Pakatan Rakyat |
Posted: 18 Jul 2013 03:10 PM PDT | Peguam dedah kes rasuah petisyen Dun Air Lanas Posted: 18 Jul 2013 07:00 AM PDT KOTA BHARU: Peguam pempetisyen Dun Air Lanas, Hisham Fauzi (gambar) menjelaskan segala butiran lengkap mengenai dakwaan berlaku rasuah membabitkan agen calon BN sudah disediakan. Katanya, butiran itu mengandungi tarikh, tempat, masa dan jawatan agen berkenaan dalam politik, yang mana ia sudah dianggap relevan ketika mengemukakan petisyen tersebut. Kata beliau perlakuan agen berkenaan secara jelas termasuk dalam senarai kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. "Fakta untuk pembelaan itu sudah ada dalam petisyen yang dikemukakan," katanya pada perbicaraan petisyen Dun Air Lanas di hadapan Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk John Louis O'hara. Pada prosiding hari ini empat lagi petisyen dibicara pada bantahan awal membabitkan parlimen Ketereh, Dun Kok Lanas, Dun Manek Urai dan Dun Mengkebang. Pada pilihan raya umum lalu Dun Air Lanas dimenangi Datuk Seri Mustapa Mohamed BN – majoriti 47 undi, Dun Kok Lanas (Datuk Mohd Alwi Che Ahmad BN - 169 undi dan parlimen Ketereh dimenangi Tan Sri Annuar Musa (BN) - 974 undi. Manakala Dun Mengkebang dimenangi Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS) dengan majoriti 1,072 undi) dan Manek Urai – Mohd Fauzi Abdullah (PAS) – 1,633 undi). Pada petisyen Dun Air Lanas Hisham turut dibantu peguam Hanipa Maidin dan tujuh lagi peguam lain. Manakala responden pertama diketuai Datuk Mohd Hafarizam Harun dan disertai Abu Bakar As Sidek, Ilias Mohd Noor, Nor Azli Ahmed dan Raihanah Ashriqin Ariffin. Pegawai pengurus pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya diwakili peguam kanan persekutuan, Azizan Md Arshad dan dibantu Najib Zakaria, Khairul Fazli dan Asraf Ahmad. Hafarizam pada hujahan awal bagi menolak petisyen tersebut berkata, agen yang dimaksudkan pempetisyen tiada kaitan dengan calon BN. Pempetisyen juga menarik balik Pegawai Pengurus Pilihan Raya parlimen Jeli dan SPR sebagai responden kedua dan ketiga pada petisyen berkenaan kerana ia dianggap tidak berkaitan. Bagaimanapun hakim menetapkan pada 23 Julai ini bagi keputusan bantahan awal Dun Air Lanas dan Kok Lanas. Pempetisyen Dun Kok Lanas pula diketuai Hanipa dan dibantu Aminuddin Zulkifli serta pasukan peguam PAS. Pempetisyen parlimen Ketereh pula diwakili peguam R Sivarasa dan Muhammad Afiq Muhammad Noor. | Dewan orang ramai jadi hotel orang kuat Umno? Posted: 18 Jul 2013 06:55 AM PDT BESUT: PAS menuntut penjelasan kerajaan BN Terengganu berhubung sebuah hotel berhampiran jeti Kuala Besut yang didakwa dibina dari sebuah dewan orang ramai yang telah diubah suai. Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, beliau juga mendapat maklumat bahawa hotel tersebut dimiliki oleh orang kuat Umno bahagian Besut. "Lapan tahun lalu ianya adalah sebuah dewan orang ramai di bawah Majlis Daerah Besut. "Sekarang ianya menjadi Hotel Samudera yang didakwa dimiliki oleh orang kuat Umno Besut," katanya pada sidang media di Markas Besar PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut di Kg. Baharu di sini hari ini. Hadir sama Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli dan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS bagi PRK ini berkata, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said perlu tampil menjelaskan perkara ini kepada rakyat. Menurutnya, rakyat wajar tahu kenapa dalam isu tanah dan projek ini, pemimpin BN diberi keutamaan sedangkan rakyat terbanyak terpaksa berdepan dengan pelbagai halangan malah dinafikan. "Menteri Besar Terengganu ini seorang yang telus, jadi kita minta dia boleh menamakan pemilik hotel tersebut," kata Husam lagi. Husam berkata, beliau memuji sikap telus Ahmad khususnya yang telah membuat pengesahan dalam isu penganugerahan tanah kepada empat wakil rakyat di Besut termasuk Datuk Seri Idris Jusoh. Katanya, apa yang pelik, menteri besar sendiri terpaksa campur tangan dalam isu tersebut sedangkan wakil rakyat termasuk Idris Jusoh masih berdiam diri. "Pada saya isu tanah ini sengaja dibocorkan. Bila PAS tembak, MB ambil kesempatan buat pengesahan. "Motif sebenar saya tak tahu lah, tapi sikap MB yang berterus terang itu sangat bagus," katanya. | Posted: 18 Jul 2013 06:52 AM PDT KUALA LUMPUR - Setelah lapan bulan digantung tanpa tali, pelakon Noniswara Baharudin akhirnya sah bercerai secara taklik dengan suaminya Datuk Rosman Ridzwan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini. Hakim Syarie Umamuddin Yunus memutuskan demikian di dalam kamar hakim selepas ahli perniagaan itu membayar RM10 sebagai syarat dalam lafaz taklik dalam prosiding kes tersebut. Sejurus menerima bayaran daripada Rosman, mahkamah meluluskan permohonan cerai taklik yang difailkan Noniswara sejak 9 Mei lalu. Permohonan cerai taklik difailkan itu mengikut Seksyen 50 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Peguam Datuk Amli Embong yang mewakili Noniswara, 44, ketika ditemui berkata hakim mensabitkan cerai taklik berdasarkan lima alasan. "Selain syarat bayaran RM10, mahkamah juga mengambil kira keterangan plaintif, saksi, hujah peguam dan sumpah Iztizhar. "Sumpah itu dibuat plaintif kerana perbicaraan dijalankan di sebelah pihak selepas Rosman, 56, tidak pernah hadir ke mahkamah," katanya. Menurut Amli, hakim juga menerima RM10 sebagai bayaran bagi pihak defendan sepertimana yang tertera dalam lafaz taklik yang dibuat semasa bernikah. Sementara itu, Noniswara mengaku lega dengan status baru namun tidak menafikan sebak sehingga mengalirkan air mata ketika hakim membacakan keputusan. "Selama tujuh hingga lapan bulan, saya tak ada dia dan sekarang rasa tiada beza, perasaan sayang sudah tidak relevan lagi buat masa sekarang cuma ada kenangan manis," katanya. Noniswara mempunyai tiga anak hasil perkahwinan pertamanya sementara Rosman pula yang sebelum itu berstatus duda memiliki lima anak daripada perkahwinan terdahulu. Perkahwinan pasangan itu yang bernikah pada 31 Julai 2009, bergelora selepas terdapat gosip yang mengaitkan Rosman dengan seorang aktres sehingga lelaki itu dikatakan meninggalkan Noniswara tanpa khabar berita. | Tiga Produk Kesihatan Dikesan Mengandungi Racun Berjadual Posted: 18 Jul 2013 06:48 AM PDT KL TODAY KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menasihatkan orang awam supaya mengelak membeli dan menggunakan tiga produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual tretinoin, asid azelaik dan merkuri. Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Datuk Eisah A.Rahman berkata, produk tersebut ialah Aveana Night Revival Cream yang mengandungi tretinoin, Blemished Skin Ampoules (asid azelaik) dan Golden Horse B&W Cream-GH902-1 (merkuri). Beliau berkata, penggunaan tretinoin tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari. Asid azelaik yang digunakan untuk merawat masalah jerawat dan 'rosacea' iaitu keadaan kronik di mana muka menjadi merah di kawasan dahi, hidung dan pipi hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan. "Pengunaan asid azelaik tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu mengalami rasa terbakar, pedih dan kemerahan," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis. Beliau juga berkata, produk yang dicampur dengan merkuri untuk mencerahkan kulit dan antipenuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan adalah tidak dibenarkan dan boleh memudaratkan kesihatan. "Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau belum dilahirkan," katanya. Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutama kanak-kanak apabila produk itu disapu pada kulit meruap dan dihidu. "Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit," katanya. Eisah berkata, syarikat bertanggungjawab ke atas produk berkenaan telah diarahkan untuk menghentikan penjualan dan pembekalan dengan serta merta dan memanggil balik produk tersebut daripada pasaran dalam tempoh 72 jam. Justeru, katanya penjual yang mempunyai stok produk itu dinasihati menghentikan penjualan dan pengedaran kerana pemilikan produk itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama, dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya. Sementara syarikat pula boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya, katanya. Pengguna dinasihatkan menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-78835532 atau 03-78835534 jika mengalami sebarang kesan sampingan atau kesan buruk akibat penggunaan produk kosmetik. | Rafizi ulang kenyataan di luar Dewan Posted: 18 Jul 2013 06:40 AM PDT KL TODAY KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli (gambar) hari ini bertindak mengulang kenyataan beliau di luar dewan tentang syarikat pembekal dakwat kekal yang didedahkannya di Dewan Rakyat semalam. Bercakap kepada pemberita pada sidang media hari ini, Rafizi menyambut baik cadangan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Pandikar Aman Mulia untuk beliau mengulangi pendedahan beliau di luar dewan jika yakin dengan maklumat tersebut. "Saya katakan bahawa tiga syarikat yang dikawal Mohamad Salleh ini telah mendapat kontrak perbekalan secara runding terus dari SPR, termasuklah syarikat utamanya, Integrated Challenger (M) Sdn. Bhd," kata beliau kepada media. Rafizi turut menyatakan kenyataan menteri pada sesi penggulungan semalam juga mengesahkan pendedahan beliau itu tepat apabila menteri tidak menafikan atau mengesahkannya. "Kenyataan menteri yang mengatakan sebuah syarikat bernama Nash Ventures Sdn Bhd turut mendapat kontrak perbekalan topi dari SPR juga mempunyai pertalian dengan Mohamad Salleh Mohamad Ali. Menurut Rafizi, Nash Ventures yang mendapat kontrak perbekalan topi dari SPR itu mempunyai pertalian dengan Mohamad Salleh, di mana salah seorang pengarah syarikat iaitu Shamsia Mansoor juga adalah pengarah syarikat dan pemegang saham Allisons Corp Sdn Bhd yang mendapat kontrak perbekalan dari Kementerian Pertahanan. "Selain itu, Shamsia yang memegang kad pengenalan bernombor 671219-66-5048 itu juga turut lahir di Singapura dan lahir pada tahun yang sama dengan Mohamad Salleh yang memungkinkan mereka adalah kenalan yang lama," kata beliau. Malah, tambah Rafizi alamat rumah kediaman untuk Shamsia dan Mohamad Salleh adalah sama, yang memungkinkan mereka mempunyai pertalian keluarga. Sementara itu, kata Rafizi alamat perniagaan yang didaftarkan untuk ketiga-tiga syarikat tersebut iaitu Integrated Chellenger (M) Sdn. Bhd, Allisons Corp Sdn Bhd dan Nash Ventures Sdn. Bhd adalah di alamat yang sama, iaitu 44A &44B, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9/A, Seksyen 9, 40100, Shah Alam, Selangor. "Ini mengesahkan maklumat yang saya dedahkan sebelum ini bahawa syarikat-syarikat yang dikawal oleh individu bernama Mohamad Salleh telah berjaya mendapat kontrak perbekalan dakwat, kemeja dan topi secara rundingan terus," kata beliau. Terdahulu, Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengemukakan usul bagi merujuk Rafizi ke Jawatankuasa Keistimewaan dan Hak kerana dikatakan membuat kenyataan yang menyeleweng dewan apabila mengaitkan Mohamad Salleh dengan pengerusi dan timbalan pengerusi SPR sebagai 'rakan rapat'. Bagaimanapun usul tersebut ditolak oleh Pandikar dan mencadangkan Rafizi untuk mengulangi kenyataannya di luar dewan. Tindakan Rafizi itu juga menangkis kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengatakan Pengarah Strategik PKR itu hanya membuat fitnah kerana hanya berani bercakap di dalam dewan. "Saya yakin dengan maklumat yang kita ada dan kalau untuk kita dapat kebenaran kita terpaksa berdepan dengan risiko saman dan saya rasa itu langkah-langkah yang perlu diambil oleh ahli-ahli parlimen cuma rakyat boleh hakimi mereka tiak berminat untuk menjawab tapi lebih berminat untuk menakut-nakutkan orang macam saya. "Dia suruh ulang di luar supaya dia nak saman dan menakut-nakutkan media kerana media tak boleh report. Jadi itu membayangkan mereka ada sesuatu yang nak disembunyikan," kata Rafizi. | Menteri pertahan kes Ibrahim Ali tidak sama kes Alvivi Posted: 18 Jul 2013 06:35 AM PDT KL TODAY Kenyataan bekas MP, Datuk Ibrahim Ali yang menggesa pembakaran kitab Bible dengan kalimah Allah berbeza dengan tindakan pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang kini didakwa mempersendakan umat Islam, kata Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan. Beliau yang juga menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan berkata, Ibrahim pernah menjelaskan kepada beliau yang gesaan itu dibuat dengan anggapan Bible dengan kalimah Allah adalah satu kesilapan percetakan dan membakarnya adalah cara terhormat melupuskan kitab itu, seperti cara umat Islam melupuskan Al-Quran lapuk dan disalah cetak. Sedangkan katanya, tindakan pasangan penulis blog seks itu bersifat menyerang agama lain, mampu mencetuskan pergeseran agama dan pada masa sama mereka juga turut dikenali di negara jiran Singapura. "Banyak lagi yang ditonjolkan pasangan ini yang melanggar tatasusila rakyat Malaysia. "Yang saya khuatirkan apabila kita tak ambil tindakan tertentu ia akan melibatkan pergeseran agama," katanya sewaktu diminta mengulas perkara itu pada sidang media pagi tadi. Menurutnya, kenyataan Ibrahim tentang pembakaran Bible itu dijelaskan sendiri oleh Ibrahim kepada beliau. "Itu yang Ibrahim Ali kata tetapi seperti biasa portal-portal tertentu pusing dan mengatakan itu adalah kenyataan untuk membakar kitab Injil (sahaja). Ia tidak betul," katanya yang kemudian menjelaskan Malaysiakini bukan portal berita yang dimaksudkan. Abdul Rahman juga ditanya mengenai kenyataan Datuk Zulkifli Noordin yang menimbulkan kemarahan penganut Hindu sebelum ini, tetapi beliau tidak mengulas mengenainya. Beliau ditemui selepas melancarkan Ops Jalan Raya dan Kempen Anti Membuang Sampah sempena musim perayaan di plaza tol Sungai Besi menghala ke Seremban petang tadi. Mengenai Ops tersebut, Abdul Rahman berkata pada tahun ini akan berlangsung selama 18 hari dari 1 hingga 18 Ogos dan Jabatan Bomba dan Penyelamat di bawah kementeriannya adalah agensi utama bagi kempen itu. Menurutnya, pihak bomba akan bertindak sebagai agensi penyelamat utama untuk menangani insiden kebakaran, kemalangan dan bahan kimia berbahaya di 16 lokasi utama yang telah dikenal pasti di seluruh negara.Sumber: Malaysiakini | NGO buat laporan polis, dakwa AG tidak adil Posted: 18 Jul 2013 06:28 AM PDT KUALA LUMPUR - Lima NGO hari ini membuat laporan polis terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail kerana didakwa menyalahguna kuasa dan mengamalkan pendakwaan terpilih. NGO terbabit, Jingga 13, Malaysian Indian Progressive Association, Pertubuhan Kebajikan dan Hak Rakyat, Tamillar Action Force dan Warga Aman mendakwa, Gani sepatutnya mengambil tindakan perundangan ke atas Zulkifli Noordin, Ridhuan Tee Abdullah dan Ibrahim Ali yang didakwa menghina agama Hindu dan Kristian. Laporan dibuat di balai polis Travers tengah hari tadi. Menurut Presiden Power S.Gobi Krishnan, lebih 100 laporan polis telah dibuat diseluruh negara terhadap Zulkifli dan Ridhuan Tee yang menghina agama Hindu, namun pihaknya mendapat maklum balas daripada polis bahawa pihak peguam negara telah memutuskan untuk tidak mengambil sebarang tindakan. "Kami kecewa, alasan mereka kerana ketiadaan bukti, jadi mereka tidak dapat mengambil tindakan. "Adakah bukti video YouTube Zulkifli Noordin tidak boleh dijadikan bukti," katanya kepada pemberita. Perkara ini katanya membuktikan bahawa peguam negara mengamalkan pendakwaan terpilih walaupun video-video membabitkan perlakukan seperti didakwa tersebar luas di internet. "Kenapa tidak boleh diambil tindakan, sedangkan bukti di Youtube telah tersebar luas," katanya. Terbaru, polis setelah membuka siasatan ke atas pasangan yang mempersenda umat Islam dan Ramadan melalui laman Facebook mereka, Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24. Kedua-duanya dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta petang ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan polis Kuala Lumpur telah membuka kertas siasatan terhadap pasangan itu mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan kesalahan atas alasan yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, kebencian sehingga memudaratkan perpaduan. Gani sebelum ini turut dipetik berkata, pasangan ini mungkin disiasat mengikut Akta Hasutan ekoran tindakan menyiarkan gambar di Facebook yang mengundang kemarahan orang Islam. "Ya, (boleh disiasat mengikut) Akta Hasutan. Pertimbangan harus dan akan dibuat," kata Abdul Gani kepada pemberita dalam satu sidang media hari ini. Beliau berkata, tuduhan mengikut Akta Hasutan itu boleh dikenakan ke atas pasangan tersebut, selain dakwaan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia yang membawa hukuman lebih rendah. | MP dakwa PM tak faham prosedur mansuh akta Posted: 18 Jul 2013 06:26 AM PDT KUALA LUMPUR - "Rang Undang-undang. Akta Hasutan 1948 tidak boleh dimansuhkan tanpa dibawa berbincang terlebih dahulu dan diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-raja," kata ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Susulan itu, beliau menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman untuk memansuhkan akta tersebut dua tahun lalu sebagai tidak memahami prosedur dan tidak menepati kehendak Perlembagaan Persekutuan. | 'Pasangan Bak Kut Teh' dikenakan tiga pertuduhan di mahkamah Posted: 18 Jul 2013 06:19 AM PDT Pasangan blogger sex Malaysia didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas tiga pertuduhan selepas mencetuskan kontroversi menyiarkan gambar yang menyentuh sensitiviti masyarakat Islam terutama pada bulan Ramadan di laman sosial Facebook baru-baru ini. Pasangan itu, Alvin Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee May Ling, 24, yang dikenali dengan nama Alvivi turut didakwa atas kesalahan menyiarkan bahan berunsur seksual di laman web tahun lalu. Kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Mereka didakwa mengikut Akta Hasutan, Akta Penapisan Filem dan Kanun Keseksaan. Pasangan itu dituduh menerbitkan bahan berunsur hasutan di Facebook bertajuk `Alvin and Vivian-Alvivi' di https://www.facebook.com/alvivi.swingers dengan gambar bertajuk "Selamat Berbuka Puasa dengan Bak Kut teh.. Wangi, enak, menyelerakan!!!" bersama logo Halal di sebelahnya. Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di alamat 568-14-8 Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, Kuala Lumpur, antara 11 Julai dan 12 Julai lalu. Mereka didakwa mengikut subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948. Bagi kesalahan pertama kali, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya, boleh dipenjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan. Bagi pertuduhan kedua, Tan dan Lee didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama, antara 6 Julai dan 7 Julai lepas, antara 9 malam hingga 2 pagi. Mereka didakwa mengikut subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 yang membawa hukuman denda minimum RM10,000 atau maksimum RM50,000 atau boleh dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Pasangan itu juga didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satukandungan gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama di kalangan penganut agama berlainan. Kandungan itu telah dibaca di CAF - Syed Restaurant Jalan Dang Wangi, di sini antara 11 Julai dan 12 Julai pukul 10.48 malam. Mereka didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun jika sabit kesalahan. Murtazadi tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin atas sebab kepentingan awam. "Mahkamah tidak akan terpengaruh dengan unsur-unsur luar dalam memberi jaminan kepada tertuduh," tegas hakim itu. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin memohon supaya tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin bagi dua kesalahan iaitu memuat naik kandungan gambar dan komen berhubung berbuka puasa dan mempamerkan gambar-gambar lucah. Beliau memberikan dua alasan iaitu kesalahan di bawah Seksyen 298A(1)(a) dan Akta Penapisan Filem, memang tidak boleh dijamin. "Sememangnya kami akur budi bicara mahkamah untuk membenarkan jaminan dalam dua pertuduhan itu, tetapi pihak pendakwaan membantah sebarang jaminan dikenakan," kata Noorin. Alasan kedua pula ialah kedua-dua tertuduh mempunyai kecenderungan untuk memuat naik gambar yang boleh membangkitkan kemarahan orang ramai. "Pihak pendakwaan memohon mereka tidak dilepaskan dengan sebarang jaminan sehingga selesai perbicaraan kes itu," katanya. | Zahid Hamidi selesaikan kes pukul di luar mahkamah Posted: 18 Jul 2013 06:14 AM PDT OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA Kes saman seorang ahli perniagaan terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini didakwa memukulnya, diselesaikan di luar mahkamah.Ia berikutan kedua-dua pihak mencapai persetujuan itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini. Peguam kepada Menteri Dalam Negeri itu, Datuk Shamsul Bahrin memberitahu pemberita pampasan akan diputuskan untuk dibayar tanpa campur tangan peguam kedua-dua pihak. Amir Bazli Abdullah, 41 memfailkan tuntutan saman pada 4 Julai, 2007 dengan mendakwa Ahmad Zahid menumbuknya di muka pada 16 Januari 2006 di Kelab Reakreasi Country Heights di Kajang, menyebabkan kecederaan tulang hidungnya dan mata. - 18 Julai, 2013. Zahid tiba di mahkamah jam 2.30 petang dengan diiringi polis tetapi enggan memberi sebarang ulasan kepada pemberita. Amir Bazli Abdullah turut mengesahkan mereka mencapai persetujuan itu. "Saya berpuas hati tetapi tidak boleh mendedahkan butirannya," kata beliau. Peguamnya, Karpal Singh, berkata Hakim Rohani bertindak sebagai perantara kepada Ahmad Zahid dan Amir Bazli dalam pertemuan 90 minit itu tanpa kehadirannya. Beliau berkata, tarikh perbicaraan pada 27 Ogos depan Hakim Mahkamah Tinggi batal berikutan persetujuan Amir memfail saman terhadap Ahmad Zahid pada Julai 2007 dengan mendakwa bekas timbalan menteri itu menumbuknya di muka di Kelab Rekreasi Country Heights, Kajang pada 16 Januari 2006. Amir juga mendakwa Ahmad Zahid mengancam untuk membunuhnya dan dikurung secara salah di kediaman Ahmad Zahir di Country Heights. 18 Julai, 2013. Ahmad Zahid bagaimanapun menafi semua tuduhan berkenaan. | Proton tidak turun harga Preve Posted: 18 Jul 2013 06:11 AM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Proton Edar Sdn Bhd tidak bercadang menurunkan harga jualan Proton Preve sewenang-wenangnya semata-mata untuk bersaing dengan harga jualan Honda Jazz. Ketua Pegawai Eksekutifnya Hisham Othman berkata Proton Edar yakin Preve di pasaran sekarang mempunyai nilai wang tersendiri bagi pembeli dan pengguna Preve. "Proton Preve mempunyai nilai yang baik memandangkan Preve menggunakan enjin 1.6 "turbo", dengan prestasi kereta yang menggunakan enjin turbo hampir menyamai kereta 2000cc," katanya kepada Bernama dalam perbualan telefon hari ini. Hisham berkata Proton Preve mempunyai banyak kelebihan berbanding kereta berjenama yang lebih hebat dan harga yang lebih mahal, yang berada di pasaran. "Preve mempunyai kelebihan tersendiri. Malah, Preve memiliki ciri-ciri keselamatan yang tidak ada pada kereta lain, seperti Kawalan Kestabilan Elektronik. "Ciri keselamatan tersebut hanya ada pada kereta-kereta mewah seperti BMW dan Mercedes, namun yang menakjubkan, Preve, sebuah kereta nasional, dilengkapi ciri keselamatan canggih yang setaraf dengan kereta-kereta mewah antarabangsa," katanya. Beliau juga mendakwa terdapat sesetengah kereta mewah dalam pasaran Malaysiatidak dilengkapi ciri-ciri keselamatan memandangkan pengguna di negara ini masih membeli kereta berdasarkan jenama tanpa memikirkan ciri-ciri keselamatan yang ada pada kereta tersebut. Hisham turut menyimpulkan bahawa Preve mempunyai tahap perlindungan yang sangat bagus berbanding kereta lain yang hampir sama dengannya. "Preve boleh memberi nilai wang kepada pembeli, sangat selamat, prestasi yang lebih baik berbanding kereta lain, malah Preve mempunyai pemanduan kanan Lotus, yang dibangunkan oleh Lotus di London," katanya. Baru-baru ini Honda memperkenal model CKD Honda Jazz Petrol pada harga atas jalan, termasuk insurans sebanyak RM74,800, dengan bayaran bulanan serendah RM755, berdasarkan unjuran 90 peratus pinjaman. Harga di atas jalan Preve ialah sekitar RM73,000. - Bernama | Tutup Kolej Insaniah, Mukhriz enggan ulas Posted: 18 Jul 2013 06:07 AM PDT ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir enggan ulas desas desus mengenai penjualan Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) yang kini tersebar di blog-blog ketika ini. Sebaliknya Mukhris berkata, Kerajaan Negeri Kedah akan terus mengutamakan kebajikan dan kepentingan pelajar di kolej tersebut. "Kalau dilihat dari segi kewangan, pembinaan kampus induk itu sahaja menelan belanja sebanyak RM350 juta dan menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar hutang sebanyak RM46 juta setahun. "Perbelanjaan tersebut belum termasuk gaji pekerja dan sebagainya yang mencecah lebih RM50 juta setahun. Tanggungan kewangan itu memang tinggi. "Bagaimanapun, kita telah berjaya membuatkan Insaniah sebagai satu badan berkanun," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, hari ini. Sebelum ini, Mukhriz dilaporkan berkata, Kerajaan Kedah sedang menilai semula kewajaran Insaniah Holdings Sdn Bhd dan anak-anak syarikatnya dalam usaha kerajaan negeri menyelesaikan masalah Kolej Insaniah. Mukhriz berkata, menerusi penilaian semula itu kerajaan negeri antara lain mempertimbang langkah untuk memperkemaskan pengurusan anak syarikat berkenaan. "Hasil siasatan awal yang dijalankan, kita dapati memang wujud kepincangan dalam pengurusan Insaniah dan bagi menyelesaikan masalah ini tindakan daripada kerajaan negeri diperlukan. "Kita juga dapati terdapat beberapa entiti yang terpaksa menanggung kerugian dan terpaksa bergantung kepada sumber dana Insaniah yang disalurkan oleh kerajaan negeri dan suntikan bantuan ini telahpun mencecah jutaan ringgit yang seharusnya boleh digunakan untuk kegunaan rakyat," kata Mukhriz. Sementara itu, ketika mengulas perkara sama, Mukhriz menambah, sekiranya kerajaan negeri terpaksa memilih opsyen itu, kakitangan dan pengurusan Insaniah secara menyeluruh tetap diberi perhatian. Katanya lagi, penukaran status Insaniah itu juga memudahkan kerajaan negeri membela nasib setiap warga Insaniah. Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata, kerajaan negeri akan membuat penambahbaikan terhadap Kulim Teknologi Park Corporation supaya usaha menarik pelabur berjalan lancar. "Dalam masa sama, kita perlu memberi respon lebih pantas kepada pelabur. Juga boleh fikirkan mengenai cara terbaik untuk memenuhi piawaian yang kita berikan kepada pelabur. "Hal ini termasuk mempercepatkan kelulusan permohonan semua aktiviti yang diberikan kepada mereka (pelabur)," katanya. | Kerajaan didesak campur tangan pengurusan Mas Posted: 18 Jul 2013 06:05 AM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Kesatuan Pekerja-pekerja Sistem Penerbangan MAS (Maseu) hari ini meminta kerajaan campur tangan dalam pentadbiran Malaysia Airlines (MAS) dengan melantik kepimpinan baharu yang lebih arif dalam industri penerbangan bagi mengemudi syarikat penerbangan negara itu. Setiausaha Eksekutif Maseu Mohd Jabarullah Abdul Kadir berkata pelbagai masalah dalaman termasuk kerugian terbesar sebanyak RM2.52 bilion yang dialami MAS pada 2011 telah merencatkan reputasinya sebagai syarikat penerbangan ulung negara sejak 40 tahun lepas. "Sebagai sebuah kesatuan di bawah MAS, kami bimbang dan tidak lagi boleh berpeluk tubuh melihat perkembangan ini. "Kerugian yang dialami MAS termasuk krisis lain seperti khabar angin pemecatan kakitangan, amat mendukacitakan dan memerlukan tindakan drastik serta campur tangan segera daripada kerajaan," katanya pada sidang media di pejabat Maseu di Subang Jaya hari ini. Beliau berkata banyak pihak yang kurang jelas dengan krisis yang membelenggu MAS dan menuding jari menyalahkan kakitangan dan kesatuan terhadap semua isu yang berlaku termasuk isu kerugian. Namun hakikatnya pihak pengurusan atasan termasuk kepimpinan tertinggi MAS sebenarnya yang menentukan jatuh bangun syarikat penerbangan itu, katanya. | Posted: 17 Jul 2013 11:00 PM PDT OLEH ELIZABETH ZACHARIAH Pencarian siapa Mohamed Salleh Mohamed Ali bermula apabila nama itu diumumkan di Parlimen oleh pembangkang sebagai pembekal dakwat kekal kontroversi yang digunakan semasa Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13). Setakat ini, semakan mendedahkan: beliau adalah ahli perniagaan berumur 47 tahun dan menguruskan syarikat Integrated Challenger (M) Sdn Bhd di Shah Alam. Tiada respon apabila panggilan telefon dibuat ke pejabatnya petang semalam.Semakan juga mendapati Mohamed Salleh mempunyai 11 saman yang belum dibayar dan kenderaan digunakan untuk kesalahan adalah Porsche Cayenne dan Toyota Alphard. Ahli perniagaan ini menjadi terkenal dalam sekelip mata semalam apabila Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memberitahu Parlimen beliau adalah pembekal dakwat kekal. Pengarah Strategi PKR itu juga mendakwa Mohamed Salleh rapat dengan kepimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Tiga minggu lalu Rafizi mencabar SPR untuk mendedahkan pembekal dakwat kekal itu dan jika gagal, beliau berjanji untuk mendedahkannya di Parlimen. Beliau berkata semalam, penyiasatannya mendedahkan pemberian kontrak untuk bekalan dakwat kekal diberikan kepada syarikat yang pemiliknya tidak mempunyai kemahiran dalam urusan itu. Syarikat itu juga tidak mempunyai modal untuk pembelian dakwat kekal dan pemiliknya meminta pinjaman daripada seorang ahli perniagaan dari Kampung Baru sebanyak RM7 juta. Dakwat itu menjadi kontroversi selepas pengundi mengatakan ia mudah dibasuh dengan menggunakan sabun. Sebelum itu SPR berjanji dakwat itu mampu bertahan selama tujuh hari. Pakatan Rakyat (PR) mendakwa oleh kerana dakwat itu gagal, ramai pengundi boleh mengundi lebih dari sekali, menyebabkan berlakunya penipuan. Gabungan pembangkang memfailkan saman di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keputusan PRU13 dan mahukan pilihan raya semula dengan alasan SPR gagal dalam hal dakwat kekal. Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, dakwaan pembekal dakwat mempunyai kaitan dengan kepimpinan tertinggi SPR memerlukan siasatan lanjut. "Saya terkejut dengan pendedahan ini. Ia menambahkan keraguan kerana mereka sebelum ini enggan mendedahkan nama pembekal," katanya dan menambah, pendedahan ini menimbulkan lebih banyak keraguan dengan kemampuan SPR untuk menjalankan pilihan raya bersih dan adil. Katanya, kontroversi terbaru berhubung pembekal dakwat menyebabkan keperluan untuk panel bebas menyiasat isu ini. Petang semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menafikan mempunyai kaitan dengan Mohamed Salleh dan menyatakan pihak yang menguruskan pembelian dakwat adalah setiausaha suruhanjaya itu, Datuk Kamarudin Baria. "Setakat yang saya tahu urusan pembelian itu berjalan dengan baik dan mendapat kelulusan Kementerian Kewangan. Lebih baik hal ini dilanjutkan kepada Kamarudin kerana saya dan timbalan tidak mencampuri urusan urusetia," kata Abdul Aziz merujuk kepada timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar | Adun PAS Telok Pasu, Rantau Abang kekal Posted: 17 Jul 2013 10:50 PM PDT Hakim Datuk Seri Mariana Yahya menolak petisyen itu dalam perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini. Dun Telok Pasu dimenangi calon PAS, Ridhuan Hashim menewaskan calon BN, Datuk Abdul Rahin Mat Said dengan majoriti 109 undi dalam pilihan raya umum lalu. Dun Rantau Abang pula dimenangi calon PAS Alias Harun mengalahkan calon BN, Datuk Za'abar Mohd Adib dengan majoriti 90 undi sahaja. Dalam perbicaraan hari ini, kedua-dua Adun PAS diwakili peguam Saifudin Othman, Faris Irwan Mustafa, Kamaruzaman Abdul Wahab dan Azwan Rosli. Calon Umno yang menjadi pempetisyen dalam kes ini pula diwakili lima peguam iaitu Rafai Adnan, Shahri Adnan, Ahmad Shamsawal, Hazuan Hamidon dan Mohd Auliat. Defendan kedua dan ketiga dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diwakili lapan peguam antaranya Mohd Alfaisi Hashim dan Hafisol Yusof. Hakim turut memutuskan supaya pempetisyen membayar kos sebanyak RM50,000 setiap petisyen untuk SPR manakala Adun PAS masing-masing RM30,000. Antara punca penolakan mahkamah untuk kes DUN Rantau Abang ialah Ketua Tempat Mengundi (KTM) SPR mempunyai kuasa penuh dan tidak boleh dipersoal untuk menolak kertas undi yang dicemarkan oleh dakwat kekal. Dalam petisyennya, calon BN Rantau Abang mempertikai tindakan KTM menolak kertas undi yang tercemar akibat terkena dakwat kekal. Bagi kes Telok Pasu pula, mahkamah bersetuju tindakan KTM menambah satu kertas undi untuk calon PAS dalam pilihan raya itu menjurus kepada kesalahan pilihan raya tetapi ia tidak menyentuh keputusan pilihan raya untuk DUN itu | Kempen BN di Kuala Besut di takuk lama Posted: 17 Jul 2013 10:43 PM PDT Oleh: Mohd Nasir Awang Pilihan Raya Kecil Dun Kuala Besut, Terenganu semakin menuju kemuncak. Kedua-dua parti bertanding, Barisan Nasional (BN) dan PAS semakin merancakkan gerakerja kempen masing-masing. Setakat ini belum ada apa-apa yang boleh disifatkan sebagai pendekatan baru dalam kempen BN. Selaku parti pemerintah yang memiliki berbagai kelebihan berbanding PAS, BN nampaknya kekal selesa memanfaatkan kaedah dan taktik lama Kesemua taktik dan pendekatan itu berkait rapat dengan tabiatnya memanipulasi kuasa dan kewangan kerajaan untuk kepentingan politik partinya. Pertama, BN terus memancing undi rakyat dengan menabur janji pembangunan dan pelaksanaan projek segera. Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turun sebagai Timbalan Perdana Menteri merasmikan peletakan batu asas dan pecah tanah projek pembinaan 72 unit pangsapuri empat tingkat, di Kampung Lay Out Tok Saboh. Dengan kos pembinaan RM10.35 juta, projek itu akan menjadi tempat tinggal 72 keluarga, termasuk 46 keluarga mangsa air pasang dan ombak besar di Dun berkenaan. Setiap unit bernilai RM100,000 itu akan diberikan kepada setiap keluarga secara percuma. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pula meluluskan pembinaan pasar nelayan di Jeti Kuala Besut, yang sekali gus menjadi pasar pertama seumpamanya di Terengganu. Menterinya yang turun menabur janji itu mengatakan kerajaan akan membina pasar dengan kos RM200,000 itu dalam masa terdekat. Di tengah-tengah kerancakan kempen inilah juga Menteri Pendidikan II mendapat idea memilih dua sekolah di Kuala Besut untuk program integrasi kementeriannya dengan Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan, yang dipanggil Brain Bee. Secara kebetulan pula, ketiga-tiga janji besar ini berlaku di hari sama dan turut melibatkan kawasan sama di Besut. Giliran menteri-menteri lain mengumumkan projek kementerian masing-masing dijangka akan bersilih-ganti dalam tempoh kempen berbaki seminggu lagi ini. Kedua, BN memanipulasi tahap hidup rakyat dengan umpan bantuan segera. Sepertimana lazimnya di setiap kesempatan pilihan raya kecil sebegini, BN akan memanfaatkan kuasa dan kewangan kerajaan menyalurkan pelbagai bantuan kepada hampir setiap sektor masyarakat. Tidak cukup dengan beberapa skim bantuan yang telah sedia dilaksanakan seperti BR1M, TR1M, dan entah apa-apa lagi, diwujudkan pula berbagai nama bantuan mengikut jabatan atau agensi kerajaan berasingan. Kumpulan nelayan diberikan bantuan perkakasan nelayan, khalayak petani pula dengan input pertanian, begitulah juga yang lain-lainnya. Ketiga, ada maklumat mendakwa wujud unsur ancam-ugut terhadap petugas PAS di peringkat akar umbi. Dikatakan ada unit peti undi (UPU) PAS sukar mendapat komitmen daripada petugas tempatan, sedangkan sekian lama individu-individu terbabit adalah aktivis setempat yang membuat kerja-kerja parti secara terbuka. Antaranya, masih ada UPU PAS yang gagal menyenaraikan petugas 'polling and counting agent', apabila petugas sedia ada enggan memberikan kerjasama di atas sebab-sebab yang sangat mencurigakan. Difahamkan mereka ini telah ditekan dengan 'kata dua' oleh pihak tertentu agar tidak melibatkan diri dengan sebarang gerakerja kempen PAS, atau bakal berdepan kesulitan di dalam pencarian rezeki mereka. Sejauh manakah dakwaan ini benar, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Namun, logiknya juga ada. Bagi masyarakat di Dun Kuala Besut yang rata-rata hidup kais pagi, makan pagi, sebarang ancaman untuk menutup periuk nasi adalah sesuatu yang paling ngeri untuk diimpikan. Kesan daripada keadaan itu sedang dirasai PAS. Keempat, BN masih mengamalkan taktik menyerang peribadi calon lawan. Walau pun calon BN dalam kenyataan kepada media sejurus selepas penamaan calon Jumaat lalu menyatakan akan melaksanakan kempen secara gentleman dan tidak akan menyerang peribadi calon parti lawannya, sikap dan pendirian serupa nampaknya tidak dikongsi para pendukung BN lain. Di hari sama juga khabarnya calon PAS, Azlan @ Yusof Endut a.k.a Che Long dikutuk dan dihina. Taraf pendidikannya yang 'hanya lulus SPM' dijadikan bahan tutur paling laris di kalangan jentera kempen BN. Bahkan, ada di kalangan pemimpin masyarakat setempat melabelkan beliau sebagai seorang calon yang "bodoh", "tidak pass periksa" dan tidak layak dipertemukan dengan calon BN yang berpendidikan tinggi itu. Che Long juga disifatkan seorang bekas ahli Umno yang khianat dan mempunyai rekod disiplin yang buruk, sehingga beliau terpaksa dipecat daripada Umno. Sedangkan 'rekod buruk' dimaksudkan itu hadir ke Besut bersama satu fenomena penghijrahan beramai-ramai ahli Umno ke dalam PAS selepas September 1998 lalu. Selain pemerhatian-pemerhatian di atas, pelaporan media elektronik dan cetak arus perdana yang sangat tidak telus dan berat sebelah turut menambah ketempangan dalam proses demokrasi negara ini. Kesemua pemerhatian disebutkan itu bukanlah perkara baru. Ia hakikat yang telah sekian lama diamalkan BN pada setiap kali parti itu berdepan pilihan raya, umum atau kecil. Ertinya, biar pun zaman semakin melangkah ke depan, taktik dan strategi kempen BN tetap kekal di takuk lama. | PRK Kuala Besut; RM 288.847 Juta Sogokan Telah DiLakukan BN Posted: 17 Jul 2013 10:39 PM PDT Editor BULETINTempoh kempen sedang berjalan sekarang untuk PRK Kuala Besut dimana pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah menetapkan tarikh mengundi adalah pada 24 Julai 2013.Menurut MAFREL, pemerhatian yang dibuat dari kempen hari pertama pada 12 Julai sehingga hari ini, 17 Julai, Barisan Nasional (BN) tanpa sedikit pun merasa malu menggunakan taktik lama 'menyogok' rakyat dengan rasuah pembangunan. "nampaknya Barisan Nasional (BN) sudah kembali kepada taktik lama, tanpa rasa segan dan dengan alasan sama..."ini kebetulan",kata Pengerusinya Syed Ibrahim Syed Noh Al Habshi. Beliau menyenaraikan janji dan projek yang ditawarkan oleh BN kepada rakyat dalam PRK di Kuala Besut yang dicatat oleh MAFREL setakat ini. 1. Pengumuman peruntukan bernilai RM10 .35 juta untuk pembinaan pangsapuri empat tingkat merangkumi 72 unit di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut [Gambar kiri] – 13 Julai 2013 (sumber: Malaysiakini) 2. Bantuan bernilai RM147,750 dalam bentuk anak ayam kampung, kambing, makanan ayam dan motosikal roda tiga daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu kepada 314 petani sekitar Kuala Besut oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam Program Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bersama Penduduk DUN Kuala Besut di Kampung Baharu Kuala Besut – 14 Julai 2013 (sumber: Bernama) 3. TPM tarawih di Kuala Besut, umum bantuan RM343,000 untuk naik taraf masjid Hj Ishak, Kampung Dengir di Kuala Besut - 16 Julai 2013 (sumber: Bernama melalui Malaysiakini) 4. TPM merasmikan projek pecah tanah projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Peroi di Tok Saboh, Kuala Besut dengan peruntukan RM28 juta – 16 Julai 2013 (sumber: Malaysiakini dan teganukita.blogspot.com) 5. Pengumuman projek bernilai RM250 juta untuk mendalamkan muara Sungai Besut – 16 Julai 2013 (Berita Harian) 6. Pemberian kunci rumah dan surat tawaran Rumah Mesra Rakyat (RMR) oleh Pengarah Urusan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Kamarul Rashdan Salleh di Kuala Besut – 16 Julai 2013 (sumber: Bernama) Syed Ibrahim juga berharap sukarelawan MAFREL dapat pantau dan merakamkan foto-foto berkenaan. | Rafizi dedah Mohamed Salleh terbabit dua lagi syarikat pembekalan SPR Posted: 17 Jul 2013 10:28 PM PDT Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli (gambar) hari ini mendedahkan dua lagi syarikat yang dikawal oleh Mohamed Salleh Mohd Ali iaitu Nash Ventures Sdn Bhd dan Allisons Sdn Bhd yang dikatakan mempunyai kaitan mendapat kontrak pembekalan secara rundingan terus daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Semalam, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kasim di Dewan Rakyat mengesahkan Nash Ventures Sdn Bhd mendapat kontrak perbekalan topi dari SPR semasa Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu. Rafizi berkata, berdasarkan carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mohamed Salleh adalah pengarah kepada Allisons Sdn Bhd bersama Shamsia Mansoor dan wanita itu juga adalah pengarah di Nash Ventures Sdn Bhd. Menurut Pengarah Strategi PKR itu, berkemungkinan Mohamed Salleh dan Shamsia adalah pasangan suami isteri kerana tinggal di alamat yang sama dan nombor MyKad kedua-duanya menunjukkan berasal dari Singapura. | Kuala Besut: Warna dakwat kekal 'muncul' semula walau dicuci, kata SPR Posted: 17 Jul 2013 10:24 PM PDT Oleh Mohd Farhan DarwisSelepas berlaku beberapa insiden dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang mudah dibersihkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memberi jaminan, dakwat kekal yang bakal digunakan dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut akan "muncul semula walaupun dicuci." Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata bagi membolehkan kesan dakwat kekal pada jari, pengundi dinasihatkan untuk memastikan jari mereka tidak berminyak. "Setelah dicelup, dakwat kekal itu perlu dibiarkan lebih kurang 30 saat untuk kering. SPR mendapati jika dakwat kekal itu dicuci, warnanya akan muncul semula di jari," katanya dalam satu kenyataan selepas simulasi penggunaan dakwat kekal dijalankan di Bangunan Majlis Daerah Besut sebentar tadi. Sebelum PRU13, Abdul Aziz pernah memberi jaminan dakwat kekal boleh tahan selama tujuh hari. Tetapi, sebaliknya yang berlaku. Simulasi berkenaan diketuai Pengarah Akademi Pilihan Raya, Abdullah Jusoh. Ketika PRU13 lalu, ramai pengundi yang mengadu dakwat kekal yang digunakan ketika mengundi mudah ditanggalkan apabila dibasuh, dan menimbulkan reaksi negatif pelbagai pihak termasuk pemimpin pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) menyelar SPR atas perkara itu. SPR pula sebagai respon balas menyatakan dakwat berkenaan tidak menggunakan kandungan nitrat perak, sebaliknya hanya menggunakan pewarna makanan. "Bagi maksud digunakan untuk pengundian pada PRK Kuala Besut, SPR menghantar contoh dakwat kekal kepada Jabatan Kimia Malaysia untuk diuji daripada aspek kandungan bahan yang digunakan di dalam dakwat," katanya. Beliau berkata, pihaknya mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan bagi memastikan kandungan bahan dalam dakwat kekal itu tidak memudaratkan pengundi dan menerima keputusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa penggunaannya tidak melanggar hukum syarak. PR membawa kes ke mahkamah bagi mengetepikan keputusan PRU13 ekoran perjalanan pilihan raya yang didakwa mereka tidak bersih, termasuk insiden dakwat kekal yang tidak kekal. Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli juga mendakwa pembekal dakwat kekal berkenaan adalah "rakan karib" kepada dua pegawai tertinggi SPR, Abdul Aziz, dan timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Penggunaan dakwat kekal adalah salah satu daripada lapan tuntutan yang dikemukakan Bersih 2.0 bagi mengelakkan berlakunya pengundian dua kali. | Hadiah Untuk Rakyat: 1,079 Kamera AES Akan Dipasang Di Seluruh Negara Posted: 17 Jul 2013 10:15 PM PDT KELAB GREENBOC
Kementerian Pengangkutan hari ini mendedahkan, sebanyak 1,079 kamera perangkap kelajuan kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dipasang seluruh negara. Dalam jawapan bertulis daripada soalan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng di Dewan Rakyat, lokasinya belum dikenal pasti tetapi bakal ditentukan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS). "Sebanyak 1,079 kamera AES masih belum dipasang di seluruh negara. "MIROS sedang mengenal pasti lokasi kawasan kerap kemalangan berdasarkan kriteria lebih terperinci menguna pakai data kemalangan kebangsaan yang terkini," kata jawapan bertulis Kementerian Pengangkutan. Jawapan bertulis kementerian itu juga menyatakan kerajaan mengutip RM20 juta daripada 673,339 saman yang dikeluarkan sehingga 11 Jun 2013. "Sehingga 11 Jun 2013, sebanyak 628,045 kesalahan memandu melebihi had laju dan 45,294 kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah. "Jumlah kutipan kompaun yang diterima bagi tempoh sama ialah RM20,020,500," kata kementerian lagi. Putrajaya, bagaimanapun enggan mendedahkan terma dan syarat perjanjian konsesi berikutan ia dokumen terperingkat/rahsia dan tidak dapat dinyatakan dalam Dewan Rakyat. Projek swasta bernilai RM700 juta itu bermula dengan 14 kamera dalam fasa percubaan tetapi JPJ berikrar melancarkan lebih banyak kamera menjelang akhir 2013. -TMI | Sebab Pulut Santan Binasa: Karpal Buat Laporan Polis Terhadap Tajuddin Posted: 17 Jul 2013 10:13 PM PDT KELAB GREENBOC
Pengerusi DAP Karpal Singh semalam membuat laporan polis terhadap Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berhubung kenyataan didakwa berbaur hasutan. Karpal Singh, diiringi Penasihat DAP Lim Kit Siang, membuat laporan itu di balai polis Tun H.S Lee di sini pada kira-kira 12 tengah hari. Beliau menggesa polis menyiasat Tajuddin mengikut Akta Hasutan kerana didakwa sebagai berkata di Kuala Besut, Terengganu pada 14 Julai lepas bahawa beliau (Karpal Singh) boleh menjadi presiden pertama Malaysia jika pengundi di Kuala Besut membenarkan DAP mengawal Putrajaya melalui PAS. Pengundi di Kuala Besut akan mengundi pada 24 Julai dalam pilihan raya kecil untuk memilih Anggota Dewan Undangan Negeri berikutan kematian wakil rakyat mereka Dr A. Rahman Mokhtar dari Barisan Nasional (BN) pada 26 Jun lepas. BN mempertahankan kerusi itu dalam pertandingan satu lawan satu dengan PAS. Lim menyifatkan kenyataan Tajuddin sebagai semberono dan menghasut. - Bernama
| Calvin, Vivian, Zulkifli Noordin dan lain-lain mesti diambil tindakan Posted: 17 Jul 2013 10:09 PM PDT Di waktu negara sedang menghadapi ketandusan kepimpinan ini, banyak isu dan perkara yang tidak berpatutan timbul hasil dari kekurangan kepimpinan itu. Segala cita-cita perjuangan negara bukan sahaja terbantut malahan keadaan bertambah buruk dan menakutkan. Semua bercakap isu yang mereka tidak memahami dengan betul atau bercakap tanpa kejujuran. Isu penyatuan kaum adalah isu besar yang di sebut oleh semua pihak baik dari pihak kerajaan mahu pun dari pihak pembangkang, tetapi tidak ada satu pihak pun yang jujur tentang perjuangan yang mereka laungkan. Sekarang timbul isu besar lagi. Isu hasil dari kelakuan nakal sepasang anak muda, Calvin Tan dan Vivian menjadi isu dan semua pihak bercakap, tuduh menuduh diantara satu dengan lain sehingga menjadi panas dan membosankan. Keadaan semakin merumitkan sampaikan tidak siapa lagi yang boleh memberikan punca kenapa keadaan politik ini menjadi sebegini rupa. Saya percaya jika ada satu pihak yang lebih betul dari pihak yang lain tentu perkara seperti ini tidak akan berlaku. Jika ada pihak yang betul tentulah ramai yang akan memihak kepada yang betul kerana di situlah 'sanctuary' kepada rakyat yang sedang dalam pencarian. Isu seperti ini bersabit dengan kepimpinan, samada pimpinan yang lemah atau pun pimpinan yang tidak jujur atau oleh kerana kedua-duanya sekali. Jika perkara tidak serius masakan pasangan Calvin dan Vivian ini boleh melakukan perkara yang sejahat yang mereka lakukan terhadap agama kita? Tetapi keburukan yang sangat jahat yang dilakukan oleh pasangan muda ini tentulah bersebab. Mesti ada puncanya. Kenapa mereka yang masih muda sudah pandai menyentuh dan menyakitkan kita dengan provokasi yang mereka lakukan itu? Puncanya itulah yang wajib kita fahami dan diperbaiki. Kalau kita lihat dan pandang betul-betul, mereka yang menjadikan isu ini lebih panas ialah nama-nama seperti Zulkifli Noordin, Bung Mokhtar dan beberapa orang yang lain dalam mana nama-nama ini adalah nama-nama yang tergulung kepada 'tin-tin kosong' yang tidak mampu memberikan tambah nilai kepada politik negara kita. Betul, mengambil tindakan terhadap pasangan muda ini adalah amat wajib kerana tidak ada siapa yang beragama akan merestui perlakuan mereka. Tetapi saya tidak salah jika saya katakan yang keadaan ini berlanjutan kerana pihak yang mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan itu tidak bersikap adil. Kenyataan-kenyataan mereka-mereka seperti Zulkifli Noordin, Ibrahim Ali dan ramai lagi yang bersifat provokatif terhadap agama lain tidak pula diambil tindakan. Selagi sikap berat sebelah pihak penguasa dan mengambil tindakan secara 'selective' maka selagi itulah isu-isu seperti ini akan berlaku tanpa henti. Sekarang budaya provokasi diantara agama ini sudah berlarutan dan ini tidak akan selesai selagi tidak ada tanda-tanda pihak berkuasa berkemampuan untuk bersikap adil dan saksama. Seperti ibu-bapa yang mempunyai sikap 'limau masam sebelah' terhadap anak-anak, kerukunan keluarga itu tidak akan tercapai. Tidak akan aman keluarga yang kita pimpin jika kita sendiri mempunyai sifat 'limau masam sebelah' itu. Anak-anak tidak akan berasa aman dan tidak akan menghormati diantara satu dengan lain dalam keluarga itu. Sebagai penguasa kepada keluarga kita mesti mempunyai kesabaran yang tinggi. Jika marah tidak boleh ditunjukkan marah kita secara berlebihan. Bak kata orang tua-tua, 'jika harimau yang ada di dalam diri kita, kita keluarkan kambing'. Kita mesti mampu untuk menyejukan keadaan. Tetapi dalam isu Calvin dan pasangannya ini, semua pihak telah memanaskan keadaan sehinggakan orang yang bergelar Ahli Legislatif seperti Bung Mokhtar bercakap lebih cepat dari berfikir. Beliau telah menuduh seorang Ahli Parlimen yang lain bertanggungjawab diatas perlakuan Calvin dan pasangannya itu. Ini adalah satu tindakan yang amat memalukan bukan sahaja kepada kita yang mendengarnya tetapi sepatutnya ia juga akan memalukan dirinya sendiri. Bagi saya 'by all means' pasangan Calvin dan Vivian ini mesti di ambil tindakan. Tetapi kita juga ingin melihat Zulkifli Noordin juga diambil tindakan yang sama kerana beliau telah melakukan kerja yang lebih buruk dari pasangan muda ini dalam isu provokasi agama ini. Tetapi Zulkifli Noordin tidak diambil tindakan malahan diberikan pula penghormatan parti untuk menjadi calon bagi parti pemerintah dalam pilihanraya yang lalu. Tindakan memberikan kestimewaan terhadap Zulkifli ini merupakan satu tindakan yang 'beyond comprehension' bagi mereka yang mempunyai pemikiran walaupun serendah mana pun pemikiran mereka.. Tidak ada pihak yang befikir dan bertindak secara jujur. Jika ada pihak yang jujur dan meyakinkan, keadaan seperti ini tidak akan terjadi. Sebelum pilihanraya baru-baru ini ada pihak yang telah memanaskan isu kalimah Allah yang begitu sensitif walaupun pilihanraya sudah hampir tiba. Entah kenapa isu itu ditimbulkan dalam ucapan resmi dan ini menjadikan isu keagamaan itu tidak mampu dikawal sehingga hari ini. Pendeknya tidak ada pihak yang boleh diharapkan untuk menjadi penyelesaian terhadap isu perpecahan diantara kaum dan agama ini. Semuanya bermain politik kepartian yang tidak ada tolok bandingnya. Masing-masing hanya mengeluarkan kenyataan yang boleh menghasilkan keuntungan bagi parti dan kehendak peribadi masing-masing. Setakat ini tidak ada satu pihak pun yang berkemampuan untuk menjadi sandaran dan harapan untuk melakukan penambah-baikan terhadap isu sensitif agama dan perkauman ini. Masing-masing mendapat kejayaan diatas keperitan orang lain dan ini tidak akan kekal lama. Kebenaran akan timbul juga akhirnya secara 'natural'. Sikap bohong itu adalah sifat mustahil bagi Tuhan yang Maha Adil dan Saksama itu. Kita tunggu sahaja. | YTL nak pakai duit rakyat bayar projek mereka? - Zairil Posted: 17 Jul 2013 10:04 PM PDT Awal minggu ini, saya telah mendedahkan bagaimana YTL Corporation Bhd dan anak syarikatnya diberikan monopoli lumayan ke atas siri projek ICT milik Kementerian Pendidikan yang kononnya bertujuan untuk mendigitalkan keseluruhan sistem sekolah negara ini dengan menyediakan komputer riba untuk setiap pelajar, satu pelantar e-pembelajaran serta jalur lebar berkelajuan tinggi di setiap sekolah. Tiga projek utama yang dianugerahkan kepada YTL adalah sebagaimana berikut:
Semalam, saya mempersoalkan keberkesanan pelantar VLE, dan menunjukkan beberapa contoh di UK di mana projek-projek VLE yang serupa tidak membuahkan hasil yang dikehendaki, khususnya dalam kes di mana guru-guru tidak dapat melaksanakan sepenuhnya sistem dengan cara yang paling afdal. Ini menimbulkan persoalan sama ada guru-guru kita sendiri dapat mengguna dan mengajar dengan VLE itu. Saya pasti, ramai yang masih mengingati bagaimana dasar PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) telah gagal kerana guru-guru kita tidak mempunyai kecekapan dalam bahasa Inggeris. Bagi projek 1BestariNet, saya menerima jawapan Parlimen yang menyatakan projek ini melibatkan pemasangan jalur lebar berkelajuan tinggi berasaskan teknologi 4G, dengan kelajuan minimum 4Mbps sehingga 20Mbps, yang meliputi 9,889 buah sekolah di seluruh negara. Pada 5 Jun 2013, 7,139 sekolah telah pun dilengkapi dengan 1BestariNet. Projek ini bakal menelan belanja sebanyak RM663 juta bagi tempoh kontrak dua tahun enam bulan bermula Januari 2012, di mana RM463 juta ataupun 69% sudah pun dibayar. Perlaksanaan 1BestariNet juga mecakupi pembinaan menara telekomunikasi di dalam dan sekitar kawasan sekolah. Pada 31 Mei 2013, 1,503 menara 1BRIS (1BestariNet Receiver Integrated System) telah dibina dan telah mula beroperasi, sementara 281 telah dibina tetapi belum beroperasi. 53 menara 1BRIS masih dalam pembinaan. Pemasangan menara telekomunikasi ini menimbulkan beberapa soalan. Menurut laporan oleh fz.com pada 10 Mei 2013, Pengarah YTL Yeoh Seok Hong dipetik sebagai berkata bahawa "menara yang didirikan di sekolah-sekolah bukan sahaja akan menyediakan sambungan Internet tanpa wayar di sekolah, tetapi di kawasan sekitar juga." Dalam erti kata lain, YTL dapat memanfaatkan menara ini untuk menawarkan perkhidmatan jalur lebar YES 4G mereka kepada masyarakat sekitar. Sekiranya begitu, maka Kementerian Pendidikan perlu menjelaskan perkara berikut:
Zairil Khir Johari | Isu dakwat: MP kata jawapan menteri berbeza Posted: 17 Jul 2013 07:48 PM PDT MP Pandan Rafizi Ramli mendakwa menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim memberi jawapan berbeza mengenai kandungan bahan dalam dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu. Katanya, Shahidan dalam jawapannya ketika Dewan Rakyat pada bulan lalu menyatakan bahawa dakwat berkenaan tidak mengandungi "bahan kimia" dan hanya menggunakan pewarna makanan. "Seingat saya, dia beri jawapan berbeza dengan minggu pertama Parlimen. Dia kata tak ada silver nitrate dan diganti dengan pewarna makanan. "Hari ini menteri kata ada satu peratus (kandungan silver nitrate) pula. Sebab itu saya kata jawapan yang diberi SPR dan menteri berbeza," katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat hari ini. Beliau mengulas ucapan Shahidan di Dewan Rakyat hari ini yang antara lainnya menyebut bahawa bahan kimia yang digunakan dalam dakwat kekal tersebut antara lainnya turut mengandungi silver nitrate. Shahidan berkata demikian ketika diasak oleh MP Pakatan, yang meminta beliau menjelaskan mengenai dakwat yang didakwa dapat ditanggalkan dengan mudah semasa pilihan raya tersebut. "Saya sekali lagi nak ulang. Jangan lagi cakap pasal silver nitrate. Kandungan dakwat kekal, satu peratus silver nitrate, pewarna organik 60 peratus, 29 peratus pelembap, 10 peratus pelarut. "Apa kandungan pelarut tak perlu cerita, panjang sangat. Kalau cerita pasti dimanipulasi nanti," katanya. | Protes lebih besar isu bersara 60 tahun Posted: 17 Jul 2013 07:38 PM PDT Pekerja-pekerja Telekom Malaysia (TM) merancang mengadakan perhimpunan lebih besar bagi membantah dakwaan kegagalan kesatuan sekerja mereka dalam menuntut pelaksanaan segera umur persaraan minimum 60 tahun. Jurucakap kumpulan itu Pasupathy PA Palaniappan berkata, perhimpunan mereka Jumaat ini di pejabat Kesatuan Pekerja-pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia (Nute) di Kuala Lumpur dijangka mencatat angka jauh lebih besar sehingga 100 orang. "Sebelum ini mereka (pekerja TM) ingat tidak ada apa-apa yang akan berlaku. Mereka juga takut polis tangkap. "Tetapi selepas perhimpunan dulu, walaupun tiada apa-apa berlaku, mesej kami sudah sampai ke pelbagai pihak," kata Pasupathy, 56. Perhimpunan lusa di Jalan Bangsar dirancang pada jam 10 pagi. Dalam perhimpunan pertama mereka pada 29 Jun lalu, hanya 20 pekerja TM menyertai acara itu. Kumpulan itu mengambil langkah drastik berpiket terhadap kesatuan sekerja sendiri kerana kesemua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sudah melaksanakan umur persaraan 60 tahun tetapi hanya tinggal TM yang belum berbuat demikian. Pasupathy, bekas juruteknik TM berkata, beliau berharap piket pada Jumaat ini akan menjadi tamparan kepada kepimpinan Nute, sekali gus bagi menarik perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kementerian sumber manusia untuk campur tangan. Sementara itu, Pasupathy juga berkata, sebagai syarikat pertama yang diswastakan pada 1986, TM patut mendepani usaha melaksanakan umur persaraan wajib lebih cepat, seperti dinyatakan dalam Akta Umur Persaraan Minimum 2012 (Akta 753). "Tetapi tidak, akhirnya Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang diswastakan jauh lebih lambat menjadi GLC pertama melaksanakan umur persaraan 60 tahun pada 1 September 2012," katanya. Menurut Pasupathy yang turut hadir memberikan sokongan, berpuluh-puluh pekerja daripada pelbagai syarikat turut serta bagi merayu perdana menteri campur tangan supaya tarikh pelaksanaan umur persaraan 60 tahun dapat diselaraskan pada bulan ini. "Kami yakin dengan campur tangan Datuk Seri (Najib), perkara ini akan dapat diselesaikan dengan cara terbaik, sekali gus dapat meyakinkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan," memorandum enam halaman itu dipetik. Akta 753 diwartawakan pada 16 Ogos 2012 dan berkuatkuasa pada 1 Julai lalu, sekali gus menyebabkan pekerja yang bersara sebelum itu (antara 1 Januari hingga 30 Jun 2013) tidak mendapat manfaatnya. Uni-MLC juga mendakwa kementerian sumber manusia melalui warta kerajaan persekutuan mengeluarkan membenarkan 258 syarikat melanjurkan tarikh penguatkuasaan masing-masing kepada 1 Januari 2014. Malaysiakini telah menghubungi Presiden Nute Mohd Jaafar Abdul Majid bagi mendapatkan reaksinya. Beliau bagaimanapun tidak dapat memberikan reaksi setakat ini kerana mempunya urusan lain dan akan berbuat demikian dalam masa terdekat. Malaysiakini juga cuba mendapatkan reaksi daripada TM berhubung perkara sama tetapi sehingga lewat petang ini masih belum berhasil. |
Posted: 18 Jul 2013 03:06 PM PDT KUALA LUMPUR, 18 JULAI: Seorang lagi pimpinan DAP yang juga Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook akan didakwa di mahkamah pada 24 Julai ini kerana menganjurkan perhimpunan aman di Padang Merbok, 22 Jun lalu. Beliau diperintah hadir ke Mahkamah Majistret Jalan Duta, di sini, jam 8.00 pagi pada 24 Julai ini. Pada sidang media di Lobi Parlimen, semalam, Loke sangsi apabila semakin ramai pemimpin Pakatan Rakyat (PR) didakwa atas pertuduhan Akta Perhimpunan Aman 2012 dan jika disabitkan kesalahan mereka bakal hilang kelayakan sebagai wakil rakyat. "Saya rasa ini boleh membawa kepada satu tindakan membunuh karier politik. "Jika sabit kesalahan, mereka yang menghadapi tuduhan itu boleh didenda sehingga RM10,000. Sebagaimana yang kita ketahui, mana-mana wakil rakyat samada Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) jika didenda melebihi RM2,000, mereka mungkin akan hilang kelayakan sebagai wakil rakyat sekaligus kerusi mereka di Parlimen atau DUN itu akan kosong," jelasnya. Katanya, tindakan terhadap beliau dan beberapa pemimpin PR yang akan didakwa dianggap seperti dirancang rapi. "Saya rasa amat pelik sekali. Saya dipanggil sebagai saksi untuk memberi keterangan. Setelah saya beri keterangan kira-kira satu jam, pegawai pendakwa terus menyerahkan saman kepada saya. "Maksudnya, mereka telah menyediakan saman dan saya rasa mereka memang mahu dakwa saya dan beberapa rakan yang lain," ujar beliau. Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan itu juga berkata, beliau difahamkan beberapa lagi rakannya akan turut didakwa termasuk Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli, ADUN PAS Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Nawawi serta beberapa pemimpin NGO dan pelajar. Menurut Rafizi, tindakan kerajaan BN itu bertentangan dengan proses perdamaian nasional yang digembar-gemburkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu. "Kami nampak ada kecenderungan back-track (ke belakang) terhadap kebebasan dan hak asasi yang dijamin perlembagaan. "Komitmen berhimpun walaupun dalam keadaan aman seperti itu sudah tidak bermakna," ujar beliau. Ahli Parlimen DAP Ipoh Timur, Thomas Su Keong Seong, yang juga pernah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan yang sama mahu pihak berkenaan menyemak semula pertuduhan yang dikenakan supaya tidak timbul kekeliruan. "Saya didakwa mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 manakala Loke pula mempunyai 'Pertuduhan Utama dan Pertuduhan Pilihan' iaitu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 15(3) atau seksyen 9(5). "Ini bermakna pihak polis sendiri tidak pasti akan didakwa mengikut pertuduhan apa dan seksyen berapa," katanya yang juga peguam bagi pihak Loke. Turut mewakili Loke sebagai peguam ialah Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng. Sidang media ini turut dihadiri Ahli Parlimen PKR Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang juga Ketua Angkatan Muda PKR.-Roketkini.com |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan