Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan |
- Presiden PAS..
- PRU13: PAS Perak umum tanding 22 kerusi Dun
- PRU13: Mohamad Sabu di Pendang, Husam di Putrajaya
- Undilah PAS
- Manifesto BN 'racun' untuk rakyat
- Salahuddin optimis 12 kerusi parlimen di Johor
- Saya tak gentar ke Putrajaya - Husam
- PRU13: Pemantau Kelantan serah memo kepada SPR
Posted: 09 Apr 2013 05:24 PM PDT |
PRU13: PAS Perak umum tanding 22 kerusi Dun Posted: 09 Apr 2013 05:23 PM PDT MANJONG: PAS Perak telah mengumumkan akan bertanding 22 kerusi Dun pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) ini. Perkara tersebut diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien dalam satu program di Markas PAS Kg Permatang, Pasir Panjang, Manjung, dekat sini. Katanya, satu pertambahan kerusi telah diperoleh apabila Dun Changkat Jering yang sebelum ini ditandingi PKR telah diserahkan PAS. "PAS akan bertanding 22 kerusi pada PRU13 ini, pertambahan satu kerusi daripada pilihanraya yang lalu. "Dun Lintang yang dulunya milik PKR diberikan kepada PAS bertukar secara sepakat dengan Dun Kenering," katanya ketika berucap di hadapan ribuan hadirin. Hadir sama ialah pimpinan PAS Perak dan seluruh jentera di semua kawasan. Ustaz Abu Bakar turut mengumumkan beberapa calon yang akan bertanding pada PRU13 ini termasuklah AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad yang kembali ke parlimen Bukit Gantang. Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin pula diamanahkan bertanding di Dun Changkat Jering dan calon Dewan Muslimat, Hajjah Rohawati Abidin menggantikan Nizar di Dun Pasir Panjang. Sementara itu, Ustaz Nazri Din diumum bertanding di Dun Kubu Gajah. Jelasnya, calon-calon lain akan diumumkan secara serentak bersama Pakatan Rakyat dalam satu majlis besar yang akan diberitahu kelak," jelas beliau lagi. Dalam perkembangan berkaitan, dalam satu program di Taman Bungai Raya, Kuala Kangsar, Naib Presiden PAS, Datiuk Mahfuz Omar telah mengumumkan Drs Khalil Idham Lim bertanding di Parlimen Kuala Kangsar. Dalam PRU12 yang lalu, PAS berjaya memenangi 6 kerusi Dun iaitu Pasir Panjang, Changkat Jong, Gunong Semanggol, Titi Serong dan Selinsing. DAP telah memenangi semua 18 Dun yang ditandingi manakan PKR menang 7 kerusi. Dengan kemenangan itu,Pakatan Rakyat telah berjaya menubuhkan kerajaan baru dan Sultan Perak memperkenan Datuk Seri Nizar Jamaluddin daripada PAS sebagai Menteri Besar. Namun kerajaan Pakatan Rakyat hanya bertahan 11 bulan setelah BN menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat itu secara zalim dan tidak bertamadun. |
PRU13: Mohamad Sabu di Pendang, Husam di Putrajaya Posted: 09 Apr 2013 05:23 PM PDT KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengumumkan Timbalan Presiden parti itu Mohamad Sabu akan bertanding di Parlimen Pendang, manakala Naib Presiden Datuk Husam Musa di Putrajaya. Selain itu, dua lagi Naib Presiden PAS iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub masing-masing akan bertanding di Parlimen Pokok Sena, Kedah dan Pulai, Johor. Pengumuman calon-calon tersebut dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu sidang media di Pusat Media PAS di Pejabat Agung parti itu sebentar tadi. "Saya sendiri saya tak boleh umum, biar negeri yang umum," katanya dalam nada berseloroh. Ketika ditanya tentang kerusi yang akan ditandingi Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Tuan Guru Abdul Hadi dalam nada bergurau berkata "dia bertanding seluruh Malaysia". Mohamad Sabu kemudian mencelah dengan mengumumkan bahawa presiden PAS itu akan mempertahankan Parlimen Marang yang diwakilinya. Pada sidang media sama, Kerabat Diraja Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad turut diumum sebagai calon PAS bagi Parlimen Kuala Terengganu manakala bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari pula di Larut, Perak. Selain itu, Wan Aishah Wan Arifin juga turut diumum sebagai calon bagi Parlimen Jempol Negeri Sembilan. |
Posted: 09 Apr 2013 05:21 PM PDT |
Manifesto BN 'racun' untuk rakyat Posted: 09 Apr 2013 05:20 PM PDT KUALA LUMPUR: PAS melihat manifesto BN lebih kepada 'racun' kerana pada amalan biasa parti itu, perlaksanaan janji manifesto hanya akan meningkatkan hutang negara. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Idris Ahmad berkata, berbanding Pakatan Rakyat, perlaksanaan manifesto khususnya dalam pemberian bantuan kepada rakyat dibuat menggunakan wang lebihan hasil daripada kecekapan pengurusan. "Pakatan Rakyat membantu rakyat hasil daripada lebihan bukan pinjaman. Sedangkan BN daripada pinjaman yang kemudiannya akan dibeban kepada rakyat. "Kerajaan PR berjaya membuktikan dengan amalan. Walaupun satu ketika dahulu pemimpin BN mengatakan negeri PR akan bankrap. Sebaliknya wang kerajaan Selangor bertambah daripada RM400 juta kepada RM2.6 bilion," katanya dalam satu kenyataan. Rakyat boleh menilai bagaimana Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat memberi 20 meter padu air percuma, bantuan RM2500 di bawah tabung kifalah serta Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan banyak lagi, namun pada masa yang sama pendapatan negeri juga meningkat. Menurut beliau, pada tahun 2004 hutang negara sebanyak RM242 bilion meningkat kepada RM363 bilion (2009), RM456 bilion (2011), RM502 (2012) "Peningkatan ketara 107.4 peratus hutang sejak 8 tahun. Ertinya setiap rakyat menanggung hutang hampir RM18,000 seorang. "Jika BN terus diberi kepercayaan bererti rakyat menempah kesengsaraan melalui kenaikan perkhidmatan, kenaikan cukai, kenaikan harga barang, kualiti perkhidmatan dan tanggungjawab kerajaan semakin kurang. Sekarang ujarnya kehidupan rakyat semakin sukar apatah lagi pengangguran di kalangan siswazah mencecah seramai 76,200 orang manakala sejumlah 10,200 pemilik Diploma Pendidikan tidak ada penempatan serta 8,000 pemegang Diploma Kejururawatan masih menganggur. Menurutnya, Datuk Seri Najib Razak hanya pandai memberi tetapi tidak pandai untuk menambah pendapatan negara dan akhirnya rakyat menanggung beban gara-gara pemimpin BN tidak bijak mengurus ekonomi. "Jika BN menang banyak lagi racun berbisa yang sedang menunggu rakyat seperti kenaikan harga petrol, gula, tepung, GST, cukai prepaid, tol. "Oleh itu rakyat wajib jangan beri undi kepada BN, biarlah mereka mahu menjanjikan bulan atau matahari. "57 tahun, bukan waktu percubaan tetapi waktu untuk hendak melaksanakan. Masa untuk BN sudah berlalu, rakyat mahu kerajaan baru," katanya. |
Salahuddin optimis 12 kerusi parlimen di Johor Posted: 09 Apr 2013 05:20 PM PDT KUALA LUMPUR: Calon PAS di Parlimen Pulai Salahuddin Ayub optimis Pakatan Rakyat dapat menyumbang 12 kerusi Parlimen di Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti. Beliau yang baru diisytiharkan bertanding di Parlimen Pulai oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini berkata, berdasarkan sambutan yang diterimanya sejak setahun yang lalu, Johor berpotensi menyumbang kerusi bagi mengambil alih Putrajaya. "Saya berterima kasih kepada rakyat di Pulai yang sejak setahun lalu memberi kepercayaan dan sambutan kepada saya. "Ini sangat menarik dan sepanjang saya legar di pejabat-pejabat kerajaan, saya melihat reaksi pegawai di Johor satu penerimaan yang sangat hangat. "Saya akan pikul tanggungjawab ini untuk menyumbang 12 kerusi Parlimen untuk sampai ke Putrajaya," kata beliau pada sidang media di Pusat Media PAS, Jalan Raja Laut hari ini. Naib Presiden PAS itu juga menyatakan kesediaannya memikul tanggungjawab yang disifatkan sebagai mencabar itu. "Walaupun tugas ini tugas yang besar dan dianggap BN saya penggali kubur di sini tapi saya telah anggap ia satu amanah dan suatu yang sangat saya sanjung tinggi. "Perlu diketahui Pakatan tidak mungkin sampai ke Putrajaya sekiranya tidak memberi kerusi Parlimen untuk kita sampai ke Putrajaya," katanya lagi. |
Saya tak gentar ke Putrajaya - Husam Posted: 09 Apr 2013 05:19 PM PDT KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa tidak gentar untuk bertanding di kerusi parlimen Putrajaya walaupun ramai yang menjangkakan kerusi itu akan 'mematikan' beliau. Husam ketika memberi ucapan sebaik sahaja diumumkan sebagai calon di Putrajaya mengakui kerusi yang diamanahkan itu sukar untuk dimenangi, namun baginya ia dilihat satu cabaran yang besar dan perlu digalasnya dengan bijak. P125 Putrajaya disandang oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menenangi kerusi ini pada PRU 2008 dengan majoriti sebanyak 2,734 undi. "Dia seorang setiausaha agung, seorang yang strategis dan tokoh yang hebat. Walaupun cabaran yang berat, saya cabar untuk berikhtiar biar Putrajaya diwarnakan dengan warna yang sesuai dengan rakyat. "Di bawah lembayung kehidupan tidak salah untuk mencuba," tegasnya. Katanya, trend sekarang adalah trend untuk perubahan dan memerlukan beliau menggariskan strategi ke atas Putrajaya yang bukan sahaja kerusi parlimen tetapi sebagai pusat transformasi negara. Husam turut menerima nasihat daripada kalangan ahli parti agar beliau tidak bertanding di kerusi Putrajaya kerana ia tidak selamat buatnya. "90 peratus mereka yang berjumpa dengan saya menasihatkan saya jangan pergi (Putrajaya) sebab saya akan 'mati'. Bagus juga macam itu, sebab ramai yang akan doakan saya hidup," katanya. Bagaimanapun beliau akur, dengan keputusan parti walaupun terpaksa meninggalkan negerinya tetapi beliau gembira apabila orang Putrajaya menyambut kedatangannya di sini. "Saya gembira kerana penduduk Putrajaya anggap saya calon yang sesuai. Nama saya naik empat kali di Putrajaya, "katanya. Langkah pertama sebaik sahaja diumumkan akan bertanding di Putrajaya, Husam berkata beliau akan berjumpa dan melawat penduduk yang terdiri daripada kakitangan awam untuk mengetahui apa aspirasi dan masalah mereka serta isu yang akan beliau perjuangkan. Husam turut menasihatkan agar tidak ada bendera parti di jalan-jalan protokal di sekitar Putrajaya kerana menghormati pusat itu sebagai kota pentadbiran kerajaan. Hari ini Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan enam calon PAS yang akan bertanding kerusi parlimen dalam PRU ini. Timbalan Presiden parti itu Mohamad Sabu akan bertanding di Parlimen Pendang, manakala Naib Presiden Datuk Husam Musa di Putrajaya. Selain itu, dua lagi Naib Presiden PAS iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub masing-masing akan bertanding di Parlimen Pokok Sena, Kedah dan Pulai, Johor. Sebanyak 76 kerusi parlimen dan 230 kerusi DUN yang akan ditandingi PAS dalam PRU kali ini. |
PRU13: Pemantau Kelantan serah memo kepada SPR Posted: 09 Apr 2013 05:19 PM PDT KOTA BHARU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh menggunakan kuasanya untuk mengarahkan mana-mana kementerian untuk memberi ruang kepada mana-mana parti berkempen dalam setiap pilihanraya, termasuk pembangkang. Ketua Pasukan Pemantau Pilihan Raya Kelantan, Mohamad Faizal Che Yusoff, ketika memberitahu media berkata dalam tempoh kerajaan sementara ini khususnya SPR boleh mengarahkan mana-mana kementerian untuk diberi peluang kepada pembangkang berkempen melalui saluran yang sama. Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum Pemantau Pilihan Raya Kelantan kepada Pengarah SPR negeri, Mohamad Mahmood, di pejabatnya pagi tadi. (Gambar atas) Menurut Faizal, peruntukan Bahagian 8 Perkara 115 Perlembagaan Persekutuan di mana pihak SPR mempunyai kuasa untuk mengarahkan agensi awam bagi memastikan urusan pilihanraya berjalan baik. "Namun apa yang kita sering dengar, SPR tidak ada kuasa, SPR tidak ada kuasa, sebenarnya mereka boleh berbuat demikian melalui peruntukan tersebut," ujarnya. Beliau seterusnya berkata, setakat ini SPR mengakui hanya gesaan tempoh kempen selama 21 hari sahaja yang mudah diikuti. Antara isi memorandum yang diserahkan pada SPR itu antara lain menuntut media yang bebas bagi memberi ruang yang sama pada pembangkang dalam media arus perdana. Selain itu, Pemantau juga turut mendesak supaya daftar pemilih yang bebas dari kesilapan dan pengundi hantu agar badan itu tidak dipersoalkan lagi oleh masyarakat. SPR juga perlu lebih berwibawa dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai badan pengendali pilihanraya yang mendapat kepercayaan awam. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan