Isnin, 11 Februari 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 11 Feb 2013 03:18 PM PST

Najib, Rosmah bawa bakal menantu makan nasi kandar

Posted: 11 Feb 2013 03:14 AM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa menjamu selera menikmati menu nasi kandar yang popular di negeri ini iaitu Nasi Kandar Beratur di Jalan Kapitan Kling dalam rangka lawatan kerja dua harinya ke negeri ini.

Beliau yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan dua orang anaknya iaitu Nooryana Najwa dan tunangnya Daniar Nazarbayev serta Ashman Razak, menjamu selera selama 40 minit.

Mereka dihidangkan dengan pelbagai makanan antaranya ayam goreng, telur masin, kari ikan, sambal sotong dan sayur bendi.

Perdana menteri dan keluarganya kelihatan teruja menikmati hidangan itu memandangkan beliau sememangnya merancang untuk menikmati kelazatan nasi kandar Pulau Pinang.

"Alhamdulillah...hajat saya tercapai, dapat makan nasi kandar. Nasi ini memang sedap, original...tapi kena makan di kedai baru puas, nak bawa balik  hotel tak boleh," katanya kepada pemberita selepas selesai menjamu selera di restoran Nasi Kandar Beratur di Pulau Pinang malam tadi.- Bernama

SPR ramal pelbagai situasi luar jangka dalam p'raya kali ini

Posted: 11 Feb 2013 03:13 AM PST

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meramalkan pelbagai situasi luar jangka berkemungkinan berlaku pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata keadaan itu adalah disebabkan doktrin ketidakpercayaan yang diterap pelbagai pihak terhadap ketelusan pilihan raya dan SPR selaku badan menguruskannya.

Justeru, beliau berkata tidak hairan jika ada ejen tempat mengundi yang juga wakil kepada calon sanggup untuk sama-sama mengawal peti undi awal dan undi pos.

Bercakap kepada Bernama baru-baru ini, beliau berkata kali ini juga mungkin akan wujud kumpulan penyokong parti politik yang bertanding berada di luar kem tentera ketika proses undi pos dijalankan.

"SPR betul-betul mahu berikan yang terbaik untuk memenuhi pelbagai syor PSC (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi penambahbaikan proses pilihan raya raya) dan pihak-pihak lain yang sentiasa memainkan isu mempertikai kredibiliti SPR.

"Jadi, kalau mereka hendak tidur di lokap bersama dengan peti undi yang dikawal di balai polis atau mungkin mahu mengiringi peti undi ke tempat simpanan kita akan benarkan, tapi masih mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya," katanya.

Menurut SPR, sehingga suku ketiga 2012, terdapat 13.1 juta pengundi berdaftar dan sekiranya pilihan raya diadakan selepas Mac, SPR menjangka pertambahan 164,000 pengundi lagi yang didaftarkan pada suku keempat tahun lepas.

SPR merekodkan 273,819 pengundi awal terdiri daripada tentera dan pasangannya, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan serta anggota polis yang akan menjalankan undi awal dan undi pos.

Wan Ahmad berkata berdasarkan situasi politik semasa, SPR juga meramalkan semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri akan ditandingi dengan sengit pada PRU-13.

"...mungkin tiada calon yang boleh menang tanpa bertanding," katanya.- Bernama

Guan Eng tidak hadir rumah terbuka BN P Pinang

Posted: 11 Feb 2013 03:12 AM PST

Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini berkata beliau tidak dapat menghadiri Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina anjuran BN Pulau Pinang di padang kolej Han Chiang di Georgetown kerana menyambut ketibaan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Lim berkata beliau perlu menyambut ketibaan Raja Permaisuri Agong di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas pada pukul 11 pagi bagi menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina di rumah rakan baginda.

"Sebagai tuan rumah, saya perlu menjemput kedatangan Raja Permaisuri Agong ke Pulau Pinang. Saya sudah pun menyatakan ketidakhadiran saya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang di Georgetown hari ini.

Yang turut hadir Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan pemimpin-pemimpin politik.

Najib akan menyertai kira-kira 80,000 orang menghadiri Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina anjuran BN Pulau Pinang di padang kolej Han Chiang di Georgetown.- Bernama

Pengunjung rumah terbuka sedia untuk Psy tapi...

Posted: 11 Feb 2013 03:10 AM PST

 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin akan kecewa sekiranya mendengar perbualan para pengunjung yang memenuhi kawasan belakang padang Kolej Han Chiang semasa sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang hari ini.

Dalam ucapannya di majlis itu, Najib antara lainnya bertanya para pengunjung sama ada mereka bersedia untuk menyaksikan persembahan rap Korea Gangnam Psy.

NONENajib mengulangi soalan itu sebanyak empat kali dan para hadirin berkenaan menyahut "Ya" dengan bersemangat.

Sebahagian daripada mereka bagaimanapun menunjukkan reaksi berbeza apabila ditanya sama ada bersedia untuk "BN".

Kumpulan orang ramai di kawasan belakang padang tersebut menyahut "Tidak" dan tertawa.

They also laughed when Najib menyebut nama kolej Han Chiang dengan nama "Han Niang", apabila mengumumkan untuk menaiktaraf kolej tersebut kepada universiti kolej.

Hadirin berkenaan turut ketawa apabila pengerusi majlis menjemput isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor untuk menyanyi lagu sambutan Tahun Baru Cina.

Rosmah ditemani beberapa pemimpin BN termasuk Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen di atas pentas.

Lagu Hindustan popular diolah jadi lagu puji BN

Posted: 11 Feb 2013 03:02 AM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak teruja dengan kreativiti seorang pemimpin masyarakat India Muslim Pulau Pinang menyampaikan sebuah lagu ala Hindustan yang menyeru masyarakat mengundi BN pada pilihan raya umum nanti.


Presiden Persatuan Nurul Islam Pulau Pinang Sulthan Syed Salhamid berkata Perdana Menteri melahirkan rasa teruja itu kepada beliau yang menyampaikan lagu 'Kuch Kuch Hota Hai' dengan seni kata yang diciptanya sendiri selepas Najib berucap pada majlis sambutan Maulidur Rasul anjuran Liga Muslim di Masjid Kapitan Keling di Georgetown, malam tadi.

Perdana Menteri yang khusyuk dan tersenyum mendengar lirik lagu itu yang meminta rakyat menyokong kepimpinannya turut memberi tepukan kepada Sulthan Syed. Senikata lagu itu berbunyi:

Undilah semua Barisan Nasional
Bersatu di bawah Najib Tun Razak
Undi lain-lain, tiada kemajuan
Datang hari undi hai, bagi Barisan Nasional menang hai
Kami setiap hari berdoa Barisan Nasional mendapat dua pertiga
Undilah Barisan kembali semula untuk keamanan, untuk kemajuan, untuk kesejahteraan
Datang hari undi hai, bagi Barisan Nasional menang hai.

Sulthan Syed yang juga seorang komposer ditemui Bernama selepas majlis itu berkata lagu tersebut adalah simbolik sokongannya kepada kepimpinan Najib.

Beliau berharap lagu tersebut dapat memberi semangat kepada masyarakat terutama kaum India Muslim untuk terus mengundi BN.

"Saya setiap hari berdoa memohon supaya BN terus memerintah negara. Saya mahu negara ini diperintah BN. Saya suka BN mentadbir negara kita, dan saya akan terus berpegang kepada prinsip saya iaitu untuk terus menyokong BN," katanya.

Sulthan Syed berkata beliau bercadang membuat salinan lagu itu dalam bentuk cakera padat untuk diserahkan kepada pemimpin Nombor Satu negara itu.

Najib yang dalam lawatan dua hari ke Pulau Pinang dijadual menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang di bangunan dewan berkenaan pada pukul 9.30 pagi, hari ini.

Selepas itu, beliau akan menyertai kira-kira 80,000 orang menghadiri Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina anjuran BN Pulau Pinang.

Pada majlis itu, pelbagai acara diatur termasuk persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air Shila Amzah dan persembahan daripada penyanyi popular Korea Psy.- Bernama

Ribuan hadir ke persembahan Psy di P Pinang

Posted: 11 Feb 2013 03:00 AM PST

 

Seramai kira-kira 30,000 orang memenuhi kawasan padang Kolej Han Chiang di Pulau Pinang hari ini untuk menyaksikan persembahan lagu 'Oppa Gangnam Style' oleh penyanyi pop Korea Selatan Psy.

NONEPersembahan itu dianjurkan sempena majlis sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang yang turut dihadiri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang hadir bersama anak mereka Ashman dan Nooryana Najwa, tiba pada jam 10.48 pagi dan disambut dengan persembahan tarian singan dan perarakan chingay.

NONENajib turut ditemani bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, pemimpin BN negeri Teng Chang Yeow, Teng Hock Nan, serta menteri pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen.

Ramai di kalangan pengunjung memakai baju berwarna kuning, hijau dan merah. Anggota Umno juga dilihat memakai warna merah seperti warna parti mereka.

Selain itu, ada di kalangan pengunjung yang memakai baju perhimpunan BERSIH.

Seorang daripadanya, Alex Tan, 27 dari Klang berkata beliau hadir untuk menyaksikan persembahan Psy dan untuk menyokong Pakatan Rakyat.

VIDEO l 1.01 minit

Bubar Dun: MB Selangor bincang minggu depan

Posted: 11 Feb 2013 02:57 AM PST

SINAR HARIAN

 

KUALA SELANGOR - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan mengadakan perbincangan minggu depan mengenai tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Beliau berkata ia akan diadakan bersama sekutu dalam Pakatan Rakyat dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkenaan.

"Saya cakap selepas Chap Goh Mei baru kita buat beberapa keputusan (mengenai bubar DUN), jadi lambat lagilah.

"Saya akan buat beberapa pengumuman minggu depan selepas saya adakan perbincangan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Jubli Intan Masjid Ar Rahman, Kampung Bukit Badong, Bestari Jaya di sini, hari ini.

Pada 30 Jan lepas, Abdul Khalid dilaporkan menyatakan hasrat membubarkan DUN Selangor selepas sambutan Chap Goh Mei bulan ini namun sehari kemudian, beliau menjelaskan pengumuman itu dibuat pihaknya bagi mendesak perdana menteri agar segera mengumumkan tarikh pilihan raya umum ke-13.

Mengenai isu air, Abdul Khalid berkata pihaknya tetap dengan pendirian supaya projek Langat 2 menjadi sebahagian daripada penstrukturan semula industri air di Selangor.

"Keprihatinan kami ialah kita perlu tindak bersama (Langat 2 dan penstrukturan semula air).

"Buat kiraan keseluruhannya supaya rakyat Selangor tahu kos yang terlibat dalam Langat 2 dan siapa yang biayainya serta bagaimana kesannya kepada tarif air di Selangor," kata beliau. - Bernama

Buruh kena 50 jahitan akibat diserang harimau

Posted: 11 Feb 2013 02:54 AM PST

SINAR HARIAN GUA MUSANG - Seorang buruh ladang warga Indonesia terpaksa menerima 50 jahitan akibat dicakar ketika bergelut dengan seekor harimau bintang di Ladang Sawit Tanah Rancangan Felda Perasu di sini semalam.

Kejadian kira-kira 8.30 pagi itu berlaku ketika Alip Abil, 33, bersama enam rakannya sedang meracun rumput sebelum mereka terdengar bunyi harimau mengaum.

Beliau yang secara tiba-tiba diterkam haiwan itu terpaksa bergelut selama 15 minit sebelum mendapat bantuan rakan-rakannya.

"Harimau itu menyerang dan mencakar bahagian dada, punggung, lengan kanan dan kepala sebelum saya menjerit meminta tolong.

"Rakan saya yang lain terus mencari kayu tajam dan menjoloknya ke dalam mulut harimau itu sehingga ia melepaskan saya," katanya ketika ditemui di rumah kongsinya di tanah rancangan itu selepas menerima rawatan di Hospital Gua Musang.

Alip berkata, dia bernasib baik kerana dilindungi tong racun di belakang badannya ketika harimau bintang itu menerkam dari arah belakang.

Dia menjelaskan bahagian lengan kanannya adalah yang paling teruk terkena cakaran harimau itu.

Rakannya, Nuradi, 27, berkata sebaik beliau menjolok kayu tajam ke dalam mulut harimau itu, ia bertindak agresif dan cuba menyerangnya pula tetapi sempat mempertahankan diri dengan batang kayu berkenaan.

"Pada mulanya saya fikir babi hutan menyerang Alip sebelum menyedari harimau bintang dengan ketinggian paras paha sedang menyerang Alip," tambahnya. - Bernama

Nik Zawawi: Kunci calon Pas bersih

Posted: 11 Feb 2013 02:38 AM PST

RUZY ADILA IDRIS dan HASLINA KAMALUDIN

 

MAJLIS Syura Ulama Pas merupakan entiti tertinggi dalam Pas. Sebelum ini, suara mereka bagai tiada kedengaran namun, sejak akhir-akhir ini Majlis Syura Ulama Pas semakin lantang menyuarakan dasar perjuangan parti itu masih sama.

Ini berdasarkan dakwaan mengatakan Pas sudah jauh tersasar daripada landasan perjuangan asal apabila mengambil langkah menjalinkan kerjasama politik bersama PKR dan DAP. Kerjasama tersebut tidak lain untuk membentuk sebuah negara berkebajikan.

Ikuti wawancara wartawan Sinar Harian dan Sinar Harian Online, RUZY ADILA IDRIS dan HASLINA KAMALUDIN bagi mendapatkan kupasan terperinci peranan Majlis Syura Ulama Pas bersama setiausahanya, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.

Apakah peranan Majlis Syura?
Majlis Syura Ulama ditubuhkan di dalam Pas sebagai satu badan tertinggi di dalam parti. Mengikut penstrukturannya, di bawah Majlis Syura Ulama adalah Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat. Kemudian, ia dibahagikan pula dengan tiga Dewan iaitu Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Muslimat serta Dewan Himpunan Penyokong Pas.

Majlis Syura Ulama berfungsi sebagai memastikan perjalanan parti tidak bercanggah dengan syariat dan syarak ALLAH SWT. Apa juga tindakan politik parti mesti dirujuk dengan Majlis Syura Ulama.

Adakah Majlis Syura berperanan dalam merancang polisi?
Ya. Majlis Syura Ulama juga merancang dari sudut polisinya di mana perjalanan parti mesti mengikut lunas-lunas yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama. Sebagai contoh kami mencadangkan untuk mewujudkan tahaluf siyasi (kerjasama) bersama parti politik lain termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk yang bukan Islam.

Kita putuskan polisi. Hukumnya harus. Teknikal yang lain akan dibincangkan oleh Ahli Jawatankuasa atau Dewan dalam parti. Majlis Syura juga yang akan membuat keputusan kecuali calon pilihan raya. Majlis Syura hanya akan menapis senarai nama dan ia akan dibuat secara terperinci dan teliti. Alhamdulillah, Pas bersih daripada calon lompat parti. tidak ada dalam sejarah parti, calon lompat seperti parti lain.

Berapa lama proses tapisan seseorang calon?
Ia bergantung. Kami akan meneliti nama-nama yang diberikan. Kadang kala mesyuarat dibuat dua bulan sekali, tetapi jika ada masalah, ia akan sebulan sekali.

Bagaimana Majlis Syura Ulama melihat masa depan Pas dalam politik negara ini?
Sebelum pelaksanaan tahaluf siyasi, kami telah berbincang. Kami dapati ada dua aspek yang perlu diberikan fokus iaitu politik dan dakwah Islamiah. Kami sedar tidak mudah untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN). Jadi, satu gabungan telah berlaku iaitu bergabung dengan beberapa parti. Untuk mewujudkan sebuah kerajaan bersih dan adil, perlukan penggabungan. Kita nak lawan satu parti, kita tidak mampu menjatuhkan Umno dan BN.

Alhamdulillah, walaupun Pakatan Rakyat (PR) masih baru, tetapi ternyata boleh menggugat BN bahkan berdasarkan kajian penganalisis politik juga mengatakan Kerajaan Pusat akan bertukar pada PRU13 ini. Itu adalah fokus Majlis Syura Ulama daripada sudut politik dan kami telah membuat perbincangan dari A hingga Z.

Daripada perbincangan inilah, tercetusnya hukum sama ada boleh atau tidak, wajib atau tidak berasaskan kajian yang kita buat. Jika Pas tidak bergabung dengan masyarakat majmuk, kemudian mahu melawan BN ada parti politik yang berbagai-bagai, dan terus melawan, kita tidak akan mampu menumbangkan mereka.

Sehingga akhir-akhir ini, kami mendapat lambaian daripada beberapa parti politik dari Sabah dan Sarawak untuk turut sama bergabung bagi menguatkan barisan. Keduanya, dari sudut dakwah. Pas turut menekankan dakwah Islamiah di mana masyarakat bukan Islam di negara ini ditakut-takutkan oleh orang Islam sendiri.

Ini sangat mendukacitakan kerana ia berlaku daripada golongan mereka yang ada ilmu agama, adakalanya daripada mulut mufti-mufti, kadi serta orang-orang tertentu yang memegang jawatan penting dalam kerajaan yang mengatakan Islam tidak sesuai dengan masyarakat majmuk.

Negara Islam tidak boleh diwujudkan dalam masyarakat majmuk. Ia menyebabkan masyarakat bukan Islam menjadi kabur sedangkan agama Islam seolah-olah jauh dengan mereka dan menimbulkan masalah kepada mereka. Sedangkan Islam diturunkan ALLAH untuk semua.

Sewaktu Rasulullah SAW membina Islam di Madinah, ada 40 agama, 100 bangsa dan bahasa yang dituturkan dan berlaku pertelingkahan yang parah. Tetapi, apabila Islam sampai, Alhamdulillah, Islam telah menyatukan mereka. Bukan hanya Madinah, tetapi selepas Rasulullah SAW membuka semula kota Mekah selepas meninggalkan selama lapan tahun, masalah Islam boleh selesai.

Bagaimana suasana pada negara kita ketika ini?
Inilah yang dibawa Pas. Maaf cakap, ada ulama tidak bertanggungjawab dengan agama Islam sepatutnya disebut kelebihan, kewibawaan, tetapi wujud kenyataan pemimpin Islam terkemuka negara yang sangat memalukan orang Islam hingga memperlekeh agama Islam dalam satu ucapannya dan ia sangat memalukan. Ia tidak sepatut berlaku.

Pas ingin buktikan kepada masyarakat bukan Islam, dengan itu Pas laksanakan tahaluf siyasi yang mendekatkan Islam dengan masyarakat bukan Islam. Islam berjaya selesaikan masalah majmuk. Ia dibawa oleh Pas hari ini. Pas dekat dengan masyarakat Cina, Siam, India dan kaum lain. Saya tidak menafikan ada beberapa individu yang beberapa sahaja.

Ketika Pas memperkenalkan kerajaan berkebajikan. Ia boleh diterima semua kaum. Islam membela rakyat. Ia sepatutnya perlu dinyatakan oleh semua alim ulama tidak mengira parti. Ia menyedihkan menyebabkan kami berbincang dan langkah penggabungan diambil.

Realiti yang ada hari ini, orang Islam terpedaya dengan dakyah yang batil. Bahkan ada desakan daripada Kelab Penyokong Pas, termasuk Lim Guan Eng yang mengatakan ingin membina negara selepas PRU13, diwujudkan sistem Islam.   

Ketika ini, tanpa reputasi, kredibiliti Majlis Syura dipersoalkan. Sejauh manakah kebenaran apabila beberapa pemimpin  dan bekas pemimpin Pas mendakwa Pas sudah tersasar daripada dasar perjuangan asal?

Pas berada di atas landasan Islam, tidak pernah meninggalkan polisi Islam cuma cara pendekatan dan politik boleh berbeza daripada masa ke masa. Hukum boleh berbeza iaitu bukan yang dasar iaitu kerana perubahan masa dan suasana.

Contohnya, di Jordan, pilihan raya di Jordan haram, tetapi setelah suasana berubah ia menjadi wajib. Sebelum ini, Pas tidak mengalu-alukan untuk bergabung dengan masyarakat bukan Islam, tetapi selepas melihat keadaan iaitu kematangan dan kekuatan, Pas merasakan bergabung dengan parti bukan Islam dan parti-parti lain adalah satu tuntutan dalam agama kita. Itulah keistimewaan Islam.

Bagaimana respons tahaluf siyasi ini?
Walaupun usia tahaluf siyasi ini masih baru. Tetapi ia menunjukkan perkembangan positif di mana ia diterima masyarakat Islam dan bukan Islam. Saya tidak nafikan ada beberapa individu yang masih belum boleh menerimanya, tetapi setakat ini, sudah ada gesaan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kelab penyokong Pas serta segolongan DAP untuk dilaksanakan sistem atau negara Islam di Malaysia kerana mereka tahu keadilan dan bersih.

Kita yakin, dengan penjelasan negara Islam untuk membentuk manusia dan mengembalikan sistem keadilan dalam negara. Kita berharap tidak ada pihak yang akan mengeruhkan perkara ini kerana tidak ada satu kaedah yang boleh menyatukan semua kaum kecuali dengan Islam termasuklah 1Malaysia. Hanya ALLAH yang berjaya membentuk manusia. Negara maju seperti Amerika Syarikat tidak berjaya menyatukan orang kulit hitam dan putih, inikan pula negara belum maju seperti Malaysia.

Sejauh mana keyakinan untuk pelaksanaan perkara ini?
Lebih daripada yakin. Kerana itu, kita tidak boleh lari daripada dasar perjuangan kerana ia datang daripada al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qia.

Menjelang PRU13, bagaimana pula tugas Majlis Syura dalam PRU13 dengan penggabungan bersama DAP dan PKR?
Ia akan diteruskan. Tidak ada khilaf dan pandangan kedua. Kita sudah sebulat suara akan menentang Umno dan Barisan Nasional. Kritik adalah tanda sempurna. Apabila manusia mengkritik melihat kewibawaan Majlis Syura ulama sentiasa berada di landasan yang benar.

Apa kelebihan Majlis Syura Ulama?
Kita mempunyai hubungan baik dengan ulama daripada Mesir, Jordan, Sudan dan seluruh negara Arab hingga ke seluruh dunia termasuk negara Barat. Mereka mengatakan keistimewaan Pas kerana mempunyai Majlis Syura Ulama Pas.

Benarkah Mursyidul Am, Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat didakwa berpengaruh sehingga dikatakan keputusan Pas atau Majlis Syura adalah keputusan Nik Aziz?
Mursyidul Am Pas adalah Pengerusi dan setiausahanya adalah anak saudara beliau. Mungkin yang bermata rabun sahaja yang berkata begitu. Dalam Majlis Syura Ulama, mereka sangat terbuka dan bertolak ansur. Beliau dan pemimpin yang lain bersikap terbuka dan akan bersetuju jika ada hujah yang kuat berdasarkan al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qia.

Apakah kesan pengguguran Nasharuddin Mat Isa ke atas penyokong Pas?
Penyokong Pas adalah yang taat kepada kepimpinan, taat kepada Majlis Syura Ulama. tidak ada menimbulkan apa-apa. Pas adalah perjuangkan dasar.  Sejarah dalam Pas, yang lari, tidak ada yang ikut. Presiden Pas, Datuk Dr Asri Muda, Datuk Nakhaie Ahmad, tiada yang akan ikut. Berbanding Umno, kalau Ku Li (Tengku Razaliegh Tengku Hamzah), jatuh Kelantan. Datuk Seri Anwar (Ibrahim) dipecat, separuh lari. Inilah keistimewaan Pas.

Adakah Umno dan Pas dikatakan sebagai 'punching bag' kerana sering dilaga-lagakan?
Pertama, politik melaga-lagakan dihentikan dalam masyarakat kerana tidak memberi keuntungan. Gunakan cara yang profesional. Media dan televisyen diguna secara terbuka. Biar rakyat menilai kerana ia akan membina negara dan melahirkan pemimpin mantap dan berwibawa.

Apakah polisi dan dasar yang akan dibawa. Ramai yang cakap hakim boleh disuap, menteri boleh disogok rasuah. Jadi ada tekniknya bagaimana untuk mengelakkan perkara ini. Politik melaga-lagakan akan merugikan. Berikan peluang dalam televisyen.

Yang penting, pemerintah adalah yang benar-benar berkualiti. Cari bagaimana nak banteras, nak buat. Apakah teknik yang akan digunakan. Perdana menteri sekarang gagal dalam memerangi isu ini. Tidak guna bercakap kosong, buangkan politik laga-laga. Buangkan. zaman ini, zaman terpelajar dan orang nak menilai. 

Bagaimana dasar perjuangan Pas setelah bergabung dengan Pakatan Rakyat?
Dasar dalam Islam berbalik kepada perkara yang menguntungkan Islam. Di mana ruginya Islam dalam suasana kita menerangkan Islam kepada bukan Islam. Kerana itu Pas bergabung. Paling tidak, orang bukan Islam yang tidak mahu memeluk Islam, tidak memusuhi Islam.

Tidak ada ideologi seperti hadis Rasulullah yang bermaksud 'Sesiapa yang mengkhianati orang zhimmah (bukan Islam), Aku isytihar perang'. Mana ada ideologi dunia yang sama dengan Islam. Politik Islam mesti dihayati oleh semua orang Islam yang menjaga kepentingan manusia tanpa mengira parti politik mana pun.   

Bagaimana Majlis Syura ulama melihat isu kalimah ALLAH yang sudah mencapai satu keputusan muktamad iaitu tidak boleh digunakan di dalam bible versi bahasa Melayu, namun masih ada pihak terutamanya Karpal Singh yang masih berharap isu ini diteliti semula?

Isu ini sudah selesai di dalam Pas apabila keputusan dikeluarkan Majlis Syura Ulama dan ia diterima secara sepakat. Apabila ada rayuan daripada pihak luar, bermakna mereka tidak boleh membuat apa-apa selagi tidak mendapat jawapan daripada Majlis Syura Ulama. Ini memberi gambaran bahawa itulah dia kredibiliti yang ada pada Majlis Syura Ulama.

Kita ucapkan ribuan terima kasih kerana Majlis Syura Ulama sangat terbuka. Perkara yang boleh dibincangkan, Insya-ALLAH akan dibuat. Tetapi dalam masa sama, Majlis Syura Ulama sangat tegas terutama kepada perkara yang membabitkan dasar, polisi dan umat Islam, ia tidak akan berganjak sama sekali.

Ada dua keadaan, Majlis Syura tidak akan berbincang tetapi menegaskan ia dilakukan oleh Rasulullah. Keduanya perkara biasa yang melibatkan pandangan. Isu tahaluf siyasi kami dapatkan pandangan sehingga peringkat antarabangsa yang mengikut keadaan di Malaysia. Pas berbeza dengan parti politik yang lain.

Apakah harapan Majlis Syura Ulama Pas selepas ini?
Selepas PRU13, sekiranya ditakdirkan PR dapat menguasai negara dan dapat pergi ke Putrajaya, Majlis Syura Ulama akan berperanan sebaik mungkin untuk memastikan apa yang mahu dilaksanakan ini benar-benar menjadi realiti. Pelaksanaan Islam ini menepati kehendak-kehendak yang ditetapkan di dalam al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias.

Kita yakin, cara yang akan dibuat ini mendapat sokongan besar daripada kalangan rakyat pelbagai dan kaum. Selain daripada itu, gagal yang mana tidak mendapat restu ALLAH kerana tidak berteraskan agama. Dalam firman ALLAH yang bermaksud, ALLAH akan menarik semula keamanan hasil daripada dusta itu.

Jika berbalik kepada agama, ALLAH buka pintu rahmat di pintu langit dan bumi sama dengan zaman Rasulullah dan Saidina Abu Bakar. Majlis Syura akan memastikan ia masih berada pada landasan dan paksi yang sama.

Ana Dahlia cedera kemalangan awal pagi

Posted: 11 Feb 2013 02:36 AM PST

AHMAD ISMADI ISMAIL

 

KUALA LUMPUR - Pelakon popular, Ana Dahlia nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Jalan Genting Klang di sini, awal pagi tadi.

Ketika kejadian kira-kira jam 1 pagi, sebuah kereta Proton Iswara yang dari arah pusat bandar menghala ke Gombak, dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah van dan kereta Toyota Vios, yang dipandu oleh pelakon itu.

Ana Dahlia, 29, berkata, dia memandu seorang diri dalam perjalanan dari arah Genting Klang menghala ke rumahnya di Kuala Lumpur.

"Saya nampak kereta Proton Iswara dari arah bertentangan terbabas dan merempuh van di hadapan lalu melanggar kereta yang dipandu saya.

"Akibat rempuhan itu kereta saya berpusing beberapa kali, sebelum terbabas ke pembahagi jalan," katanya.

JANGAN ALIBABAKAN LESEN PKK

Posted: 11 Feb 2013 02:27 AM PST

Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI



WAWANCARA...Hj Sallehuddin sedang diwawancara mengenai perjalanan persatuan (PKKS).



SANDAKAN : Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh para Kontraktor bumiputera yang sudah menjadi ahli dalam Persatuan Kontraktor Klas F Sandakan.

Pertama, sebagai pemilik lesen syarikat-syarikat berkenaan yang sudah berdaftar dengan Persatuan Kontraktor Klas F Sandakan (PKKS), mereka tidak dibenarkan sama sekali untuk meng'ali-baba'kan lesen-lesen mereka kepada bukan kontraktor bumiputera.

Jika ada di antaranya yang melakukan perbuatan sedemikian, maka Jawatankuasa PKKS boleh mengambil tindakan yang terdapat dalam undang-undang kecil persatuan.

Pengerusi Persatuan Kontraktor Klas F Sandakan (PKKS), Haji Sallehuddin Haji Anoi berkata demikian dalam satu wawancara khas dengan Sabahkini.Net sejurus selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa persatuan tersebut yang diadakan di Bilik Mesyuarat Dewan Masarakat Sandakan pagi kelmarin.

Dalam mesyuarat yang dihadiri seramai 18 orang ahli jawatankuasa persatuan tersebut, terdapat empat agenda yang telah dibincangkan dalam mesyuarat yang berjalan lebih dua jam itu; antaranya ialah menetapkan beberapa syarat yang dikenakan kepada para kontraktor bumiputera yang mendapat satu-satu tender.

"Sekiranya salah satu daripada mereka tidak berupaya melaksakan projek tersebut mungkin disebabkan kekurangan modal, mereka boleh memberikan ruang dan peluang kepada kontraktor-kontraktor bumipitera yang sedia membantu dan yang berdaftar dengan persatuan ini," tegas Hj Sallehuddin.

Agenda kedua ialah menyatupadukan semua kontraktor yang ada di lingkungan daerah Sandakan seperti Daerah Beluran, Daerah Tongod, Telupid dan Kinabatangan di bawah kalwal seliaan PKKS.

Agenda ketiga ialah memberi ketetapan tarikh dan masa untuk membuat kunjungan kehormat ke Jabatan Kerajaan negeri dan Persekutuan bagi mendapat maklum balas daripada para pegawai jabatan-jabatan berkenaan mengenai sistem dan tatacara sebut harga (Tender) dalam satu-satu projek.

KENANGAN...Sebahagian AJK PKKS bergambar beramai-ramai dengan Hj Sallehudin.

Bagi agenda keempat pihak persatuan tersebut meminta kerajaan mahupun jabatan-jabatan berkaitan supaya sistem tender yang diguna pakai sekarang tidak begitu konsisten dan ada baiknya seperti yang digunakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR); iaitu cabutan menggunakan sistem bola pingpong untuk mendapat satu-satu tender projek dengan kaedah yang telus.

Tambah Hj Sallehuddin lagi, dengan menggunakan komputer, sering berlakunya kebocoran segala maklumat yang berada dalam simpanan komputer berkenaan kerana ada orang yang mungkin melakukan penyelewengan dan timbul karenah birokrasi dalam pemberian tender-tender kepada kontraktor berkenaan.

Persatuan tersebut baru sahaja ditubuhkan pada awal Oktober 2012 dan telah mendapat kelulusan oleh Perdaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) kini mempunyai ahli seramai 50 orang dan 18 orang sebagai ahli jawatankusa (Office Bearers). Pejabatnya terletak di Tingkat 4, di Wisma MARA Sandakan.

Bagi kontraktor-kontraktor bumiputera yang belum menjadi ahli dipersatuan ini mereka yang berminat boleh menghubungi Rosman Jekol talian 019-8040022; Ishak Apok 013-8802110 dan Aliasah Hj Aman 014-356832 pada bila-bila masa saja.

TERKINI!!! (Gambar2) Artis KL Gangster hadir ke-kuliah Timbalan Mursyidul Am PAS

Posted: 11 Feb 2013 02:17 AM PST

SEDAKA SEJAH TERA
Kuliah Perdana Bukit Gantang -- Alhamdullilah, dalam ribuan hadirin  di  surau  Ma'arof  Taman Simpang Bukit Gantang rupa-rupanya terdapat seorang artis yang popular ditanahair ini berada sama dalam majlis ilmu tersebut. 

Majlis ilmu tersebut ialah Kuliah Perdana dengan tajuk "Menjawap: Persoalan isu Pengunaan Kalimah Allah" yang berlangsung disurau ini di sampai oleh YBhg Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Diniaitu Timbalan Mursyidul Am PAS.

Artis yang dimaksudkan ialah Adam Corrie Lee Abdullah, 43 tahun,seorang pelakon dan koreografer tarian yang sudah terkenal didalam industri perfileman dan TV Realiti diMalaysia. Beliau juga salah seorang pelakon dalam filem popular tanahair "KL Gangster".

Menurut  Adam Corrie,beliau datang bersama isteri-nya serta ahli keluarga yang sememangnya tinggal di Kemunting Taiping. 

Syukur kepada Allah Yang Maha Kuasa, semakin ramai artis-artis tanahair mendampingi majlis ilmu yang disampaikan oleh pimpinan PAS dan bersama dengan jemaah yang memperjuangkan Islam ditanahair ini.

 

Umno songlap peruntukan wang luar jangka untuk BR1M 2.0 – Azan

Posted: 10 Feb 2013 08:59 PM PST

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mendedahkan, kerajaan Umno diterajui Datuk Seri Najib Razak menggunakan RM2 bilion peruntukan wang luar jangka untuk  pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0.

"BR1M 2.0 berjumlah lebih RM4 bilion. Kira-kira RM1 bilion melebihi BR1M 1.0. Untuk tujuan itu kerajaan akan gunakan sehabis-habisnya RM2 bilion peruntukan wang luar jangka," katanya kepada Keadilan Daily.

Menurut Azan, dengan menggunakan peruntukan tersebut, kerajaan tidak perlu menjelaskan wang itu dibelanjakan untuk apa.

Azan 1

"Sebab itu Najib kata tak gunakan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), Socso dan Tabung Haji, kerana mereka gunakan peruntukan tersebut (wang luar jangka). Mereka guna habis-habisan dengan andaian jika kalah dalam pilihan raya, mereka tak perlu bertanggungjawab," jelasnya.

"BR1M 2.0 juga peluang Umno sekali lagi untuk 'songlap' wang negara tanpa beri angka tepat. Sekadar sebut secara rambang kononnya RM3 bilion dibelanjakan ke atas 4.5 juta rakyat, sedangkan hanya separuh yang dapat. Ini kerana mereka letak syarat penyokong pembangkang tidak layak dapat bantuan, dan mengikut kajian pada 2008, lebih 45 peratus rakyat menyokong Pakatan," katanya.

Menurut Pengerusi KEADILAN Terengganu itu, sebelum ini kerajaan pernah menggunakan peruntukan tersebut seperti yang didedah Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada November 2011, namun hingga kini belum diganti.

"Mengikut Perlembagaan Persekutuan, wang peruntukan luar jangka mesti kena sentiasa ada RM2 bilion, tak boleh kurang. Jika digunakan ia mesti diganti segera. Tapi dari dulu sampai sekarang, tak pernah diganti," katanya.

Perdana Menteri mengumumkan BR1M 2.0 semasa pembentangan Bajet 2012 di Parlimen pada 28 September dan mula diedarkan 2 Februari lalu.

Anwar pada sidang medianya di Parlimen 8 November 2011 berkata, kira-kira RM1.4 bilion daripada Bajet Wang Luar Jangka atau peruntukan kecemasan Perbendaharaan Negara lesap.

Katanya, dana itu dibekalkan mengikut Perkara 103 Perlembagaan Persekutuan, bagi peruntukan tambahan RM1.5 bilion.

Menurut beliau, peruntukan itu dinyatakan dalam anggaran Laporan Perbelanjaan Persekutuan 2012 yang dibentangkan bersama-sama dengan Bajet 2012.

Wang penipuan Amalilio mungkin diguna Umno Sabah untuk PRU

Posted: 10 Feb 2013 08:56 PM PST

Oleh Aliff Fikri

KUALA LUMPUR : Sebahagian wang hasil penipuan berjumlah hampir RM1 bilion oleh Manuel Karingal Amalilio yang dikaitkan sebagai anak saudara kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman kemungkinan disalur kepada Umno Sabah untuk kempen Pilihan Raya Umum (PRU).

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, R Sivarasa berkata, kemungkinan itu berdasarkan pertalian antara Amalilio dan Musa.

"Kita mendapat pengesahan dari pihak berkuasa Filipina yang menyatakan wang tersebut dibawa masuk ke Sabah.

Sivar

"Saya mengesyaki kemungkinan sebahagian wang tersebut nanti akan diguna pimpinan Sabah untuk tujuan PRU kerana hubung kait beliau dengan Musa Aman," katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau turut menempelak tindakan pihak berkuasa yang cuba untuk menutup kes ini.

"Polis sepatutnya memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa Filipina kerana kes ini adalah kes berprofil tinggi melibatkan jutaan ringgit. Tapi sebaliknya terjadi, polis menghalang penghantaran pulang beliau dan mensabitkan beliau dengan kesalahan lain.

"Ini merupakan langkah untuk menutup kes jenayah sebenar untuk melindungi pihak yang terbabit dengannya," ujar Sivarasa.

Amalilio atau nama sebenarnya, Mohammad Kamal Saaid merupakan individu paling dikehendaki di Filipina selepas terlibat penipuan skim cepat kaya membabitkan wang sebanyak RM895 juta.

Media sebelum ini melaporkan Amalilio ditahan 22 Januari lepas di Ranau, Sabah sebelum pihak berkuasa Filipina menghantar pasukan bagi membawanya pulang untuk berdepan pertuduhan di negara itu.

Bagaimanapun, 10 minit sebelum Amalilio dan ejen Biro Siasatan Kebangsaan Filipina menaiki pesawat, polis Malaysia menahan mereka atas alasan pasport Filipina yang dimiliki suspek adalah palsu dan dia rakyat Malaysia.

Sakmongkol Bidas Najib Kerana Takut Hadapi Pilihan Rakyat Walaupun...

Posted: 10 Feb 2013 08:53 PM PST

Polls Rating Ok, Pengundi Hantu ada, Duit Banyak- masih takut dengan pilihan Rakyat

tahun 2008, UMNO dan BN tewas di Semanjung. Mereka hanya dapat 49% dari undi popular di Semenanjung. Oleh yang demikian, UMNO tak boleh sombong. Kalau tidak ada Sabah dan Sarawak, UMNO dah berkubur dalam PRU12.

Dan untuk menyedapkan hati mereka dan kawan2 BN yang lain, maka UMNO dakwa orang kampong semua dah kembali ke pangkuan UMNO. Orang Kampung mana? Kampung Langgar di Pekan? Kampung Benta di Pekan? UMNO ingat Melayu kampong masih boleh kena tipu dengan rasuah RM500. RM500 diberikan kepada rakyat, ratusan dan ribuan juta disamun dan dirompak dari rakyat.

Dalam PRU13, rakyat Sabah dan Sarawak tidak akan bersama BN lagi. Rakyat Malaysia Timur tidak sebodoh yang disangka oleh UMNO. Mustahil mereka mahu jadi pembangkang. Mereka mahu besama kerajaan persekutuan yang baru. mereka melihat masa depan yang lebih baik tanpa UMNO. Undi UMNO dapat BR1M RM500. Undi Pakatan dapat royalty 20%, dapat taraf semi autonomy, dapat pendidikan percuma dan paling penting, pribumi Sabah jadi KM.

Menyokong UMNO bererti berada dalam pembangkang.Tiada yang sanggup jadi pembangkang melainkan DAP dan PAS.Parti lain masuk dalam gelanggang mahu jadi kerajaan. Dengan kiraan lojik ini, rakyat Sabah dan Sarawak akan bersama PR kerana mereka melihat gelombang menyokong PR tidak dapat dibendung lagi.

Tanda2 nya ada didepan mata.Seperti yang saya sebut- UMNO ada wang, ada pengundi hantu dan polls rating Najib pun dikira ok. Tidak sebaik Pak Lah, tapi pendukung UMNO kata sudah cukup hebat. Tapi dengan kombinasi 3 ramuan ini, Najib tak berani buat PRU sebab dia dan pemimpin UMNO lain, tahu UMNO akan tewas. Dan UMNO bukan berani jadi pembangkang. Najib pulak. Dia pemimpin yang lemah. Bukan saya kata- Dr Mahathir, Mursidul am UMNO yang kata. Dia nasihatkan UMNO berkawan dengan orang jahat lebih baik berkawan dengan orang baik2.

Dan orang Melayu pun sudah sedar, jika UMNO tewas yang kalah itu UMNO bukan orang Melayu. UMNO hanya 3 juta dari 18 juta Melayu. 15 juta Melayu boleh hidup tanpa UMNO. Kalau mati semua ahli UMNO yang berjumlah 3 juta itu, ada 15 juta lagi orang Melayu boleh terus hidup tanpa UMNO.

Calun2 UMNO diganti dengan orang Melayu juga. Maka orang Melayu tidak kehilangan apa2. Bukanlah kepakaran dan kepandaian mengurus negara ini, hanya orang UMNO sahaja yang ada. Melayu lain pun yang ada dalam PAS, PKR dan DAP boleh buat lebih baik dari matlaon UMNO.

Pemimpin tertinggi UMNO kata PR tidak ada pengalaman. Benar itu!- PR tidak ada pengalaman merompak dan melanun harta benda rakyat. Dalam negeri2 PR- tidak ada kes NFC. Tidak ada kes Puspahanas. Tidak ada beli paip air substandard dari syarikat sendiri.

Ertinya- dalam negeri yang UMNO kalah, rakyat lebih mewah dan aman makmur. UMNO ada, kacau bilau.

Rekod pengurusan dan pentadbiran negeri yang diperintah PR jauh lebih baik dari rekod pengurusan dan pentadbiran negeri2 yang dikuasai oleh UMNO/BN. Belasan tahun UMNO memerintah Selangor, reseb tunai yang Khir Toyo boleh beri Khalid Ibrahim ialah RM600juta. 4 tahun dibawah Khalid yang diejek sebagai gagap itu- reseb tunai ialah RM2500juta. Malukan UMNO? Cakap besar tapi mengurus negeri tidak pandai.

Sekali lagi-

One two three four
Lima enam tujuh lapan
Najib wasathiyah cakap besor
Tawan Selangor tiada harapan.

Lajim Hj Ukin istihar, PR akan menang 18 kerusi parlimen. Saya ingat kata2 nya mungkin bertujuan menaikkan semangat sahaja. Dalam ceramah kita tidak perlu berdisiplin sangat. Tujuan utama ceramah ialah menarik perhatian. Dan bila Lajim Ukin sebut kita boleh dapat 18 kerusi parlimen, tentu sahaja, ianya akan menarik perhatian pendengar.

Tetapi setelah kita buat sedikit kajian dan bertanya kepada yang pandai2, dakwaan Lajim nampak nya ada asas.

Seorang wanita tua dalam kampong pendalaman Sabah. Bila ditanya siapa yang makcik akan undi kali ini dia menjawab Anwar Ibrahim. Makcik ini tidak tahu apa parti politik pun, tapi Anwar Ibrahim dia tahu.

Teriakan ini kalilah bergema dan berkumandang di seluruh Sabah. Orang dewasa menyebut nya dan kanak2 kecil nyanyi dan bersiul lagu ini kalilah. Dalam majlis perkahwinan, tetamu yang datang ketika bersalaman dengan tuan rumah menghulur hadiah akan menyebut ini kalilah. Sehingga tuan rumah terpaksa meminta jasa baik tetamu syupaya tidak berpolitik kerana ini majlis kahwin anak mereka.

Beberapa orang kawan duduk dikedai kopi menikmati minuman. Mereka menyatakan kebaikan UMNO. Seorang rakan mencelah mengatakan bahawa UMNO sekarang bukan UMNO dahulu.

Perbualan berhenti kerana penyokong UMNO tdiak terdaya untuk mempertahakan UMNO.

Lagi pun mengikut ketua UMNO, perbahasan bukan budaya Melayu UMNO. Budaya Melayu UMNO ialah mengkasari oang lain, menyimbah cat, membaling batu, memukul dan menikam orang lain dan mutakhir- merampas mikrofon. Ini budaya yang Najib yang tdak ada telor itu promosikan.

Kalau kita lihat peratusan sokongan kepada pembangkang, dalam tahun 2008, tidak ada satu pun kerusi yang menunjukkan mereka mencapai 40% sokongan popular. Jadi bagaimana rakyat Sabah mahu menukar selera dalam PRU13 ini? Bagaimana mereka mahu menterjemahkan teriakan ini kalilah kepada reality dan menendang UMNO yang rasuah dan merompak itu?

Jawapan nya ialah rakyat Sabah menjumpai semula maksud demokrasi. Maksud demokrasi ialah memberikan hak kepada rakyat membuat pilihan peribadi. Pilihan peribadi tidak boleh dipaksa atau dicabuli dan tidak pula boleh disamun. Selama ini UMNO menyamun hak pilihan rakyat Sabah.

Pilihan mereka setakat 2008, ialah antara UMNO/BN dengan parti pembangkang yang tidak bersatu. Anwar Ibrahim pun belum muncul menyatukan parti dalam PR. Sekarang keadaan nya berbeza,Rakyat Sabah ada pilihan. Mereka boleh memilih alternative yang real kepada BN. apabila mereka sedar bahawa hak memilih ada hak yang tidak dapat disamun, maka dengan hak tersebut mereka akan menghukum UMNO/BN.

Seperti yang saya sebut diatas- mengulangi sentiment rakyat Sabah- undi BN dapat BR1M dan diperlakukan seperti objek. Undi dan sokong PR dapat royalty minyak, turun harga minyak, turun harga kereta dan pendidikan percuma. Seluuuruh rakyat Sabah boleh menjiwai perkara ini.

Kali ini, mereka akan membuat keputusan dipacu oleh agenda yang sama- mengenyahkan UMNO dari tampuk pemerintahan. Kedua, pilihan mereka akan dipengaruhi kuat oleh sentiment perkauman. Kerana itu senjata yang digunakan oleh UMNO yang ternyata sekarang memakan diri sendiri.

Selama belasan tahun, kerajaan BN Sabah membawa masuk warga asing kedalam negeri Sabah. Mereka ini rata2 nya pelarian yang beragama Islam. Tujuan dan matlamat jahat UMNO ialah mencairkan majoriti Bumiputera Bukan Islam dan orang Cina Sabah atau dikenali sebagai KDMC- Kadazan, Dusun, Murut dan Cina. Golongan ini yang dulu nya 60% dari penduduk Sabah hari ini menjadi 53-55% sahaja.

Bila kita tengok komposisi bangsa di Sabah, barulah kita sedar bahawa pengistiharan Lajim mempunyai asas.

Sabah ada 25 kerusi parlimen. Jika 60% kerusi jatuh ketangan PR disebabkan 60% KDMC sokng PR, maka PR dapat 15 kerusi. Tapi akibat projek IC yang dijalankan oleh Mahathir telah berjalan sekian lama, peratusan KDMC tinggal 55% sahaja. Jika 55% ini menyokong PR, maka PR masih boleh dapat 13 kerusi.

13 kerusi parlimen untuk PR akan datang dari sokongan KDMC. 5 lagi akan datang dari kerusi yang sekarang ini dipegang oleh UMNO. Dan kerusi itu adalah seperti berikut:-

 No

parlimen

penyandang

KDMC

%

Muslim

%

1

Beaufort

Lajim Ukin

38

62

2

Kimanis

Anifah Aman

32

68

3

Papar

Rosnah Shirlin

37

63

4

Kota Belud

Rahman Dahalan

41

59

5

Kudat

Rahim Bakri

46

54

Mahathir Mengapa Jelous?

Posted: 10 Feb 2013 08:48 PM PST

MSO

Dari saya sentuh hal ehwal 'orang itu' pagi-pagin ini seperti mana ramai kekawan yang minta saya mengulasnya baik saya sentuh perihal Mahathir Mohamad, tokoh kematu yang tidak pernah sedar diri. Lebih berbaloi kalau saya mengulas mengenai Mahathir setidak-tidaknya kalau dapat 'dosa' ia balik modal kerana kedudukan Matahir yang tinggi dan tidak pernah mahu tunduk ke bumi itu. Lagipun Mahathir kini berada dalam war room, Umno.

Menjadi amalan saya, saya tidak suka mencatat mengenai ahli politik kecil atau pun mereka yang berkedudukan tetapi tidak ada nilai buat saya. Orang yang pendek akal politik atau merasa dirinya gah walhal dia tidak gah setara mana pun membuangkan masa saya saja atau kalau ditulis ia akan menghauskan keyboard laptop saja.

Bila sebut orang itu saya teringat kata-kata Salentia suatu masa dulu mengenai orang itu. Katanya orang itu tidak layak jadi orang besar atau pun berada ditempat kedudukan sekarang kerana fizikalnya tidak menarik. Dia kelihatan seperti budak dan orang kerdil saja. Maaflah... kalau nak marah, marahkan kepada Salentia yang juga kepada saya dia (Salentia) kerdil moral politiknya.


Berbalik kepada persoalan asal, apa yang hendak diperkatakan ialah tentang Mahathir yang marah-marah kepada Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana Mursyidul Am PAS itu mengunjungi Karpal Singh semasa MB Kelantan itu mengadakan lawatan ke Pulau Pinang beberapa hari lepas. Mahathir jelous dengan Nik Aziz yang ke rumah Karpal Singh kemudian sama-sama memakan kek hari jadi Nik Aziz.

Kata Mahathir Nik Aziz sanggup pergi ke rumah Karpal Singh untuk sama-sama meraikan hari jadinya (Nik Aziz) tetapi tidak sanggup keluar dri Pakatan Rakyat. Mahathir menyifatkan Nik Aziz lebih sayangkan kepada Karpal Singh dan DAP.  Mahathir membuat lawak biawak (gurau biawak) mengatakan Nik Aziz tidak berani meninggalkan Pakatan Rakyat.

Dia cabar Nik Aziz meninggalkan Pakatan Rakyat. Soalnya kenapa beliau bersungguh mahu Nik Aziz tinggalkan Pakatan Rakyat? Jawabnya mudah Mahathir tahu kekuatan Pakatan Rakyat kini akan mengugat kekuasaan UBN. UBN tidak akan menang sekiranya PAS, DAP dan PKR bersepadu dalam Pakatan Rakyat. Jadi usaha Mahathir kini dan beliau percaya pakatan itu hendaklah dileburkan.

PAS atau Nik Aziz tidak sepertinya yang akan memungkiri janji dan suka memperlecehkan orang. Apa salahnya kalau Nik Aziz mengunjungi Karpal Singh yang merupakan rakan politik dalam Pakatan Rakyat? Mahathir tidak perlu cemburu dan irihati. Nik Aziz ternyata lebih menghormati pendirian Karpal Singh berbanding dengan Mahathir. Meskipun Karpal Singh mengatakan kena langkah mayatnya daulu kalau mahu laksanakan hudud tetapi bagi Nik Aziz kata-kata dan pendirian Karpal Singh lebih bermaruah dari Mahathir.

Bagi Nik Aziz dia boleh terima Karpal Singh kerana mungkin merasa wajar kalau Karpal Singh bersikap anti hudud sebab dia bukan Islam yang tidak faham dengan maslahat hukum berkenaan. Sebaliknya Mahathir seorang mengaku Islam jauh lebih tidak faham hudud berbnding dengan Karpal Singh. Karpal membuat pendirian itu kerana mengira perlembagaan persekutuan menjadi penghalang kepada perlaksaan hudud, maka itu beliau berkata kalau sesiapa yang melanggar perlembagaan persekutuan kena langkah dulu mayatnya.

Seorang pengawal undang-undang dia teguh berpegangan kepada prinsip undang-undang. Memahami kata-kata Karpal Singh itu hudud akan dapat dilaksanakan sekrianya perlembagaan persekutuan dipindah.

Sebaliknya Mahathir sebagai seorang Islam tidak patut menentang hudud. Dengan kuasa yang ada kepadanya sebagai presiden parti dan perdana menteri ketika itu kalau ada sisi-sisi dalam perlemnagaan menghalang perlaksanana hudud Mahathir perlu memidahnya. Beliau patut menggunakan kuasa itu untuk Islam. Tetapi adakah dia kisah? Bukan sahaja bersedia untuk pindah malahan dikirimnya surat mengancam Nik Aziz sekiranya kerajaan Kelantan melaksanakan hudud tunggulah akibatnya.

Sikap dan perbezaan itulah menyebabkan Nik Aziz lebih boleh berlunak dengan Karpal Singh berbanding dengan Mahathir. Bagi Nik Aziz pula lebih baik bersahabat dengan orang bukan Islam tulen daripada bersahabat dengan orang Islam yang munafik seperti Mahathir Mohamad.

Jadi Mahathir jangan jelous dengan Nik Aziz dan usahlah buat lawak biawak mencabar Nik Aziz meninggalkan Pakatan Rakyat. Dalam kaca mata Nik Aziz sudah pasti Pakatan Rakyat lebih baik daripada Barisan Nasional kerana kepahitan yang dialui dalam BN sewaktu Mahathir menjadi pengerusinya sangatlah memeritkan.

Artis serta pembangkang: Reaksi pemimpin artis

Posted: 10 Feb 2013 08:42 PM PST

Zed Zaidi:  Jangan pinggirkan artis tempatan!

Tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan yang memanggil artis Korea, Psy, untuk mengadakan persembahan sempena sambutan Tahun baru Cina di Pulau Pinang, Presiden Seniman, Zed Zaidi, terus mempersoalkan perkara itu.

Katanya, bayaran RM2 Juta untuk penyanyi itu langsung tidak masuk akal dan 'buang duit' semata-mata.

"Dengan nilai sebanyak itu, kita mampu memanggil lebih daripada 10 artis tempatan. Bagaimana artis nak sokong kerajaan sedangkan mereka tidak memberikan keistimewaan itu?

"Artis luar senang mendapat imbuhan di negara kita sedangkan artis kita sukar mendapatkan keistimewaan itu di luar negara. Malah, ada di antaranya hanya ditabur janji manis, namun hanya indah khabar dari rupa.

"Saya pernah menyuarakan Skim Insurans Seniman, namun sehingga kini masih belum dilaksanakan. Begitu juga dengan Bajet 2013 yang diumumkan baru-baru ini. Mana bajet RM6 Juta yang dijanjikan?," soal Zed.

Tambah Zed lagi, Seniman turut menghadapi kesukaran mendapatkan dana daripada kementerian dalam usaha membantu golongan artis yang memerlukan.

Jurey Latiff: Mana peranan kementerian?

Tidak melepaskan peluang untuk hadir dalam pertemuan ini, Presiden Gafim, Jurey Latiff Rosli, turut mempersoalkan mengenai penstrukturan semula industri hiburan.

"Saya masih ingat kata-kata PM mengenai penstrukturan semula industri hiburan. Namun, saya terkilan kerana ia dikeluarkan oleh PM, bukan dari kementerian.

"Di situ, kita boleh nampak bahawa PM mengetahui masalah industri sedangkan kementerian hanya berdiam diri," katanya.

Jurey turut menggesa agar artis tempatan diberi keutamaan dalam negara termasuk mengadakan persembahan.

"Pemilihan artis antarabangsa adalah sikap berat sebelah yang diamalkan golongan penganjur.

"Sekiranya persatuan mendapat dana kerajaan, sudah tentu kita dapat merencanakan aktiviti kepada artis tempatan.

"Secara tidak langsung, ia memberi peluang pekerjaan kepada golongan anak seni ini," katanya.

Umi Hafilda: 80% artis di pihak pembangkang!

Selaku Presiden Karma, Umi Hafilda, memandang serius mengenai kebanjiran artis dalam menyertai parti pembangkang.

Menggelar dirinya sebagai 'Capten Saver', Umi berkata, usaha dakwah ke arah politik ini berlaku secara terang-terangan apabila ada segelintir artis mula menghentam kerajaan di pentas ceramah.

"Mereka (artis) sangat berani berkata-kata dengan mengaitkan kerajaan serta pemimpin tertinggi termasuk PM dalam ceramah tersebut. Hampir 80 peratus artis mula berpihak kepada pembangkang.

"Ini mungkin berlaku kerana kementerian sendiri tidak memainkan peranan serta membela nasib golongan seni. Mereka beranggapan, tiada sebab untuk menyokong kerajaan sekiranya nasib mereka terabai.

"Saya sudah mengenal pasti pembabitan mereka dalam ceramah anjuran Pas dan ada di antara mereka yang menerima ganjaran wang yang berlipat ganda dalam usaha mendapatkan sokongan rakyat.

"Kami memerlukan dana khas untuk membantu golongan artis yang uzur dan tua agar kisah kesempitan hidup mereka bukan lagi dijadikan bahan lawak," katanya yang berhasrat untuk mewujudkan perkampungan artis.

Kapten Khir Mohd Noor: Wujud skim perumahan artis

Mengakui 75 peratus golongan artis masih menyewa, Presiden Profima, Kapten Khir Mohd Noor, memohon agar kerajaan mempertimbangkan skim perumahan.

Menganggap golongan artis turut berperanan sebagai mata dan telinga kerajaan, permohonan ini telah dikemukakan tidak lama dahulu, namun ianya tidak mendapat respons.

"Macam mana nak bantu kerajaan kalau permohonan sebegini pun tidak dilayan? Kebanyakan golongan artis tidak mampu memiliki rumah sendiri kerana tidak mempunyai penyata gaji.

"Hanya sebahagian kecil daripada mereka memiliki rumah sendiri dan selebihnya menyewa di Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) terutamanya golongan veteran.

"Kami bukannya meminta untuk memiliki rumah mewah, cukup sekadar rumah yang mampu memberi keselesaan dan bukan lagi merempat," katanya.

M Daud Wahid: Aktifkan skim royalti

"Jangan tabur pasir dalam periuk nasi kami," rayu Presiden Papita, M Daud Wahid, berkenaan skim royalti yang dihentikan sejak beberapa bulan lalu.

Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Prism Berhad, agensi yang berperanan untuk mengutip royalti penyanyi, M Daud melahirkan rasa kecewa apabila kutipan ini dihentikan.

"Baru-baru ini, saya berjumpa Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri, berkenaan perkara ini.

"Namun, sehingga kini masih belum ada maklum balas. Saya memohon agar kutipan royalti ini diaktifkan semula demi kebajikan artis-artis kita.

"Saya tidak pasti kenapa royalti ini dihentikan, mungkin kerana desakan daripada pihak syarikat rakaman yang nyata tergugat," katanya.

Penyokong PR sokong tanpa kira bangsa

Posted: 10 Feb 2013 08:39 PM PST

GOKINA MORGANAN

 

GEORGETOWN - Penyokong Pakatan Rakyat (PR) akan memberikan sokongan penuh kepada semua calonnya yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 tanpa mengambil kira sentimen perkauman.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, sokongan masyarakat berbangsa Cina atau bangsa lain adalah berdasarkan kewibawaan calon dalam usaha membela nasib rakyat, bukan membabitkan isu calon Melayu atau bukan Melayu.

"Saya yakin penyokong PR dan pengundi amnya akan memilih calon yang mana boleh menjamin kebebasan, keadilan, kebenaran dan demokrasi dalam negara tanpa memilih kaum demi kepentingan nasional.

"Kalau nak undi Barisan Nasional mestilah penyokongnya mengikut kaum. Sebaliknya, penyokong PR dan masyarakat umum tentulah akan memilih calon yang sentiasa memberikan keprihatinan isu rakyat," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, DAP tetap komited untuk capai matlamat menang besar pada pilihan raya akan datang melalui kerjasama dengan rakan dalam PR, iaitu Pas dan PKR.

"Saya yakin penyokong DAP akan memberi sokongan penuh kepada calon yang mewakili Pas dan PKR yang bertanding pada PRU akan datang berdasarkan manifesto PR, bukannya memilih calon berdasarkan bangsa," katanya.

Guan Eng meminta penyokong PR dan rakyat umumnya memilih calon-calon yang dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi mereka.

"Rakyat perlu memilih calon berdasarkan isu-isu seperti pendidikan percuma, perkhidmatan internet tanpa wayar dan perkhidmatan tol lebuh raya utara yang percuma, bukannya memilih calon mengikut bangsa," katanya.

Trafik di lebuh raya lancar pagi ini

Posted: 10 Feb 2013 08:38 PM PST

SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR -  Aliran trafik di lebuh raya utama negara secara umumnya dilaporkan lancar pagi ini.

Jurucakap Plus Expressways Bhd ketika dihubungi melaporkan pergerakan trafik di lebuh raya kendalian syarikat itu lancar setakat 10.30 pagi namun beberapa kawasan dilaporkan berlaku sedikit peningkatan pada jumlah kenderaan.
  
Antara kawasan yang dilaporkan trafik sibuk ialah di laluan masuk plaza tol Skudai menuju ke Kuala Lumpur namun pergerakan lalu lintasnya terkawal.
  
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pula melaporkan kenderaan mulai sibuk di plaza tol Port Dickson dan Skudai.
  
LLM di laman twitternya juga melaporkan mengenai aliran trafik yang mulai tinggi dari R&R Seremban ke Seremban pada pukul 10.21 pagi. - Bernama

Bangsa calon bukan isu pokok

Posted: 10 Feb 2013 08:34 PM PST

JANATUL FIRDAUS YAACOB

 

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) Selangor menyifatkan bangsa calon yang bakal mewakili mereka di peringkat pusat bukan perkara utama yang dipentingkan pengundi, sebaliknya semangat mendasari perjuangan.

Adun Sungai Pelek, Yap Ee Wah berkata, Malaysia adalah milik setiap rakyat dan bukannya hanya bergantung pada satu bangsa.

Menurutnya, isu agama dan perkauman yang hangat ketika ini seperti kalimah ALLAH, hudud dan pemilihan DAP sengaja dicetuskan untuk kepentingan pihak tertentu dengan tujuan meraih undi sehingga merosakkan negara.

"Negara kita amalkan demokrasi politik, diharapkan pihak tertentu berhenti menyemarakkan api perkauman hanya untuk meraih undi," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan berkata, jumlah peratusan undian dimenangi tidak dipengaruhi kaum di situ, apa yang penting, semangat perjuangan komponen BN telah dipraktik sejak era Perikatan.

"Wakil rakyat perlu faham adat resam semua kaum agar diterima rakyat tidak kiralah dari kaum mana calon berkenaan.

"Yang penting semangat perjuangan BN, bukan calon," katanya.

Diminta mengulas isu panas melanda negara kini misalnya kalimah ALLAH, hudud dan pemilihan DAP menjurus kepada situasi perkauman dan jangkaan mendapati Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang adalah bersifat rasis, Kamalanathan berkata, rakyat Malaysia tidak boleh ikut cara itu.

"Saya yakin rakyat Malaysia tidak mengamalkan politik keterlaluan dan mereka sedar, Malaysia adalah sebuah negara pelbagai etnik yang dihuni pelbagai kaum sejak ia ditubuhkan," katanya.

Beliau berkata, isu seperti ini tidak perlu dibimbangkan kerana telah lama wujud ahli Parlimen BN yang bukan Umno seperti MIC dan MCA yang tidak pernah sesekali meminggirkan hala tuju pembangunan masyarakat .

"Apa yang penting bagi menawan hati rakyat ialah memahami nilai-nilai kaum, budaya, latar belakang dan sejarah serta adat resam penduduk setempat.

"Kesemua nilai ini perlu diselami dan rakyat akan menerima kita sebagai pemimpin mereka," katanya.

Kamalanathan menasihatkan setiap calon supaya turun padang meneliti keperluan rakyat di samping cuba menyerap nilai-nilai yang ada di kawasan tersebut agar rakyat tidak ragu-ragu memilih wakil mereka.

PR Perak yakin tawan 40 kerusi DUN dalam PRU 13

Posted: 10 Feb 2013 04:04 PM PST

Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR — Pakatan Rakyat (PR) Perak yakin akan menguasai 40 daripada keseluruhan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar dalam satu kenyataan hari ini berkata, Barisan Nasional (BN) Perak telah melakukan satu kesilapan besar apabila merampas kerajaan pilihan rakyat pada tahun 2009.

"Pada 8 Mac 2008, rakyat Perak telah memberi mandat kepada PAS, PKR dan DAP untuk memerintah negeri Perak. Kehendak rakyat itu wajib dihormati oleh semua pihak," jelas ADUN Tronoh (gambar) itu dalam kenyataannya.

Menurut Sivakumar, daripada analisa yang diperolehi daripada pelbagai sumber, PR Perak dijangka akan memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi daripada 59 kerusi yang akan ditandingi untuk Dewan Negeri Perak.

"Kemenangan yang besar ini adalah perlu untuk menjamin kesejahteraan dan kedudukan kerajaan yang baru dipilih itu. Pakatan Rakyat Negeri Perak akan terus berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menambahkan lagi bilangan kerusi dalam PRU13.

"Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Perak cukup yakin bahawa rakyat negeri Perak akan memberi mandat yang lebih besar dalam pilihanraya umum akan datang," katanya.

PR Perak telah menang tipis 31 kerusi berbanding BN yang memenangi 28 kerusi pada Pilihan Raya 2008.

Majoriti tipis itu kemudiannya menimbulkan perbalahan apabila tiga ADUN PR melompat parti, dan majoriti kembali berpihak kepada BN, yang turut menyaksikan PR Perak hanya bertahan selama 11 bulan bermula Mac 2008 hingga Februari 2009.

Malah, situasi itu turut menyaksikan Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, digantikan dengan Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Tegas Sivakumar, kerana tamakkan kuasa, BN Perak telah merampas kerajaan rakyat itu melalui "pintu belakang" dengan melanggar undang-undang sedia ada yang tidak sah di sisi Undang-undang Tubuh Negeri Perak mahu pun Perlembagaan Persekutuan.

"Perkara ini telah menimbulkan kemarahan seluruh rakyat Perak ketika itu.

"Barisan Nasional mengharapkan bahawa peristiwa rampasan kuasa itu akan dilupai oleh rakyat apabila dimakan oleh masa. Tetapi, andaian Barisan Nasional itu adalah tidak benar," tegasnya lagi.

Peristiwa rampasan kuasa itu jelas Sivakumar telah terpahat dalam sanubari setiap rakyat Perak, walaupun pelbagai usaha telah diambil oleh kerajaan BN Perak untuk mengalih perhatian mereka, segala usaha itu terbukti gagal.

Katanya, rakyat dapat menilai, membuat pertimbangan yang rasional dan membandingkan pemerintahan 11 bulan PR dan pemerintahan empat tahun BN.

Kerajaan Persekutuan Jangan Sekat Bantuan Tunas

Posted: 10 Feb 2013 03:55 PM PST


Jelajah Tunas Banting Halimah 01

BANTING : Kerajaan Persekutuan disarankan supaya bersikap terbuka dan tidak menyekat mana-mana tadika di bawah kementerian-kementeriannya daripada menyertai Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) yang diperkenalkan Kerajaan Negeri.

Menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, kebanyakan ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke tadika kerajaan persekutuan mahu mendapatkan manfaat skim Tunas.

Namun katanya, sebilangan besar ibu bapa ditakut-takutkan dengan dakwaan bahawa ia perlu mendapat 'lampu hijau' daripada Kementerian Pelajaran.

"Kita mengharapkan supaya Kerajaan Umno-BN yang mahu melakukan transformasi perlu bersikap terbuka. Polisi Kerajaan Negeri ini adalah untuk semua tanpa mengira fahaman politik.

"Walaupun di Kemas yurannya mungkin tidak banyak, tetapi sekiranya mereka menyertai skim ini, mereka tidak perlu bayar langsung.

"Kita tidak pernah sekat mana-mana ahli Pakatan Rakyat untuk terima skim yang ditawarkan oleh Umno-BN, jadi kita harapkan sebaliknya.

Jelajah Tunas Banting Halimah 02

"Kita perlu profesional," katanya semasa merasmikan mini Karnival Jelajah Jejak Tunas 2012 Siri Kelapan Peringkat Kuala Langat di Dewan Harmoni, Kampung Sungai Lang Tengah, di sini hari ini.

Skim Tunas di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) adalah bantuan yuran sebanyak RM 50 setiap bulan untuk keluarga berpendapatan rendah bagi menghantar anak mereka ke tadika.
Bantuan RM 50 dibayar terus kepada tadika yang berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS).

Hadir sama, Penyelaras Dun Dengkil, Borhan Aman Shah dengan disertai lebih 500 penduduk.
Dalam majlis hari ini, lebih 30 tadika di bawah daerah Kuala Langat telah mendaftar di bawah Skim Tunas.

Sejak diperkenalkan pada 1 Julai 2012, sebanyak 217 permohonan daripada tadika telah diterima sehingga akhir tahun 2012. Manakala 339 permohonan diterima untuk tahun 2013 sehingga 31 Januari.

Manakala seramai 1,903 ibu bapa juga mengemukakan permohonan untuk mendapatkan bantuan Tunas bagi tahun 2012 sementara 1,800 permohonan dicatatkan sehingga 31 Januari untuk tahun 2013.

Untuk tahun 2013, MPTS mensasarkan 5,000 permohonan ibu bapa untuk Skim Tunas sehingga penghujung Disember.

Setakat ini, Daerah Klang mencatatkan permohonan paling tinggi dengan 528 permohonan untuk tahun 2012 dan 409 permohonan sehingga 31 Januari 2013.

Daerah Hulu Selangor pula mencatatkan permohonan terendah pada tahun 2012 dengan 22 permohonan sementara Daerah Sepang dengan 8 permohonan setakat ini.

Dari segi jumlah bayaran pula, sebanyak RM214,175 telah dibayar untuk tahun 2012 manakala RM90,000 untuk Januari 2013 sahaja.

Secara keseluruhan, kaum Melayu mengemukakan permohonan paling tinggi dengan pecahan hampir 89 peratus, diikuti kaum Cina dengan sembilan peratus dan India dua peratus.

SPR belum maklumkan hasrat p'raya awal

Posted: 10 Feb 2013 03:48 PM PST

FREE MALAYSIA TODAY

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia belum dimaklumkan mengenai hasrat negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat untuk mengadakan pilihanraya awal.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum dimaklumkan secara rasmi mengenai cadangan kerajaan negeri di bawah pimpinan pakatan pembangkang untuk mengadakan pilihan raya negeri berasingan daripada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata bagaimanapun pakatan pembangkang perlu memikirkan kepentingan semua pihak bukan semata-mata
kepentingan politik sahaja.

"Contohnya kerajaan Selangor, mereka tidak maklumkan apa-apa kepada SPR…kita tunggulah lepas Chap Goh Mei ini sama ada kerajaan Selangor hendak bubar (Dewan Undangan Negeri) ataupun tidak…bagi pihak SPR, kita akan menjalankan tugas mengikut undang-undang," katanya kepada Bernama ketika ditemui malam tadi selepas diwawancara dalam program Hello Malaysia di Bernama TV.
Wan Ahmad berkata isu pembubaran tidak seharusnya dipolitikkan meskipun kerajaan negeri mempunyai hak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Tetapi perlu diingat bahawa hak itu perlu mendapat perkenan daripada sultan justeru kita perlu menghormati kuasa raja juga, walaupun kuasa itu disebut perkenan sahaja, tetapi itu cara kita bersopan".

Beliau berkata masyarakat yang akan rugi sekiranya diadakan pilihan raya berasingan kerana ia akan mengakibatkan pembaziran dan menelan belanja yang amat tinggi malah akan menjejaskan perjalanan kelas dan mengganggu tugas guru.

"Belanjanya menjadi lebih dan kerjanya dua kali kerana guru yang menjadi petugas pilihan raya perlu bekerja dua kali dan sekolah-sekolah yang dijadikan pusat mengundi juga terpaksa ditutup," katanya.
Katanya berkata walaupun kerajaan negeri membubarkan DUN tetapi penetapan tarikh pilihan raya di bawah kuasa SPR, justeru lebih baik dibuat serentak dengan PRU-13 yang semakin hampir.

"Dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor iaitu Perlembagaan Negeri Selangor menyebut kalau DUN dibubarkan awal, maka akan dikira 60 hari daripada tarikh pembubaran itu untuk SPR mengadakan pilihan raya bagi negeri itu," katanya.

Dalam pada itu, beliau menyangkal andaian proses pilihan raya umum kali ini adalah terkotor dan menegaskan sebaliknya ia akan mencatat sejarah tersendiri buat negara apabila begitu banyak pembaharuan dan penambahbaikan diperlihatkan.

Katanya SPR telah memperkenalkan pembaharuan dalam usaha mengemaskini serta memperbaiki proses pilihan raya, termasuk penggunaan dakwat kekal, undi awal, wujudnya akses media bagi semua parti politik, pemerhati antarabangsa dan pemerhati tempatan.

Beliau turut memberi jaminan bahawa senarai daftar pemilih adalah bersih dan proses PRU-13 akan menjadi yang terbaik.

"SPR membersihkan senarai daftar pemilih setiap hari dengan menyemak secara online dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana JPN mempunyai bidang kuasa untuk menentukan sama ada seseorang itu adalah warganegara atau bukan warganegara.

"Cukuplah cerita dan tohmahan mengenai data pemilih tidak bersih.. tidak ada satu data pemilih dalam dunia yang seratus peratus bersih tetapi SPR sebaik mungkin hendak menyediakan data pemilih yang sebersih mungkin," katanya.

Katanya, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat, bantahan ataupun perkara seperti rasuah, penyogokan dan lain-lain pada PRU-13 nanti dan mempunyai bukti, mereka boleh menyalurkannya kepada pihak berkaitan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Bernama

Biaqpila

Posted: 11 Feb 2013 03:16 PM PST

Oleh Shahbudin Husin

Di antara 222 kerusi Parlimen yang menjadi rebutan antara BN dan PR dalam pilihanraya umum akan datang, Wangsa Maju dikira paling unik kerana ia bukan saja bakal menyaksikan persaingan sengit antara kedua gabungan itu tetapi juga disebabkan perebutan yang tidak sudah-sudah antara UMNO dan MCA di mana masing-masing merasakan layak bertanding di kerusi tersebut.


Oleh kerana MCA telah tewas pada pilihanraya 2008 lalu dengan kekurangan 150 undi, UMNO lantas merasakan kini giliran mereka pula untuk menebus kekalahan itu. Shafie Abdullah yang merupakan Ketua UMNO dan Pengerusi BN Wangsa Maju sedang dinobatkan sebagai calon paling layak untuk mengibarkan panji-panji kemnenangan BN di situ. Kedudukannya sebagai Setpol Najib dijadikan lagi sebagai markah tambahan yang didakwa mampu menambahkan lagi sokongan pengundi kepada BN.

MCA pula tidak mahu mengalah dan merasakan mereka wajar diberi peluang kedua. Yew Teong Look yang kalah 150 undi kepada Wee Choo Keong daripada PKR dalam pilihanraya lalu, ternyata masih bernafsu dan berkeyakinan untuk menebus semula kekalahan itu.

Dalam persaingan itu dan keghairahan masing-masing mahu menunjuk pengaruh serta kekuatan, berlakulah pemulauan, pemboikotan dan monopoli. MCA Wangsa Maju yang diketuai oleh Yew Teong Look tidak pernah menghadiri mesyuarat BN Wangsa Maju yang dipengerusikan oleh Shafie Abdullah serta memulau banyak program anjuran UMNO dan BN.

MCA dan Yew Teong Look seperti memberi isyarat bahawa jika BN memilih Shafie sebagai calon, beliau tidak mungkin menang kerana tidak mendapat sokongan daripada pengundi Cina.

Shafie pula yang ghairah mahu menonjolkan diri sebagai bakal calon di Wangsa Maju, langsung tidak mempedulikan adanya pemulauan dan pemboikotan daripada MCA itu dan cuba mengatur sebanyak mungkin program sampai terbabas sehingga memonopoli semua program penyampaian sumbangan RM100 kepada murid-murid sekolah baru-baru ini, sehinggakan tidak memberi peluang langsung kepada MCA atau Gerakan berbuat demikian. Oleh kerana terdapat agak ramai pengundi Cina di Wangsa Maju dan beberapa sekolah Cina juga terdapat di situ, monopoli Shafie itu telah menyinggung hati MCA.

MCA secara terus terang mengkritik monopoli yang dilakukan oleh Shafie dan dianggap tidak menghormati semangat setiakawan BN.

Sehingga ini, di mana tarikh pilihanraya hanya menunggu detik dan masanya saja, masih tidak terdapat tanda-tanda sengketa antara UMNO dan MCA akan menemui titik perdamaian di Wangsa Maju. BN Pusat juga masih tidak memberi kata putus siapa antara UMNO dan MCA yang bakal bertanding di situ. Maka, selagi itu drama ini bakal menjadi telenovela yang tidak berpenghujung.

Dalam kedudukan BN yang masih bergelut untuk mencapai kemenangan, masalah yang masih berlarutan antara UMNO dan MCA di Wangsa Maju ini sebenarnya cukup memalukan sekali. Lebih-lebih lagi ia juga melibatkan pegawai yang bekerja dengan Najib sendiri.

Sementara Najib sering melaungkan semangat 1Malaysia, mengeratkan perpaduan, memahami semangat setiakawan dan merapatkan jentera untuk menghadapi pilihanraya yang mungkin paling sengit dalam sejarah negara manakala kedudukan Najib juga tidak pasti sama ada kekal lagi sebagai Perdana Menteri atau beralih ke kerusi Ketua Pembangkang, semangat itu rupa-rupanya gagal difahami oleh mereka yang dekat dan bekerja dengannya sendiri. Keghairahan menjadi calon dan bergelar YB mengatasi segala kepentingan yang lain.

Di atas kertas, selagi sengketa antara UMNO dan MCA ini gagal diselesaikan, harapan BN untuk menang di Wangsa Maju hanyalah fatamorgana saja.

Di kala persaingan antara UMNO dan MCA kekal membahang, kalangan mereka yang dekat dengan UMNO dan Najib sendiri membayangkan bahawa kerusi Wangsa Maju akan terus kekal ditandingi oleh MCA tetapi bukan Yew Teong Look calonnya. Difahamkan seorang pemimpin MCA Pusat akan diletakkan bertanding mewakili BN nanti.

Mereka berhujah bahawa jika kerusi Wangsa Maju yang selama ini milik MCA mahu diberi kepada UMNO, kerusi milik UMNO mana pula yang mahu diserahkan kepada MCA?

Lebih dari itu, dalam pilihanraya kali ini di mana sokongan pengundi Cina begitu penting untuk menjana kemenangan, Najib dikatakan tidak mungkin berani menyinggung hati MCA semata-mata untuk menyediakan laluan kepada Shafie, pegawainya sendiri. Terguris hati MCA dan pengundi Cina di Wangsa Maju, impaknya mungkin merebak ke seluruh negara dan membahayakan kedudukan BN keseluruhannya.

Tetapi terluka hati UMNO Wangsa Maju dan Shafie kerana tidak kesampaian hasrat menjadi calon, demamnya mungkin cuma sehari dua. Diberi panadol pulihlah ia.

Sebagai Pengerusi BN dan Ketua UMNO Wangsa Maju, walaupun tidak terpilih sebagai calon, Shafie tetap akan bekerja kuat memenangkan calon BN demi kelangsungan masa depan Najib dan BN sendiri.

Atas perkiraan ini, mereka yang mengenali stail politik Najib hampir mempercayai bahawa MCA akan kekal lagi bertanding di Wangsa Maju. Cuma calonnya saja yang akan ditukar. Meletakkan calon payung terjun daripada MCA bagi mewakili BN dianggap sebagai jalan tengah paling munasabah bagi meredakan sengketa daripada terus berlarutan.

Sementara itu, sumber yang dekat dengan MCA Wangsa Maju dan Yew Teong Look juga tidak menolak kemungkinan itu dan berkata, perjuangan beliau di Wangsa Maju selama ini bukanlah kerana kepentingan peribadi tetapi kerana mempertahankan maruah MCA sebagai anggota komponen BN.

Beberapa tokoh MCA Pusat dikatakan menunjukkan minat untuk bertanding di Wangsa Maju kerana dianggap kerusi yang berpotensi untuk dimenangi walaupun menyedari bahawa PR bakal meletakkan Tan Kee Kwong, bekas timbalan menteri dan Naib Presiden Gerakan yang telah menyertai PKR, sebagai calonnya. Bagi MCA kekalahan 150 undi dalam pilihanraya lalu mampu ditebus kali ini melalui gerak kerja yang betul dan bersungguh-sungguh.

DD

Tiada ulasan:

Pengikut