Rabu, 13 Mac 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Kerabu Bersuara ®

Posted: 13 Mar 2013 07:12 PM PDT


Ραкαтαη яαкүαт εlεcтισηs ηεωs

RTM tak hormat MB Kelantan?

Seperti biasa, saya menonton berita yang disiarkan oleh RTM melalui TV1 pada pukul 1.00 tengah hari dan 5.00 petang hari ini untuk mengikuti perkembangan terkini pencerobohan pengganas "Kiram" di Sabah. Saya keberatan menggunakan perkataan "Sulu" kerana bukan semua orang Sulu menyokong tindakan bodoh pengikut "Kiram" yang mendakwa sebagai "sultan" Sulu.

Saya berbuat demikian sekadar ingin tahu bentuk laporan stesen tv milik kerajaan kerana berita terkini lebih cepat diperolehi melalui sumber Internet.

Antara berita yang menarik perhatian saya ialah ketibaan jenazah dua orang wira negara dari Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang gugur di Lahad Datu, seorang dalam pertempuran dengan musuh manakala seorang lagi akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan membawa bekalan makanan kepada pasukan keselamatan.

Beribu-ribu orang dilaporkan membanjiri Lapangan Terbang Sultan Ismail, Kota Bharu untuk turut sama menerima atau menyambut ketibaan jenazah allahyarham Kpl. Ahmad Hurairah Ismail dan allahyarham Kpl. Ahmad Farhan Roslan, dua orang anak Kelantan yang mati syahid.

Dalam laporannya, RTM menyebut antara pembesar yang berada di lapangan terbang ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapha Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek, kedua-dua dari Kelantan.

Apa yang memeranjatkan saya ialah RTM tidak sebut langsung akan kehadiran Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedangkan dia adalah ketua Kerajaan Negeri dan yang terkorban adalah dua orang rakyat Kelantan.

Apakah RTM tidak mengiktiraf atau tidak menghormati Datuk Nik Abdul Aziz sebagai Ketua Kerajaan Kelantan dan sebab itulah kehadirannya tidak disebut?

Ada orang yang mungkin akan berkata ini satu perkara remeh tetapi ia tidak seharusnya berlaku dan dilakukan oleh media rasmi kerajaan yang menyebut kehadiran seorang menteri dan timbalan menteri Kerajaan Persekutuan tetapi tidak Menteri Besar sedangkan dari segi protokol, Menteri Besar mendahului menteri persekutuan. Jika nak sebut kehadiran orang kenamaan, kenalah ikut protokol.

Mungkin pemberita dan editor berkenaan tidak tahu kedudukan protokol tetapi ia bukan satu alasan untuk tidak menyebut kehadiran seorang ketua kerajaan negeri pada satu majlis yang membabitkan rakyat negeri berkenaan dan yang berlaku dalam negeri berkenaan.

Sama ada kita suka atau tidak akan Datuk Nik Abdul Aziz kita kena hormat jawatannya selaku Menteri Besar, iaitu selaku ketua Kerajaan Negeri Kelantan yang dipilih rakyat sama juga jika kita suka atau tidak akan Datuk Seri Najib Tun Razak, kita kena hormat jawatannya sebagai Perdana Menteri atau ketua Kerajaan Persekutuan Malaysia.

Pegamal media seharusnya tahu yang ketua kerajaan negeri mendahului semua Menteri Kabinet kecuali Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dari segi protokol. Sebab itulah Menteri Besar atau Ketua Menteri diberi gelaran rasmi Yang Amat Berhormat sedangkan Menteri hanya Yang Berhormat. Gelaran itu sudah cukup untuk menunjukkan siapa yang mesti didahulukan - YAB atau YB.

Kerajaan meminta isu pencerobohan di Lahad Datu tidak dipolitikkan, tetapi media rasmi kerajaan sendiri yang nampaknya bermain politik.

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=300067650121669&set=a.254000171395084.58735.162138223914613&type=1

Pahang Daily Online

Posted: 13 Mar 2013 06:29 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 6:29 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


Lahad Datu: Sultan Pahang Sebak Insiden Di Sabah !!

Posted: 13 Mar 2013 11:54 AM PDT

KUANTAN, 14 Mac - Sultan Pahang, Sultan Hj.Ahmad Shah (foto) kelmarin sebak dengan pergolakan yang berlaku di Lahad Datu sehingga mengorbankan sembilan nyawa anggota keselamatan. Baginda turut berkongsi duka dengan keluarga perwira negara itu termasuk anak-anak mereka yang masih kecil dan isteri yang sedang hamil. "Saya dukacita dengan nasib yang menimpa keluarga perwira yang telah terkorban itu lebih-lebih lagi dengan anak-anak yang masih kecil dan isteri sedang mengandung," titah baginda. Sultan Ahmad Shah juga mahu rakyat terus menyokong kerajaan yang memerintah hari ini kerana sejak dahulu apa sahaja yang dilaksanakan kerajaan terutamanya Perdana Menteri adalah menjurus ke arah perpaduan dan kedamaian negara. "Selain itu, jangan berharap kepada kerajaan semata-mata kerana sebagai rakyat di negara ini apa yang paling penting adalah perpaduan antara satu sama lain. Jika kita tidak bersatu, negara mudah goyah dan boleh di ceroboh bila- bila masa sahaja," titah baginda. Baginda bertitah agar rakyat di negara ini terus bersatu untuk mengekalkan kedamaian bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti yang terjadi di Lahad Datu dan Semporna,Sabah. "Bumi Malaysia adalah hak kita semua dan tiada mana-mana kuasa lain yang boleh menakluki negara ini setelah kemerdekaan dicapai. Selain itu, baginda menyeru rakyat di negara ini agar sentiasa mendoakan kesejahteraan pejuang yang mempertaruhkan nyawa mereka demi kedaulatan negara tercinta". Sultan Ahmad Shah bertitah demikian ketika Majlis Perasmian Taman Pengasih Sultan Haji Ahmad Shah di Indera Mahkota Lapan di sini. Turut mengiringi baginda, Sultanah Pahang Sultanah Kalsom. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob. Taman Pengasih dibina dengan kos RM7.78 juta ini mampu memuatkan 120 penghuni. Institusi itu dibina atas keprihatinan Sultan Ahmad Shah yang turut mengilhamkannya bagi membela nasib anak-anak yatim sekitar negeri ini. sumber

Panas: Maxis "Cekik Darah", Blogger Mahu Lancarkan Kempen Bantahan Bagi Menyedarkan Rakyat Isu Ini !!

Posted: 13 Mar 2013 02:18 AM PDT

KUANTAN, 13 Mac - Seorang aktivis rakyat iaitu Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) atau lebih dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau (CMK) hari ini menggesa kerajaan bertindak segera terhadap syarikat telekomunikasi yang masih lagi mengenakan caj tersembunyi "dropped calls" melampau kepada para pengguna telefon bimbit mutakhir ini. Laman facebook beliau dengan posting berbunyi "Panasss? Pernahkan anda alami nasib ... kredit habis atau bil melambung gara2 Maxis mengenakan Caj RM0.35 hanya utk panggilan tidak berjawab?. Adilkah maxis caj sedangkan perkhidmatan masih belum digunakan .. tiada perbualan malahan tidak guna peti simpanan suara (voice mail). Bayangkan jika seorg kena RM0.35 X 10 kali panggilan tak berjawab (gara-gara rakan anda tutup HP atau tidur). Makanya caj yg terpaksa anda bayar ialah RM3.50 .. berapa juta pengguna yg mengalami nasib seperti ini?. Maka itu, CMK FM akan gerakkan suara bantahan kpd kerajaan atas caj yg melampau ini. Apa komen anda? Sila LIKE jika anda sokong ... Sponsored by www.cmkradio.blogspot.com [tag & share]", telah mendapat sambutan hangat dikalangan orang ramai. Menurut Shukri, beliau amat kecewa kerana kerajaan masih membiarkan syarikat telekomunikasi mengenakan caj tersembunyi kepada para pengguna. "Ramai yang mengalami masalah ini namun mereka tidak tahu ke mana untuk mengadu dan jika tiada aral melintang saya akan gerakkan kempen dan menghantar memorandum bantahan ke pejabat Maxis dekat Kuantan dalam masa terdekat ini. Bantahan juga akan dilakukan di seluruh negara oleh rakan-rakan yang lain. Kita mulakan dengan maxis kerana ada bukti jelas mereka telah melakukan penipuan ini. Sewajarnya caj harus dikenakan hanya kepada perkhidmatan yang digunakan... bukan yang tidak digunakan (panggilan tidak berjawab).. mereka ambil mudah duit  RM0.35 daripada pengguna .. ini bermakna mereka berjaya kumpul jutaan ringgit setiap hari daripada satu sistem yang cukup kejam ini", kata blogger terbabit lagi. Menurut Shukri lagi. beliau amatlah berharap agar Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KMM) terus memantau perkara ini kerana ia jelas membebankan rakyat terutamanya golongan pengguna berpendapatan rendah.
"Memang saya tahu baru-baru ini SKMM telah mengenakan kompaun sebanyak RM190,000 kepada tiga syarikat telekomunikasi (Telco) utama telah kerana melanggar syarat-syarat lesen mereka, terutamanya  berkenaan aduan orang ramai mengenai panggilan terputus atau dropped  calls. Malah, syarikat-syarikat telekomunikasi terbabit  telah diberi masa dan peringatan yang  mencukupi untuk menyelesaikan aduan yang diterima daripada pelanggan  mereka mengenai peningkatan kejadian dropped calls sejak kebelakangan ini.. namun mereka masih gagal mengatasi perkara ini. Apalah sangat yang dihiraukan oleh syarikat telekomuniaski terbbait dengan kompaun DiGi Telecomunications (RM100,000), Celcom Axiata  (RM60,000) manakala Maxis Mobile Services berjumlah RM30,000 itu  ... jika dibandingkan dengan jutaan ringgit yang mereka perolehi setiap hari dengan tindak menghentikan penipuan ini, sudah pasti jumlahnya berkali-kali ganda?. Apakah kita sebagai pengguna harus membiarkan senario ini berlarutan. Maka itu, ayuh rakyat.. bangkitlah pertahankan hak kita.. jom sama-sama kita menyuarakan bantahan kita sekarang", kata Shukri lagi. Beliau juga menggesa Dato' Mohamed Sharil Tarmizi, selaku Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas isu ini dan bukan sekadar mengenakan kompaun semata-mata yang langsung tidak memberi kesan kepada syarikat telekomunikasi itu sebenarnya.

[Dengan pendedahan ini, maka tidak hairanlah kita tuan punya Maxis iaitu Tan Sri Ananda Krishnan kaya raya malah antara manusia yang terkaya di dunia sekarang ini. Rupa-rupanya dalam diam menjadi perompak wang rakyat. Soalnya sekarang, apakah rakyat sebagai pengguna harus melihat sahaja isu ini tanpa mengambil apa-apa tindakan?. Difahamkan Blogger Cucumatkilau memberi tempoh sehingga 31 Mac ini kepada Maxis untuk membatalkan kekejaman yang mereka lakukan itu. Jika tidak beliau khabarnya akan melancarkan edisi BOIKOT MAXIS ke seluruh negara. Sudah tiba masanya rakyat bangkit mempertahankan hak-hak mereka. Sudah sekian lama mereka ditipu oleh pihak telekomunikasi secara tersembunyi. Kini tibalah masanya rakyat bertindak demi mempertahankan hak mereka. Difahamkan juga, apa yang dilakukan oleh Maxis ini turut melibatkan syarikat telekomunikasi yang lain. Cuma segala bukti-bukti berkenaan masih belum lengkap untuk didedahkan kepada umum. Justeru, kepada anda yang menghadapi masa yang sama seperti ini sila emailkan ke pahangdaily@yahoo.com untuk kami bongkarkan. Kita mahu kerajaan ambil perhatian serius terhadap isu rakyat ini].

PDO Jalin Kerjasama Dengan Radio Internet CMK FM

Posted: 12 Mar 2013 12:39 PM PDT

Anda juga boleh menurunkan volume pada speaker atau headphone pada PC dan laptop anda. Kami amat menghargai sokongan semua dan diharapkan agar kerjasama ini tidak memudaratkan pembaca untuk terus berkunjung ke blog ini hendaknya. Pada masa ini radio internet CMK FM dikendalikan oleh bekas krew PDO iaitu Blogger Cucumatkilau. Maka itu, kerjasama ini diharapkan memberi kekuatan kepada PDO untuk terus menjadi media rakyat yang bebas, telus dan adil kepada semua pada masa akan datang.

Tiada ulasan:

Pengikut