Isnin, 5 Ogos 2013

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kerbau pun mangsa kes tembakan di Malaysia

Posted: 05 Aug 2013 12:42 AM PDT




Bukan manusia saja tidak selamat di Malaysia ini dengan kes tembak menembak, malahan kerbau pun tak selamat lagi dan menjadi mangsa kes tembak menembak. Aduhai Malaysia, Apo Nak Jadi !

Pegawai SPRM Disyaki terbabit Curi Dan Tembak Kerbau
5 Ogos 2013

Kuala Lumpur: Empat lelaki termasuk seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan polis selepas menembak seekor kerbau dipercayai untuk dijual menjelang Aidilfitri dalam kejadian di Bukit Tagar, Hulu Selangor, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, empat suspek terbabit dikatakan leka memunggah daging kerbau yang sudah siap dilapah ke dalam dua kereta di kawasan hutan itu.

"Perbuatan itu terbongkar selepas penduduk kampung mendengar bunyi tembakan, pantas memaklumkan kepada pemilik ternakan yang kemudian melaporkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahaya Affandi, berkata keempat-empat suspek berusia 20 hingga 30-an termasuk pegawai SPRM berpangkat Penolong Pesuruhjaya itu ditangkap beberapa jam selepas kejadian.


Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM berpangkat Penolong Pesuruhjaya, ditahan polis malam kelmarin kerana disyaki terbabit dalam kes curi dan menembak seekor kerbau di Hulu Selangor.

Lelaki berusia 36 tahun dari bahagian tatatertib SPRM Putrajaya itu ditahan bersama tiga lelaki lain setelah pemilik kerbau terbabit membuat laporan polis.

Pemilik kerbau memaklumkan, suspek tanpa rasa takut, mengakui telah menembak kerbau terbabit sebelum menyembelih dan melapahnya.

Umat Islam perlu bersatu untuk amar maaruf, nahi munkar

Posted: 05 Aug 2013 12:24 AM PDT




Semoga semua umat Islam di semua taman perumahan dapat bersatu seperti apa yang ditunjukkan oleh penduduk di Bandar Sri Sendayan dengan mengadakan bantahan terhadap premis arak, judi dan karaoke yang terdapat di kawasan majoriti Islam.

Bantah jual arak secara terbuka
5 Ogos 2013

BANDAR SRI SENDAYAN - Kewujudan restoran dan premis menjual minuman keras di taman perumahan yang majoritinya merupakan masyarakat Islam di sini, mendapat bantahan penduduk sekitar.

Selain masalah minuman keras yang dijual seolah-olah tanpa pengawalan, kewujudan sebuah kedai makan berkaraoke turut didakwa menganggu ketenteraman penduduk sekitar.

Justeru, penduduk di Taman Nusari Bayu 1, 2 dan 3, Taman Nusari Aman 1 dan 2, Taman Bukit Sendayan serta Taman Sendayan Indah sebulat suara membuat bantahan secara rasmi, kelmarin.

Memorandum bantahan ditandatangani penduduk itu diserahkan kepada wakil setiap premis yang disampaikan sendiri ahli jawatankuasa surau taman berkenaan sambil diiringi beberapa penduduk, kira-kira jam 3 petang.

Pengerusi Surau Taman Nusari Bayu 1/ Nusari Aman 1, Shafie Muhammad Al-Hafiz, 36, berkata, selain peniaga terlibat, pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) turut dimaklumkan mengenai perkara itu.

"Bantahan dibuat atas beberapa faktor. Antaranya, lebih 80 peratus penghuni di sini beragama Islam, justeru tidak memerlukan minuman keras.

"Selain itu, kita dapati tiada kawalan ketat dilakukan ke atas pembelian arak bagi individu beragama Islam dan remaja di bawah umur. Ini boleh memburukkan keadaan berikutan premis terletak berhampiran pelbagai institusi pendidikan," katanya.

Sementara itu, berhubung masalah kedai makan berkaraoke pula, bunyi bising keterlaluan pada waktu malam menyebabkan rata-rata penduduk merungut.

Pengerusi Surau Taman Sendayan Indah / Bukit Sendayan, Mejar Zamri Ab Rahman, 42, berkata, penduduk dan jemaah surau sering terganggu semasa melakukan ibadah terutamanya pada Ramadan ini berikutan karaoke dijalankan hingga lewat pagi dan ada kalanya mencecah waktu sahur.

Perdana Menteri Malaysia pula bila nak ikrar sokong Mujahidin Syria?

Posted: 04 Aug 2013 10:56 PM PDT




Presiden baru Iran ikrar terus sokong Assad
Berita Harian 5 Ogos 2013
 
BEIRUT: Presiden baru Iran, Hasan Rouhani hari ini menegaskan bahawa negara itu akan terus menyokong rejim Bashar Assad di Syria dengan berkata tiada kuasa tentera di dunia mampu menggegarkan hubungan dua hala yang berdekad lamanya itu.

Rouhani berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Syria, Wael al-Halqi, di ibu negeri Tehran, demikian lapor agensi berita SANA.
  
Iran yang menaungi pergarakan Hezbollah juga dilaporkan menghantar pejuang ke Syria untuk meningkatkan keupayaan pertahanan tentera rejim Assad. - AP

Guru Matematik Minta Bantuan Orang Ramai Cari Anak Hilang

Posted: 04 Aug 2013 09:41 PM PDT




5 Ogos 2013 PETALING JAYA: Di saat bahang sambutan Aidilfitri semakin terasa, seorang ibu memohon bantuan rakyat Malaysia dalam usaha mengesan anak perempuannya berusia tiga tahun, Aisyah Wan Exzan yang dilaporkan hilang di Rawang pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata ibu Aisyah, Arbaiyah Md Zin didakwa bertemu dengan penculik tersebut menerusi laman sosial Facebook pada Mei dan menjalin hubungan dengan suspek serta merancang untuk berkahwin.

Walupun hanya mengenali lelaki tersebut selama beberapa minggu, Arbaiyah, seorang guru matematik berusia lewat 30-an, meninggalkan anak perempuannya itu dibawah jagaan suspek pada 30 Julai.

Suspek memberitahu Arbaiyah bahawa dia ingin memperkenalkan Aisyah kepada kakaknya.

Ibu kanak-kanak itu turut memberikan suspek sijil kelahiran Aisyah kerana mereka berdua merancang untuk pergi berbulan madu bersama kanak-kanak tersebut selepas mereka berkahwin.

"Pada 2 Ogos, Arbaiyah turut memberi wang tunai RM25,000 kepada lelaki tersebut untuk pelaburan perniagaan emas di sebuah pusat membeli-belah di Rawang.

"Keesokan harinya, Arbaiyah menunggu suspek untuk membawa Aisyah pulang ke rumah. Suspek berjanji untuk membawanya keluar dan membeli barang keperluan perkahwinan mereka. Namun suspek tidak muncul dan panggilan ke telefon bimbitnya tidak berjawab," kata Abdul Rahim kepada The Star.

Beliau berkata ibu mangsa turut pergi ke rumah suspek di Taman Tun Dr Ismail dalam usaha mencari anak perempuannya itu tetapi alamat rumah tersebut milik orang lain.

Kes itu diklasifikasikan polis sebagai penculikan kanak-kanak.

Tiada ulasan:

Pengikut