Selasa, 11 Jun 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 11 Jun 2013 03:01 PM PDT

Ahli Parlimen BN yang tidak gembira bertemu selepas kemenangan PRU13 

[TMI] KUALA LUMPUR, 11 Jun — Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Parlimen dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu ahli Parlimen veteran Tengku Razaleigh Hamzah malam tadi bagi membincangkan kedudukan mereka kerana tidak mendapat apa-apa selepas kemenangan pertempuran sengit dalam Pilihan Raya 2013. 

The Malaysian Insider difahamkan, lebih kurang sedozen ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang tidak mahu menyeberang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi turut tidak gembira dengan Putrajaya kerana tidak diberikan apa-apa kepada mereka selepas menang. 

"Ahli Parlimen Malaysia Timur bertemu Ku Li di rumahnya untuk membincangkan langkah seterusnya kerana mereka tidak gembira dengan Putrajaya," kata sumber kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada nama samaran putera raja itu. 

Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen. 

BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen. 

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen. 

Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri. 

"Ahli Parlimen dari Malaysia Timur tidak mahu meninggalkan BN akan tetapi mahukan sesuatu dari kemenangan mereka. 

"Mereka bertemu Ku Li untuk melihat apa yang mereka boleh lakukan untuk meluahkan kekecewaan mereka," tambah sumber itu. 

Putera raja Kelantan itu mahu mencabar Najib untuk jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti lalu akan tetapi tidak mendapatkan pencalonan cukup untuk layak, di mana pemenangnya kebiasaannya menjadi perdana menteri dalam kerajaan BN. 

Beliau mewakili Gua Musang semenjak 1974 dan sudah beberapa kali cuba untuk mendapatkan jawatan perdana menteri tetapi tidak berjaya. 

Satu lagi sumber memberitahu ahli Parlimen Malaysia Timur adalah yang terbaruuntuk memberikan tekanan kepada Najib selepas beliau memenangi mandat pertama peribadi dengan kerusi kurang daripada pendahulunya Tun Abdullah Ahmad Badawi. 

"Najib sudah diberikan tekanan dalam Umno dan sekarang ini, selepas keputusan buruk dalam pilihan raya," tambah beliau. 

Umno memenangi 88 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013, meningkat sembilan berbanding 2008 akan tetapi beberapa veteran parti menyalahkan parti itu dan prestasi buruk BN kepada ahli strategi "bilik perang", dan membayangkan perdana menteri mungkin perlu ditunjukkan pintu keluar jika dia tidak membuang ahli strateginya kerana nasihat buruk mereka. 

"Ahli-ahli Parlimen ini tidak boleh melakukan banyak kecuali memanggil untuk undi tidak percaya. Menjadikannya sebagai agenda sudah satu kejayaan untuk menzahirkan kekecewaan mereka. 

"Atau mereka boleh biarkan ahli Umno semasa pemilihan parti akhir tahun menunjukkan kepada PM bagaimana mereka rasa," tambah sumber tersebut. 

Sumber itu juga memberitahu, ahli Parlimen BN yang bertemu Tengku Razaleigh tidak dijangkakan untuk menunjukkan perasaan mereka sehingga Parlimen bermula pada 24 Jun. 

"Apa pun, ini hanyalah lebih tekanan kepada Najib untuk memuaskan hati semua pihak dalam BN, "katanya.

PENYAPU SIAL

Posted: 11 Jun 2013 01:02 PM PDT

Amaran Speaker  haram Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia bahawa mana-mana ahli Parlimen yang memboikot upacara mengangkat sumpah pada 24 Jun depan akan terlucut jawatan adalah bertentangan dengan undang-undang dan Peraturan Dewan Rakyat

Peraturan 5(2) Peraturan-peraturan Mesyuarat menyatakan "mana-mana ahli Parlimen yang belum mengangkat sumpah boleh berjumpa sendrii di mejanya dan sumpah boleh dilakukan dihadapannya.

Peraturan 5(2) menjadikannya ianya mandatori untuk Setiausaha menerima sumpah berkenaan.

Speaker dan Barisan Nasional (BN) tiada kuasa menolak sumpah ahli Parlimen pembangkang..

Bagaimanapun, di fahamkan semua 38 anggota Parlimen  dari DAP tidak akan memboikot upacara mengangkat sumpah anggota Dewan Rakyat pada 24 Jun 2013 serta persidangan Parlimen.

Mereka akan  menggunakan proses perundangan untuk menuntut pembaharuan pilihan raya, khususnya mematuhi prinsip demokratik 'satu orang, satu -mengundi, satu nilai..

Namun begitu "memulaukan majlis angkat sumpah Ahli Parlimen tidak akan dilihat sebagai 'simbolik' atau langkah berani untuk membantah terhadap pilihan raya umum yang dicuri apabila PR boleh membuat perubahan yang lebih berkesan dengan membuat  perhimpunan bantahan aman seluruh negara.

Tindakan memboikot Dewan Rakyat tidak akan terjejas dengan hanya memboikot sebuah upacara angkat sumpah.

Peranan Speaker Dewan adalah menjalankan urusan parlimen dan tidak seharusnya campurtangan dalam hal politik. Ia adalah yang paling tidak patut bagi mana-mana Speaker dan beliau tidak mempunyai hak untuk memboikot mana-mana ahli Parlimen atau sengaja menyebabkan hilang kelayakan dengan  memboikot atau menolak untuk bersumpah.

Ahli Parlimen PR awal hari ini telah diberi amaran oleh Pandikar mereka akan digugurkan sebagai wakil rakyat sekiranya memboikot proses mengangkat sumpah pada 24 Jun ini.

"Kalau ahli Yang Berhormat tidak angkat sumpah, ikut Perlembagaan, selama enam bulan maka secara automatik gugur sebagai ahli Parlimen," katanya.

Jelas Pandikar Amin lagi, atas semangat demokrasi juga, speaker dan timbalan speaker berhak memboikot upacara mengangkat sumpah wakil rakyat PR.

"Tidak boleh angkat sumpah hari lain ... kecuali tidak datang atas sebab kesihatan yang tak boleh dielakkan," katanya.

"Apabila kita angkat sumpah baru kita jalankan fungsi sebagai wakil rakyat," katanya.

Sesi taklimat pertama ahli-ahli Parlimen hari ini menyaksikan kehadiran 111 anggota Parlimen yang dipilih pada Pilihan Raya 2013, dengan hanya seorang wakil pembangkang, ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa yang hadir, daripada 89 keseluruhan ahli Parlimen PR.

Amat mengejutkan  apabila Speaker yang belum di lantik kembali secara sah mengeluarkan kenyataan sedemikian terhadap ahli Parlimen PR yang telah dipilih rakyat.

Ancaman keterlaluan Pandikar ini mendedahkan peranan  berat sebelah secara terang-terangan terhadap Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan penghinaan terhadap pejabat yang didudukinya..

Ancaman Speaker yang "dilantik BN" itu juga selari dengan cara tidak demokratik dan diktator  Perdana Menteri i Najib Razak dan BN  untuk terus mentadbir negara ini.

penyapu sial

Ia adalah memalukan negara bila mana  Pandikar diajar tentang peraturan dewan rakyat  oleh MP baru. Pandikar harus membaca dan memahami peraturan Mesyuarat dan berhenti mengancam Ahli Parlimen pembangkang.

Jangan lupa Pandikar belum mengangkat sumpah di Parlimen, dan lagi, beliau bercakap seolah-olah dia sudah secara rasmi adalah Speaker Parlimen ke-13! Dan beliau mendakwa beliau mempunyai hak pada masa ini untuk membuat keputusan yang MP hilang kelayakan! Seperti mentaliti dunia ketiga dan jadi bahan ketawa rakyat Malaysia dan seluruh dunia!

Pandikar, adakah anda pasti anda akan menjadi Speaker apabila Parlimen bersidang selepas PRU13? Jika tidak, sila diam. dan tidak bertindak  sebagai ejen BN. Anda sepatutnya menjadi neutral mengenai perkara ini.

Nampaknya Pandikar Amin tergolong dalam keluarga yang sama seperti yang dilakukan oleh pengampu beberapa pegawai kanan kerajaan, hakim, pegawai polis dan boneka rejim yang tidak sah. Dia hanya mencari makan secara haram  untuk makan malam beliau beserta kontrak hadapan, pelantikan dan kehidupan yang mewah untuk kawan-kawan dan kaum kerabat beliau.

Tiada ulasan:

Pengikut