Sabtu, 23 Mac 2013

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Hasan Ali dah masuk geng papagomo !

Posted: 23 Mar 2013 10:44 AM PDT

http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/562138_353338334774704_1186957407_n.jpg


Kesiann teman tengok nasib bekas Naib Presiden PAS ini ! Dulu dia hebat dan gah, terkenal sebagai seorang penceramah dan pakar motivasi tersohor. Dalam politik,, hingus belum cukup kering,, baru setahun jagung tetapi sudah terpilih sebagai Naib Presiden PAS,, wow ! cukup hebat !

Akhirnya kerana terlalu menunjuk pandai,, besar senduk dari mangkok, lebih lajak dari laju, lalu tersingkir dan terpecatlah dia dari PAS. Namun oleh kerana seleranya cukup besar, pengaruh dan populariti tak mahu kalah,, dia pun tubuh NGO bernama JATI untuk perjuangkan aqidah umat Islam konon!! Nampaknya perjuangan beliau tak sampai kemana pun! Almaklum, cerita memburukkan Anwar lebih banyak dari cerita aqidah !
Sekarang ini dia terang-terang bersekongkol dengan Papagomo yang mendakwa DS Anwar adalah pelakun dalam video lucah terbaru. Bab-bab tuduhan terhadap Anwar ini dia begitu mudah untuk percaya dan sokong. Kalau ada orang tuduh Anwar telah meliwat lembu dengan secepat kilat dia akan mengiyakan, walaupun tak ada bukti atau videonya belum siap. Maka dengan ini terserlahlah belang sebenar siapa Hasan Ali ! pernah mengaku beliau berbangga di bawah pendidikan sekular maka dunia sekularlah landasan hidupnya kini. Ketokohannya selama ini sebagai seorang ilmuan hilang terpadam, kehebatan sebagai seorang pejuang Islam hancur bersepai !
Lagi satu hal, Hasan ni sejak di awal penyingkirannya lagi beliau telah meletakkan dirinya sebaris dengan Datuk Nalla dan Datuk T taukeh video lucah. Justeru bukanlah pelik hari ini beliau mencari geng busuk yang baru - blogger Papagomo. Pendek kata ramai dah tokoh-tokoh lidah bercabang sudah menjadi gengnya, termasuk Ibrahim Ali alKatak, Zul Kulim peguam pengangkat fail, Zahid Mad Arif cucu puaka Ghafar Baba dan lain-lain.

Mari kita mengimbau sedikit sejarah sebelum Hasan alJATI ini disingkirkan dari PAS. Sifat egonya jelas sekali, keputusan Majlis Syura ulamak PAS beliau engkari. Di belakang,, dia banyak cerita, di depan rupa-rupanya dia jadi Pak angguk dan Pak turut. Dalam diam-diam dia mahu saf kepimpinan dikuasai ulamak dan dia seolah-olah mahu membawa PAS berundur kebelakang. Nasib baik dia sudah dipecat ! PAS sangat-sangat tidak memerlukan pemimpin yang kaya dengan sifat munafik sepertinya!

(update) isu MKN pintas email dari pembangkang

Posted: 23 Mar 2013 10:42 AM PDT

PKR tidak bimbang mengenai kemungkinan e-mel mereka dipintas oleh kerajaan, seperti dakwaan yang tersebar luas di Internet, kerana tiada apa yang perlu disembunyikan, kata Naib Presiden PKR, N Surendran.

Bagaimanapun, katanya, tindakan yang didakwa melibatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu harus tetap dikecam kerana agensi kerajaan, termasuk pasukan keselamatan sepatutnya menjaga keamanan dan bukan merisik aktiviti pembangkang.

NONE"Tak ada apa-apa yang kita takutkan kerana kandungan emel PKR atau Pakatan sendiri tiada apa-apa yang perlu disembunyikan," kata Surendran (kiri) ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Dalam surat yang mulanya dimuat naik dalam blog Milosuam itu, MKN dikatakan menghantar surat kepada perdana menteri mengenai "Laporan Strategi Pakatan Pembangkang" yang menurutnya diperoleh daripada pintasan emel.

Sebuah yang bertarikh dalam bulan ini didakwa daripada seorang pegawai kanan MKN kepada Datuk Seri Najib Razak Razak.

Malaysiakini cuba menghubungi pegawai MKN tersebut dan Milosuam untuk ulasan bagaimanapun belum ada sebarang jawapan diberikan setakat ini. Manakala artikel itu juga tidak boleh lagi dilayari.

Sementara itu, Surendran menuntut aktiviti merisik pembangkang dihentikan segera jika benar berlaku kerana ia bukan amalan negara maju seperti United Kingdom.

"Ia tidak adil kerana pihak keselamatan dipaksa kerajaan untuk merisik pembangkang. Tugas mereka sepatutnya menjaga keamanan," katanya lagi.

-malaysiakini bm-

inikah fungsi MKN selama nie???

Posted: 23 Mar 2013 10:39 AM PDT

 

KUALA LUMPUR 23 Mac: Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) diminta membuat penjelasan berhubung satu surat yang mula beredar di laman-laman media sosial seperti Facebook dan blog.

Surat yang mula tersebar semalam itu menunjukkan ia dari MKN dan ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Kandungan surat itu antara lain menyebut satu lampiran disediakan berhubung laporan strategi Pakatan Pembangkang yang diperolehi melalui 'pintasan emel' dan ditandatangani Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

Mengulas perkara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata Thajudeen perlu menafikan atau mengesahkan tentang surat tersebut bagi mengelakkan tanggapan negatif terhadap fungsi sebenar majlis itu.

Beliau berkata sama ada surat berkenaan benar atau merupakan fitnah, Thajudeen perlu memberi penjelasan segera.

"Bagaimanapun, saya percaya mungkin dia akan menafikannya,  tapi kita tunggu penjelasan daripadanya," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini. ~keadilandaily

apa dah jadi dengan parlimen hisamuddin di sembrong?

Posted: 23 Mar 2013 10:37 AM PDT


Dianggarkan kira-kira 20,000 orang sedang membanjiri Johor Bharu mendengar pidato dari pemimpin Pakatan Rakyat diketuai Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Hadirin mula tiba sejak jam 8 malam lagi walaupun dikhabarkan beberapa kain rentang dirosakkan syaitan yang dikenali.

Turut hadir, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Pengerusi DAP negeri, Boo Cheng Hau dan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail.

Parlimen ini diwakili veteran Umno, Shahir Samad yang digugurkan dari kabinet selepas perdana menteri, Najib Altantuya menggantikan Abdullah Badawi pada April 2009.

Pada pilihanraya umum lalu, Shahir menewaskan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Hassan Karim dengan majoriti 25,349 undi.

Terdahulu, Salahuddin dalam ucapannya mendakwa ahli parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein dikatakan akan lari dari kawasan parlimennya mencari kerusi yang lebih selamat.

Salahuddin mendapat maklumat terbaru berdasarkan perkembangan semasa yang dilihat pengundi parlimen itu kini semakin kritikal dengan khidmatnya sebagai ahli parlimen.

Dikatakan Hishammuddin akan bertanding di parlimen Kota Tinggi yang kini disandang Syed Hamid Albar yang memilih untuk tidak mempertahankan kerusinya.

Sembrong merupakan kerusi campuran dengan pengundi Melayu kira-kira 54 peratus, Cina 36 peratus dan kaum India kira-kira sembilan peratus.

Hishammuddin menang dengan majoriti 11,570 undi tetapi angka tersebut dijangka berubah pada trend menurun hingga kini dianggap berstatus kelabu (50-50).

Selain itu, faktor perubahan undi pengundi muda dan pengundi kali pertama yang tidak memihak Hishammuddin antara sebab mengapa dia kini hampir pasti bertanding di Kota Tinggi yang dianggap kubu kuat Umno.

Nampaknya KEADILAN terus menampilkan muka-muka baru sesuai dengan perkembangan semasa dan keperluan politik bagi mencapai sasaran menawan Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang.

Malam tadi, Anwar mengisytiharkan ahli parlimen Selayang, William Leong Jee Ken sekali lagi dicalonkan mempertahankan kerusi tersebut bagi penggal kedua dalam jelajah yang sama di Kuang, Rawang, Selangor malam tadi.

SENARAI CALON KEADILAN - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 23 Mac 2013)

Johor Bharu - Tan Poh Lai
Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid
Selayang - William Leong Jee Ken (penyandang)
Kuantan - Fuziah Salleh (penyandang)
Padang Serai - N Surendran
Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail (bertukar dari parlimen Machang)
Sungai Petani - Johari Abdul (penyandang)
Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari
Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty
Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (penyandang)
Pandan - Rafizi Ramli
Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin 
Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh
Saratok - Ali Biju
Hulu Rajang - Abun Sui Anyit
Baram - Roland Engan
Limbang - Baru Bian
Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong (belum diumumkan)
Setiawangsa - Ibrahim Yaacob (belum diumumkan)
Segamat - Chua Jui Meng (belum disah dan diumumkan)
Batu Pahat - Syed Hamid Ali (belum disah dan diumumkan)

SENARAI CALON DAP - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 23 Mac 2013)

Gelang Patah - Lim Kit Siang
Kluang - Liew Chin Tong (belum disah dan diumumkan)
Ipoh Timur - Thomas Su (belum disah dan diumumkan)
Ipoh Barat - Wong Kah Woh (belum disah dan diumumkan)
Batu Gajah - V Sivakumar (belum disah dan diumumkan)

addin

DAP tanding guna lambang PAS dialu-alukan

Posted: 23 Mar 2013 10:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengalu-alukan cadangan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang untuk bertanding di bawah logo PAS sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan partinya menjelang PRU13.


"Jika berlaku pembatalan, PAS mengalu-alukan calon-calon DAP dan Kit Siang untuk bertanding menggunakan lambang PAS mahupun PKR," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini kepada Harakahdaily.

Mustafa memberikan reaksi kepada cadangan Lim yang menyatakan kesediaannya untuk bertanding di bawah lambang PAS sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan partinya ekoran kesilapan dalam pemilihan pada tahun lalu.

Di Twitter, bagaimanapun Ahli Parlimen Ipoh Timur itu melahirkan kebimbangan timbul konspirasi untuk mengelakkan partinya bertanding di PRU13.

"Tiada sebab untuk ROS untuk membatalkan DAP! Tapi konspirasi tertinggi di dalam jabatan mainan kotor BN akan menggantung/membatalkan DAP supaya lambang Roket tidak boleh digunakan pada PRU13 kerana BN takut pada PRU13.

"(Saya telah) memberitahu wartawan bahawa BN bersalah menyalahgunakan kuasa untuk membatalkan DAP dengan tidak mengikut perlembagaan supaya simbol roket tidak dapat digunakan di PRU. Maka dengan itu, calon-calon DAP akan bertanding sebagai calon bebas atau meminjam logo PAS/PKR. Jika BN salahguna kuasa, saya mungkin akan guna logo PAS di PRU13 untuk menguatkan PR," tulis Lim di Twitter.

Semalam, bekas Naib Presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menggesa DAP diambil tindakan oleh ROS kerana gagal mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP selepas berlaku kesalahan dalam pengiraan undi.

Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman pula berkata ia menghadapi kesukaran menyelesaikan siasatan tidak mendapat kerjasama daripada pemimpin tertinggi parti itu.

Rahman dipetik berkata notis telah diberi kepada seorang pemimpin tertinggi DAP untuk memberi keterangan tapi pemimpin tersebut memberi pelbagai alasan seperti tiada masa.

Sementara itu, Mustafa menegaskan bahawa adalah tidak adil untuk mengambil tindakan terhadap DAP menjelang PRU13.

"Adalah tidak adil untuk membatalkan DAP di saat menjelang pilihanraya umum ke 13. PAS melihat tindakan itu lebih bermotif politik," tegas beliau.

Tiada ulasan:

Pengikut