Jumaat, 17 Mei 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 17 May 2013 03:30 PM PDT

[SH] PARIT BUNTAR - Demi menanggung dua anak tidak sah taraf yang masih kecil dan memastikan bekalan dadah sentiasa mencukupi, seorang gadis terpaksa merelakan tubuhnya diratah oleh lelaki hidung belang saban hari.

Jika dilihat dari umur dan perwatakannya, nescaya sesiapapun tidak menyangka gadis ini sudah melahirkan dua anak tidak sah taraf hasil hubungan terlarang dengan lelaki yang melanggannya.

Amy (bukan nama sebenar), 21, berkata, sejak lahir dia sudah diserahkan kepada keluarga angkat miskin, dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan dan tidak mendapat pendidikan sempurna.

Menurutnya, kesempitan hidup keluarga angkatnya menyebabkan dia berhenti sekolah dan mencari pekerjaan pada usia 12 tahun.

"Bagaimanapun, faktor umur menyebabkan saya sukar mendapat pekerjaan sehinggalah saya terjebak dalam kancah maksiat dan sanggup menjual tubuh bagi mendapatkan sesuap nasi.

"Kegembiraan memperoleh wang haram tidak bertahan lama apabila saya melahirkan seorang anak luar nikah dan peristiwa itu tidak dapat diterima keluarga angkat yang sering memaki hamun saya sejak itu," katanya sewaktu ditemui media di sini.

Amy berkata, selepas habis berpantang, dia meneruskan kerja 'haram' itu seperti biasa dan mula ketagih dengan dadah jenis syabu sehinggalah anak pertamanya berusia setahun setengah.

Menurutnya, sikapnya yang semakin liar dan sering menjadikan rumahnya sebagai 'port' maksiat akhirnya menyebabkan keluarga angkatnya nekad meninggalkannya dengan membawa anaknya sekali.

"Sehingga sekarang langsung tiada khabar berita tentang keluarga angkat dan anak saya.

"Mereka sering kali menasihati saya supaya berhenti melakukan maksiat, tetapi saya berdegil kerana itu sahaja cara peroleh pendapatan lumayan dan bekalan syabu," katanya.

Amy berkata, dia mulanya rasa bersedih dengan tindakan keluarga angkat melarikan anaknya tanpa khabar berita.

Bagaimanapun, perkara itu semakin dilupakan saban hari dan ketiadaan mereka seakan-akan memberinya lebih kebebasan untuk melakukan apa sahaja sehinggalah dia melahirkan seorang lagi anak perempuan tidak sah taraf yang kini masih dalam jagaannya.

"Saya cuba berubah namun kesempitan hidup terus memaksa saya melakukan kerja terkutuk ini.

"Sejak saya mengenali seorang lelaki, saya mula terpikat dan percaya dia mampu memberi sinar dalam hidup saya setelah melihat kesanggupannya untuk menerima saya walaupun bersikap liar.

"Bagaimanapun, kebaikan ditunjukkan lelaki itu hanya sementara dan sikapnya tidak ubah seperti pelanggannya lain yang sekadar mahukannya untuk seks semata-mata," katanya.

Lebih memburukkan keadaan, bekas teman lelakinya itu turut memperkenalkan sejenis ubat penguat hawa nafsu dan menyebabkannya mula ketagih.

"Setiap kali melakukan hubungan seks, dia akan memaksa saya mengambil ubat itu dan ia akan meningkatkan rangsangan kami untuk bersama.

"Namun kini setelah ditahan pihak berkuasa dan dilabel sebagai Orang Kena Pengawasan (OKP), dia terus meninggalkan saya dan anak," katanya.

Sementara itu Timbalan Bendahari, Skuad 1Malaysia, Khadijah Masbah berkata, remaja yang bermasalah seperti Amy seharusnya haruslah dijadikan iktibar dan pedoman kepada semua masyarakat.

"Tindakan yang diambilnya adalah salah. Dia sepatutnya merujuk terlebih dahulu dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kerian atau Skuad 1Malaysia sebelum mengambil tindakan melulu yang akhirnya memakan diri.

"Kami di bawah Skuad 1Malaysia mempunyai pelbagai cara dan kaedah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi remaja bermasalah seperti Amy.

"Walaupun dia berada dalam pengawasan, namun kami sentiasa memastikan orang seperti dia akan mendapat pembelaan sewajarnya," katanya.'

SIASAH

Posted: 17 May 2013 03:25 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:25 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


Kabinet balas jasa dan kukuhkan sokongan

Posted: 16 May 2013 06:29 PM PDT

Kabinet yang baru disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak menampakkan pilihan yang semakin sukar dihadapi Umno yang memimpin Barisan Nasional.

Selepas pilihan raya umum yang secara praktikalnya telah menamatkan retorik 1 Malaysia, kepimpinan negara kini tertumpu pada Umno dan parti utama dari Malaysia Timur yang masih kekal kubu kuat BN.

Najib berdepan pilihan yang semakin sukar dan terhad, dan memilih apa yang ada dan diperlukan untuk mengukuhkan sokongan sedia ada dan yang masih ada selepas Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

Umno menguasai kabinet kali ini, termasuk perumahan dan kerajaan tempatan, dan pada masa sama memangku Kementerian Pengangkutan yang kedua-duanya sebelum ini dipegang oleh MCA.

Najib juga membalas jasa dengan meletakkan beberapa pemimpin dalam kabinet kali ini, termasuk pemimpin Hindraf, Waytha Moorthy Ponnusamy di Jabatan Perdana Menteri dan Datuk Seri Idris Jusoh di Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi.

Pelantikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - pemimpin pemuda Umno yang sebelum ini dinafikan tempatnya - ke Kementerian Belia dan Sukan juga satu tindakan membalas jasa, selain merapatkan barisan dan mengelak tindakan tawar-menawar Khairy yang boleh menjejaskan Najib.

Perkembangan ini menunjukkan Umno dan parti Melayu di Sarawak terus mempunyai sokongan yang cukup untuk membentuk kerajaan tanpa komponen utama parti Cina, tetapi menunjukkan juga sokongan yang semakin kurang dan menyukarkan kerajaan BN mengendalikan pentadbiran negara.

Kabinet kali ini masih besar, dan beberapa pilihan kelihatan sangat mudah dipersoalkan seperti Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Kementerian Pertahanan dan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Memasukkan muka-muka baharu mungkin lebih mudah bagi Najib, berbanding meletakkan muka lama di tempat yang sewajarnya, tempat yang termasuk juga bukan di dalam kabinet.

Kabinet Najib ini dibina dengan tujuan penting membalas jasa dan mengukuhkan sokongan dalaman, dan menyediakan pemimpin-pemimpin tertentu - seperti Hishammuddin - menghadapi pemilihan parti akan datang, tetapi belum pasti dapat membina sokongan tambahan yang diperlukan, dalam menghadapi penggal ini dan mengukuhkan BN menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Tiada ulasan:

Pengikut