Bunyi macam ada perang Keluarga 69 dalam PKR...ini game siapa?
Kisah keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah tak ubah macam Keluarga 69. Keluarga yang cacamarba sebab politik melebihi segala-galanya.
Allahyarham Tan Sri P Ramlee mungkin tak terfikir nak oleh skrip sejauh ini semasa buat filem Keluarga 69 dulu.
Bayangkan, bos besar terpalit dengan macam-macam dakwaan. Paling serius kes dakwaan liwat,video China Doll dan pendedahan di blog raja goyang.
Nurul Izzah pun tak kurang dengan masalah. Tentu ramai masih ingat pasal kenyataannya mengenai kebebasan memilih agama dalam satu forum tahun lalu.
Dalam pada itu, ada juga suara-suara nakal dalam PKR tuduh ahli parlimen Lembah Pantai itu begitu begini.
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pula sudah jadi pemimpin boneka walaupun ada styatus sebagai Presiden PKR.Hakikat ini bukan saja tidak dapat diselindung malah terus merus menjadi bualan ramai.
Ini kerana beliau tidak berfungsi sebagai seorang presiden sebuah parti seperti orang lain.
Sebab itu juga pembantu kepada ahli parlimen Ampang mengaku tulis surat pada Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang mempersoal relevankah isteri Anwar kekal sebagai presiden parti.
Mohd Fareez Kamal Intidzam mendakwa Wan Azizah tidak berfungsi sebagai presiden dan kerap berlagak macam tak tahu apa-apa isu babitkan parti.
Malah, beliau mencadangkan kepada Hadi supaya Timbalan Presiden, Azmin Ali menggantikan Wan Azizah.
Pasal nak bertanding PRU 13, Wan Azizah sendiri pun cakap tunggang langgang.Sekejap kata nak, sekejap kata tak nak. Macam sandiwara lawak Tan Sri Khalid Ibrahim yang hu ha pasal nak bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Dua bulan lepas, entah apa punya rajuk, Wan Azizah kata tak mahu bertanding walaupun sebelum itu kata kemungkinan nak bertanding di Pulau Pinang.
Pada Khamis, beliau bikin panas pulak kata akan bertanding kerusi DUN Selangor.
"Ya, saya akan bertanding di Dun Selangor tetapi saya rasa kita perlukan adakan satu perbincangan bagi menentukan kawasan mana yang sesuai untuk ditandingi.
"Perbincangan ini perlu bagi memudahkan saya untuk menjalankan sesi kempen pilihan raya dan membolehkan fokus diberikan kepada kawasan tumpuan," katanya ketika ditemui S elepas Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Waris Wira Lahad Datu, di Shah Alam Khamis.
Tambahnya, "DUN mana masih belum diputuskan, tetapi saya tidak kisah di kawasan mana.
Pelik tidak,seorang Presiden yang patut ada kuasa istimewa bercakap dengan nada teragak-agak.
Di Selangor terdapat 14 kerusi DUN yang dimenangi PKR pada pilihan raya 2008 lalu dan tidak mustahil salah satu daripada kerusi itu akan menempatkan Dr Wan Azizah.
Sebab itulah boleh kata keluarga Anwar macam Keluarga 69...Keluarga tunggang langgang.
Satu sebab lain boleh rakyat ramai-ramai fikir kenapa jadi macam ni.
Dengar cerita ada kalangan ahli PKR berbunyi kenapa Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail tiba-tiba buat cerita pasal 'mungkin ada video Nurul Izzah dan Khalid' selepas ada video hubungan intim lelaki menyerupai Anwar dengan pemuda yang didedahkan Papagomo baru-baru ini.
Semua itu ada kaitan pasal Keluarga 69 ini.
Bukan rahsia lagi dalam PKR ada kem Azmin dan Khalid dalam perebutan jawatan Menteri Besar Selangor jika pembangkang kekal di negeri itu.
Ramai juga tahu Azmin tak ngam dengan Wan Azizah dan juga Nurul Izzah.
Siapa agaknya merancang supaya Mohd Fareez tulis surat pada Hadi pasal Wan Azizah?
Siapa agaknya merancang supaya Khalid hanya tanding Parlimen Bandar Tun Razak sahaja seperti diumumkan Anwar hingga sebabkan Wan Azizah yang rapat dengan Khalid 'merajuk' dan umum tak mahu tanding apa-apa?
Siapa agaknya merancang cerita kononnya ada video skandal babitkan Nurul Izzah yang dikatakan Saifuddin Nasution?
Ada yang membuat andaian kenyataan ahli Parlimen Machang itu macam 'beri isyarat' pada Nurul Izzah dan Khalid supaya jangan cakap banyak.
Khalid tentu kecut perut juga kerana dua tahun lalu heboh pasal ada rakaman video ditemui dalam pejabatnya di Bangunan SUK di Shah Alam.
Rakaman atau video apakah itu? Siapa punya kerja?
Melihat perkembangan ini semua jangan marah jika ramai pihak merasa mungkin ada gerakan menyingkirkan Wan Azizah, Nurul Izzah dan Khalid daripada PKR.
Wan Azizah mungkin menyedari 'permainan kotor' ini justeru itu beliau tiba-tiba umum mahu bertanding di Selangor.
Beranikah Azmin selaku Pengerusi PKR Selangor menolak hasrat Wan Azizah?
Perang dingin sudah lama mengelegak dalam PKR.Kini timbul tandatanya apakah ia akan bertukar kepada perang terbuka.
Dalam bab soksek mengenai pergelutan dalaman jangan cuba nak cakap ini semua kerja orang luar.
Pusing sana ...pusing sini...tak mungkin ada orang di luar parti boleh tekan swis.
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengibaratkan Selangor sebagai 'pemenang pingat emas' Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), antara lain kerana dilihat sebagai negeri "paling panas" kali ini.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, Selangor juga akan menjadi negeri paling panas berikutan perkembangan yang disaksikan sejak kebelakangan ini.
Negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR), sejak Mac 2008, ini sering menjadi tumpuan media.
Abdul Aziz berkata, Selangor diperuntukkan hampir 10 peratus atau RM35 juta daripada RM400 juta bajet keseluruhan, bagi mengendalikan pilihan raya umum negeri itu.
Dari segi jumlah pengundi pula, 2,051,708 daripada 13,291,385 pengundi berada di Selangor.
"… Selangor akan dikawal oleh ramai pihak penguat kuasa, ini satu lagi yang mendapat pingat emas. Selangor akan menjadi fokus media, semua yang kita lakukan akan menjadi tumpuan umum.
"Kawasan ini akan menjadi persaingan pelbagai penjuru oleh Barisan Nasional (BN) dan pembangkang yang akan terus (cuba) mengekalkan kuasa pemerintahan mereka," kata beliau pada majlis penyerahan surat watikah pelantikan kepada pegawai pengurus pilihan raya Selangor di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, sejak beliau menjadi Pengerusi SPR, pelbagai perkara diperkenalkan buat pertama kali.
Pada PRU13 ini pertama kalinya akan menggunakan dakwat kekal, undi pos untuk warganegara yang menetap di luar negara, akses media berkaitan penyiaran manifesto, dan sebagainya. – Sinar Harian
Setelah lima tahun DAP mentadbir Pulau Pinang, keadaan sosioekonomi di Pulau Pinang bertambah teruk, dengan kesesakan lalulintas yang semakin kronik, pembangunan hartanah mewah yang mengabaikan keperluan rakyat berpendapatan rendah, serta keadaan ekonomi yang mengalami defisit yang berkali ganda sejak 2009.
Ramai percaya LGE berjaya kurangkan hutang negeri tetapi ramai yang tidak tahu itu sebenarnya dibuat dengan bantuan Kerajaan Persekutuan.
Pulau Pinang alami defisit selama 4 tahun berturut-turut di bawah DAP dan Lim Guan Eng. Bajet defisit yang dicapai itu menunjukkan kerajaan DAP Pulau Pinang tidak cekap untuk mentadbir dan keadaan sedemikian jika dibiarkan berterusan akan menjadi lebih buruk kepada pembangunan.
Keadaan ini bermakna perbelanjaan negeri termasuk hutang mengatasi pendapatan dan rakyat tidak nampak perubahan yang dibawa oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Secara fizikal kita tidak dapat melihat pembangunan oleh kerajaan negeri. Projek mega yang ada dibuat oleh Kerajaan Persekutuan seperti jambatan, lapangan terbang, landasan berkembar keretapi, jalan raya dan kemudahan pelajaran serta kebajikan.
Projek terowong mega RM6.3 bilion Lim Guan Eng turut menerima kritikan hebat dari CAP.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyelar kerajaan negeri yang terburu-buru mahu membina projek terowong dasar laut sepanjang 6.5 kilometer menghubungkan tanah besar ke pulau itu.
Projek tersebut bukanlah satu penyelesaian jangka panjang kepada masalah lalu lintas di Pulau Pinang! Rejim DAP Pulau Pinang digesa menimbang semula projek itu dengan memikirkan semula asas dasar pengangkutan semasa secara keseluruhan.
Slogan kebebasan bersuara hanya retorik murahan PKR dan Rejim Pembangkang. Bayangkan, baru empat tahun memerintah pelbagai sekatan luar biasa telah dikeluarkan oleh mereka terhadap media yang menyokong kerajaan.
Puak pembangkang yang kononnya akan memberi sepenuhnya kebebasan media sekiranya dipilih rakyat untuk menjadi kerajaan... terbukti satu pembohongan yang paling jijis!
Sebelum 2008, mereka cuba menjadi jaguh kebebasan media, kebebasan bersuara dan sebagainya, kenapa pula sekarang ini tiba-tiba mereka menjadi marah dengan kebebasan media yang diamalkan oleh media arus perdana?
Aku percaya sekatan terhadap media akan bertambah parah sekiranya pakatan pembangkang diberi mandat penuh untuk memerintah negara.
Kebebasan media yang ada kini akan terus lenyap sekiranya pembangkang memerintah, mereka akan cuba untuk memansuhkan media arus perdana yang sedia ada atas alasan media tersebut berat sebelah.
Banyak kejadian membabitkan media sekarang ini membuktikan parti-parti pembangkang terutama PKR dan DAP hanya pandai bercakap mengenai kebebasan media tapi sebetulnya, mereka sendiri pun tak boleh bertahan dengan soalan, terutama yang tidak sehaluan dengan perjuangan mereka.
Paling ketara sudah tentulah gandingan mentor dan protege - Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli dalam mengendalikan soalan panas dari wartawan. Nampak pasagan mentor dan protege ini lemah dari segi mental, macam mana kata nak beri kebebasan media?
Pandai komplen orang lain, rupanya mereka lebih teruk lagi. Dimana prinsip kebebasan media yang dilaung-laungkan oleh Puak Pembangkang PKR, DAP dan PAS?
Belum memerintah takde kebebasan yang diberi kepada media!
PAS memfatwakan ibrahim libya dan pengikut-pengikutnya mati syahid. Dikebumikan tanpa dimandi dan dikafankan serta disembahyangkan... kerana terpengaruh dgn fatwa HJ Hadi dan sanggup berlawan dan membunuh anggota polis yang seagama... tapi hari ini PAS telah secara terang melanggar fatwa tersebut setelah bersama DAP dan PKR... dan hari ini apa pula status arwah-arwah tersebut??
Siapa yg tanggung dosa kerana tidak menyempurnakan jenazah-jenazah insiden memali mengikut hukum Islam yang sepatutnya...?
Video eksklusif yang belum pernah tersiar... Menyingkap kembali sejarah Memali bagi memberi pencerahan kepada generasi muda hari ini tentang hal sebenar yang diputarbelit oleh pembangkang bagi memburukkan pihak polis/kerajaan.
Akhirnya, Tian Chua dan Sivarasa telah dikantoikan sendiri oleh rakan rakannya dalam PKR. Penglibatan kedua dua orang daripada SUARAM dengan apa yang berlaku di Lahad Datu sudah semakin jelas.
Video di bawah ini dirakam pada 10.02.2013 (2 hari sebelum pencerobohan di Lahad Datu) semasa Program Sambutan CNY PKR 2013. Video Url: http://youtu.be/kA9d8hxvLVY
Video yang membuktikan Tian Chua, Siva Rasa, Darell Leiking dan beberapa orang pemimpin pembangkang yang tidak diketahui, telah berada di Philipina selang beberapa hari sebelum insiden pencerobohan di Lahad Datu berlaku.
Kemudian lihat pula kenyataan Tian Chua di twitter...
Dalam ucapan ringkas Darell Leiking, beliau ada mengatakan;
"Baru tadi.... baru semalam (09.02.2013), saya balik daripada Manila untuk satu misi bagi parti dengan rakan kita di sana, YB Tian Chua dan YB Siva Rasa. DSP Wilfred Bumburing pun sepatutnya bersama kami tapi beliau banyak urusan di sini Sabah tapi saya tahu beliau selalu Touch dengan kami berkenaan apa misi kita di manila baru-baru ini......"
Suatu yang mengejutkan, tarikh Tian Chua bertolak ke Philipina (31 Jan 2013) sehingga Darell Leiking memaklumkan kepada hadiri dengan ayat "semalam" (09 Feb 2013), menggambarkan seakan-akan pemimpin-pemimpin pembangkang berada di Philipina untuk suatu tempoh yang agak lama.
Bodo punya orang.. melancap depan lap top! nak muntah aku bueeekkkkk!!!!!
Cerita Pemimpin PKR melancap depan laptop! masuk hari ni dah tiga hari tersebar di ruang internet.. tapi aku malas nak layan sebab jijis sangat la... tu aku biarkan basi dulu... sape belum tangok lagi klik kat sini... (kalau ada selera nak tengok la)
KULIM - Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah hari ini mendesak kerajaan Kedah menyiasat dakwaan bahawa seorang anggota majlis tempatan di negeri itu terbabit dalam perlakuan lucah.
Pengerusinya Khairul Anuar Ramli berkata, rakaman perlakuan lucah itu dipapar menerusi blog 1cilipadi.blogspot.com awal hari ini.
Klip video berdurasi satu minit 36 saat itu memaparkan seorang lelaki yang dipercayai anggota majlis tempatan membuka seluar dan menunjukkan kemaluannya, katanya pada sidang media di sini hari ini.
Katanya, klip video itu dipercayai dirakam melalui satu perbualan antara pemimpin terbabit dengan seorang wanita menerusi aplikasi laman sosial Facebook.
Khairul Anuar yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah berkata, lelaki berkenaan turut memegang jawatan dalam parti pakatan pembangkang di Kedah.
"Isu ini melibatkan moral. Sebelum ini, kita mendengar dakwaan perlakuan seks pemimpin pembangkang pusat. Sekarang pula melibatkan pemimpin peringkat cabang. Ini menunjukkan seks atau perlakuan lucah menjadi sebahagian daripada budaya pembangkang," katanya. - Bernama
Financial Times dan Reuters membawa berita baik untuk rakyat Malaysia iaitu, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib, telah menyatakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional mampu memenangi majoriti 2/3 di dalam Pilihanraya ini. Keyakinannya amat bererti bagi kebanyakan golongan peniaga, terutamanya, kerana golongan inilah yang amat gusar dengan kredibiliti dan kebolehan pembangkang dalam menerajui ekonomi.
Hakikat bahawa Anwar Ibrahim juga menyatakan bahawa ini adalah peluang terbaik baginya untuk menang, dilihat sebagai satu kenyataan politik semata-mata daripada seorang yang asyik tertembak kaki sendiri di saat-saat genting ini.
Dengan mengenepikan skandal seksnya, rakyat Malaysia kini memerhatikan Anwar secara 'dekat' apabila namanya berkali-kali disebut dalam penyiasatan pencerobohan pengganas di Lahad Datu. Sehingga ke hari ini, Anwar gagal menjelaskan kenapa beliau berjumpa dengan pemimpin MNLF beberapa kali dan apa yang dibuat oleh 'orang-orangnya' di Filipina beberapa hari sebelum pencerobohan tersebut.
Ia tidak mungkin satu kebetulan untuk Anwar membangkitkan isu Malaysia akan kehilangan Sabah dan membuat bising mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah tanpa mengikut prosedur, sebelum peristiwa berdarah tersebut tercetus di Sabah.
Tetapi, kesilapan Anwar yang paling besar dalam menangani isu ini ialah beliau cuba menutup mulut media dari mengorek cerita sebenar darinya dengan cara mengugut untuk menyaman jika mereka bertanyakan kenapa beliau tidak menyaman pihak yang pertama sekali mendedahkan pendalangannya iaitu Reuters dan media Filipina?
Beliau mungkin meraih keuntungan politik jika berbuat demikian, tetapi hakikat bahawa beliau tidak melakukannya, menunjukkan yang laporan tersebut pastinya berasas.
Tiada siapa yang waras akan mengundi seorang yang tidak tahu menghargai nyawa manusia. Tiada siapa yang sanggup mengundi seorang yang sanggup menggadaikan sebuah negeri kepada pengganas demi untuk menjadi Perdana Menteri.
Negara jenis apakah yang Perdana Menterinya sendiri seorang pengkhianat?
Seperti juga masalah-masalah lain yang menimpa Anwar, tiada siapa yang menganiaya dirinya melainkan dirinya sendiri. Ini adalah masalah biasa bagi seorang yang begitu terdesak, tidak tertahan-tahan, teruja dan tergila-gila untuk berkuasa.
Anwar boleh saja berjuang dengan cara yang betul, iaitu bekerja bersungguh-sungguh untuk membuktikan kredibiliti partinya dan berkhidmat kepada rakyat di kawasannya dengan baik. Dengan cara ini, tidak mustahil suatu hari nanti beliau akan berjaya memenangi hati rakyat Malaysia di mana mereka mungkin akan melupakan segala kisah-kisah buruk, jijik lagi membusukkan mengenai dirinya.
Tetapi, beliau memilih untuk berjuang secara kotor, menggunakan pintu belakang dan mencetuskan suasana tidak aman. Malah, 'Arab Spring' merupakan impiannya, lalu bagaimana kita tidak melihat adanya hubungan antara dirinya dengan pertumpahan darah di Lahad Datu?
Sedang Anwar sentiasa berada di dalam 'mode' menyerang kerajaan dan apa saja yang berbunyi BN, Dato' Seri Najib pula amat bertentangan dengannya.
Berbeza dari Anwar, Perdana Menteri lebih suka bercakap mengenai pencapaian kerajaan daripada menyerang musuh politiknya.
Di dalam wawancara dengan Financial Times, misalnya, Dato' Seri Najib jelas begitu bersungguh-sungguh bekerja sebagai Perdana Menteri mahupun sebagai pemimpin parti. Beliau menjelaskan bagaimana sebuah kerajaan yang kuat amatlah perlu bagi mempercepatkan proses transformasi bagi negara ini. Beliau juga menekankan bagaimana beliau telah melakukan perubahan dari segi undang-undang di dalam UMNO begi memudahkan ahli untuk mengetengahkan pemimipin yang berpotensi.
Sebenarnya, beliau tidak perlu bercakap besar pun kerana angka-angka yang tercatat, dengan sendirinya membuktikan kesungguhan beliau bekerja. Malaysia kini didorong oleh sebuah program ekonomi yang dilancarkan pada 2010 bagi menggandakan pendapatan perkapita sehingga RM15,000 menjelang 2020. Ini membawa kepada peningkatan keyakinan pelabur asing di mana pegangan asing meningkat kepada 550% kepada RM215 billion (USD69 billion) sejak 2009, mengikut laporan HSBC.
Satu-satunya perkara yang Perdana Menteri sebut mengenai pembangkang dalam wawancara tersebut ialah beliau merasakan bahawa ia merupakan satu risiko yang besar untuk menaruh keyakinan kepada Pakatan yang tidak punya hala tuju yang jelas dan dengan manifesto yang tidak ada kredibiliti.
Tidak keterlaluan dikatakan bahawa adalah tidak perlu bagi sesiapa untuk melihat kepada angka-angka, tetapi melihat kepada personaliti kedua-dua pemimpin ini sahaja sudah cukup bagi rakyat untuk membuat pilihan. Anwar adalah seorang yang tidak patriotik, tidak sensitif, pengkhianat dan selamanya tergila-gila kuasa manakala Dato' Seri Najib pula adalah seorang yang tenang, rasional, elegan dan bijak.
Justeru, tidak syak lagi, majoriti 2/3 bukanlah satu masalah bagi Barisan Nasional.
Inilah wajah sebenar ulamak PAS... Mereka memang suka memaki, menghina dan mengutuk sesama Islam... PAS akan menghalalkan apa sahaja demi kelangsungan politik mereka. Disini kita boleh melihat PAS gagal serba serbi... Takbiirrr!
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku bertemu Ketua MNLF (Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro) pada tahun 1990-an iaitu ketika beliau masih berjawatan Timbalan Perdana Menteri yang dilihat sebagai cubaan untuk menyembunyikan pertemuan pada Julai dan Ogos 2012, kira-kira enam bulan sebelum pencerobohan pengganas di Lahad Datu.
"Saya mahu ceritakan sejarahnya. Ketika bersarapan dengan Presiden Fidel Ramos di (Istana) Malacanang, dia meminta tolong dari saya menyampaikan mesej kepada Nur Misuari untuk menyelesaikan perjanjian perdamaian antara Filipina dengan MNLF.
"Saya cakap kepada Nur (Misuari), sebaiknya cari jalan damai, kerana itu pendirian saya. Alhamdulillah dia setuju. Dia kemudian diangkat menjadi gabenor ARMM (Wilayah Autonomi Muslim Mindanao).
"Saya sebagai Timbalan Perdana Menteri bawa rombongan dengan peniaga-peniaga untuk bantu, dengan persetujuan Presiden Filipina. Jadi, saya berkawan. Dr Mahathir, Perdana Menteri ketika itu jemput Nur Misuari ke Kuala Lumpur atas jemputan rasmi bagi taklimat EPU (Unit Perancangan Ekonomi).
"(Kita) bagi sokongan kepada masyarakat di selatan Filipina ketika itu untuk cari jalan damai, berbaik dengan Manila dan sebagainya," kata Anwar pada 'Himpunan Pakatan Harapan Rakyat – Demi Keselamatan, Keamanan & Kedaulatan Sabah' di Kota Kinabalu 24 Mac, dilaporkan Suara Keadilan.
Blogger Sabah, musram rakunman berkata selepas insiden pencerobohan, Anwar hanya berani datang ke tempat yang aman seperti Kota Kinabalu, tetapi takut menghampiri kawasan-kawasan yang berhampiran dengan Lahad Datu, khususnya Sabah Timur.
"Kini penduduk yang dilanda krisis terutama pantai timur Sabah, rata-rata penduduknya begitu beremosi dan marah kepada "bakal Perdana Menteri" itu.
"Anwar tidak dapat menyorok lagi pengelibatannya terhadap penerobohan Lahad Datu, kerana bukan sahaja media tempatan, malah antarabangsa seperti AFP, Reuters, Manila Times dan banyak lagi membawa laporan bahawa persengkongkolan antara Anwar dan Nur Misuari adalah punca pencerobohan Lahad. Datu.
"Anwar boleh mengelak sementara waktu, tapi ingat, pelanduk selalu lupa pada jerat,"katanya.
Raja Petra Kamarudin (RPK), pengendali portal propembangkang, Malaysia-Today baru-baru ini mendedahkan dua kali pertemuan Anwar dengan Misuari berlaku kira-kira tujuh atau enam bulan sebelum berlakunya pencerobohan pengganas di Lahad Datu.
Pertemuan itu berlaku pada tarikh dan lokasi berbeza iaitu pada 16 Julai 2012 di Hotel Crowne Plaza, Jakarta dan pada 4 Ogos 2012 di Manila.
"Pada 16 Julai 2012, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah terbang ke Jakarta untuk bertemu dengan Nur Misuari – yang sangat dekat dengan Anwar sejak masih dalam kerajaan – dan komander tentera MNLF.
"Mesyuarat tersebut telah diadakan di Hotel Crowne Plaza Jakarta dan telah diatur oleh Ahli Parlimen Indonesia – satu lagi kawan rapat Anwar – menurut perintah Anwar.
"Mesyuarat kedua telah diadakan di Manila pada 4 Ogos 2012 bertujuan untuk memuktamadkan dan menandatangani perjanjian,"katanya dalam rencana bertajuk "The untold story of the Lahad Datu incident."
Dalam pertemuan itu Anwar dilaporkan telah meminta bantuan Misuari untuk memenangi sekurang-kurangnya 30 daripada 57 kerusi parlimen di Malaysia Timur untuk merebut kuasa kerajaan persekutuan dari Barisan Nasional (BN).
RPK berkata, Anwar yakin dapat menang 82 hingga 85 kerusi di Semenanjung, tetapi tidak begitu yakin dapat memenangi 57 kerusi di Sabah dan Sarawak, oleh itu beliau telah meminta pertolongan Misuari untuk menjayakan hasrat Pakatan mendapat jumlah kerusi tersebut.
Dedahnya lagi, Anwar meminta pertolongan Misuari itu kerana tahu ramai warga Filipina beragama Islam yang berada di Sabah dan Sarawak turut memegang kerakyatan Malaysia dan boleh mengundi.
Sebagai balasan, RPK berkata Anwar telah berjanji bahawa Sabah dan Sarawak akan diberi autonomi, apabila Pakatan menang kerajaan persekutuan.
"Negeri itu akan diberikan royalti minyak 20% untuk memastikan Sabah dan Sarawak menjadi kaya, dengan dianggarkan RM4 bilion setahun bagi setiap negeri.
"Anwar juga berjanji bahawa rakyat Filipina yang bukan warganegara Malaysia di Malaysia Timur akan diberi kewarganegaraan Malaysia, atau sekurang-kurang status pemastautin tetap supaya mereka boleh mencari pekerjaan di Sabah," dedahnya.
Nur Misuari telah bersetuju kepada terma Anwar kata RPK dan telah melantik Ibrahim Omar sebagai penyelaras, atau "duta tidak rasmi" ke Sabah untuk membantu Anwar meraih sokongan umat Islam Filipina di negeri ini.
RPK turut mendakwa pencerobohan pengganas ke Lahad Datu adalah sebagai sebahagian strategi merealisasi mencapai matlamat itu.
"Ia untuk meyakinkan umat Islam Filipina di Sabah bahawa mereka mesti bersatu di belakang Anwar untuk mendapatkan autonomi daripada kerajaan persekutuan," dedahnya lagi.
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ini sangat terkenal dengan keupayaan untuk menukar "imej" dan "wajah" dalam banyak situasi. Apabila berhadapan dengan kumpulan Melayu, dia akan kata,"saya Melayu, Islam, takkan saya nak hancurkan Melayu."
Namun bila berjumpa dengan orang Cina dia kata lain pula,"Pakatan berjanji akan mengembalikan hak rakyat termasuk Cina, India, Melayu bila kita tawan Putrajaya." Hilang dah perjuangan Melayu Islam yang dia kata dekat orang Melayu.
Suatu ketika dahulu semasa mengetuai ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) dia begitu bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam, tapi sokong Lina Joy murtad. Paling yang tidak dapat dilupakan adalah ketika ditemubual akhbar Wall Street Journal mengenai mengiktiraf kedaulatan Israel sekiranya PR memerintah Malaysia.
Anwar dengan jelas mengatakan: "Some refuse to recognize the state of Israel," he said, "but I think our policy should be clear – protect the security [of Israel] but you must be as firm in protecting the legitimate interests of the Palestinians." (Dipetik WSJ)
("Sesetengah orang enggan mengiktiraf Israel,"katanya, "tetapi saya rasa polisi kita perlu jelas - melindungi keselamatan (Israel) tapi kamu mesti tegas dalam melindungi kepentingan rakyat Palestin.")
Namun bila ditanya Anwar kata dia tidak kata mempertahankan Israel, dasar talam dua muka. Pernah dulu dipaparkan muka Anwar kena tumbuk semasa di Penjara Sungai Buloh dengan lebam-lebam satu muka, dia kata kena suntikan HIV dan sebagainya, tapi sekarang sihat walafiat, siap boleh bejoget atas pentas ceramah.
Semakin hampir dengan PRU13, semakin galak Anwar bersandiwara dan bermuka-muka dengan orang ramai, semata-mata demi undi dan Putrajaya.
Ramai orang bertanya siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya? Apakah dia seorang pejuang Islam atau sememangnya seorang yang munafik? Atau apakah dia sememangnya seorang patriot yang cinta hanya pada negara yang sanggup mati memperjuangkan hak bangsanya?
Atau apakah dia sebenarnya seorang pengkhianat yang sanggup memperjudikan masa depan negara dan bangsa serta agama sehingga sanggup menjadi tali barut kuasa asing, semata-mata untuk merebut tempat di Putrajaya?
Pada hakikatnya, makhluk bernama Anwar ini sebenarnya memakai banyak topeng yang beraneka warna untuk disesuaikan dengan golongan masyarakat yang ingin mengenalinya dari dekat. Disebabkan terlalu banyak topeng yang digunakan maka akhirnya dengan kuasa Allah SWT, kini dia sendiri secara sedar atau tidak telah melondehkan semua tembelang yang dilakukannya itu.
KUANTAN: Dewan Undangan Negeri Pahang akan terbubar secara automatik 8 April ini sekiranya tidak dibubarkan lebih awal.
Ia mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang di bawah Perkara 26 Fasal 3, yang menyatakan Dewan Negeri hendaklah berjalan terus selama lima tahun daripada tarikh persidangan yang pertama dan hendaklah terbubar pada tempoh itu.
Mesyuarat pertama DUN Pahang berlangsung pada 7 April 2008, kata Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Datuk Seri Wan Mohamad Razali Wan Mahussin.
Beliau memberitahu Bernama, mengikut prosedur apabila terbubar secara automatik, Wan Mohamad Razali akan memaklumkan perkara itu melalui surat rasmi kepada pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya negeri Pahang, menyatakan bahawa penggal DUN telah mencapai tempoh matang.
DUN Pahang mempunyai 42 kerusi.
Pada pilihan raya umum 2008, BN memenangi 37 kerusi, dua dimenangi DAP, dua PAS dan satu Bebas.
Calon Bebas di kawasan DUN Tanah Rata, Ho Yip Kap, kemudian menyertai parti Gerakan. -Bernama
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini perjelaskan bahawa tarikh sebenar pembubaran Dewan Rakyat secara automatik ialah pada 30 April dan bukan 28 April seperti yang banyak dilaporkan sebelum ini.
Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini berikutan tarikh 28 April itu jatuh pada hari Ahad.
Beliau berkata tempoh matang dibawa ke hari Isnin, 29 April dan Dewan Rakyat akan terbubar secara automatik pada tengah malam hari itu bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 diadakan sekiranya tidak dibubarkan lebih awal.
"Perubahan tarikh itu adalah berdasarkan peraturan yang ditetapkan SPR dan disahkan oleh bahagian undang-undang suruhanjaya ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
"Ini adalah pengiraan yang dibuat oleh bahagian undang-undang SPR di mana ada tarikh-tarikh cuti yang tidak boleh dikira," katanya.
Sebelum ini, banyak pihak membuat andaian bahawa Dewan Rakyat sepatutnya terbubar sendiri pada 9 Mac lepas berikutan PRU ke-12 diadakan pada 8 Mac 2008.
Bagaimanapun, tarikh cukup tempoh satu penggal atau lima tahun pilihan raya umum dikira berdasarkan tarikh hari pertama Dewan Rakyat bersidang selepas pilihan raya umum diadakan, bukan berdasarkan tarikh pilihan raya berlangsung.
Dewan Rakyat bersidang buat kali pertama pada 28 April 2008, iaitu 51 hari selepas tarikh PRU ke-12.
SHAH ALAM – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini membayangkan kemungkinan akan bertanding di kerusi dewan undangan negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 ini.
"Saya memang layak untuk bertanding di DUN, tapi perkara ini masih dalam perbincangan tidak formal," katanya kepada pemberita, di sini.
Dr Wan Azizah yang ditemui selepas penyampaian sumbangan kepada balu dan keluarga wira negara yang terkorban di Lahad Datu, ditanya mengenai desas-desus beliau akan bertanding di DUN pada pilihan raya umum kali ini.
Beliau yang dikaitkan dengan DUN Sementa dan satu kerusi DUN di Shah Alam juga hanya tersenyum ketika ditanya mengenai perkara itu.
Pada Pilihanraya Umum 2008, Dr Wan Azizah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti 13,388 undi, mengatasi calon Barisan Nasional, Datuk Pirdaus Ismail.
Bagaimanapun, beliau meletak jawatan pada 31 Julai 2008 bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding pada pilihan raya kecil kawasan itu.
Sementara itu pada sidang media berasingan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan beliau menangguhkan pembubaran DUN Selangor Februari lalu kerana ditentang beberapa anggota exco dan pemimpin parti. Sebaliknya kata beliau perkara itu adalah strategi parti.
"Kita ada strategi A, B atau C, seperti juga yang berlaku di DUN Negeri Sembilan yang dibiarkan terbubar dengan sendirinya, ia sangat mengelirukan," katanya selepas merasmikan Sistem Aplikasi Pejabat Tanah dan Galian Selangor.
Selasa lalu, Abdul Khalid mengumumkan DUN Selangor akan dibubarkan pada 22 April depan. Beliau sebelum ini pernah mengumumkan untuk membubarkan DUN Selangor selepas sambutan Cap Goh Mei pada Februari lalu.
LAHAD DATU – Pasukan keselamatan menembak mati seorang pengganas dalam pertempuran di Kampung Simunul, Semporna pagi tadi.
Turut ditahan dua wanita masing-masing isteri dan anak kepada pengganas terbabit pagi tadi.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan kejadian itu pada sidang media sebentar tadi dan memaklumkan empat lelaki turut ditahan dipercayai tiada dokumen pengenalan diri.
Kenyataan penuh beliau di bawah ini;
Pada jam lebih kurang 9.00 pagi, semasa membuat pemeriksaan di salah sebuah rumah di Kampung Simunul, pasukan keselamatan telah diserang oleh seorang pengganas dengan bersenjatakan sebilah parang. Pasukan keselamatan tersebut sempat mengelak dan serangan hanya terkena baju kalis peluru dan pengganas tersebut telah ditembak mati.
Dalam kejadian ini, pihak polis telah berjaya menangkap enam orang pengganas dengan pecahan empat lelaki dan dua perempuan serta turut telah merampas sebilah parang.
Daripada enam orang pengganas yang ditangkap, dua orang perempuan disiasat di bawah SOSMA dan empat orang lelaki lagi di bawah Akta Imigresen.
Statistik terkini jumlah tangkapan yang di siasat di bawah Security Offences (Special Measures) Act 2012, (SOSMA) adalah seramai 121 tangkapan. tangkapan kes-kes lain seramai 322 orang.
Jumlah mayat pengganas yang berjaya dibawa keluar adalah seramai 41 orang dan 02 mayat kanak-kanak serta jumlah pengganas yang ditembak mati adalah seramai 65 orang dan 02 orang mayat kanak-kanak.
Orang ramai dinasihati jangan mendengar khabar angin yang tidak benar dan sekiranya terdapat apa-apa maklumat sila lapor kepada pihak polis atau balai polis yang berdekatan.
Tidak ada yang lebih memalukan bagi sebuah parti politik daripada terpaksa menggunakan pengaruh musuh untuk menjatuhkan musuh. Tetapi, inilah yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat iaitu menggunakan pengaruh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir, untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib.
Jelas sekali yang PR cukup sedar bahawa parti mereka sudah kehilangan pengaruh secara drastik dan bahawa pemimpin mereka sendiri tidak punya 'aura' yang cukup kuat untuk mempengaruhi rakyat.
Taktik ini pastinya difikirkan setelah melihat bagaimana pendapat dan pandangan kritis Tun Mahathir terhadap pemerintahan Tun Abdullah sebelum ini, telah berjaya mempengaruhi rakyat jelata untuk meyakini bahawa ketidakpuasan hati mereka terhadap kepimpinan adalah berasas. Akibatnya, Tun Abdullah telah terpaksa menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Dato' Seri Najib, yang mana amat ditakuti oleh pembangkang.
Ketakutan pembangkang terhadap Dato' Seri Najib amat ketara apabila mereka terlebih dahulu mencipta berbagai-bagai fitnah terhadap beliau bagi memastikan bukan beliau yang menjadi pengganti Tun Abdullah.
Malang bagi pembangkang, kesungguhan mereka menyerang Dato' Seri Najib hanya menambahkan keyakinan rakyat bahawa beliaulah calon yang terbaik.
Malah, rekod juga menunjukkan bahawa Tun Mahathir sentiasa berdiri di belakang Dato' Seri Najib selama krisis kepimpinan berlaku di dalam kerajaan ketika itu. Beberapa kali beliau dirakam menyatakan bahawa pilihan pertama beliau adalah Dato' Seri Najib, tetapi telah tersilap membuat keputusan untuk memberi peluang terlebih dahulu kepada Tun Abdullah kerana berpegang kepada budaya 'seniority', serta percaya bahawa Dato' Seri Najib boleh menunggu kerana usia beliau masih muda.
Namun, semua itu telah dilupakan oleh pembangkang dan sebaliknya memilih untuk 'berpegang' kepada kenyataan Tun Mahathir baru-baru ini apabila ditanya sama ada Dato' Seri Najib perlu meletak jawatan jika BN kalah atau corot dalam PRU-13? Untuk makluman, perkara yang sama pernah ditanya oleh Malaysian Insider beberapa bulan lepas dan hari ini ia 'disemarakkan' semula oleh Malaysiakini serta disebarkan oleh laman-laman sosial PR.
Tun Mahathir seperti biasa menjawab soalan tersebut secara terus terang, bahawa begitulah sewajarnya, iaitu mana-mana kepimpinan yang bertanggungjawab harus meletakkan jawatan jika tidak berjaya mendapat keputusan yang memuaskan. Ini adalah jawapan 'standard' tidak kira dalam konteks pemerintahan negara, mahupun organisasi dan termasuklah dalam bidang sukan di mana jurulatih yang gagal, wajar bersara atau ditukarkan sahaja.
Memandangkan kita cukup kenal bahawa Tun Mahathir amat konsisten dengan kenyataan atau pendiriannya, maka jawapan seperti itu sudah pasti telah dijangkakan oleh pembangkang. Buktinya, beliau berkata demikian kepada Tunku Abdul Rahman dan berkata yang sama kepada Tun Abdullah Badawi apabila sokongan terhadap kepimpinan mereka mula lemah dan parti pemerintah mendapat keputusan yang tidak memuaskan dalam Pilihanraya.
Maka, bagi pembangkang untuk menggunakan jawapan 'standard' Tun Mahathir itu sebagai modal politik mereka untuk menjatuhkan Dato' Seri Najib amatlah menyedihkan. Nampak sangat yang mereka sudah benar-benar kehabisan modal.
Lebih pelik lagi, modal ini digunakan sedangkan rakyat boleh melihat sendiri bagaimana akhir-akhir ini Tun Mahathir begitu sibuk ke sana ke mari memuji-muji kepimpinan Dato' Seri Najib dan menyeru rakyat agar memberi sepenuh sokongan dan berdiri teguh di belakang Perdana Menteri. Beliau turut memetik angka-angka ekonomi yang menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan di bawah kepimpinan Dato' Seri Najib dan sentiasa menyokong apa jua tindakan kerajaan.
Berdasarkan apa yang berlaku ini, apa yang cuba digambarkan oleh PR iaitu Tun Mahathir ragu-ragu dan kurang yakin terhadap kepimpinan Dato' Seri Najib tentulah tidak masuk akal sama sekali. Lebih-lebih lagi, apabila PR turut membayangkan kononnya Tun Mahathir lebih 'menggemari' Tan Sri Muhyiddin untuk menerajui negara.
Strategi untuk melaga-lagakan pemimpin-pemimpin BN sesama sendiri tidak menjadi kerana ia tidak benar sama sekali. Pemimpin tertinggi UMNO atau BN bukan seperti pemimpin tertinggi PKR atau DAP, ataupun PAS yang asyik bertelagah gila kuasa kerana telah dihasut oleh parasit-parasit yang berkembang biak dan merebak sehingga ke akar umbi parti-parti mereka. Kepimpinan tertinggi UMNO/BN tidak lagi mengalami masalah berebut kuasa sedemikian kerana semua yang bermasalah begitu telah lari kepada pembangkang.
Secara logiknya, apa pun pendapat dan pandangan Tun Mahathir dan siapa pun yang beliau 'gemar' tidak seharusnya menjadi masalah PR. Kenapa PR perlu bergantung kepada pendapat dan pengaruh seorang musuh ketat untuk menarik sokongan rakyat?
Akhir sekali, kata-kata Tun Mahathir hari ini bahawa "tiada calon yang lebih sesuai untuk mentadbir Malaysia, selain Dato' Seri Najib," sewajarnya diambil sebagai titik noktah kepada strategi terdesak pembangkang ini.
Boleh dikatakan Khalid Ibrahim kini sedang meniti hari-hari terakhirnya sebagai menteri besar Selangor. Jika Khalid menang sekali pun peluang untuk beliau menjadi MB amat-amat tipis. Nasib Khalid hanya bergantung kepada Wan Azizah.
Pergaduhan antara kem Khalid dan kem Azmin tidak dapat dinafikan lagi. Dari sudut parti Azmin mempunyai kuasa yang lebih besar daripada Khalid kerana beliau pengerusi PKR Selangor. Khalid tiada hak untuk menentukan senarai-senarai calon dan kerusi-kerusi yang ditandingi calon-calon PKR. Semua kuasa terletak di tangan Azmin.
Di peringkat PKR pusat pula pergaduhan antara Azmin dengan Wan Azizah juga tidak boleh dinafikan. Kini dikhabarkan pergaduhan berkenaan menjadi semakin meruncing menjelang PRU kerana faktor calon.
Wan Azizah banyak menggunakan kuasa mutlak beliau sebagai presiden untuk memotong nama-nama calon yang dikenal pasti orang-orang Azmin. Di Selangor pula Azmin tidak menyenaraikan orang-orang yang dikenal pasti sebagai orang Khalid dan orang Wan Azizah sebagai calon.
Antara nama yang sedang hangat diperkatakan sekarang adalah nama setiausaha politik MB Selangor, Faekah Husin. Azmin dikatakan tidak menyenaraikan nama Faekah sebagai calon. Manakala Faekah yang sedang angau untuk bertanding mengunakan kelebihan hubungan rapat beliau dengan presiden untuk mempengaruhi Wan Azizah agar beliau dicalonkan.
Apa yang mengejutkan apabila Faekah meminta untuk bertanding di dua kerusi. Satu kerusi parlimen di Kuala Langat dan satu kerusi DUN di Pelabuhan Kelang. Lebih mengejutkan lagi apabila Wan Azizah bersetuju dengan permintaan Faekah. Ini yang menyebabkan Azmin dan orang-orangnya semakin berang dengan Faekah dan Wan Azizah.
Faekah kini telah bersiap sedia untuk bertanding dua kerusi dan mula bercakap besar dengan mengatakan kuasa menandatangani watikah adalah kuasa presiden dan bukannya kuasa Azmin.
Bagi kami di Sel13.Com kami hanya menunggu masa nama Faekah dinobatkan sebagai calon. Segala bahan-bahan untuk kami dedahkan tentang penyelewengan yang dilakukan Faekah sepanjang menjawat jawatan setiausaha politik MB Selangor telah berada di tangan kami.
Sebelum ini kami pernah mendedahkan bagaimana Faekah menyalah guna kedudukannya untuk mempengaruhi GLC Selangor memberi perniagaan kepada syarikat milik ahli keluarganya.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dibidas kerana begitu mudah memberikan alasan tersilap menulis angka berhubung kos pembinaan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Cukup mudah memberi alasan. Alasan mudah oleh DAP ini nampaknya sudah mula menjadi perkara biasa.
Masihkah kau ingat?
Tahun lepas begitu mudah beri alasan tersilap kira kertas undi dalam pemilihan Jawatan Kerja Pusat (CEC), itu pun berlaku selepas pelbagai pihak mempertikaikan tindakan parti tersebut yang menolak wakil Melayu dalam barisan kepimpinannya.
You are subscribed to email updates from Ohpolitik!™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
This article could be that short, but that might caused the DAP members to miss the points.
The point is, one must be very racist, irrational or insane to continue supporting a party that couldn't even count less than 2000 votes in their Central Executive Committee election. And since the party can't even count up to 2000, how do you expect them to count millions or billions or ringgit? If they can't count, how can they be given the mandate to lead a state, what more a country?
Because of DAP's incapability, the cost for the mega tunnel which was announced at RM4.08 billion is now at RM6.3 billion. So much of the bragging, about open tender having enabled the cost to reduce from the original RM8 billion.
Flashback to the CEC election, the 'computer' had sabotaged DAP and caused hundreds of votes to disappear. And in this mega project, the 'computer' had again played trick on DAP and caused some RM2.25 billion to 'appear' out of nowhere.
If it's not mathematic that is the problem, then it must be that DAP isn't computer savvy.
Or else, DAP wouldn't be making a 'typo error' because they don't even have to type the numbers out. The numbers would have been automatically calculated by the computer. In the case of not wanting to show the whole worksheet, all the 'humans' need to do is pick the automatically calculated total, and fill in their working papers or statements or presentations for other to see.
How complicated could it be to just copy the total and not the whole calculation?
If it is really a typo error, then the names 'Annie and Party', 'Pinny', 'Davy', 'Jimmy' and 'Terry' that came out in the 'paperwork' of the project as exposed earlier, could also be 'typo errors'. Couldn't it?
After years of calling UMNO as backwards, the Malays as slow, stupid and lazy, it is finally proven that DAP is the one who is a slow learner - even dumb. But at least, we are saved from the standard obnoxious excuse that all the miscalculations are UMNO's fault.
For the record, this so-called slow, stupid, lazy, racist UMNO Malays have been ruling this country for years without any records of stupid dumb mistakes like Guan Eng did. In case Guan Eng didn't realize, it is the same UMNO that leads Malaysia to what it is today where the Chinese and other races are free to grab opportunities and become tycoons.
Instead of being embarrassed and ashamed, Lim Guan Eng called those who pointed his 'errors' out as un-professionals! Therefore, I started to wonder whether DAP too, has a problem with English.
It is becoming more obvious that Lim Guan Eng is not very smart. He has better take up a computer course, repeat his studies in mathematics or accountings and polish his English before contesting in the upcoming election.
Guan Eng should know that mistakes in presenting the cost of a mega project that would affect the tax-payers are simply, absolutely, unacceptable. Bear in mind that Lim Guan Eng is not running some small grocery business in a shop-house, he is running a state. He is not talking about his household budget – his son's pocket money or his wife's kitchen expenses. But he is talking about a controversial mega tunnel worth billions, if not votes to select the people to help him run the state.
These are only few 'mistakes' or 'errors' that we are able to detect. I wonder what would we find if we could put our hands in the Penang State's administration and scrutinize all the numbers. And I can't imagine how many 'typo errors' or 'computer problems' that we could find if we do the same to DAP's administration.
Honestly speaking I think all Malaysians who are voters are actually thinking – whats so great about Parliament being dissolved early or later because at this present moment both sides of the political divide have already been campaigning as though voting is to be held tomorrow! The political temperature has risen ever since three years back and there is no sign it will go down even after polling because the 'heat has burnt the iron right down to its core'. While Prime Minister Najib Tun Razak leads the ruling coalition in defending the and rebutting the opposition pact's onslaught which the latter has conducted since immediately after the 2008 general election, the pact led by Anwar Ibrahim has been hammering into the minds of Malaysians the purported wrong doings and scandals and what nots done by leaders of the ruling party. However, since Najib began going down to the streets and talking to ordinary Malaysians, the tide or political climate seems to change and at the present situation, Anwar and his pact are facing problems to convince or influence the 'thinking' voters. Thinking voters, who are matured and wise enough to analyse the promises and pledges and the reality that are served, they have now decided which party to vote and the proof can be seen with members and supporters of the pact abandoning their 'loyalty' in droves. In desperation, Anwar and the pact raised racial and religious issues that further angered the multi-racial and multi-religious Malaysians that see DAP and PAS facing internal conflicts among their members. Before the issues can subside, the Lahad Datu incursion further put a slap to the pact's position as Armed Forces and police personnel clearly lost trust in the pact and returned to the ruling coalition. This is the scenario at present – opposition pact is grappling at anything to stop the erosion of support and influence while Najib and BN are getting back the trust from the people. And whether the Parliament is dissolved anytime now or later, the scenario is clear – BN is still the favourite – no matter what the pact leaders said. DAP owner Lim Kit Siang tries his psychological war tactic – opposition pact would win seven states – the same old song played by Anwar. It does not work anymore because voters see through the bluff – voters are no longer having the 2008 'anger and emotions' because they already see the happenings in states ruled by the opposition pact and they also see the truth from lies that have been pumped to them all this while. In short, voters are wiser and smarter now and this puts the pact in a desperate position where they now resort to political gangsterism
Financial Times and Reuters have got good news for Malaysians that the Prime Minister, Dato' Seri Najib has finally stated his confidence in Barisan Nasional winning 2/3 majority in the upcoming election. His confidence means a lot to the business people, especially, as many of the group are worried over the credibility and ability of the Oppositions in handling the economy.
The fact that Anwar Ibrahim had also stated that this could be his best chance of victory ever, is taken as a mere political statement from a man who has a been shooting his own foot again and again during these critical hours.
Pushing his sex-scandals aside, Malaysians are keeping their eyes on Anwar for his name keeps popping up in the investigation over the bloody Lahad Datu terrorist invasion. Until todate, Anwar fails to explain the reason behind his meetings with MNLF leaders and what were 'his men' doing in Phillipines just days before the invasion?
It couldn't be a co-incident that he must brought up the issue of Malaysia losing Sabah or all the fuss about the identity cards being issued not according to procedures to the immigrants in the state, prior to the bloody incident.
But the greatest mistake Anwar made in handling this issue, is that he tried to shut the medias from digging out the truth from him by threatening to sue them if they ever asked about why he didn't sue Reuters or the Philippines media who first reported the stories about him being the one behind the whole incident.
He could have gained a lot just by suing those medias but he didn't, which most certainly because there are concrete basis to it.
No one in the right mind would vote for a man who didn't care less about the lives of the people. No one in the right mind would vote for a man who had actually made a deal to give away a state to the terrorists so that he could become the Prime Minister.
What sort of country would it be, if the Prime Minister himself, is the traitor?
Just like all his other problems, nobody did anything to Anwar, but himself. This is a common problem of a man so desperate, so eager, so anxiously excited for power.
He could have fought a decent fight, work very hard to show his party's credibility and served the people in his constituency well, and may one day win the hearts of Malaysians that they might forget his dirty filthy stinking stories. But he chooses to fight dirty, go through backdoors and create unrest. 'Arab Spring' is his dream, so how could we not see his connection with Lahad Datu bloodshed?
While Anwar is always on the 'attack' mode over the government and everything that spells BN, it is very much the opposite with Dato' Seri Najib.
In contrary to Anwar, The Prime Minister would rather talk about his achievement than 'attack' his political enemies.
In the interview with Financial Times, for example, Dato' Seri Najib was obviously engrossed with his work as the Prime Minister and as the party leader. He explained, very matter-of-factly about how a strong government is necessary to accelerate the process of transformation in the country. He also pointed out how he has reformed UMNO and deliberately changed internal rules to make a potential leadership challenge easier.
He doesn't need to brag either, as the numbers speak for themselves. Malaysia is now being aided by an economic programme that the government launched in 2010 to double per capita income to $15,000 by 2020. This has led to external confidence whereby foreign holdings of Malaysian government bonds jump by 550 per cent to RM215 billion (USD69billion) since 2009, according to HSBC.
The only thing that the Prime Minister has to say about the Oppositions is that he thinks it is too risky to put faith in a coalition that does not have a clear sense of direction and with a manifesto that is not credible.
Needless to look at the numbers, the personalities of the two figures should be sufficient enough to help Malaysians make a choice. One is very unpatriotic, insensitive, a traitor and forever anxious for power and the other one is very calm, rationale, elegant and brilliant.
There is no doubt that two third majority wouldn't be a problem for Barisan Nasional.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pagi ini di IPD Taiping, satu laporan polis telah dibuat oleh Pertubuhan Perkasa Taiping dan Bukit Gantang ke atas Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, berikutan kenyataan beliau dalam Perakite Daily kelmarin.
Dalam kenyataan itu Raja Ahmad Al-Hiss telah menghina, menfitnah dan memburukkan nama polis.
Kenyataan beliau terhadap polis amat serius dan menyedari betapa seriusnya tuduhan tersebut, maka satu laporan polis dibuat hari ini.
Kami berharap pihak polis dapat menyiasat kenyataan Raja Ahmad yang berunsur fitnah dan hasutan jahat terhadap polis.
Sekian Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tahun ini genap satu dekad Dokumen Negara Islam. Ketika dilancarkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada November 2003, ia dicanangkan sebagai "usaha serius menangani kegagalan akal manusia" berhubung pelbagai masalah dalam negara. Dokumen ini kononnya merangkumi semua aspek negara Islam berasaskan al-Quran dan Sunnah, yang disediakan tenaga pakar Pas.
Dari Negara Islam kepada Negara Kebajikan
Dokumen ini diterbitkan sebagai reaksi kepada cabaran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kritikan seorang wakil Pemuda Pas terhadap kepimpinan parti di muktamar ke-49. Selama puluhan tahun Pas menuduh kerajaan sebagai sekular, Perlembagaan Persekutuan sebagai jahiliah, mahkamah sebagai toghut dan Umno sebagai "kafir berikat" kerana hubungannya dengan parti MCA dan MIC dalam Perikatan-Barisan Nasional.
Pas tidak berhasrat untuk buat HUDUD
Cerdik pandai Pas mengambil masa dua tahun setengah menyediakan dokumen 53 muka surat ini, atau purata sebulan untuk menyiapkan 1.8 muka surat.
Sepuluh muka surat pertama dihiasi tiga ayat al-Quran mengenai kerajaan, bersifat umum dan boleh diguna pakai sesiapa.
Empat muka surat selanjutnya ialah kata-kata aluan Abdul Hadi.
Mukadimah pula lima muka surat menjelaskan ideologi Pas. Isi sebenar cuma 32 muka surat, terbahagi kepada empat bahagian: tasawur (gambaran) negara Islam, dasar utama pemerintahan, ciri-ciri utama dan beberapa polisi umum negara Islam.
Dari segi ilmu, perbincangan dalam dokumen ini sangat tohor, tidak ilmiah dan terlalu umum untuk dijadikan panduan.
Penghasilannya bagai melepaskan batuk di tangga. Allahyarham Prof Datuk Dr Syed Hussein Alatas berpendapat isi buku ini bagaikan khutbah biasa selain penjelasan yang banyak berselindung, banyak kesalahan bahasa dan lebih cenderung menimbulkan kekeliruan daripada penerangan.
Sebaik sahaja diterbitkan, dokumen ini menerima pelbagai kritikan. Paling lantang ialah pucuk pemimpin DAP. Karpal Singh kata, "langkah mayat dia dulu" jika Pas mahu wujudkan negara Islam. Lim Kit Siang berkata, dokumen ini tidak boleh diterima langsung kerana bercanggah dengan Perlembagaan dan manifesto bersama Barisan Alternatif 1999. Ia juga bercanggah dengan prinsip demokrasi, hak asasi, pluralisme, hak wanita dan modenisme.
Kit Siang tuduh Pas tidak boleh dipercayai kerana bersikap 'lidah bercabang". Jaminan Pas tidak meneruskan perjuangannya membentuk negara Islam diisytiharkan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Persidangan Gereja-Gereja Malaysia di Petaling Jaya pada Mei 2000 dan Naib Presiden ketika itu Datuk Mustafa Ali dalam wawancara BBC pada September 2003. Kit Siang menarik perhatian mengenai perbezaan kandungan dokumen ini dalam versi bahasa Melayu dan Inggeris – satu cubaan Pas untuk memberi mesej berbeza kepada pengundi Melayu-Islam dan pengundi bukan Melayu-bukan Islam.
Pemimpin veteran DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, partinya tidak akan menyokong hasrat Pas menubuhkan negara Islam kerana ia hanya senjata Pas berebut agenda agama dengan Umno. Dokumen Negara Islam bersifat superfisial, kurang substance dan Malaysia tidak boleh dikuasai pemerintahan ala Ayatollah Khomeini, tegasnya.
Pemimpin sekutu termasuk Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah dan Dr Syed Husin Ali jelas tidak selesa dengan pendirian Pas.
Mereka mengeluarkan kenyataan akhbar menghormati hak Pas tetapi menegaskan bahawa "sebarang perubahan sistem perundangan dan pengenalan undang-undang hudud perlu mendapatkan sokongan majoriti rakyat."
Tahun ini sepatutnya Pas meraikan sambutan tahun ke-10 dokumen ini diterbitkan kerana ia hasil cerdik pandai Pas mengenai matlamat perjuangannya.
Namun, semua orang tahu Pas hari ini sudah banyak berubah dari segi prinsip, cara dan asas perjuangan politiknya.
Yang penting bukan lagi negara Islam tetapi kuasa semata-mata. Buku kecil ini pun tidak boleh didapati lagi, baik di pasaran mahupun pejabat Pas. Saya percaya pemimpin Pas sendiri lebih senang jika isu dokumen ini dikuburkan saja. Ia sudah diganti dengan buku lain iaitu perihal negara berkebajikan yang sudah pun saya ulas dalam ruangan ini. Sama-samalah kita tengok apa jadi buku negara berkebajikan ini, adakah nasibnya seburuk Dokumen Negara Islam?
PR berkata Astro untung 4.3 Billion dan memonopoli penyiaran di Malaysia.PR juga berkata,syarikat Astro dimiliki oleh kroni Umno dan sebab itulah Astro untung berbillion ringgit setiap tahun. Mereka berkat pihak Astro menindas pengguna dan pengguna terpksa membayar bil langganan pada setiap bulan.
Itu kata PR,tetapi apa yang dapat kita lihatsemua rumah ahli PR,Pas majoritinyamemasang Astro di rumah. Jika tidak mahu membayar bil,tak perlulah menggunakan Astro.Guna lah siaran apa sahaja yang tidak memerlukan bayaran...
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Anwar Ibrahim kita kenal sebagai seorang yang banyak sandiwara dan licik. Menjelang PRU13 ni macam-macam perkara telah direncanakan Anwar untuk meraih simpati dan undi rakyat Malaysia, perkara itu telah pun didedahkan Zul Noordin sebelum ini.
Antara 13 perkara yang akan Anwar lakukan untuk meraih simpati adalah dengan cuba membuktikan dia tidak terlibat dalam seks songsang dengan Saiful Bukhari, dengan menggunakan kenyataan bapa Saiful sendiri, dan perkara ini telah pun berlaku apabila bapa Saiful, dalam satu sidang media mengatakan dia meminta maaf kepada Anwar, dan sekaligus menyertai PKR.
Anwar juga dikatakan akan merancang kejadian di ditembak dalam kempen pilihan raya, tapi dipercayai peluru pada ketika itu tidak mengenai dirinya, sebaliknya isteri dan anaknya ... sandiwara satu keluarga.
Seorang pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata.
Anwar juga dikatakan akan bersumpah tipu :"Demi Allah, saya tak buat apa yang Umno tuduh", sekaligus pembangkang kemudiannya akan mengangkat Anwar kerana berani bersumpah dia tidak meliwat Saiful.
Jam Omega tiruan juga akan dikeluarkan Anwar di saat-saat akhir kempen sebelum hari mengundi. Kenapa saat akhir? Sebab pada masa itu, polis tidak akan sempat untuk menyiasat ketulenan jam tersebut.
Anwar juga dikatakan akan memujuk ahli Parlimen dan ADUN PKR yang lompat parti untuk menyertai PKR dan memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang ringgit. Keluarga mereka ini dikatakan sedang ditekan dan ditawarkan bayaran lumayan.
Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. Seolah-olah Mak Tom memaafkannya dan menerimanya, Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri.
Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut. Pembangkang dikatakan sedang cuba memujuk para pegawai penyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes Altantuya.
Tidak cukup dengan mainan dan sandiwara terhadap Umno dan Datuk Seri Najib, pembangkang juga akan serang isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah sedang dipujuk, digoda, dan dijanjikan habuan wang ringgit untuk membuat akuan Rosmah terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat.
Setiap ahli Pas juga akan diminta bersumpah untuk mengundi Pakatan dalam PRU nanti. Mengikut maklumat yang diterima dari orang dalam Pas, bahawa setiap ahli Pas akan diminta bersumpah "wallahi, wabillahi, watallahi, aku ahli Pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS"
Anwar juga akan tunjuk surat palsu Yusuf Al-Qaradawi yang kata Anwar patut jadi PM Malaysia.
Kemudian Pakatan akan umum dan haramkan Umno dan BN.
Terakhirnya, lelaki yang berwajah seperti Anwar akan muncul dan mengakui dialah yang berlakon dalam video seks skandal Chinadoll.
Licik bukan, inilah perancangan Anwar untuk cuba meraih simpati rakyat Malaysia. Apa sahaja jalan akan digunakannya tanpa mengira batas agama semata-mata nafsu politik dan kemaruk nak jadi PM.
Tak percaya? Sama-sama kita tunggu dan lihat kesudahan episod pelakon drama yang diberi jolokan pemimpin Anugerah Tuhan ini.
Tidak ada yang lebih memalukan bagi sebuah parti politik daripada terpaksa menggunakan pengaruh musuh untuk menjatuhkan musuh. Tetapi, inilah yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat iaitu menggunakan pengaruh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir, untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib.
Jelas sekali yang PR cukup sedar bahawa parti mereka sudah kehilangan pengaruh secara drastik dan bahawa pemimpin mereka sendiri tidak punya 'aura' yang cukup kuat untuk mempengaruhi rakyat.
Taktik ini pastinya difikirkan setelah melihat bagaimana pendapat dan pandangan kritis Tun Mahathir terhadap pemerintahan Tun Abdullah sebelum ini, telah berjaya mempengaruhi rakyat jelata untuk meyakini bahawa ketidakpuasan hati mereka terhadap kepimpinan adalah berasas. Akibatnya, Tun Abdullah telah terpaksa menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Dato' Seri Najib, yang mana amat ditakuti oleh pembangkang.
Ketakutan pembangkang terhadap Dato' Seri Najib amat ketara apabila mereka terlebih dahulu mencipta berbagai-bagai fitnah terhadap beliau bagi memastikan bukan beliau yang menjadi pengganti Tun Abdullah.
Malang bagi pembangkang, kesungguhan mereka menyerang Dato' Seri Najib hanya menambahkan keyakinan rakyat bahawa beliaulah calon yang terbaik.
Malah, rekod juga menunjukkan bahawa Tun Mahathir sentiasa berdiri di belakang Dato' Seri Najib selama krisis kepimpinan berlaku di dalam kerajaan ketika itu. Beberapa kali beliau dirakam menyatakan bahawa pilihan pertama beliau adalah Dato' Seri Najib, tetapi telah tersilap membuat keputusan untuk memberi peluang terlebih dahulu kepada Tun Abdullah kerana berpegang kepada budaya 'seniority', serta percaya bahawa Dato' Seri Najib boleh menunggu kerana usia beliau masih muda.
Namun, semua itu telah dilupakan oleh pembangkang dan sebaliknya memilih untuk 'berpegang' kepada kenyataan Tun Mahathir baru-baru ini apabila ditanya sama ada Dato' Seri Najib perlu meletak jawatan jika BN kalah atau corot dalam PRU-13? Untuk makluman, perkara yang sama pernah ditanya oleh Malaysian Insider beberapa bulan lepas dan hari ini ia 'disemarakkan' semula oleh Malaysiakini serta disebarkan oleh laman-laman sosial PR.
Tun Mahathir seperti biasa menjawab soalan tersebut secara terus terang, bahawa begitulah sewajarnya, iaitu mana-mana kepimpinan yang bertanggungjawab harus meletakkan jawatan jika tidak berjaya mendapat keputusan yang memuaskan. Ini adalah jawapan 'standard' tidak kira dalam konteks pemerintahan negara, mahupun organisasi dan termasuklah dalam bidang sukan di mana jurulatih yang gagal, wajar bersara atau ditukarkan sahaja.
Memandangkan kita cukup kenal bahawa Tun Mahathir amat konsisten dengan kenyataan atau pendiriannya, maka jawapan seperti itu sudah pasti telah dijangkakan oleh pembangkang. Buktinya, beliau berkata demikian kepada Tunku Abdul Rahman dan berkata yang sama kepada Tun Abdullah Badawi apabila sokongan terhadap kepimpinan mereka mula lemah dan parti pemerintah mendapat keputusan yang tidak memuaskan dalam Pilihanraya.
Maka, bagi pembangkang untuk menggunakan jawapan 'standard' Tun Mahathir itu sebagai modal politik mereka untuk menjatuhkan Dato' Seri Najib amatlah menyedihkan. Nampak sangat yang mereka sudah benar-benar kehabisan modal.
Lebih pelik lagi, modal ini digunakan sedangkan rakyat boleh melihat sendiri bagaimana akhir-akhir ini Tun Mahathir begitu sibuk ke sana ke mari memuji-muji kepimpinan Dato' Seri Najib dan menyeru rakyat agar memberi sepenuh sokongan dan berdiri teguh di belakang Perdana Menteri. Beliau turut memetik angka-angka ekonomi yang menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan di bawah kepimpinan Dato' Seri Najib dan sentiasa menyokong apa jua tindakan kerajaan.
Berdasarkan apa yang berlaku ini, apa yang cuba digambarkan oleh PR iaitu Tun Mahathir ragu-ragu dan kurang yakin terhadap kepimpinan Dato' Seri Najib tentulah tidak masuk akal sama sekali. Lebih-lebih lagi, apabila PR turut membayangkan kononnya Tun Mahathir lebih 'menggemari' Tan Sri Muhyiddin untuk menerajui negara.
Strategi untuk melaga-lagakan pemimpin-pemimpin BN sesama sendiri tidak menjadi kerana ia tidak benar sama sekali. Pemimpin tertinggi UMNO atau BN bukan seperti pemimpin tertinggi PKR atau DAP, ataupun PAS yang asyik bertelagah gila kuasa kerana telah dihasut oleh parasit-parasit yang berkembang biak dan merebak sehingga ke akar umbi parti-parti mereka. Kepimpinan tertinggi UMNO/BN tidak lagi mengalami masalah berebut kuasa sedemikian kerana semua yang bermasalah begitu telah lari kepada pembangkang.
Secara logiknya, apa pun pendapat dan pandangan Tun Mahathir dan siapa pun yang beliau 'gemar' tidak seharusnya menjadi masalah PR. Kenapa PR perlu bergantung kepada pendapat dan pengaruh seorang musuh ketat untuk menarik sokongan rakyat?
Akhir sekali, kata-kata Tun Mahathir hari ini bahawa "tiada calon yang lebih sesuai untuk mentadbir Malaysia, selain Dato' Seri Najib," sewajarnya diambil sebagai titik noktah kepada strategi terdesak pembangkang ini.
Seorang anggota militan Sulu ditembak mati setelah lelaki itu menyerang seorang anggota keselamatan dengan barong (sejenis parang) ketika pemeriksaan di sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna, hari ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keselamatan itu ditetak lelaki berumur 60-an terbabit di depan dan belakang badannya ketika
pasukan keselamatan menjalankan operasi bersepadu dan penggeledahan di kampung berkenaan pada 8.40 pagi.
"Walaupun ditetak, anggota pasukan keselamatan berjaya melepaskan tembakan. Tiada kecederaan serius dialami anggota kita.
"Siasatan mendapati lelaki itu merupakan pengawal dan pembantu kepada seorang penceroboh militan Sulu yang dikenali sebagai 'Imam Tua'," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
Iman Tua adalah antara pengganas yang mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di perkampungan atas air itu 2 Mac lepas yang turut mengorbankan enam anggota polis.
Hamza berkata hasil pemeriksaan di rumah itu, pasukan keselamatan menahan dua wanita berusia 45 dan 30 tahun yang merupakan isteri dan anak perempuan penceroboh militan yang ditembak mati berkenaan.
Kedua-dua wanita yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), katanya.
Beliau berkata turut ditahan dalam operasi itu ialah empat lelaki. Kesemua mereka ditahan mengikut akta-akta lain.
Hamza berkata sehingga kini pasukan keselamatan menembak mati 68 musuh manakala 121 individu ditahan untuk siasatan di bawah Sosma dan 443 ditangkap mengikut akta-akta lain.
Sementara itu, Hamza berkata ketua kampung dan ketua-ketua keluarga Kampung Tanjung Batu akan dibawa masuk bersama kumpulan penilaian terdiri daripada pegawai daerah dan Majlis Keselamatan Negara ke kampung itu esok bagi membuat taksiran kerosakan harta benda sebelum penduduk yang mempunyai dokumen dibenar pulang Sabtu ini.
Bagi yang tiada dokumen, mereka akan diletakkan di satu kawasan sementara, katanya.
Nama Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari sangat dibenci dan sering dikecam secara jijik lagi kotor oleh Pakatan Rakyat. Tidak henti-henti mereka memburukkan usahawan muslim yang sangat zuhud lagi pemurah itu. Kebencian PR, khususnya DAP dan Anwar Ibrahim terhadap beliau sudah tidak dapat dibendung. Inilah nasib malang yang menimpa jutawan Melayu-Muslim yang baik, rendah diri dan dermawan. Mengapa mesti Syed Mokhtar dihina dan dikeji semahu-mahunya. Mengapa Taikun lain tidak diserang sehebat Syed Mokhtar? Fikir-fikirkan. Mengapa mesti mahu dihancurkan perniagaan Syed Mokhtar? Mengapa tidak Taikun-taikun yang jauh lebih kaya daripada beliau? Mengapa Taikun Muslim seperti Syed Mokhtar yang "dilanyak" bersungguh-sungguh oleh Anwar Ibrahim? Mengapa DAP dan Anwar Ibrahim memilih Syed Mokhtar sebagai Taikun yang mesti diserang bertubi-tubi? Apakah agenda sebenar mereka?
(Hanya Taikun Syed Mokhtar yang diserang tidak henti-henti oleh Pakatan Rakyat, tetapi tidak Taikun yang lain)
KUALA LUMPUR, 28 Mac — Skop perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al - Bukhary yang luas dari gula sehingga syarikat komposit telah menjadi topik utama dalam kempen pilihan raya Pakatan Rakyat (PR), menandakan siapa dan apakah sasaran blok pembangkang itu jika mereka menang Pilihan Raya 2013. Dalam hampir keseluruhan ceramah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beberapa bulan kebelakangan ini, pemimpin de facto PKR itu menerangkan tentang pengaruh Syed Mokhtar yang berleluasa dan kesannya terhadap ekonomi.
Dengan menilai sambutan daripada hadirin kebanyakkannya Melayu semasa ceramah Anwar dan acara lain mengenai subjek tersebut oleh PAS dan DAP, kelihatan tiada kasih sayang yang banyak terhadap hartawan ini. Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli memberitahu, parti tersebut bukan hanya bercakap mengenai Syed Mokhtar akan tetapi termasuk juga Tan Sri Ananda Krishnan dan mereka yang mengawal kumpulan YTL dan Genting. "Kerana salah satu cabaran besar ... adalah untuk menangkis dakwaan Umno, PKR dan PR cuba untuk melemahkan kedudukan Melayu dari segi ekonomi dengan pendekatan yang berasaskan keperluan," kata Rafizi kepada The Malaysian Insider. "Memberi tumpuan kepada Syed Mokhtar adalah untuk mengubah minda dan menangani propaganda Umno ... " tambah beliau.
Rafizi berkata hartawan itu dibangkitkan kerana usaha PKR untuk menjelaskan keperluan beralih daripada dasar ekonomi semasa kerajaan bagi mencapai sasaran 30 peratus ekuiti Bumiputera. Beliau mengatakan kerajaan boleh mencapai sasarannya dengan membantu segelintir Melayu secara ekonomi, akan tetapi menurutnya majoriti daripada komuniti Melayu tidak mendapat manfaat daripada polisi tersebut. Rafizi memberitahu, sepanjang tiga tahun lepas PKR telah menerangkan kepada masyarakat Melayu alternatif lebih baik adalah untuk memperbaiki pendapatan isirumah bagi semua orang, menyedari majoriti orang miskin terdiri daripada masyarakat Melayu. "Apa yang kita tidak mahu adalah satu atau dua jutawan Melayu, kami mahu lihat semua orang mempunyai kehidupan baik dan pendapatan baik," kata Rafizi menerangkan mengenai ikrar pilihan raya PKR untuk memperbaiki kehidupan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Apabila ditanya tentang langkah yang akan diambil PKR selepas berkuasa, Rafizi mengatakan terdapat keperluan untuk memperkenalkan undang-undang anti monopoli dan anti persaingan yang lebih keras. "Apabila ini dapat dilakukan, kebanyakkan syarikat yang dimiliki oleh kroni.... perlu berhadapan dengan undang-undang ini dan akan melemahkan cengkaman terhadap ekonomi kita," katanya. Malaysia pada ketika ini mempunyai Akta Persaingan 2010 yang mula digunakan pada 1 Januari 2012 dan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).
Rafizi juga berkata akan terdapat sebuah suruhanjaya awam untuk meneliti kontrak kerajaan dan bebas menentukan jika terma kontrak adalah terbaik untuk kepentingan rakyat. Awal bulan ini, Rafizi mendakwa penjualan firma aeroangkasa yang lumayan CTRM Sdn Bhd kepada unit DRB-Hicom milik Syed Mokhtar tidak dilakukan melalui tender terbuka, mendakwa usaha untuk menswastakan syarikat berkaitan kerajaan akan meminggirkan tenaga kerja Bumiputera. CTRM merupakan anak syarikat Perbadanan Kementerian Kewangan (MOF) dan telah menunjukkan prestasi kukuh dengan kontrak bernilai RM8.26 bilion dari 2012 hingga 2017. Akhbar The Edge Financial baru-baru ini melaporkan hartawan logistik itu akan bersaing untuk projek baru rel kelajuan tinggi berjumlah berbilion-bilion ringgit, projek kereta api yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura. Syed Mokhtar sudah memiliki beberapa pelabuhan melalui MMC Corp Bhd, termasuk Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor, dan dilaporkan sedang berusaha untuk mengambil alih syarikat keretapi nasional KTM.
MMC Corp kini secara mempunyai usahasama dengan Gamuda Bhd untuk Massa Rapid Transit (MRT), projek rel terbesar di Lembah Klang, dijangkakan akan siap pada tahun 2017. Kedua-dua syarikat juga bekerjasama untuk projek 329km rel elektrik berkembar menghubungkan Perak dan Perlis yang dijangka akan siap pada tahun ini. Syarikat Syed Mokhtar telah dituduh mengawal perdagangan beras dan gula di Malaysia, dan kepentingan perniagaannya termasuk Malakoff Corp Bhd, pengeluar tenaga bebas terbesar negara.(sumber klik sini).
KUALA LUMPUR - Dengan pembubaran Dewan Rakyat tidak lama lagi bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), persoalan yang berlegar di setiap kepala sama ada ahli politik, pemerhati politik, pelabur, ahli perniagaan atau rakyat biasa, apakah Barisan Nasional (BN) akan kembali dengan mandat yang lebih utuh berbanding pilihan raya umum 2008?
Terpulang kepada kira-kira 13 juta pengundi untuk menentukannya, seorang ahli akademik yang menjejaki perkembangan politik di negara ini percaya arus politik semasa memihak kepada BN.
"BN akan dapat balik kerusi yang jatuh ke tangan pembangkang. BN akan menang besar. BN akan dapat kerusi dua pertiga."
Ini analisis peribadi Prof Dr Kamaruddin M Said, Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosio Budaya Majlis Profesor Negara (MPN) dalam wawancara khas dengan Bernama di sini baru-baru ini.
Kamaruddin mengakui bahawa pandangan beliau mungkin dianggap terlalu optimistik oleh sesetengah pihak tetapi pandangan ini berdasarkan kepada sentimen pengundi dan asas-asas yang memihak kepada BN.
Dengan menyifatkan PRU13 sebagai pilihan raya penyelarasan, beliau berpandangan pengundi 2008 sudah dapat menilai baik buruk, kekuatan dan kelemahan kedua-dua pihak BN dan pakatan pembangkang (PR).
Oleh kerana itu beliau menjangka BN dapat merampas semula semua atau sebahagian besar daripada 30 kerusi parlimen yang jatuh ke tangan PR pada PRU12.
Untuk rekod, BN gagal mengekalkan majoriti dua pertiga pada PRU 2008 dengan memperoleh hanya 140 kerusi parlimen sementara PR memenangi 82 kerusi parlimen.
Di peringkat DUN, BN memperoleh 307 kerusi sementara PR 198 kerusi.
LEBIH DINAMIK
Apabila Kamaruddin menyatakan BN akan menang besar, beliau menyandarkan analisis yang optimis ini kepada kepimpinan kerajaan dan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kepimpinan BN sudah jauh berubah berbanding 2008. Dinamik, pemikiran yang lebih terancang dan langkah-langkah pembangunan yang strategik mencirikan kepimpinan Najib.
Beberapa faktor ini difikirkannya akan mempengaruhi pengundi untuk memberi undi mereka kepada BN.
Kepimpinan Najib yang lebih dinamik dengan pelbagai program transformasi serta inisiatif 1Malaysia dilihat sebagai kunci utama yang akan mengembalikan kemenangan besar BN pada PRU13.
Menurut Kamaruddin, Gagasan 1Malaysia yang dianggap sebagai sangat strategik seakan mahu memujuk bukan Melayu dan memberi harapan kepada orang Cina dan India.
Ia juga berjaya kerana diumumkan pada masa orang Melayu tidak takut lagi kepada persaingan.
"Semuanya kerana kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berjaya melahirkan Melayu Baharu profesional.
"Jika diumumkan pada 1970 ia tidak mungkin diterima kerana Tragedi 13 Mei 1969. Orang Melayu pada masa itu mengharapkan pembasmian kemiskinan dan pembelaan.
"Tetapi apabila diumumkan pada 2009, orang Melayu menerimanya dengan tenang sebab minda orang Melayu terutama Melayu Baharu sudah berani bersaing, sudah berani ke pentas antarabangsa," kata Kamaruddin.
UNTUK SEMUA
Kamaruddin, yang juga pensyarah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), berkata terdapat banyak unsur kebijaksanaan dalam dasar-dasar baharu yang dibuat Najib.
Beliau mengambil contoh kepada pemansuhan Akta Darurat serta Akta Keselamatan Dalam Negeri.
"Akta Universiti dan Kolej Universiti 1970 juga sudah dilembutkan dan tidak ada lagi halangan untuk pelajar terlibat dalam politik.
"Promosi program-program 1Malaysia dengan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan jelas menunjukkan mana-mana rakyat yang memerlukan akan diberi bantuan tanpa mengira kaum.
"Ini dilihat sebagai adil dan saksama terutama bagi pengundi atas pagar, " jelasnya.
BUKAN PENENTU
Jika ada orang beranggapan PRU13, pilihan raya penentu, Kamaruddin berpendapat sebaliknya.
"Mungkin pandangan saya ini berbeza daripada pandangan orang lain. Pilihan raya penentu sebenarnya ialah PRU12 pada 2008.
"Pada PRU12, Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan sahaja merampas 30 kerusi parlimen yang sebelum itu dikuasai BN tetapi pembangkang menguasai lima buah negeri.
"Kedudukan PKR juga menjadi hebat. Daripada satu kerusi parlimen, PKR menambah 30 lagi kerusi parlimen. Pada saya pengundi yang mengundi PKR ialah pengundi atas pagar," kata Kamaruddin.
Pengundi atas pagar yang disebutkan ini ialah golongan muda dan profesional.
Dua faktor dikaitkan dengan kemenangan besar PR iaitu kepimpinan BN yang lemah serta simpati bagi Anwar Ibrahim yang keluar daripada tahanan dan diangkat sebagai wira.
"Hampir 100 peratus pengundi atas pagar ini menyokong dia (Anwar). Kalau nak menang masa itulah sepatutnya. Bagaimana pihak pembangkang tidak berjaya mendapat undi yang banyak," jelas Kamaruddin. TIDAK SUSAH
Bukan sedikit yang menjadi taruhan pada PRU13. Pembangunan negara, keamanan dan masa depan yang cerah untuk generasi muda khususnya.
Ini yang perlu dijaga dan keputusan untuk membuat pemilihan yang tepat bagaimanapun bukanlah sukar. Perkara ini turut ditekankan Kamaruddin.
Menurut beliau, pengundi sekarang bukan berada dalam keadaan 'ditelan mati emak, diluah mati bapak' seperti senario 2008.
"Pilihan untuk PRU13 sudah menjadi mudah. Kepimpinan Najib adalah yang terbaik dan saya fikir majoriti akan membuat keputusan seperti itu termasuk kumpulan atas pagar.
"Saya rasa tidak juga sukar untuk pengundi atas pagar meninggalkan Anwar kerana mereka sudah membayar pampasan pada 2008, sudah tak ada rasa bersalah.
"Sekarang pun imej Anwar sebagai wira sudah tercalar banyak. Dia juga tidak boleh mengharmonikan kerjasama tiga parti dalam PR," kata Kamaruddin.
Menurut beliau, sebenarnya tidak ada keserasian politik antara PAS, DAP dan PKR berbanding kerjasama yang agak mantap dalam kalangan parti-parti komponen BN.
"Terkini isu kalimah Allah dan siapa akan jadi perdana menteri jika PR menang," kata Kamaruddin.
Bagaimanapun, beliau berkata penyokong pembangkang tegar parti pembangkang tidak akan mengubah pendirian mereka untuk terus menyokong pembangkang pada PRU13. ARAB SPRING
Ketika bahang PRU13 semakin terasa, ada juga pihak yang membuat telahan 'Arab Spring' akan berlaku di Malaysia.
Dalam menolak andaian itu, Kamaruddin mengingatkan bahawa 'Arab Spring' itu sebenarnya ditaja kuasa besar terutama Amerika Syarikat.
Menurut beliau, gerakan ini ada kaitannya dengan pandangan Amerika Syarikat bahawa keselamatan negara itu digugat oleh para pemimpin Arab ini yang kemudian dijatuhkan satu persatu.
Ini termasuk Hosni Mubarak yang dikorbankan meskipun ia sekutu Amerika kerana Amerika menganggap Mesir akan menjadi pentas yang boleh menggugat kedudukannya.
Menurut Kamaruddin, Malaysia hanya sebuah negara kecil dan tidak pernah menggugat keselamatan Amerika Syarikat.
"Walaupun kita kecil, perdagangan kita dengan Amerika sangat penting dan besar. Persepsi Amerika terhadap negara kita pun sudah berubah berbanding sebelum ini.
"Maknanya dalam keadaan sekarang, Amerika tak akan membantu untuk melancarkan Arab Spring di Malaysia," tambahnya.
AMAL DEMOKRASI
Malaysia juga satu-satunya negara di Asia Tenggara yang mengamalkan demokrasi sejak merdeka dengan mengadakan pilihan raya setiap lima tahun sekali.
Parti yang memerintah walaupun tidak sepenuhnya sempurna namun berjaya memainkan peranan membangun negara, menyusun masyarakat, memerangi komunis, mengatasi Peristiwa 13 Mei dan melancarkan DEB.
Menurut Kamaruddin, sejak Merdeka, BN mencatatkan rekod yang baik dalam membangunkan negara.
Ia hasil kerjasama gabungan nasionalis Melayu, Cina, India dan kemudian nasionalis Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata parti yang memerintah bukan sekadar menabur janji dan mengaitkan dengan peribahasa "Siapa Menyemai Angin Dia Menuai Badai."
"Maknanya, katakanlah parti memerintah hanya pandai menabur janji, sudah tentu kerajaan itu sudah lama hancur. Ini tidak berlaku kepada BN," tegasnya. - Bernama
SHAH ALAM: Seramai 1,010 suri rumah hari ini memfail saman terhadap kerajaan Selangor menuntut tunggakan sejumlah RM5.858 juta kerana gagal memberikan bantuan elaun kepada suri rumah yang menjaga anak mereka di rumah seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008. Saman difailkan Tetuan Kamarudin & Partners di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi pihak suri rumah di Selangor yang diketuai seorang suri rumah, Norela Abu Bakar, 41. Mereka menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP sebagai defendan pertama dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku ketua eksekutif kerajaan negeri sebagai defendan kedua. Dalam saman itu, mereka mendakwa defendan pertama berjanji kepada rakyat Selangor termasuk plaintif-plaintif untuk memberi elaun kepada suri rumah sekiranya defendan pertama memenangi pilihan raya umum 2008. "Berdasarkan manifesto defendan pertama itu, setiap suri rumah di Selangor layak menerima elaun daripada defendan pertama dan plaintif meletakkan setinggi harapan ke atas manifesto itu sebagai tempat pembelaan kebajikan hidup melalui elaun yang dijanjikan," kata mereka.
Nampaknya begitu ramai peminat-peminat Tian Chua, pencetus filem drama 'Lahad Datu the movie' yang mendapat sambutan 'pecah panggung'. Begitu ramai yang teruja, membakar gambar, memijak-pijak gambar, perarakan dengan kain rentang di seluruh negara,
Sambutan luar biasa yang mencerca, mengherdik Tian Chua atas sikap biadap dan celupar menuduh kerajaan UMNO merancang pencerobohan Lahad Datu sebagai 'diversion' kepada permasalahan negara.
Kerajaan perlu buktikan pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari dari MNLF ada kaitan dengan pencerobohan 'Tentera Sultan Sulu'. Jika akhbar Filipina sendiri membocorkan cerita-cerita persengkokolan ini. Biarlah Tian Chua tersentak dari lena bahawa rupa- rupanya semua ini bukan sandiwara tetapi betul-betul berlaku di alam realiti.
Penulis suka hendak membicarakan skrip drama lima orang jeneral yang terjebak dengan politik Anwar Ibrahim. Sekadar lima orang? Tetapi penulis lihat berpuluh-puluh bekas jeneral yang hadir dalam pertemuan dengan Perdana Menteri. Mengkagumkan. Penulis pasti jeneral-jeneral yang sedang berkhidmat dan segala anggotanya tentu bersama-sama dengan kerajaan yang ada pada hari ini.
'Lima jeneral lapuk' itu sudah ketinggalan zaman memilih pemimpin politik yang sudah 'outdated' dan 'expired'.
Bagaimana lima jeneral yang diasuh, diajar dengan disiplin dan doktrin ketenteraan boleh memilih seorang pemimpin yang didakwa terlibat dengan skandal-skandal sebagaimana yang dipaparkan di media dan sahabat-sahabat karibnya.
Pemimpin itu mempersoalkan pula 'command structure' ATM sedangkan struktur kuasa PKR sendiri kucar-kacir. Siapa yang berkuasa dalam partinya, Penasihat atau Presiden PKR? Tetapi itu yang berlaku dalam PKR.
Bagaimana lima jeneral ini boleh terpikat dan terpengaruh dengan Anwar Ibrahim? Adakah mereka ini pernah bersama-sama dengan Anwar semasa Anwar menjadi TPM dahulu?
Mereka tentu mempunyai 'intelligence/perisikan' tetapi lima jeneral ini tidak cukup intelligent atau kebijaksanaan. Jeneral yang bijak boleh berfikir secara strategik dan taktikal akan satu-satu situasi. Jeneral mungkin bekas professional soldiers tetapi bukan professional politicians. Dalam situasi sebegini akan kelihatan kebodohan jeneral-jeneral tersebut.
Apakah agaknya yang dijanjikan oleh PKR kepada lima jeneral itu? Kedudukan, pangkat, jawatan Menteri Pertahanan, bisnes dan sebagainya.
Jeneral-jeneral ini rupa-rupanya ada cita-cita politik dan ingin berkuasa. Alhamdulillah mereka menunjuk belang selepas bersara. Apalah akan terjadi jika jeneral-jeneral yang dahaga dan lapar kuasa ini masih berkhidmat dan membawa anak- anak buah mereka menentang kerajaan dengan cara rampasan kuasa?
Kita minta kerajaan berhati-hati dan selidik jika mereka membocorkan rahsia-rahsia kerajaan yang boleh menjejaskan keselamatan negara. Gunakan OSA.
Ketika lawatan ke Indonesia, penulis sempat melawat tugu peringatan tujuh jeneral TNI yang diculik, diseksa dan dibunuh dalam insiden Lubang Buaya ketika rampasan kuasa PKI. Memang cukup menyayat hati, tetapi apa yang lebih penting ialah pelajaran yang perlu kita hayati daripada peristiwa Lubang Buaya ini.
Lima jeneral bersara ini sedarlah bahawa kedaulatan negara lebih penting dan utama daripada pentas-pentas politik yang belum menjanjikan apa-apa kepada anda semua.
Kepada semua rakyat, veteran dan bekas tentera anggaplah mereka 5 jeneral humpty dumpty. Kita semua masih ingat lagu kanak-kanak tentang humpty dumpty ini.
''Humpty Dumpty sat on a wall,
Humpty Dumpty had a great fall.
All the king's horses and all the king's men
Couldn't put Humpty together again''
Kalau dalam cerita rakyat Melayu bolehlah kita anggap anggota jeneral-jeneral ini sebagai ''Si Luncai terjun dengan labu-labunya... biarkan, biarkan.''
Veteran dan bekas tentera marah kepada jeneral-jeneral ini sebagaimana yang terpapar di media massa kebelakangan ini. Penulis ingin sarankan kita tidak perlu doktrin tentera untuk serang balas jeneral-jeneral ini.
Apa kata kita guna doktrin awam iaitu PRU-13. Semua rakyat, tentera, veteran, bekas tentera, pengundi-pengundi jangan mengundi PR, PKR, DAP dan Pas. Kita biarkan luncai terjun dan humpty dumpty jatuh dari temboknya.
Kita tolak parti politik yang boleh menjahanamkan negara Malaysia.
Apabila tercetusnya pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu pada 9 Februari 2013 (Tragedi 923), timbul semula persoalan tuntutan Filipina ke atas Sabah. Sebenarnya, isu ini dibangkitkan sejak awal 1960-an. Beberapa ulasan popular telah disiarkan menerusi media arus perdana mengenainya, namun isu tentang sejarah ini tidaklah begitu mudah dirungkai.
Dari sudut sejarah, hubungan antara Kesultanan Sulu dengan Sabah (sejak abad ke-17 sehingga abad ke-20) sangat rencam lantaran membabitkan rangkaian rumit hubungan antara Sulu-Sabah dengan Brunei, Mindanao, Sepanyol, Belanda, Amerika dan British. Kerumitan ini melibatkan begitu banyak perjanjian dan protokol (antaranya):
* Perjanjian 1646 (Sepanyol-Sulu)
* Perjanjian 1667 (Sepanyol-British)
* Perjanjian 1725 (Sepanyol-Sulu)
* Perjanjian 1737 (Sepanyol-Sulu)
* Perjanjian 1761 (British-Sulu)
* Perjanjian 1763 (British-Sepanyol)
* Perjanjian 1763 (British-Sepanyol)
* Perjanjian 1814 (British-Belanda)
* Perjanjian 1824 (British-Belanda)
* Perjanjian 1836-1837 (Sepanyol-Sulu)
* Perjanjian 1847 (British-Brunei)
* Perjanjian 1849 (British-Sulu)
* Perjanjian 1850 (Amerika Syarikat-Brunei)
* Perjanjian 1851 (Sepanyol-Sulu)
* Perjanjian 1871 (British-Belanda)
* Perjanjian 1871 (Sepanyol-Sulu)
* Perjanjian 1899 (Amerika Syarikat-Sulu)
* Perjanjian 1915 (Amerika Syarikat-Sulu)
* Protokol 1877
* Protokol 1885.
Persoalannya, jika Filipina membawa tuntutan ini ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), apakah Malaysia mempunyai peluang menang (jika Malaysia setuju untuk mendepani cabaran Filipina)? Filipina mempunyai beberapa sebab yang menunjangi tuntutannya.
Pertama, walaupun Filipina tidak lagi mengiktiraf kewujudan Kesultanan Sulu, namun kedaulatan Kesultanan Sulu telah dipindahkan kepada kerajaan Filipina kerana Kepulauan Sulu merupakan sebahagian daripada negara Filipina. Oleh itu, kerajaan Filipina berhak menuntut Sabah.
Kedua, sehingga kini Filipina (dan waris Sultan Sulu) percaya Sultan Sulu (Sultan Jamalul Azam) hanya memajak Sabah - tanpa menyerahkan hak kedaulatan Sultan Sulu - kepada Baron Overbeck (warga Austria) dan Alfred Dent (warga British), berdasarkan terjemahan versi Amerika Syarikat terhadap teks Perjanjian 1877.
Di sebaliknya pula, Malaysia berpendapat Sultan Sulu telah menjual Sabah - dengan menyerahkan hak kedaulatan Sultan Sulu - kepada Overbeck dan Dent, berdasarkan teks terjemahan versi British.
Perlu dinyatakan di sini, Filipina percaya meskipun Sultan Jamalul Azam (Sultan Sulu) menganugerahkan gelaran Datu Bendahara dan Raja Sandakan kepada Overbeck (Perjanjian 1878), namun status Overbeck hanyalah sebagai datu sahaja. Hak kedaulatan masih tetap dipegang oleh Sultan Sulu.
Namun, Malaysia menegaskan ini merupakan dalih licik Filipina semata-mata kerana Sultan Jamalul Azam telah mengiktiraf Overbeck sebagai 'pemerintah agung dan merdeka'. Ini membuktikan Sultan Jamalul Azam telah menyerahkan hak kedaulatannya kepada Overbeck lantas berakhirlah hak kedaulatan Sultan Sulu terhadap wilayahnya di Sabah.
Ketiga, Filipina berpendapat wilayah Sultan Sulu di Sabah tidak termasuk dalam Protokol 1885. Menerusi protokol ini, Sultan Sulu dikatakan hanya menyerahkan hak kedaulatannya kepada Sepanyol membabitkan Kepulauan Sulu sahaja. Ini bermakna, Filipina tetap dan masih berhak ke atas Sabah.
Persoalan ini sukar diselesaikan kerana teks asal Perjanjian 1878 (dalam bahasa Melayu) masih tidak ditemui, malah hal ini turut diakui oleh Filipina sejak awal 1960-an lagi. Jika isu ini dibawa ke ICJ, teks terjemahan yang manakah akan diperakui oleh pihak mahkamah, dan atas justifikasi apa? Jika pihak mahkamah memperakui teks terjemahan versi Amerika, apakah Malaysia masih berpeluang untuk memenangi kes ini?
Malaysia tetap mempunyai peluang yang lebih besar untuk menang kes ini.
Pertama, ketika Suruhanjaya Cobbold membuat pungutan suara di Sabah, majoriti penduduk Sabah menyokong pembentukan Malaysia sekali gus menolak untuk bergabung dengan Filipina atau kembali ke pangkuan Sultan Sulu.
Kedua, pihak kerajaan Filipina sendiri (menerusi ucapan Presiden Macapagal bertarikh 28 Januari 1963) telah memberikan hak mutlak kepada penduduk Sabah untuk menentukan masa depan Sabah sama ada mahu menyokong Filipina atau menyokong pembentukan Malaysia. Penduduk Sabah telah membuat keputusan muktamad. Filipina harus menghormati keputusan ini. Perlu ditegaskan, tidak ada raja tanpa rakyat. Oleh itu, tuntutan Filipina (dan pihak Sultan Sulu khasnya) bernoktah di sini.
Ketiga, tuntutan Filipina (dan waris Sultan Sulu) amat aneh. Wilayah Sultan Sulu di Sabah hanyalah meliputi kawasan pesisiran pantai utara dan timur Sabah sahaja (sempadannya masih tidak jelas sehingga hari ini), bukannya meliputi seluruh Sabah. Nyatalah tuntutan Filipina (dan waris Sultan Sulu) tidak berasas bahkan melampaui batas pula. Wilayah pantai barat Sabah dikuasai Kesultanan Brunei, manakala kawasan pedalaman Sabah bersifat autonomi (tidak dikuasai Brunei dan Sulu).
Terlebih penting lagi, Malaysia tidak berkewajipan untuk membayar pampasan tahunan kepada waris Sultan Sulu. Urusan pembayaran pampasan tahunan (tanpa had masa) kepada waris Sultan Sulu ($5,000 setiap tahun berdasarkan Perjanjian 1878) merupakan urusan antara Overbeck-Dent (Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan British) dengan waris Sultan Sulu sahaja.
Hakikatnya, setelah majoriti penduduk Sabah menyokong gagasan Malaysia, dan apabila PBB mengiktiraf Malaysia sebagai negara merdeka dan berdaulat, pembayaran pampasan tahunan bukanlah menjadi tanggungjawab Malaysia.
Jika Malaysia terus membayar pampasan tahunan kepada waris Sultan Sulu, seolah-olah Malaysia mengiktiraf kewujudan Kesultanan Sulu dan tunduk kepadanya, walhal Kesultanan Sulu itu sendiri tidak lagi diiktiraf oleh kerajaan Filipina. Negara yang merdeka dan berdaulat tidak harus tunduk kepada mana-mana kerajaan, lebih-lebih lagi kerajaan yang tidak lagi wujud di dunia!
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
"Saya terkedu !" Itulah jawapan yang diberikan pengacara dan pelakon terkenal, Ahmad Awaluddin Ashaari atau lebih dikenali sebagai Awal Ashaari apabila ditanya perasaannya ketika menerima berita "kematiannya" yang tersebar menerusi laman sosial pagi ini. Menurut Awal, penyebaran berita palsu itu diketahuinya melalui seorang wartawan. "Isteri saya, Scha (Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya) menerima panggilan telefon daripada wartawan itu yang bertanyakan keadaan saya. "Memandangkan saya dan Scha berada dirumah ketika itu, dia langsung memberikan telefon itu kepada saya, selepas diberitahu baru saya sedar mengenai berita palsu itu di Twitter," katanya yang dihubungi di sini hari ini. Awal yang kesal dengan tindakan pemegang akaun Twitter itu bagaimanapun tidak akan mengambil tindakan undang-undang keatas individu terbabit. "Kalau diikutkan soal hidup mati bukan perkara main-main, memang saya terkejut dan kesal. Saya tidak akan buat sebarang laporan polis, cuma buat masa ini saya hanya akan menyekat dia dari akaun saya," ujarnya. Menurut awal berita palsu yang disiarkan di Twitter itu mengatakan dia yang juga merupakan pengacara rancangan hiburan Melodi meninggal akibat kemalangan jalan raya. Ditanya sama ada dia mengenali penyebar fitnah itu, menurut Awal secara jujurnya dia percaya pemegang akaun Twitter tersebut mungkin tidak menyukainya. "Saya tidak kenal dia, mungkin dia tidak suka saya. Dan saya berharap dia tidak akan mengulangi perkara yang sama," katanya tegas. [ SUMBER ]
Pas nampaknya bakal menemui kehancuran yang dahsyat akibat insan yang bergelar Anwar Ibrahim, segala perancangan sulit sebagai helah dibocorkan, nampak sangat betapa dia mementingkan diri sendiri, seklipun Dia menjadi Perdana Menteri Pas hanya layak diiktiraf sebagai pencacai yang sanggup menjual segalanya, agama bukan lagi diasaskan untuk perjuangan sebaliknya sebagai barang yang boleh diniagakan ataupun dijual beli... ikuti pendedahan dari blog MIM
STRATEGI SULIT ANWAR DIDEDAHKAN!
2 minggu lepas MiM telah menulis entri pendedahan YB Zulkifli Noordin, bekas peguam Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung strategi dan tindakan yang sedang dan akan dirancang oleh Anwar Ibrahim dan orang-orang kanannya menjelang PRU ke 13.
Di antara pendedahan Zulkifli Noordin ialah :
1. Berlaku tembakan untuk menarik simpati rakyat kepada pembangkang.
2. Anwar akan menunjukkan jam Omega yang sebelum ini didakwa hilang semasa aksi akrobatik dengan China Doll. Tetapi jam itu jam baru.
3. Anwar akan bersumpah tetapi tidak boleh pakai.
4. Wakil-wakil rakyat bekas Pakatan pembangkang akan dipujuk dengan habuan untuk masuk kembali pembangkang dan mengeluarkan kenyataan mereka dibeli oleh DS Najib Razak.
5. Azmiin akan berlakon di depan ibunya.
6. Mereka yang terlibat dalam kes Al-Tantuya dibayar untuk pusing cerita dan mengaku kononnya Najib Razak terlibat.
7. Bekas pegawai DS Rosmah Mansor dipujuk dan dibayar untuk memburuk-burukkan nama isteri Perdana Menteri itu. seterusnya
Di bawah adalah ilustrasi pendedahan tersebut :
Ilustrasi 13 kemungkinan yang MiM ambil dalam blogs
Sehingga ke hari ini, Anwar Ibrahim tidak pernah lagi menafikan pendedahan-pendedahan tersebut.
Dan seperti senarai nombor 1, bapa Saiful Bukhari telah diperalatkan oleh kerakusan pemimpin pakatan pembangkang.Lihat Video Eksklusif Ini
Dan jangan kita tertipu dengan pakatan pembangkang sekali lagi kerana mereka pernah memperalatkan Ulama Yusuf Al-Qardawi!
YB Datuk Zulkifli Noordin mengakui bertanggungjawab mempedayakan ulama tersohor, Syeikh Dr Yusuf Qardhawi supaya mengeluarkan fatwa menyokong kes liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
"Kita buat silap, kita mengaku buat silap lah. Saya antara orang yang buat silap itu. Dan saya perlu jumpa Syeikh Yusuf Qardhawi untuk perbetulkan balik.
"Sebab.. kita nak beritahu, (bahawa) kita memang perdayakan Syeikh Yusuf Qardhawi supaya mempercayai (bahawa) Anwar ini difitnah", katanya.
YB Zulkifli Noordin sebagai peguam Anwar menyediakan soalan-soalan bias untuk mendapatkan fatwa daripada Dr Yusof Al Qaradawi pada tahun 2009.
Menurutnya, beliau bertanggungjawab menyediakan soalan- soalan yang berpihak kepada Anwar dan menyembunyikan maklumat sebenar berkenaan dengan pengadu, Mohd Saiful.
"Sayalah orangnya yang memberi taklimat itu dan menyediakan soalan dalam bentuk (khusus) supaya dalam pemikiran Syeikh Yusuf Qardhawi, Anwar ini kena fitnah. Itulah gambaran yang kita bagi.
"Kita langsung tidak cerita kes yang sebenarnya, (misalnya) Saiful ini (adalah) kakitangan Anwar. Kita tidak cerita yang Saiful ini mengadu diliwat. "Kita (hanya) beri gambaran (bahawa) ada fitnah tentang liwat ini. (Apabila) mendengar (penjelasan) macam itu, Syeikh Yusuf Qardhawi (terus) keluarkan fatwa, Qazaf", katanya.
video : pengakuan zulkifli noordin
Zulkifli yang juga bekas salah seorang peguam bela Anwar untuk kes liwat I (1998) turut mengakui tindakannya adalah bersalah dan berdosa kerana sanggup melakukan penipuan terhadap ulamar besar semata-mata untuk menyelamatkanimej Anwar Ibrahim -seterusnya
Kita tunggu lagi perkara-perkara lain yang didakwa akan digunakan oleh Anwar di saat-saat akhir pilihanraya Umum ke-13 ini.
Tetapi jika beliau teruskan, rakyat sudah diberitahu lebih awal. Maka, tiada kejutan atau pelan itu tampak basi dan tidak akan memberi kesan kepada rakyat.
Tambahan pula,kenyataan terbuka Dr Hasan Ali dan Dr Chandra Muzaffar tentang moral Anwar seperti dalam video ini sudah tentu akan menyedarkan rakyat : Lihat Video Tersebut
You are subscribed to email updates from SEKUPANGDUA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Parlimen mungkin akan 'automatik' bubar-Timbalan Speaker.
Semua pihak harus membiarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tempoh yang ada iaitu sehingga akhir bulan depan sebelum membubarkan Parlimen walaupun ada yang mempersoalkan perkara tersebut.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, semua pihak seharusnya rasional dan melihat dari sudut lain di mana Najib hanya mengambil alih tampuk pemerintahan pada 2009 iaitu setahun selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).
"Beliau masih belum lagi memberikan perkhidmatan sebagai pemimpin negara sepenuh penggal, hanya tiga tahun lebih sahaja. "Jika beliau mahu menggunakan lima tahun (penggal penuh) itu sudah tentu tidak boleh. Jadi beliau memerlukan masa lebih panjang untuk melaksanakan dasar-dasar yang dirancang dalam tempoh itu," katanya ketika dihubungi media.
Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara selepas bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan tertinggi itu pada 3 April 2009. Akur dengan batasan masa yang dimiliki Najib ketika ini, Wan Junaidi juga berkata, disebabkan mengambil alih tugas setahun selepas pilihan raya 2008, Najib telah kehilangan masa satu tahun untuk membuktikan kemampuannya.
Tambah beliau, rasional tindakan Najib bagi memberi peluang kepadanya untuk menyelesaikan perkara-perkara besar sehingga menyebabkan beliau terpaksa melanjutkan pembubaran Parlimen ataupun kemungkinan membiarkan ia terbubar dengan sendirinya akhir akhir bulan depan. "Dalam keadaan sedemikian, ada kemungkinan dalam masa 30 hari Parlimen akan terbubar dengan sendirinya.
"Saya cukup yakin masih ada perkara besar yang mungkin dianggap tidak dianggap tidak wajar dilaksanakan oleh kerajaan 'caretaker' atau kerajaan sementara," kata wakil rakyat dari Sarawak ini. Sementara itu, ketika diminta mengulas sama ada pembubaran secara automatik harus menjadi amalan selepas ini, Wan Junaidi berkata, apa yang berlaku pada hari ini adalah berbeza dengan perkara yang lalu ataupun pada masa akan datang.
"Pada masa akan datang, sesiapa yang terlantik menjadi Perdana Menteri akan bertugas sepenuh masa bermula selepas penggal pilihan raya selepas. "Sedangkan, Najib kesuntukan masa dan ini tidak boleh dijadikan kayu pengukur pada masa-masa akan datang atas apa yang berlaku hari ini," jelasnya lagi.
Nurul Nuha Bahan Korban Anwar Ibrahim Untuk Cuci Dosa
Parti Keadilan Rakyat (PKR) hampir rasmi menjadi Parti Anak Beranak Sendirian Berhad dengan desas desus kedengaran bahawa seorang lagi anak Anwar, iaitu Nurul Nuha akan bertanding di Permatang Pauh dalam PRU ke-13 nanti.
Nama Nurul Nuha menjadi pilihan Anwar setelah mendapat laporan bahawa calon yang dikemukakan sebelum ini iaitu, Dr. Muhammad Nur Manuty, yang juga Pengerusi PKR Perak telah ditolak oleh pengundi di situ. Pantas, Anwar meletakkan nama anaknya bagi memastikan pengaruh keluarganya kekal di kawasan tersebut.
Bapa Anwar, Datuk Ibrahim Abd. Rahman juga merupakan ahli Parlimen di situ sebelum Anwar maka pencalonan Nurul Nuha mungkin dilihat sebagai bersifat sentimental atau mungkin juga peribadi bagi keluarga mereka.
Kenapa Nurul Nuha yang masih muda dan tiada pengalaman yang dipilih? Kenapa tidak letakkan Nurul Izzah sahaja sedangkan Izzah juga jenuh terbang merayau-rayau mencari kawasan kerana sudah ditolak di kawasan sendiri. Namun, khabarnya terpaksa kekal kerana hanya itulah saja kawasan yang paling selamat baginya.
Jawapan kenapa Nuha dan bukan Izzah adalah kerana hanya Nuha sahaja yang masih 'suci', yang mampu memulihkan imej bapa, ibu dan kakaknya yang sudah sebati dengan imej pengkhianat, pelakon dan peliwat.
Nurul Izzah, diketahui sudah terlalu banyak menghiris hati orang Melayu dan orang Islam. Kecenderungannya ke arah fahaman liberal amat ketara dan tindakannya mengulas perihal agama dan membenarkan pula umat Islam menukar agama merupakan satu kesilapan yang tidak dapat diperbaiki lagi. Malah, keengganannya untuk meminta maaf atas keterlanjuran kata tetapi sebaliknya memilih untuk menipu dan memutar-belit kenyataan sendiri dalam usaha memperbaiki kesilapan tersebut telah menghancurkan terus imejnya di pihak yang bersetuju dengannya sebelum itu, dan juga di pihak yang menentangnya.
Nurul Izzah juga telah berkali-kali menyerlahkan pengkhianatannya terhadap negara sendiri. Bukan sekali beliau memburukkan Malaysia di luar negara dan bukan sekali beliau seolah-olah sengaja atau sememangnya bodoh dengan membuat kenyataan yang kurang tepat dan tidak wajar mengenai rahsia-rahsia pertahanan negara.
Baru-baru ini ketika insiden Lahad Datu membawa rakyat Malaysia bersatu dan menyemarakkan semangat cintakan negara dan ketika kita berbangga dengan wira-wira kita, Nurul Izzah sekali lagi membuat kenyataan yang menunjukkan kepada dunia betapa beliau tidak berkongsi semangat dan sentimen yang sama dan tidak ada pengetahuan langsung mengenai pasukan keselamatan dan pertahanan negara.
Wan Azizah pula, hanyalah boneka buruk kerana nak dikatakan perhiasan pun sudah tidak boleh lagi. Jika perhiasan tentulah Anwar bangga memakainya tetapi Wan Azizah hanya ditolak ke depan bila perlu sahaja. Iaitu bagi menonjolkan imej Anwar sebagai suami dan bapa yang baik. Selebihnya, Azizah langsung tiada suara, melainkan air mata dan senyum paksa semata-mata.
Maka, kemunculan Nurul Nuha diharap sebagai memberi nafas baru kepada imej keluarga yang sudah punah ranah ini. Sebagai orang baru, Nurul Nuha belum sempat berbuat silap atau tersalah cakap. Tiada apa yang boleh dikorek atau diburukkan mengenai Nuha, maka sesiapa sahaja tandingannya di Permatang Pauh akan menghadapi kesukaran. Bermodalkan legasi keluarga dan air mata ibu yang pasti akan turun membantu, tidak mustahil Nuha boleh menang.
Satu-satunya 'setback' bagi Nuha ialah gambaran nepotisme yang amat jelas dalam parti PKR. Selain itu, oleh kerana belum mempunyai rekod, Nuha perlu meyakinkan rakyat Permatang Pauh bahawa beliau mampu bekerja dan bukan hanya berpolitik seperti bapa, ibu atau kakaknya.
Apapun, jika pengundi Permatang Pauh sebelum ini menolak UMNO kerana termakan tuduhan PR bahawa UMNO mengamalkan nepotisime dan kronisme, maka adalah wajib bagi mereak untuk menolak PKR jika Nurul Nuha menjadi calon dalam PRU kali ini.
Sumpah Laknat Anwar Hanya Untuk Pastikan Impian Menjadi PM Tercapai
Setelah puas menunggu, akhirnya penyokong Pas khususnya pencacai yang begitu menyanjungi makhluk bernama Anwar sudah boleh menarik nafas lega. Ini kerana menurut laporan yang dikeluarkan oleh portal pembangkang SuaraPakatanRakyat, makhluk yang dikatakan sebagai pemimpin Anugerah Tuhan itu telah bersetuju untuk bersumpah laknat.
Ia antara lainya bertujuan untuk membersihkan imejnya yang dikaitkan dengan kes Sodom aka Liwat dan skandal China Doll, sedikit masa dahulu. Malah pemimpin yang perasan kononnya dirinya layak untuk menjadi perdana menteri itu pernah beberapa kali dilihat 'hilang kawalan' apabila berdepan dengan wartawan yang mengajukan soalan berhubung isu terbabit.
Ditambah dengan beberapa fakta kes, ia semakin menyakinkan rakyat namun dimasa yang sama telah mengelirukan pencacainya yang merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila Anwar dilihat seolah-olah cuba mengalihkan tumpuan masyarakat dari membicarakan mengenai kes-kes tersebut.
Walaupun Anwar sebelum ini pernah berulang kali mengunakan nama Yusuf al-Qaradawi sebagai perisai kononnya ulama besar itu melarangnya dari berbuat demikian, namun perkembangan politik terkini yang tidak memihak kepadanya mungkin telah memaksanya untuk berbuat demikian.
Oleh yang demikian, Anwar merasakan kegagalannya untuk mengembalikan sokongan rakyat akan menyebabkan dirinya terdedah kepada risiko ditolak oleh pengundi Islam dan Melayu yang begitu memandang serius terhadap isu liwat dan zina. Lebih malang lagi, sekiranya calon-calon yang mewakili PKR turut menerima tempias ditolak rakyat.
Tambahan pula apabila, beliau melihat sendiri bagaimana isu tersebut telah mula memberi kesan terhadap pengundinya khususnya di Permatang Pauh sehingga menyebabkan dirinya terpaksa melarikan diri untuk mencari kawasan baru yang lebih selamat.
Maka, hasil 'campur,tolak, bahagi, darab' akhirnya Anwar terpaksa mengambil jalan selamat agar keyakinan rakyat kembali memihak kepadanya sekaligus membuka kembali harapan untuk menjadi perdana menteri.
Malah ada segelitir pemerhati politik dan golongan akademik berpendapat, sekiranya Anwar benar-benar mengambil pendekatan untuk 'bersumpah laknat' bagi membersihkan dirinya, ia akan menyebabkan BN/Umno berdepan dengan tuduhan konspirasi. Sekaligus membuktikan apa yang didakwa oleh Anwar selama ini kononya dirinya telah difitnah ada asasnya.
Tambahan pula Anwar sendiri, sebelum ini mengakui tindakan untuk bersumpah boleh memberi kelebihan besar kepadanya dari segi moral pencacai dan rakyat. Selain pencacai antara yang bakal turut terkesan dengan sumpah tersebut sudah tentu isteri dan anaknya, yang selama ini terpaksa berhempas pulas menyakinkan diri mereka sendiri, bahawa Anwar tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu.
Namun persoalannya ialah, sekiranya benar Anwar ingin bermubahalah seperti yang didakwa portal tersebut, mengapa ia dilakukan setelah majoriti rakyat percaya dengan yakin bahawa Anwar terlibat dengan seks luar tabii dan China Doll?
Tidak ketinggalan ialah, mengapa ia dilakukan apabila majoriti golongan agama di dalam Pas mula menolaknya sebagai calon Perdana Menteri? Bukankah jelas, ia dilakukan semata-mata atas kepentingan politik peribadinya. Hanya setelah merasakan kerusi Putrajaya telah semakin jauh meninggalkan dirinya, baru Anwar ingin mengambil pendekatan menolak dakwaan yang dilemparkan.
Sedangkan secara logik akal, mereka yang benar-benar tidak bersalah akan segera membersihkan namanya dari terus dikaitkan dengan kesalahan moral. Tambahan pula ramai dikalangan pencacainya yang merasakan Anwar adalah merupakan calon yang terbaik dikalangan pemimpin yang ada. . Kesimpulanya sumpah laknat yang bakal dilakukan itu bukanlah untuk membersihkan namanya, tetapi dilakukan semata-mata untuk memastikan impiannya menjadi Perdana Menteri ke-7 tercapai.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) hampir rasmi menjadi Parti Anak Beranak Sendirian Berhad dengan desas desus kedengaran bahawa seorang lagi anak Anwar, iaitu Nurul Nuha akan bertanding di Permatang Pauh dalam PRU ke-13 nanti.
Nama Nurul Nuha menjadi pilihan Anwar setelah mendapat laporan bahawa calon yang dikemukakan sebelum ini iaitu, Dr. Muhammad Nur Manuty, yang juga Pengerusi PKR Perak telah ditolak oleh pengundi di situ. Pantas, Anwar meletakkan nama anaknya bagi memastikan pengaruh keluarganya kekal di kawasan tersebut.
Bapa Anwar, Datuk Ibrahim Abd. Rahman juga merupakan ahli Parlimen di situ sebelum Anwar maka pencalonan Nurul Nuha mungkin dilihat sebagai bersifat sentimental atau mungkin juga peribadi bagi keluarga mereka.
Kenapa Nurul Nuha yang masih muda dan tiada pengalaman yang dipilih? Kenapa tidak letakkan Nurul Izzah sahaja sedangkan Izzah juga jenuh terbang merayau-rayau mencari kawasan kerana sudah ditolak di kawasan sendiri. Namun, khabarnya terpaksa kekal kerana hanya itulah saja kawasan yang paling selamat baginya.
Jawapan kenapa Nuha dan bukan Izzah adalah kerana hanya Nuha sahaja yang masih 'suci', yang mampu memulihkan imej bapa, ibu dan kakaknya yang sudah sebati dengan imej pengkhianat, pelakon dan peliwat.
Nurul Izzah, diketahui sudah terlalu banyak menghiris hati orang Melayu dan orang Islam. Kecenderungannya ke arah fahaman liberal amat ketara dan tindakannya mengulas perihal agama dan membenarkan pula umat Islam menukar agama merupakan satu kesilapan yang tidak dapat diperbaiki lagi. Malah, keengganannya untuk meminta maaf atas keterlanjuran kata tetapi sebaliknya memilih untuk menipu dan memutar-belit kenyataan sendiri dalam usaha memperbaiki kesilapan tersebut telah menghancurkan terus imejnya di pihak yang bersetuju dengannya sebelum itu, dan juga di pihak yang menentangnya.
Nurul Izzah juga telah berkali-kali menyerlahkan pengkhianatannya terhadap negara sendiri. Bukan sekali beliau memburukkan Malaysia di luar negara dan bukan sekali beliau seolah-olah sengaja atau sememangnya bodoh dengan membuat kenyataan yang kurang tepat dan tidak wajar mengenai rahsia-rahsia pertahanan negara.
Baru-baru ini ketika insiden Lahad Datu membawa rakyat Malaysia bersatu dan menyemarakkan semangat cintakan negara dan ketika kita berbangga dengan wira-wira kita, Nurul Izzah sekali lagi membuat kenyataan yang menunjukkan kepada dunia betapa beliau tidak berkongsi semangat dan sentimen yang sama dan tidak ada pengetahuan langsung mengenai pasukan keselamatan dan pertahanan negara.
Wan Azizah pula, hanyalah boneka buruk kerana nak dikatakan perhiasan pun sudah tidak boleh lagi. Jika perhiasan tentulah Anwar bangga memakainya tetapi Wan Azizah hanya ditolak ke depan bila perlu sahaja. Iaitu bagi menonjolkan imej Anwar sebagai suami dan bapa yang baik. Selebihnya, Azizah langsung tiada suara, melainkan air mata dan senyum paksa semata-mata.
Maka, kemunculan Nurul Nuha diharap sebagai memberi nafas baru kepada imej keluarga yang sudah punah ranah ini. Sebagai orang baru, Nurul Nuha belum sempat berbuat silap atau tersalah cakap. Tiada apa yang boleh dikorek atau diburukkan mengenai Nuha, maka sesiapa sahaja tandingannya di Permatang Pauh akan menghadapi kesukaran. Bermodalkan legasi keluarga dan air mata ibu yang pasti akan turun membantu, tidak mustahil Nuha boleh menang.
Satu-satunya 'setback' bagi Nuha ialah gambaran nepotisme yang amat jelas dalam parti PKR. Selain itu, oleh kerana belum mempunyai rekod, Nuha perlu meyakinkan rakyat Permatang Pauh bahawa beliau mampu bekerja dan bukan hanya berpolitik seperti bapa, ibu atau kakaknya.
Apapun, jika pengundi Permatang Pauh sebelum ini menolak UMNO kerana termakan tuduhan PR bahawa UMNO mengamalkan nepotisime dan kronisme, maka adalah wajib bagi mereak untuk menolak PKR jika Nurul Nuha menjadi calon dalam PRU kali ini.
Tidak semena-mena, tiada beruk tiada kera, tiba-tiba pokok bergoyang. UMNO tidak tahu apa-apa, tiba-tiba PKR pula yang heboh menyatakan kewujudan Video Seks Nurul Izzah pula.
Kita amat memahami strategi 'overdose' atau 'overkill' iaitu menambahkan cili kepada isu yang sedia pedas seperti video seks Anwar sehingga orang tidak mampu lagi menelannya. Dalam kes ini, strategi pembangkang mungkin untuk membangkitkan rasa mual terhadap UMNO sekali gus meraih simpati terhadap Nurul Izzah dan Anwar.
Namun, cara pendedahan video Nurul Izzah ini agak keterlaluan iaitu menambah cili sehingga tidak nampak lagi masakan asalnya. Ini kerana ia pertama sekali disuarakan oleh Saifuddin Nasution secara terbuka di hadapan wartawan, seolah-olah sengaja sedangkan desas-desus mengenainya belum lagi kedengaran.
Mungkinkah ini merupakan strategi 'pre-emptive' iaitu bersedia dengan jawapan sebelum soalan dikemukakan? Atau apakah ini hanyalah langkah pertama ke arah satu lagi lakonan tersohor yang bakal diedarkan ala-ala lakonan sepupu Taib Mahmud?
Walau apapun, mengenali keluarga Anwar, kita tidak boleh menolak akan kemungkinan bahawa video tersebut tulen dan wujud walaupun motif dan dalangnya tidak dapat dipastikan.
Apa yang kita pasti, video tersebut ada di tangan PKR, bukan UMNO. Kerana itulah sehingga ke hari ini, apa yang kita dengar hanyalah dari pihak PKR dan hanya pihak PKR yang 'seronok' sekali bercakap mengenainya.
Jangan kita lupa bahawa parti PKR adalah parti yang sentiasa bergolak kerana ia menghimpunkan semua orang-orang yang gila kuasa lagi korup di dalamnya. Segala sampah dan najis UMNO dikutip dijadikan perhiasan dan dipakaikan mahkota. Pemilihan parti PKR adalah yang paling kotor dalam sejarah, di mana undi dimanipulasi dan baling kerusi bergaduh adalah budayanya.
Faktor cinta tiga segi, empat segi dan bersegi-segi juga merupakan masalah paling besar dalam PKR. Mana tidaknya, apabila anak, isteri, gundik, anak ikan, semuanya terpaksa berhadapan sesama sendiri setiap hari.
Kita tahu Wan Azizah bencikan Fareez. Kita tahu Azmin menentang Khalid. Kita juga tahu Wan Azizah benci Azmin. Kita tahu Nurul Izzah membela mamanya dan Azmin serta Fareez menentangnya dan mamanya. Kita tahu Anwar sayang semuanya. Tetapi kita juga tahu Anwar paling sayang dirinya sendiri.
Nurul Izzah bukan masalah besar bagi UMNO atau BN. Malah, beliau merupakan bahan ketawa, tambahan pula dengan kenyataan bodohnya mengenai pasukan keselamatan negara baru-baru ini, ramai yang menganggap wanita itu elok diabaikan saja. Tidak berbaloi bagi BN memburukkan Nurul Izzah dengan cara menyebar video seksnya dan BN juga lebih tahu bahawa tindakan itu mungkin akan memakan diri dan parti.
Justeru, adalah lebih masuk akal bahawa video tersebut bakal diedar oleh pihak PKR sendiri. Lagipun, dari kata-kata Saifuddin, tampak seolah-olah PKR sudah pun memilikinya, kerana BN langsung tidak tahu menahu mengenainya.
Cuma kita kini tertanya-tanya juga apa reaksi Wan Azizah dan Anwar mengenai aksi anak mereka? Banggakah Anwar yang anaknya mengikut jejak langkahnya?
Apapun, kita pasti, bangga atau tidak, Anwar dan Azizah tetap akan menafikannya.
Bagi Nurul Izzah pula, kita menyarankan agar beliau memikirkan dalam-dalam tentang bapa dan ibu jenis apa yang sanggup membiarkan orang lain menyebar video seks yang dikaitkan dengan anak mereka, semata-mata untuk meraih simpati politik?
Kalau kalah mereka akan buat kecoh, plan pkr untuk buat kekecohan di dedahkan oleh bloggerangin perubahan, ini bukan cakap kosong malah di sertakan dengan bukti black and white...
Harap pihak keselamatan berjaga-jaga dengan plan pkr ini, ingat mereka akan buat apa sahaja untuk menjadikan pilihanraya kali ini kecoh dan huru-hara....
Macam nie nak jadi menteri...? bahasa inggeris pun fail lunch jadi launch, makan tengah hari jadi melancarkan, ko nak lancarkan ape dekat meja makan tu bengong...
Apabila tercetusnya pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu pada 9 Februari 2013 (Tragedi 923), timbul semula persoalan tuntutan Filipina ke atas Sabah. Sebenarnya, isu ini dibangkitkan sejak awal 1960-an. Beberapa ulasan popular telah disiarkan menerusi media arus perdana mengenainya, namun isu tentang sejarah ini tidaklah begitu mudah dirungkai.
Dari sudut sejarah, hubungan antara Kesultanan Sulu dengan Sabah (sejak abad ke-17 sehingga abad ke-20) sangat rencam lantaran membabitkan rangkaian rumit hubungan antara Sulu-Sabah dengan Brunei, Mindanao, Sepanyol, Belanda, Amerika dan British. Kerumitan ini melibatkan begitu banyak perjanjian dan protokol (antaranya):
* Perjanjian 1646 (Sepanyol-Sulu)
* Perjanjian 1667 (Sepanyol-British)
* Perjanjian 1725 (Sepanyol-Sulu)
* Perjanjian 1737 (Sepanyol-Sulu)
* Perjanjian 1761 (British-Sulu)
* Perjanjian 1763 (British-Sepanyol)
* Perjanjian 1763 (British-Sepanyol)
* Perjanjian 1814 (British-Belanda)
* Perjanjian 1824 (British-Belanda)
* Perjanjian 1836-1837 (Sepanyol-Sulu)
* Perjanjian 1847 (British-Brunei)
* Perjanjian 1849 (British-Sulu)
* Perjanjian 1850 (Amerika Syarikat-Brunei)
* Perjanjian 1851 (Sepanyol-Sulu)
* Perjanjian 1871 (British-Belanda)
* Perjanjian 1871 (Sepanyol-Sulu)
* Perjanjian 1899 (Amerika Syarikat-Sulu)
* Perjanjian 1915 (Amerika Syarikat-Sulu)
* Protokol 1877
* Protokol 1885.
Persoalannya, jika Filipina membawa tuntutan ini ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), apakah Malaysia mempunyai peluang menang (jika Malaysia setuju untuk mendepani cabaran Filipina)? Filipina mempunyai beberapa sebab yang menunjangi tuntutannya.
Pertama, walaupun Filipina tidak lagi mengiktiraf kewujudan Kesultanan Sulu, namun kedaulatan Kesultanan Sulu telah dipindahkan kepada kerajaan Filipina kerana Kepulauan Sulu merupakan sebahagian daripada negara Filipina. Oleh itu, kerajaan Filipina berhak menuntut Sabah.
Kedua, sehingga kini Filipina (dan waris Sultan Sulu) percaya Sultan Sulu (Sultan Jamalul Azam) hanya memajak Sabah - tanpa menyerahkan hak kedaulatan Sultan Sulu - kepada Baron Overbeck (warga Austria) dan Alfred Dent (warga British), berdasarkan terjemahan versi Amerika Syarikat terhadap teks Perjanjian 1877.
Di sebaliknya pula, Malaysia berpendapat Sultan Sulu telah menjual Sabah - dengan menyerahkan hak kedaulatan Sultan Sulu - kepada Overbeck dan Dent, berdasarkan teks terjemahan versi British.
Perlu dinyatakan di sini, Filipina percaya meskipun Sultan Jamalul Azam (Sultan Sulu) menganugerahkan gelaran Datu Bendahara dan Raja Sandakan kepada Overbeck (Perjanjian 1878), namun status Overbeck hanyalah sebagai datu sahaja. Hak kedaulatan masih tetap dipegang oleh Sultan Sulu.
Namun, Malaysia menegaskan ini merupakan dalih licik Filipina semata-mata kerana Sultan Jamalul Azam telah mengiktiraf Overbeck sebagai 'pemerintah agung dan merdeka'. Ini membuktikan Sultan Jamalul Azam telah menyerahkan hak kedaulatannya kepada Overbeck lantas berakhirlah hak kedaulatan Sultan Sulu terhadap wilayahnya di Sabah.
Ketiga, Filipina berpendapat wilayah Sultan Sulu di Sabah tidak termasuk dalam Protokol 1885. Menerusi protokol ini, Sultan Sulu dikatakan hanya menyerahkan hak kedaulatannya kepada Sepanyol membabitkan Kepulauan Sulu sahaja. Ini bermakna, Filipina tetap dan masih berhak ke atas Sabah.
Persoalan ini sukar diselesaikan kerana teks asal Perjanjian 1878 (dalam bahasa Melayu) masih tidak ditemui, malah hal ini turut diakui oleh Filipina sejak awal 1960-an lagi. Jika isu ini dibawa ke ICJ, teks terjemahan yang manakah akan diperakui oleh pihak mahkamah, dan atas justifikasi apa? Jika pihak mahkamah memperakui teks terjemahan versi Amerika, apakah Malaysia masih berpeluang untuk memenangi kes ini?
Malaysia tetap mempunyai peluang yang lebih besar untuk menang kes ini.
Pertama, ketika Suruhanjaya Cobbold membuat pungutan suara di Sabah, majoriti penduduk Sabah menyokong pembentukan Malaysia sekali gus menolak untuk bergabung dengan Filipina atau kembali ke pangkuan Sultan Sulu.
Kedua, pihak kerajaan Filipina sendiri (menerusi ucapan Presiden Macapagal bertarikh 28 Januari 1963) telah memberikan hak mutlak kepada penduduk Sabah untuk menentukan masa depan Sabah sama ada mahu menyokong Filipina atau menyokong pembentukan Malaysia. Penduduk Sabah telah membuat keputusan muktamad. Filipina harus menghormati keputusan ini. Perlu ditegaskan, tidak ada raja tanpa rakyat. Oleh itu, tuntutan Filipina (dan pihak Sultan Sulu khasnya) bernoktah di sini.
Ketiga, tuntutan Filipina (dan waris Sultan Sulu) amat aneh. Wilayah Sultan Sulu di Sabah hanyalah meliputi kawasan pesisiran pantai utara dan timur Sabah sahaja (sempadannya masih tidak jelas sehingga hari ini), bukannya meliputi seluruh Sabah. Nyatalah tuntutan Filipina (dan waris Sultan Sulu) tidak berasas bahkan melampaui batas pula. Wilayah pantai barat Sabah dikuasai Kesultanan Brunei, manakala kawasan pedalaman Sabah bersifat autonomi (tidak dikuasai Brunei dan Sulu).
Terlebih penting lagi, Malaysia tidak berkewajipan untuk membayar pampasan tahunan kepada waris Sultan Sulu. Urusan pembayaran pampasan tahunan (tanpa had masa) kepada waris Sultan Sulu ($5,000 setiap tahun berdasarkan Perjanjian 1878) merupakan urusan antara Overbeck-Dent (Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan British) dengan waris Sultan Sulu sahaja.
Hakikatnya, setelah majoriti penduduk Sabah menyokong gagasan Malaysia, dan apabila PBB mengiktiraf Malaysia sebagai negara merdeka dan berdaulat, pembayaran pampasan tahunan bukanlah menjadi tanggungjawab Malaysia.
Jika Malaysia terus membayar pampasan tahunan kepada waris Sultan Sulu, seolah-olah Malaysia mengiktiraf kewujudan Kesultanan Sulu dan tunduk kepadanya, walhal Kesultanan Sulu itu sendiri tidak lagi diiktiraf oleh kerajaan Filipina. Negara yang merdeka dan berdaulat tidak harus tunduk kepada mana-mana kerajaan, lebih-lebih lagi kerajaan yang tidak lagi wujud di dunia!
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sebelum berlakunya insiden berdarah, pemimpin PKR Sabah mengakui Tian Chua dan Sivarasa pergi ke Manila untuk satu misi khas pada 10 Februari 2013.
Kemudian pada 15 Februari 2013, Tian Chua telah membuat 'mind conditioning' kepada penyokongnya dengan menyatakan kedatangan pengganas Kiram sebagai satu sandiwara. Kepada penyokong pembangkang, Tian Chua hanya menyatakan bahawa dia baru pulang dari Sabah dan menyembunyikan misi khas ke Manila.
Pada 7 Mac 2013, bekas pengasas PKR mendedahkan bahawa insiden di Lahad Datu dibiayai oleh Suaram.
Bila dilihat pada senarai orang kuat Suaram, ternyata dua pemimpin pakatan tersebut ada di dalamnya.
Ironinya usaha untuk memisahkan Sabah dari Malaysia bukan satu benda baru bagi Suaram. Sekitar 90an, Suaram pernah menjadi dalan untuk memisahkan Timor Leste dari Indonesia.
Jika tidak percaya dengan kenyataan di atas, ini bukti video Suaram menganjurkan East Timor Conference.
Dengan bukti-bukti ini, MyMassa menyokong sepenuhnya pendirian Pehin Sri Taib Mahmud supaya diadakan RCI untuk menyiasat insiden Lahad Datu.
Nah, sekarang ini terpulang kepada pembaca untuk menilai bukti-bukti ini. *MACAI memang takkan percaya sebab bagi mereka VIDEO ADALAH BESI, TAK BOLEH JADI SAKTI. Tapi video pasal Pehin Sri Taib Mahmud diorang percaya pulak. Kalau free, mohon layan satu lagi video kat bawah ni.
Dulu masa pemilihan parti, bagi alasan SILAP KIRA. Sekarang ni sila taip pulak.
Tapi macam ni punya SILAP pun MACAI akan sokong.
Sebab MACAI pun SILAP jugak. Tersilap lahir ke dunia ni kerana kebodohannya tak boleh nak diajar, kepandaiannya tak boleh nak diikut.
Jadi kepada para MACAI, teruskan menyokong KESILAPAN pemimpin-pemimpin anda. *Ada juga pemimpin besar boleh bagi alasan silap taip kos projek. Sebelum ni diorang cakap silap guna MICROSOFT EXCEL. Mungkin kali ni diorang akan salahkan MICROSOFT WORD sebab terlalu 'susah' untuk dipakai.
Semalam, PKR dan Anwar Ibrahim terkantoi besar apabila perancangan jahat mereka untuk membuat kucar-kacir pada hari pengundian PRU-13 telah dibongkarkan oleh seorang hamba Allah. Mungkin beliau tidak sanggup lagi bersubahat dengan gerombolan manusia yang begitu tamakkan kuasa, sehingga sanggup mempertaruhkan keselamatan rakyat dan menggadaikan kedaulatan negara demi untuk memenangi satu undi. PKR dan Anwar Ibrahim sering lupa yang Allah SWT itu Maha Besar lagi Maha Berkuasa. Dia mampu mendatangkan hidayah kepada mereka yang dikehendakiNya untuk mendedahkan niat jahat musuh-musuhNya tanpa perlu UMNO bersusah-payah menghantar perisik pun.
Hari ini kami ingin memperincikan lagi 13 rancangan jahat Anwar Ibrahim dan PKR bagi memastikan mereka boleh mencapai kemenangan pada PRU ini, walau dengan apa cara sekali pun. Sebar-sebarkan kepada sahabat handai, rakan taulan dan saudara-mara bagi memastikan kita semua bersedia dari segi mental dan fizikal untuk turun mengundi pada PRU ini nanti.
Memang melampau dan kurang ajar sungguh puak-puak pemuja Anwar ini! Kalau tidak mahu percaya dengan pendedahan perbuatan maksiat pemimpin sendiri, tidak payahlah sampai hendak bandingkan dengan Rasulullah SAW pula! Apa ke bodoh puak-puak haram jadah ini, zaman Rasulullah SAW dulu sudah ada teknologi video ke?
Sampai begini sekali hujah mereka semata-mata untuk mempertahankan dosa maksiat pemimpin sendiri. Malah, kalau ada pun teknologi video ketika zaman Rasulullah SAW pun, pastinya Allah SWT akan melindungi Baginda daripada niat dan perbuatan jahat musuh-musuh Islam. Dan, kalau Allah SWT benar-benar sayangkan pemimpin Anugerah Tuhan mereka, pastinya beliau juga akan mendapat perlindungan yang serupa, bukan?
Apakah pendedahan demi pendedahan ini berlaku kerana dosa kifarah mereka mengaibkan lawan setelah hancur ditohmah fitnah? Buat penchacai-penchacai tegar yang tidak takutkan azab dan bala Allah SWT, kami mahu cuba untuk berdakwah dan mengajak anda muhasabah diri buat kali terakhir. Klik dan baca artikel ini jika anda tegar percaya bahawa semua yang berlaku ke atas pemimpin pujaan anda adalah fitnah dan rekayasa UMNO semata-mata.
Semoga Allah SWT memberikan anda semua hidayah dan petunjuk yang diredhainya. Banyak-banyakkanlah memohon ampun di atas semua dosa pengkhianatan yang telah anda semua lakukan.
Justifikasi poster di atas sebenarnya mempunyai asas yang cukup kukuh. Selama ini PKR cukup bijak berselindung di sebalik tuduhan bahawa UMNO dan sibertrupernya hanya pandai memainkan isu lucah dan seks bagi memfitnah mereka. Namun, apa yang akan kami senaraikan di bawah ini patut kita semua fikirkan semula secara mendalam.
Skandal video seks pemimpin ulung pembangkang bersama seoarang pelacur China
Skandal video dan gambar seks sejenis yang dikatakan melibatkan pemimpin ulung pembangkang
Kes khalwat seorang pemimpin PKR yang digelar USTAZ bersama isteri orang
Isu video dan gambar skandal seks seorang pemimpin kanan PKR
Isu foto bogel EXCO PKR Kerajaan Negeri Selangor berzina dengan teman lelakinya yang muslim
Jadi, adilkah kami, sibertruper UMNO/BN ini dilabel sebagai blogger porno dan lucah? Siapa sebenarnya yang porno dan lucah ini? Untuk pengetahuan para pembaca budiman sekalian, kesemua yang terlibat dalam skandal seks di atas masih lagi menjawat jawatan pemimpin tertinggi parti dan sesetengahnya masih menikmati jawatan pemimpin kanan negeri. Ini adalah satu perkara yang sangat baru dan unik dan hanya berlaku di Malaysia, sebuah negara asia timur yang begitu konservatif pegangannya tentang Islam.
Kalau di negara-negara Barat yang lebih liberal dan bebas orientasi seksual mereka, barisan pemimpin di atas ini beserta parti mereka sudah lama dikuburkan dan menjadi sejarah hitam politik negara.
Jadi, di manakah standard moral dan iman kita saudara-saudari? Adakah kita mahu sama-sama menanggung dosa penzinaan dan maksiat mereka di akhirat kelak, kerana tangan-tangan ini yang mengundi mereka pada PRU nanti? Mereka yang sedap, kita yang kena siksa kubur dan api neraka!
Salah taip pun salahkan MCA. Sama macam Anwar Ibrahim, dia buat salah, salahkan UMNO. Salah taip tidak mengaku salah sendiri. Bagaimana suatu projek yang begitu besar Guan Eng boleh tersalah taip? Ini bukti Guan Eng tidak teliti dan tidak bersungguh sungguh untuk mengadakan projek tersebut. Ada udang di sebalik batu?
Akhirnya, Tian Chua dan Sivarasa telah dikantoikan sendiri oleh rakan rakannya dalam PKR. Penglibatan kedua dua orang daripada SUARAM dengan apa yang berlaku di Lahad Datu sudah semakin jelas.
Video di bawah ini dirakam pada 10.02.2013 (2 hari sebelum pencerobohan di Lahad Datu) semasa Program Sambutan CNY PKR 2013.
Video yang membuktikan Tian Chua, Siva Rasa, Darell Leiking dan beberapa orang pemimpin pembangkang yang tidak diketahui, telah berada di Philipina selang beberapa hari sebelum insiden pencerobohan di Lahad Datu berlaku.
Kemudian lihat pula kenyataan Tian Chua yang diambil daripada akaun Twitter milik beliau;
Dalam ucapan ringkas Darell Leiking, beliau ada mengatakan;
"Baru tadi.... baru semalam (09.02.2013), saya balik daripada Manila untuk satu misi bagi parti dengan rakan kita di sana, YB Tian Chua dan YB Siva Rasa. DSP Wilfred Bumburing pun sepatutnya bersama kami tapi beliau banyak urusan di sini Sabah tapi saya tahu beliau selalu Touch dengan kami berkenaan apa misi kita di manila baru-baru ini......"
Suatu yang mengejutkan, tarikh Tian Chua bertolak ke Philipina (31 Jan 2013) sehingga Darell Leiking memaklumkan kepada hadiri dengan ayat "semalam" (09 Feb 2013), menggambarkan seakan-akan pemimpin-pemimpin pembangkang berada di Philipina untuk suatu tempoh yang agak lama.
Seorang lelaki warga emas dipercayai panglima kepada kumpulan pengganas Kiram dan pengamal ilmu hitam mati ditembak selepas menetak seorang anggota keselamatan yang menjalankan operasi penggeledahan dan pembersihan di sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna dekat sini hari ini.
Lelaki berusia 60-an itu dipercayai pengawal peribadi kepada orang kanan kumpulan pengganas tersebut dikenali sebagai Imam Mas yang ditembak mati dalam pertempuran pada 2 Mac lalu di kampung tersebut.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, semasa pasukan keselamatan memeriksa sebuah rumah di perkampungan itu pada pukul 8.20 pagi, secara tiba-tiba lelaki terbabit meluru keluar dari sebuah bilik yang dilihat berkunci dari dalam lalu menyerang dan menetak seorang anggota keselamatan dengan menggunakan parang.
"Anggota pasukan keselamatan kita ditetak dua kali di depan dan belakang tubuhnya. Atas faktor keselamatan, anggota tersebut sempat melepaskan tembakan yang membunuh pengganas itu.
"Anggota pasukan keselamatan itu kita tidak cedera kerana memakai pakaian perisai badan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Hamza berkata, pasukan keselamatan turut menahan enam individu, termasuk isteri dan anak perempuan pengganas yang ditembak di kampung tersebut. Beliau berkata, kedua-dua wanita yang berusia 45 dan 30 tahun itu, termasuk seorang mengalami kecacatan tangan kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), manakala empat suspek lelaki ditahan atas lain-lain kesalahan.
Menurutnya, penangkapan terbaharu itu menjadikan jumlah mereka yang ditahan di bawah SOSMA ketika ini, meningkat kepada 121 orang dengan 443 tangkapan atas lain-lain kesalahan manakala pengganas ditembak mati pula seramai 68 orang.
Sementara itu, sumber memberitahu Utusan Malaysia, lelaki yang mati ditembak itu merupakan seorang yang sangat digeruni kerana mempunyai kedudukan tinggi dalam kalangan pendatang asing tanpa izin (PATI) di kampung tersebut, selain aktif dalam aktiviti keagamaan.
"Walaupun aktif dalam aktiviti keagamaan, suspek juga difahamkan turut mengamalkan ilmu hitam dan syirik terutama ramalan nombor ekor," ujarnya. - UTUSAN
Mencetuskan keganasan dan kekacauan bukan lagi sesuatu perkara yang asing bagi pembangkang. Mereka sanggup buat apa sahaja untuk berkuasa.
Sama seperti 2008, mereka meminta agar pemantau asing datang dan mereka tidak jadi membuat kacau bila keputusan pilihan raya memihak kepada mereka di lima buah negeri (baca sini).
Dokumen di atas mendedahkan PKR bercadang untuk membuat kekacauan di 10 tempat di seluruh negara. Memang sudah sekian lama PKR merancang untuk mengadakan keadaaan yang tidak tenteram di negara ini (baca sini).
Keganasan yang sama mengikut modus operandi "tangan asing" sebagaimana yang terpapar dalam video di bawah ini. Revolusi dan kekacauan adalah senjata terakhir Anwar (baca sini).
Mereka merancang membuat kekacauan ketika hari pembuangan undi, apakah kekacauan tersebut boleh jadi lebih awal lagi? Apa sahaja boleh berlaku. Apa yang penting, rakyat Malaysia perlu sentiasa berhati hati dan berjaga jaga. Undi boleh mengubah situasi.
Malang sungguh nasib orang-orang Pokok Sena, bukan setakat dapat ahli parlimen yang tidak reti mengeja, malah buta ilmu pengetahuan pula tu....
Dulu dia menjadi bahan gelak ketawa kerana nak eja LUNCH pun tak pandai, kemudian kena tipu dengan pembekal maklumatnya hingga dia panggil sidang media kononnya untuk membuat pendedahan pasal IC. Akhirnya surat yang didedahkan surat palsu.
Semalam pula dia panggil sidang media kononnya nak jadi hero nak balun Najib. Akhirnya kebodohannya yang terserlah. Kalau anda nak nilai setakat mana akal parti Pas, cukuplah dengan anda menilai akal Mahfuz.
Berikut adalah apa yang dikatanya dalam sidang media semalam,
Perdana menteri kini melakukan 'jenayah demokrasi' apabila bertindak menangguhkan pilihan raya umum ke-13 selepas mandat lima tahun kerajaan sekarang berakhir pada 8 Mac lalu, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
Anggota Parlimen Pokok Sena itu berkata, walaupun mandat lalu telah tamat, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak masih belum mengembalikan kuasa untuk memilih kerajaan baru kepada rakyat dengan menangguhkan pilihan raya umum.
"Saya anggap ini satu jenayah demokrasi yang dilakukan BN bagi memastikan mereka terus berkuasa," kata Mahfuz pada sidang media di ibu pejabat PAS petang ini.
Saya tak mahu menulis banyak-banyak perkara ini, anda lihatlah video dibawah.
Kalau Najib melakukan jenayah demokrasi kerana tidak membubarkan parlimen, bukankah Khalid Ibrahim, Nik Ajis, Azizan Razak dan LG Eng juga melakukan jenayah demokrasi ?
Lain kali sebelum nak bercakap pi cari tempurung kelapa dulu kencing dalam tu dan tilik muka kamu dan tanya diri kamu sendiri samada kamu cukup akal ke tidak untuk bercakap ?
Jangan lupa bersihkan jenayah moral Anwar dulu ya....
Macamana orang ramai nak percaya Pas boleh memerintah lebih baik daripada BN kalau naib presiden mereka pun tiada akal hinggakan bila tempoh tamat dirinya sendiri bergelar YB pun dia tak tahu ?
Kalau rasa Najib dah lakukan jenayah demokrasi , kenapa kamu tak letak jawatan pada 8 Mac lepas ?
Hari ini, Dr Sidek Baba akhirnya mendedahkan, "masalah keruntuhan moral, sokongan kepada pluralisme agama serta kredibiliti", antara tiga punca utama beliau bertindak meninggalkan Anwar.
Katanya, sebelum meninggalkan Anwar beliau menyiasat serta menemu bual 28 individu yang sangat rapat dengan Anwar dan kemudian membuat solat sunat istikharah bagi memohon petunjuk.
"Anwar ketika kami bersama-sama dalam ABIM dulu sentiasa mengingatkan saya bahawa seseorang pemimpin bukan sahaja kena bersih tetapi mesti kelihatan bersih dan saya pegang erat amanat itu sampai sekarang.
"Namun, dalam siasatan selama tiga tahun sebelum meninggalkan beliau, saya dapati terlalu banyak persoalan moral yang melingkari Anwar. Saya pegang kata-kata saya ini kerana kesemua 28 saksi itu masih hidup," katanya.
......sedutan dari blog Anwaraidc
Kata orang kalau nak tanya kebaikan seseorang tanya pada orang yang rapat dengan dia. Kalau nak korek keburukan tanya kepada musuh dia.
Untuk mencari kebenaran, pepatah macam ni tak betul. Pepatah macam ni hanya sesuai "untuk main politik". Menaikkan kawan dan menjatuhkan lawan.
Kalau untuk "mencari kebenaran", kawan yang rapat pada seseorang boleh dijadikan rujukan dan sumber utama untuk mengetahui baik dan buruk atau kelebihan dan kekurangan seseorang.
Sudah berpuluh-puluh personaliti-personaliti yang mempunyai "rekod dan kredibiliti" yang diakui dalam bidang masing-masing sudah "lari meninggalkan Anwar".
Dari alim ulamak, ahli akademik, peguam tersohor hinggalah aktivis sosial yang sangat rapat dengan Anwar sejak mula bergiat dalam ABIM, seorang demi seorang sudah "alah" dan tidak sanggup lagi untuk terus bersama Anwar.
Tiada lagi peguam sohor "muslim" yang sanggup mempertahankan Anwar dalam pelbagai kes dan isu moral yang dihadapi oleh Anwar.
Jika dilihat di sekeliling Anwar, majoriti penyokong dan pendokong Anwar yang ada hari ini "adalah orang baru". Barisan Peguam yang bersama dengan Anwar hari ini tidak pernah kenal Anwar sebelum Anwar dipecat pada tahun 1998. Mereka tidak kenal Anwar luar dan dalam. Hanya kenal pada nama dan imej yang dibina secara luaran.
Hanya tinggal beberapa kerat saja seperti Dr.Mohd Nor Manuty, ustad Badrul Kelamin dan beberapa nama lagi yang masih bersama Anwar.
Pendokong taksub Anwar hari ini rata-rata semuanya orang baru yang "terjaga" selepas kegemparan peristiwa pemecatan 1998.
Hari ini, pemimpin-pemimpin dan ulamak PAS juga sudah semakin "pening kepala" dengan pelbagai isu yang jelas mendatangkan mudarat kepada agama dan negara yang semakin berani dilakukan oleh Anwar.
Akhirnya semua mereka ini sudah tidak dapat lagi berfungsi memenuhi tuntutan perjuangan sebenar mereka yang sepatutnya dibawa oleh PAS. Masing-masing seolah-olah "sudah tidak ada kerja lain", selain dari tugasan baru, iaitu "mempertahankan batang tubuh Anwar" dan "membendung serta memperbaiki" kerosakan demi kerosakan yang dibawa oleh Anwar.
Ditelan mati anak. Diluah mati bapak. Itulah gambaran yang sedang dialami oleh sebahagian besar ulamak PAS yang ada hari ini.
Demi mempertahankan Anwar, tafsiran agama terpaksa di olah agar bersesuaian dengan agenda mempertahankan Anwar. Tafsiran agama sudah menjadi barang permainan. Maksud sesuatu hukum dan tafsir agama yang keluar dari mulut para ulamsk PAS ini semakin menimbulkan kekeliruan dan fitnah besar dalam agama. Semua ini gara-gara untuk mempertahankan "batang" dan "tubuh" Anwar.
Masyarakat umum semakin keliru dan berpecah-belah.
Persoalannya sampai bila ulamak PAS ini mahu "bersilap-mata" dengan Allah swt demi Anwar?
Sampai tahap mana PAS mahu mempertahankan setiap "kelakuan" yang terbit dari "batang" tubuh Anwar yang sudah terbonggeng-bonggeng demi memenuhi tuntutan politik "siyasi shubhah" yang menjahanamkan ini?
Jika benar antara "hak" dan "batil" tidak boleh bercampur di dalam satu kandang, dan jika benar ada dikalangan ulamak PAS yang ikhlas berjuang kerana Allah, sudah pasti lambat laun akan berlaku juga pemisahan di antara hak dan batil.
Jika ulamak PAS ini terus bersubahat dan bersekongkol dengan manusia ini, itu memberi petanda bahawa semua dikalangan mereka tergolong sebagai pejuang kebatilan dan pendusta kepada agama.
Itu diaa. Memang tak dapat dipisahkan Seks dan PKR. Dari atas sampai ke bawah semua yang tak boleh pakai. Semua tak bermoral. Parti tak bermoral macam ni nak pimpin negara?
Kepada yang tak kenal mamat ni. Meh sini aku bagi sedikit info pasal mamat ni. Nama mamat ni Saharudin Hamid, merupakan seorang ahli majlis di MPSP Kedah juga merangkap Ketua Penerangan PKR Cabang Merbok.
Mamat ni dengan geng-geng pernah menghentam YDP Majlis sebagai menggalakkan aktiviti tak bermoral dengan percambahan pusat urut. Tetapi dia jugalah yang melawat premis-premis berkenaan untuk bersantai-santai, tak kurang dengan itu, mengepow pemilik premis agar dapat terus menjalankan operasi.
Menuduh YDP dan SU kepada YDP sebagai ejen UMNO, menghantar memorandum kepada MB Azizan untuk menukarkan YDP, Pn Rozaina binti Dato' Paduka Haji Radzi. Permohonan dia memorandum ditolak. Walaubagaimanapun SU kepada YDP ditukarkan. Mamat ni sering buat cubaan mensabotaj YDP MPSPK. Ada antara blog-blog pembangkang yang pernah memuatkan memorandum bantahan terhadap YDP MPSPK dibuat oleh ahli majlis. Nama beliau turut tersenarai. kLIK SINI
Yang tak boleh blah tu, Sewaktu lawatan PM ke Kedah, Aku difahamkan dialah orang yang berjaya memperoleh projek katering yang menjadi rebutan. Ekoran dari itu, beberapa rakan dari dalam parti sendiri telah mencemburuinya. Dalam pada dia kuat menghentam kerajaan BN, projek katering dari BN jugak yang dikejarnya. Ibarat anjing yang diberi tulang kemudiannya menggigit tangan tuannya sendiri.
Mamat ni suka menyentuh bab agama dan kepimpinan, namanya dah Ahli Politik. Percaturan dan lakonan di hadapan mata umum terpaksa dilakukan demi meraih sokongan sesetengah pihak.
Walaupun dunia gelapnya tidak ramai yang tahu. Aku mendedahkan video ni bukan sebab glamer. Tapi untuk rakyat tahu supaya tidak lagi ditipu orang Pemimpin tak bermaruah ini. Tak ke gila beb, Baru kenal tak sampai 2 Jam dah boleh buat macam tu.
Bukan main lagi dok cakap pasal agama dan lakanon baik di depan rakyat. Tapi hakikatnya? Ini lah perangai sebenar pemimpin PKR. Dari atas sampai ke bawah semuanya tak boleh pakai. Puihhh!
You are subscribed to email updates from WARIS PURBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
PETALING JAYA - Seorang abang dihukum penjara 15 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana melakukan sumbang mahram terhadap adik kandung perempuannya yang berusia 15 tahun ketika itu, tujuh tahun lepas.
Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz menjatuhkan hukuman tersebut terhadap lelaki yang berusia 24 tahun itu, setelah dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan melakukan sumbang mahram dan memerintahkan hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 19 Mac lepas.
Lelaki tersebut yang bekerja di sebuah pasar raya, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di sini, antara Oktober 2006 hingga November tahun sama, dan didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Mengikut fakta kes, pada waktu kejadian, mangsa telah dirogol oleh tertuduh dan hasil hubungan sumbang mahram tersebut, adiknya telah mengandung dan melahirkan seorang bayi lelaki.
Hasil pemeriksaan oleh Jabatan Kimia mendapati tertuduh adalah bapa kandung kepada bayi yang dilahirkan mangsa.
Terdahulu tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana dia menanggung keluarga.
Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana tertuduh sebagai abang sepatutnya bertanggungjawab melindungi dan menjaga darah dagingnya sendiri tetapi telah mengambil kesempatan.
Zhafran berkata ini bukan kesalahan pertama tertuduh kerana sebelum ini pernah melakukan kesalahan sama pada mangsa sehingga melahirkan anak tetapi telah meninggal dunia dan ini menunjukkan tertuduh tidak insaf. - Bernama
Itu sahaja ungkapan yang kami mampu keluarkan ketika melihat status lelaki yang bernama Khairolfami Matsom ini.
Didikan dari siapa, kami kurang pasti, tapi kami yakin kebencian politiknya pasti bersandarkan parti lawannya itu.
Kami sempat menjenguk beberapa status yang mempromosikan 'video skandal Nik Aziz di Mekah' yang direka cipta oleh golongan mereka sendiri dan kemudiannya menggunakan nama samaran seolah-olah ianya ciptaan UMNO. Strategi politik sebegini sudah kita sedia maklum.
Buat masa ini, penyebaran pelbagai klip video seks yang menyerupai orang itu dan ini yang sering dikaitkan dengan UMNO sering keluar dengan bukti kukuh (walaupun tidak boleh dijadikan bahan dalam mahkamah).
Namun, sejak akhir-akhir ini, hanya khabar angin sering bertiup di laman-laman sosial, menyemarakkan lagi kegiatan tidak bermoral ini untuk meletakkan beban tersebut pada UMNO. Bukti jelasnya tiada...hanya gambar-gambar rekaan semata-mata.
Perbuatan ini tidak lain tidak bukan cuba menimbulkan persepsi buruk ke atas UMNO menjelang PRU13 ini. Tuduhan UMNO buat video itu dan ini, sedangkan videonya tiada, hanya gambar yang mereka sunting dan sebarkan antara mereka sahaja dengan harapan ia akan dikongsikan termasuklah blogger pro BN.
Paling dasyat, pemimpin kanan PKR sendiri memulakan idea ini dengan menyebarkan gambar suntingan mereka sendiri yang kemudiannya mereka tuduh UMNO lakukan. Kemudian muncul pelbagai lagi hinggakan Nik Aziz juga mereka tergamak lakukan demi politik.
Agak-agak la nak fitnah pun...cari la model yang lebih berkemampuan...
KUALA LUMPUR - Keghairahan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terus menghukum individu yang melanggar peraturan Artikel 88 menyebabkan FAM lupa fungsi sebenarnya sebagai badan induk bola sepak negara, kata pengkritik sukan tanah air, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.
Justeru, beliau menasihati pengurusan dan pentadbiran FAM agar berhenti berlagak seperti 'polis dengan menangkap dan menghukum pesalah', sebaliknya perlu segera kembali kepada objektif asal penubuhannya untuk mentadbir dan membangunkan bola sepak Malaysia.
"FAM dianggap berdosa kepada seluruh rakyat Malaysia selagi mereka gagal melaksana tanggungjawab mengembalikan semula era kegemilangan skuad Harimau Malaya seperti pada awal 50-an dan 60-an.
"Jika tidak mampu membawa pasukan kebangsaan mara ke Piala Dunia, setidak-tidaknya FAM perlu berusaha membawa pasukan negara layak ke Sukan Olimpik dan bukannya undur belakang," katanya kepada Bernama hari ini.
Khoo turut mempersoal prestasi skuad Harimau Malaya kini, yang gagal layak ke Sukan Olimpik seperti yang dilakukan ketika edisi 1972 di Munich, Jerman dan Moscow, Russia pada 1980 sedangkan Malaysia mempunyai kemudahan yang jauh lebih baik berbanding dahulu.
Beliau berkata tindakan FAM yang terlalu banyak membuang masa kepada perkara tidak penting serta tersasar daripada matlamat asalnya sewaktu ditubuhkan pada 1933, hanya merugikan pembangunan bola sepak negara.
"Saya bimbang melihat prestasi tidak menentu pasukan kebangsaan sejak kebelakangan ini. FAM perlu melakukan perubahan sebelum terlambat. Saya khuatir peminat akan beralih kepada sukan lain seperti hoki dan bola sepak bukan lagi sukan nombor satu rakyat Malaysia," katanya.
Mengenai tindakan yang mungkin dikenakan terhadap ketua jurulatih negara Datuk K. Rajagobal, di bawah Artikel 88 FAM, Khoo berkata jika FAM tidak suka dengan ketua jurulatih skuad Harimau Malaya itu, adalah lebih baik beliau tidak ditawarkan jawatan tersebut sejak dari awal.
"Daripada menjatuhkan hukuman lebih baik sekiranya FAM mencari jurulatih lain yang tidak akan mengkritiknya (FAM)," kata Khoo.
Rajagobal bakal berdepan hukuman berat apabila mengkritik tindakan FAM yang membenarkan pemain import beraksi di Liga Malaysia menyebabkan skuad bimbingannya ketandusan penyerang sejati.
Jawatankuasa Tatatertib FAM yang bermesyuarat semalam, memutuskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan ketua jurulatih itu menyalahi perlembagaan FAM dan beliau akan didakwa dalam tempoh terdekat.
Antara individu yang pernah menjadi 'mangsa' Artikel 88 ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim yang digantung enam bulan daripada terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak dan didenda sebanyak RM18,000 apabila baginda mengkritik mutu pengadilan yang disifatkan masih lemah dan bertaraf amatur.
Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim pula digantung dua tahun enam bulan serta denda RM39,000 apabila membuat kritikan secara terbuka terhadap FAM.
Manakala Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, digantung dua tahun setengah pada tahun lepas, kerana kesalahan mengkritik skuad negara.
Berdasarkan Artikel 88 peraturan 2010-2014 FAM, menyebut bahawa hanya presiden dan setiausaha agung yang boleh membuat kenyataan. Sekiranya ada dalam kalangan mereka yang di bawah naungan FAM ingin membuat kenyataan, perlu mendapatkan izin kongres FAM terlebih dahulu. - Bernama
Seorang lelaki warga emas dipercayai panglima kepada kumpulan pengganas Kiram dan pengawal ilmu hitam mati ditembak selepas menetak seorang anggota keselamatan yang menjalankan operasi pemeriksaan di sebuah rumah di Lorong 4, Kampung Simunul, Semporna, Sabah hari ini.
Dalam kejadian pukul 8.45 pagi itu, anggota keselamatan yang ditetak menggunakan parang bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan kerana dilindungi oleh vest dan perisai keselamatan.
Sumber memberitahu, pengganas lelaki berusia 60-an itu bertindak menyerang pasukan keselamatan semasa memeriksa rumah yang didiaminya bersama dua wanita termasuk seorang dipercayai isterinya.
Beliau berkata, kedua-dua wanita berusia 30-an dan 50 tahun termasuk seorang cacat ditangan turut diberkas.
"Ketika pemeriksaan dijalankan oleh pasukan keselamatan terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di rumah berkenaan, panglima itu tiba-tiba keluar dari sebuah bilik yang dilihat berkunci dari luar.
"Suspek terus meluru ke arah seorang anggota pasukan keselamatan dan menetak mangsa dengan parang barong secara bertubi-tubi," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Sumber berkata, tindakan ganas lelaki itu memaksa anggota keselamatan melepaskan tembakan ke arahnya menyebabkan suspek mati di tempat kejadian.
Menurutnya, seorang daripada dua wanita yang berada di rumah tersebut cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam air tetapi dapat ditangkap oleh pasukan keselamatan.
Dalam masa yang sama, katanya, anggota keselamatan memberkas empat lagi lelaki berusia 20 hingga 30 tahun disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Kiram di sebuah kawasan di Lorong 5 iaitu tidak jauh dari rumah panglima yang ditembak itu.
"Berdasarkan maklumat awam dan risikan, lelaki yang ditembak dan beberapa suspek yang ditahan terlibat dalam aktiviti pengganas Kiram.
"Suspek merupakan seorang yang sangat digeruni kerana mempunyai kedudukan yang tinggi dalam kalangan pendatang asing tanpa izin (PATI) di kampung tersebut, selain aktif dalam aktiviti keagamaan," ujarnya.
Sumber berkata, walaupun aktif dalam aktiviti keagamaan, suspek juga difahamkan turut mengamalkan ilmu hitam dan syirik terutama ramalan nombor ekor.
Katanya, kesemua yang ditangkap termasuk dua wanita terbabit kini disiasat lanjut mengikut Akta Keselamatan Khas (Langkah-Langkah Keselamatan) 2012 (SOSMA). -UTUSAN
Manchester – Seorang pelajar Jade Lomas-Anderson dibaham lima anjing hingga mati semalam selepas dia berjalan masuk ke dalam bilik sambil memakan pai daging.
Seekor haiwan berkenaan menerkam makanan itu dan ketika Jade, 14, cuba merampasnya semula anjing berkenaan menerkam lehernya hingga dia jatuh ke lantai.
Empat lagi haiwan berkenaan kemudian datang dan menyerang remaja itu.
Polis yang bergegas ke kediaman itu terpaksa menembak mati empat anjing itu yang dikatakan daripada spesies kacukan anjing pit bull Staffordshire kerana terlalu ganas.
Haiwan kelima dipercayai juga jenis pit bull berjaya ditenteramkan.
Rakan Jade yang terkejut memberitahu dia dibaham di kediaman temannya, Kimberley Concannon di Atherton, Manchester tengah hari semalam selepas bermalam di rumah itu.
Seorang rakan berkata: "Jade pergi ke kedai untuk membeli pai daging dan membawanya ke kediaman Kimberley. Kami dengar anjing itu menyerangnya ketika dia makan pai itu. Dia cuba mengelak tetapi anjing berkenaan berang dan menerkam lehernya.
"Dia tewas diserang haiwan itu di dalam rumah Kimberley.
"Ketika polis tiba, empat anjing berkenaan berada di luar rumah.
"Jade berada di dapur. Kami dengar bunyi tembakan. Kami percaya anjing terbesar ditembak sembilan das sebelum ia mati." Thomas Jefferies, 18, berkata: "Sepupu saya kata, dia dengar bunyi tembakan dan jeritan." Seorang lagi rakan berkata: "Anjing itu memang menakutkan. Tetapi Jade kenal dengan haiwan itu.
Saya tidak faham mengapa haiwan itu menyerangnya. "Mungkin ia terbau darah selepas anjing pertama menyerang Jade. Ia satu tragedi. Jade benar-benar gadis yang baik."
Seorang penduduk berkata: "Anjing itu selalu menyalak dalam rumah kecil itu. Semua kanak-kanak di sini takut dengan anjing itu."
Oliver Carrick, 15, berkata: "Ia betul-betul anjing yang jahat – ia tidak pernah dibiarkan di taman dan tiada siapa pun masuk ke situ." Anjing berkenaan milik ibu Kimberley, Beverley.
Kedua-dua beranak itu berada dalam kediaman terbabit ketika kejadian. – Agensi
KUALA LUMPUR 28 Mac - "Saya terkedu!" Itulah jawapan yang diberikan pengacara dan pelakon terkenal, Ahmad Awaluddin Ashaari atau lebih dikenali sebagai Awal Ashaari apabila ditanya perasaannya ketika menerima berita "kematiannya" yang tersebar menerusi laman sosial pagi ini.
Menurut Awal, penyebaran berita palsu itu diketahuinya melalui seorang wartawan.
"Isteri saya, Scha (Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya) menerima panggilan telefon daripada wartawan itu yang bertanyakan keadaan saya.
"Memandangkan saya dan Scha berada dirumah ketika itu, dia langsung memberikan telefon itu kepada saya, selepas diberitahu baru saya sedar mengenai berita palsu itu di Twitter," katanya yang dihubungi di sini hari ini.
Awal yang kesal dengan tindakan pemegang akaun Twitter itu bagaimanapun tidak akan mengambil tindakan undang-undang keatas individu terbabit.
"Kalau diikutkan soal hidup mati bukan perkara main-main, memang saya terkejut dan kesal. Saya tidak akan buat sebarang laporan polis, cuma buat masa ini saya hanya akan menyekat dia dari akaun saya," ujarnya.
Menurut awal berita palsu yang disiarkan di Twitter itu mengatakan dia yang juga merupakan pengacara rancangan hiburan Melodi meninggal akibat kemalangan jalan raya.
Ditanya sama ada dia mengenali penyebar fitnah itu, menurut Awal secara jujurnya dia percaya pemegang akaun Twitter tersebut mungkin tidak menyukainya.
"Saya tidak kenal dia, mungkin dia tidak suka saya. Dan saya berharap dia tidak akan mengulangi perkara yang sama," katanya tegas. - UTUSAN
Walaupun digossipkan penceraiannya dengan John Mayer, Katy Perry tidak pernah menunjukkan rasa sedihnya.
Ketika tampil dalam Kids' Choice Award 2013 yang lalu, beliau tampil dengan begitu ceria sesuai dengan pakaian yang dikenakan pada hari tersebut.
Ketika anugerah tersebut berlangsung, Katy memilih untuk memakai sleek bra dan skirt pendek atas lutut Herve Leger dari Max Azria dengan corak biru dan kuning.
Walaupun tanpa aksesori, Katy kelihatan menawan pada malam itu.
Ketika diumumkan sebagai pemenang Penyanyi Wanita Popular, belahan dadanya yang cukup luas membuatkan Katy Perry kelihatan begi seksi.
Tak sempat menonton Katy Perry di Kids' Choice Awards? Tontonnya dalam video di bawah:
KOTA BARU: Persaingan antara parti komponen Pakatan Rakyat (PR) Kelantan telah menyebabkan pemimpin PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini bertelagah dalam merebut kerusi yang telah diputuskan oleh pemimpin parti masing-masing.
Ketua PAS cawangan Guchil Hulu, Muhamad Bustamam Yaacob akan bertanding sebagai calon Bebas menentang penyandang kerusi DUN Guchil yang juga wakil rakyat PKR, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria.
Muhamad Bustamam berkata dia akan tetap bertanding melawan Tuan Zamri Ariff walaupun ia bertentangan kerjasama yang dipersetujui dalam PR.
Sinar Online memetik Bernama, melaporkan Muhamad Bustamam dipetik sebagai perkata ahli diperingkat akar umbi telah menggesa dia bertanding menentang Tuan Zamri Ariff.
Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz mengkritik tindakan berkenaan dengan berkata perkara tersebut akan hanya menimbulkan perpecahan dalam pakatan pembangkang.
Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan yang diambil oleh ahli PAS telah mencabuli perjanjian yang telah dipersetujui dalam pembahagian kerusi.
Pada pilihan raya umum 2008, Tuan Zamri Ariff menewaskan calon Barisan Nasional, Dr Shamsul Ikhwan Ashaari Azmi.
Guchil merupakan kawasan Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Tanah Merah, dan ia merupakan satu-satunya kerusi yang dimenangi oleh PKR daripada lima yang mereka bertanding pada 2008.
Sementara itu di Bachok, penyandang kerusi berkenaan Nasharuddin Mat Isa tidak akan mempertahankan kerusi tersebut dan PAS bahagian mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai.
Mereka perlu calon yang kuat untuk berhadapan dengan calon Barisan Nasional, Datuk Dr Awang Adek Hussain yang mempunyai peluang yang cerah untuk menang.
Walaupun Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohammed,70, dilihat sebagai calon yang sesuai, bekas Ketua Pemuda Umno Bachok, Zaiyadi Awang Noh yang juga ahli PKR pada ketika ini dilihat turut melobi untuk mendapatkan kerusi berkenaan. Tindakan tersebut turut menimbulkan pertelagahan dengan Ketua Pemuda PAS Bachok, Ahmad Marzukh.
Sumber dalam parti berkata kira-kira 70 peratus akar umbi menyokong Omar, yang pernah menjadi wakil rakyat selama lima penggal bagi kerusi berkenaan.
Sumber berkenaan turut mengesahkan ahli diperingkat akar umbi tidak selesa dengan Zaiyadi kerana ramai ahli keluarganya masih dalam Umno.
Menyingkap kembali sejarah Memali bagi memberi pencerahan kepada generasi muda hari ini tentang hal sebenar yang diputarbelit oleh pembangkang bagi memburukkan pihak polis/kerajaan.
Dengan penyiaran video ini, golongan muda masa kini diharap lebih terbuka untuk memahami sejarah.
Penulisan Amanat Haji Hadi juga bukanlah dibuat UMNO malah ianya sudah dicetak sendiri oleh PAS dan disebarkan pada ketika itu untuk jadi pegangan kepada penduduk Memali...
Tonton dengan hati yang terbuka dan penuh keinsafan
MENTAKAB – Misteri kehilangan pakaian dalam wanita di Taman Rimba, di sini, terjawab apabila seorang penduduk berjaya merakam aksi seorang lelaki melakukan kecurian ketika penghuni lain nyenyak tidur.
Kejadian pada 24 Mac lalu itu dirakam kira-kira jam 4.30 pagi menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipasang seorang penduduk di jalan 2/4 taman tersebut.
Penduduk dikenali sebagai Chin berkata, ketika kejadian, dia terdengar bunyi motosikal berlegar di halaman, namun tiada sebarang kegiatan mencurigakan apabila meninjau keadaan luar rumahnya.
"Saya kemudian periksa CCTV dan terkejut melihat aksi seorang lelaki sedang memanjat pagar rumah saya serta jiran," katanya.
Chin berkata, keesokan harinya dia mendapat tahu jirannya seorang Melayu dan Cina kehilangan tudung serta seluar dalam, lalu memaklumkan perkara tersebut kepada mereka.
Menurutnya, penduduk pernah beberapa kali kehilangan pakaian dalam, namun tidak menyangka ia dilarikan pencuri.
Chin kemudiannya membuat laporan dan menyerahkan cakera padat berhubung kejadian tersebut kepada polis untuk membantu siasatan.
"Berdasarkan rakaman tersebut, suspek dipercayai lelaki tempatan memakai kain sarung memanjat tembok atau pagar setiap rumah untuk mengambil pakaian dalam dijemur di ampaian.
"Walaupun tiada barangan berharga yang hilang, tetapi kejadian tersebut sedikit mengganggu ketenteraman penduduk," katanya.
ALOR SETAR - "Saya tiada kaitan isu Phahrolrazi dikurung," kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhubung dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan insiden terbabit.
Azizan, yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, beliau tidak tahu menahu pembabitan mana-mana pihak dalam isu terbabit, walaupun timbul dakwaan mengatakan exco kerajaan negeri itu, yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dihalang mengadakan ceramah oleh penyokong pro-Azizan.
"Ketika kejadian, saya tiada di tempat itu, saya ada di tempat lain. Kenapa pula kaitkan saya terlibat? Saya banyak kerja lain untuk dibuat," katanya.
Azizan turut menafikan dakwaan yang mengatakan penyokong beliau di kawasan Dun Sungai Limau diarahkan untuk menghalang Phahrolrazi mengadakan ceramah di kubu kuatnya.
"Di Kedah, semua penyokong saya sebab saya ketua parti di sini. Tidak timbul isu penyokong saya atau pemimpin lain," katanya.
Pada 16 Mac lalu, Phahrolrazi dipercayai dikurung pihak tertentu bagi menghalang beliau mengadakan ceramah di Kampung Kabu, Sungai Limau.
Phahrolrazi didakwa 'dikunci' selama dua jam di Sekolah Agama Nahdzah Bukit Besar, dalam perjalanan ke lokasi ceramah, yang merupakan kubu kuat Azizan.
Ekoran itu, Pemuda Gerakan Kedah membuat laporan polis berhubung kejadian, 20 Mac lalu, susulan beberapa ahli Pas kawasan Sungai Limau membuat laporan polis, 17 Mac lalu.
Bagaimanapun, bekas pengetua sekolah itu, Nasir Othman menafikan dakwaan, sebaliknya menegaskan beliau hanya menasihati supaya Phahrolrazi tidak hadir ke lokasi ceramah anjuran persendirian itu kerana bimbang berlaku kekecohan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab pada 25 Mac lalu, mengesahkan polis sudah mengambil keterangan beberapa individu yang dipercayai terlibat dengan insiden itu.
Pergeseran antara Azizan dan Phahrolrazi sering dibangkitkan, terutama selepas berlaku krisis exco awal tahun lalu, di mana Phahrolrazi dan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh enggan angkat sumpah jawatan exco kerana kecewa dan tidak berpuas hati dengan kepimpinan Azizan dalam isu pentadbiran.
Sejak itu, wujud persepsi kononnya Azizan-Phahrolrazi berseteru dan wujud puak dalam Pas Kedah.
Antara pasangan pelacur yang dicekup ketika sedang "servis'
Setiap pelanggan dimandikan di atas katil di bilik air sebelum melanggani pekerja seks, inilah tarikan sebuah premis di percayai untuk menarik minat pelanggan yang mengunjung premis mereka di Taman Botani Klang
Kegiatan ini terbongkar setelah orang ramai hairan melihat premis yang tidak berpapan tanda ini dikunjungi ramai lelaki dan mereka membuat aduan kepada polis.
Polis dari unit risikan dan operasi NKRA Ibupejabat Polis Kontijen Selangor membuat serbuan malam tadi selepas menerima aduan.
Operasi bermula 9.30 malam diketuai ASP Aini Shah Fadhil bersama beberapa anggota dan berjaya menahan sembilan pelacur membabitkan 3 warga China dan 6 Vietnam yang berusia 21 hingga 35 tahun.
Polis menemui seorang pelacur tanpa seurat benang dan pelanggan yang bersama dalam keadaan separuh bogel ketika diserbu polis.
Pemeriksaan lanjut polis menemui journal kerja yang menunjukkan bayaran antara RM80 hingga RM110 bagi urutan bogel manakala khidmat seks RM180
Pelbagai taktik diguna bagi menghalang pihak berkuasa bertindak, seperti menyediakan CCTV serta butang amaran yang di sambung ke dalam bilik pelacur namun penyamaran anggota polis, berjaya membongkar kegiatan ini.
Kesemua yang ditahan di bawa ke ibu pejabat polis daerah, klang selatan untuk membuat siasatan, kes ini di siasat mengikut seksyen 372 dan 373 kanun keseksaan.
Dia punya bekas taik, tuduh UMNO jugak...samdol betul la, patut pergi la buat laporan polis terhadap yang buat pengakuan tu, ini asyik tuduh UMNO jugak...boring la..
Ce baca baca berita di bawah ni...
SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini menempelak cubaan pihak-pihak tertentu mengaitkan Pas dengan pengakuan bekas ahli seumur hidup parti itu, Zainon Ismail yang mengaku pernah merancang untuk membunuh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menyifatkan cubaan Zainon dan beberapa media membangkitkan semula isu 30 tahun lalu itu kerana sudah menjadi "alat Umno", beliau bagaimanapun meminta polis segera menyiasat kerana isu bunuh bukan perkara main-main.
"Ini 'rubbish'. Patut polis siasat dia (Zainon). Dia mengaku dia hendak bunuh (Dr) Mahathir. Pengakuan hendak bunuh orang ini berat," ujar Mustafa kepada Sinar Harian Online hari ini.
Bernama hari ini memetik Pengerusinya, Datuk Abdul Rahman Sulaiman sebagai berkata, agensi itu pernah melaporkan tentang kumpulan ekstremis Pas yang diwujudkan untuk membunuh Dr Mahathir pada 1988.
Menurut Rahman, laporan khas bertarikh 11 September 1984 nukilan wartawan Bernama itu diperoleh daripada sumber risikan agensi berita itu sendiri.
"Bernama dapat mengesan ancaman terhadap Dr Mahathir itu lebih awal daripada pembunuhan yang dirancang ingin dilakukan pada 1988," katanya.
Laporan khas pada 11 September itu juga mendakwa seorang daripada pemimpin Pas Kedah dikatakan pernah memberikan senarai lima tokoh Umno yang harus dibunuh demi menegakkan hukum Islam di negara ini.
Zainon yang merupakan penulis buku 'Kafirkah Aku?' pada Isnin lalu, dilaporkan berhasrat menemui Dr Mahathir untuk meminta maaf kerana merancang membunuh bekas perdana menteri itu.
"Sudah jadi alat Umno boleh kata apa sahajalah. Bila Umno suruh kata apa pun, mereka (Abdul Rahman dan Zainon) ini akan kata," bidas Mustafa lagi.
Dr Mahathir, bekas Presiden Umno, menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003.
Sistem pentadbiran dan pilihan raya negara ini menyaksikan satu lagi detik bersejarah apabila Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan terbubar dengan sendiri hari ini.
Mandat semasa kerajaan Negeri Sembilan berakhir tengah malam tadi, membolehkan pilihan raya diadakan dalam tempoh 60 hari.
Ini kali pertama Dun sebuah kerajaan negeri terbubar dengan sendiri - berbeza dengan apa yang disaksikan sepanjang 12 pilihan raya umum yang lalu.
Dun terbubar dengan sendiri di sebalik spekulasi berterusan Parlimen akan dibubarkan.
Ketika ditemui wartawan di Seremban semalam, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Adun negeri itu perlu terus berkhidmat kepada rakyat di kawasan masing-masing walaupun tidak lagi bergelar 'Yang Berhormat' selepas pembubaran Dun secara automatik.
Kata beliau, biarpun mandat rakyat selepas dipilih pada Pilihan Raya Umum 2008 tamat, mereka masih boleh menabur bakti sebagai anggota atau pemimpin dalam parti politik masing-masing.
Beliau yang juga Adun Rantau berkata, semua Adun terutama daripada Barisan Nasional (BN) perlu memainkan peranan itu bagi memastikan masalah rakyat dapat diselesaikan dan meningkatkan sokongan mereka terhadap BN.
Parlimen penggal ke-12 akan terbubar secara automatik pada 30 April ini dan Dun Negeri Sembilan pula merupakan Dewan pertama yang terbubar sendiri iaitu tengah malam tadi.
Mohamad berkata, beliau telah menghadap Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini bagi memaklumkan Dun akan terbubar secara sendiri dan memberi taklimat kepada baginda mengenai fungsi kerajaan sementara untuk menguruskan negeri.
Katanya, kerajaan sementara itu tidak akan membuat keputusan besar dan hanya meneruskan apa yang telah dilaksanakan sebelum ini selain mengurus soal kebajikan rakyat dan penjawat awam.
Lazimnya, hampir kesemua Dun dan Parlimen telah dibubarkan serentak sepanjang 12 pilihan raya umum lalu.
Malah ini juga kali pertama Dun negeri yang diperintah oleh BN terbubar dengan sendiri sementara mandat penggal ke-12 Parlimen berterusan.
Kesemua negeri kecuali Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor diperintah oleh perikatan bernama Pakatan Rakyat.
Pada 8 Mac lalu, BN memenangi 21 kerusi manakala Pas (satu), DAP (10) dan PKR (empat). Pada Oktober 2009, BN menerusi calonnya Tan Sri Isa Samad mengekalkan kerusi Dun Bagan Pinang.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR 27 Mac – Tiga tahun lalu, bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba mengejutkan banyak pihak selepas bertindak meninggalkan Ketua Pembangkang itu meskipun lebih 30 tahun bersahabat.
Namun, punca sebenar mengapa beliau yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) demi mempertahankan Anwar meninggalkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak banyak didedah kepada pihak luar.
Malah, media sendiri jarang berpeluang menemu bual Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu yang bertanggungjawab membangunkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama Anwar.
Walau bagaimanapun, hari ini, Sidek akhirnya mendedahkan, masalah keruntuhan moral, sokongan kepada pluralisme agama serta kredibiliti antara tiga punca utama beliau bertindak meninggalkan Anwar.
Katanya, sebelum meninggalkan Anwar beliau menyiasat serta menemu bual 28 individu yang sangat rapat dengan Anwar dan kemudian membuat solat sunat istikharah bagi memohon petunjuk.
"Anwar ketika kami bersama-sama dalam ABIM dulu sentiasa mengingatkan saya bahawa seseorang pemimpin bukan sahaja kena bersih tetapi mesti kelihatan bersih dan saya pegang erat amanat itu sampai sekarang.
"Namun, dalam siasatan selama tiga tahun sebelum meninggalkan beliau, saya dapati terlalu banyak persoalan moral yang melingkari Anwar. Saya pegang kata-kata saya ini kerana kesemua 28 saksi itu masih hidup," katanya.
Sidek berkata demikian ketika ditanya punca sebenar beliau meninggalkan Anwar dalam program Wacana Cuit: Dilema Melayu Moden di Menara Majlis Amanah Rakyat (Mara), di sini hari ini.
Selain Sidek, wacana itu turut menampilkan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin dan penganalisis politik, Yahya Ismail sebagai ahli panel manakala Prof. Madya Dr. Rahmat Ghazali selaku moderator.
Yang turut hadir, Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh, bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Glomac, Tan Sri Datuk FD Mansor serta Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan selaku penulis buku Cuit: Dilema Melayu Moden.
Kira-kira 1,000 kakitangan Mara hadir di majlis itu.
Dalam pada itu, Sidek menjelaskan, beliau juga kecewa selepas Anwar yang sebelum ini disanjung sebagai pejuang Islam ketika bersama ABIM kini berubah menjadi pendokong pemikiran liberal serta pluralisme agama.
"Anwar tidak boleh menafikan perkara ini kerana beliau sendiri menuturkan mengenai pluralisme agama ketika berucap di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010. Ini bukti nyata yang tidak boleh disangkal," katanya.
Menurut Sidek, beliau juga meninggalkan Anwar disebabkan hubungan terlalu rapat Ketua Pembangkang itu dengan para pelobi Yahudi yang sangat berbahaya kepada keselamatan negara - Utusan
Gambar-gambar di atas diambil oleh seorang sahabat di sekitar Bagan (Butterworth), Pulau Pinang. Gambar-gambar ini wajar mendapat tempat di dalam blog CTS. Ianya memperlihatkan kegigihan seorang Pakcik Tua berbangsa Cina mengelilingi Pulau Pinang dengan motosikal "kapchai"nya secara berseorangan sambil berkempen untuk DS Najib Tun Razak serta menyeru Rakyat menolak Kerajaan DAPig Pulau Pinang.
Bukan menjadi satu perkara yang pelik di Pulau Pinang pada masa sekarang bila mana Rakyat Malaysia berbangsa Cina bangun untuk menolak Kerajaan Rejim DAPig di Pulau Pinang. Pakcik ini juga turut terlibat dengan perhimpunan-perhimpunan awam yang membantah Kerajaan Joseph Lim Guan Eng seperti gambar-gambar di bawah:
Video eksklusif yang belum pernah tersiar. Video yang tersimpan di dalam Akta Kerahsiaan Negara selama ini, kini disiarkan. Menyingkap kembali sejarah Memali bagi memberi pencerahan kepada generasi muda hari ini tentang hal sebenar yang diputarbelit oleh pembangkang bagi memburukkan pihak Polis / Kerajaan. Semperna Hari Polis Yang Ke 206, UMB secara eksklusif akan menyiarkan video Insiden Memali secara bersiri. Saksikan Bahagian I (Intro) Tragedi Memali yang juga boleh ditonton di Youtube, di sini. Video penuh akan menyusul sedikit masa lagi.
Saksikalah di dalam video ini di mana wanita dan kanak-kanak dijadikan sebagai perisai bahagian hadapan. Ini bertentangan dengan prinsip Islam sendiri di mana pemimpin terutama kaum lelaki wajib berada di barisan hadapan sesuatu peperangan. Jelas di dalam video ini pihak Polis bertindak dengan tenang untuk menyuraikan orang kampung yang bertindak agresif. Rakaman oleh pihak Polis di dalam Madrasah Ibrahim Libya juga memperlihatkan pengaruh PAS, Syiah di Iran serta Muammar Ghaddafi dari Libya. Amanat Haji Hadi menjadi sumber rujukan perjuangan mereka.
Saksikan juga temubual dengan bapa Ibrahim Libya. Bapanya tidak sedih dengan apa yang berlaku kerana mereka semua tidak mengikut nasihatnya untuk mengelak kebinasaan yg berlaku. Ibrahim Libya dipengaruhi oleh anasir asing, ahli PAS dari Alor Setar (Mat Hassan) yang menggalakkan mereka menentang Kerajaan berdasarkan Amanat Haji Hadi. Bapa Ibrahim Libya tidak mengaku anak jika Ibrahim tidak menyerah diri.
Ini merupakan situasi sebenar yang berlaku, bukan versi rekayasa oleh PAS kerana kandungan 'Kertas Putih' telah dibentang dan disahkan di Parlimen dengan kehadiran wakil PAS dan pemimpin pembangkang sendiri. Kertas Putih Memali boleh dibaca dan diperolehi di sini.
Gambar-gambar di atas diambil oleh seorang sahabat di sekitar Bagan (Butterworth), Pulau Pinang. Gambar-gambar ini wajar mendapat tempat di dalam blog CTS. Ianya memperlihatkan kegigihan seorang Pakcik Tua berbangsa Cina mengelilingi Pulau Pinang dengan motosikal "kapchai"nya secara berseorangan sambil berkempen untuk DS Najib Tun Razak serta menyeru Rakyat menolak Kerajaan DAPig Pulau Pinang.
Bukan menjadi satu perkara yang pelik di Pulau Pinang pada masa sekarang bila mana Rakyat Malaysia berbangsa Cina bangun untuk menolak Kerajaan Rejim DAPig di Pulau Pinang. Pakcik ini juga turut terlibat dengan perhimpunan-perhimpunan awam yang membantah Kerajaan Joseph Lim Guan Eng seperti gambar-gambar di bawah:
dan tonton video di bawah tentang penipuan Pas tentang Memali
Pembangkang sering dikaitkan dengan politik kebencian dan hasutan yang akhirnya akan melarat kepada pemberontakan dan keganasan. Tragedi Memali adalah mengenai pemberontakan. Tragedi Sauk juga tentang pemberontakan. Tragedi Lahad Datu pula tentang pencerobohan dan keganasan, yang dikatakan mempunyai kaitan juga dengan pembangkang. Siapa mangsa? Anggota keselamatan dan rakyat yang tidak berdosa. Mungkin sebab itu setiap kali ada tragedi sebegini, pembangkang dengan pantas memperlekeh dan memaki hamun anggota keselamatan. Cukup-cukuplah politik kebencian dan keganasan sebegini, Malaysia tidak memerlukannya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan