Pakatan Rakyat |
Posted: 23 Feb 2013 03:30 PM PST Oleh FARISH A NOOR Ketika Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir, timbul spekulasi oleh penganalisis tentang sama ada negara ini akan menyaksikan kemunculan politik sistem dua parti. Sejak 1975 Malaysia ditadbir oleh parti-parti yang membentuk sebuah pakatan, pada mulanya sebagai Perikatan (1957-1974) dan kemudian sebagai Barisan Nasional (1974-2013). Parti-parti pembangkang, walau bagaimanapun, bergerak sendiri dan setakat ini tidak dapat menubuhkan blok lawan yang kohesif. Antara parti pembangkang yang menonjol hari ini ialah DAP, yang ditubuhkan pada pertengahan 1960-an. DAP mendakwa berhaluan kiri sederhana dan sekular, tetapi sejak 1960-an lebih diterima pengundi berketurunan Cina. Pencapaiannya bergantung pada kemampuannya bercakap bagi pihak bukan Melayu dan juga pada kekuatan dan kelemahan pesaing utamanya, MCA. Dari sudut pencapaian dalam pilihan raya, DAP menyaksikan rekod bercampur-campur. Dalam pilihan raya tahun 1969 DAP mendapat perhatian apabila menang 13 kerusi parlimen, jumlah sama dimenangi pesaingnya, MCA. Sejak awal lagi DAP sudah jelas dilihat sebagai ancaman bukan terhadap Umno, tetapi kepada MCA, dalam merebut pengundi Cina. Pada tahun 1974 DAP menang sembilan kerusi (sementara MCA menambah 19) dan meningkatkan kedudukan pada 1978 apabila menang 16 kerusi. Pencapaian DAP merosot pada 1982 apabila ia memenangi sembilan kerusi, dan mencapai kemuncaknya pada 1986 dengan mendapat 24 kerusi parlimen. Pada 1990 DAP memenangi 20 kerusi, tetapi hanya menang sembilan pada 1995. Sejak 1999 kerusi parlimen DAP terus meningkat: daripada 10 pada 1999, 12 pada 2004, kepada 28 pada 2008. Kerusi dimenangi DAP sejak 1999 hingga 2008 sebahagiannya secara langsung dirampas daripada MCA, yang terus menyaksikan kemerosotan kerusi parlimen. Beberapa penilaian boleh dibuat berhubung peluang DAP dalam pilihan raya akan datang berdasarkan pencapaiannya dalam pilihan raya setakat ini: Pertama, dapat diperhatikan sejak pilihan raya 1969 hingga awal 2000-an, DAP telah telah mensasarkan MCA dalam strategi jangka panjangnya memenangi sokongan kaum Cina. Walaupun mendakwa berhaluan kiri sederhana dan sekular, DAP telah memperjuangkan beberapa hal yang bersifat komunal, termasuk memperjuangkan sekolah vernakular untuk bukan Melayu dan menuntut lebih perwakilan bagi bukan Bimuputera di pentas politik. Semasa 1980-an hingga 1990-an DAP ialah antara pengkritik paling keras dasar Islamisasi di negara ini, yang bermakna ia tidak boleh sehaluan dengan sebuah lagi parti pembangkang yang besar di Malaysia, PAS. Ketika PAS sedang hebat berkempen untuk menubuhkan negara Islam di Malaysia, DAP secara konsisten menentang dan hasilnya dituai dalam pilihan raya 1986 – apabila PAS hanya menang satu kerusi parlimen dan DAP memenangi 24 kerusi. Kedua, sebahagiannya disebabkan sifat politik Malaysia yang berasaskan kaum, DAP mula menyedari sumber undi utama mereka ialah pengundi bukan Melayu. Tetapi ini jga bermakna DAP tidak boleh mencapai kuasa di peringkat persekutuan tanpa menyertai pakatan politik yang boleh memenangi sokongan pengundi yang lebih meluas. Hal ini tidak dapat dilaksanakan pada tahun-tahun 1960-an hingga 2000 kerana DAP tidak dapat bekerjasama dengan PAS, yang mempunyai agenda negara Islam yang ditentang kuat DAP. Hanya sejak 2004 DAP mula membina jambatan dengan parti-parti lain, terutama PAS dan PKR, pertama kali semasa kewujudan singkat Barisan Alternatif dan sekarang dalam gabungan Pakatan Rakyat. Walaupun dinafikan pemimpin-pemimpin parti pembangkang, wujud perbezaan mendalam antara parti yang masih tidak dapat diselesaikan. Perbezaan mendalam antara ideologi berbeza ini dijelaskan lagi melalui kontroversi ucapan Hari Natal oleh pemimpin DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang mempertahankan penggunaan nama "Allah" dalam Injil berbahasa Melayu di Malaysia Timur. Pemimpin DAP itu dituduh oleh penentangnya sebagai melakukan provokasi terhadap sensitiviti Muslim tetapi pada mulanya dipertahankan oleh sekutunya PAS. Walau bagaimanapun, kemudian, PAS menarik balik sokongan ekoran keputusan majlis syuranya, yang mentakrifkan matlamat asas parti, menyatakan yang terjemahan "Allah" dalam Injil berbahasa Melayu boleh menyebabkan kekeliruan. Isu ini, yang dimainkan di media, telah menunjukkan kerapuhan gabungan Pakatan Rakyat pada masa-masa tertentu. Pemimpin-pemimpin DAP juga secara konsisten telah menegaskan tidak akan menyokong penubuhan sebuah negara Islam di negara ini, pendirian yang mencetuskan kemarahan konservatif dalam PAS. Ketiga, masih belum pasti sama ada DAP boleh membina semula imejnya sebagai sebuah parti Cina untuk menjadi lebih pluralistik dan inklusif yang boleh menarik semua kumpulan etnik di negara ini. Malah, pemilihan parti DAP yang lalu menyaksikan semua pemimpin Melayu gagal dipilih ke kepimpinan utama parti sehingga memaksa setiausaha agung mencalonkan dua daripada mereka ke Jawatankuasa Eksekutif Pusat. Kecuali Pengerusi DAP Karpal Singh, kebanyakan pemimpin parti DAP berbangsa Cina, mengukuhkan lagi persepsi yang ia ialah sebuah parti Cina. DAP bakal meletakkan calon menentang lawan dari parti MCA dalam pilihan raya nanti. Walaupun keputusan pilihan raya akan datang masih belum pasti, jelas bahawa DAP berhasrat terus kekal dalam gabungan PR kerana pakatan ini sahajalah yang boleh membawanya mencapai kuasa di peringkat persekutuan. Ini bermakna sekiranya PR berjaya berkuasa di peringkat persekutuan, DAP perlu mengimbangi tuntutan penyokongnya dengan aspirasi seluruh pakatan. Ini mungkin memerlukan DAP menerima beberapa tuntutan Islamis PAS, tetapi tindakan ini juga akan membangkitkan kemarahan pengundi tradisional DAP yang terdiri daripada sebahagian besarnya bukan Melayu dan bukan Muslim. Dr Farish A Noor ialah profesor madya di Sekolah Kajian Antarabangsa S Rajaratnam di Universiti Teknologi Nanyang, Singapura. Artikel ini, diterjemahkan oleh SiasahDaily dan dipetik daripada laman RSIS Commentaries dengan tajuk asal Malaysia's 13th General Election: Prospects and Challenges for DAP. | |||||||||||||||||||||||||
Posted: 23 Feb 2013 03:30 PM PST | BN Kedah diasak sampai ke hutan Pedu! Posted: 23 Feb 2013 03:05 AM PST Oleh ZULKIFLI YAHAYA Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) diadakan secara bersiri di seluruh negara, hampir semuanya diadakan di bandar-bandar utama negeri masing-masing. Pada 12 Januari 2013, HKR terbesar diadakan di Stadium Merdeka juga ibukota utama. Peliknya PAS Kedah mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat pasca #KL112 di kawasan hutan yang tiada penempatan manusia sekitar Tasik Pedu namun mendapat sambutan yang sungguh luar biasa. Lebih 15,000 hadir di tapak perladangan yang disensasikan BN kononnya telah musnah angkara kerakusan pembalakan. Kenderaan Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Razak tidak dapat masuk ke tapak himpunan lantaran kenderaan yang bersesak menutup setiap ruang jalan. Beliau terpaksamembonceng motorsikal lebih tiga kilometer. Sebelum ini Perkasa dan Umno turut mengadakan perhimpunan di situ, namun sambutan rakyattidaklah sehebat itu walaupun mereka dikerah dan diupah. Himpunan anjuran PAS hanya untukmenyatakan sokongan padu rakyat terhadap projek kerajaan negeri serta menyanggahputarbelit pembangkang berhubung isu balak. Mulanya nampak BN mengasak Pakatan tetapi akhirnya PAS pulak yang mengasak BN hingga ke hutan Pedu. Rali panjang menuju PRU13 semakin menuju garisan penamat tetapi BN Kedah nampaknya masihterkial-kial mencuba pelbagai isu, tiada satu pun yang benar-benar utuh untuk membolospertahanan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Minggu lalu, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang menyerang lagi kerajaan negeri kononnyamembuat hutang hampir RM1 billion sepanjang tempoh satu penggal pentadbiran, lalumempersoalkan kemampuan kerajaan negeri untuk membayar balik. Beliau sejak dahulu memang terkenal dengan pengumuman angka-angka bombastik yang tidak masuk akal. Cara kerjanya mudah saja, mengutip semua angka yang dijumpai di mana-mana bagi menampakkan kegawatan kerajaan negeri walhal sebahagian angka yang disebut tiada relevan dengan isu. Misalnya, Keng Liang pernah mendedahkan angka-angka projek berkaitan negeri yang tidakdibuat melalui tender terbuka. Nampaknya berbilon-bilon, walhal projek yang disenaraikannya itu ialah projek pelaburan masuk, misalnya Sungai Limau Hidro Carbon Hub (SULIHH) bernilai RM83 billion dan Aman Central RM500 juta. Mereka adalah syarikat korporat bukan GLC. Tender terbuka dibuat untuk mendapatkan nilai kos optimum terhadap projek yang membelanjakan wang negeri. Bagi pelaburan masuk, maka pelaburlah yang merancang kos yang paling optimum bukan pihak negeri yang membiayai kos! Ketua Pemuda Gerakan itu 'terpening' barangkali akibat ghairah bermain angka. Begitulah persoalan hutang yang kononnya dibuat semasa pentadbiran Pakatan. Hutang yangditinggalkan BN pada Mac 2008 sudah mencecah RM2.2 billion. Hutang negeri biasanyadirujuk kepada hutang berkaitan pengurusan air, perumahan, logistik serta lain-lain yangberkaitan dengan pentadbiran negeri. 'Bijaknya' Ketua Pemuda Gerakan mencampuradukkan hutang GLC ke dalam senarai hutang negeri bagi menjadikan hutangnya mencecah hampir RM3 bilion. Tak pernah dibuat orang. Sebahagian besar hutang yang ditinggalkan kepada Pakatan ialah hutan berkaitan air iaitusebanyak RM1.83 billion. Ia menimbulkan persoalan dan pertikaian mengapa projek berkaitanperkhidmatan air yang diberikan pusat dikira hutang bukannya geran. Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) telah dimulakan pada 1974 dan diperluaskan dibawah skim Accelerated Rural Water Supply di dalam RMK-2 (1971-1975) dan masih berterusan sehingga kini dan akan diteruskan dalam RMK-10. Pada awalnya, dasar pembiayaan program BALB ialah 80 peratus pinjaman dan 20 peratusgeran kerajaan Persekutuan. Jemaah Menteri pada 31 Mei 2000 telah bersetuju pertukarandasar pembiayaan program kepada 100 peratus geran Kerajaan Persekutuan. Sewajarnya bantuan kewangan ini diberi dalam bentuk geran kerana ia adalah tanggung jawab kerajaan kepada rakyat, tambahan pula sumber duit kerajaan juga dari rakyat. Kerajaan Negeri Kedah di zaman BN menolak status geran untuk membina Loji Pembersihan air di Lubuk Buntar dan Padang Sanai oleh kerajaan Pusat, sebaliknya mahu status pinjaman. Inilah ketidakcerdikan kerajaan lalu yang menyebabkan kerajaan negeri menanggung hutang sebanyak RM220 juta. Antara projek besar lagi ialah saluran paip dasar laut dari tanah besar ke Langkawi sejauh 46.4 km berserta sebuah logi dan dua buah kolam bekalan air. Semuanya berjumlah RM150 juta dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan. RM150 juta itu 'dianggap' tanggungan oleh Syarikat Taliworks yang menguruskan air di Langkawi hingga menyebabkan jumlah caj pengurusan air terhadap kerajaan negeri lebih tinggi dari caj air terhadap pengguna. Pihak yang tanggung beban ialah kerajaan negeri tetapi pihak yang kenyang besar ialah syarikat kroni yang diberi hak mengurus air.Sebahagian besar bebanan hutang adalah tinggalan BN. Penyelewengan dan rugi besar besar RM403 juta juga adalah tinggalan BN. Padanlah BN diasak hingga ke hutan Pedu. | Tindakan empat General (B) sertai PR kerana bencikan rasuah Posted: 23 Feb 2013 02:55 AM PST ASPAN ALIASMinggu lepas empat bekas General dari ketiga-tiga cawangan angkatan bersejata Malaysia telah bertindak nekad untuk terjun ke dalam arena politik dan menyertai Pakatan Rakyat. Apa kah yang menyebabkan mereka bertindak menyertai Pakatan Rakyat itu. Persoalan ini sangat penting kerana sesuatu tindakan yang dilakukan oleh seseorang atau kumpulan itu mesti bersebab. Untuk mengetahuinya elok kita ikuti sebahagian dari kata-kata mereka:- LEFTENEN GENERAL (B) DATUK ABDUL GHAFIR ABDUL HAMID, Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat "Pembelian melalui rundingan terus dan bukan melalui tender terbuka menyebabkan rasuah menjadi-jadi. Jika di kumpulkan keseluruhannya sejak mula berkhidmat sehingga bersara pada 2005 ia lebih kurang RM75 billion" LAKSAMANA PERTAMA (B) IMRAN ABDUL HAMID, Bekas Ketua Logistik Markas Armada TLDM "Mengapa RM 9 billion? Sedangkan semasa saya berkhidmat, perjanjian TLDM dan Kementerian Pertahanan untuk membeli 27 kapal, hanya RM6 billion. Mengapa baru buat 6 petrol vessel?" BRIG GENERAL ABDUL HADI ABDUL KHATAB, Bekas Panglima Logistik di Markas Logistik Udara. "Saya cabar Zahid Hamidi dan Panglima TUDM, beritahu siapa hilangkan enjin jet? Kes seperti Scorpene, pembelian helicopter dan banyak lagi sehingga hari ini tidak ada jawapan" BRIGED JENERAL (B) DATUK NAJMI AHMAD, Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) "Campur tangan (UMNO) melampau hinggakan pegawai-pegawai kerajaan susah menjalankan tugas masing-masing. Ini pencabulan terhadap gulungan profesional. Ia berluasa dan perlu diperbetulkan" Tindakan keempat-empat bekas General ini memberikan semangat yang kuat untuk semua melakukan perubahan dan tentunya kata-kata mereka ini lebih telus dari kata-kata dan jawapan-jawapan yang di berikan oleh Menteri Pertahanan atau sesiapa yang ada di dalam kerajaan itu. | Nik Aziz pertahan kenyataan BR1M Posted: 23 Feb 2013 02:53 AM PST KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataan berkenaan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang dikategorikan sebagai memberi makanan kepada haiwan, tidak sebagaimana Pas yang memberi ilmu kepada rakyat. Beliau berkata, Pas lebih gemar menggunakan pendekatan ilmu dalam mengajak orang ramai berkumpul, sebaliknya Umno didakwa menggunakan pendekatan mengagihkan wang untuk menarik perhatian rakyat. "Macam saya kata, kalau kita nak panggil ayam, panggil itik, 'Hei itik, mari aku nak bagi ceramah agama… mana itik nak mari (datang). Tapi kena beri hampas kelapa, beri padi..ia akan datang. Bagi benda..'Hei lembu kerbau, aku nak bagi ceramah.. ia tidak akan datang, tetapi bila bagi rumput atau hampas, bagi nasi… ia akan datang. "Kalau kita nak panggil orang bagi benda tetapi tidak beri ilmu, ertinya kita letak orang sama taraf dengan haiwan," katanya kepada media selepas Majlis Perhimpunan Guru-guru guru Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) Pengkalan Chepa di sini, hari ini. Beliau berkata, sejak Pas memerintah Kelantan 1990, pihaknya tidak pernah memberikan wang memandangkan memang Kerajaan Negeri tiada wang, sebaliknya Pas meniru kepimpinan zaman Nabi Muhammad SAW semasa rakyat Makkah menolak Baginda yang kemudian lari ke Madinah. "Nabi Muhammad SAW beri apa kepada orang Madinah? Berapa banyak duit diberi kepada orang Madinah?... Tetapi orang Madinah terima Nabi sebagai ketua negara. Nak panggil presiden ke panglima perang ke kepada Nabi… tetapi Baginda diterima rakyat. Yang diberi hanyalah ilmu. "Umno sekarang guna duit pula, BR1M1, BR1M2… Umno silap di sini, silap tidak bagi ilmu wayhu. Mana ada ilmu wahyu dalam kebangsaan. Insya-ALLAH rakyat Kelantan juga Malaysia akan berubah fikiran kerana kita sudah bagi ilmu pengetahuan. Islam bawa benda halal. Hak halal kita kata halal, hak haram kita kata haram," katanya. Beliau turut menyatakan, wang BR1M masih hak rakyat, hak kerajaan dan ia bukan wang dari Umno dan sepatutnya sebagai ketua kerajaan Kelantan, beliau turut diberikan BR1M, kemudian beliau agih kepada rakyat. "Saya kata, orang bagi duit... terima… tetapi bila mengundi… pangkah Pas, pangkah Pakatan (Pakatan Rakyat). Beri kain… pakai, beri gula… kacau, beri lembu… ambil, tetapi bila bagi kertas undi… pangkah Pas," katanya. | Hadi: Kerajaan Pakatan Rakyat bebas rasuah Posted: 23 Feb 2013 02:45 AM PST SINAR HARIAN ALOR SETAR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa pemimpin pembangkang dan kerajaan negeri ditadbir pakatan pembangkang bebas daripada rasuah. Dipetik Bernama, beliau juga mempersoal tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat berpendapatan rendah. "Inikah cara BN mentadbir untuk meningkatkan tahap kehidupan dan ekonomi rakyat," katanya dalam ucapan perasmian Karnival Tahun Baharu Cina peringkat negeri Kedah di sini, malam tadi. Pakatan Rakyat kini memerintah Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam ucapannya menyifatkan pemberian BR1M kepada isirumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan umpama 'mengumpan anak ayam'. "Makanlah tapi jangan sampai tersangkut," katanya. Dalam pada itu, Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah menafikan beliau sakit dan tidak mampu mentadbir Kedah sebagaimana didakwa banyak pihak. | Flora Ong nyaris alami 'nasib sama' dengan Altantuya – Deepak Posted: 23 Feb 2013 02:43 AM PST Ruqaya Rahman KUALA LUMPUR : Flora Ong, wanita yang didedah Deepak Jaikishan kerana didakwa memiliki hubungan rapat dengan Datuk Seri Najib Razak, dipercayai hampir mengalami nasib sama dengan warga Monggolia, Altantuya Shaariibu. Bercakap kepada Keadilan Daily, Deepak mengaku menerima arahan daripada Datin Seri Rosmah Mansor untuk mencari Flora di rumahnya di Ampang bersama beberapa orang lain untuk dibawa menemui isteri Perdana Menteri itu. "Rosmah marah apabila dapat tahu Flora dianugerah projek dari suaminya. Bagaimanapun, Flora enggan mengikut Deepak untuk bertemu Rosmah kerana bimbang mengalami nasib sama seperti Altantuya," katanya.
Deepak mendakwa, Rosmah mengarahkannya untuk mencari dan membawa Flora bertemu dengannya selepas mengetahui wanita berkenaan dianugerah dua kontrak secara runding terus oleh Najib Razak berdasarkan hubungan 'rapat' mereka. Katanya, Flora dianugerah projek bernilai RM2 bilion di Sabah dan Sarawak yang dibayar pendahuluan melalui sebuah bank utama Amerika berpangkalan di Singapura manakala satu lagi projek ialah rawatan air di Lembah Pantai. "Bagaimanapun, hal ini 'reda' beberapa hari kemudian selepas Setiausaha Kanan Politik dari Kementerian Kewangan, Datuk Zakiah Ibrahim yang bertanggungjawab memperkenal Flora kepada Najib, dipecat.. "Saya juga diarah menyampaikan amaran kepada Flora supaya tidak berhubung dengan Najib," katanya. | Najib salahkan pembangkang atas kesilapan di Palestin & SKANDAL 'BERLIAN' Rosmah Posted: 23 Feb 2013 02:37 AM PST PKR menjawab Perdana Menteri yang sering ditimpa skandal, Najib Razak dengan menuduhnya bersembunyi dibelakang isterinya dan tidak berani berhadapan dengan segala tuduhan korupsi yang dilemparkan keatas pentadbirannya dan juga keluarga. Ia amat menyedihkan apabila Najib, yang jarang menyentuh hal yang berkaitan isterinya, dia telah cuba mematahkan kritikan bahawa ada kemungkinan dia diserang dengan tuduhan rasuah kerana memberi lebih peruntukan yang lebih banyak dan juga kontrak-kontrak baru. Tetapi apabila ada yang menunjukkan bukti dalam bentuk dokumen bahawa dakwaan rasuah terhadap dirinya dan juga Rosmah cukup untuk siasatan dijalankan, dia terus berdiam diri. Ini tindakan pengecut dan bukan anak jantan," timbalan presiden PKR, Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.
Lupakan bahawa isteri saya terlibat. Beri kerjasama dengan Permata kerana ia merupaka program yang komited dengan pendidikan awal kanak-kanak. Kita tahu bahawa pihak pembangkang akan merendah-rendahkan rancangan ini kerana Permata terlibat. Pihak pembangkang tidak konstruktif. Mereka hanya tahu memperkecil-kecilkan segalanya," kata Najib. Masih malu dengan peristiwa di Palestin
"Lawatan saya di Gaza pun diperkecil-kecilkan. Mereka tidak konstruktif," Najib telah menyuarakannya semasa memberi ucap tamanya di seminar Wanita Sebagai Pemangkin Transformasi Negara. Namun, bukanlah Anwar, tetapi Presiden Palestin sendiri, Mahmoud Abbas yang membidas Najib. Marah dengan tindakan Najib yang memperlekehkan partinya, Fatah, Mahmoud menuduh PM Malaysia itu cuba untuk mencampuri urusan politik Palestin dengan kenyataannya yang sengaja mencari masalah. Sebab lawatan ini juga adalah untuk memisahkan Jurusalam dari Palestin yang telah diiktiraf dunia pada 29 Nov 2012," dalam kenyataan yang dipetik dari pejabat Mahmoud.
Sebaliknya, presiden bagi Palestin selalunya dari parti Fatah termasuk Allayarham Yasser Aarafat. Bila ditanya tentang kemarahan Palestin, Anwar berkata bahawa Najib tidak memenyelidiki dahulu dan natijahnya, telah melakukan kesilapan besar diperingkat hubungan diplomatik. Tiada masalah jika melawat kedua-dua Tebing Barat dan Gaza…tetapi saya rasa dia kurang bijak kerana sepatutnya dia berjumpa dengan kedua-dua belah pihak. Anwar telah menambah, dalam keadaan Najib yang mahu menunjuk kepada orang Islam di Malaysia,dia telah menyinggung parti Fatah dan juga merosakkan imej Malaysia kerana gagal menunjukkan hubungan luar yang adil dan seimbang. Pendapat Anwar dikongsi oleh rakan-rakannya dalam PKR. "Apa kena mengena dengan Pembangkang disini, bukan kami yang menulis ucapannya. Dia telah memperbodohkan dirinya sendiri di persada antarabangsa dan ini menjadi lebih teruk apabila media arus perdana Malaysia cuba memutarbelitkan cerita. Mereka tidak sepatutnya membuat kenyataan yang melampau dengan menyatakan bahawa lawatan itu berjaya dan Najib telah menjadi wira di mata masyarakat antarabangsa tetapi realitinya, ia adalah sebaliknya," kata Tian. Pasangan pertama bermasalah menjadi sasaran parti sendiri
Sebulan yang lalu, Najib menyepi seketika menimbulkan khabar angin kuat bahawa dia telah mengidap strok akibat tekanan dan telah mendapatkan rawatan di Singapura. Penyakit ini berlaku selepas seorang peniaga kontroversi, Deepak Jaikishan membuat beberapa pendedahan terhadap dirinya serta isteri.
Walaupun Deepak mempunyai salinan invois sebagai bukti dia telah membeli barangan kemas untuk Rosmah yang bernilai RM 13 juta untuk mendapatkan perjanjian penswastaan tanah kementeriaan pertahanan yang juga melibatkan Raja Ropiaah, ketua wanita Umno Selangor, Najib enggan memberi maklumbalas selama 2 bulan sebelum menegaskan bahawa Deepak bukanlah seorang yang mempunyai kredibiliti. Kelakuan yang aneh dan hubung kait yang boleh dipersoalkan
"Nampaknya jawapan dari kamu yang 'tiada kredibiliti' kerana apa yang saya sudah dedahkan dengan begitu jelas sekali tentang kes ini adalah kebenaran. Saya cadangkan bahawa PM kita sekarang menjelaskan kebenaran tentang akaun bersumpah 2 (SD2) kepada rakyat Malaysia dan bukan hanya duduk di atas kerusi PM dan menjadi bahan kutukan sahaja! Apa yang paling penting adalah anda dan isteri anda tampil ke hadapan sekarang untuk mendedahkan kebenaran kepada semua rakyat Malaysia mengapa dia mengarahkan saya untuk menterbalikkan SD2 dan kenapa anda berdua mengarahkan Dato Nazim, Tan Sri Cecil & Suresh untuk melakukan perkara menyalahi undang-undang dengan menerbalikkan SD pertama dahulu? Bukankah ini kerana SD pertama adalah benar? " kata Deepak. Dahulu menjadi teman akrab Rosmah, Deepak yang berusia 40 tahun telah mengejutkan negara apabila dia menyokong dakwaan penyiasat persendirian, P Balakrishnan, bahawa pasangan pertama Malaysia terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shaaribuu. Deepak mengulangi apa yang Bala kata, bahawa ia adalah Nazim, adik Najib yang membayar Bala sejumlah wang yang banyak untuk menarik balik akuan bersumpah dan meninggalkan negara. Bala pada tahun 2008 telah mengeluarkan suatu akuan bersumpah (SD1) yang jelas membabitkan Najib dan Rosmah dalam pembunuhan itu. Dia menarik balik SD1 dalam tempoh 24 jam, menggantikan ia dengan akuan bersumpah 2 (SD2). Menurut Deepak, Rosmah telah merayunya untuk membantu "memudahkan" penarikan balik kenyataan Bala yang mengaitkan mereka. Selain daripada pembunuhan Altantuya yang dikaitkan dengan dakwaan Najib menerima rasuah RM570 juta untuk bersetuju membeli 2 kapal selam Scorpene dari firma Perancis DCNS, Rosmah juga telah memalukan negara dengan dakwaan pembelian cincin berlian RM24 juta – yang sememangnya di luar kemampuan mereka walaupun dengan gaji yang tinggi dan faedah yang dinikmati sebagai pasangan pertama negara. Walau bagaimanapun, dalam mempertahankan isterinya, Najib dituduh pembangkang "kehabisan idea" untuk menyerang pentadbirannya dan terpaksa melakukan serangan peribadi dengan menjadikan Rosmah sebagai sasaran. Rosmah juga mendakwa bahawa dia telah menjadi sasaran nombor satu pembangkang, walaupun bukan seorang ahli politik.Malaysia Chronicle | Rafizi: Pertelingkahan calon BN Pandan gambarkan Umno monopoli keputusan dlm BN Posted: 23 Feb 2013 02:31 AM PST Perkembangan terkini yang menyaksikan pertelingkahan terbuka di antara Dato' Seri Chua Soi Lek dan Dato' Seri Ong Tee Kiat mengenai pencalonan wakil Barisan Nasional di Parlimen Pandan mempunyai implikasi besar kepada senario politik negara. Walaupun awalnya saya tidak mahu memberikan sebarang reaksi, perkembangan itu bukan sahaja mempunyai kesan di Pandan sahaja. Ia menggambarkan bentuk kerjasama dan autonomi yang wujud di dalam Barisan Nasional dan sikap Umno (sebagai parti yang terbesar) terhadap parti-parti komponennya yang lain seperti MCA. Sudah menjadi amalan di dalam mana-mana pakatan politik bahawa keputusan meletakkan calon itu adalah keputusan parti yang diberi tanggungjawab bertanding di parlimen itu. Sejak sekian lamanya, Barisan Nasional memberi hak dan autonomi kepada Umno, MCA atau mana-mana parti komponennya menilai calon terbaik untuk bertanding di kawasan yang diwakili. Kalau ada perselisihan faham pun mengenai pencalonan seseorang, keputusan dan pendapat parti komponen yang mewakili kerusi itu diberi keutamaan. Itu amalan dulu-dulu di dalam Barisan Nasional, sekurang-kurangnya autonomi untuk menentukan calon dikekalkan di tangan presiden parti komponen di kerusi yang diwakili partinya. Keadaan itu berubah kali ini apabila Dato' Seri Najib Tun Razak memohon agar mandat menentukan calon bagi semua calon Barisan Nasional diserahkan ke tangan beliau. Calon-calon dari parti komponen tidak lagi ditentukan oleh parti komponen, sebaliknya beliaulah yang akan membuat keputusan. Sudah tentu ini satu perubahan besar dalam lanskap politik negara. Barisan Nasional yang sebelum ini menjaja dirinya sebagai satu persefahaman politik pelbagai bangsa yang adil kini tidak lebih dari monopoli Umno. Parti-parti komponennya tidak lebih dari pengemis. Oleh sebab itulah, presiden parti komponen seperti Dato' Seri Chua Soi Lek sendiri sehingga kini masih belum disahkan pencalonannya. Presiden parti komponen yang lebih kecil di Sabah dan Sarawak masih berdebar-debar menunggu sama ada nama mereka dicalonkan atau senarai mereke diterima oleh Dato' Seri Najib Tun Razak. Keadaan ini bukan sahaja memperlekehkan kedudukan parti komponen di dalam Barisan Nasional – ia merampas kuasa politik yang ada di tangan pimpinan parti komponen untuk menentukan calon. Sebab itulah, pertelingkahan terbuka di antara Dato' Seri Chua Soi Lek dan Dato' Seri Ong Tee Kiat bermakna keresahan di kalangan pimpinan pusat MCA bahawa kuasa mereka untuk menentukan calon sudah terhakis ada benarnya. Mungkin sebab itu, Dato' Seri Chua Soi Lek mengambil keputusan untuk menghantar isyarat awal kepada Dato' Seri Najib Tun Razak supaya tidak memperlekehkan parti-parti komponen Barisan Nasional di mata pengundi. Apabila pertelingkahan ini sudah menjadi perang terbuka, maka penilaian pengundi Pandan mengenai calon Barisan Nasional dari MCA adalah jelas: 1. 1) Jika calon MCA adalah Dato' Seri Ong Tee Kiat pada masa presiden MCA secara terbuka menggugurkan beliau, bermakna Dato' Seri Ong Tee Kiat menjadi calon atas ehsan Dato' Seri Najib Tun Razak dan Umno. 2. 2) Jika calon MCA bukanlah Dato' Seri Ong Tee Kiat, bermakna akhirnya Dato' Seri Najib Tun Razak tunduk kepada tuntutan MCA agar autonomi memilih calon dikekalkan di tangan parti masing-masing. Saya cukup memahami dilemma Dato' Seri Najib Tun Razak dalam memilih calon. Bukan sahaja beliau perlu memilih calon yang boleh menang, beliau juga perlu memilih calon yang setia kepadanya. Beliau tahu kalau pun Barisan Nasional menang dalam PRU13, majoritinya lebih rendah dan beliau tidak akan berjaya mendapatkan kedudukan dua pertiga di Dewan Rakyat. Ini akan memberi ruang kepada pimpinan Umno yang kurang senang dengan prestasi beliau untuk menuntut beliau meletak jawatan, seperti mana yang pernah dilakukan kepada Tun Abdullah Badawi. Oleh itu, satu-satunya cara untuk beliau kekal berkuasa sebagai Perdana Menteri walaupun ditolak Umno selepas PRU13, adalah dengan memilih sendiri setiap calon di Parlimen yang kesetiaannya tidak berbelah bahagi kepada beliau supaya jika ada undi tidak percaya terhadap beliau di Parlimen, beliau boleh menang walaupun tidak mendapat sokongan majoriti dari Umno sendiri. Sebab ini jugalah, pilihanraya tidak boleh dipanggil sehinggalah Dato' Seri Najib telah berjaya meletakkan semua calon-calon dari Umno dan parti komponen yang setia kepada beliau walaupun ditolak oleh parti masing-masing. RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN | Kepala mayat reput ditutup patung beruang Posted: 23 Feb 2013 02:27 AM PST Mayat yang masih tidak diketahui jantina itu dibalut dengan plastik dan diikat dengan kain. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, polis dimaklumkan berhubung kejadian tersebut, kira-kira jam 11 pagi. "Mayat sudah mereput. Ia ditemui dalam keadaan mengiring di tepi mangkuk tandas. "Kita percaya mangsa mati empat hari lalu dan kediaman di tingkat 23 itu pula berkunci dari luar," katanya ketika ditemui di lokasi, semalam. Beliau berkata, polis tidak menemui dokumen pengenalan diri dan pihaknya akan meneliti laporan kes kehilangan bagi mengenal pasti identiti mangsa. Katanya, polis juga tidak menemui senjata pembunuhan yang digunakan dan masih menyiasat kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain. Menurutnya, polis akan mengambil keterangan beberapa penghuni premis dan meneliti sistem kamera litar tertutup (CCTV) bagi membantu siasatan. Khairi berkata, siasatan awal mendapati kediaman berada dalam keadaan berselerak itu dijadikan makmal mini memproses dadah. "Kita menemui serbuk dan pil dipercayai dadah selain dokumen berkaitan urus niaga dadah di ruang dapur," katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. | Empat pemancing dilaporkan hilang sejak rabu Posted: 23 Feb 2013 02:25 AM PST SINAR HARIAN KUANTAN - Empat pemancing dilaporkan hilang sejak Rabu lalu selepas keluar memancing di perairan Pahang. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata empat lelaki berkenaan dilaporkan menaiki sebuah bot gentian kaca berlepas dari Jeti Sungai Kuantan di sini pada 5 petang, 20 Feb lepas. "Sehingga 2 petang tadi, keempat-empat pemancing terbabit gagal dikesan," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Menurutnya empat lelaki berkenaan dikenali sebagai Baheruzaman Yusof, 40, Ayzzat Rahmat Yaakop, 40, Rahmat Chik, 51, dan seorang lagi lelaki hanya dikenali sebagai Karim (umur belum diketahui). Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang melancarkan gerakan mencari kesemua mangsa. - Bernama | Filipina minta masa usir kumpulan ceroboh Sabah Posted: 23 Feb 2013 02:24 AM PST SINAR HARIAN KLUANG - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan kepada Wisma Putra untuk membuat keputusan berhubung permohonan kerajaan Filipina meminta lanjutan masa bagi pengusiran kumpulan penceroboh warganegara itu di Lahad Datu, Sabah. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jika permohonan itu dipersetujui, ia diharapkan tidak terlalu lama kerana KDN tidak akan berkompromi dengan perkara yang boleh menjejaskan kedaulatan negara. "Saya baru terima panggilan daripada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman pagi tadi berhubung perkara ini dan saya menyerahkannya (lanjutan tempoh) kepada Wisma Putra untuk membuat keputusan. "Apa yang pasti isu keselamatan negara terutama maruah Sabah dan rakyatnya tidak akan digadaikan...ada had dan masanya dalam menangani isu ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) Parlimen Sembrong di sini, hari ini. Media sebelum ini melaporkan kerajaan Filipina menerusi Menteri Luarnya Albert Del Rasario meminta kerajaan Malaysia melanjutkan tempoh pengusiran kumpulan penceroboh berkenaan. Polis mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu sejak 12 Feb lepas sebagai waris berketurunan "Raja Sulu" dari selatan Filipina. Hishammuddin meminta orang ramai bersikap rasional dan bersama-sama mendoakan kes berkenaan selesai tanpa pertumpahan darah selain dalam masa yang tidak terikut-ikut dengan sesetengah pihak yang mempolitikkan isu berkenaan. "Saya sudah turun ke Sabah untuk melihat polis, ATM (Angkatan Tentera Malaysia) dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia menangani kes ini. Situasi di sana dalam keadaan terkawal," katanya. Beliau berharap orang ramai memahami situasi dan perspektif kejadian itu memandangkan ianya berbeza dengan beberapa kejadian sebelum ini seperti Al-Maunah, Abu Sayyaf dan Jemaah Islamiah Malaysia. Pihak berkuasa negara sedang memujuk kumpulan itu supaya segera meninggalkan Sabah bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku, katanya. Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata operasi membanteras kegiatan sindiket penjualan bayi dan kanak-kanak di negara ini akan diperhebatkan termasuk bekerjasama rapat dengan negara serantau seperti China. "Kita tidak boleh berdiam diri dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang. Kalau kita hendak tangani kena dari sumbernya dan kita dalam dunia tiada sempadan ini, kita kena bekerjasama dengan negara lain," katanya. - Bernama | Dasar Syaitan Dikenali Tak Reti Bahasa, Simbah Cat Merata-rata Posted: 23 Feb 2013 12:07 AM PST KELAB GREENBOC Pantai Kundur: Satu laporan polis telah dibuat berhubung sabotaj yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebanyak 4 papan iklan billboard Tawaran Pakatan Rakyat dirosakkan dengan balingan cat dan spray berwarna merah. Laporan polis dibuat oleh Ust Mohd Noor Omar, Penyelia PAS DUN Pantai Kundur. -fb Rakyat Dihati Kami Ulasan GB Agaknya pihak syaitan yang dikenali ini mahu kita doakan agar tangan-tangan yang menyimbah cat dan membuat kerosakan itu supaya dikudungkan segera oleh Allah swt. Kepada petugas PR, dicadangkan agar billboard yang didirikan supaya dilapikan dengan plastik supaya ianya boleh dicuci selepas disimbah cat dan seumpamanya. | Haram Undi PAS; MTD Manir Cabar Yusof Awang Hitam Berdebat Posted: 22 Feb 2013 11:56 PM PST HULU TERENGGANU - Ekoran kebanjiran papan tanda besar (billboard) yang dinaikkan di merata tempat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir oleh jentera Umno dan Brisan Nasional (BN), PAS Majlis Tindakan DUN Manir mencabar Naib Ketua Bahagian Umno Hulu Terengganu Yusof Awang Hitam untuk berdebat. Papan-papan tanda besar yang menukilkan kata-kata kononnya seorang 'ulamak' dari negeri Kelantan yang mengeluarkan kenyataan 'Haram Undi PAS'. Yusof Awang hitam yang juga Penyelaras Umno DUN Manir dan Pegawai Pembangunan DUN Manir yang dilantik oleh kerajaan Umno-BN Terengganu disebut-sebut akan mewakili BN sebagai calon pada pilihanraya umum akan datang. Menurut Ketua Penerangan Hulu Terengganu Hamazah Abdul Latif, surat cabaran debat telah dihantar dn diserahkan sendiri oleh Setiausaha MTD Manir Zulkifli Abdullah pada Khamis 21 Februai ke Pejabat Umno DUN Manir. Dalam surat yang ditandatangani oleh Zulkifli Abdullah menyatakan PAS akan diwakili oleh Ustaz Muhammad Hamdi Harun bagi berdebat mencari kebenaran kenyataan 'Haram Undi PAS'. Menurut surat tersebut, PAS memerikan tempoh kepada pihak Yusof Awang Hitam sehingga jam 5 petang, 3 Mac 2013, untuk menjawab cabaran debat tersebut. Sehingga kini, termasuk cabaran debat yang dikemukakan oleh PAS MTD Manir, sudah empat kali cabaran debat kepada pemimpin Umno Terengganu dibuat, namun belum satunya berjaya dibuat. Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut pernah mencabar Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu yang juga Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said untuk berdebat berhubung soal pembangunan negeri. Namun ia ditolak oleh Ahmad Said, yang memberikan alasan remeh, debat tidak akan membawa apa-apa hasil. Pada 2 Februari lalu, Pegawai Pembangunan DUN Ladang Dato' Wan Hisham Wan Salleh yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Terengganu telah mencabar 'pengkritik' Pangsapuri Ladang Gemilang untuk berdebat. Namun apabila cabaran disambut oleh Raja Dato' Kamarulbahrin Shah, Wan Hisham tidak menjawab. Pada 21 Februari lalu, Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (PPNT) secara rasminya telah menghantar surat cabaran debat kepada ADUN Tepoh YB Mohd Ramli Nuh yang juga Timbalan Exco Agama dan Penerangan negeri Terengganu. DPPNT meletakkan Exconya, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim bagi berhadapan dengan Ramli Nuh pada tarikh debat yang dicadangkan adalah 7 Mac, 2013. | NGO: Mengapa rakyat Sulu mudah masuk Sabah? Posted: 22 Feb 2013 11:53 PM PST
Bagaimanapun, Timbalan Ketua Umno Semporna, Datuk Nasir Sakaran berkata, rakyat Sulu yang berada di Tawau serta Lahad Datu merupakan warga negara Malaysia PETALING JAYA: Presiden Gabungan NGO Sabah, Androd Sadian berkata, rakyat Sabah tidak gembira dengan pencerobohan `tentera' Sulu ke atas wilayah negeri itu. Rakyat Sabah, katanya mahu pihak berkuasa menyiasat mengapa pengikut Raja Kesultanan Sulu begitu mudah masuk ke Lahad Datu serta beberapa kawasan lain di sekitarnya. "Apa yang menyebabkan mereka berani masuk ke Sabah dengan jumlah yang besar dan dari mana mereka mendapat senjata api. "Adakah mereka itu tentera Sulu atau pihak lain. Rakyat Sabah tidak puas hati dengan situasi ini…mereka mahukan keselamatan," katanya. Menurut Androd, masalah rakyat Sulu di Sabah rumit kerana jumlah mereka ramai dan berada di negeri itu sejak berpuluh tahun lalu. Lebih rumit, tambahnya ramai sangat pihak yang mengaku Raja Sulu. Katanya, kerajaan perlu membuat penapisan untuk memberi taraf warga negara kepada rakyat asing yang ada di Sabah. Lahad Datu kini menjadi tumpuan berikutan `askar-askar'- yang didakwa dari Kesultanan Sulu diketuai Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram datang ke Sabah dan berkampung di Tawau. Rundingan pihak berkuasa Malaysia dengan kumpulan berkenaan supaya mereka pulang ke Mindanao masih menemui jalan buntu. Kumpulan berkenaan memasuki Lahad Datu sejak lebih dua minggu lalu atas alasan Sabah negeri mereka. Warganegara Malaysia Sementara itu, Timbalan Ketua Umno Semporna, Datuk Nasir Sakaran berkata, ramai masyarakat Sulu yang berada di Tawau serta Lahad Datu merupakan warga negara Malaysia. Katanya, kebanyakan masyarakat Sulu itu memang dilahirkan di Sabah termasuk di Tawau ataupun Semporna dan Lahad Datu. "Mereka berketurunan Sulu tetapi sudah menjadi warganegara Malaysia, bagaimanakah hendak membezakannya dengan rakyat Sulu dari Mindanao? "Tetapi mereka boleh hidup dengan baik di kalangan masyarakat tempatan di sini (Semporna dan Tawau). "Orang ramai dapat mencari makan macam biasa…orang tidak risau. Mereka tidak bimbang apa-apa. Bagaimanapun, Nasir enggan mengulas lebih panjang kerana menurutnya tidak mahu bertindih dengan kenyataan pemimpin atasan lain. | Ustaz Azhar Idrus pertahankan Nik Aziz dalam isu BR1M Posted: 22 Feb 2013 11:48 PM PST THE MALAYSIAN INSIDER SHAH ALAM, — Pendakwah Islam terkenal Azhar Idrus mempertahankan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam serangan terbaru pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) terhadap menteri besar Kelantan itu dalam isu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyelar Nik Abdul Aziz yang dikatakan menyamakan penerima BR1M dengan haiwan, sebagai menghina rakyat dan amat keterlaluan. Baru-baru ini, Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, "Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami. "Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang. "Jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil). Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," kata Mursyidul Am PAS (gambar) itu menyebabkan beliau diserang hebat oleh pemimpin Umno dan BN di media arus perdana. Menurut Azhar yang mempunyai program televisyen di saluran Astro Oasis bertajuk "Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus" itu, Nik Abdul Aziz bukan mengatakan penerima BR1M itu seperti haiwan tetapi mengatakan pemberi BR1M menjadikan penerimanya seperti haiwan. "Sebenarnya apa yang kita dengar dalam video klip bukan Tok Guru kata penerima BR1M seperti haiwan, cuma Tok Guru kata orang yang memberikan BR1M itulah cuba menjadikan orang yang menerima seperti haiwan," kata Azhar merujuk kepada Nik Abdul Aziz. "Umpama bagi makan, lepas tu sembelih. "Maknanya jahatnya orang nak bagi bantuan bila perlu sahaja, bila jauh dengan pilihanraya tak hulur pun bantuan," katanya dalam satu kuliah dipetik dari Harakahdaily. Beliau ditanya soalan oleh salah seorang yang hadir dalam kuliahnya, "apa komen ustaz mengenai Tuan Guru Nik Aziz kata orang yang ambil BR1M ni seperti haiwan?" Azhar menjawab ini semua punca mencari perbalahan, "Ni buah cari baloh (Ini untuk cari perbalahan)," kata beliau dengan menggunakan loghat Terengganu. Beliau meminta semua pihak berhati-hati dengan sebarang laporan media. "Jadi lening (sekarang ini) kene hati-hati lah banyak putar belit dan spin berita nak nak musim mengundi ni. "Yang tak pernah nampak muka pun dan kerap masuk kampung dah. Tujuan ape? Nak tolong ke untuk kepentingan tertentu? "Jadi kene bijoklah, jangan percaya tanpa selidik," tegas penceramah bebas dari Terengganu yang sangat terkenal itu. Najib mempersoalkan kenyataan Nik Abdul Aziz yang tidak konsisten memandangkan pakatan pembangkang terutamanya di Selangor turut menjanjikan beberapa perkara yang bersifat kewangan. "Apa beza dengan janji dia (pakatan pembangkang) di Selangor. Elaun untuk ibu tunggal, bayaran elaun anak ke tadika, janji air percuma...itu kan pemberian kewangan juga? Apa beza dengan BR1M? Jadi takkanlah Nik Aziz nak kutuk bila kita buat dan bila pakatan buat dia tak kata apa-apa? "Itu pendirian tidak konsisten kalau itu (BR1M) dikira amalan tidak baik dan disama dengan haiwan...kenapa dia tak kata apa-apa bila pakatan janji...janji itu pula tidak ditunaikan," katanya dipetik dari agensi berita Bernama. Azhar berpengaruh besar terutamanya dikalangan masyarakat Melayu — Islam dimana kuliah-kuliah agamanya di seluruh negara menyaksikan kehadiran besar daripada orang ramai tidak kira fahaman politik mereka. Beliau juga diterima oleh anak-anak muda berikutan dengan keterbukaannya dengan minat anak-anak muda seperti turut bermain alat muzik seperti gitar. | Siapa Ku Li untuk jadi calon PM Pakatan Rakyat? Posted: 22 Feb 2013 11:34 PM PST Dari FB SAIFUDIN IBRAHIM Apabila menyebut sistem 2 parti, maka difikiran terbayang 1 parti lawan 1 parti. Melalui sistem demokrasi di Malaysia, nampaknya sistem ini menuju kepada sistem 2 pakatan. Semangatnya sama... Ringkasnya, apabila menyebut pertembungan 2 parti, dimana2 yang mengamalkan sistem 2 parti (atau pakatan) ia akan menamakan calon Presiden atau PM mereka. Di Malaysia, umum mengetahui, BN akan terus menamakan Najib selaku bakal PM. Hiraukan mereka... Hari ini desas desus semakin kuat ada beberapa kelompok dalam PAS yang mahu mencalonkan Ku Li sebagai PM. Mungkin mereka ini ada pandangan tersendiri... Tetapi bagi ambo (sebelum parti membuat keputusan, rasanya x salah untuk ambo menempelak cadangan ini). Siapa Ku Li? seorang telah lama bercita2 menjadi PM. Beliau beberapa kali hampir menjadi PM: 1. 1987: Tewas tipis ketika melawan Mahathir dalam pemilihan Presiden UMNO, walaupun ada dakwaan disabotaj 2. 1990: Ada kajian dibuat, jika isu tengkolok yang dikatakan ada lambang salib dipakai oleh Ku Li x dimain atau dimanipulasikan oleh media, kerajaan pusat pasti bertukar pada tahun tersebut. Selepas 2 era tersebut, impian Ku Li seperti x kesampaian. Teringat kuliah Dato Mohd Amar hujung 90an, dia cakap Ku Li ni telah kena 'tulah' oleh 'Tok Wali Hase'... takkan 'naik' bila2. Secara 'sinis'nya, eloknya calonkannya sebagai PM jika PAS juga ingin terpalit tulah (gagal dalam PRU 13 ni) tu.. Point kedua, generasi ketiga (G3) yang menjadi penentu dalam PRU nanti, tak kenal Ku Li. apa jasa beliau, apa kebolehan beliau... Tidak 'bersusah payah' bersama rakyat menentang kezaliman BN, hanya bersenang lenang dengan menggoyang kaki di halamannya (pandangan umum). Secara sinisnya, elok juga PAS calonkan Ku Li utk terus mencatatkan kekakahan ekoran penolakan dari G3 ini. Kami orang bawahan dan golongan atas pagar pasti terusik dengan desas desus (mencalonkan Ku Li sebagai PM). Malah yang paling teruk dengan ura2 Ku Li akan masuk PAS. Akan masuk PAS, dicalon sebagai PM, terus terang seperti menghina/menjatuhkan Tuan Guru Presiden... Meminjam (edit sikit) tulisan seorang sahabat 'mengapa PAKU dilempar dijalan rakyat yang nak lawan umno'? Akhir kalam, Konvensyen PR pada 25 Februari WAJIB, WAJIB, WAJIB menamakan siapa calon PM bagi memastikan fokus untuk melawan umno tidak terjejas! | PANAS: Treler Negara Kebajikan Pas cuba di CIPLAK [Saksikan...] Posted: 22 Feb 2013 10:20 PM PST http://shalehudin.blogspot.com/Huh...!! Majoriti penyokong Pas mula tertanya-tanya... Treler ni hak mana pula... Mintak penjelasan Mat Sabu dengan segera... Yang mana satu yang rasmi punya... haha... Treler Negara Kebajikan Pas disambut meriah di sebelah Utara semenanjung... | Treler PAS sudah bergerak lebih 500 kilometer Posted: 22 Feb 2013 09:54 PM PST Muhammad Faizal, PENDANG: Sejak memulakan perjalanan dari Pejabat Agung PAS di ibu negara pada Khamis lalu, treler jelajah Negara Berkebajikan PAS kini sudah bergerak melebihi jarak 500 kilometer. Semalam, treler ini ini singgah di Kampung Kubur Panjang, di sini untuk program hi-tea bersama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Seperti biasa, kehadiran treler ini menjadi tumpuan masyarakat di sini yang teruja dengan keunikannya. Masing-masing mereka tidak mahu melepaskan peluang melihat treler ini dengan lebih dekat dan mengambil gambar untuk kenang-kenangan mereka. Sebelum ini, treler ini telah singgah di beberapa tempat termasuk Manjoi, Perak dan Bandar Perda, Pulau Pinang sebelum tiba di Kedah. Timbalan Presiden PAS, sewaktu berucap menjelaskan traler jelajah ini merupakan satu usaha PAS dalam mendekati rakyat terutamanya untuk penyampai maklumat bagi persediaan menghadapi pilihanraya nanti. Kata beliau lagi, dengan adanya traler jelajah ini PAS akan dapat mengempur setiap kubu kuat Umno di semua negeri dalam menyampaikan maklumat yang tepat serta mendekati pengundi dengan lebih rapat. "Traler ini menunjukkan bukti kita (PAS) telah bersedia sepenuhnya untuk masuk ke kubu kuat Umno di setiap peringkat negeri. "Saya yakin dan pasti, usaha ini akan menghasilkan satu yang bermakna dan kejayaan kita di Putrajaya," ucap beliau. Mohamad juga memberitahu traler jelajah ini akan berhenti di Putrajaya jika Pakatan Rakyat diumumkan sebagai kerajaan yang baru selepas pilihanraya nanti. | PAS tubuh cawangan baru di Sri Gombak Posted: 22 Feb 2013 09:49 PM PST GOMBAK: PAS gombak menguatkan lagi penguasaan mereka di sini apabila satu lagi cawangan baru parti itu di tubuhkan iaitu di Fasa 7 Sri Gombak. Malam tadi, majlis pelancaran cawangan baru itu disempurnakan Yang Dipertua PAS (YDP) kawasan Gombak Ustaz Salehuddin Nasir di sini sempena program ceramah kelompok penerangan isu-isu semasa di sini. Pada masa sama Haji Yusof yang dilantik ketua cawangan PAS Fasa 7 Sri Gombak turut mewakili penduduk membuat penyerahan keahlian PAS kepada Salehuddin. Hadir sama malam tadi Ustaz Hasbullah Rizwan selaku Timbalan YDP, dan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat Syahir Sulaiman. "Sebelum pilihanraya, kita percaya akan ada lebih ramai ahli Umno Gombak akan menyertai PAS kerana mereka sudah muak dengan janji-janji yang ditaburkan kepada mereka yang tidak ditunaikan" ujar Salehudin dalam ucapannya. Sehingga kini, cawangan PAS di Gombak sudah mencecah 70 cawangan. Perkembangan itu sekaligus menguatkan jentera PAS di sini dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang. | Penerima BR1M haiwan: Apa komen Ustaz Azhar Posted: 22 Feb 2013 09:48 PM PST KUALA TERENGGANU: Serangan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan timbalannya terhadap Mursyidul Am PAS dijawab oleh penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (gambar). Beliau berkata, Tuan Guru Nik Aziz bukan kata penerima BR1M itu seperti haiwan tetapi menjadikan penerimanya seperti haiwan. "Sebenarnya apa yang kita dengar dalam video clip bukan Tok Guru kata kepada penerima BR1M seperti haiwan, cuma Tok Guru kata orang yang memberikan BR1M tulah cuba menjadikan orang yang menerima seperti haiwan. "Umpama bagi makan, lepas tu sembelih. "Maknanya jahatnya orang nak bagi bantuan bila perlu sahaja, bila jauh dengan pilihanraya tak hulur pun bantuan," kata Ustaz Azhar dalam kuliahnya di Masjid Pengadang Baru dekat sini. Beliau ditanya, "apa komen ustaz mengenai Tuan Guru Nik Aziz kata orang yang ambil BR1M ni seperti haiwan?" Ini ekoran tuduhan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa Tuan Guru Nik Aziz menganggap penerima BR1M ini haiwan. Bagi Ustaz Azhar, ini semua punca mencari pembalahan, "Ni buah cari baloh." Sehubungan dengan itu, beliau meminta semua pihak berhati-hati dengan sebarang laporan media. "Jadi lening (sekarang ini) kene hati-hati lah banyak putar belit dan spin berita nak nak musim mengundi ni. "Yang tak pernah nampak muka pun dan kerap masuk kampung dah. Tujuan ape? Nak tolong ke untuk kepentingan tertentu? "Jadi kene bijoklah, jangan percaya tanpa selidik," tegas penceramah bebas dari Terengganu yang sangat terkenal itu. Baru-baru ini, Tuan Guru Nik Aziz berkata, "Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. "Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami. Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang. "Jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil). "Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," kata Tuan Guru Nik Aziz. Berikut adalah analogi itu: Seorang atok memarahi dua orang cucunya, Ali dan Abu yang suka bergaduh.. Atok: Korang ni macam anjing dengan kucing.. pantang jumpa asyik nak bergaduh.. Ali: Sampai hati atok cakap kami haiwan.... Abu: Ali! Itu peribahasa la samdol! | 'Ini Kalilah' gelombang terkuat dalam sejarah tukar k'jaan Sabah Posted: 22 Feb 2013 09:43 PM PST Norutul Ilham SABAH: Sokongan rakyat Sabah terhadap Pakatan Rakyat jauh lebih hebat berbanding gelombang penukaran kerajaan negeri sebelum ini, kata bekas pemimpin Umno negeri itu. Bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Ahmad Shah Tambakau yang mengisytihar menyertai KEADILAN minggu lalu menyifatkan gelombang 'Ini Kalilah' tidak dapat disekat oleh Umno. "Apabila Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing keluar BN dan sokong Pakatan, sambutan masyarakat Kadazan Dayak Murut begitu kuat. "Masa saya masih dalam Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (Berjaya) pada 1985 pun tidak sekuat ini," katanya kepada Keadilan Daily. Beliau bersama-sama Yapin Gimpoton mengisytihar menyertai KEADILAN ketika lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah pada hari pertama Tahun Baru Cina pada 10 Februari lalu. Bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Keningau itu bertekad membawa obor semangat perubahan itu ke setiap pelusuk masyarakat pedalaman di Sabah. "Berdasarkan pemerhatian, sekitar Pantai Barat Sabah dan pedalaman sudah tolak Umno. Kali ini, rakyat Sabah sudah berani lawan Umno secara terbuka. "Ternyata mereka sedia, Sabah tidak kisah untuk tukar kerajaan. Kerajaan ini zalim, kita tukar sahaja," katanya. Kata Ahmad, rakyat Sabah bukan saja mahu menukar kerajaan negeri, bahkan berhasrat menukar kerajaan Persekutuan berikutan jemu dengan janji BN. "Rakyat tolak Umno BN seperti kita menangkan Berjaya dan selepas itu rakyat tukar pula kepada Parti Bersatu Sabah (PBS)," katanya. Beliau juga tidak peduli dengan tohmahan konon penyertaannya dalam KEADILAN kerana mahu menjadi calon, sebaliknya fitnah itu dijadikan pembakar semangat untuk menghumbankan Umno. Ahmad kecewa lantaran tabiat rasuah di kalangan pemimpin Umno semakin buruk dan menjadi-jadi hingga menyebabkan kemarahan rakyat. "Ramai pemimpin Umno Sabah terlibat skandal aliran wang haram, kebas balak, rampas tanah. Banyak sangat rasuah tapi ada pihak buat tidak tahu sahaja," katanya. Beliau juga kesal kerana pemimpin Umno BN langsung tidak mempeduli isu pembelaan rakyat Sabah. "Sudah lama kita buat perhati perkembangan politik Sabah. Bermula apabila Wilfred bawa isu Hak Tanah Adat ke Parlimen tetapi tiada perkembangan sehingga beliau keluar BN. "Pada masa sama, kita tengok bagaimana KEADILAN buat kerja, banyak yang dibongkar untuk kebaikan rakyat," katanya. | 13,291,385 orang sah jadi pengundi PRU13 setakat ini Posted: 22 Feb 2013 09:36 PM PST Jika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan dalam masa terdekat, jumlah keseluruhan yang layak mengundi ialah seramai 13,291,385 orang. | Stadium Sultan Mizan runtuh bukan kerana sabotaj Posted: 22 Feb 2013 09:33 PM PST Katanya, beliau tidak mahu mengaitkan kejadian tersebut dengan unsur negatif seumpama itu ataupun ada dalang yang menyebabkan runtuhan itu berlaku sehingga mencederakan tiga pekerja binaan. "Saya tak mahu kata begitu (sabotaj) kerana saya tak mahu fitnah atau tuduh-menuduh. Saya anggap kejadian ini (runtuhan struktur bumbung) adalah kelemahan kontraktor. "Semasa kita kita bincang pun, ia mesti ada sekurang-kurangnya empat kren besar untuk sokong struktur bumbung berkenaan, tetapi mereka guna satu kren sahaja. Stadium ini dalam proses pembaikan dan bagi saya struktur itu runtuh disebabkan kecuaian kontraktor," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis pelancaran Akademi Bola Sepak Peteh Kids Terengganu di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman di sini, semalam. "Tapi mungkin pihak berkenaan hendak untung lebih banyak, maka mereka tak nak pakai kren banyak. Apabila mereka pakai satu kren saja, tak dapatlah nak menampung struktur berkenaan," katanya. Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas berkemungkinan wujud unsur sabotaj oleh pihak tertentu, yang dipercayai menjadi punca berlaku runtuhan struktur bumbung stadium berkenaan, pagi Rabu lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, tiga pekerja cedera parah manakala dua lagi cedera ringan apabila kerangka keluli sepanjang 137 meter yang berada pada ketinggian 25 meter runtuh dan menghempap mangsa. Ahmad seterusnya menyangkal tuduhan pembangkang yang menyalahkan kerajaan negeri berikutan kejadian itu, sebaliknya menjelaskan proses membaik pulih bumbung runtuh itu memerlukan tempoh masa lama berdasarkan prosedur tertentu yang perlu dipatuhi. "Kita (kerajaan) tak patut dipersalahkan, apabila tak kuat 'support', ia robohlah. Bukannya kerana stadium tak kuat, itu tak betullah," tegasnya. Pada 2 Jun 2009, negara dikejutkan dengan runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak yang bernilai RM292 juta kira-kira setahun selepas stadium tersebut dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei 2008. Runtuhan berlaku yang berlaku pada jam 9.30 pagi itu mengakibatkan kira-kira 50 peratus daripada struktur stadium yang menjadi venue utama temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2008 itu musnah. Kerosakan melibatkan bumbung di bahagian timur stadium sepanjang 400 meter itu yang menempatkan pintu masuk utama, pintu A, B dan B1 ke tempat duduk awam dan tempat duduk tetamu diraja serta orang kenamaan (VIP). | Lelaki maut dilanggar kereta api barang di landasan berkembar Posted: 22 Feb 2013 09:32 PM PST SINAR HARIAN BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki, dipercayai warga asing, ditemui mati dilanggar kereta api barang di atas landasan berkembar yang sedang dibina berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam malam tadi. Jurucakap polis berkata, mangsa yang tidak mempunyai pengenalan diri itu ditemui pekerja pembinaan landasan berkenaan ketika lalu di kawasan tersebut pada 8.30 malam. "Mayat mangsa yang hanya memakai seluar pendek ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kepala telah putus dipercayai dilanggar kereta api yang melalui landasan berkenaan," katanya kepada pemberita di sini. Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti kejadian sebenar. Katanya, mayat mangsa yang bertatu di betis kanan dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat. Jurucakap polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu, atau kehilangan anggota keluarga, agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - Bernama | Mahathir bayangi pimpinan Najib? Posted: 22 Feb 2013 09:30 PM PST Adun Limbongan, Zainuddin Mohamad berkata, Mahathir bertindak demikian mungkin mempunyai kepentingan sendiri namun ia secara jelas menampakkan kelemahan Najib kepada rakyat. "Pas tidak hairan dengan dengan apa yang berlaku kerana Mahathir mungkin mempunyai kepentingannya dalam soal ini sebab itu kita juga dapat melihat bagaimana Mahathir terus membayangi Perdana Menteri," katanya. Perkembangan itu katanya, membuktikan kelemahan kepimpinan Najib yang tidak mempunyai kekuatan untuk bersuara atau menangani isu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13. Bagaimanapun katanya, Pas sama sekali tidak mengharapkan kelemahan lawan untuk mencapai kemenangan. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Dun Limbongan yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan Dan Perpaduan Masyarakat, Datuk Januari Tan Abdullah di sini, malam kelmarin. Turut hadir Penghulu Tanpa Mukim Dun Limbongan, Lee Bon Hai, Ahli Majlis Daerah, Tan Gim Yong dan Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan, Yuganu Yunus. Pada majlis tersebut, 210 hamper diagihkan kepada warga Tionghua, 67 angpau diagihkan kepada warga emas dan lebih 200 angpau diagihkan kepada kanak-kanak. Katanya, BN dilihat terdesak dengan terus memainkan isu tanah di Gua Musang walaupun Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah beberapa kali mengeluarkan kenyataan bahawa Kelantan sentiasa bersedia untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "Tindakan memprotes isu tanah ini hanya menunjukkan keangkuhan mereka untuk tidak mempercayai atau memperkecilkan kredibiliti agensi kerajaan pusat," katanya. | Najib anjak bubar parlimen kepada 15-21 Mac? Posted: 22 Feb 2013 04:17 PM PST KUALA LUMPUR: Parlimen ke-12 sepatutnya dibubarkan semalam bagi membolehkan berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13, dengan hari penamaan calon pada 16 Mac dan pembuangan undi pada 30 Mac. Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang berkata, 22 Februari berlalu tanpa sebarang pembubaran Parlimen, dengan spekulasi bahawa tarikh pembubaran dianjakkan antara 15 hingga 21 Mac dengan tarikh pembuangan undi pada minggu pertama atau kedua April. Menurutnya, dijangkakan pada minggu kedua supaya ramai pengundi Cina di negeri lain tidak akan membuang undi kerana mereka dijangka tidak akan pulang ke kampung sekali lagi selepas pulang minggu sebelumnya bagi menyambut perayaan Qing Ming yang akan jatuh pada 5 April. "Saya dimaklumkan pertama kali tentang pembubaran Parlimen pada 22 Februari selepas mesyuarat peringkat tertinggi strategis politik Perdana Menteri di Putrajaya pada hari yang sama, dan lima minggu selepas itu, ia menjadi tarikh yang terus dispekulasikan sebagai tarikh paling 'hangat untuk pembubaran Parlimen PRU13," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur dalam satu kenyatan semalam. Namun, ujarnya jelas dengan kesilapan demi kesilapan, Datuk Seri Najib Razak kurang keyakinan terhadap persediaanya untuk Pilihan Raya Umum ke-13 dan kemampuan untuk melepasi ujian Mahathir oleh mantan Perdana Menteri itu pada Malaysia Strategic Outlook Conference ke-15, 31 Januari lalu. Katanya, 'ujian Mahathir' untuk Najib di dalam PRU13 iaitu tidak cukup bagus untuk Najib sekadar menang dan sepatutnya melepaskan jawatan dan memberikan laluan kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri jika Umno Barisan Nasional cuma mendapat majoriti tipis. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan