Khamis, 21 Februari 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 21 Feb 2013 03:25 PM PST


TEMERLOH: Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, hari ini memfailkan saman terhadap Anuar Abdul Manap dan Wan Zawawi Wan Zain berikutan mengeluarkan kenyataan fitnah kononnya Mazlan menyelewengkan wang RM30,000 yang dimenangi peneroka Felda Kemahang 3.

Menurut peguam Harris Abdullah, kenyataan fitnah itu telah diucapkan oleh Anuar yang merupakan Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) dan Wan Zawawi (Ketua Penerangan MBFM Kelantan) ketika berucap di Wisma Felda, Jalan Semarak pada 28 Disember tahun lalu.

Harris berkata, saman pemula hari ini sebenarnya difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetapi dibuat dibuat secara e-filing melalui Mahkamah Tinggi Temerloh.

Dalam kenyataan tuntutannya, Mazlan selaku plaintif mendakwa kedua-dua defendan (Anuar dan Wan Zawawi) dalam ucapannya telah menuduh Mazlan sebagai penakut, pembohong, tidak bermaruah kerana dari jenis tidak tahu malu dan tidak jujur kerana menyelewengkan wang RM30,000.

"Mazlan selaku plaintif, melalui notis peguam pada 7 Februari lalu telah menuntut permintaan maaf umum daripada kedua-dua defendan namun sehingga kini masih belum mematuhi permintaan tersebut.

"Selepas prosedur mahkamah, dalam tempoh dua minggu lagi saya jangka tindakan akan akan diambil iaitu menyampaikan writ saman ini ke tangan defendan," katanya.

Kes Felda Kemahang 3, Tanah Merah ialah 354 peneroka menyaman Felda Palm Industries Sdn. Bhd. kerana menipu bawah (KPG) dalam urus niaga penjualan hasil kelapa sawit.

Tuntutan saman itu difailkan oleh kesemua peneroka itu pada 22 September 2002 melalui peguam Wan Rohimi Wan Daud.

Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 14 Januari 2008 telah memerintahkan anak syarikat Felda itu membayar ganti rugi am sebanyak RM7.1 juta dan ganti rugi teladan sebanyak 10 peratus daripada jumlah itu iaitu RM710,000 serta kos, berkuat kuasa serta merta.

Sementara itu Mazlan yang turut hadir dalam sidang media tersebut berkata, beliau telah lama mendengar fitnah tersebut seperti yang yang dikutip oleh bloger-bloger Umno daripada pemimpin tertentu.

Namun, katanya, beliau mengambil pendirian awal untuk mendiamkan diri kerana tidak mahu lebarkan pertelingkahan sesama warga Felda kerana kita sedang berhadapan dengan petualang penghisap darah.

"Tetapi apabila saya diamkan diri mereka terus buat fitnah. Semasa Himpunan Oren isu ini dibangkitkan oleh kedua-duanya sehingga telah dispin oleh bloger-bloger Umno.

"Maka setelah berbincang dengan peguam, saya merasa bukan saja perlu bersihkan nama saya tetapi juga NGO yang saya pimpin.

"Bagi saya kalau nak kritik, kalau nak hentam saya tak kisah tapi apabila buat fitnah sehingga menjatuhkan maruah dan perjuangan, itu tidak boleh dibiarkan," katanya.

Mazlan berkata, beliau juga sedang mempertimbangkan bukti-bukti bersama peguam Wan Rohimi bagi memfailkan saman terhadap Timbalan Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Turut hadir di mahkamah ialah Timbalan Presiden Anak Aris Fezul Ismail, Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pahang Md Jusoh Darus serta para penyokong.

HD

ALHUSSEYN

Posted: 21 Feb 2013 03:24 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:24 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


Kalau Azizan terus tidur ...apa masalahnya?

Posted: 21 Feb 2013 08:30 AM PST

Sekalipun Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berdepan dengan masalah kesihatan berterusan, PAS memutuskan tetap mencalonkan pesuruhjaya PAS negeri itu bertanding pada pilihan raya umum ke-13.


"Dalam senarai (nama Azizan) ada," kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi mengesahkan kedudukan Azizan dalam sidang media di sini

Ha! ha! ha! Korang marah? Apa masalahnya ? Kalau pun Azizan akan sambung lagi tidurnya tu, PAS Pusat boleh tubuh satu lagi Jawatankuasa Pemandu ke-2 disamping Jawatankuasa Pemandu Pertama yang sudah ada (tapi tak berfungsi!)

Kalau masih lena juga lagi , kita tubuh lagi Jawatankuasa Pemandu ke-3, kan? kan? ke-4 atau ke-5.... apa masalahnya?

Inilah Sultan Sulu Darul Ehsan yang sebenarnya

Posted: 21 Feb 2013 03:33 AM PST

Pasukan Malaysia mengepung desa di Sabah yang dikuasai 
Kesultanan Sulu.(REUTERS/Bazuki Muhammad)
 
Hari ini, kita dikejutkan dengan kedatangan tentera KIRAM yang mengaku sebagai tentera Sultan Sulu. Keluarga Kiram sangat ramai. Ada keluarga dari sebelah Puteri Piyandao bin Sultan Badaruddin I, ada Kiram dari jalur keluarga Sultn. Esmail I (ini yang serahkan Sulu kepada Filipina pada tahun 1962) bin Rajamuda Mawallilwasit, ada Kiram dari Datu Punjungan bin Rajamuda Mawallilwasit (inilah ayahanda Jamalul Kiram III yang kerahkan tentera upahan ke Lahad Datu), dan banyak lagi kiram yang sekarang sedang merancang untuk menjadi Sultan kesemuanya. 

Kalau ada 1000 lelaki kiram hari ini, maka Sulu akan ada 1000 sultan yang mengaku Sultan Sulu  dari keluarga Kiram. Berebut menjadi Sultan tanpa rakyat, masuk bakul angkat sendiri. Tanpa pengetahuan sejarah protokol kesultanan, tanpa mengetahui tertib pertabalan, tanpa mengetahui adat para Datu dan Syarif Tausug. Jadilah seperti Kiram yang kita lihat hari ini.

Tahukah anda bagaimana Sultan Sulu ditabalkan oleh rakyat, kehendak rakyat, kehendak para Datu dan Syarif? Tahukah anda bahawa kehilangan institusi kesultanan Sulu itu hanya dapat kembali dengan menyedarkan Tausug agar MEMBUANG KEWARGANEGARAAN FILIPINA menggantikannya kepada RAKYAT SULU secara hakiki (Independen)?

Sebab itu muncul seorang pembela dari keluarga Maharaja Adinda Aranan Puyo (rujuk Rajah A2, lihat bulatan berwarna kuning) masuk ke kampung-kampung tanpa rasa takut membangkitkan semangat juang Tausug tanpa senjata, memacak bendera Sulu Darul Islam terakhir sambil melaungkan,"ALLAHU AKBAR!! TAUSUG BANGKIT!! KALIAN BUKAN FILIPINO HAMBA KEPADA KING PHILIP II SPANYOL!! KALIAN ADALAH MERDEKA SEJAK SULTAN SYARIFUL HASYIM MENYATUKAN KITA DENGAN DARUL ISLAM!! TAUSUG BANGKIT!! "

Beliau ialah cucu kepada Datu Aranan Puyo ini adalah cicit SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I (1748-1763, rujuk rajah A2) yang digelar oleh ahli sejarah dunia sebagai DEFENDER OF ISLAM. 

Sempena nama moyangnya ini maka Baginda dinamakan Sultan BANTILAN MUHAMMAD MUIZZUDDIN II. Setelah berjaya menghimpunkan puluhan ribu penyokong di Jolo, beliau diangkat menjadi Sultan Sulu yang berdaulat pada tanggal 19 Mac 2009 oleh rakyat jelata dengan laungan takbir dan dendangan Salawat.

Sultan Bantilan II sedang berpidato di atas pentas di padang Capitol, Jolo, Sulu Darul Islam. Beliau dipaksa oleh rakyat menjadi Sultan Sulu pada tahun 2009. Seminggu Baginda dipujuk akhirnya dengan tangisan beliau menerimanya... baginya jawatan Sultan sangat berat dipikul dalam keadaan Sulu ketika ini. Namun air matanya tidak dapat menghalang rakyat untuk mengangkatnya menjadi Sultan Sulu Darul Islam. Tidak seperti Sultan-sultan KIRAM yang berebut-rebut mengangkat diri sendiri?

Sejak itu Keluarga KIRAM bungkam seribu bahasa. Hanya satu perkara yang boleh mereka buat ialah mencabar siapa sahaja dengan senjata.Walhal mereka tahu, bukan sahaja mereka yang pandai BERMAIN senjata. Semua TAUSUG semula jadi pakar bermain senjata, bukan hanya Kiram.Baca lagi di sini

Tiada ulasan:

Pengikut