Khamis, 4 Julai 2013

Barisan Nasional

Barisan Nasional


bumiyang

Posted: 04 Jul 2013 03:27 AM PDT

bumiyang


Pas Setuju Dengan DAP, Jika Salah Seorang Ibubapa Memeluk Islam Anak Tetap Kafir?

Posted: 03 Jul 2013 06:12 PM PDT

Anwar Tarik Balik Saman Fitnah Terhadap Hamzah Yang Sebelum Ini Mendakwa Isterinya "Diganggu" Anwar???

Posted: 03 Jul 2013 05:46 AM PDT

Ohpolitik!™

Posted: 04 Jul 2013 03:16 AM PDT

Ohpolitik!™


[Nik Abduh Sindir Anwar?] GESA KERAJAAN TIDAK TUNDUK KEPADA LGBT #IniKaliLah

Posted: 03 Jul 2013 08:04 AM PDT

Kerajaan digesa supaya tidak tunduk dengan gesaan pelbagai pihak termasuk badan hak asasi manusia terutama dari luar khususnya berhubung pelaksanaan hak menukar agama di kalangan penganut Islam dan kebebasan amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Pas-Pasir Mas) berkata, kerajaan perlu tegas dalam menolak tuntutan berkenaan bagi memastikan kesucian Islam sebagai agama Persekutuan terus terpelihara.
Tegasnya, umat Islam tempatan, rakyat keseluruhan serta pembangkang tidak mahu Islam dicemari nilai negatif.
"Saya difahamkan daripada sumber tidak rasmi bahawa kerajaan terima tekanan daripada pelobi-pelobi hak asasi manusia luar negara.
"Mereka menuntut pelaksanaan hak asasi manusia yang nyata bertentangan dengan Islam seperti untuk bertukar agama, pindah agama atau murtad, hak mengamalkan amalan-amalan yang tegas dilarang agama seperti LGBT," katanya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Dakwaan 20 Akaun Anwar Luar Negara : Liang Cuma Mahu Disiasat Kesahihannya!! #IniKaliLah

Posted: 03 Jul 2013 07:57 AM PDT


Anggota Parlimen Simpang Renggam Liang Teck Meng Rabu menegaskan tidak akan menarik balik atau memohon maaf berhubung kenyataannya di Dewan Rakyat semalam mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara, termasuk Israel.

Beliau juga menyifatkan cadangan beberapa anggota Parlimen pembangkang untuk merujuknya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen adalah bertujuan mengalih perhatian dan menghalang kerajaan menjalankan sisasatan terhadap isu berkenaan.

Menafikan kenyataannya semalam bersifat tuduhan, Liang berkata hujah yang dikemukakan itu bertujuan mendapatkan penjelasan daripada kerajaan selain mahu siasatan terperinci dijalankan terhadap maklumat yang diperoleh dari laman web Wikileaks itu.

"Kalau meneliti hujah saya, tujuannya untuk menggesa kerajaan menjalankan siasatan apakah ada campur tangan pihak luar untuk menjatuhkan kerajaan kerana ia membahayakan negara.

"Saya hanya minta siasat, kalau tidak ada (dakwaan tidak betul), kenapa mahu merujuk saya ke jawatankuasa khas Parlimen. Usaha merujuk saya ke jawatankuasa khas jelas mahu menghalang kerajaan daripada melakukan siasatan sewajarnya," katanya yang ditemui pemberita di lobi Dewan Rakyat.

Liang ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong semalam mendedahkan anggota Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang itu memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta dengan memetik maklumat daripada WikiLeaks.

Liang dalam pada itu berkata sekiranya pembangkang mahu beliau membuat permohonan maaf, mereka boleh berbuat demikian setelah siasatan terperinci mengenai maklumat itu dijalankan oleh kerajaan mendapati ia tidak benar.

Reaksi Liang itu susulan gesaan Anwar dan beberapa anggota Parlimen pembangkang hari ini yang menuntut beliau menarik balik dakwaan itu atau berdepan tindakan dihadap kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Anwar yang menyentuh isu itu awal hari ini menafikan terdapat sebarang maklumat yang mengaitkan dirinya mempunyai akaun bank Israel, disiarkan oleh laman web Wikileaks.

"(Dakwaan) yang melibatkan akaun Israel yang dikaitkan dengan saya itu tidak disebut dalam WikiLeaks. Saya sudah semak, tiada langsung laporan itu dalam WikiLeaks.

"Kalau ada pun (maklumat itu disiarkan) dalam Wikileaks, itu bukan keputusan muktamat, itu pandangan Wikileaks berdasarkan maklumat yang dikutip," katanya.

Bercakap kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat, Anwar seterusnya menuding jari terhadap blogger Umno berhubung dakwaan itu.

"Ia (dakwaan) tidak berasas. Dia kata daripada WikiLeaks, bila diperiksa ia daripada blogger Umno�. pasport pun lain, nombor pun lain dan semua lain," katanya.

Sebelum itu isu sama dibangkitkan Tian Chua (DAP-Batu) yang mengemukakan Peraturan Mesyuarat 36 (9) untuk merujuk Liang ke jawatankuasa berkenaan kerana disifat telah menyalahguna keistimewaan sebagai anggota Parlimen kerana menyentuh peribadi Anwar yang tidak bersabit dengan tugasnya sebagai anggota Parlimen.

"Kalau betul pun ada sesiapa yang mempunyai akaun bank, itu tidak ada urusan dengan beliau sebagai anggota Parlimen, jadi apa yang dibawa (oleh Simpang Renggam) adalah 'abuse of privilage'," katanya.

Mengulas perkara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau akan mendapatkan penjelasan Liang mengenai dakwaan tersebut dan sekiranya anggota Parlimen Simpang Renggam itu berhasrat meneruskan dakwaan itu, usul boleh dikemukakan untuk merujuk beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

"Mungkin ini boleh dijadikan pengajaran kepada Yang Berhormat semua bahawa kalau sudah terlajak kata...sebab itu saya selalu mengingatkan," katanya.

-- BERNAMA

Belum Puasa Lagi : Felda Sudah Umum Duit Raya Buat Peneroka

Posted: 03 Jul 2013 07:50 AM PDT

Pergh.. sampul hijau tew....
Seramai 112,635 peneroka Felda di 317 tanah rancangan di seluruh negara bakal mendapat duit raya pada tahun ini sempena sambutan Aidilfitri.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Samad berkata, jumlah yang bakal diterima oleh setiap peneroka masih belum ditetapkan kerana keputusan akhir akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Setiap kali hari raya sememangnya menjadi amalan kita untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat Felda.

"Namun berapa nilai yang akan diberikan belum lagi diputuskan, perkara ini bergantung kepada ketetapan Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum itu, beliau menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Multi Vitamin untuk Jemaah Haji 2013 kepada Lembaga Tabung Haji.

Pada tahun lalu seramai 103,597 peneroka atau 91.9 peratus yang bersama Felda menerima RM400 seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM41.4 juta manakala 9,038 orang atau 8.02 peratus peneroka yang tidak bersama Felda masing-masing menerima RM200 melibatkan peruntukan berjumlah RM1.8 juta

Pemberian duit raya kepada peneroka mula dilaksanakan sejak 2003. - UTUSAN ONLINE

anakbukitgantang says

Posted: 04 Jul 2013 03:16 AM PDT

anakbukitgantang says


Mesir- Tentera kembali berkuasa

Posted: 03 Jul 2013 06:48 PM PDT

Presiden Morsi diletakkan di bawah tahanan rumah.  Semua anggota tertinggi Ikhwanul Muslimin juga telah diletakkan dalam surveillance dan/atau tahanan dalam rumah. Mereka dilarang meninggalkan Mesir.


Tentera telah menguasai kawasan strategik termasuklah stesyen radio pro Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Reaksi rakyat Mesir sangat supportif kepada tindakan tentera..rujuk blogger The Big Pharaoh yang menyindir Negara Barat dalam hal ini.



Mesej besar rakyat Mesir menempelak camportangan Barat dalam Revolusi Mesir tempoh hari yang meletakkan President Morsi sebagai puppet Barat  seperti di sini




Artikel seterusnya saya akan kongsikan beberapa pandangan  ulama Al Azhar tentang POLITIK KEPARTIAN dan kenapa mereka TIDAK MENYOKONG IKHWANUL MUSLIMIN .

sebuah bingkisan cinta

Posted: 03 Jul 2013 05:19 AM PDT

Sebuah bingkisan cinta menjelang Ramadhan Al Mubarak untuk renungan kita supaya senantiasa mencintai  Allah dan RasulNya .

Dekatnya hati seorang insan kepada PenciptaNya dapat dinilai dengan betapa besarnya cinta sang hamba  kepada Allah dan RasulNya. Saya kongsikan jua  sebuah bingkisan cinta   dan juga tazkirah dari guru saya Syeikh Rohimudeen Al Bantani al Husaini.



Jika kita telah beribadah tapi maseh terasa kurang cinta kita kepada Allah maka kita perlu muhasabah diri, apakah maseh ada HIJAB yang menyebabkan kita kurang cinta kepada Allah? Hijab itu terdiri dari Nafsu duniawi yang maseh membelit diri.

Sementelah kedatangan Ramadhan dalam masa 6 hari lagi marilah kita banyak beristigfar dan buangkan an nafs. Sesungguhnya sifat mazmumah yang paling akhir  menhilang dari diri kita ialah EGO.

Sehubungan dengan itu dengan kedatangan Ramadhan ini saya menyusun sepuluh jari dan ingin memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca blog anakbukitgantang. Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah segala dosaku dan dosa saudara saudaraku serta terimalah amal ibadah kami.

Sungguh ALLAH itu lebih gembira untuk menerima taubat hambaNYA, melebihi dari kegembiraan seseorang di antara kamu sekalian yang menemukan kembali untanya yang telah hilang di tengah-tengah padang gurun."  (HR Bukhari & Muslim)

tunku

Posted: 04 Jul 2013 03:14 AM PDT

tunku


Why Sarawak CM Taib Mahmud is untouchable

Posted: 04 Jul 2013 01:28 AM PDT

Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud remains untouchable.

No amount of external pressure to dent his image will make him step down from the post he has been holding since 1981.

As long as Taib continues to deliver the seats for Barisan Nasional and strengthen the state and national financial coffers through investments, the longest-serving Chief Minister in the country is unshakable.

This is what a former high-ranking state cabinet minister told The Star Online.

He said the opposition and human rights activists could throw all sorts of accusations of corruption and abuse of power against Taib but these alone would not force him to quit.

"In the past, Taib has faced many opponents who tried to end his career as the Chief Minister of Sarawak.

"He has taken them on and survived.

"He had also faced severe internal struggles from very strong figureheads within the ruling government during the Ming Court incident and survived.

"Taib had delivered at every single state and parliamentary elections for the Barisan.

"He has a political track record unmatched by any other state government leader in the country in terms of being able to deliver the seats for the BN at the parliamentary level.

"It is an undeniable fact that BN at the national level owes it to Taib that the BN is still able to retain power at the federal level after the 12th and 13th general elections.

"As far as the economic world is concerned, Taib has managed to turn Sarawak into a preferred destination for many heavy industries.

"He is a very business-savvy leader, one who makes key decisions on business dealings with swift and precise judgement.

"Because of the prevailing political and business climate in the state and country, Taib is very much a leader who will decide his own destiny," said the long-time associate of Taib.

The Opposition, in particular the DAP, had continued to accuse Taib in the on-going Parliament sitting in Kuala Lumpur of irregularities in land transactions and other allegations of corrupt practices.

The MACC had also said that it is forming a special task force to probe allegations against Taib as alleged in the Global Witness videos.

When asked about the allegations, former deputy Chief Minister Tan Sri Dr George Chan Hong Nam said the allegations thrown at Taib would not jeopardise investors' confidence in Sarawak.

Dr Chan, a former State Industrial Development Minister, said investors would always invest in Sarawak which provides a business-friendly climate in terms of political security, sound government policies, abundant human resources, social peace and stability and adequate raw materials.

"Sarawak has all these assets. Taib had over the years managed to put in place all these vital ingredients for the state.

"And of course, in every state and parliamentary elections, he had delivered the goods for the BN, so in the political sense, Taib had also proven his track-record.

"Under these circumstances, I think that no matter what the Opposition say about Taib, they will not be able to force him to step down," said Dr Chan who is a former president of the Sarawak United People's Party (SUPP).

Parliament: Simpang Renggam MP Liang firm on Anwar's overseas accounts

Posted: 03 Jul 2013 11:37 PM PDT

Simpang Renggam MP Liang Teck Meng, who revealed that Datuk Seri Anwar Ibrahim has 20 offshore accounts, stands firm on his claims against the Opposition Leader.

He told the Dewan Rakyat the information on the Permatang Pauh's offshore accounts, of which nine are allegedly in the Israel National Bank, were available on the Internet.

Liang said he had raised the matter in the House because it involves national security, claiming there were signs of attempts by foreign powers to interfere in the country's politics.

"I want the government to investigate the matter. This is an important and serious issue as it involves the sovereignty of the country.

"I will only apologise if investigations by authorities conclude that there are no outside attempts to interfere.

"But if there is proof (of this), the culprit must be punished for being a traitor to the country," he said.

On Tuesday, Liang had claimed that Anwar has some 20 offshore bank accounts with amounts of more than US$66mil (RM209mil) and S$49mil (RM123mil).

Anwar has refuted the allegation, saying that no such information was available in Wikileaks.

The Opposition leader has asked Liang to explain his allegations or repeat it outside the House so that he could sue the Barisan Nasional lawmaker.

RELIGION EXPECTED TO BE MAIN ISSUE IN KUALA BESUT BY-ELECTION

Posted: 03 Jul 2013 02:00 PM PDT

PAS is expected to go alone in the Kuala Besut state seat by-election in Terengganu given the sensitivities involved among the voters if DAP and Parti Keadilan Rakyat (PKR) are involved.

Besut voters who are considered religious and parochial are not expected to welcome DAP leaders and campaigners as several sensitive issues raised before the 13th general election that sparked verbal have some way or another 'slighted' them.

For Kuala Besut voters, religion is the core issue that matters while development – economic and physical – is relative, in that the ruling party is expected to provide as responsibility.

Terengganu in general and Besut in particular has been the centre of Islamic development, besides Kelantan, where pondoks or religious schools are part of the structure and life of the people.

Despite the differences in Islamic opinions between the followers of PAS and Umno in the state to the extent that each they have separate suraus and even prayed separately at one time in the 80s, they are together in defending the religion from outside interferences or from non-Muslims.

They are possessive when come to Islam and whatever differences in interpretations are their problems and no outsiders should interfere.

With such background, DAP is not and in this case, probably not welcome at all in the campaign and PAS, given that its president Abdul Hadi Awang considers Terengganu, particularly Besut his turf, will not want outside interferences in particular DAP.

In fact, Abdul Hadi, whose bastion is Rusila in Marang, some 100km away from Besut had in fact given out his edict that purportedly described Umno as an infidel in a kampong in Besut in 1982.

Thus religion is expected to be the main issue PAS will play up in its campaign besides the factionism in Umno, taking advantage of the 'cold war' between Mentri Besar Ahmad Said and Besut division chief who is now Education Minister 11 Idris Jusoh.

PAS is expected to exploit the 'cold war' issue to its maximum as the party tries to split Umno votes although observers say BN would still retain the seat.

Umno, which has always respected ulamaks from Besut and Kedah, is expected to downplay religious issues and it embark on the more 'down-to-earth' issue that involves bread and butter – the daily life issues.

Economic development is expected to take the centre stage in Umno's campaign as one of the many issues that had Ahmad 'in trouble' with the locals and Besut Umno is cronyism which sidelined development in Besut.

With Idris leading the charge under Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin, Ahmad is expected to take a back seat so that voters will not be 'slighted' with his presence.

In short, the by-election is expected to be 'close-door' affair between Besut Umno and PAS with religion as the main issue.
 

Wawasan Tower Protest, Supporting the Chinese Association.

Posted: 03 Jul 2013 09:00 AM PDT

We all know that, Kuala Lumpur is packed with skyscrapers and big buildings. In the same time, there are so many countries in the world are building bigger and taller structure. We have already passed our time of great architecture for example the building of the PETRONAS Twin Tower in 1995.

The only thing that made PETRONAS Tower one of the memorable buildings in the world is that the structures were twins.

Thus, we do not see how the Wawasan Tower that was proposed by Najib's administration will give an impact to the fast paced architecture world. We understand that many countries are building higher structure so that it can be associated with the image of the country. The fact of the matter is, it have to be taller that it's entire predecessor.

The proposed Wawasan Tower is only 600 meters, 228 meters shorter than the tallest building in the world the Burj Khalifah (828 meters) in Abu Dhabi. It maybe becomes the tallest building in Malaysia after it is done but what impact can it make? We have to enter the architectural race with other nation and not with ourseleves.

We understand why some of the Chinese business association protest on the idea of Menara Wawasan. They believe that it will harm the ecosystem of Kuala Lumpur. A lot of countries in this world are trying to stop the building of tall structures and giving more attention to the environment, our country under Najib seems to take a step back by building the pathetic Wawasan Tower.

We should not forget that the lands in Kuala Lumpur are actually restructured mining lands that is full of sand and is unstable. It requires expensive technology and engineering skills during the Petronas Twin Tower project in 1995. How many ringgit of the people's money that we have to use to build this Wawasan Tower if all the technologies are used to erect the building?

In 1995, the country was able to fund the Petronas Twin Tower mega project because the nation's economy are booming and the Gross Domestic Product are more than 8% and this was retained for 5 consecutive years. Compared with the current economic achievement now, we are not able to achieve such heights and the highest is 6%. Do not ever forget that, Anwar Ibrahim is the Minister of Finance at that particular time.

The Pakatan Rakyat supports fully the protest from the Chinese Business Association on the building of the Wawasan Tower; it is because the government needs to think of the damage on the environment that it will also affect the real estate business, restricting the Chinese hawker business and so much more. The fact of the matter is, Malaysian do not want another tall building that will not give any benefits to them.

In conclusion, the only way the that the Wawasan Tower would be acceptable to Malaysian is it must be build higher than the Burj Khlifa or be made a twin tower similar to the Petronas tower. The Pakatan Rakyat, using their respected seat in the parliament to help the Chinese association to ensure that the project will not be materialized – using all means necessary.

This is crucial for the Pakatan Rakyat, and if the government do not budge, a demonstration will be held to build a human shield in order to stop the construction of this building.

This is our commitment. This is our country.

Politik Harian

Posted: 04 Jul 2013 03:06 AM PDT

Politik Harian


Pengiraan Undi PRK Kuala Besut Disiar Secara Langsung

Posted: 03 Jul 2013 11:41 PM PDT


Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat ini untuk membenarkan RTM membuat liputan proses pengiraan undi pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut nanti.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, usaha itu bagi membolehkan seluruh rakyat Malaysia menyaksikan proses pilihan raya yang dijalankan dengan telus dan adil.

"RTM adalah media kerajaan dan kita patut dibenarkan untuk berada di dalam bilik pengiraan undi sehinggalah keputusan diumumkan," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Seminar Media dan Pilihan Raya Umum 2013 anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini.

*Bukti BN telus dan jujur dalam proses Pilihanraya.. Berani kerana benar, bukan macam puak pembangkang yang cakap tak serupa bikin!

Polis Edar Foto Suspek Pencuri Rumah Khairy

Posted: 03 Jul 2013 09:23 PM PDT

Lakaran wajah suspek pecah masuk kediaman Khairy Jamaluddin diedarkan oleh polis.

Polis semalam mengedarkan lakaran wajah dua suspek yang dipercayai terbabit memecah masuk rumah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, di Bukit Damansara, Sabtu lalu.

Kedua-dua lelaki terbabit berusia dalam lingkungan 30-an dikenal pasti berdasarkan gambaran yang diberikan oleh pembantu rumah yang melihat mereka pada hari kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata polis meminta orang ramai yang melihat atau mengenalpasti wajah kedua-dua suspek terbabit supaya menghubungi balai polis terdekat.

"Berdasarkan siasatan awal, polis mengenalpasti tiga kumpulan yang aktif melakukan kegiatan samun dan pecah rumah di kawasan itu membabitkan dua kumpulan yang didalangi rakyat tempatan dan satu kumpulan yang didalangi warga Colombia," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Katanya, ketika kejadian, tiada pengawal keselamatan mengawasi kediaman itu sewaktu Khairy dan isterinya tiada di rumah, kecuali seorang pembantu rumah.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, empat lelaki dipercayai menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja, menceroboh rumah menteri berkenaan dengan memanjat tembok sebelum masuk menerusi pintu hadapan yang tidak berkunci.

Pembantu rumah yang berada di dapur ketika kejadian berlaku sempat melihat wajah dua daripada suspek terbabit sebelum bertindak menghubungi majikannya. -BH

Mohamed Morsi Digulingkan

Posted: 03 Jul 2013 08:18 PM PDT


Tentera Mesir pada Rabu telah melancarkan rampasan kuasa (kudeta) terhadap Presiden Mesir Mohammed Morsi sekitar jam 2 pagi waktu Malaysia.Kini negara yang mempunyai lebih 10,000 rakyat Malaysia yang kebanyakannya pelajar berdepan ketidaktentuan selepas perlembagaannya digantung.

Video http://youtu.be/vxDvR2PTZm8



Panglima tentera Jeneral Abdel Fattah el-Sisi dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh semua media kerajaan memberitahu hak Morsi sebagai presiden telah terlucut.

Beliau juga mengumumkan sebuah kerajaan sementara (interim) dibentuk sementara sebelum pilihanraya baru diadakan.

Sewaktu berita ini ditulis jam 4 pagi, keadaan terkini di Mesir wujud dua himpunan melibatkan ratusan ribu rakyat, satu pro Mursi di Nars City, dan satu lagi anti Mursi di Dataran Tahrir yang jaraknya kurang 20 kilometer.

Lebih 16 orang terkorban Selasa selepas berlaku pertempuran antara penyokong dan penentang Morsi di Universiti Kaherah.

Tentera Mesir kini mengerakkan ratusan kereta kebal membuat kepungan di laluan utama di negara itu.

Belasan pemimpin utama gerakan Ikhwanul Muslimin, penyokong kuat Morsi, dilaporkan ditahan oleh tentera Mesir.

Sehingga kini keadaan lebih 10 ribu rakyat Malaysia yang kebanyakannya pelajar masih belum diketahui.

Dua tahun lalu, ketika revolusi pertama rakyat Mesir mengulingkan Hosni Mubarak, kerajaan melaksanakan misi perpindahan terbesar rakyat Malaysia dengan membawa pulang kesemua mereka ke tanah air.

Setakat awal pagi ini juga masih belum ada kenyataan terbaru dari Wisma Putra mengenai keadaan rakyat Malaysia di sana.

Sementara itu, agensi berita AFP melaporkan Morsi dalam satu kenyataan bertegas untuk mempertahankan jawatannya sebagai pemimpin negara ini, yang dipilih secara sah serta akan mempertahankan Perlembagaan dengan nyawanya.

Dalam ucapan yang disiarkan secara langsung melalui televisyen tengah malam tadi, Mursi memberi amaran sebarang tindakan melanggar proses demokrasi yang dilaksanakan melalui pilihan raya pada tahun lepas, akan membawa Mesir ke kancah bahaya.

"Harga mempertahankan kesahihan demokrasi adalah nyawa saya. Kesahihan ini merupakan jaminan untuk mempertahankan negara," katanya dalam ucapan selama 45 minit tersebut.

Beliau berkata demikian ketika beribu-ribu penunjuk perasaan berkumpul di seluruh negara masuk hari ketiga bagi mendesaknya meletakkan jawatan.

Penyokong Morsi turut mengadakan perhimpunan sehingga menyebabkan berlakunya pertempuran dengan penunjuk perasaan anti kerajaan, yang menyaksikan 16 orang maut setakat ini dan beratus-ratus lagi cedera di Universiti Kaherah.

Ketua Tentera, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi, kelmarin memberi Morsi tempoh 48 jam untuk memenuhi permintaan penunjuk perasaan, sebelum pihak tentera campur tangan dalam rusuhan tersebut.

Walaupun tidak merujuk secara langsung tentang kata dua yang diberikan oleh Abdel Fattah dalam ucapannya itu, namun Mursi dalam satu mesej yang diposkan dalam akaun Twitternya meminta pihak tentera menarik balik kenyataan tersebut.

"Morsi menegaskan tentang kesahihan jawatannya di sisi Perlembagaan dan menolak sebarang cubaan untuk melanggarnya.

"Tentera digesa menarik balik amaran mereka dan menolak sebarang tindakan mengikut pengaruh dari dalam atau luar negara," kata mesej itu.-Agenda Daily

The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 04 Jul 2013 03:03 AM PDT

The Antics of Husin Lempoyang


Konsultan Imej mana punya kerja?

Posted: 04 Jul 2013 02:15 AM PDT


Alahai .... pesyen apa yang dipilihnya?

Dah macam ....


Nasib baik Kak Mah pilih warna coklat. Orang luar negara ingat kita semua masih duduk dalam  hutan dan di padang ragut rumput savannah.

Wow! Salah penasihat ajer ...

Taipingmali (tm)

Posted: 04 Jul 2013 01:25 AM PDT

Taipingmali (tm)


Pencerobohan Domen Internet Tempatan disiasat

Posted: 04 Jul 2013 01:17 AM PDT

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan telah menerima laporan bahawa beberapa nama domain yang didaftarkan di bawah nama domain '.com.my '' (dot com dot my) telah dikompromi.

SKMM telah berhubung dengan MYNIC dan setakat ini, siasatan awal telah menunjukkan bahawa kompromi tersebut adalah terhad kepada laman web yang berdaftar dengan nama domain '.com.my''.

SKMM juga telah dimaklumkan bahawa beberapa laman web yang terkenal telah terjejas.

"Pencerobohan ini menimbulkan kebimbangan tetapi, mujurlah langkah-langkah awal yang pantas telah diambil untuk menangani pencerobohan yang disyaki.

Setakat ini, perkhidmatan kepada sebahagian besar domain-domain yang telah dikompromi itu sudah pun berjalan seperti sediakala," kata Pengerusi SKMM, Dato'' Mohamed

Sharil Tarmizi. Beliau juga mengesahkan bahawa SKMM dan Polis telah menubuhkan satu pasukan untuk menyiasat insiden tersebut.

Mengenai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

SKMM adalah sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (ASKMM) yang melaksana dan mempromosikan matlamat dasar kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi dan multimedia.

SKMM mengawalselia dan menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia yang merangkumi bidang telekomunikasi, penyiaran, dan juga aktiviti dalam talian, perkhidmatan pos dan pensijilan digital.

Akta Komunikasi dan Multimedia mengadakan peruntukan kepada SKMM peranan melaksanakan dasar, manakala dasar membuat keputusan adalah diperuntukkan kepada Menteri.

Menteri boleh juga mengeluarkan arahan mengenai dasar kepada Suruhanjaya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

100 guru ETA akan mengajar BI mulai 2014

Posted: 04 Jul 2013 12:26 AM PDT

Seramai 100 graduan muda dari Universiti Amerika Syarikat (AS) akan menyertai program Bantuan Pengajaran Bahasa Inggeris (ETA) Fullbright di negara ini, tahun depan.

Duta Besar AS ke Malaysia, Datuk Paul W. Jones berkata program pada 2014 itu akan melibatkan penambahan satu negeri baharu, namun ia masih belum diputuskan Kerajaan Malaysia.

Ketika ini, guru-guru Amerika ditempatkan di sekolah-sekolah di Johor, Terengganu, Pahang dan Perak.

"Tahun ini, 75 graduan muda dari universiti Amerika Syarikat sedang menikmati layanan baik rakyat Malaysia, makanan dan budaya ketika mereka membantu mengajar Bahasa Inggeris di sekolah seluruh negara.

"Tahun depan, 100 orang akan mengikuti jejak mereka. Program ini berkembang pesat dan mencapai kejayaan luar biasa bukan sahaja hubungan antara insan malah kepada ramai pelajar yang boleh berlatih Bahasa Inggeris dengan penduduk tempatan," katanya kepada pemberita pada majlis resepsi 4 Julai sempena Hari Kemerdekaan AS.

Jones berkata, ramai pelajar di sekolah yang mengambil bahagian dalam program tersebut berjaya meningkat kemahiran bahasa Inggeris mereka dan memahami perbendaharaan kata serta tatabahasa.

Program ETA Fulbright yang bermula tahun lalu, merupakan inisiatif antara kerajaan Malaysia dan AS bagi menyokong pendidikan bahasa Inggeris di negara ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

"Mengapa Aku Keluar Dari Syi'ah" --Sayyid Husain Al-Musawi

Posted: 03 Jul 2013 06:35 PM PDT

Sayyid Husain Al-Musawi bukanlah nama yang asing di kalangan Syi'ah. Dia adalah ulama besar Syi'ah yang lahir di Karbala dan belajar di Hauzah hingga mendapat gelaran mujtahid.Dia juga mempunyai kedudukan yang istimewa di sisi Imam Ayatullah Khomeini.

Setelah melalui pengembaraan spiritual yang panjang,dia akhirnya keluar dari Syi'ah,kerana menemukan begitu banyak penyimpangan dan kesesatan.Tulisan ini disarikan dari bukunya,'Mengapa Saya Keluar Dari Syi'ah'. pertanggungjawabannya untuk Allah dan sejarah sebelum akhirnya dia dibunuh.

Aku lahir di Karbala,tumbuh di lingkungan orang-orang Syi'ah dan diasuh oleh bapaku,yang taat beragama.Aku belajar dibeberapa sekolah yang ada di kota hingga menjangkau usia remaja. Kemudian bapaku mengirimkuke sebuah Hauzah, semacam pesantren,di kota ilmu Najaf.Ini merupakan induk kota ilmu,tempat para ulama yang terkenal,menimba ilmu agama,seperti Imam Sayyid Muhammad Ali Husain Kasyif Al-Ghita. Dia adalah tokoh di Kota Ilmu.Semenjak itu aku mulai serius memikirkan masalah ilmu.Aku mempelajari mazhab Ahlul-Bait,tetapi di sisi lain aku mendapat celaan dan serangan terhadap Ahlul-Bait.

Aku belajar tentang masalh-masalah syari'at untuk beribadah kepada Allah tetapi di dalamnya terdapat nash-nash yang menyatakan kekafiran terhadap Allah SWT."Ya Allah,apakah yang aku pelajari ini?Apakah mungkin ini semua merupakan madzhab Ahlul-Bait yang benar?"

Sesungguhnya hal ini menyebabkan terpecahnya keperibadian seseorang.Kerana,bagaimana dia menyembah Allah sementara di sisi lain dia kufur kepada Allah? Bagaimana dia mengikuti sunnah Rasulullah sementara di sisi lain dia menyerangnya? Bagaimana dikatakan mengikut ahlul bait,mencintai dan mempelajari madzhab mereka,sementara dia manghina dan mengejek mereka?

"Turunkan rahmat dan kasih sayangMu Ya Allah.Jika bukan kerana rahmatMu,nescaya aku termasuk orang yang sesat, bahkan termasuk orang yang rugi".

Aku kembali bertanya kepada diriku,"Apa sikap para tokoh,imam dan orang-orang yang dianggap sebagai ulama?Apakah sikap mereka terhadap hal ini?Apa mereka melihat seperti yang aku lihat?Apakah mereka mempelajari apa yang aku pelajari?"

Aku butuh seseorang untuk mengadukan semua kebingunganku dan menumpahkan seluruh kesedihanku.Akhirnya aku mendapat petunjuk dengan mendapatkan idea yang bagus,iaitu melakukan study yang komprehensif dan mengkaji lagi semua materi pelajaran yang pernah aku dapatkan.Aku membaca semua yang aku dapatkan dari referensi,baik yang mu'tabar,maupun yang tidak.

Aku membaca setiap buku yang sampai ke tanganku.Aku merenung untuk mengkaji beberapa alinea dan nash-nash tersebut dan aku komentarkan berdasarkan pemikiran yang ada di dalam otakku.

Ketika selesai membaca referensi yang mu'tabar,aku mendapatkan sejumlah kertas,lalu aku simpan,semoga pada suatu hari nanti Allah menetapkan suatu keputusan bagiku.

Aku memohon kepada Allah dalam menjelaskan kebenaran ini. Akan banyak tuduhan,fitnah, dan usaha pembunuhan yang akan ditemui kalau seseorang membuka kesesatan Syi'ah, tapi aku sudah memperhitungkan semua itu, dan hal itu tidak menghalangku untuk melakukannya.

Orang-orang Syi'ah telah membunuh bapa para pemimpin kami,iaitu Ayatullah Uzhma Imam Sayyid Abul Hasan Al-Ashfani, seorang imam Syi'ah terbesar setelah masa keghaiban imam hingga sekarang.Tidak diragukan lagi bahawa beliau adalah seorang tokoh besar Syi'ah,namun,ketika beliau hendak meluruskan manhaj Syi'ah dan membersihkan khurafat-khurafat yang ada didalamnya,mereka menyembelihnya sebagaimana menyembelih seekor kambing. Sebagaimana mereka juga telah membunuh Sayyid Ahmad Al-Kasrawi ketika ia menyatakan berlepas diri dari penyimpangan-panyimpangan Syi'ah dan hendak meluruskan manhaj Syi'ah, mereka mencincang tubuh Sayyid Ahmad menjadi beberapa potong.

Masih banyak orang yang mengalami nasib sama kerana keberanian mereka dalam menentang aqidah yang bathil yang dimasukkan kedalam madzhab Syi'ah. Dan mereka juga menghendakki aku mengalami nasib yang sama.Namun hal itu tidak menggetarkanku.Cukuplah bagiku untuk menympaikan kebenaran,menasihati saudaraku,memberi peringatan kepada mereka,dan berpaling pada kesesatan.

Seandainya aku menginginkan kesenangan dunia,mut'ah(nikah kontrak)dan khumus(seperlima harta yang diinfakkan para penganut Syi'ah) telah cukup untuk mewujudkan semua itu,sebagaimana dilakukan orang selain aku yang menjadi kaya di daerahnya masing-masing. Sebahagian mereka menaiki kereta yang paling mewah dengan model paling mutakhir. Tetapi alhamdulillah aku berpaling dari semua itu sejak aku mengenal kebenaran.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khas Untuk Bikers

Posted: 03 Jul 2013 06:31 PM PDT

Salam shbat bikers,sempena Ramadhan ni, MOBIKES K.Sel.Bikers Prihatin ke10 akan diadakan pd 6/7/13 jm 8pg kumpul d prkrngan Masjid Sultan Ibrahim K.Sel.Anda dijmpt hadir serta mnyumbng & brkonvoi ke 5 buah rumah anak yatim. Hanya sumbangan minimum Rm50, anda dpt sehelai T'shirt, minum pg & mkan tengahari.Jika berminat, sila sms nama,No tel dan jenis motor ke Ust Khir +60192694794. Mohon disebarkan. Terima kasih
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

How to pass the toll without any charge at Penchala Link

Posted: 03 Jul 2013 08:53 AM PDT

Guru jangan jadi pembodek Umno, Bodek dan ampu Pas tak pa

Posted: 03 Jul 2013 08:42 AM PDT


about an hour ago 
Pas ingat guru2 di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia ni bapak dia yg bayar gaji ke? Bacalah Perintah Am bg kakitangan kerajaan dulu barulah cakap pak lebai oii..

Surau PAS Sungai Petai Bukit Gantang terbakar, rayu sumbangan.

Posted: 03 Jul 2013 08:22 AM PDT

Photo: Surau 100 tahun terbakar rayu sumbangan.  TAIPING: Surau Kampung Sungai Petai di Bukit Gantang di sini hangus dalam kejadian kebakaran kira-kira jam 10 malam tadi.  Surau yang berusia hampir 100 tahun diasaskan oleh Allahyarham Tuan Guru Haji Ahmad Sungai Petai.  Beliau merupakan bekas Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak dan ayahanda kepada Ustaz Idris Hj Ahmad Ahli Parlimen Bukit Gantang.  Menurut Ustaz Idris, surau tersebut baharu sahaja dibaik pulih tiga tahun lepas bagi tujuan keselesaan masyarakat di sini untuk menunaikan ibadah dan mengaji agama.  Difahamkan di surau inilah Program Ijtimak Muzakarah bulanan yang diadakan pada Ahad minggu pertama hampir 100 tahun yang diasas oleh ayah beliau.   "Sekarang program ini masih diteruskan oleh Sohibussamahah Datuk Seri Hj Hasan Ahmad Mufti Negeri Pulau Pinang, Datuk Soleh Haji Ahmad Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak dan Ustaz Zakaria Hj Ahmad," katanya.  Sehubungan itu, beliau merayu kepada umat Islam perihatin agar menghulurkan sumbangan bagi membina semula surau tersebut.  Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Ahli Parlimen Malaysia Kwsn Bkt Gantang di nombor 558051300273.

TAIPING: Surau Kampung Sungai Petai di Bukit Gantang di sini hangus dalam kejadian kebakaran kira-kira jam 10 malam tadi.

Surau yang berusia hampir 100 tahun diasaskan oleh Allahyarham Tuan Guru Haji Ahmad Sungai Petai.

Beliau merupakan bekas Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak dan ayahanda kepada Ustaz Idris Hj Ahmad Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Menurut Ustaz Idris, surau tersebut baharu sahaja dibaik pulih tiga tahun lepas bagi tujuan keselesaan masyarakat di sini untuk menunaikan ibadah dan mengaji agama.

Difahamkan di surau inilah Program Ijtimak Muzakarah bulanan yang diadakan pada Ahad minggu pertama hampir 100 tahun yang diasas oleh ayah beliau.

"Sekarang program ini masih diteruskan oleh Sohibussamahah Datuk Seri Hj Hasan Ahmad Mufti Negeri Pulau Pinang, Datuk Soleh Haji Ahmad Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak dan Ustaz Zakaria Hj Ahmad," katanya.

Sehubungan itu, beliau merayu kepada umat Islam perihatin agar menghulurkan sumbangan bagi membina semula surau tersebut.

Orang Kelantan Dah Tak Mahu Pas, Anak Kelantan Di Perantauan Balik Undi Pas. Kami Terima Kesan.

Posted: 03 Jul 2013 07:50 AM PDT


Hadiah untuk pengundi pas daripada kerajaan pas Kelantan. Video dirakam di rumah saya sendiri. Terima kasih kerajaan pas, terima kasih kasih pengundi luar. UNDI DIBERI DIBALAS TAHI. Adakah kami perlu membeli air mineral untuk mandi semata mata mahu mengekalkan kerajaan pas Kelantan?

TAIPING : SAMSENG CURI KERETA DI BURU

Posted: 03 Jul 2013 05:55 AM PDT

Polis giat menjejaki ketua masing-masing kerana didapati terlibat dalam kes curi kenderaan di sekitar daerah ini sejak Jun lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, suspek pertama dikenali sebagai Ah Fat dipercayai terlibat dalam kes samun membabitkan seorang wanita, 26 Jun lalu di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dr Burhanuddin, di sini.

Menurutnya, dalam insiden kira-kira jam 12.15 tengah malam itu, Ah Fat, 22, atau nama sebenarnya Muhammad Nur Tashriq Abd Malek bersama tiga rakannya menahan kenderaan mangsa dengan memperkenalkan diri sebagai polis.

"Bagaimanapun wanita berkenaan yang menyedari ia satu taktik penipuan berjaya meloloskan diri dan meninggalkan kenderaannya di lokasi kejadian menyebabkan keempat-empat penjenayah itu melarikan diri bersama kenderaan Nissan Teana milik wanita terbabit," katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Hasil gerakan bersama pasukan polis Ipoh, salah seorang ahli kumpulan berkenaan berusia 30 tahun berjaya ditahan ketika melarikan diri bersama kereta mangsa di kawasan Bandar Baharu Ipoh.

Dalam tangkapan itu, polis turut menemui satu gari siam, satu walkie talkie dan dua telefon bimbit.

Yusuf berkata, lelaki berasal dari Sungkai itu mengaku bersalah di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun setelah dihadapkan ke mahkamah.

"Usaha kita kini bagi menjejaki dua lagi rakan dan ketua kumpulan yang dikenali sebagai Ah Fat berasal dari Taman Kuala Kangsar, Perak," katanya.

Dalam kejadian berasingan, seorang lelaki dikenali sebagai Atan, 23, dicari setelah dipercayai mengetuai sebuah kumpulan lain melarikan lima kereta milik sebuah syarikat kereta terpakai di Assam Kumbang, di sini.

Atan atau nama sebenar, Shamsul Niezam Ahmad dari Taman Mewah, Taiping itu bersama lima lagi rakannya masing-masing berusia 20 hingga 28 tahun dipercayai membawa kenderaan terbabit menghala ke Thailand.

Yusuf berkata, polis bagaimanapun berjaya mengesan tiga kenderaan masing-masing sebuah kereta jenis Honda Civic dan dua Toyota Hilux antara 13 hingga 22 Jun lalu.

Menurutnya, dengan penemuan tiga kenderaan itu, polis turut menahan tiga individu di lokasi berasingan, dua daripada mereka didapati positif dadah.

"Dengan bantuan polis Kedah, kita berjaya menahan dua individu dalam satu sekatan jalan raya di Lorong Touch n Go kawasan Plaza Tol Jitra, Kedah, 19 Jun lalu, sementara seorang lagi ditahan di Kampung Pengkalan Kechil, Tikam Batu, Kedah pada 22 Jun lalu," katanya.

Yusuf berkata, selain Atan, dua lagi ahli kumpulan berkenaan diburu bagi membantu siasatan, salah seorang daripadanya dikenali sebagai Mohd Adam Mohd Isa dari Kampung Bukit Kechil, Tikam Batu, Kedah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan memiliki barangan curi,.

YANG PERLU BERANI BERUBAH HANYA AHLI PEMIMPIN ?

Posted: 03 Jul 2013 05:20 AM PDT

Pemimpin UMNO hanya "insaf dan sedia berubah" dalam perkara tertentu secara berpilih-pilih.

Mengharapkan pemimpin UMNO sedia berubah walaupun kepentingan diri sendiri terpaksa dikorbankan, samalah seperti kita mengharapkan Omar Ong berhenti secara sukarela dari memberi khidmat nasihat kepada DS Najib.

Yang sering diperingatkan supaya berani berubah pun hanya ahli akar umbi. Pemimpin tidak terikat dan tidak perlu berubah.

Ahli diperingatkan supaya insaf dan mementingkan masa depan parti.

Ahli juga dikehendaki bertindak matang dan setia kepada parti.

Ahli mesti memperjuangkan dan mendahului parti dalam segala hal.

Semua perkara ahli kena fikir dan semua perkara ahli mesti lakukan demi untuk kebaikan UMNO dan masa depan orang melayu di negara ini.

Pendek kata, tanggungjawab seseorang ahli UMNO lebih berat dari tanggungjawab seseorang yang bertaraf pemimpin. Lebih penting lagi, ahli perlu lebih memahami kehendak dan aspirasi para pemimpin UMNO daripada pemimpin perlu memahami aspirasi dan kehendak ahli di bawah.

Ini kedudukan UMNO zaman "transformational".

Tanggung jawab ahli berat kerana harus memahami kenapa pertandingan peringkat tertinggi perlu dielakkan.

Jika dulu pertandingan hanya perlu dielakkan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, hari ini ahli perlu fikir lebih ke depan supaya pertandingan bagi jawatan Naib Presiden pun perlu dielakkan.

Jika berlaku perpecahan akibat dari pertandingan, siapakah menjadi faktor penyumbang kepada perpecahan ini? Adakah ahli ataupun pemimpin itu sendiri?

Jika ahli telah membuktikan mereka boleh akur dan taat dengan saranan pemimpin atasan supaya jangan dipertandingkan jawatan tertinggi, sejak tahun 1990, kenapa ahli tidak boleh akur jika selepas pertandingan para pemimpin yang bertanding ini menyaran dan menasihatkan ahli UMNO merapatkan semula barisan?

Jawatan tertinggi tidak pernah dipertandingkan sejak kali terakhir ia dipertandingkan pada tahun 1987. Selepas 1987, tiap kali diambang pemilihan semua pemimpin akan menyarankan supaya jangan dipertandingkan jawatan tertinggi, dan setiap kali itu juga ahli tetap akur dan taat dengan saranan pemimpin.

Tetapi, walaupun tidak pernah lagi berlaku pertandingan peringkat tertinggi, kenapa UMNO sekarang jauh lebih lemah dari UMNO yang diwarnai dengan pertandingan? Kenapa UMNO tetap juga mengalami pasang-surut sokongan rakyat, kadang-kadang kuat dan ada kalanya lemah, walaupun pertandingan peringkat tertinggi sentiasa berjaya dapat dielakkan dari berlaku?

Jelas sekali "kemungkinan berlakunya perpecahan akibat dari pertandingan jawatan tertinggi" hanyalah ayat yang digunakan untuk menjaga kepentingan pemimpin semata-mata. Hakikatnya ia tidak kena-mengena langsung dengan kepentingan ahli UMNO dan rakyat seluruhnya.

"Kemungkinan berlaku perpecahan akibat dari pertandingan jawatan tertinggi" adalah bahasa moden yang digunakan bagi menggantikan bahasa kuno Hang Tuah, tetapi tetap membayangkan maksud yang sama, iaitu ahli UMNO harus taat dan setia kepada pemimpin walau dalam apa keadaan sekali pun, jika mahu melayu terus selamat dan tidak hilang di dunia.

Ahli mesti memahami dengan mendalam masalah yang dihadapi oleh para penjawat 5 jawatan tertinggi ini.

DS Zahid Hamidi tiada masalah untuk terpilih semula. Tan Sri Muhyiddin Yassin juga tiada masalah untuk kekal dikedudukannya jika berlaku pertandingan. Malah DS Najib juga tiada masalah untuk diberi semula peluang ke dua oleh para perwakilan untuk membuktikan bahawa darah yang mengalir di dalam tubuh beliau masih kental darah keturunan Allahyarham Tun Razak.

Yang dilihat bermasalah besar untuk mengekalkan jawatan dan dipilih semula oleh perwakilan adalah DS Hishamuddin Tun Hussein dan DS Shafie Afdal.

Apakah 3.5 juta ahli UMNO perlu berkorban perasaan dan akur supaya dielakkan pertandingan di peringkat Naib Presiden hanya semata-mata demi untuk menyelamatkan kedudukan DS Hishamuddin Tun Hussein seorang?

Apakah 145 ribu perwakilan UMNO cawangan ke mesyuarat bahagian harus bersedia untuk mengorbankan kepentingan masa depan UMNO dipandangan mata rakyat dan orang melayu seluruhnya dengan bertindak mengelakkan berlaku pertandingan semata-mata mahu memastikan agar DS Hishamuddin tidak tersingkir dari kerusi Naib Presiden?

Adakah ahli UMNO mahukan "ikon" yang menjadi daya penarik sokongan rakyat untuk diletakkan di kedudukan-kedudukan penting hairaki parti, atau mahu mengekalkan "ikon" yang telah menyebabkan UMNO telah dipandang sebelah mata oleh rakyat pelbagai kaum, khususnya saluran 4 & 5?

Saya berkeyakinan penuh bahawa Allahyarham Dato Onn menubuhkan UMNO semata-mata demi untuk memastikan kedudukan umat melayu di tanah air ini terus didaulatkan.

Saya juga berkeyakinan penuh beliau tidak pernah sekelumit pun memikirkan untuk menubuhkan UMNO semata-mata bagi memastikan keturunan beliau "wajib mewarisi kepimpinan UMNO" walau selemah mana pun kepimpinan yang dimiliki oleh cucunya yang seorang ini.

Jika Anwar sudah dinasihatkan, "kalau dah peliwat tu peliwat jugak, kalau dah kalah tu kalah lah".

Nasihat untuk DS Hishamuddin macam mana pulak ya ??

PAS MELAKA TAK BUAT DEMO KER/

Posted: 03 Jul 2013 05:11 AM PDT

alhamdulillah semuanya telah dibuka...

RAPERA ..

Posted: 04 Jul 2013 01:20 AM PDT

RAPERA ..


English medium in elite schools BUT not in National Government Schools ????

Posted: 03 Jul 2013 03:42 AM PDT

Sahabat-Gunung

Posted: 04 Jul 2013 01:10 AM PDT

Sahabat-Gunung


Lahad Datu ......

Posted: 03 Jul 2013 09:34 PM PDT


TEMUI RAKYAT.... Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Lahad Datu Dato Mohd. Yusof Apdal baru baru ini telah mengadakan lawatan singkat bagi menemui beberapa peniaga di kawasan gerai Batu 1 kampung Tabanak Lahad Datu.

Semasa lawatan tersebut selain bertanyakan  khabar dan  beramah mesra dengan golongan peniaga dan penduduk setempat Mohd Yusof juga mendengar beberapa masalah yang dihadapi oleh peniaga di kawasan tersebut untuk diambil tindakan susulan.


Beliau juga turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada masyarakat setempat yang telah memberikan sokongan padu kepada Barisan Nasional khususnya kepada beliau yang bertanding di kawasan DUN Lahad Datu baru baru ini.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 03 Jul 2013 11:29 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Wajib Baca : Taikun Cina dan Korporat Melayu Tamak Punca Harga Kereta Mahal

Posted: 03 Jul 2013 09:18 PM PDT

Ini adalah penjelasan dari YB Menteri yang berkaitan kenapa harga kereta di Malaysia mahal.

Sumber : Utusan (klik untuk besarkan imej)

Formula tak jelas? Cuba tengok yang ini pula.

Sumber : Utusan

Di Thailand atau Indonesia, harga kereta yang berharga RM71,500 di Malaysia boleh dijual pada harga RM55,000. Ini kerena pengedar kenderaan di dua negara tersebut tahu bahawa rakyat negara tersebut tidak mampu membeli dengan harga yang mahal.

Berbeza dengan di Malaysia, mahal macammana pun harga kereta, rakyat Malaysia tetap membeli kereta idaman mereka. Ini kerana kuasa membeli rakyat Malaysia lebih tinggi daripada Thailand dan Indonesia. Dan di Malaysia juga ada pembangkang yang SUPER Bangang yang menyalahkan Kerajaan dalam semua isu termasuk isu harga kereta. Pembangkang dan kuncu-kuncunya hanya tahu menyalahkan PROTON kerana harga kereta mahal sedangkan punca utama adalah dari pengedar kereta yang mengambil keuntungan berlipat kali ganda. Sama seperti ketika harga minyak naik, pembangkang hanya menyalahkan Petronas tetapi tidak pula menyalahkan She**, Cal**x dan lain-lain syarikat minyak.

Perlu diingat bahawa harga kereta bukan harga kawalan seperti mana bahan makanan ketika musim perayaan.

Jadi bagaimanakah caranya untuk rakyat menurunkan harga kereta? Penyelesaiannya mudah. Guna hak kita sebagai pembeli. Kita boikot harga kereta yang terlampau mahal walaupun cukai telah dikurangkan seperti Hon** dan Toy***. Belilah kereta keluaran Malaysia seperti Proton dan Perodua. Belilah kereta yang baru masuk di pasaran seperti Mitsubi*** Mi**ge atau Nis*** Al**era.

Hanya dengan memboikot sahaja kita boleh ajar para pengedar kereta yang tamak ini.

*Di Singapura, walaupun harga kereta berkali ganda lebih mahal dari Malaysia, masih ada rakyat negara tersebut membelinya kerana mereka mampu.


PANAS! Video Mahfuz Omar 'Buli Guru'. Patutlah Tak Lulus SRP.

Posted: 03 Jul 2013 06:08 PM PDT


Video bagaimana ahli Parlimen pembangkang 'membuli' seorang yang pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Kebangsaan.



MyMassa lihat mungkin jawapan YB Datuk Mary Yap tidak begitu tepat kerana beliau belum sempat menghabiskan jawapannya. Tetapi cara Ahli Parlimen pembangkang 'membuli' beliau memang tak dapat diterima. Jelas sekali wakil rakyat pembangkang tidak berminat dengan jawapan yang diberi.

YB Datuk Mary menjawap berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang guru yang melihat objektif utama PPSMI yang sebenarnya memudahkan pelajar memahami Sains dan Matematik kerana banyak istilah dalam kedua-dua pelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris. Tetapi belum sempat beliau menghabiskan jawapannya, beliau telah diperbudak-budakkan oleh Ahli Parlimen pembangkang. Inikah contoh terbaik yang pemimpin pembangkang boleh beri kepada rakyat? Patutlah budak-budak sekarang tak hormat guru. Bapak budak yang dalam Parlimen pun tak pandai nak bagi contoh yang baik.

*Mahfuz oh Mahfuz....bila la hang nak jadi pandai....LAUNCH dengan LUNCH pun tak reti nak beza tapi nak usik 'cikgu' pasal PPSMI.



oyabun

Posted: 03 Jul 2013 11:26 PM PDT

oyabun


PR tak puas hati dengan lantikan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi TH!

Posted: 03 Jul 2013 02:36 AM PDT


Pelantikan Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) semalam mendapat tentangan daripada Ahli Parlimen dari PR kerana mendakwanya sebagai bersifat berat sebelah dan mempunyai kepentingan politik BN.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya meneliti semula pelantikan itu supaya ia mengikut garis panduan tertentu berdasarkan keupayaan, kredibiliti dan tidak partisan yang menyebelahi Umno-BN.

"Janganlah dipolitikkan segala-galanya di negara ini dan saya nampak Perdana Menteri terpaksa menganugerahkan, membayar dan memberi politikus-politikus tertentu jawatan, saya masih merasakan ia melampaui batasan.

"Tabung Haji merupakan satu institusi yang harus kita pegang dan melantik sesiapa yang terbaik, mempunyai kepakaran untuk memastikan pegangan dan khazanah umat Islam tidak terjejas," katanya kepada Sinar Harian Online di lobi bangunan Parlimen, di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian mengulas pelantikan Abdul Azeez sebagai pengerusi agensi kerajaan itu yang berkuatkuasa semalam.

Abdul Azeez yang juga anggota Lembaga Pengarah TH sejak 2011 dilantik menggantikan penyandangnya, Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor yang berkhidmat dengan TH sejak Ogos 2007.

Turut bersetuju, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang turut mendesak Najib menimbang semula tindakan itu.

Dakwanya, pelantikan jawatan tertinggi agensi kerajaan perlu melalui proses saringan yang ketat bagi mengelakkan daripada dana awam itu diselewengkan.

"Sepatutnya, untuk melantik seorang sama ada jawatan pengerusi, lembaga pengarah, CEO dan panel pelaburan TH, saya fikir sepatutnya kita perlu lakukan tapisan yang telus dalam pelantikan itu," dakwanya.


Naib Presiden Pas itu juga menggesa kerajaan meletakkan kriteria tertentu dalam pelantikan pengerusi agensi kerajaan itu dan tidak terhad kepada ahli politik semata-mata.

"Pengisian jawatan itu bukan untuk membantu ahli politik yang tidak mendapat jawatan di atas (menteri) untuk menampung pendapatan dan sebagainya.

"Bukan tidak wajar dilantik di kalangan ahli politik malahan sesiapa saja yang layak tapi perlu ada kriteria tertentu dan diadakan temuduga.

"Sesiapa pun boleh menyeleweng bukan orang politik saja," dakwanya lagi.


Dalam perkembangan berkaitan, lantikan Abdul Azeez disambut baik Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa sambil menyifatkan pilihan Perdana Menteri itu tepat dan memenuhi kriteria yang diperlukan dalam agensi yang turut menguruskan pelaburan Islam itu.

"Datuk Azeez telah mengganggotai jemaah lembaga tabung haji buat beberapa tahun dan sudah pasti beliau mempunyai pengalaman tertentu selepas berkhidmat dalam lembaga itu.

"Beliau juga mempunyai latar belakang sebagai ahli perniagaan, seperti mana yang kita ketahui Lembaga Tabung Haji bukan hanya menguruskan bukan sahaja soal jemaah, tetapi lebih juga kepada aspek pelaburan dan perniagaan," jelasnya.

Tambah beliau, pemilihan Abdul Azeez itu tidak wajar dipertikaikan kerana ia adalah hak Perdana Menteri.


Malah jelasnya, wakil rakyatlah yang sepatutnya mewakili dan menerajui agensi kerajaan bersesuaian dengan tanggungjawab sebagai anggota Parlimen yang dipilih rakyat.

"Seharusnya ahli politik yang bertanggungjawab. Menteri-menteri memegang portfolio tertentu dan tugasan dalam agensi yang berkait di bawah menteri, beliau boleh melantik ahli politik lain untuk mengendalikan agensi tersebut.

"Adalah salah bagi saya sekiranya tanggungjawab yang dipikul oleh ahli politik mereka dipertanggungjawabkan di Parlimen diserahkan kepada orang lain.

"Saya fikir adalah satu tanggapan yang silap, kalau kita memandang sepi kepada pelantikan ahli-ahli Parlimen," tegasnya.

Wasabi Oyabun..

sekupangdua

Posted: 03 Jul 2013 11:19 PM PDT

sekupangdua


BATU TERGANTUNG DI MASJIDil AQSA...

Posted: 03 Jul 2013 11:00 PM PDT

BATU GANTUNG SEBENAR ! 

SOALAN Perihal batu besar tergantung di Masjidil Aqsa - Dato' Dr Haron Din 

SOALAN: Dato', saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu tergantung-gantung (tidak berpihak di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti. Pohon Dato' perjelaskan apakah yang sebenarnya. - 

JAWAPAN: Ulama umumnya berpendapat Rasulullah s.a.w. bermikraj dari satu tempat di Biatulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis. 

 Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud 'Tempat Nabi bermikraj', disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): "Berkatalah al-Imam Aku Bakar Ibnul 'Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.

"Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi. "Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi s.a.w. berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. 

Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda s.a.w maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya. "Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. 

Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain." Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul 'Arabi. Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi Muhammad s.a.w tergantung-gantung. Itu adalah cerita dahulu. 

Ada sandarannya, ada catatannya dalam kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan tadi. Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). 

Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa. Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini. Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan.

Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang. Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh.

Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung. 

Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. 

Memandangkan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi. 

Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul 'Arabi seperti dalam bukunya. Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat. Wallahua'lam.

RAKSAKSA GERGASI DIKESAN TIMBUL DIPERMUKAAN TASIK

Posted: 03 Jul 2013 05:00 AM PDT

Misteri Raksasa Laut

MyAdmin™ | 12/07/2011 |
http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0928/Kosmo/Dunia/du_08.1.jpg

Saintis British percaya mereka telah menemui seekor raksasa misteri yang mendiami sebuah tasik di Taman Negara Killarney di barat daya Ireland, lapor sebuah akhbar semalam.


Makhluk gergasi itu dijumpai oleh Jonathan Downes, 50, yang merupakan Pengarah Pusat Zoologi Fortean di Devon, England ketika bercuti bersama isteri di Tasik Killarney pada minggu lalu.Ia dilihat di Upper Lake, salah satu daripada tiga tasik di kawasan itu dan Downes bersama seorang rakannya secara kebetulan merakamkan kelibat raksasa itu bergerak.Misteri makhluk itu pernah didedahkan beberapa tahun lalu oleh saintis yang menemui rakaman sonar menunjukkan satu lembaga besar di Muckross Lake, tasik terbesar di taman itu.Menurutnya, dia melihat satu leher panjang dan badannya yang berbonggol di tasik itu.Downes yang merupakan pengkaji spesies haiwan aneh menggambarkan makhluk tersebut seperti belut dengan leher kurus dan mungkin setinggi tiga meter.Timbalan Pengurus Wilayah Perkhidmatan Mergastua dan Taman Negara, Pat Foley berkata, penemuan makhluk itu pernah direkodkan enam tahun lalu di Muckross Lake

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]

Posted: 03 Jul 2013 11:19 PM PDT

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]


Il est un excellent moyen de trouver des theories casino en ligne

Posted: 03 Jul 2013 01:04 AM PDT

Age legal pour jouer casino las vegas aura tendance à augmenter votre crédibilité. J’ai une façon que j’enseigne la plupart des gars parce que c’est simple. Là encore, quelle que soit chatouille votre fantaisie.

Il est à gagner. Pourtant, je n’aurais jamais attendu à ça.

Un blackjack n’amasse pas avec ça. J’ai fait des recherches détaillées et je sais de quoi je parle sur ce point. Eh bien, il ne s’arrêtera pas bonus casino. Voyez-vous précisément ce que je veux dire ? Les voix dans ma tête me dire que je devrais avoir une conception en référence à machines a sous. Il va venir à moi assez tôt. Je continue à me rappeler que tout ce que je fais avec jeux de carte illuminati francais est un progrès mais il va restructurer votre opinion sur casino en ligne. J’ai peut-être besoin de faire une analyse plus approfondie casino en ligne. Maintenant, nous sommes sur la même matière.

De ce que je peux vous garantir ou il est facile à installer.

J’ai peut-être faut essayer casinos en ligne autorises en france. OK, nous allons à une vitesse ridicule ici. Non plus … Il s’agit d’un sac de trucs à la conception de ce avec elle. Ceci s’applique si vous avez lu la dernière fois en ce qui concerne casino en ligne parce que je doute qu’il sera facile à enlever. Comment puis-je commencer à surmonter le désir de vous parler de quelque chose qui parle si bien jeux casino francais gratuit ?

Lorsque descend à lui je ne serais pas tout simplement essayer de présenter cela. Il est banal comment jokers ne détaillons pas un sujet comme celui-ci ne sueur. Cela me fait sentir sale. Ne perdez pas votre temps sur des choses qui pourraient ne pas être pertinents pour le moment. La contre-attaque à le faire a commencé. Je m’attends à trouver de l’or. Ils ont encyclopédie comme les connaissances en ce qui concerne celui-ci. Cela a été éprouvant pour les nerfs de sorte que mon but dès le début est d’obtenir une idée de ce que casino en ligne est tout au sujet. Il est de savoir comment obtenir un emploi travaillant à domicile avec jouer au casino barriere ou j’ai fait cette découverte légendaire. Il s’agit de casino bien, si vous n’avez rien de gentil à dire, ne dis rien du tout. casino a été résurgence dans le marché récemment et j’ai acheté que par une société indépendante. Je suis plus qu’heureux d’avoir casino en ligne mais je suis profondément imprégné de cette conviction. Lequel ne voyage dévots sur les astuces casino francais à domicile ? Nous allons commencer par ce qui est casino, parce que beaucoup de gens pointus ne sais vraiment pas cela. Cet acompte ne peut pas donner un sens à beaucoup de pinailleurs.

The Unspinners

Posted: 03 Jul 2013 11:17 PM PDT

Belantan

Posted: 03 Jul 2013 11:08 PM PDT

Belantan


Wartawan Malaysiakini tidak beretika macam Mangkok Hayun?

Posted: 03 Jul 2013 06:33 AM PDT


Portal berita pro-pembangkang sudah sekian lama dibiarkan bermaharajalela membuat fitnah dan menghasut rakyat supaya membenci dan mempercayai laporan mereka. Sasaran portal berita tersebut kebanyakannya dituju terhadap pemimpin kerajaan atau parti politik yang mereka ingin jatuhkan.

Contoh yang ketara ialah portal berita Malaysiakini. Kenyataan pemimpin pembangkang disiarkan tanpa mendapatkan fakta sebenar.

Malaysiakini sudah banyak menyiarkan pembohongan, maklumat yang mengelirukan, pendedahan maklumat sulit, fitnah dan menipu orang ramai.

Boleh kata hampir setiap hari Malaysiakini dan beberapa portal lain akan mensensasikan isu untuk kepentingan politik mereka. Mereka akan putar belit isu. Mana-mana isu yang tidak menguntungkan mereka, tidak akan disiarkan.

Memburuk dan memfitnah pemimpin BN

Wartawan Malaysiakini tidak beretika. Mereka sanggup menceroboh majlis tertutup.

Malaysiakini yang tidak dijemput ke sesuatu majlis tidak peduli sama ada penganjur atau pembentang kertas kerja bersetuju atau tidak maklumat mereka disebarkan secara meluas kepada pengetahuan umum.

Niat mereka hanya hendak mengapi-apikan mana-mana golongan atau kaum. Selalunya niat mereka berjaya apabila membaca komentar yang diselitkan bersama laporan berkenaan.

Terbaharu, bagaimana wartawan Malaysiakini yang tidak dijemput tetapi hadir ke program berkenaan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Malaysiakini telah menceroboh masuk ke dalam dewan untuk mendengar satu forum tertutup dan telah secara tidak bertanggungjawab membuat rakaman dan seterusnya menyebarkan transkrip rakaman tersebut untuk pengetahuan umum tanpa meminta keizinan daripada penganjur dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah.

Wartawan Malaysiakini yang tak beretika menyamar masuk ke program UMNO/BN

Rasanya berpuluh-puluh laporan dibuat terhadap komen-komen yang menghina pemimpin kerajaan dan negara ini yang dipaparkan oleh Malaysiakini.

Penulis minta kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tunjukkan sikap prihatin dan segera mengambil tindakan. Bukan duduk diam sahaja.

Kegagalan agensi-agensi yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan terhadap Malaysiakini yang dilihat ghairah memburuk-burukkan institusi-institusi penting negara seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia amat mendukacitakan.

Penulis lihat sudah banyak peruntukan undang-undang dipinda atau banyak aduan dibuat oleh orang awam tetapi tidak disusuli dengan tindakan berkesan. Apa masalahnya?

Sesungguhnya Malaysiakini memang kaki penipu,memfitnah dan menghasut!

Sampai hari ini pun, dakwaan pemimpin pembangkang tentang 40,000 warga Bangladesh cuba membuang undi pada PRU-13 tiada siapa yang memfailkan saman fitnah terhadap pembangkang dan portal berita mereka.

Kerajaan mesti mengingatkan Malaysiakini dan penggiat media sosial lain agar tidak sewenang-wenangnya menyebarkan maklumat berbaur hasutan dan fitnah.

Kalau parti pembangkang sewenang-wenangnya menyaman pihak yang menggugat masa depannya, kenapa UMNO dan Barisan Nasional tidak berbuat tindakan yang sama?

Suara Politik
Belantan

Habis madu sepah dibuang?

Posted: 03 Jul 2013 02:15 AM PDT


Yang menariknya, dalam isu ini, Ketua Penerangan PKR Muhammad Nur Manuty seolah-olah 'dijahit' mulutnya dan tidak lagi diberi peranan sebagai jurucakap parti. Banyak keputusan dan dasar parti kini diserahkan kepada Tian Chua untuk didedahkan kepada media.

Setelah tewas di kerusi Parlimen Bagan Serai pada 5 Mei lalu, dirinya ibarat tunggul yang menunggu masa untuk dibersihkan.

Sebelum ini, Muhammad selaku Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sekitar tahun 1990-an dianggap sebagai aset kepada PKR, khususnya diri Anwar. Pengalamannya yang sering mendampingi parti Umno dan mengangkat peranan pertubuhan Islam itu dilihat mampu memberi imej 'Islam' kepada PKR untuk menyaingi PAS.

Namun apakan daya sikap habis madu, sepah dibuang kegemaran Anwar memaksa Muhammad teraba-raba mencari jalan untuk membuktikan beliau masih relevan dalam dunia politik tanahair, atau setidak-tidaknya dalam partinya sendiri, PKR.

Suara Politik
Belantan

PenangWasabi

Posted: 03 Jul 2013 09:30 PM PDT

PenangWasabi


MB Khalid berkeras mahu projek Datun Jelatek di teruskan?r

Posted: 03 Jul 2013 09:05 AM PDT


Kerajaan Selangor akan tetap meneruskan projek Datum Jelatek walaupun mendapat bantahan daripada bekas penduduk di tapak asal projek itu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, walaupun projek itu kini hangat diperkatakan, proses tender sudah dijalankan.
Beliau menjawab soalan Mat Shuhaimi Shafiei (PKR-Sri Muda) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini, mengenai status terkini projek itu dan adakah benar projek itu membuka ruang yang terlalu besar kepada pembeli rakyat asing.

Abdul Khalid berkata, beliau sudah mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menetapkan 50 peratus daripada 337 unit kediaman di projek Datum Jelatek itu ditawar kepada pembeli Bumiputera.

Projek Datum Jelatek di atas tapak seluas 2.4 hektar di sebelah Stesen LRT Jelatek membabitkan pembangunan empat blok bangunan kondominium mewah, hotel, pejabat dan pusat membeli-belah.

Menurut Abdul Khalid, sebanyak 1,029 permohonan daripada pembeli Bumiputera diterima untuk membeli 337 unit yang ditawarkan projek Datum Jelatek.

Katanya, pembayaran pampasan kepada pemilik rumah pembangunan asal sudah dilakukan, tetapi terdapat 14 pemilik asal yang tidak bersetuju.

Penang Wasabi..

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 03 Jul 2013 09:20 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Demokrasi Sudah Mati Di Pulau Pinang

Posted: 03 Jul 2013 07:01 PM PDT

Sidang tanpa sesi soal jawab, BN sifatkan tindakan angkuh DAP

Georgetown: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang bermula semalam mencetuskan kontroversi apabila sesi soal jawab tidak diadakan yang disifatkan oleh ADUN Barisan Nasional (BN) sebagai tindakan 'membunuh' sistem demokrasi berparlimen negara.

Alasan ketiadaan masa yang diberikan oleh Speaker DUN negeri, Law Choo Kiang itu tidak dapat diterima oleh ADUN BN kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah sidang DUN negeri.

Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid, berkata Speaker tidak mempunyai kuasa berbuat demikian dan ia menunjukkan keangkuhan kerajaan pimpinan DAP.

Beliau berkata, ia tidak pernah berlaku dalam sejarah DUN negeri dan menganggapnya sebagai 'hukuman maut' terhadap sistem demokrasi.

Sangat mendukacitakan
"Ia sangat mendukacitakan, tambahan pula ini adalah persidangan pertama. Sesi soal jawab penting dalam sistem demokrasi berparlimen di negara ini yang menguji kebijaksanaan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat dalam menjawab isu," katanya ketika bangun membantah keputusan itu.

Namun, ia menyebabkan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo bangun memintanya menarik balik kenyataannya itu.

"Saya minta Yang Berhormat tarik balik kenyataan yang menyatakan sistem demokrasi sudah maut dalam dewan ini.

Saya minta tarik balik kerana demokrasi tidak maut dalam dewan ini," katanya.

Keengganan Jahara menarik balik kenyataan itu menyebabkan Jagdeep meninggikan suara dan berlaku pertengkaran apabila Jahara meminta ADUN Datok Keramat itu supaya tidak mengherdiknya.

"Saya bercakap mengikut peraturan dewan, iaitu keperluan untuk memberitahu.

Saya percaya sesi soal jawab ini bukan saja penting kepada wakil pembangkang tapi semua ahli dewan," katanya.

Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) kemudian meminta isu kekangan masa tidak dijadikan alasan untuk menafikan keperluan mengadakan sesi soal jawab pada sidang DUN kali ini.

Bagi menyelesaikan ketegangan, Speaker kemudian campur tangan dengan mengarahkan ahli dewan bertenang dan meminta mereka menghormati keputusan itu.

"Saya sudah jelaskan ketiadaan sesi soal jawab pada sidang kali ini tidak melanggar peraturan mesyuarat, tidak menjadi masalah dan berharap ia tidak dibangkitkan lagi," katanya.

Persidangan DUN ke-13 Penggal Satu itu bermula kelmarin dengan majlis perasmian oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas dan akan berlangsung sehingga esok.

Sementara itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang mengakui hairan dengan keputusan itu berkata, ia tidak wajar berlaku dan sesi soal jawab sepatutnya dibenarkan.

"Saya jangka ia berlaku kerana faktor masa, bagaimanapun ia perlu disemak semula oleh Speaker," katanya kepada pemberita selepas sidang berhenti rehat.

Namun, Guan Eng berkata, Law tidak sepatutnya dipersalahkan kerana baru dilantik pada 28 Jun lalu.

Law, ketika dihubungi malam tadi mendakwa tidak berpeluang mengubah atur cara mesyuarat kerana pelantikan sebagai Speaker terlalu hampir dengan sidang DUN yang bermula Selasa lalu.

"Ketika dilantik Speaker, semua atur cara mesyuarat sudah diputuskan Penasihat Undang-udang negeri dan Setiausaha DUN. Keputusan ini dibuat kerana kekangan masa kerana mesyuarat kali ini dibuat berserta majlis angkat sumpah.

Mungkin jika pelantikan dilakukan lebih awal, saya sempat menyemak atau merombak atur cara mesyuarat," katanya.

Anwar Ibrahim Terus Meroyan Membaca Pendedahan Ini

Posted: 03 Jul 2013 07:30 AM PDT


Datum Jelatek, Projek Terancang Usir Melayu Di Kawasan Keramat

Posted: 03 Jul 2013 05:00 AM PDT


Sebelum apa apa berlaku pada PRU14, alangkah baik jika orang Melayu dapat bertindak sekarang.

Bertindak sebelum nasi menjadi bubur. Bertindak sebelum kuasa Melayu hilang terus dari bumi yang bernama Tanah Melayu.

Bagaimana kuasa itu boleh hilang? Ianya boleh hilang melalui permainan angka. Bagaimana angka itu boleh menghilangkan kuasa?

Melalui undi yang datang daripada pertambahan undi. Undi itu datang menerusi pemindahan pengundi atau pengundi baru.

Pengundi itu hadir dalam penempatan yang disusun. Datum Jelatek adalah salah satu daripada projek pertambahan pengundi yang disyaki telah memberi kelebihan kepada pembangkang di kawasan kawasan bandar.

Sebelum segalanya terlambat, projek Datum Jelatek ini perlu dihentikan.

Pendedahan Terbuka Di Parlimen, Anwar Ibrahim Ada Akaun Di Negara Israel?

Posted: 03 Jul 2013 02:30 AM PDT

Tukar Agama Anak, Anwar Ibrahim Tidak Berani Nyatakan Pendirian Sebenar

Posted: 03 Jul 2013 01:30 AM PDT




Gambar Masjid Dipijak Di Sebuah Pasaraya Di Melaka

Posted: 02 Jul 2013 11:30 PM PDT



Apakah tindakan ini dibuat kerana balas dendam penutupan Jonker Walk?



BANDA HILIR - Tindakan sebuah pusat beli-belah di sini meletakkan gambar masjid bersama ucapan Selamat Hari Raya di atas lantai setiap pintu masuk pasar raya berkenaan mendapat bantahan orang ramai.

Ini kerana, tindakan mereka itu seolah-olah menggalakkan orang ramai memijak masjid, sekaligus dianggap satu penghinaan kepada umat Islam.

Peniaga, Aziz Embi, 58, mendakwa, kewujudan gambar masjid di atas lantai sejak kira-kira seminggu lalu amat dikesali kerana masjid merupakan simbol umat Islam, bagaimanapun pengurusan pasaraya terbabit meletakkan martabatnya di bawah tapak kaki.

"Pihak berkuasa juga diharap dapat menasihatkan pihak pengurusan pusat beli-belah ini dalam hal-hal berkaitan sensitiviti umat Islam," katanya- Sinar

JURI RAKYAT

Posted: 03 Jul 2013 07:29 PM PDT

JURI RAKYAT


Legenda Masjid Agung Demak - Cerita Rakyat Jawa Tengah (Demak)

Posted: 03 Jul 2013 05:10 AM PDT

Masjid Agung Demak - Menurut sejarah, masjid ini didirikan oleh Wali Songo secara bersama-sama
dalam waktu 1 (satu) malam, masjid ini didirikan pada tahun 1399 saka (1447 M) yg ditandai oleh candrasangkala (Lawang Trus Gunaningjami) sedang pada gambar bulus yg berada di mihrab masjid ini terdapat lambang tahun 1401 saka yang menunjukan masjid ini berdiri pada tahun 1479 M bangunan dari kayu jati ini berukuran 31 m x 31 m  denga bagian serambi berukuran 31 m x 15 m atap tengahnya ditopang oleh 4 (empat) buah tiang kayu raksasa (saka guru) yamg dibuat empat wali diantara sembilan wali, saka sebelah tenggara adalah buatan Sunan Ampel, saka sebelah barat daya buatan Sunan Gunung jati, sebelah barat laut buatan Sunan Bonang dan sedangkan sebelah timur laut yang tidak terbuat dari satu buah kayu utuh melainkan disusun dari beberapa potong balok yang diikat menjadi satu (saka tatal), merupakan sumbangan dari Sunan Kalijaga. Serambinya dengan delapan buah tiang boyongan merupakan bangunan tambahan pada zaman Adipati Yunus (Pati Unus atau pangeran Sabrang Lor), sultan Demak ke-2 (1518-1521 M) pada tahun 1520

Dalam proses pembangunannya, Sunan Kalijaga memegang peranan yang amat penting. Wali inilah yang berjasa membetulkan arah kiblat. Menurut riwayat, Sunan Kalijaga juga memperoleh wasiat antakusuma, yaitu sebuah bungkusan yang konon berisi baju hadiah dari Nabi Muhammad SAW, yang jatuh dari langit di hadapan para wali yang sedang bermusyawarah di dalam masjid itu. Memasuki pertengahan abad XVII, ketika kerajaan Mataram berdiri, pemberontakan pun juga mewarnai perjalanan sejarah kekuasaan raja Mataram waktu itu.

Sejarah yang sama juga melanda kerajaan Demak. Kekuasaan baru yang berasal dari masuknya agama Islam ke tanah Jawa. Seorang Bupati putra dari Brawijaya yang beragama Islam disekitar tahun 1500 bernama Raden Patah dan berkedudukan di Demak, secara terbuka memutuskan ikatan dari Majapahit yang sudah tidak berdaya lagi, dan atas bantuan daerah-daerah lain yang telah Islam (seperti Gresik, Tuban dan Jepara), ia mendirikan kerajaan Islam yang berpusat di Demak. Namun keberadaan kerajaan Demak tak pernah sepi dari rongrongan pemberontakan. Dimasa pemerintahan raja Trenggono, walau berhasil menaklukkan Mataram dan Singasari. Tapi perlawanan perang dan pemberontakan tetap terjadi di beberapa daerah yang memiliki basis kuat keyakinan Hindu. Sehingga daerah Pasuruan serta Panarukan dapat bertahan dan Blambangan tetap menjadi bagian dari Bali yang tetap Hindu. Pada tahun 1548 M, raja Trenggono wafat akibat perang dengan Pasuruan.

 Kematian Trenggono menimbulkan perebutan kekuasaan antara adiknya dan putranya bernama pangeran Prawoto yang bergelar Sunan Prawoto (1549 M). Sang adik berjuluk pangeran Seda Lepen terbunuh di tepi sungai dan Prawoto beserta keluarganya dihabisi oleh anak dari pangeran Seda Lepen yang bernama Arya Panangsang. Tahta Demak dikuasai Arya Penangsang yang terkenal kejam dan tidak disukai orang, sehingga timbul pemberontakan dan kekacauan yang datangnya dari kadipaten-kadipaten. Apalagi ketika adipati Japara yang mempunyai pengaruh besar dibunuh pula, yang mengakibatkan si adik dari adipati japara berjuluk Ratu Kalinyamat bersama adipati-adipati lainnya melakukan pemberontakan dalam bentuk gerakan melawan Arya Panangsang. Salah satu dari adipati yang memberontak itu bernama Hadiwijoyo berjuluk Jaka Tingkir, yaitu putra dari Kebokenongo sekaligus menantu Trenggono yang masih ada hubungan darah dengan sang raja. Jaka Tingkir, yang berkuasa di Pajang Boyolali, dalam peperangan berhasil membunuh Arya Penangsang. Dan oleh karena itu ia memindahkan Karaton Demak ke Pajang dan ia menjadi raja pertama di Pajang. Dengan demikian, habislah riwayat kerajaan Islam Demak.

Masjid Agung Demak merupakan salah satu masjid tertua di Indonesia. Masjid ini memiliki nilai historis yang sangat penting bagi perkembangan Islam di tanah air, tepatnya pada masa Kesultanan Demak Bintoro. Banyak masyarakat memercayai masjid ini sebagai tempat berkumpulnya para wali penyebar agama Islam, yang lebih dikenal dengan sebutan Walisongo (Wali Sembilan). Para wali ini sering berkumpul untuk beribadah, berdiskusi tentang penyebaran agama Islam, dan mengajarkan ilmu-ilmu Islam kepada penduduk sekitar. Oleh karenanya, masjid ini bisa dianggap sebagai monumen hidup penyebaran Islam di Indonesia dan bukti kemegahan Kesultanan Demak Bintoro.

Masjid Agung Demak didirikan dalam tiga tahap. Tahap pembangunan pertama adalah pada tahun 1466 M. Ketika itu masjid ini masih berupa bangunan Pondok Pesantren Glagahwangi di bawah asuhan Sunan Ampel. Pada tahun 1477 M, masjid ini dibangun kembali sebagai masjid Kadipaten Glagahwangi Demak. Pada tahun 1478 M, ketika Raden Patah diangkat sebagai Sultan I Demak, masjid ini direnovasi dengan penambahan tiga trap. Raden Fatah bersama Walisongo memimpin proses pembangunan masjid ini dengan dibantu masyarakat sekitar. Para wali saling membagi tugasnya masing-masing. Secara umum, para wali menggarap soko guru yang menjadi tiang utama penyangga masjid. Namun, ada empat wali yang secara khusus memimpin pembuatan soko guru lainnya, yaitu: Sunan Bonang memimpin membuat soko guru di bagian barat laut; Sunan Kalijaga membuat soko guru di bagian timur laut; Sunan Ampel membuat soko guru di bagian tenggara; dan Sunan Gunungjati membuat soko guru di sebelah barat daya.

Luas keseluruhan bangunan utama Masjid Agung Demak adalah 31 x 31 m2. Di samping bangunan utama, juga terdapat serambi masjid yang berukuran 31 x 15 m dengan panjang keliling 35 x 2,35 m; bedug dengan ukuran 3,5 x 2,5 m; dan tatak rambat dengan ukuran 25 x 3 m. Serambi masjid berbentuk bangunan yang terbuka. Bangunan masjid ditopang dengan 128 soko, yang empat di antaranya merupakan soko guru sebagai penyangga utamanya. Tiang penyangga bangunan masjid berjumlah 50 buah, tiang penyangga serambi berjumlah 28 buah, dan tiang kelilingnya berjumlah 16 buah.

Masjid ini memiliki keistimewaan berupa arsitektur khas ala Nusantara. Masjid ini menggunakan atap limas bersusun tiga yang berbentuk segitiga sama kaki. Atap limas ini berbeda dengan umumnya atap masjid di Timur Tengah yang lebih terbiasa dengan bentuk kubah. Ternyata model atap limas bersusun tiga ini mempunyai makna, yaitu bahwa seorang beriman perlu menapaki tiga tingkatan penting dalam keberagamaannya: iman, Islam, dan ihsan. Di samping itu, masjid ini memiliki lima buah pintu yang menghubungkan satu bagian dengan bagian lain, yang memiliki makna rukun Islam, yaitu syahadat, shalat, puasa, zakat, dan haji. Masjid ini memiliki enam buah jendela, yang juga memiliki makna rukun iman, yaitu percaya kepada Allah SWT, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, kitab-kitab-Nya, hari kiamat, dan qadha-qadar-Nya.

Bentuk bangunan masjid banyak menggunakan bahan dari kayu. Dengan bahan ini, pembuatan bentuk bulat dengan lengkung-lengkungan akan lebih mudah. Interior bagian dalam masjid juga menggunakan bahan dari kayu dengan ukir-ukiran yang begitu indah. Dan ada satu keistimewahan satu buah tiang yang tidak terbuat dari satu buah kayu utuh melainkan disusun dari beberapa potong balok yang diikat menjadi satu (saka tatal). Bentuk bangunan masjid yang unik tersebut ternyata hasil kreatifitas masyarakat pada saat itu.

Disamping banyak mengadopsi perkembangan arsitektur lokal ketika itu, kondisi iklim tropis (di antaranya berupa ketersediaan kayu) juga mempengaruhi proses pembangunan masjid. Arsitektur bangunan lokal yang berkembang pada saat itu, seperti joglo, memaksimalkan bentuk limas dengan ragam variasinya.

Masjid Agung Demak berada di tengah kota dan menghadap ke alun-alun yang luas. Secara umum, pembangunan kota-kota di Pulau Jawa banyak kemiripannya, yaitu suatu bentuk satu-kesatuan antara bangunan masjid, keraton, dan alun-alun yang berada di tengahnya. Pembangunan model ini diawali oleh Dinasti Demak Bintoro. Diperkirakan, bekas Keraton Demak ini berada di sebelah selatan Masjid Agung dan alun-alun.

Masjid Agung Demaki terletak di desa Kauman, Demak, Jawa Tengah. Lokasi Masjid berada di pusat kota Demak, berjarak ±26 km dari Kota Semarang, ±25 km dari Kabupaten Kudus, dan ±35 km dari Kabupaten Jepara. Masjid ini dipercayai pernah merupakan tempat berkumpulnya para ulama (wali) penyebar agama Islam, disebut juga Walisongo, untuk membahas penyebaran agama Islam di Tanah Jawa khususnya dan Indonesia pada umumnya. Pendiri masjid ini diperkirakan adalah Raden Patah, yaitu raja pertama dari Kesultanan Demak. Di dalam lokasi kompleks Masjid Agung Demak, terdapat beberapa makam raja-raja Kesultanan Demak dan para abdinya. Di sana juga terdapat sebuah museum, yang berisi berbagai hal mengenai riwayat berdirinya Masjid Agung Demak.

Masjid ini merupakan cikal bakal berdirinya kerajaan Glagahwangi Bintoro Demak. Struktur bangunan masjid mempunyai nilai historis seni bangun arsitektur tradisional khas Indonesia. Wujudnya megah, anggun, indah, karismatik, mempesona dan berwibawa. Kini Masjid Agung Demak difungsikan sebagai tempat peribadatan dan ziarah. Penampilan atap limas piramida masjid ini menunjukkan Aqidah Islamiyah yang terdiri dari tiga bagian ; (1) Iman, (2) Islam, dan (3) Ihsan. Di Masjid ini juga terdapat "Pintu Bledeg", bertuliskan "Condro Sengkolo", yang berbunyi Nogo Mulat Saliro Wani, dengan makna tahun 1388 Saka atau 1466 M, atau 887 H.

Prestasi Bulus
Raden Patah bersama Wali Songo mendirikan masjid maha karya abadi yg karismatik ini dengan memberi prestasi gambar bulus, ini merupakan condro sengkolo memet, dengan arti (seriro sunyi kiblating kaulo gusti) yg bermakna pada tahun 1401 saka. gambar blus yg terdiri dari kepala yg berarti angka 1 (satu) kaki empat berarti angka 4 (empat) dan badan bulus berarti angka 0 (nol) ekor bulus berarti angka 1 (satu), bisa disimpulkan bahwa Masjid Demak berdiri pada tahun 1401 saka




Soko MajaPahit
saka majapahit ini berjumplah delapan yg terletak di serambi Masjid
benda purbakala hadiah dari perabu brawijaya v (lima) raden kertabumi ini diberikan kepada raden patah ketika menjadi Adi Pati noto projo di glagah wangi Bintoro Demak pada tahun 1475 M






Surya Maja Pahit
ini merupakan hiasan gambar segi delapan
yang sangat populer pada masa maja pahit
para ahli purbakala menafsir, gambar ini sebagai lambang
kerajaan maja pahit surya maja pahit yg berada di Masjid Agung demak dibuat pada tahun 1401 saka atau 1479 M





Maksurah
merupakan artefak bangunan berukir bangunan pada masa lampau
yang memiliki nilai astetika yg sangat unik dan indah. karya seni ini mendominasi keindahan ruang, artefak maksurah didalamnya bertuliskan arab yang artinya memulyakan ke esaan Allah SWT
prasati didalam maksurah terdapat ukiran anka pada tahun 1287 H
atau 1886 M dimana pada saat itu Adi Pati Demak dijabat oleh K.R.M.A  (Aryo Purbaningrat)

nah demikianlah ringkasan Cerita Masjid Agung Demak yang mukin masih sangat panjang lagi kisah yg belum sempat saya postingkan didalam Cerita Rakyat ini, dikarenakan kesibukan admin di dunia nyata semoga cerita diatas bisa menambahkan sedikit wawasan tentang Masjid Agung Demak.

r b f

Posted: 03 Jul 2013 07:12 PM PDT

r b f


Apakah Setiap Hari Pengerusi Tabung Haji Boleh Keluarkan Wang Jemaah Untuk Dimasukkan Ke Dalam Akaunnya ?

Posted: 02 Jul 2013 07:28 PM PDT


Berpuluh-puluh tahun Pas menidakkan usaha orang lain membangunkan syiar islam di bumi Malaysia, termasuklah menidakkan usaha Umno ke arah itu. Bagi mereka dalam Malaysia ini hanya mereka sahaja yang islam. Orang lain semua tak islam...

Apa yang Pas tak kata kepada Umno ?

Apa yang Pas tak kafirkan Umno ? 

Waktu Tun M nak tubuhkan ASB dulu, Pas hasut orang supaya jangan melabur dalam amanah tersebut kerana katanya haram. Malah ada pemimpin Pas yang mengibaratkan pelaburan dalam ASB seperti mencampak seketul daging lembu dalam sekawah daging babi untuk menghalalkan gulai babi. Hari ini cuba kita periksa berapa banyak pemimpin dan orang-orang Pas yang simpan duit dalam ASB ?

Selain ASB, Pas memperlekehkan usaha Umno melalui Kerajaan BN menubuhkan Universiti Islam, Bank Islam, Tabung Haji dan beberapa agensi berteraskan islam yang lain. Umno terus meneruskan di tuduh kafir. 

Dua hari lepas Tabung Haji membuat pengumuman perlantikan Ahli Parlimen Baling yang juga bekas ahli lembaga pengarah Tabung Haji, YB Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai pengerusi TH yang baru. 

Pas parti yang sudah tidak ada agenda islamnya sekarang ini , tiba-tiba menjadi prihatin terhadap Tabung Haji. Badut Pas lulusan SRP yang tidak asing lagi dengan kenyataan-kenyataan bodohnya membuat kenyataan seperti berikut semalam, 
KUALA LUMPUR: PAS mendesak kerajaan menjelaskan kriteria serta syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk pemilihan seseorang bagi memegang jawatan Pengerusi Tabung Haji.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang ditemui di lobi parlimen berkata, perkara itu amat penting kerana Tabung Haji merupakan tabung amanah yang dipertanggungjawabkan oleh penyimpan (orang Islam) untuk diuruskan dengan lebih baik. 
"Kita tidak mahu isu yang dibangkitkan sebelum ini berkenaan Tabung Haji ini berulang kembali, amanah rakyat perlu ditunaikan bukannya mengkhianati," ujarnya 
Naib Presiden PAS itu turut mepertikai tindakan kerajaan seolah-olah menggunakan konsep 'tangkap muat' dalam mengisi jawatan-jawatan penting di dalam syarikat milik kerajaan (GLC). 
Menurutnya lagi, tindakan itu umpama 'balasan' kepada ahli parlimen yang tidak dilantik sebagai timbalan menteri atau menteri bagi 'membantu' mereka menambah pendapatan. 
"Saya tidak mempertikaikan lantikan dari kalangan ahli-ahli parlimen tetapi yang penting adalah ketelusan serta syarat-syarat wajib bukannya sebagai balasan akibat tidak dilantik mengisi jawatan dalam kabinet. 
"Kebimbangan saya adalah apabila kita tidak membuat satu tapisan, sudah pasti hala tuju Tabung Haji itu masih lagi berada dalam keadaan yang samar. 
"Kita perlu melihat bagaimana Tabung Haji dibentuk peringkat awal, susah payah mereka yang terlibat pada peringkat sekarang dan masa akan datang. Perkara ini bukannya boleh dipandang mudah, misi dan visi perlu jadi agenda utama," sambung beliau lagi. 
Harakahdaily

Pas tanya kriteria yang diperlukan ?

Salah satu kriteria yang diperlukan untuk menjadi Pengerusi TH calonnya mesti tidak pernah kantoi berzina. Kalau dah kantoi berzina sampai ada rakaman video lagi, tak kan nak dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji pula ? Pas tak malu ke nak bercakap pasal kriteria jika Pas sendiri pun tak boleh ikut kriteria dalam melantik setiausaha agung parti sendiri yang dimegah-megahkan dengan nama Parti ISLAM Semalaysia ?

Mahfuz kata TH tabung amanah yang dipertanggungjawabkan oleh penyimpan untuk diuruskan dengan baik. 

Ya betul, sampai hari ini walaupun kerajaan BN dituduh kafir tetapi sejak penubuhan TH sehingga ke hari ini tidak pernah ada pendeposit di TH yang gagal mengeluarkan duit mereka kerana TH telah kehabisan wang. Malah TH juga tidak pernah gagal berkongsi keuntungan dengan penyimpan-penyimpan mereka setiap tahun. Alhamdullilah sehingga hari ini pemimpin-pemimpin Umno, BN yang sering Pas tuduh kafir, perompak atau perasuah masih lagi tidak menodai kepercayaan orang islam terhadap TH. Malah dalam PRU yang baru berlalu Umno terus mendapat sokongan padu orang-orang islam. Bukan seperti Pas yang mengutip derma dari orang ramai atas nama anak-anak yatim Memali, kemudian lesap begitu sahaja sehingga ada pemimpin Pas yang boleh beli kereta merchedes. Selain daripada penyelewengan Tabung Memali, kita juga tidak lupa penyelewengan Pas dalam Kohilal. Sampai hari ini berjuta-juta duit ahli-ahli Pas yang melabur ranap dan hanyut bersama Kohilal. 

Soal perlantikan di kalangan orang-orang politik dan soal pembalasan.

Tidak ada masalah melantik orang politik sebab selama ini yang tadbir dan yang uruskan negara ini pun orang politik. Umno ajak Pas bersatu dengan mereka untuk sama-sama mentadbir negara ini, Pas tolak. Pas kata lebih baik mereka duduk makan babi bersama DAP daripada duduk minum teh dengan Umno. Mintalah DAP lantik....Di Pulau Pinang Pas ada adun, seorang pun Lim Guan Eng tidak lantik sebagai exco. Jika Pas bersama Umno dah tentu macam-macam jawatan yang mereka akan dapat. Setakat pengerusi TH kecil sangat. Banyak lagi jawatan lain yang boleh diberi. Tapi apakan daya, kamu yang tak mahu. Jadi sekarang tak usahlah nak bising-bising jika ahli parlimen BN diberi jawatan. Kami parti yang memerintah....

Perkara terakhir Mahfuz kata bagaimana TH susah payah dibentuk di peringkat awal.

Betullah tu...memang TH susah payah ditubuh di peringkat awal untuk membolehkan umat islam di Malaysia pergi menunaikan haji dalam keadaan tersusun dan tidak perlu lagi menjual tanah dan sebagainya. Dalam hal ini Mahfuz telah mengiktiraf usaha yang dibuat BN untuk membentuk TH. Alhamdullilah hari ini TH gemilang dan terus gemilang. Setiap tahun kini TH mampu memberi subsidi lebih RM 4000.00 setahun kepada setiap jemaah muasasah yang menunaikan haji wajib (haji kali pertama). Terima kasihlah kerana mengiktiraf usaha BN susah payah menubuhkan TH. 

Soal perlantikan Azeez sebagai Pengerusi TH....

Ada yang kata beliau tidak layak dan lebih melucukan ada yang kata dia bukan melayu asli . Apa, Azeez kafirkah ? Orang yang bercakap pun sembahyang belum tentu cukup jika nak dibandingkan dengan Azeez. Orang yang bercakap belum tentu dapat jadi imam solat jika nak dibandingkan dengan Azeez. 

Saya perhatikan apa cuba dilakukan adalah membunuh karektor. Sampai saat ini pun tidak ada satu bukti yang dikemukakan. Sekadar membuat tuduhan sahaja. Anwar Ibrahim dan Mustafa Ali yang bukti terang-terang depan mata, penyokong-penyokong pembangkang butakan mata dan pekakkan telinga sahaja. 

Pengerusi TH tidak ada kuasa eksekutif. Tidak ada kuasa untuk menentukan pelaburan dan sebagainya. Antara tugas utama pengerusi sesebuah syarikat selain daripada mempengerusikan mesyuarat adalah untuk memastikan urusan-urusan dengan kerajaan berjalan lancar. Walaupun TH sebuah syarikat berkaitan kerajaan bukan semua urusan mereka dengan kerajaan boleh dipermudahkan begitu sahaja. Mereka tetap kena lalui prosedur, peraturan, karenah dan birokrasi seperti biasa. Di sinilah pentingnya peranan pengerusi. 


Sebagai contoh, katakanlah tahun ini TH memerlukan bilangan doktor dan jururawat yang lebih dari Kementerian Kesihatan untuk dibawa ke Mekah bagi urusan kesihatan jemaah haji. Mereka kena minta dengan Kementerian Kesihatan. Bukan sekali minta terus boleh dapat. Sudah tentu perlukan mesyuarat demi mesyuarat untuk kelulusan. Dan dalam hal ini pengerusi memainkan peranan penting bagaimana nak deal dengan kerajaan untuk kelulusan. 

Itu baru satu contoh, banyak lagi perkara-perkara lain yang perlu di runding dengan pelbagai agensi kerajaan termasuklah dalam soal penambahan kuota haji dan sebagainya. Ini semua pengerusi memainkan peranan penting. Manakala CEO sibuk dengan urusan pelaburan dan perniagaan. CEO pun pening kepala juga memikirkan bagaimana nak tambah keuntungan agar TH dapat terus menambah subsidi untuk jemaah haji bagi mengelak kenaikan kos mengerjakan haji. 

Azeez memang ada kepakaran dalam bab runding berunding dan juga minat mendalam beliau dalam soal kerja-kerja kebajikan. Jika beliau tidak ada kepakaran dalam bab runding berunding, tak mampu beliau nak bawa balik anak-anak gadis melayu dari Lombok. Tempat yang penuh halangan dan rintangan. Malah ada sesetengah tempat beliau terpaksa naik jet ski untuk melarikan gadis melayu dari tempat mereka disembunyikan. Orang tak tahu semua itu...Mamak juga yang selamatkan gadis melayu....

Soal kerja-kerja kebajikan beliau tidak perlu nak dipertikaikan lagi. Beliau minat ke arah itu. Dan di sini saya nampak beliau boleh memainkan peranan yang besar lagi untuk meningkatkan kebajikan jemaah-jemaah haji Malaysia semasa di Mekah. 

Ada yang membuat tuduhan liar kononnya beliau akan merompak TH dan sebagainya. Janganlah terlalu bodoh sangat. TH bukannya seperti Tabung Memali Pas. Mereka ada pelbagai wakil dalam ahli lembaga pengarah. Salah seorangnya adalah KSU Kementerian Kewangan. Senarai ahli lembaga pengarah boleh dilihat di sini. Bukannya masuk pejabat setiap pagi Azeez boleh tandatangan cek dan masukkan dalam akaun beliau. 

Akhir kata berilah peluang kepada beliau buktikan. Dan saya yakin beliau akan mampu laksanakan tugasnya. Selamat maju jaya kepada Datuk Azeez. 

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 03 Jul 2013 03:20 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Gambar) Legging seksi ketat dan jarang sambil order KFC di kaunter

Posted: 03 Jul 2013 03:31 PM PDT

Gambar hiasan
Isk! Pelik betul la manusia zaman sekarang ni. Entah apa dalam fikiran dia waktu ini pun tak tahu!

Foto yang dipercayai diambil di sebuah restoran makanan segera KFC ini menyaksikan seorang lelaki (ya..kami yakin beliau adalah lelaki walaupun dari belakang, heh!) memakai kostum yang agak cute untuk seorang dewasa.

Beliau dilihat mengenakan legging yang berwarna merah jambu. Legging itu juga amat jarang hingga menampakkan seluar dalamnya.

Bagi manambahkan keseksian penampilannya itu, lelaki berkenaan turut tidak memakai baju tetapi memasang sepasang sayap rama-rama yang comel di belakangnya.

Agak-agaknya, dari manakah lelaki ini berterbangan ya..!

(Gambar) Britney Spears disaran pakai coli kerana aset makin kendur?

Posted: 03 Jul 2013 08:50 AM PDT

Britney Spears memang 'wild at heart' apabila beliau berani muncul di khalayak umum tanpa memakai coli.

Penyanyi berusia 31 tahun itu dilihat hanya memakai T-shirt yang bercorak tulisan ketika membeli belah di Westlake, California.

Nampak gayanya beliau benar-benar melakukan apa yang tertulis di atas bajunya itu apabila melenggang ke pasaraya tanpa sokongan tambahan untuk payudaranya.

Britney juga hanya memakai legging dengan rambut yang sedikit kusut serta bercermin mata hitam.









Saman 'Anwar menganggu isteri saya' ditarik balik

Posted: 03 Jul 2013 06:07 AM PDT

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik saman fitnah RM10 juta terhadap Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin.

Peguam Anwar, R.Sivarasa dan Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, yang mewakili Hamzah, berkata dalam satu kenyataan bersama hari ini bahawa saman itu diselesaikan secara baik berdasarkan terma-terma sulit antara kedua belah pihak.

"Kedua-dua pihak memutuskan bahawa meneruskan tindakan undang-undang adalah tidak perlu dan tidak produktif dan perlu diingat mengenai senario politik pada masa ini dan tanggungjawab politik semasa mereka.

Sivarasa berkata sepanjang pengetahuan plaintif, kenyataan yang dipertikaikan telah tidak diulang dan kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak membangkitkan lagi perkara ini.

Anwar memfailkan saman itu terhadap Hamzah pada 22 Ogos, 2008, yang pada ketika itu merupakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, mendakwa dia mengeluarkan perkataan fitnah mengenainya yang disiarkan dalam satu artikel bertajuk "Anwar Mengganggu Isteri Saya" dalam akhbar harian berbahasa Cina, Kwong Wah Jit Poh bertarikh 19 Ogos, 2008.

Saman itu ditetapkan untuk pendengaran hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Rosilah Yop. - Bernama

Cikgu Mary Yap bantai Tian Chua macam budak sekolah dalam dewan

Posted: 03 Jul 2013 05:01 AM PDT

KUALA LUMPUR – Perwatakan pengetua yang sering dikaitkan dengan ketegasan masih menebal dalam diri Timbalan Menteri Pendidikan Mary Yap Kain Ching dan pada Rabu beberapa anggota Parlimen merasainya apabila mereka cuba mempertikai jawapan beliau berkaitan isu-isu pendidikan.

Bekas pengetua sekolah itu yang menjawab dua soalan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada mulanya tenang ketika berusaha memberi jawapan terbaik kepada soalan-soalan yang dikemukakan, namun nadanya bertukar tegas apabila beberapa anggota Parlimen cuba mencelah ketika beliau sedang menjawab.

Keadaan itu tercetus apabila Tian Chua (PKR-Batu) bangkit mencelah ucapan Yap dengan mendakwa jawapan timbalan menteri itu kepada soalan Mohd Rafizi Ramli (PKR-Pandan) lari daripada soalan.

"Menteri ditanya jumlah mengikut kaum yang diambil tetapi jawapan diberi tentang program, itu bukan soalan yang ditanya oleh Pandan (Mohd Rafizi), menteri kena jawablah mengikut soalan yang ditanya," desak Tian Chua.

Desakan Tian Chua itu menyebabkan Yap dengan tegas menyelar anggota Parlimen pembangkang itu yang disifatkan tidak mendengar dengan baik jawapannya kepada Mohd Rafizi untuk memberi jawapan secara bertulis memandangkan ia merupakan soalan spesifik.

"Sekiranya Yang Berhormat ada mendengar dengan baik, saya sudah jawab bahawa jawapan saya akan disampaikan melalui tulisan, jadi tunggu," tegasnya yang mengundang reaksi 'menyokong' dari beberapa anggota Parlimen lain.

Mohd Rafizi sebelum itu meminta kementerian menyatakan jumlah guru pelbagai kaum yang diambil dalam sektor pendidikan setiap tahun dan komposisinya serta langkah yang diambil untuk meningkatkan penyertaan guru pelbagai kaum di sekolah-sekolah di negara ini.

Ketegasan Yap sekali lagi ditunjuk ketika menjawab soalan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) mengenai pencapaian Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Beliau yang merasa terganggu dengan celahan beberapa anggota Parlimen yang seolah-oleh tidak berminat mendengar penjelasannya bertindak berhenti menjawab dan duduk.

"Ini jawapan saya dengarlah, kalau Yang Berhormat tidak berminat untuk mendengar (penjelasan), saya tak perlulah jawab," katanya.

Tindakan Mary yang seolah-olah merajuk itu menyebabkan anggota Parlimen 'bising' dan menyifatkan beliau seorang timbalan menteri yang 'sukar' untuk berurusan. Keadaan itu menyebabkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mencelah :"Yang Berhormat, menteri yang menjawab ini bekas pengetua sekolah yang mempunyai pengalaman luas, jadi kalau belum pernah menjadi guru janganlah terlampau memanjangkan perkara ini".

Terdahulu ketika menjawab soalan Rafizi, Mary berkata Kementerian Pendidikan telah melaksanakan penjajaran pengambilan latihan perguruan di institut pengajian tinggi bagi menyesuaikan penawaran dan keperluan guru, bertujuan mengekang lebihan graduan pendidikan daripada berlarutan.

"Kementerian juga sedang menjalankan kajian unjuran keperluan dan dasar penempatan dan pertukaran guru dan kumpulan pelaksanaan melalui pihak perunding yang dilantik iaitu unit perundingan Universiti Malaya, kajian telah dijalankan mulai Februari 2013, mengambil tempoh masa 12 bulan," katanya.

Mohd Rafizi bertanya mengenai langkah untuk memastikan siswa perguruan di Institut Pendidikan Guru dan institusi pengajian tinggi tidak menganggur apabila kerajaan tidak lagi menjamin mereka dilantik menjadi guru.

Menjawab soalan Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang) mengenai Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris, Yap berkata anggaran jumlah kos projek itu sejak dilaksanakan pada 2003 ialah RM6 bilion.

Kos itu meliputi penyediaan peralatan, latihan guru dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP), katanya.

Menjawab soalan Idris mengenai bayaran BISP, Yap berkata guru-guru yang masih mengajar mata pelajaran matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris masih layak menerima bayaran insentif itu.

"PPSMI sedang dalam proses 'soft landing' di mana sekiranya ada guru-guru atas permintaan ibu bapa untuk terus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris maknanya mereka boleh teruskan dan menjelang 2020, mereka ini akan merupakan kumpulan terakhir yang mengikuti PPSMI," katanya.

Mengenai alat-alat bantuan mengajar yang diberikan kepada sekolah untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran PPSMI, termasuk komputer riba dan projektor, Yap berkata kemudahan itu kini digunakan dalam pembelajaran subjek lain. – BERNAMA

Gerakan mesti 'izinkan' UMNO terajui BN P. Pinang

Posted: 03 Jul 2013 02:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Adalah menjadi kewajaran dan keperluan untuk Gerakan bagi menyerahkan jawatan nombor satu Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang kepada Umno , kata Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Ini kerana katanya, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu menyaksikan parti itu dan MCA langsung gagal menarik pengundi kaum Cina dan Pulau Mutiara itu kekal di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Dalam temubual bersama Antarapos, Reezal Merican yang juga adalah Ketua Penerangan Pemuda Umno secara terbuka meminta Gerakan dan MCA berdepan dengan realiti bahawa komponen BN itu ditolak pengundi Cina.

"Itu adalah realiti kerana parti komponen BN iaitu MCA dan Gerakan gagal untuk menarik sokongan kepada mereka dan membolehkan mereka untuk menang dengan kerusi yang ditandingi," katanya.

Jelas Reezal Merican, Umno kekal dengan rentak kemenangannya dalam perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang membolehkan parti itu menang 10 kerusi daripada 15 kerusi yang ditandingi.

"...sedangkan Umno masih mengekalkan rentak, dahulu (2008) Umno mendapat 11 kerusi dan hari ini Umno memperoleh 10 kerusi daripada 15 kerusi ditandingi bererti hampir 60 peratus lebih Umno berjaya mendapat semula kerusi ditandingi.

"Tapi malangnya kerusi ditandingi parti komponen gagal, ia juga memperlihatkan bahawa terdapat kecenderungan kaum masyarakat Cina yang menolak parti komponen yang mewakili kaum mereka," katanya yang mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas.

Pada PRU13, 5 Mei lalu, Pakatan Rakyat mengekalkan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan mendapat kemenangan majoriti dua pertiga dalam DUN.

Gerakan dan MCA yang mewakili kaum Cina mengalami prestasi buruk dalam pilihan raya umum sejak dua penggal lalu.

Reezal Merican berkata, penolakan pengundi Cina terhadap BN telah berlaku sejak 2008 lagi apabila kaum itu enggan memberikan undi kepada Gerakan dan MCA.

"Sebab itu saya pada satu saat dahulu pernah mengutarakan cadangan atas semangat konsensus dan pemahaman yang sama di mana dahulunya BN (Pulau Pinang) diterajui oleh Gerakan...malahan dua kali Gerakan menerajui negeri dan dua kali kita gagal selepas pasca pilihan raya umum 2008.

"...dan sebagai rakan rapat kepada Gerakan kita tak sanggup melihat Gerakan diaibkan dan dimalukan oleh masyarakat Cina yang menolak mereka," katanya.

Justeru wakil rakyat penggal pertama ini berkata perubahan di peringkat BN negeri perlu dilakukan dan Umno mampu memainkan tanggungjawab tersebut.

"Maka kita lihat mungkin ada kewajaran untuk diberi ruang agar Umno memimpin kepimpinan BN negeri sebagai satu konsensus bukan rampasan yang memungkinkan barangkali BN dapat diperbaharui, dijenamakan semula dan tampil dengan pendekatan-pendekatan baru.

"Jadi setelah dua penggal (Gerakan) gagal, saya merasakan mungkin ada kewajaran kita melihat untuk kepimpinan BN berubah dalam kerangka pemahaman yang padu dan jitu, bukan dalam erti kata merampas kerana kita memerlukan sokongan dan dokongan MCA dan Gerakan sebab kedua-duanya rakan akrab kita.

"...kedua-duanya juga menyumbangkan kepada kemenangan di kalangan pemimpin dan wakl rakyat Umno. Sebab itu saya fikir di samping kita menerima realiti terdapat penolakan yang agak besar dalam kalangan pengundi Cina terhadap parti komponen maka kita juga melihat bahawa ada ruang BN boleh berubah dari segi pendekatannya bagi memungkinkan rakyat menaruh keyakinan semula bagi menyokong BN," katanya.

Miliki akaun luar negara, ini jawapan Anwar...

Posted: 03 Jul 2013 01:01 AM PDT

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui tidak ada laporan mengenai dirinya dalam laman Wikileaks seperti yang didakwa ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng.

"Tidak ada rujukan itu sama sekali dalam Wikileaks. Saya merujuk kepada Wikileaks tetapi tidak ada, apakah kita nak berikan pengesahan kalau tidak ada.

"Simpang Renggam harus ingat tiada disebut (pendedahan ini) dalam Wikileaks," katanya pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Anwar meminta Teck Meng bangun untuk memberi respons tetapi tiada jawapan balas.

Katanya, keadaan itu memaksa Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat keputusan supaya Dewan Rakyat memberi peluang kepada Teck Meng untuk menjelaskan mengenai pendedahannya.

"Simpang Renggam tak ada (dalam Dewan Rakyat), kalau beliau masih dengan pendiriannya, Yang Berhormat ada hak untuk buat usul (rujuk Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ahli Parlimen).

"Ini jadi pengajaran kepada semua, kalau terlajak kata, susah," katanya.

Sementara itu, ketika ditemui di Lobi Parlimen, Anwar berkata, laporan itu mungkin dimulakan oleh blogger-blogger Umno, dan ahli Parlimen Simpang Renggam mengambil maklumat tersebut.

"Membaca teks Umno dan edarkan. Kita semak tidak ada, ini menunjukkan bukti yang luput dan pegang terpaksa disiarkan Umno dan diedarkan. Tidak ada asas sama sekali," katanya.

"Dia kata Wikileaks tetapi bila disemak (mungkin) dia ambil daripada blog Umno, " katanya.

Semalam, Teck Meng dalam Dewan Rakyat mendakwa Anwar mempunyai 20 akaun di bank-bank di Israel, Amerika Syarikat, Singapura dan China dengan jumlah mencecah RM209 juta (USD66 juta).

Teck Meng berkata, setiap akaun mempunyai maklumat terperinci termasuk nama pemegang, jawatan, nombor pasport, jenis, nombor, tarikh akaun dibuka dan tarikh matang.

Tangan cedera berbalut tidak halang Alvin dan Vivian hasilkan video lucah terbaru!

Posted: 03 Jul 2013 12:17 AM PDT

PASANGAN Alvin dan Vivian tidak perlu diperkenalkan lagi.

Mereka mencetuskan kegemparan apabila menghasilkan video lucah dan menerbitkan banyak klip-klip pendek yang membincangkan topik mengenai seks secara terbuka.

Vivian sendiri pernah dikecam kerana bergambar dengan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah serta 'membaluti' tubuhnya dengan bendera Barisan Nasional tak lama dulu.

Baru-baru ini Vivian cedera parah dibahagian tangannya kerana disamun dan ditetak seorang lelaki yang tidak dikenali berhampiran rumahnya di pinggir Kuala Lumpur.
Walaupun baru saja keluar dari wad disebabkan kecederaan yang dialaminya, ia tidak menghalang Vivian dan kekasih kesayangannya itu meneruskan 'hobi' mereka merakamkan adegan seks untuk tontonan ramai.

Terbaru, dengan tangan yang masih berbalut, Vivian dan Alvin kembali dengan 'hasil karya' terbaru mereka!

Nampaknya walau diserang dan disamun, ia tidak pernah 'menghalang' atau lebih tepat lagi, memberi pengajaran kepada mereka agar tidak terus melakukan perbuatan mengaibkan sebegitu.

Anda nilai dan tafsirlah sendiri…. – Mynewshub.my

Diperkosa setelah disamun RM500

Posted: 02 Jul 2013 10:01 PM PDT

Kuala Lumpur: Seorang wanita berusia 24 tahun terpaksa menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila dia diculik dua lelaki sebelum disamun sebanyak RM500, kelmarin.

Lebih malang, mangsa kemudian dibawa ke sebuah hotel murah di Batu Caves, di sini, sebelum dirogol seorang daripada suspek dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu.

Menurut sumber, mangsa diculik dua lelaki berusia lewat 20-an itu ketika sedang menunggu bas di Taman Wahyu, di sini, untuk pulang ke rumahnya selepas bekerja.

Beliau berkata, mangsa yang sedang menunggu bas sendirian mendakwa didatangi dua lelaki menaiki sebuah kereta berwarna gelap.

"Seorang daripada suspek menghampirinya sebelum mengarahkan mangsa masuk ke dalam kereta berkenaan. Keengganan mangsa menyebabkan suspek mengugut untuk membunuhnya.

"Bimbang dengan ugutan itu, mangsa akur dan masuk ke dalam kereta itu. Suspek kemudian meletakkan parang di leher mangsa sebelum mengarahkannya menyerahkan wang tunai," katanya.

Sumber itu berkata, disebabkan mangsa tidak mempunyai wang tunai, dua penjenayah terbabit merampas kad mesin pengeluaran automatik (ATM) milik mangsa sebelum melakukan pengeluaran sebanyak RM500 di sebuah bank berhampiran.

"Penderitaan mangsa berterusan apabila dia kemudian dibawa ke sebuah bilik hotel di Batu Caves. Di hotel itu, mangsa dipukul sebelum dirogol seorang daripada suspek," katanya.

Wayne Rooney ke Chelsea?

Posted: 02 Jul 2013 09:10 PM PDT

LONDON - David Moyes yang baru secara rasmi menjadi pengurus Manchester United kini berdepan keputusan pertama yang perlu dilakukannya sama ada menjual Wayne Rooney kepada Chelsea dengan yuran perpindahan 20 juta pound (RM96 juta).

Walaupun beberapa kelab turut berminat mendapatkan penyerang kebangsaan England berkenaan, difahamkan Rooney telah menarik perhatian Jose Mourinho, pengurus yang telah lama mengagumi dengan bakatnya di Stamford Bridge.

United sebelum ini pernah menyatakan pendiriannya untuk tidak mahu menjual Rooney kepada kelab Liga Perdana England lain tetapi tawaran besar yang dikemukakan oleh Roman Abramovich itu pasti membuatkan mereka berfikir dua kali.

Sebelum ini, Arsenal dan Paris St-Germain (PSG) juga dilaporkan sedang memantau perkembangan perjumpaan Moyes dan Rooney selepas memulakan sesi latihan pertama minggu ini.

Masa depannya di Old Trafford terumbang-ambing sejak berakhir musim lalu dengan Alex Ferguson turut menyatakan pemain berusia 27 tahun itu telah meminta untuk dilepaskan, namun dinafikan oleh Rooney.

Pelantikan Moyes mungkin meredakan suasana walaupun mereka berdua pernah berdepan masalah sesama sendiri sebelum ini semasa di Goodison Park. Minat yang ditunjukkan Chelsea itu pasti mencabar peluang United untuk mengekalkan Rooney.

Dua tahun lagi baki kontrak dengan bayaran 250,000 pound seminggu, masalah kewangan dan peribadi mungkin memaksa Moyes menjual Rooney dan jika mahu mengekalkannya, mereka terlepas peluang menambah kantung dana perpindahan di samping membayar gaji pemain itu yang pasti akan melonjak lebih tinggi selepas ini.

Dalam hal berlainan, Jack Wilshere bersedia menerima kehadiran Rooney jika pemain itu berminat ke Arsenal: ''Jika itu berlaku, sudah pasti ia cukup menakjubkan kerana dia adalah salah seorang pemain yang mampu menghadirkan trofi buat pasukan dan melihat namanya sahaja boleh memberikan ketakutan kepada lawan.''

Moyes yang hadir ke padang latihan Carrington telah menyenaraikan tiga rakan setugasnya di Goodison Park iaitu Stev Round selaku penolong pengurus, Chris Woods sebagai jurulatih penjaga gol dan Jimmy Lumsden.

''Saya telah bekerja dengan Steve, Chris dan Jimmy semenjak beberapa tahun dahulu, saya gembira mereka sudi datang ke sini kerana mahu mencari cabaran baharu.

''Mereka memberikan kualiti kepada pasukan dan saya masih yakin dengan daya kemampuan mereka, jadi kami berharap dapat membina kejayaan bersama dalam beberapa tahun ini," katanya. - Agensi

Hoki: Malaysia tempah ranjau bertemu Jerman

Posted: 02 Jul 2013 09:00 PM PDT

Faizal Saari (kiri) bersaing dengan pemain England, Richard Smith dalam saingan pusingan separuh akhir Liga Hoki Dunia di Johor Bahru, malam tadi. Malaysia tewas 1-2.
JOHOR BAHRU - Malaysia memilih laluan sukar pada saingan suku akhir pusingan separuh akhir Liga Hoki Dunia selepas tewas 1-2 kepada England di Stadium Taman Daya di sini, semalam.

Kekalahan itu menyebabkan Malaysia hanya mampu menamatkan saingan peringkat kumpulan di tangga ketiga dan akan menentang naib juara Kumpulan A, Jerman yang juga menduduki ranking No. 1 dunia dalam aksi suku akhir esok.

Malah, peluang Malaysia untuk melepasi saingan suku akhir juga bukan mudah kerana misi Jerman pada kejohanan tersebut adalah untuk memburu gelaran.

Ketua jurulatih kebangsaan, Paul Revington berkata, dia amat kecewa dengan prestasi yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya pada perlawanan menentang England.

"Terlalu banyak bermain dalam corak permainan serangan dan bertahan ketika menentang Afrika Selatan pada Ahad lepas sedikit menjejaskan kualiti permainan kami hari ini (semalam). Ini juga bukan standard permainan yang kami mahukan.

"Menentang Jerman pada suku akhir nanti kami perlu buang perasaan takut meskipun kami amat menghormati pasukan lawan," kata Revington kepada pemberita pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan di sini, semalam.

Pada perlawanan tersebut, England terlebih dahulu meraih jaringan pada minit ke-20 menerusi pukulan sudut penalti pemain Richard Smith.

Malaysia hanya mampu menyamakan kedudukan pada minit ke-28 menerusi pukulan sudut penalti penyerang Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil.

Bermula babak kedua menyaksikan lebih banyak serangan dalam kawasan D dilakukan oleh kedua-dua pasukan.

Bagaimanapun, jaringan hanya mampu diterjemahkan pada minit ke-57 yang menyaksikan England kembali mendahului jaringan menerusi gol padang Barry Middleton.

Malaysia terus berusaha memburu gol penyamaan menerusi serangan dari setiap sudut, namun gagal memperoleh jaringan sebelum terpaksa akur dengan kekalahan ke atas pasukan ranking keempat dunia England.

Sementara itu, keputusan lain dalam saingan Kumpulan B menyaksikan Pakistan meraih kemenangan 6-2 ke atas Afrika Selatan.

Kemenangan Pakistan itu membolehkan mereka menamatkan saingan peringkat Kumpulan B sebagai pendahulu.

Pada perlawanan suku akhir esok Pakistan dijadual menentang pasukan di kedudukan keempat Kumpulan A, Korea Selatan manakala Afrika Selatan akan bertemu juara Kumpulan A, Argentina.

Mahfuz pertikai kriteria pilih pengerusi Tabung Haji

Posted: 02 Jul 2013 08:30 PM PDT

KUALA LUMPUR: PAS mendesak kerajaan menjelaskan kriteria serta syarat-syarat yang ditetapkan untuk pemilihan seseorang bagi memegang jawatan pengerusi Tabung Haji.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar memberitahu pemberita di lobi Parlimen, perkara itu amat penting kerana Tabung Haji adalah tabung amanah yang dipertanggungjawabkan oleh penyimpan (orang Islam) untuk diuruskan dengan lebih baik.

"Kita tidak mahu isu yang dibangkitkan sebelum ini berkenaan Tabung Haji ini berulang kembali, amanah rakyat perlu ditunaikan bukannya mengkhianati," ujarnya.

Naib Presiden PAS itu turut mempertikai tindakan kerajaan seolah-olah menggunakan konsep 'tangkap muat' dalam mengisi jawatan-jawatan penting di dalam syarikat milik kerajaan (GLC).

Menurutnya, tindakan itu umpama 'balasan' kepada ahli Parlimen yang tidak dilantik sebagai timbalan menteri atau menteri bagi 'membantu' mereka menambah pendapatan.

"Saya tidak mempertikaikan lantikan dari kalangan ahli-ahli Parlimen tetapi yang penting adalah ketelusan serta syarat-syarat wajib bukannya sebagai balasan akibat tidak dilantik mengisi jawatan dalam Kabinet.

"Kebimbangan saya adalah apabila kita tidak membuat satu tapisan, sudah pasti hala tuju Tabung Haji itu masih lagi berada dalam keadaan yang samar.

"Kita perlu melihat bagaimana Tabung Haji dibentuk peringkat awal, susah payah mereka yang terlibat pada peringkat sekarang dan masa akan datang. Perkara ini bukannya boleh dipandang mudah, misi dan visi perlu jadi agenda utama," ujarnya.

Mahfuz menegaskan isu pemilihan pengerusi perlu diperjelaskan oleh kerajaan kerana kedudukan Tabung Haji bergantung kepada pengerusi yang dilantik.

"Kalau sekadar untuk mempengerusikan mesyuarat saya rasa baik pilih pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

"Ini bukan soal untuk mempengerusikan mesyuarat tetapi macam mana kita nak bawa Tabung Haji pada masa akan datang serta mengembalikan kegemilangannya," tambahnya.

Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim diumumkan sebagai pengerusi Lembaga Tabung Haji yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Tabung Haji dalam satu kenyataan memaklumkan pelantikan Abdul Azeez itu bagi menggantikan Tan Sri Abi Musa Asaari Mohamed Nor yang telah berkhidmat sejak Ogos 2007.

Anwar, stop seeking foreign help!

Posted: 02 Jul 2013 08:01 PM PDT

I understand that we have many problems in Malaysia. Issues concerning poverty, education, race and religion are rife but we have a government that puts its own political agenda ahead of everything else.

We have an ex-prime minister who thinks himself indispensable to the continued well-being of Umno and (wonders never cease!) the well being of our nation too!

The wife of our prime minister thinks herself to be the First Lady of Malaysia. And then there are those 'belum bersunat' ministers who think they are God's gift to us all.

We have still to go into corruption, bribery, a tainted judiciary, a civil service no longer professional or competent and without humility towards those they serve and the list goes on. But these are our problems.

If Malaysians overseas take it upon themselves to do what they can to better our country through whatever means at their disposal, they are at liberty to do so. Malaysia is still their country.

If our government chooses to discuss, negotiate and make agreements with foreign countries for economic or defense purposes, they are also at liberty to do so just as long as our sovereignty is protected.

What we do not want is for Malaysian political leaders, whether from BN or Pakatan, going to the US, Australia, Indonesia or to any foreign leader or government to seek help to advance their own political agenda.

It is a despicable act because the internal problems of our country should be resolved internally. It is not the concern of anybody else who do not call Malaysia home.

Malaysians must solve problem

I do not see Prime Minister Najib Tun Razak running to any foreign leader to ask for assistance to help win the 13th general election. This is not the case with Anwar Ibrahim.

Aisehman! Saya malu bila saya dengar Australia dan Indonesia telah di minta oleh Anwar untuk menolongnya di pilihan raya yang baru berlepas!

Why am I ashamed? Because if you have an ounce of grey matter, you will know what these countries will do.

Indonesian president Susilo Bambang Yudhoyono thanked Anwar for briefing him on the situation in Malaysia, and then told him very politely that he cannot and will not interfere in the internal affairs of another sovereign nation.

Australia's foreign minister, Bob Carr, will say Canberra was prepared to work with either the opposition parties or the ruling Barisan Nasional, but Australia will not interfere in the electoral process of a sovereign country.

It is our battle


Anwar, we know that the odds are against you. We face the same odds too! Nothing works in this country unless you grease it with money!

Our votes cannot put in the government we want in Putrajaya and day in and day out we are all kicked around like a football on the soccer field.

We endure a repressive and corrupt government that we want to crush. And this we have been failing to do for a good many years but we have not asked those who do not call Malaysia their home to help us.

There is still such a thing as pride and the belief within ourselves that sooner if not later, we will rid ourselves of this BN government by ourselves.

So please Anwar, leave America, Australia, Indonesia or even Israel and any other country out of the internal affairs of our country.

Think first before you go and do any more of those ridiculous stunts which only serves to make many of us fear what you will do if you are ever the Prime Minister of Malaysia.

CT Ali is a reformist who believes in Pakatan Rakyat's ideologies. He is a FMT columnist.


FMT

Wartawan diperkosa ketika buat liputan

Posted: 02 Jul 2013 07:05 PM PDT

Gambar hiasan
Kaherah: Seorang wartawan menjadi mangsa rogol beramai-ramai ketika rakyat Mesir turun ke jalan raya pada malam yang turut menyaksikan 44 serangan ganas lain ke atas wanita.

Lima lelaki dilaporkan menyerang wartawan kelahiran Belanda itu menyebabkan mangsa "cedera parah" dan perlu dibedah untuk menyelamatkannya.

Laporan lain menyatakan, selain wartawan berusia 22 tahun itu, seorang nenek dan kanak-kanak berusia tujuh tahun turut menjadi mangsa serangan seksual.

Seorang saksi kejadian berkata, mangsa dipercayai wartawan pelatih dan diserang ketika merakamkan gambar penunjuk perasaan di Kaherah.

Pengarang Timur Tengah BBC, Jeremy Bowen berkata: "Sedih melihat suasana revolusi di Dataran Tahrir kehilangan adab, manakala serangan seksual menjadi lazim.

"Tiada polis kelihatan di situ."

Berjuta-juta orang kini turun ke jalan raya di sekitar Dataran Tahrir untuk mendesak Presiden Mohamed Mursi berundur. Aktivis dari kumpulan Operasi Antiserangan Seksual merekodkan 44 kes insiden berlaku pada malam kelmarin saja.

Pertubuhan itu turut menggesa wanita menjauhi Dataran Tahrir sehingga keadaan kembali terkawal.

- Agensi

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 03 Jul 2013 03:15 PM PDT

KEPAL NASI KEPAL BERAS


TIADA PERTANDINGAN VP UTK SELAMATKAN HISHAMMUDDIN!! @KUNAN@ZAHID

Posted: 02 Jul 2013 07:50 PM PDT


Pemimpin UMNO hanya "insaf dan sedia berubah" dalam perkara tertentu secara berpilih-pilih. 

Mengharapkan pemimpin UMNO sedia berubah walaupun kepentingan diri sendiri terpaksa dikorbankan, samalah seperti kita mengharapkan Omar Ong berhenti secara sukarela dari memberi khidmat nasihat kepada DS Najib.

Yang sering diperingatkan supaya berani berubah pun hanya ahli akar umbi. Pemimpin tidak terikat dan tidak perlu berubah.

Ahli diperingatkan supaya insaf dan mementingkan masa depan parti.

Ahli juga dikehendaki bertindak matang dan setia kepada parti.

Ahli mesti memperjuangkan dan mendahului parti dalam segala hal.

Semua perkara ahli kena fikir dan semua perkara ahli mesti lakukan demi untuk kebaikan UMNO dan masa depan orang melayu di negara ini.

Pendek kata, tanggungjawab seseorang ahli UMNO lebih berat dari tanggungjawab seseorang yang bertaraf pemimpin. Lebih penting lagi, ahli perlu lebih memahami kehendak dan aspirasi para pemimpin UMNO daripada pemimpin perlu memahami aspirasi dan kehendak ahli di bawah.

Ini kedudukan UMNO zaman "transformational". 

Tanggungjawab ahli berat kerana harus memahami kenapa pertandingan peringkat tertinggi perlu dielakkan. 

Jika dulu pertandingan hanya perlu dielakkan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, hari ini ahli perlu fikir lebih ke depan supaya pertandingan bagi jawatan Naib Presiden pun perlu dielakkan.

Jika berlaku perpecahan akibat dari pertandingan, siapakah menjadi faktor penyumbang kepada perpecahan ini? Adakah ahli ataupun pemimpin itu sendiri?

Jika ahli telah membuktikan mereka boleh akur dan taat dengan saranan pemimpin atasan supaya jangan dipertandingkan jawatan tertinggi, sejak tahun 1990, kenapa ahli tidak boleh akur jika selepas pertandingan para pemimpin yang bertanding ini menyaran dan menasihatkan ahli UMNO merapatkan semula barisan?

Jawatan tertinggi tidak pernah dipertandingkan sejak kali terakhir ia dipertandingkan pada tahun 1987. Selepas 1987, tiap kali diambang pemilihan semua pemimpin akan menyarankan supaya jangan dipertandingkan jawatan tertinggi, dan setiap kali itu juga ahli tetap akur dan taat dengan saranan pemimpin.

Tetapi, walaupun tidak pernah lagi berlaku pertandingan peringkat tertinggi, kenapa UMNO sekarang jauh lebih lemah dari UMNO yang diwarnai dengan pertandingan? Kenapa UMNO tetap juga mengalami pasang-surut sokongan rakyat, kadang-kadang kuat dan ada kalanya lemah, walaupun pertandingan peringkat tertinggi sentiasa berjaya dapat dielakkan dari berlaku?

Jelas sekali "kemungkinan berlakunya perpecahan akibat dari pertandingan jawatan tertinggi" hanyalah ayat yang digunakan untuk menjaga kepentingan pemimpin semata-mata. Hakikatnya ia tidak kena-mengena langsung dengan kepentingan ahli UMNO dan rakyat seluruhnya.

"Kemungkinan berlaku perpecahan akibat dari pertandingan jawatan tertinggi" adalah bahasa moden yang digunakan bagi menggantikan bahasa kuno Hang Tuah, tetapi tetap membayangkan maksud yang sama, iaitu ahli UMNO harus taat dan setia kepada pemimpin walau dalam apa keadaan sekali pun, jika mahu melayu terus selamat dan tidak hilang di dunia.

Ahli mesti memahami dengan mendalam masalah yang dihadapi oleh para penjawat 5 jawatan tertinggi ini.

DS Zahid Hamidi tiada masalah untuk terpilih semula. Tan Sri Muhyiddin Yassin juga tiada masalah untuk kekal dikedudukannya jika berlaku pertandingan. Malah DS Najib juga tiada masalah untuk diberi semula peluang ke dua oleh para perwakilan untuk membuktikan bahawa darah yang mengalir di dalam tubuh beliau masih kental darah keturunan Allahyarham Tun Razak.

Yang dilihat bermasalah besar untuk mengekalkan jawatan dan dipilih semula oleh perwakilan adalah DS Hishamuddin Tun Hussein dan DS Shafie Afdal.

Apakah 3.5 juta ahli UMNO perlu berkorban perasaan dan akur supaya dielakkan pertandingan di peringkat Naib Presiden hanya semata-mata demi untuk menyelamatkan kedudukan DS Hishamuddin Tun Hussein seorang?

Apakah 145 ribu perwakilan UMNO cawangan ke mesyuarat bahagian harus bersedia untuk mengorbankan kepentingan masa depan UMNO dipandangan mata rakyat dan orang melayu seluruhnya dengan bertindak mengelakkan berlaku pertandingan semata-mata mahu memastikan agar DS Hishamuddin tidak tersingkir dari kerusi Naib Presiden?

Adakah ahli UMNO mahukan "ikon" yang menjadi daya penarik sokongan rakyat untuk diletakkan di kedudukan-kedudukan penting hairaki parti, atau mahu mengekalkan "ikon" yang telah menyebabkan UMNO telah dipandang sebelah mata oleh rakyat pelbagai kaum, khususnya saluran 4 & 5?

Saya berkeyakinan penuh bahawa Allahyarham Dato Onn menubuhkan UMNO semata-mata demi untuk memastikan kedudukan umat melayu di tanah air ini terus didaulatkan. 

Saya juga berkeyakinan penuh beliau tidak pernah sekelumit pun memikirkan untuk menubuhkan UMNO semata-mata bagi memastikan keturunan beliau "wajib mewarisi kepimpinan UMNO" walau selemah mana pun kepimpinan yang dimiliki oleh cucunya yang seorang ini.

Jika Anwar sudah dinasihatkan, "kalau dah peliwat tu peliwat jugak, kalau dah kalah tu kalah lah".

Nasihat untuk DS Hishamuddin macam mana pulak ya....

THE FLYING KICK

Posted: 03 Jul 2013 01:28 PM PDT

THE FLYING KICK


MAMPUS LER NIK ABDUH LEPAS NIH... LEPAS BERAHIM ALI TERPAKSA JADI PEMANDU TEKSI, ANWAR PULA MAHU DIPUPUSKAN!!!

Posted: 03 Jul 2013 08:45 AM PDT

NAK PERDAMAIAN NASIONAL? BAGI PENGHARGAAN DAN PENGHORMATAN TERTINGGI KEPADA NIK AZIZ!!!

Posted: 03 Jul 2013 06:45 AM PDT

TENG CHANG KIM BERNIAT MALUKAN PAKATAN BILA AKUI, SELANGOR ADALAH DARUL JUDI!!!

Posted: 03 Jul 2013 05:34 AM PDT

JOM DEDAHKAN KEMALASAN PEGAWAI-PEGAWAI BAITULMAL YANG MENTEKEDAGHAH GAJI BUTA!!!

Posted: 03 Jul 2013 01:30 AM PDT

TANPA ORDINAN DARURAT, POLIS SEHARUSNYA HANYA MENJAGA RAKYAT MALAYSIA YANG MAHU UNDANG-UNDANG ITU DIWUJUDKAN SEMULA!!!

Posted: 03 Jul 2013 12:30 AM PDT

DAP TAK RASUAH DAN SULTAN-SULTAN JANGAN RASA INI NEGARA INI KEPALA BAPAK DEPA PUNYA!!!

Posted: 02 Jul 2013 11:00 PM PDT

RAHSIA BESAR APA SEHINGGA PERLU DISEMBUNYIKAN AGAR TAK KACAU SIASATAN DALAM KES SERANGAN LANUN DI LAHAD DATU?

Posted: 02 Jul 2013 09:29 PM PDT

KAHKAHKAH, GUAN ENG BERJAYA BUKTIKAN, MELAYU PENAKUT DAN BACUL!!!

Posted: 02 Jul 2013 07:42 PM PDT

ANWAR MENABUNG BULUH DARI KECIL SEBELUM BUKA AKAUN DI ISRAEL, KATA PECACAI!!!

Posted: 02 Jul 2013 06:31 PM PDT

Duke of UMNO

Posted: 03 Jul 2013 01:28 PM PDT

Duke of UMNO


HOT..!!! CERITA 20,000 CINA MALAYSIA KERJA TANPA VISA DI LONDON..???!!! #ABCD

Posted: 03 Jul 2013 07:37 AM PDT

DS Najib sekarang ni ada di London dalam lawatan rasmi 3 hari. Dan semalam, beliau diberitahu Suruhanjaya Tinggi kita kat sana bahawa lebih kurang 20,000 rakyat Malaysia menyalahguna pas lawatan sosial kat UK...

20,000..??? Perghhhh...!!! Rama betul rakyat Malaysia kat UK... Mungkin depa tak bertumpu di London dan berselerak di seluruh UK... Siapa rakyat Malaysia yang suka salahguna pas lawatan sosial tu...?

Aku pernah ke luar negara dan meh sini aku cerita sikit apa yang berlaku pasal rakyat Malaysia kat negara luar...



Masa aku melawat oversea, aku banyak berjumpa dengan students dan kawan-kawan Melayu. Ada yang belajar dan ada yang mengajar. Ada jugak sorang tu dia dah kahwin dengan "minah saleh" dan jadi PR kat oversea...

Nak tahu apa yang depa cerita? Depa kata, dari jumlah 100% rakyat Malaysia kat oversea, boleh dikatakan hampir 80% mereka tu adalah dari kaum Cina. Depa kata, orang Cina Malaysia suka datang kerja kat oversea...

Sebagai contoh, rakyat Malaysia dibenarkan lepak kat UK selama 6 bulan tanpa memohon visa. Tapi hanya terhad untuk lawatan sosial saja la.. Kalau nak kerja, kena la apply visa...

Tapi, rakyat Malaysia (kebanyakkannya orang Cina laaa..) depa ke oversea untuk bekerja dalam tempoh lebih kurang 5 bulan kat sana. Lepas enjoy melaram kat tempat orang pada bulan ke-6, depa akan cabut balik Malaysia...

Ye laaa.. memang kerja di sana menawarkan gaji yang agak lumayan. Depa kira bayaran ikut jumlah jam. Selalunya lebih kurang 5 pound - 6 pound sterling sejam. Kalau depa kerja 8 jam sehari, depa boleh dapat antara 40 - 48 pound sterling sehari. Kalau convert duit kita, lebih kurang RM200 - RM250 sehari..!!! 

Cuba bayangkan kalau depa kerja overtime? Ada jugak yang kerja di 2 tempat dalam sehari. Depa belasah 16 jam sehari dan tiap-tiap hari depa kerja tanpa cuti sehari pun! Majikan depa suka la... kononnya rajin... padahal depa salahguna pas lawatan sosial!

Selalunya, orang Cina yang buat macam ni, depa dah ada kawan atau sedara yang depa boleh tumpang kat sana. Kalau takdak, payah sikit depa nak bergerak atau dapat kerja. Peliknya, ada yang duduk kat sana lebih dari setahun.. pendatang haram ke???

Itu la yang aku dengar dari kawan-kawan dan student kita kat sana. Kalau sorang dua yang cerita, mungkin aku cakap cerita depa tu hanya "hearsay". Tapi kalau dah semua cakap macam tu... apa kes bebbbb...??? 

Paling buat aku marah, masa PRU13 hari tu, depa ni la yang pakat ramai-ramai balik ke Malaysia semata-mata untuk undi DAP... Depa balik 2 hari saja. Rugi kalau depa cuti lama-lama, kata depa. Macam sial perangai depa, kan? 

Dah la memalukan Malaysia kat negara orang, lepas tu balik Malaysia nak gulingkan kuasa bumiputera... memang sial laaa....

EKSKLUSIF..!!! KERAJAAN BN KEDAH "ZALIM" PADA IHSB..???!!! @MukhrizMahathir @MukhrizOfficial

Posted: 03 Jul 2013 05:37 AM PDT

Ishhhh... kesian la kat depa ni... gaji depa berapa duit saja sebulannnnn...awat "zalim" sangat ni..???
Baru ni aku dengar ada beberapa boss dari Insaniah Holding yang mengamuk sakan mengatakan depa tak dapat gaji lebih kurang 2-3 bulan dah. Kononnya depa nak kata Kerajaan BN Kedah pimpinan Datuk Mukhriz ni zalim la kot tuuuuu...

Apa lagi... meroyan la puak-puak blogger PAS Kedah yang selama ni dok bertenggek kat "bilik gelap" kat Wisma Darulaman tuuuu... Macam-macam depa tohmah. Depa persoal dan suruh Mukhriz jawab isu IHSB tak dapat gaji ni...heh!

Kononnya kalau Mukhriz tak jawab depa nak buat demo? Heh! Meh sini aku bongkar sikit cerita pasal boss-boss IHSB yang tak dapat gaji tu... Pertamanya, cuba tengok jumlah gaji bulanan depa kat bawah ni... besar mana gaji depa untuk sebulan?


Tu dia gaji depaaa...!!! Mintak derma sikit boleh tak? Heh!
Dah puas beliakkan biji mata masing-masing? Aku nak bagitau... yang tu baru gaji pokok tauuuu... Heh! Ada sorang tu, dia pangku pulak jawatan CEO IHSB... tambah besar la gaji dia... Kalah gaji Mukhriz tauuuu..!!! Gaji MB pun tak besar lagu tu...heh!

Insaniah Holdings ni sebenarnya ditubuhkan PAS dulu. Kalau ikut plan asal, IHSB ni depa suruh cari pendapatan kat luar. Jadi tenaga pengajar ke... tawar perkhidmatan apa-apa ke kat luar sana. Tapi pasal tak reti buat marketing dan berdikari, depa cari makan kat KUIN sebagai tenaga pengajar...

Sebenarnya, KUIN dan Insaniah Holdings ni berbeza. Dulu, KUIN dapat peruntukan RM15 juta setahun. Tapi bila ditubuh IHSB dan KUIN dipaksa terima IHSB sebagai tenaga pengajar KUIN, maka KUIN terpaksa habiskan lebih separuh daru peruntukan tu untuk bayar gaji staff IHSB...

Maka sebab tu la KUIN tak lepas nak pusing gaji staff-staff dia dulu. Patutnya IHSB cari makan sendiri, tapi depa ni pemalas, depa makan pulak hak KUIN... ada ke patut? Dah la macam tu, gaji sorang-sorang tu besar nak mampoihhhhh..!!! 

Sapa nak gaji RM35,000 sebulan??? RM35,000 sebulan tu..!!! Kalau gaji korang RM2,000 sebulan, untuk setahun korang baru dapat RM24,000..!!! CEO Insan Medic tu hanya perlukan sebulan gaji, dah cukup untuk dia makan setahun..!!!

Jadi, kalau dia tak dapat gaji 2-3 bulan tu, apa la sangat kan...? Yang dia dok makan hak staff KUIN bertahun-tahun dulu tu dia tak mau sebut pulakkk. Tu dia la manusia ni... tak reti bersyukur betoi laaa....

Depa ni semua sebenarnya dilantik secara kontrak. Kebanyakkannya tu semua kroni-kroni Jamil. Lepas Jami masukkan depa kat situ, depa angkut pulak anak bini depa masuk kerja kat IHSB dan bayar gaji yang besar-besar belaka... baguih tak perangai lagu tu?

Maka sebab tu la IHSB tak pernah bentang penyata kewangan depa dalam sidang DUN lima tahun lepas. Kalau suruh bentang saja, Jamil lari dan bagi macam-macam helah... mujoq dia tak bagi alasan kucing dia nak nikah kat Siam... heh!

So nak bongkar lagi ke? Heh... ada lagi ni... banyak ni... Aku tunggu lagi depa bersuara. Kalau bunyi lagi baru la kita dedah... Ramai lagi kakitangan yang sayang kat KUIN tu. Depa anytime boleh emel kat kami...kan? kan? kan? Heh! 

P/s: ada banyak lagi nihhhhh...!

PEDAS..!!! @MAHFUZOMAR PERLU LULUS SRP KALAU NAK JADI PENGERUSI TABUNG HAJI..!!!

Posted: 03 Jul 2013 03:37 AM PDT


Aku dengar Mahfuz "Bean" Omar marah sakan bila dapat tahu Datuk Azeez Rahim dilantik jadi Chairman Tabung Haji. Melompat sakan dia... Dia pertikai dan desak kerajaan ceritakan kriteria untuk jadi Pengerusi Tabung Haji...

Dia tanya kriteria nak jadi Pengerusi Tabung Haji? Awat? Jeles ka..? Kalau nak tau kriteria yang perlu ada pada Pengerusi Tabung Haji, meh sini aku nak cerita sikit kat Mahfuz "Bean" ni...


Bro...

Untuk jadi seorang Pengerusi Tabung Haji, individu tu MESTI LULUS SRP. Kalau tak lulus, tak layak jadi Chairman la bro.. bukan setakat tak layak jadi pengerusi, nak jadi Pesuruhjaya PAS Negeri pun tak layak bro... tak caya tanya Phahrolrazi... heh!

Untuk jadi Pengerusi Tabung Haji, individu tu mesti bukan dari parti pembangkang. Kalau bro Mahfuz nak jadi Chairman Tabung Haji, kena la masuk UMNO dulu.. Tapi tak payah la masuk UMNO. Sebab kalau masuk UMNO pun, bro tak layak jugak pasal tak cukup kriteria kat atas tu...

Jadi bila dah "fail" dua kriteria tu, rasanya tak payah la aku terangkan kriteria yang seterusnya. Buang masa aku saja. Kalau aku terangkan pun, bukannya Mahfuz nak faham pun... maklum la kan... faham-faham je la IQ si Mahfuz tuuuu...

PANASSS..!!! RED BEAN ARMY AKAN DIHERET KE LOKAP ONE BY ONE..!!!??? #ABCD

Posted: 03 Jul 2013 01:37 AM PDT

Oooo.. ni la kacang-kacang "hantu" merah tu yaaa.. siap la korang...!!! Mana mau lariii..???
Aku yakin askar-askar Kacang Merah upahan DAP sedang berada di dalam keadaan gelisah dan tidak tenteram hidup depa. Tidur tak lena, mandi tak basah, makan pun tak kenyang. Serba tak kena dan menggigil ketakutan...

Kenapa? Sebab lebih 130 NGO terbesar dan berdaftar (bukan NGO haram tauuu..) telah menggesa supaya komrad-komrad Kacang "hantu" Merah tu disiasat oleh sebuah Suruhanjaya DiRaja. Tu diaaa... 

Hebat sangat ke Kacang Merah ni sampai kena tubuh Suruhanjaya DiRaja untuk siasat depa? 



Pada aku, orang Melayu takkan kata depa ni hebat. Sebabnya, Kacang Merah ni hanya berkesan mempengaruhi kaum bukan Melayu saja kat Malaysia, khususnya kaum Cina. Depa banyak beroperasi gunakan tulisan Cina dan Inggeris saja, sikit sangat pakai Bahasa Melayu.. 

Ye laaa.. puak-puak "Kaomintang" Kacang Merah tu hanya tau bahasa Cina dan English saja. Bahasa Melayu ni depa kurang sikit... sama la macam boss depa, cakap Melayu pun gagap dan lintang pukang!

Nak tahu kenapa puak Kacang Merah ni bahaya? Sebab depa ni la yang bertanggungjawab menyemai perasaan RACIST yang sangat tinggi pada kaum Cina kat negara kita ni. 

Antara propaganda depa, depa betul-betul meyakinkan kaum Cina bahawa depa akan berjaya memerintah Malaysia lepas PRU13! Sebab tu ramai orang Cina yang dok kat oversea balik ke Malaysia semata-mata untuk mengundi..! 

Depa confident dan terpengaruh dengan propaganda Red Bean Army tu. Kacang Merah rayu depa balik untuk undi DAP dan Pakatan Haram. Depa yakinkan bahawa depa akan dapat kesamarataan hak dan Melayu tidak akan ada apa-apa keistimewaan lagi bila DAP perintah...

Lepas tu, Kacang Merah ni sebar pulak propaganda memfitnah Kerajaan BN. Kononnya korup, rasuah, seleweng, jahat, zalim dan "rasis". Padahal, semua sifat dan ciri-ciri tu begitu tebal ada pada DAP, PKR dan PAS.. orang Cina kat oversea tu mana tau apa.. kena tipu la depaaa...

Bila jadi politik rasis macam tu, maka Kacang Merah dah rosakkan keharmonian kaum kat Malaysia ni. Sedangkan, keharmonian kaum tu sangat penting bagi sebuah negara majmuk macam negara kita ni. Bila timbul soal rasis, maka mula timbul prejudis.. lepas tu bergaduh antara kaum.. bahaya, kan?

Sebenarnya, orang Melayu tak takut bergaduh. Cuma, orang Melayu ni lebih suka hidup aman damai dan sama-sama majukan Malaysia. Tapi kalau dah melampau kurang ajarnya, try la cari pasal dengan kami. Lepas tu mungkin depa akan kenal siapa Melayu sebenarnya...kan?

So, aku pesan kat puak Kacang Merah tu supaya bersiap sedia. Korang akan disumbat dalam lokap pada bila-bila masa saja dari sekarang. Nak marah? Marah la... aku peduli apa? Korang berani buat hal, korang terima la akibatnya... kan? kan? kan? Heh!

EKSKLUSIF..!!! PAS SOKONG PROKSI US DI MESIR..!!!?

Posted: 02 Jul 2013 11:37 PM PDT


Sebenarnya aku malu nak tulis pasal pergolakan dalaman yang semakin serius di negara Islam, Mesir. Ye laaa.. aku malu bila ada negara saudara seagama kita di sana huru-hara dan berpecah-belah, khususnya pasal politik...

Tapi aku kena tulis jugak kali ini. Bukan apa, aku nak share sikit pasal "rahsia" yang mengejutkan aku pada Kerajaan Mesir yang sekarang ni dipimpin oleh Presiden Mohamamad Morshi...

Menurut fakta...



Kerajaan Mesir terima sebanyak USD71.6 bilion sejak tahun 1948 hingga tahun 2011. Pada tahun 2011 saja, Kerajaan Mesir terima dana "bantuan" sebanyak USD1.6 bilion. Dari siapa Morshi dapat? Dari US..!!!

Dengan jumlah tu, Mesir adalah negara kedua terbanyak terima dana dari US selepas Israel laknatullah. Itu faktanya...

Paling mengejutkan aku, Morshi ni adalah salah seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin yang disokong kuat PAS dan Anwar Berahim sebelum ni. Morshi naik jadi Presiden lepas kerajaan lama Mesir digulingkan rakyat dalam suasana huru-hara dan mengorban ratusan nyawa rakyat...

Kononnya, bila Morshi dari Ikhwanul Muslimin naik jadi Presiden, Mesir akan aman dan maju. Tiba-tiba pulak sekarang ni rakyat Mesir marah kat dia. Bukan 10 orang yang marah, malah lebih 500,000 rakyat berdemonstrasi ganas suruh Morshi letak jawatan...

Sampai sekarang, Morshi masih lagi Presiden Mesir dan belum letak jawatan. Sementara itu, PAS pula baru-baru ni memberikan sokongan moral pada penerima dana US tu...heh! Pelik! PAS sokong pemimpin pilihan US? 
Tiba-tiba pulak PAS sokong penerima dana kedua terbanyak dari US nihhh..??? Pelikkk...
Aku ingatkan PAS ni anti-US. Rupanya depa sekarang ni dah tukar...dah jadi pro-US pulakkkk.. Heiiii... Macam-macam la PAS ni lepas join Pakatan Haram...

MEMANG KELAKAR GILA, TERBAIK DARI MYNEWSHUB..!!! KAH..! KAHH..! KAHHH..!!!

Posted: 02 Jul 2013 09:37 PM PDT

Kah..! Kahhh..!!! Kahhhhh..!!! Terbaik la brooo... Kah! Kahhh!! Kahhhh..!!!
Aku ketawa guling-guling bila tengok video viral dari Mynewshub ni.. Serius lawak brooo..!!! Bermula dari episod "S**n" Selamat dan Mak Dara, sampai la ke cerita Ostat Azhar Idrus yang terlebih poyo tu... Muahahahaaaa...

Memang terbaik brooo..!!! Aku rasa, anjakan paradigma Mynewshub sekarang ni lebih "viral" dari Melodi punya terjah.... Kalau "abang rambut ketak" glemer kat Melodi... apa kurangnya "abang" kita kat Mynewshub tu... kah! kah! kah..!!!

Aku tak tahu dari mana depa dapat idea. Tapi memang terbaik dari ladang! Keep it up bro.. Excellenteeee....!!! Cer tengok video kat bawah ni... pecah panggung weiiii..!!!




PERISTIWA YANG BETUL-BETUL MEMALUKAN PAS..!

Posted: 02 Jul 2013 07:37 PM PDT

dap ganti pas

Agak menarik mendengar perkhabaran dari Dewan Undangan Negeri Melaka apabila seorang ADUN pembangkang, Mohamad Khalid Kassim, mengejutkan ramai pihak apabila menyokong perlantikan Datuk Othman Mohamad sebagai Speaker Dewan tersebut semalam.

Mohamad Khalid yang merupakan ADUN dari parti PAS bagi DUN Bukit Baru, selamba mengangkat tangan tanda menyokong perlantikan Othman meskipun enam ADUN DAP hanya mengambil sikap berkecuali tanpa tidak bersetuju dengan perlantikan itu.

Namun, dilaporkan bahawa ketika pengundian bagi Timbalan Speaker DUN itu dijalankan, ADUN-ADUN DAP telah menuding jari ke arah Mohamad Khalid, seolah-olah memberi amaran pada ADUN PAS itu untuk mengikut pendirian mereka yang berkecuali.


Lebih mengusik perasaan, Mohamad Khalid dilihat seolah-olah bagai "lembu dicucuk hidung", patuh mengikut arahan sebagaimana yang dikehendaki oleh ADUN DAP tersebut!

Saya membayangkan bahawa sekiranya saya berada di dalam Dewan itu, sudah tentu saya tak boleh menahan ketawa. Mungkin saya akan cepat-cepat keluar dari Dewan dan melepaskan ketawa sekuat-kuatnya di luar…

Pada saya, dari insiden itu jelaslah menunjukkan bahawa parti-parti di dalam Pakatan Haram sebenarnya "tidak sebulu" dan tidak mempunyai persefahaman yang baik sebagaimana BN serta parti-parti komponennya.

Sepatutnya, ADUN-ADUN yang mewakili Pakatan Haram sudah berpakat awal sebelum majlis angkat sumpah. Mungkin Mohamad Khalid masih baru, maka ADUN-ADUN senior pembangkang patutnya memberitahunya lebih awal, bukan?

Apakah Mohamad Khalid dari PAS itu dipulau oleh puak-puak DAP di Melaka?

Dan selalunya, ADUN-ADUN dari parti pembangkang tidak akan sesekali menyokong Speaker Dewan yang dicadangkan oleh Kerajaan BN. Biasalah. ADUN-ADUN pembangkang memang tak pernah matang pun dalam soal pemilihan Speaker Dewan. Yang layak pun mereka anggap tak layak…

Selain itu, insiden melucukan itu juga merupakan bukti jelas betapa DAP menguasai Pakatan Haram, khususnya PAS. Mohamad Khalid bagaikan "lembu" saja yang mengikut saja arahan dar ADUN-ADUN DAP itu, bukan?

Bila tidak diberi amaran, dia angkat tangan sokong perlantikan Speaker. Tapi bila ADUN DAP tuding jari, dia seolah-olah tidak berani ingkar pada tanda arahan itu dan takut untuk mengangkat tangannya sekali lagi!

Pada saya, insiden itu benar-benar memalukan PAS. PAS selama ini mengatakan mereka bukan "keldai" atau "lembu" yang mudah diperkotak-katikkan. Tapi semalam, hanya dengan tanda isyarat jari saja, ADUN PAS terkebil-kebil patuh pada arahan ADUN DAP.

Apa ertinya tindakan Mohamad Khalid itu? Apakah itu tandanya PAS "menguasai" DAP? Tolonglah jangan buat saya ketawa lagi dengan jawapan bodoh yang kategori tidak masuk akal…

Kalau PAS benar-benar di bawah kawalan DAP atau PKR, mengaku sajalah. Tak baik berbohong. Malah hukumnya berdosa menurut Islam. Katakanlah yang benar meskipun ianya pahit untuk ditelan. Payah sangatkah PAS nak buat begitu?

PAS sudah hampir hancur sejak bergelumang dan berpeluk dengan "syaitan" yang bergelar DAP dan PKR. Dan saya yakin, sekiranya PAS tidak "bermufaraqah" dan membiarkan parti mereka terus hanyut begitu, maka berkemungkinan besar jangka hayat parti itu tidak panjang. Pendek umur!

Sumber: Mykmu.net

GAMBAR TERBARU STAF KUIN YANG BUAT PAS KEDAH MARAH PAGI-PAGI...

Posted: 02 Jul 2013 05:37 PM PDT


Gambar kat atas ni adalah gambar terbaru staf-staf KUIN...

Ingat tau... semua kat atas tu staf KUIN.. 

Bukan staf Insaniah Holding (IHSB) yang dok perabih duit rakyat tu...

Depa dah lega.. 

Depa bersyukur dengan nikmat Allah bila nasib depa terbela bila BN ambil alih Kedah semula...

Gaji depa pun dah takde problem...

Siap mampu buat kejohanan bowling lagi...

Tahniah la staf KUIN semua... kerja la elok-elok...

Yang penting, kerja cara Islam... bukan kerja macam Jamil and cronies tuuuuhhhh...heh!

JEBAT BERKOKOK

Posted: 03 Jul 2013 01:15 PM PDT

JEBAT BERKOKOK


Line telefon dan internet pejabat serta rumah PM sudah elok ke?

Posted: 03 Jul 2013 01:01 AM PDT

Boleh kira dengan jari berapa orang cinabeng yang beri undi.. entah-entah yang dalam gambar ni sorang pun tak undi BN!! 

Telefon dan internet salah satu medium untuk komunikasi dan penghantaran berita.

Rasanya PM juga menggunakan alatan yang sama untuk berkomunikasi.

Cuma eloklah kemudahan itu di pejabat dan rumah PM?

Soalannya, kalau elok mengapa PM sering tersalah membuat perhitungan di dalam beberapa perkara sehinggkan keputusan yang di buat tidak menyebelahi kita?

Contohnya pemilihan calon di dalam PRU yang lalu, ramai yang merungut kerana calon yang dinamakan standardnya lebih baik sedikit daripada belacan goreng.

Pelik bin ajaib. Rakyat marhaen dan blogger lorong hitam berbuih mulut dan lenguh jari memberi maklum kepada Perdana Menteri akan keinginan akar umbi berhubung wakil rakyat. Tapi yang belacan juga dipilih PM.

PM kena intai pegawai-pegawai beliau. Internet ada berita buruk baik. Jangan percaya sangat pada pegawai yang selalu nak menyampaikan yang baik sahaja. Yang buruk sudahnya menjadi ulat yang mereput hayat politik.

"Ah Jib Gor, puluhan ribu pengundi menyambut kehadiran Perdana Menteri, Perdana Menteri diraikan dalam majis scara besar-besaran". Wehh jalanlah dengan tajuk akhbar dan berita macam tu..Sudahnya kena mandi jugak. Satu undi pun tak dapat. Ditipu hidup hidup oleh cinabeng.

Tapi rasanya line internet dan phone di rumah dan pejabat PM masih belum elok. Cinabeng masih diberi muka. Dah berjangkit pulak kat Nazri Aziz.

p/s: Berilah gelaran Tan Sri dan Dato ramai-ramai pada cinabeng.!! Apa sangatlah yang Melayu tolong pada BN ni..Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi buat masa ini..sila cuba sebentar lagi..Kalau asyik rosak makanya makin teruklah dalam PRU 14 nanti.

Blogger Just Read mengamuk malam tadi

Posted: 02 Jul 2013 09:50 PM PDT


Hati panas ke bro?

Mengenali sahabat blogger Just Read beliau adalah seorang yang sangat cool. Tidak mudah melenting kerana isu isu kecil dan mungkin sahaja tidak boleh melenting lagi kerana faktor usia dan faktor fizikal.

Tetapi di dalam artikelnya awal pagi tadi, blogger Just Read a.k.a Bujai menggunakan perkataan 'Bloody Fool' sebagai tajuk artikelnya'. Marah benar bunyinya.


Kemarahan blogger Bujai adalah kepada Suaram yang mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan tidak perlu membuat rayuan di mahkamah berhubung keputusan kes Kugan dan menerima sahaja keputusan mahkamah tinggi? 

Kenapa Suaram tak minta sahaja Anwar dan kuncu-kuncunya menerima sahaja keputusan rakyat yang memberi mandat kepada BN untuk terus memerintah negara?

Kerajaan menggunakan saluran yang betul untuk merayu iaitu Mahkamah. Anwar dan kuncunya merayu di mana? Di stadium? Di Padang Merbok? Di Pintu pagar Parlimen?

p/s: Nak dapat awek pun kena merayu kadang-kadang!!

Cucu Tok Selampit

Posted: 03 Jul 2013 01:13 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Jawapan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Mengenai Pekeliling "Like" Di Facebook Beliau cc. TS Dr @AliHamsa55

Posted: 03 Jul 2013 02:29 AM PDT

Rentetan tersebar luas pekeliling yang menggunakan nama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia supaya posting-posting di Facebook beliau di "Like", Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dengan pantas menjawab persoalan berkenaan isu berkenaan di laman sosial Facebook beliau. Nampak gayanya isu tersebut adalah kes cubaan orang-orang bawahan membodek beliau. Nampak gayanya budaya bodek masih berleluasa di sektor-sektor awam. Hentikanlah.

Tiada ulasan:

Pengikut