Selasa, 14 Mei 2013

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Bahagian Segambut

Posted: 13 May 2013 11:12 PM PDT

Puteri Bahagian Segambut


Sanggup Jadi Balaci Demi Menjaga Hati Komunis DAP #GE13 #BetterNation

Posted: 13 May 2013 07:41 PM PDT


Semalam 13 Mei 2013 merupakan tarikh yang tidak boleh rakyat Malaysia lupakan, peristiwa hitam melanda negara pada tarikh ini. Ramai rakyat Malaysia yang merasai bagaimana peritnya insiden hitam ini berlaku terutama sekali ibu bapa kita. Negara Malaysia diisytihar darurat atas sebab rusuhan kaum yang dicetuskan oleh sebuah parti yang berdendam dengan bangsa Melayu.


Artikel kali ini GR tidak bermaksud rasis tapi untuk menyedarkan kita rakyat Malaysia bersyukur dengan kehidupan yang kita kecapi selama ini yang aman damai. GR agak terkejut bila membaca blog Lim Kit Siang dengan paparan video anak kepada bekas TPM Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar menyatakan Lim Kit Siang bukan antara dalang yang terlibat peristiwa hitam 13 Mei 1969. Apakah beliau ini buta sejarah? Jangan kerana kecewa dalam bahagian sendiri sanggup menjatuhkan maruah bangsa sendiri.

 
Dalam blog Kit Siang, anak bekas TPM ini menyatakan Lim Kit Siang tiada di K.Lumpur semasa pergaduhan kaum pada 13 Mei 1969. Kalau bukan Kit Siang ditangkap di KL, ini gambar siapa??

Mungkin anak bekas TPM ini lupa dengan sejarah atau buat-buat lupa dan GR yakin rakyat Malaysia masih ingat siapakah antara dalang yang terlibat. Ini kata-kata yang dilemparkan oleh Kit Siang dan sehingga hari ini beliau masih TIDAK MOHON MAAF pada rakyat Malaysia.

Laporan MAGERAN, laporan rasmi yang dibentangkan menceritakan tentang peristiwa 13 Mei membawa kepada perisytiharan darurat tersebut adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah di luar kawalan.

Tindakan racist yang melampau dan ini antara tindakan yang didalangi oleh Lim Kit Siang dan parti beliau pada masa itu.

Rakyat perlu tahu kata pada tahun 1969 membawa kepada peristiwa 13 Mei. Slogan yang dibawa pada masa itu ialah 'Malai Si'. 'Malai Si' ini maknanya "Mati Melayu".

Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakan yang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, "Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu" .

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, "Mati Melayu, kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakan yang mereka buat.
Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, "Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis melayu"

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, "Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan".

Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, "KL sekarang cina punya".

Pada 12 Mei Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, "melayu balik kampung, melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control."

Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti Yang Berhormat Ipoh Timur, "Melayu keluar…! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu.., sekarang kita sudah ada kuasa…".

Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu… "… semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis."

Pada 12 Mei. Okey nanti kejap lagi. Saya hendak habiskan. Biar dia faham. "Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan melayu punya, mata-mata lancau….!"

Pada 12 Mei Jalan Canvel, "Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu…"

Pada 12 Mei Jalan Bukit Bintang, "Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu."

GR yakin rakyat Malaysia tidak mahu peristiwa seperti ini berlaku lagi, jadi apa yang sudah tertulis dalam sejarah negara tidak perlu diputarbelitkan lagi. Yang bersalah tetap bersalah. Pada Dato' Tamrin jangan gadaikan maruah diri dan nama baik keluarga kamu. Rakyat Malaysia tabik dan hormat dengan perkhidmatan yang telah diberikan oleh Tun Ghafar Baba semasa menjadi TPM.

Beliau  seorang pemimpin yang memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. Jangan disebabkan mahukan sesuatu anda sanggup gadaikan maruah bangsa dan jadi balaci pada seorang yang sudah terang-terangan ada muslihat sesuatu disebalik apa yang berlaku. Zaman anda sudah lepas, jangan rosakkan pemikiran anak muda kerana mereka ini pelapis negara.
 
 
Baca selanjutnya di SINI

Tiada ulasan:

Pengikut