk Seri Abdul Hadi dan Mat Sabu adalah satu gandingan yang sangat diperlukan dalam era kita menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Presiden yang begitu kukuh dan personaliti yang kuat dibantu oleh Mat Sabu yang kita kenali sebagai tokoh penggerak massa.

"Beliau (Mohamad) mampu untuk memobilasi rakyat dan diterima dengan baik bukan sekadar ahli PAS tapi di kalangan parti politik, NGO (badan bukan kerajaan) dan masyarakat umum," katanya menyentuh pemilihan PAS yang akan diadeakan pada November ini dalam temubual bersama Antarapos.

Pada pemilihan PAS dua tahun lalu, Abdul Hadi mengekalkan jawatan presiden parti untuk penggal kelima kerana tiada pencabar sementara Mohamad yang mesra dengan panggilan 'Mat Sabu' dipilih sebagai timbalan presiden PAS dalam perebutan tiga penjuru.

Mohamad meraih 420 undi bagi mengalahkan dua calon ulama - iaitu penyandangnya, Nasharudin Mat Isa (224 Undi) dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399 Undi).

Kelmarin Mohamad memberitahu beliau belum memutuskan sama ada akan mempertahan jawatan pemimpin nombor dua itu pada pemilihan kali ini.

Gandingan Hadi-Mat Sabu ubah landskap politik negara

Tambah Salahuddin, gandingan Abdul Hadi dan Mohamad dalam tempoh sepenggal ini telah mengubah landskap politik dan pola pengundian, yang menyaksikan Pakatan menambah bilangan kerusi di peringkat Parlimen pada PRU13.

Justeru beliau percaya perwakilan akan meneliti dan menilai banyak faktor termasuk sumbangan dan peranan yang dimainkan setiap calon bertanding.

"Jadi gandingan itu adalah gandingan yang kuat dan ia sangat membantu PAS khususnya dalam menghadapi PRU13 lalu.

"...untuk yang akan datang saya rasa itu juga harus diperhatikan dan saya rasa perwakilan juga akan memberikan isyarat, adakah gandingan yang ada pada hari ini akan berterusan atau perwakilan ingin memberikan satu isyarat yang lain.

"Itu sama-sama kita tunggu nanti," katanya.

Mat Sabu: Hubungan saya dengan Hadi baik dan tiada masalah

Sementara itu Mohamad yang ditemui di kediamannya di Shah Alam mengakui hubungannya dengan Abdul Hadi tiada masalah malah masing-masing saling bekerjasama antara satu sama lain.

Beliau turut menolak dakwaan bahawa tindakan dibuat Abdul Hadi terlalu konservatif dan tidak seiring dengan peredaran zaman.

"Saya dengan presiden begitu baik, saling bantu-membantu...tiada (salah faham).

"Tidak (ketinggalan zaman), (kerana) tindakan presiden s

Pemilihan UMNO: KJ umum pertahan Ketua Pemuda

Posted: 18 Aug 2013 08:02 PM PDT

REMBAU – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan keputusannya untuk mempertahankan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang disandangnya kini.

Perkara tersebut diumumkan beliau dalam satu sidang media sempena sambutan rumah terbuka Aidilfitri yang berlangsung di kediamannya sebentar tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Malaysia mula memegang jawatan tersebut sejak 2008.

Justeru, menjelang pemilihan UMNO yang bakal berlangsung pada September dan Oktober ini, Khairy dilihat bakal mendapat tentangan daripada Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron.

Pelakon lelaki popular 'tabur pasir' dalam periuk nasi Adam Corrie Lee

Posted: 18 Aug 2013 07:31 PM PDT

Corrie (tengah) dalam filem KL Gengster.
PETALING JAYA: "Dia kawan yang busuk hati kerana nak tutup rezeki saya!" Kenyataan itu cukup menggambarkan kekecewaan hati pelakon antagonis, Adam Corrie Lee Abdullah yang sedih apabila mendakwa 'ditikam' kawan baik sendiri.

Adam Corrie, 45, berkata, seorang pelakon lelaki yang pernah memenangi anugerah telah menabur pasir dalam periuk nasinya dengan menyebarkan cerita buruk agar dia tidak diambil berlakon dalam mana-mana produksi filem menyebabkan peluangnya tertutup.

"Saya benar-benar kecewa dan sedih. Kenapakah pelakon itu sanggup berbuat demikian kepada saya? Apa salah saya? Dia lebih hebat daripada saya kerana telah menang anugerah. Kenapa hendak dengki dan busuk hati dengan saya?" ujarnya kepada mStar Online.

Adam yang juga seorang koreografer berkata, pada mulanya dia tertanya-tanya kenapakah tawaran berlakon yang sepatut diterimanya semakin berkurangan sehinggalah ada pihak memberitahu, terdapat seorang pelakon cuba mempengaruhi pengarah dan produser agar tidak mengambilnya berlakon.

Katanya, cerita berkenaan disampaikan oleh beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan sikap pelakon berkenaan kerana cuba membawa budaya tidak baik dalam produksi.

Malah katanya, ketika nama dia dimasukkan dalam senarai bagi watak antagonis, individu tersebut berjaya meyakinkan pengarah dan pihak produksi supaya menggugurkan namanya tanpa sebab yang munasabah.

"Lebih menyedihkan pelakon itu sanggup kata 'kenapa nak ambil Cina ni (berlakon)' bila dia nampak nama saya. Saya memang sedih," jelasnya.

Ditanya adakah dia mempunyai apa-apa masalah peribadi dengan pelakon itu Corrie berkata, dia tidak pernah bermusuhan dengan individu tersebut malah mereka adalah kawan baik.
Corrie (tengah) dalam filem KL Gengster.

Katanya, pelakon itu juga tidak menunjukkan sifat membencinya malah cuba berpura-pura baik setiap kali mereka bertentang mata.

"Apabila jumpa saya, dia selalu tepuk bahu saya dan berborak macam biasa. Tapi apabila di belakang saya dia cuba buat perkara yang tak elok. Mungkin dia cemburukan saya," katanya.

Walaupun begitu kata Corrie, dia bersyukur kerana Allah telah membuka jalan dengan memperluaskan rezekinya dalam bidang lain iaitu sering dijemput dalam majlis-majlis agama yang tidak melibatkan politik.

Corrie dijemput untuk berkongsi rahsia bagaimana hatinya terbuka iaitu untuk memeluk Islam.

"Saya dapat banyak undangan ceramah agama. Sebelum menerima pelawaan, saya akan pastikan jemputan untuk saya itu tiada kaitan dengan apa juga elemen politik," katanya.

Pelakon ini memberitahu, hasratnya untuk berlakon tidak pernah padam dan berharap agar mana-mana produser terus memberi ruang untuknya aktif semula dalam dunia seni.

Malah dalam masa yang sama dia meminta agar mereka tidak terus terpedaya dengan kata-kata buruk individu tertentu mengenai dirinya.

"Jika ada pengarah hendak tahu sesuatu cerita yang benar mengenai saya, tanyalah saya sendiri. Jangan mudah terpedaya dengan cakap-cakap orang," rayunya.

Corrie yang memeluk Islam pada 13 Julai 2007 telah berkahwin dengan wanita Melayu iaitu Fazema Mohd Fuad, 35, pada 2008.

Selain aktif sebagai pereka tari, Corrie telah berlakon lebih 10 buah filem yang kebanyakannya untuk watak antagonis ataupun gengster Cina.

Antara filem lakonan beliau ialah Paloh, Spinnng Gasing, KL Gangster, KL Gangster 2, Libas, Bohsia:Jangan Pilih Jalan Hitam, Gangster Celop dan Darah Panas.

Pada 25 April lalu Corrie membuat laporan kepada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) selepas hilang punca pendapatan hampir RM40,000 gara-gara tiada tawaran berlakon selepas tersebar gambar kononnya dia menyertai Pas.

JEBAT BERKOKOK

Posted: 19 Aug 2013 01:33 PM PDT

JEBAT BERKOKOK


Steady Zahid..Bukan telur sebarang telur..telur jantan!!

Posted: 18 Aug 2013 09:24 PM PDT

zahidhamidi1xx
 
Apa lagi yang perlu diuji kepada Menteri Dalam Negeri? Menteri Zahid Hamidi.
 
Selepas satu, satu lagi tindakan yang beliau ambil amat menggembirakan kita.
 
Dalam pada rakyat Islam Malaysia merasa dukacita apabila kesucian surau dinodai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, Menteri Zahid Hamidi bingkas mengambil tindakan yang sewajarnya.
 
Tindakan menarik balik taraf Pemastautin Tetap (PR) terhadap pemilik resort di Johor dilihat sebagai tindakan tepat yang dibuat oleh Menteri Zahid.
 
Jebat ucapkan terima kasih kepada Menteri Zahid apabila mengambil tindakan seperti yang dicadangkan oleh beberapa sahabat blogger di dalam artikel mereka supaya melucutkan taraf PR pemilik resort berkenaan. (walaupun mungkin secara kebetulan)..
 
Sesungguhnya perlantikan Menteri Zahid untuk menerajui KDN adalah tepat pada masanya. Di saat Islam dicemarkan, disaat negara cuba digoncang, mujurlah kita ada anak jantan bernama Zahid Hamidi. Dahan tempat bergantung harap.
 
Syukur zaman AMARAN sudah berlalu dan kini masa untuk mengotakan apa yang dikata.
 
JIKA RAKYAT DI LUAR SANA BERGEMBIRA DENGAN TINDAKAN YANG MENTERI ZAHID AMBIL TIADA SEBAB MENGAPA ORANG-ORANG UMNO TIDAK MENOBATKAN ZAHID SEBAGAI NAIB PRESIDEN UMNO SEKALI LAGI.
 
p/s: Harap-harap orang UMNO jangan pilih pemimpin yang orang-orang UMNO suka tetapi pilihlah pemimpin yang RAKYAT suka. Orang-orang UMNO jangan syok sendiri!!!

THE FLYING KICK

Posted: 19 Aug 2013 01:32 PM PDT

THE FLYING KICK


DAH KATA DAH, DAP CUKUP SAYANGKAN PENJENAYAH, POLIS DITUDUH BUNUH PENJENAYAH SECARA SENGAJA!!!

Posted: 19 Aug 2013 08:19 AM PDT

MALANGNYA NASIB JADI BLOGGER PRO-KERAJAAN... DIBODOHKAN OLEH PAK MENTERI SAHAJA!!!

Posted: 19 Aug 2013 07:30 AM PDT

GUAN ENG CUBA SELAMATKAN LOKASI GANGSTER CINA DI PULAU PINANG!!!

Posted: 19 Aug 2013 06:18 AM PDT

SAM KETOT TERKENA UMPAN... BUKTI DIA BUTA PERUT DAN BANTUT AKAL!!!

Posted: 19 Aug 2013 02:00 AM PDT

LAAAA... CHINABENG BUAT PERANGAI LOQLAK LAGI, KALI INI BAWA BEG PLASTIK PULAK DAH ANGKUT MAKANAN DI RUMAH TUN MAHATHIR!!!

Posted: 19 Aug 2013 12:30 AM PDT

KETUA PEMUDA MIC PULAK SALAHKAN POLIS SEBAB BANYAK PEMUDA INDIA JADI SAMSENG DAN AHLI KONGSI GELAP!!!

Posted: 18 Aug 2013 11:00 PM PDT

LIM LIP ENG PERSOAL TINDAKAN POLIS TEMBAK MATI 5 ORANG ANGGOTA KONGSI GELAP 04 DI PULAU PINANG!!!

Posted: 18 Aug 2013 09:30 PM PDT

Cucu Tok Selampit

Posted: 19 Aug 2013 01:29 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Laporan Sampah Daripada Wartawan New Straits Times Berkaitan Berita Air Asia

Posted: 18 Aug 2013 09:30 PM PDT


Kalau dilihat sekali imbas laporan berita New Straits Times hari ini, seolah-olah telah memaparkan berita bahawa Air Asia, telah menjadi "hero" dengan menghantar dua pesawatnya untuk membawa pulang 100 penumpang pesawat tambang murah Zest Air dari Manila, yang terkandas. Ini disebabkan operasi penerbangan syarikat tambang murah Zest Air telah digantung oleh 'Philipines Airline Authority (PAA)'.

Hebat laporan daripada wartawan New Straits Times berkenaan. Cumanya, apa yang tidak diberitakan di dalam laporan berkenaan adalah Zest Air yang berpusat di Filipina adalah milik bersama Air Asia (Filipina). Air Asia (Filipina) mempunyai pegangan saham sebanyak 85% di dalam Zest Air.

Sekiranya Air Asia adalah pemilik majoriti Zest Air, bagaimana wartawan NST boleh membuat laporan bahawa Air Asia telah "menyelamatkan" 100 penumpang?! Bukankah Air Asia sedang menyelesaikan masalah mereka sendiri? Ini salah satu laporan yang tidak beretika dan bersifat pengampu Air Asia. Ada apa-apakah di antara NST dan Air Asia?


Kalau Mufti Sendiri Tidak Pandai Bersyukur Dengan Berkata "Tunggu 5 Jam Di Hospital, Hanya Dapat Panadol"

Posted: 18 Aug 2013 06:00 PM PDT

Terbukti Mufti juga seorang manusia biasa, yang banyak kelemahan dan kurang kesabaran. Ini berikutan Mufti Perlis, Datuk Dr Juanda Jaya yang mengeluh apabila beliau sendiri terpaksa menunggu hampir lima jam di Bahagian Kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan dan akhirnya hanya menerima panadol serta ubat luka. Ini berikutan kedatangannya ke Hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan bersama isterinya ekoran mereka dirompak di rumah di Samariang, dekat sini oleh dua lelaki bersenjatakan pedang samurai, awal pagi Sabtu. Laporan penuh oleh Astro Awani, di sini.

Maafkan CTS kalau terpaksa menegur seorang Agamawan terutama seorang Mufti Negeri. Apabila seorang Mufti bercakap yang bukan di dalam bidangnya, maka kadangkala akan terserlah kejahilannya. Pendapat CTS, apabila Doktor hospital berkenaan hanya memberi  Panadol ini bermakna Tuan Mufti tidak sakit. Beliau terpaksa menunggu sehingga 5 jam mungkin kerana Doktor hendak menunggu laporan dari makmal. Buat pengetahuan Tuan Mufti, orang-orang kampung terpaksa menunggu sehingga berhari-hari untuk mendapatkan rawatan, jadi 5 jam itu boleh dikira cepat.

CTS merasakan kalau bukan disebabkan Tuan Mufti terpaksa mendapatkan laporan Doktor Kerajaan di dalam kes rompaanknya, mungkin beliau telah pergi ke hospital atau klinik swasta. Lagipun Tuan Mufti pasti jauh dari mampu. Tuan Mufti kalau tidak ada sifat sabar, susahlah. Bukankah mereka yang mengajar kita Hadis Rasulullah SAW, yang bermaksud "Sabar itu separuh daripada Iman"? Belajar bersyukur itu bukankah lebih baik dari mengutuk Doktor yg membantu Tuan Mufti.

SPAD - Perkongsian Pintar Keretapi Laju KL-Singapura Di Seminar RBA

Posted: 06 Aug 2013 10:00 PM PDT


"Kami sedang berusaha dengan keras ke arah merealisasikan keretapi laju (bullet train) membabitkan laluan perjalanan KL-Singapura menjadi kenyataan dan beroperasi menjelang tahun 2020," demikian dinyatakan oleh CEO Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Nur Ismail. Sebagai satu projek yang menjadi perhatian umum yang menelan belanja berbillion ringgit ia nya sudah pasti diberi tumpuan oleh pihak SPAD.

Mohd Nur Ismail yang bakal menjadi salah seorang speaker di forum Rail Buniness Asia (RBA) 2013 yang membincangkan dan mengemukakan isu perkhidmatan dan effisiensi 'High Speed Rail' di mana persidangan ini juga turut membicangkan fesibiliti sistem keretapi laju di Asia.

Acara tersebut yang akan di adakan pada 10-12 haribulan September 2013 ini di Kuala Lumpur Convention Centre, di mana  SPAD akan mengendalikan bersama Construction Industry Development Board Malaysia (CIDB) dengan dibantu oleh Malaysian Industry-Government Group for High Technplogy (MIGHT).

Kerajaan Malaysia yang begitu komited dengan pembangunan dan perkembangan infrastruktur pengangkutan awam  mengenal pasti keperluan kritikal industri 'railway' dengan keperluan kakitangan yang  berkemahiran teknikal dan releven berkenaan industri ini.

Satu memorandum persefahaman (MOU) antara Thales, yakni satu badan global yang begitu dikenali di dalam bidang transportasi darat telah dimeterai bersama MIGHT kearah mempromosikan tenaga kerja berkaitan pembinaan industri rel ini.

Selain pembabitan  badan seperti SPAD, CIDB dan MIGHT Convention Rail Business Asia 2013, turut sama mengambil bahagian adalah pelbagai agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Pengangkutan (MOT), MRT of Thailand, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Rapid KL, MRT, Syarikat Pengendali Keretapi Laju Taiwan (THSRC), Vietnam Railway dan banyak lagi pemain industri berkenaan rel laju.

Duke of UMNO

Posted: 19 Aug 2013 01:23 PM PDT

Duke of UMNO


GEMPAR..!!! BLOGGERS UMNO JADI BLOGGER PAS..???!!!

Posted: 19 Aug 2013 05:37 AM PDT

Baru-baru ni Tun M berkata pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitrinya di Seri Kembangan...
"Golongan intelektual, profesional dan pesara yang berkaliber kini kurang berminat menyertai UMNO kerana mereka tidak diberi peranan lebih besar dalam kepimpinan parti peringkat bahagian, negeri serta Pusat."
Apa yang Tun M sebut tu sebenarnya bukan baru. Dah banyak kali dah aku dengar Tun M kata macam tu. Tapi kalau dilihat diperingkat cawangan dan bahagian, masih lagi berlaku budaya yang Tun M kata tu...

Kalau korang nak tahu, perkara yang sama berlaku pada bloggers...Meh sini aku cerita...


Dulu di zaman Pak Lah, UMNO tak beri perhatian pada bloggers pro-UMNO/BN. Ada ketikanya, kami dianggap pengkhianat hanya kerana menegur kepincangan yang ada di peringkat cawangan, bahagian dan PM sendiri...

Misalnya aku dulu, aku selalu tegur UMNO. Dari Pak Lah, KJ dan pemimpin-pemimpin UMNO di Kedah, hinggalah ke peringkat Pemuda dan Puteri. Semuanya aku tegur. Aku tegur bukan pasal aku nak jatuhkan depa.. aku tegur pasal aku nak UMNO kembali kuat dan gagah...

Masa tu, aku takde saluran nak tegur UMNO dan kepimpinannya. Masa tu kami tak diberi ruang. Malah kami dituduh macam-macam.. walaupun kami betul-betul berjuang kerana sayangkan UMNO berdasarkan alif ba ta...

Tapi, lepas UMNO hampir kalah di zaman Pak Lah dulu, barulah peranan bloggers dianggap penting. Masa tu, bloggers diberi perhatian. Depa bukan suka dengan bloggers, tapi depa terpaksa. Depan manis, belakang depa menyampahhhh... ye laaa.. asyik kena tegur jer...heh!

Bila nak dekat PRU, peranan bloggers makin penting, khususnya nak lawan Red Bean Army dan puak-puak bloggers pembangkang. Maklum la.. pembangkang ni takde media lain selain internet untuk sebarkan fitnah dan pembohongan depa... kami la yang dok lawan tiap-tiap hari...heheheee...

Tapi lepas PRU ke-13, peranan bloggers ni semakin tak diperlukan. Member aku yang selalu dihubungi pihak tertentu kata, dulu boleh dikatakan tiap-tiap hari depa sms dan call nak jumpa dan bincang macam-macam.. tapi sekarang ni tengok muka pun dah takmau dahhhh...heh!

Aku terfikir... kalau la blogger-blogger ni merajuk dan masuk PAS, atau salurkan maklumat tertentu pada pembangkang, apa kita nak buat?

Macam Tun M kata, mungkin pasal UMNO tak beri perhatian dan peluang pada golonan profesional maka depa lebih cenderung pada pembangkang, maka tak mustahil jugak berlaku pada bloggers, kan?

Aku? Aku tak mungkin beralih sokong pembangkang.. cuma aku risau jugak kalau ada kawan-kawan aku yang dah fed-up dengan budaya yang Tun M kata tu...tak mustahil, kan?

PANASSS..! AZALINA BAKAL TEWAS KERANA SOKONGAN DARI KEDAH?

Posted: 19 Aug 2013 03:37 AM PDT

Makin panas perebutan jawatan Ketua Wanita UMNO. Baru-baru ni Ketua Wanita UMNO Kedah umum sokong Datuk Seri Shahrizat untuk kekal di jawatan tu... Biasa la.. bukan ke Mami Ijat yang lantik Dato' Maznah jadi Ketua Wanita UMNO Kedah...

Well...aku salute loyalti Dato Maznah pada Mami Ijat.... Tapi, yang aku risaunya, apakah kata-kata Dato Maznah tu akan dipersetujui semua Ketua Wanita Bahagian di Kedah... Nampak macam ada yang kurang setuju...hmmm...

Menurut sumber yang aku risik di Kedah ni, ada yang sokong Mami Ijat... dan ada yang sokong Azalina... Masing-masing ada hujah masing-masing...


Mami Ijat ada kelebihan dan kelemahan...Azalina pun ada kelebihan dan kelemahan... Ada blogger sokong Mami Ijat dan ada yang sokong Azalina... aku dengar hujah dari kedua-dua belah pihak... 

Hmmmm... cuma yang aku kurang gemar tu, dah ada budaya "masam muka" antara team Mami Ijat dan team Azalina... Tu belum sebut team Halimah lagi tu...mujur la Halimah tarik diri disaat akhir.. kalau tidak...ada pulak yang masam mukaaa...heh!

Wanita ni biasa laaa.. tak puas hati, depa masam muka... Mujur la tak jadi kes baling kerusi meja macam PKR tuuuu...heh!

Aku? Mula-mula aku ingat nak sokong Azalina... tapi kesian pulak tengok Mami Ijat... So far aku belum buat keputusan lagi.. tengok lah.. aku pantau je kedua-dua belah pihak... Aku nak tengok, kalau mana-mana team yang buat hal, aku sokong team yang satu lagi...heh!

So far team Mami Ijat dan team Azalina tak kenal aku... maklum la.. aku ni tak boleh undi depa.. takde kepentingan pun... tapi percayalah... lepas aku selidik nanti, dah tentu aku akan beritahu korang yang mana sesuai dan yang mana tak sesuai... lepas tu semua ahli wanita UMNO fikir la sendiri...

Bukan apa... di zaman sekarang ni kena aggresif sikit.. politik sekarang ni tak macam politik dulu... makin teruk bila pembangkang sekarang ni lebih banyak main kotor.. persoalannya, boleh ke calon Ketua Wanita tu lawan wanita pembangkang tu? Kita tengok siapa yang sesuai...heh!

PANASSS..!!! KJ VS IDRIS HARON, KORANG PILIH SIAPA?

Posted: 19 Aug 2013 01:37 AM PDT

Wehhhh..!!! KJ dah umum pertahan Ketua Pemuda UMNO... Khabarnya CM Melaka, Dato' Idris Harun bakal cabar dia... amacam?

Antara KJ dengan Idris Harun, siapa yang korang pilih?

Heheheheee... alamatnya lepas ni Parpukari, Maya Khairi, Anak Omak, Singh is King dan kawan-kawan aku yang lain akan muncul aktif balikkkkk..! Hahahahahaaaa....

Amacam? Aku sokong yang mana satu? Ntah laaa.. korang rasa? Heh!


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan keputusannya untuk mempertahankan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang disandangnya kini.

Perkara tersebut diumumkan beliau dalam satu sidang media sempena sambutan rumah terbuka Aidilfitri yang berlangsung di kediamannya sebentar tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Malaysia mula memegang jawatan tersebut sejak 2008.

Justeru, menjelang pemilihan UMNO yang bakal berlangsung pada September dan Oktober ini, Khairy dilihat bakal mendapat tentangan daripada Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron.

HOT..!!! MANA SATU "BAKAL" JADI KETUA PEMUDA..?

Posted: 18 Aug 2013 11:37 PM PDT

Mana satu "bakal" Ketua Pemuda nihhh..??? Cuba teka...heh!
Uihhhh..!!! Hangat betul depa berkempen nak tanding jawatan dalam UMNO. Ada yang nak jadi Ketua Bahagian, ada yang nak jadi Timbalan, Naib, dan ada jugak yang nak jadi Pengerusi Tetap. UMNO amalkan demokrasi...bertandinglah sebaiknya...

Basically, aku tak gemar sikit bila bab pemilihan ni. Kalau ada pemilihan, mesti ada yang masam muka. Yang sokong Dato' A, akan masam muka dengan Dato' B, dan begitu la sebaliknya. Hmmm... depan muka manis, belakang kalu...Allah saja yang tahu...heh!

Tapi tu dulu... bagi Pemuda Bahagian Alor Setar, depa tak jadi lagu tu... Meh sini aku cerita apa yang berlaku...heh!


Menurut maklumat, Dato' Zuza dah tak boleh jadi Ketua Pemuda Alor Setar dah atas faktor umur. So dia lepaskan jawatan tu untuk dipertandingkan...

Menariknya, dikatakan seluruh Pemuda Alor Setar sebulat suara untuk lantik seorang "pemuda" untuk dijadikan Ketua Pemuda Alor Setar. Khabarnya, pemuda itu "menang tanpa bertanding"..

Uik! Kenapa jadi macam tu? Kenapa takde orang cabar brader tu?

Apa yang aku tahu, brader tu memang bagus dan layak untuk dilantik jadi Ketua Pemuda Bahagian. Maksud aku, sepanjang yang aku tahu, dia belum lagi buat perkara-perkara yang "tak patut" dan "tak wajar" sebagai pemimpin muda. 

Jadi, mungkin disebabkan itulah maka dia dikatakan akan menang tanpa bertanding. Orang malu nak lawan dia... mungkin segan dan hormat atas kebolehan dia kot?

Apa pun, aku salute la kat Dato Zuza sebab dapat anak buah yang begitu berkualiti. Brader tu boleh pergi jauh kalau dipolish lebih lagi. Berilah peluang padanya untuk buktikan kepimpinannya...

Mungkin brader tu "hairan", kenapa aku tiba-tiba promote dia? Brader tu tak kenal aku pun, tapi aku kenal dia. Dan aku ada banyak maklumat pasal dia... so far, dia "bersih" buat masa ni. Kalau dah jadi Ketua Pemuda nanti tak tahulah macamana.. harap dia kekalkan "kebersihan" tu...

Bukan apa... aku kenal dia, tapi dia tak kenal aku. So, kalau dia buat salah, aku akan tegur dia dulu. Tapi kalau dia tak betulkan kesalahannya, hehehehee... faham-faham je la broooo...heh! Larikkkkk..!

PANASSS..! YB SURAYA CARI MAT SABU DI PENDANG..???!!!

Posted: 18 Aug 2013 09:37 PM PDT

mat sabun

Agak lama saya kurang ke Pendang sejak selesai PRU ke-13 pada awal Mei lalu. Mungkin agak sebok dengan kerjaya dan kempen politik semakin reda di seluruh negara, saya cuba melapangkan diri ke parlimen yang pernah cuba ditawan oleh Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu.

Kebetulan saya gemar minum di sekitar pekan Pendang, saya bersua muka dengan beberapa "ahli parlimen kedai kopi" yang gemar berpolitik bersama segelas teh tarik di depan mereka. Agak menarik topik mereka kali ini.. "Mana Mat Sabu?"

Rupanya mereka bertanyakan dimanakah gerangannya Mat Sabu selepas PRU ke-13? Menurut mereka, sebelum PRU ke-13, Timbalan Presiden PAS itu menyewa rumah di sekitar pekan Pendang. Mereka meneka, mungkin dia nak jadi "orang Pendang"…


Kata mereka, ketika itu muka Mat Sabu lebih kerap mereka lihat berbanding bekas Ahli Parlimen Pendang, Dr. Hayati Othman. Abang Mat ke hulu ke hilir menyapa seluruh orang Pendang. Tak kira PAS atau UMNO, semua dia salam.

Pada satu ketika, Mat Sabu dikatakan pernah ke pekan "nat" (pasar hari) di pekan tersebut dan menjemput orang Pendang untuk hadir ke rumahnya. Katanya, dia mahu mengadakan kenduri doa selamat "masuk rumah baru". Mungkin Mat Sabu "serius" nak jadi "orang Pendang"…

Kelibat Mat Sabu ketika itu cukup mencuri tumpuan. Di pasar malam, di Petronas, di kedai-kedai sekitar parlimen, hatta di tepi bendang pun mereka terlihat kelibat Mat Sabu. Tapi agak kurang bayang Mat Sabu kelihatan di masjid-masjid di daerah itu…

Namun selepas PRU ke-13, tiada lagi kelibat Mat Sabu. Selesai saja diumumkan kemenangan Dato' Othman Abdul sebagai Ahli Parlimen Pendang, kelibat Mat Sabu tidak kelihatan lagi di parlimen tersebut.

Ke mana dia pergi? Dia lari ke mana? Merajuk membawa hati yang lara? Bersembunyi di "rumah baru"nya? Atau Abang Mat kita meratap hiba di celah ketiak Normah? Normah yang mana satu? Normah yang "pertama" atau yang "kedua"?

Bagaimana dengan "rumah baru" Abang Mat? Sudah ditinggalkan begitu saja? Kalau rumah tersebut dibeli, apakah Mat Sabu sudah menjual rumah tersebut? Jika disewa, apakah sewanya sekadar hanya untuk sampai selesai PRU ke-13? "Serius" benarkah Mat Sabu nak jadi "orang Pendang"?

Pada saya, sekiranya Mat Sabu benar-benar ikhlas mahu berkhidmat sebagai wakil rakyat di Pendang, dia perlu berada di Pendang dan melakukan apa yang dia lakukan ketika sebelum pilihanraya berlangsung.

Sekiranya dia tewas sekali pun sebagai Ahli Parlimen, dia perlu kekal di situ bagi mengambil berat tentang puak-puak PAS yang berjuang pada PRU ke-13 tempohari. Kalau benar pun puak-puak PAS itu tidak undi Abang Mat tempohari, apa salahnya jika dia sebagai Timbalan Presiden mengambil tahu mengenai akar umbi PAS di Pendang?

Mungkin Mat Sabu fikir, jika puak PAS Pendang menolaknya, maka dia tidak perlu berkhidmat atau mengambil tahu tentang mereka di sana? Nampaknya, lepas selesai di kerah peluh keringat mereka, Mat Sabu terus tinggalkan pak-pak lebai itu?

Apa yang jelas, pak-pak lebai PAS yang suka bergebang di kedai kopi itu memang menyampah dengan Mat Sabu. "Habis madu, sepah dibuang", itu kata mereka, bukan saya. Saya hanya tersengih di meja sebelah sambil menyelak Harakah, sambil di dalam hati ketawa berdekah-dekah!

Sumber: Mykmu.net

APA BEZA PERANAN BLOGGER SEBELUM DAN SELEPAS PRU13 DI KEDAH?

Posted: 18 Aug 2013 07:37 PM PDT

Adehhhh... sorry aku tak update blog 2-3 hari ni. Bukan apa... aku agak busy sikit.. banyak kerja. Banyak yang perlu aku settlekan... tapi ni dah free balik dah sikit... so boleh la update sikit blog ni... jangan marah haaaa....

Lately, aku banya terfikir pasal dunia blog kat Kedah ni. Sedar tak sedar, UMNO/BN dah jadi kerajaan di Kedah. PAS dah jadi pembangkang balik. Sepenggal jadi pembangkang di Kedah, apa bezanya?

Banyak bezanya brooo.. sangat besar bezanya pada blogger macam aku ni. Meh sini aku ceritakan apa yang berbeza tu...


Dulu, masa jadi pembangkang, senang sangat jadi blogger ni. Pantang kalau tengok PAS silap sikit, memang teruk la aku dan kawan-kawan aku hentam. Maklum laaa.. dulu masa depa jadi pembangkang, depa kutuk hentam kita teruk-teruk...sampai tergamak mengkafirkan kita..!

Tapi sekarang ni aku kena tukar sikit... sekarang ni aku dalam "mode defensive + attacking". Aku perlu pertahankan Kerajaan BN Negeri Kedah dan aku perlu "counter attack" serangan dari PAS... macamana nak buat tu?

Bukan apa, aku ni suka fikir. Dulu masa aku dalam TMK, aku yang susun plan, strategi dan sebagainya. Sekarang ni aku dah keluar dari TMK, aku perlu susun plan untuk aku pertahankan pentadbiran BN di Kedah... dulu asyik serang, sekarang ni dah lain macam pulak...kan?

Tapi, korang rasa, perlu ke aku diamkan kalau Kerajaan BN Kedah buat kerja tak betul? Sorry beb, aku tetap akan tegur depa kalau depa buat silap. Cuma, mungkin tidak melalui blog... guna saluran yang sepatutnya, kan?

So, kalau korang ada apa-apa yang kurang puas hati, korang boleh emel kat aku directly... boleh? Jadi aku boleh salurkan pada yang berkenaan... 

Tapi, aku takkan tinggalkan PAS Kedah. PAS tetap bersama aku dalam perjuangan ni. Kawan-kawan aku ramai yang sokong PAS. Depa tetap bersama aku untuk cerita-cerita sensasi PAS Kedah yang depa tak boleh suarakan dalam parti...heh!

Aku akan tetap serang ideologi Pakatan Haram, khususnya DAP dan PKR. PAS aku masih boleh "masuk" lagi, tapi kalau sebut DAP atau PKR...memang tak boleh blah la bebbbbb...!

Pada aku, geng pejung siber UMNO/BN di Kedah perlu bersatu. Kita menang tak besar, simple majoriti je beb. Kalau silap strategi, PRU ke-14 nanti PAS mampu "kencing" rakyat Kedah lagi.. Kita kena pertahankan UMNO/BN di Kedah demi masa depan negeri kita ni...

Amacam? Sapa yang berani bersama aku? Silakan... ada berani?

PEJUANG BANGSA

Posted: 19 Aug 2013 11:12 AM PDT

PEJUANG BANGSA


GANGSTER KONGSI GELAP & PAKATAN DAH TIDOR TAK LENA KESAN OPS CANTAS KHAS

Posted: 19 Aug 2013 07:30 AM PDT



TIADA LAGI AMARAN ...HANYA TINDAKAN ...

OPS CANTAS TELAH DIISYTIHARKAN POLIS SEMALAM   TERHADAP KEPADA SEMUA  GANGSTER , KONGSI GELAP , PENJENAYAH , PENCURI , PEROMPAK , BEKAS BANDUAN , PERAGUT YANG MASIH BERSEMBUNYI DI NEGARA INI ....

KESANNYA 5 ANGGOTA KONGSI GELAP MATI DI P.PINANG PAGI INI ...

RAKYAT DI  AKAR UMBI MEMANG  MAHUKAN   KETEGASAN & TINDAKAN SEPERTI INI  DIAMBIL POLIS ...

PERSETANKAN HAK ASASI YANG DIAGUNGKAN   PAKATAN & MACAINYA ... 

KESELAMATAN AWAM & NEGARA  LEBIH PENTING DARIPADA SEGALA-GALANYA ...


CUMA NANTI KITA TUNGGU  REAKSI PAKATAN TERUTAMA DAP . ..

SEBABNYA  LAWYER2  PAKATAN   CUKUP PANTANG  SEKALI BILA POLIS TEMBAK MATI PENJENAYAH  BUKAN MELAYU SEPERTI HARI INI .....




Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengisytiharkan perang terhadap individu atau suspek jenayah dengan menggerakkan Operasi Cantas Khas (Op Cantas) secara besar-besaran di seluruh negara, bermula tengah malam kelmarin.

Operasi membabitkan sekatan jalan raya, pemeriksaan premis perniagaan dan kediaman serta mengesan bekas banduan yang pernah ditahan mengikut Ordinan Darurat (OD) yang disyaki aktif semula dalam kegiatan jenayah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya akan menjalankan pemeriksaan dan siasatan menyeluruh berdasarkan maklumat diberikan orang awam dan hasil risikan di peringkat balai, daerah, kontinjen dan Bukit Aman.

Mereka yang ditahan akan melalui pelbagai peringkat saringan, termasuk pemeriksaan rekod jenayah lampau, ujian air kencing, tubuh badan dan kenderaan yang digunakan, kesalahan trafik, pengenalan diri selain pemeriksaan di kediaman suspek.

"Melalui cara ini, kita yakin dapat mengatasi kes jenayah seperti samun, curi kenderaan dan pecah rumah, termasuk menghindar berlakunya sebarang cubaan untuk melakukan pelbagai kesalahan jenayah seperti bunuh", katanya.

Dalam operasi bermula awal padi semalam, sebanyak 11 lokasi panas di sekitar Lembah Klang diperiksa iaitu lima di ibu kota dan enam di Selangor.

Individu yang dikesan dalam Op Cantas dan mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan kongsi gelap atau samseng yang mendatangkan ancaman kepada keselamatan dan ketenteraman awam akan ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (APJ) untuk tempoh 24 jam.

"Tumpuan diberikan terhadap mereka yang terlibat dalam pertubuhan haram selepas dikenal pasti melalui identity diri, logo pada kenderaan atau apa saja lambang mencurigakan sehingga kita yakin mereka adalah anggota kumpulan kongsi gelap."

"Sekiranya memerlukan masa untuk siasatan lanjut, suspek akan direman selepas mendapat perintah mahkamah," katanya.

Ops cantas dikendalikan sepenuhnya Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, turut membabitkan penubuhan pasukan operasi khas yang terdiri daripada 12 anggota, diketuai seorang pegawai berpangkat Assisten Superintendan (ASP) bagi setiap kawasana tau daerah.

Pasukan operasi khas itu akan menjalankan siasatan dan pemeriksaan susulan berkaitan kes jenayah sejurus menerima maklumat daripada suspek atau ahli kongsi gelap yang ditahan dalam Op Cantas Khas

GEMPAR ! HARAKAH KANTOI MENIPU , SIAR GAMBAR TIPU AHLI PARLIMEN JERMAN BERKABUNG KONFLIK MESIR !!

Posted: 19 Aug 2013 06:00 AM PDT

Harakah hari ni telah menyiarkan sekeping gambar yang didakwanya ahli-ahli Parlimen Jerman berdiri memberi penghormatan kepada rakyat Mesir yang terkorban.

Dengan menggunakan tajuk "Gempar! Ahli Parlimen Jerman beri penghormatan roh syuhada".., Harakah juga menerbitkan artikel seolah-olah ahli Parlimen Jerman lebih baik dari Ahli Parlimen di Malaysia.

Malangnya, gambar yang disediakan oleh HarakahDaily tersebut terbukti gambar palsu yang telah disiarkan pada tahun 2009 melalui sebuah video klip yang bertajuk "Die heuchlerische Brut".
Harakah dilihat telah secara sengaja bertujuan membangkitkan kemarahan para pembacanya terhadap kerajaan Malaysia serta sengaja menghasut para pembacanya supaya membenci pihak pemerintah negara ini.



Dibawah ini adalah merupakan video klip yang mengandungi gambar palsu pada minit 1:30 yang disiarkan oleh Harakah tersebut. Jelas tertulis bahawa video ini dihasilkan pada tahun 2009 dan tak ada kaitan langsung dengan krisis yang berlaku di Mesir.




Sebab Nazri berani lawan pembangkang , orang UMNO perlu cermin dulu sebelum kritiknya - Khairy

Posted: 19 Aug 2013 05:02 AM PDT


GPB tak sangka Ketua Pemuda UMNO Malaysia  nak pertahan Nazri anak beranak guna hujah yang cukup memualkan sekali .
\
Sebab Nazri berani melawan pembangkang seperti Bang Non je dulu di  Parlimen   ??

Kalau dia hebat melawan pembangkang di Parlimen  , mengapa ditukar portfolio tak kanan seperti   Pelancongan  ?? Maknanya Nazri tak  perform  !!

Mengapa  Nazri Cocky Arrogant ini juga  yang Ketua Pemuda UMNO Malaysia nak defend ?

Sebab balas budi Nazri ke ?? Ye la masa dulu panglima kabinet Pak Lah  yang berani tibai Tun M yang mengkritik hebat pentadbiranya dulu   hanya lah Nazri Aziz .










Terkini ! MP DAP pertikai Polis tembak mati gangster kongsi gelap 04 !!

Posted: 18 Aug 2013 11:38 PM PDT


Seperti dijangka DAP & Pakatan akan membela penjenayah yang ditembak mati oleh Polis . 

DAP menerusi Ahli Parlimennya  Lim Lip Eng di laman twitternya   menghasut   rakyat  mempertikaikan kredibiliti  Polis  P.Pinang  yang menembak 5 gangster kumpulan kongsi gelap 04 hari ini .   

Kalau sudah berbalas tembakan oleh suspek , nak berlembut lagi dengan mereka supaya menyerah diri ??  Terang-terang mereka ini adalah penjenayah merbahaya . 

Bila kes jenayah tembak meningkat , DAP  hasut rakyat salahkan kerajaan dan Polis gagal menjaga keselamatan rakyat  . 

Tapi bila Polis tembak penjenayah sampai mati pulak mereka salahkan Polis & jadikan ia isu perkauman  sebab yang mati itu bukan Melayu .  

DAP memang parti bangsat !! 




Polis mengesahkan lima lelaki yang mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di Sungai Nibong di sini awal pagi tadi terbabit dalam beberapa jenayah senjata api.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mereka yang mati dikenali sebagai J.Gobinath, 31, R.Ramesh, 27, A.Vinut, 23, M.Suresh, 25, dan M.Gobinath, 21.

Polis juga menemui tiga pucuk pistol yang digunakan oleh penjenayah terbabit iaitu jenis Noricho berwarna perak, Revolver .38 berwarna perak dan Walther PPK berwarna hitam.
Kesemua mereka mempunyai alamat terakhir di negeri ini.

Beliau berkata, para penjenayah terbabit dapat ditumpaskan hasil maklumat awam dan risikan apabila sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian Siasatan Khas (D9) Pulau Pinang dengan bantuan JSJ D9 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman serta D9 Kedah menyerbu sebuah apartmen sewaan di Century Bay di Sungai Nibong pada pukul 4.30 pagi.

Menceritakan detik serbuan itu, Abdul Rahim berkata pasukan polis telah mengetuk pintu sebuah unit di apartmen itu dan memperkenalkan diri, tetapi tidak mendapat sebarang jawapan dari penghuninya menyebabkan polis terpaksa memecah pintu sebelum memasuki unit berkenaan.

"Sejurus menyerbu masuk, penghuni di dalam rumah itu terus melepaskan tembakan bertalu-talu dan berlaku kejadian berbalas tembakan antara mereka dengan polis.

"Setelah selesai berbalas tembakan dan tiada lagi berlaku ancaman, polis membuat pemeriksaan di dalam apartmen tiga bilik itu dan menemui lima lelaki mati di dalam bilik-bilik berasingan," katanya.

Polis masih menjalankan pemeriksaan di dalam apartmen berkenaan. - BERNAMA

TOKONG DAP DAH SAWAN , HERET PM ISU PENIPUAN PEMILIHAN CEC !!

Posted: 18 Aug 2013 09:41 PM PDT



Keengganan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengakui kesilapan berhubung kontroversi pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) terus dikecam pelbagai pihak yang menyifatkan beliau sebagai 'pemimpin ego dan hipokrit'.

 Kalangan mereka juga menempelak dan mempersoalkan tindakan Guan Eng kerana mengheret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke dalam isu dakwaan penyelewengan pemilihan jawatankuasa parti tersebut.

 Presiden Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong mendakwa, sikap Guan Eng yang tidak mengaku kesilapan, sebaliknya meletakkan kesalahan itu kepada pihak lain adalah perkara biasa bagi pemimpin sebuah parti yang kononnya 'memperjuangkan' ketelusan dan demokrasi itu.

 ''Kalau dia (Guan Eng) nak 'heret' Perdana Menteri dalam isu ini (kontroversi CEC), kenapa tidak Perdana Menteri terus mengarahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan sahaja pendaftaran DAP?

 ''Inilah perangai Guan Eng, dia tidak akan mengaku segala kesalahan dan akan kata ini konspirasi politik. Kita lihat sudah banyak kali dia menyalahkan UMNO atau Barisan Nasional (BN) dan perangai sedemikian sama dengan rakan sekutunya yang menyalahkan pihak lain,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

 Beliau mengulas 'drama' terbaharu Guan Eng yang masih tidak mengaku kesilapan berhubung kontroversi CEC dengan mengheret Najib apabila bertindak mencabar Perdana Menteri agar memberi jaminan 'keselamatan'.

 Dakwa Guan Eng, DAP tidak teragak-agak mencabar arahan ROS melalui semakan kehakiman jika Perdana Menteri memberi jaminan bahawa ROS tidak akan membatalkan pendaftaran DAP sekiranya perkara terbabit dibawa ke mahkamah.

 Tindakan itu bertentangan dengan sikap 'gentlemen' Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mengumumkan DAP akan mengadakan pemilihan semula CEC seperti arahan ROS setelah siasatan mendapati pemegang-pemegang jawatan dalam pemilihan Disember lalu tidak sah. Lum Yong berkata, Guan Eng selama ini hanya 'bermain' politik dan cukup ketara apabila mendakwa ROS akan mengeluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran DAP semasa penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

 ''Sehingga kini ROS tidak bertindak sedemikian. Tindakan Guan Eng ini dilihat sebagai gimik politik semata-mata dan kita nak tanya, apa tindakan beliau jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiba-tiba kata keputusan pilihan raya umum lalu berlaku kesilapan teknikal? Mengulas perkara sama, Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, sikap angkuh Guan Eng dalam berdepan dengan isu CEC bukan suatu perkara yang memeranjatkan.

 ''Ego Guan Eng makin meningkat selepas dua kali berjaya memegang Pulau Pinang dalam pilihan raya umum. Apa yang diputuskan ROS adalah berasaskan maklumat dan Karpal sendiri dapat menerimanya. ''Inilah Guan Eng, sikap pemimpin sebegini bukanlah contoh terbaik kepada negara. Amat malang mereka yang bernaung di bawah kepimpinan begini,'' ujarnya.

 Dalam pada itu, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan tindakan Guan Eng mengaitkan nama Najib dalam isu berkenaan sebagai merepek. Malah, beliau mendakwa Guan Eng telah melakukan pelbagai pembohongan termasuk turut menjadikannya mangsa dalam isu perhimpunan haram Bersih 3.0 tahun lalu.

 ''Ini gaya Guan Eng yang telah banyak membuat pembohongan demi pembohongan. Daripada isu kononnya menolong seorang gadis bawah umur, kemasukan pelaburan asing ke Pulau Pinang sehingga kontroversi CEC, dia sudah banyak berbohong. 

 ''Dalam isu CEC, nak heret Perdana Menteri pula, nak cabar keputusan ROS melalui semakan kehakiman. DAP sebelum ini banyak pertikai mahkamah, polis dan SPR tetapi kini nak guna mahkamah pula? Merepek,'' katanya. 

 Dalam pada itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah mengingatkan Guan Eng bahawa isu kepincangan pemilihan CEC DAP bukannya datang daripada ahli UMNO atau BN atau pihak lain tetapi disuarakan oleh akar umbi DAP sendiri.

 ''Kalau desakan mengadakan pemilihan semula CEC datang daripada pihak lain, sudah pasti itu ada perancangan tertentu tetapi ini desakan ahli DAP. Tetapi, kebiasaannya Guan Eng akan meletak segala kesilapan kepada orang lain termasuk UMNO dan BN sedangkan mereka ini tiada kena-mengena dengan DAP", katanya.ditempelak.

HOT ! GAMBAR PENYOKONG PR TAPAU MAKAN RUMAH TERBUKA TUN M !!

Posted: 18 Aug 2013 05:49 PM PDT


Biar gambar berbicara .. hang pa lihatlah sendiri sikap Cinabeng yang tapau makanan di rumah terbuka Tun M kelmarin di The Mines Resort . Mereka tapau makanan di ketika orang ramai berpusu-pusu datang . MEMALUKAN !!

Tiada ulasan:

Pengikut