Selasa, 2 April 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


SIASAH

Posted: 02 Apr 2013 03:28 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:28 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


Dakwaan hina Nabi Muhammad, Khairul Fahmi wajar minta maaf

Posted: 02 Apr 2013 12:27 AM PDT

Kenyataan Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda PAS, Khairul Fahmi Mat Som di Twitter hujung Mac lalu telah mencetuskan kontroversi panjang hingga ke hari ini.

Khairul Fahmi telah membuat kenyataan menafikan yang beliau menghina Nabi Muhammad, tetapi mendakwa menghina Umno dan Barisan Nasional, dan tidak meminta maaf kerana mencetuskan kontroversi ini.

Hakikatnya Khairul Fahmi telah mencetuskan satu fitnah melalui kenyataan itu, kerana menyebut "video seks baginda" - beliau menulis "video seks Baginda" dalam kenyataan di Twitter, tanpa tanda kurungan dan penerangan lain - dan dengan pasti mendakwa Umno semestinya akan memusuhi baginda sehingga sanggup menyebarkan "video seks baginda." 

Kenyataan Khairul Fahmi yang disiarkan Harakahdaily bertarikh 1 April, 2013 menunjukkan yang beliau tidak mengambil sebarang tanggungjawab atas kekecohan yang dicetuskan oleh kenyataan di Twitter itu, yang jelas sekali boleh memberi gambaran yang buruk.

Kenyataan beliau juga membuat andaian bahawa Umno akan memusuhi baginda sepenuhnya sekiranya baginda masih hidup pada masa ini.

Khairul Fahmi telah menunjukkan keterlanjuran melalui kenyataannya itu, yang dipercayai ditulis tanpa memikirkan dengan mendalam implikasi maksudnya dan turut mendedahkan satu sikap tidak mengambil berat terhadap akhlak yang baik dalam berpolitik.

Kenyataan beliau itu tidak dapat dipertahankan sama sekali, dan wajar sekali beliau meminta maaf dan menarik balik kenyataan itu tanpa berdolak-dalik.

DUNIACACAMARBA

Posted: 02 Apr 2013 03:24 PM PDT

[HM] Teluk Intan: Seorang wanita berusia 22 ditimpa nasib malang berganda apabila bukan saja motosikalnya dilanggar, malah dia dirogol pemandu kereta yang melanggar motosikalnya itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam kelmarin, mangsa yang menetap di Kampung Air Hitam, Changkat Jong, dalam perjalanan ke rumahnya selepas tamat kerja.

Dalam perjalanan itu, motosikal yang ditunggang mangsa dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki menyebabkan mangsa patah tangan kirinya.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, sejurus kemalangan, suspek keluar dari kenderaannya dan memapah mangsa ke dalam keretanya sebelum merogol wanita berkenaan.

Beliau berkata, ketika itu mangsa mendakwa berada dalam keadaan lemah, tetapi masih mampu mengingati dirinya dirogol suspek.

Goh berkata, sebelum menghantar mangsa pulang ke rumahnya, suspek berpura-pura sudah jatuh cinta dengan mangsa dan ingin meneruskan hubungan dengan lebih serius.

"Suspek memberikan nombor telefon bimbitnya kepada mangsa dan menghantarnya pulang ke rumah. Suspek juga meminta mangsa tidak memaklumkan kejadian itu kepada keluarganya," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Katanya, selepas suspek beredar dari rumah, mangsa memaklumkan dirinya dirogol sebelum keluarganya membuat satu laporan di Balai Polis Langkap.

Goh berkata, pasukan polis menyerbu rumah suspek di Sungai Manik sejam kemudian, namun gagal menemui suspek.

"Kami menghubungi suspek menerusi telefon bimbitnya iaitu nombor yang diberikan mangsa dan memintanya melaporkan diri di Balai Polis Langkap.

"Suspek berusia 31 tahun itu akhirnya menyerah diri di balai polis itu pada malam kejadian sebelum ditahan reman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Tiada ulasan:

Pengikut