Khamis, 4 April 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 04 Apr 2013 03:36 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:36 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


PATUTLA NAJIB BUAT DERKK JE

Posted: 04 Apr 2013 04:23 AM PDT

DEY MACHA!!!
PATUTLA NAJIB BUAT PEKAK JE
BILA RAKYAT DOK CAKAP BUBAR PARLIMEN
RUPANYA KALEDAR NAJIB LEWAT SETAHUN
DIA INGAT TAHUN NI MASIH LAGI TAHUN 2012
KAH! KAH! KAH!

KAH! KAH! KAH!
KAH! KAH! KAH!

ADA SABOTAJ KE BRO
GUA NAMPAK MACAM NAJIB BACA TEKS DEPAN KAMERA
SAPA LA YANG TULIS TEKS TU
SAMPAI TAHUN PUN BOLEH SILAP
ATAU SAJA BUAT-BUAT SILAP?
ATAU NAJIB  MEMANG GHABRA?
KAH! KAH! KAH!

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

PRU13: SAMY VELLU NAK BERTANDING SEMULA?

Posted: 03 Apr 2013 10:21 PM PDT

IPOH: Jawatankuasa Isu dan Strategik Badan Perhubungan PAS Negeri Perak melihat Datuk Seri S. Samy Vellu memberikan signal bahawa beliau bersedia dicalonkan semula untuk bertanding di kerusi lamanya iaitu Parlimen Sungai Siput.


Koordinatornya, Salman Saleh (gambar) berkata demikian melihat kepada kenyataan bekas Presiden MIC semalam yang menyatakan secara terbuka bahawa beliau adalah calon 'boleh menang'.

Justeru, beliau bertanya adakah Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir selaku Pengerusi BN negeri telah menyenaraikan Samy Vellu sebagai calon pada PRU13 nanti.

"Adakah Datuk Seri G. Palanivel, Presiden MIC yang juga Pengerusi MIC Negeri Perak telah bersetuju menetapkan kerusi untuk bekas Presidennya bertanding pada PRU13 kali ini?" tanya beliau dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, walaupun Samy Vellu tidak merujuk kebenaran untuk bertanding semula daripada BN Perak, ia secara tidak langsung menunjukkan Zambry tidak mampu menyekat bekas Presiden MIC itu jika Datuk Seri Najib selaku Pengerusi BN memberikan keizinan kepadanya untuk bertanding kelak.

Katanya, jika Samy Vellu tidak dibenarkan untuk bertanding, ini menunjukkan BN tidak lagi memerlukan beliau dan secara tidak langsung tidak mengiktiraf peranannya selama ini untuk pembangunan kaum India.

"Nampaknya pergolakan dalaman dalam BN Perak semakin bergelora dan ianya akan lebih bergelora lagi bila hampir masa penamaan calon pilihanraya kelak," katanya.

Samy Vellu: Saya calon boleh menang

HD

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

ALHUSSEYN

Posted: 04 Apr 2013 03:08 PM PDT

Selepas dua minggu Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Lim Kit Siang (LKS) bakal bertanding di Gelang Patah, Johor, dalam majlis ulang tahun DAP yang ke-47 di Skudai, kini beliau  dilaporkan akan bertanding di Perak , tidak lagi bertanding di Parlimen Permatang Pauh.
 

Saya sangat optimis Anwar Ibrahim akan bertanding di Parlimen Ipoh Timor, kawasan selamat yang pernah disandang oleh Penasihat DAP, LKS.

Tidak tahu pula siapa yang akan menggantikan Anwar di Permatang Pauh.Apa yang pastinya, Umno/BN, terutamanya Mahathir dan Najib tentu sangat kecewa bila Anwar bertukar tempat kerana mereka telah bekerja keras dengan beberapa perancangan jahat untuk mempastikan Anwar tumbang di situ. Bijak Anwar nih!

Mungkin ini sebagai langkah win-win yang terbaik  bagi menyelesaikan perbalahan di antara Ketua DAP negeri, Dr Boo Cheng Hau dengan Ketua PKR negeri, Chua Jui Meng untuk merebut kerusi parlimen Gelang Patah.

Anwar sendiri mengakui terdapat perselisihan faham di antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat mengenai kerusi tersebut yang ditandingi calon Keadilan pada 2008. 

Chua Jui Meng , sebelum ini disebut-sebut sebagai calon PKR di Parlimen Gelang Patah, Johor  tidak hadir  majlis sewaktu Anwar mengumumkan LKS bertanding di situ. Khabarnya beliau  telah merajuk.

Anwar telah mengingatkan semua ahli Pakatan Rakyat agar mengelakkan perselisihan di dalam soal pembahagian kerusi kerana "kita bukan mahu menawan Johor sebagai DAP, Keadilan dan PAS tetapi sebagai Pakatan Rakyat". 


Syabas kepada LKS kerana sanggup meninggalkan kerusi Ipoh Timor yang merupakan kerusi selamat baginya tetapi sanggup bertanding di Gelang Patah.

Lim sendiri mengakui bertanding di Gelang Patah merupakan ujian paling besar dalam hidupnya. Mana ada pemimpin politik lain berani macam LKS? 

Mahathir  patut berasa malu apabila menuduh LKS sebagai penakut kerana lari bertanding di Gelang Patah. Waima, Ipoh Timor memang "selamat" dan boleh dilepaskan kepada calon PR lain.

Sebenarnya, Mahathir adalah manusia penakut kerana dia tidak berani beraleh tempat sejak menang tanpa bertanding di kawasan Parlimen Kubang Pasu pada 1974. Mahathir terus berkubang di situ sehingga 2004!

Berbanding dengan LKS, rekodnya jelas mencatatkan keberanian yang luar biasa kerana telah beralih tempat beberapa kali di empat negeri di Malaysia:

  • Bandar Melaka (1969–1974)
  • Kota Melaka (1974–1978)
  • Petaling Jaya (1978–1982)
  • Kota Melaka (1982–1986)
  • Tanjong (1986–1999)
  • Ipoh Timur (since 2004)

Kali ini LKS akan beralih ke negeri tempat kelahirannya, Johor, jadi penyertaannya memang amat sesuai dan dialu-alukan.

Perlu kita ingat , LKS menang di semua tempat dia bertanding . Inilah sebenarnya yang buat Mahathir dan Najib terkencing tak tus! 

Walau apa pun, paling menarik ialah LKS telah menyediakan tempat paling selamat bagi bakal Perdana Menteri baru bertanding iaitu kerusi parlimen Ipoh Timor.

Pengundi di Parlimen Ipoh Timor terdiri daripada Cina (81.07 %), Melayu (13.09 %), India (5.27 %) dan lain-lain 0.57 % berbeza dengan Parlimen Permatang Pauh, Melayu (69.4 %), Cina (24.5 %), India (6 %) dan lain-lain (0.1 %)

Tiada ulasan:

Pengikut