Jumaat, 10 Mei 2013

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Rembau semakin maju

Posted: 10 May 2013 07:16 AM PDT


Nampaknya Rembau semakin maju sekarang. Anak-anak Rembau di kampung kaya-kaya sekarang ini. Harga rumah teres pun sudah mencecah RM 318,000.00 seunit. Kalau 30 tahun dulu banyak projek Rumah Rakyat, kini semua sudah berubah.

Kenapa rakyat pula perlu menanggung caj tambahan bil elektrik untuk projek lain?

Posted: 09 May 2013 09:25 PM PDT



Caj tambahan elektrik bagi bil RM77 ke atas
Sinar Harian 4 Mei 2013

CAJ tambahan satu peratus pada bil elektrik Tenaga Nasional Bhd hanya dikenakan kepada 25 peratus pengguna domestik sebagai sumbangan kepada Tabung Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) untuk melaksanakan Tarif Galakan (FiT) yang berkuat kuasa sejak 1 Disember 2011.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Seda), Badriyah Abdul Malek berkata, caj tambahan satu peratus itu hanya akan dikenakan kepada pengguna dengan jumlah bil elektrik RM77 ke atas atau penggunaan lebih 300kWh sebulan.

"Sehingga awal tahun ini, Seda telah mengutip RM321.46 juta untuk tujuan membiayai projek-projek tenaga boleh diperbaharui.

Insentif anak N.Sembilan yang berjaya masuk IPT

Posted: 09 May 2013 05:30 PM PDT



Ada yang bertanyakan di mana hendak mendapatkan borang pembayaran insentif yang dijanjikan oleh BN N.Sembilan kepada anak-anak Negeri Sembilan yang berjaya memasuki Pusat Pengajian Tinggi.

Saya pun belum lagi mendapat maklumat penuh mengenai pemberian insentif tersebut.

Mungkin mereka yang ingin mendapatkan borang tersebut yang terdiri dari anak-anak Negeri Sembilan dari bangsa Melayu, Cina, India, Orang Asli serta lain-lain bangsa boleh membuat pertanyaan di laman web Portal Pengaduan Awam N.Sembilan di www.spans.gov.my  atau menghantar e-mel ke Menteri Besar N.Sembilan sendiri di mbns@ns.gov.my

Tiada ulasan:

Pengikut