Khamis, 25 Julai 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 25 Jul 2013 03:04 PM PDT

[HM] Seremban: "Saya akui jahil dan banyak dosa, tapi akidah saya masih utuh dan sama sekali tidak akan menyerahkan anak kepada pasangan bukan Islam, biarpun ada yang menawarkan RM30,000."

Demikian kata seorang wanita mualaf mahu dikenali sebagai Rokiah, 30-an yang kini hidup terumbang-ambing dan serba kekurangan selepas diceraikan bekas suami, awal bulan lalu. Keadaan diburukkan lagi apabila janda beranak satu itu kini hamil anak luar nikah dan teman lelakinya pula enggan bertanggungjawab, malah memintanya menggugurkan kandungan.

"Melihat kehidupan saya yang serba daif empat pasangan bukan Islam pernah menyuarakan hasrat mahu memelihara anak saya.

"Ada yang mahu mengambil Amin (anak lelaki berusia dua tahun) dan ada juga yang mahukan anak dalam kandungan saya yang kini berusia empat bulan.

"Walaupun saya mualaf dan banyak dibebani dosa silam, saya tetap akan berusaha menjaga anak saya dan tak mahu mereka keluar daripada Islam," katanya ketika ditemui Harian Metro.

Rokiah berkata, dia kini tidak mempunyai pekerjaan dan hidup menumpang di rumah kakak dan abang iparnya yang bukan beragama Islam bersama tiga anak mereka di Senawang, dekat sini.

"Biarpun ditawarkan puluhan ribu ringgit, saya tidak rela berpisah dengan Amin. Hidup mati saya biarlah dengan Amin dan anak yang masih dalam kandungan. Saya tidak akan menjual mereka," katanya.

Mengimbas kisah hidupnya, Rokiah berkata, selepas diceraikan, dia terpaksa menanggung seorang anak kembarnya, manakala seorang lagi bersama bekas suami yang juga askar di Perak.

Menurutnya yang berasal dari Sarawak dan memeluk Islam pada 2009, selepas bercerai dia menjalinkan hubungan dengan seorang anggota keselamatan di negeri itu hingga terlanjur.

"Saya amat menyesal kerana terlanjur dan ia berlaku kerana selepas bercerai saya hilang arah, tiada pendapatan serta terlalu bergantung harap dengan teman lelaki yang saya kenali Mac lalu," katanya.

Rokiah berkata, sebelum ini dia tinggal di Gerik, Perak bersama bekas suami dan pernah bercerai kali pertama pada tahun lalu sebelum rujuk semula.

"Biarpun rujuk semula, kami tidak tinggal bersama kerana masih tiada persefahaman dan saya terpaksa menumpang di rumah kakak di Senawang.

"Ketika masih belum diceraikan kali kedua, saya berkenalan dengan teman lelaki dan terlanjur hingga hamil, tapi teman lelaki saya enggan bertanggungjawab, malah meminta saya menggugurkan kandungan.

"Bagaimanapun, saya tidak tergamak menggugurkan kandungan saya. Bayi yang saya kandung ini tidak berdosa dan saya tak mahu terus melakukan dosa. Saya mahu teman lelaki bertanggungjawab ke atas kandungan ini," katanya.

Menurut Rokiah, fikirannya kini bercelaru dan tidak tahu hendak berkongsi masalah dengan sesiapa melainkan kakak dan abang iparnya yang bukan Islam.

"Kini, saya tidak bekerja dan terpaksa menyara Amin yang masih kecil selain hanya mampu memberinya susu pekat manis.

"Malah, setiap kali ke klinik kesihatan memeriksa kandungan, saya malu kerana jururawat kerap bertanya nama bapa bayi yang saya kandung," kata anak ketiga daripada empat beradik itu.

Lebih memilukan, kata Rokiah, ketika Aidilfitri semakin hampir, tiada apapun persiapan dibuat buat dirinya dan anak berikutan tidak mampu.

"Saya kini menumpang di rumah kakak yang mempunyai tanggungan lain selain isi rumah di sini semua tidak bekerja," katanya sambil memberitahu tidak pernah membuat aduan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berhubung masalah dihadapinya.

Sementara itu, Pengarah JHEAINS Datuk Johani Hassan meminta mualaf terbabit segera membuat laporan.

"JHEAINS mempunyai unit saudara baru untuk membantu mualaf yang memerlukan maklumat dan bantuan.

"Jika dia (Rokiah) tidak membuat laporan, macam mana kita mahu hulurkan sumbangan dan membantunya," katanya.

Johani berkata, mana-mana saudara baru yang mempunyai masalah juga digalakkan merujuk kepada JHEAINS atau berkunjung ke Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini, supaya boleh diberikan bantuan sewajarnya.

P/s: Harap-harap pihak berkaitan cepat bertindak. Jangan simpan duit berkepuk-kepuk atau membelanjakan pada perkara yang tidak perlu sedangkan duit tersebut untuk orang yang memerlukan. Selain bantuan kewangan, mualaf ini perlu diberi panduan hidup agar kekal dalam agama suci ini.

Biaqpila

Posted: 25 Jul 2013 03:03 PM PDT

Sara mendakwa fatwa pada tahun 1996 itu sudah lapuk dan tidak sesuai digunakan pada zaman ini...

beliau juga sedih dan kecewa kerana pada tahun 2013 ini bangsa terbesar di negara ini (melayu) dilarang menyertai pertandingan ratu cantik Malaysia.

Beliau juga cuba membandingkan keputusan fatwa di negara ini dengan kemenangan pertama seorang gadis Muslim di Amerika dalam pertandingan Miss World USA pada tahun 2010 dan menegaskan bahawa kelonggaran yang sama juga di UK beberapa tahun lalu...

Dalam keadaan Sara Amelia sedih  dan terkeliru dengan hukum Allah yang nampaknya beliau tidak fahami lantaran kehidupan beliau yang agak modern dan bebas itu, maka beberapa rakan FB beliau yang bukan Islam mengambil kesempatan ini dengan mengesyorkan Sara Amelia supaya meninggalkan agama Islam..


 Lagi saranan rakan beliau yang meminta Sara meninggalkan agama Islam..

Perkara-perkara ini melibatkan akidah..

kita tak boleh memandang remeh perkara yang sebegini..

Sara dan 3 orang gadis yang kecewa di gugurkan itu mungkin akan dirapati oleh pihak agama lain supaya meninggalkan Islam demi mencapai cita-cita menjadi ratu cantik Malaysia...

Kalau mereka tu kuat akidahnya kita tidaklah begitu bimbang apabila ada pihak lain datang menghasut..

Tapi kalau dah sanggup sertai pertandingan ratu cantik yang mendedahkan tubuh badan sana sini di hadapan orang ramai,dah tentulah kita boleh agak tahap mana agamanya mereka semua tu..

Lebih-lebih lagi dalam keadaan fikiran mereka yang lemah pada saat-saat seperti ini...

Individu-individu yang memegang jawatan besar dalam dalam bidang agama Islam di negara ini perlulah mengambil tindakan menjelaskan secara baik kenapa beliau tidak boleh menyertai pertandingan ratu cantik ini yang banyak memaparkan aurat seorang wanita yang sangat-sangat di larang dalam Islam..

Penjelasan harus dilakukan dengan teliti sehingga Sara Amelia ini faham sepenuhnya akan hukum Islam..

Menurut Sara lagi, Datin Anna Lim,penganjur pertandingan tersebut yang kini sedang berusaha keras supaya beliau dapat disenaraikan kembali ke pertandingan Miss Malaysia ini sudah pun cuba mengaturkan pertemuan dengan Mufti Wilayah,Datuk Wan Zahidi bagi meminta penjelasan di manakah bahagian dalam Al Quran yang menyatakan berdosa dan haram menyertai pertandingan ratu cantik..

Namun menurut Sara, Datuk Wan Zahidi enggan menjelaskan atau membincangkan lanjut mengenai pengguguran berkenaan kepada Datin Anna Lim..

Jika benarlah bagai apa yang dinyatakan oleh Sara tersebut,maka bagi aku Datuk Wan Zahidi telah gagal tanggungjawab beliau sebagi Mufti dalam menjelaskan ayat-ayat dan hukum-hukum Allah apabila ada insan yang mahukan penjelasan..

Jangan apabila mereka berempat ini murtad kerana tidak memahami Islam demi cita-cita mereka,waktu tu baru kita nak menyesal..

Buat Sara, ini ada petikan ayat Al Quran dari Surah An Nur ayat ke 31..

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman
supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah
mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada
suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak
mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau
anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi
saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam,
atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang
telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang
belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka
menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari
perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai
orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Bagi aku,mereka membantah kerana mereka tidak memahami Islam dan mungkin kehidupan mereka terlalu jauh syariat islam..

jadi tanggungjawab kitalah menerangkan kepada mereka... 

bukan membiarkan mereka terkapai-kapai tanpa penjelasan.. 

Dan pihak agama juga haruslah adil dalam mengeluarkan hukum dan fatwa..

sepertimana yang dipertikaikan oleh 4 orang peserta ini..

"bagaimana dengan sukan gimnastik yang melibatkan peserta melayu Islam yang mendedahkan aurat..?"

seperti di dalam gambar ini..

Kalau kita bersikap adil dalam semua hal dan perkara nescaya orang tidak akan salah faham terhadap Islam..

tapi bila hukum dikeluarkan mengikut sesedap rasa..

yang itu boleh.. yang ini tak boleh,maka yang tak faham Islam akan semakin keliru... 

lianglahad

KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN


Tiada ulasan:

Pengikut