Selasa, 23 Julai 2013

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Pelatih PLKN perlu nyatakan tarikh haid terakhir

Posted: 22 Jul 2013 11:44 PM PDT




Enam pelatih lahirkan bayi di kem PLKN sejak 2004

23 Julai 2013 - Kementerian Pertahanan hari ini mendedahkan, enam kes pelatih melahirkan bayi semasa menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sejak dilaksanakan pada 2004.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahman Bakri, berkata kementerian sedang mengkaji cadangan bagi mengadakan ujian kehamilan dan mengumpul maklum balas dari pelbagai agensi.

Ini kerana, beliau berkata pelatih perlu membuat perakuan termasuk ujian kehamilan dengan mengisi borang perakuan kesihatan.

"Tarikh haid terakhir perlu dinyatakan tetapi jika tidak pasti, pelatih akan dirujuk kepada pakar perubatan kerajaan.

Jenayah meningkat, talian 999 tak guna, rakyat kena tahu tel IPD

Posted: 22 Jul 2013 09:02 PM PDT





Seorang pakar dan aktivis keselamatan Captain K. Bala yang mempunyai pengalaman 20 tahun mengendalikan kursus keselamatan memberitahu bahawa kita semua perlu simpan nombor telefon Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah. Daripada telefon 999, dia suruh kita telefon terus IPD, kerana IPD akan mengarahkan terus unit peronda ke tempat kejadian. Kalau kita memandu dari Perlis sampai Johor, takkan nak ingat atau nak simpan semua nombor telefon IPD sepanjang perjalanan. Apa punya sistem 999 kat Malaysia ni, dah bertahun-tahun tak boleh setaraf sistem 911 Amerika Syarikat, salah PDRM atau salah syarikat yang dapat tender pasang sistem 999?

Violent crimes on the rise, say experts
Updated: Tuesday July 23, 2013 MYT 10:11:11 AM

The Star : As for safety activist and expert Captain K. Bala, violent crimes are a behavioural approach.

With almost two decades of experience in conducting safety courses, Bala's top personal safety tip is to know the number of your district police headquarters (IPD).

"Instead of calling the 999 hotline, contact the police directly as the IPD can summon patrol cars to the site of the report," he said.

Bila pula nak buat kaunter agih zakat pandu lalu?

Posted: 22 Jul 2013 08:07 PM PDT




Semakin mudah dan cepat proses kutipan zakat sekarang ini. Dengan kaunter bergeraknya, kaunter 7 hari seminggu, kaedah SMS dan terkini kaunter pandu lalu atau "drive thru". Bila pula nak buat kaunter agih zakat atau kaunter Baitul Mal yang pandu lalu atau melalui kaedah SMS?

Kemudahan kaunter zakat pandu lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
18 Julai 2013

PUTRAJAYA 17 Julai - Penduduk dan penjawat awam di sekitar Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini berpeluang membayar zakat fitrah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan lebih mudah dan cepat melalui konsep pandu lalu yang diperkenalkan oleh masjid tersebut.

"Pihak pengurusan masjid menyediakan satu kaunter bayaran zakat pandu lalu di laluan masuk ke masjid, bagaimanapun kami kebiasaannya akan menambah satu lagi kaunter pada hari-hari terakhir Ramadan ekoran permintaan mengalakkan.

Peserta ratu cantik persoal kenapa renang, gimnastik tak haram?

Posted: 22 Jul 2013 07:23 PM PDT


Logik juga kenyataan peserta ratu cantik Islam ni, kalau pertandingan ratu cantik difatwakan haram untuk wanita Islam menyertainya, kenapa pertandingan renang dan gimnastik tidak difatwakan haram tambahan pula disiarkan secara meluas dalam TV di Malaysia? Poning juga kepalo nak jawab ni !!!
   
***********

Dua Finalis Miss Malaysia Pertikai Keputusan Larang Sertai Ratu Cantik

Selain Wafa, seorang lagi finalis, Sara Amelia Bernard turut menyatakan perasaan terkejut serta berasa terkilan di atas penguguran namanya sebagai finalis daripada 20 peserta akhir yang telah disenarai pendekkan.

"Kami dibenarkan menyertai pertandingan ini selagi tidak mendedahkan mana-mana bahagian badan, sebaliknya yang ingin ditonjolkan adalah personaliti setiap finalis yang bertanding.

Sumber rujukan: Malay Mail

***********
Finalists outraged that local Muslim women face discrimination
July 22, 2013

Sara Amelia, who shares Wafa Johanna's sentiments, said she was totally shocked and disappointed at being dropped.

"If they are going to ban us from this, why don't they ban Muslim women who represent the country in gymnastics and swimming?" she asked.

Tiada ulasan:

Pengikut